You are on page 1of 1

Sk Telok Gong, Ajk Pelaksana – Pertandingan Gubahan Bungan Daripada Bahan Terbuang

KARNIVAL MINI KEMAHIRAN HIDUP 2011

Pertandingan Gubahan Bunga Daripada Bahan Terbuang

Syarat- syarat pertandingan


1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah-sekolah rendah Daerah Klang. Setiap sekolah
boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
2. Setiap sekolah yang menyertai hendaklah menghantar satu kumpulan peserta yang terdiri dari
3 orang murid. Murid boleh dipilih sama ada dari tahun 4,5 atau 6.
3. Semua alatan, pasu dan bahan mentah yang akan digunakan dalam pertandingan perlu dibawa
sendiri oleh peserta. Termasuk wayar panjang untuk sambungan bekalan elektrik, sekiranya
menggunakan alat elektrik. Sumber tenaga elektrik akan disediakan oleh penganjur.
4. Bahan-bahan terbuang dari pelbagai jenis sumber boleh digunakan. Contohnya kotak, botol
minuman plastik, surat khabar dan lain-lain. Selain itu bahan – bahan terbuang dari sumber
alam semulajadi seperti sabut kelapa, tempurung kelapa, cengkerang siput dan sebagainya juga
boleh digunakan.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu gubahan bunga yang indah dan cantik dari
bahan-bahan terbuang yang telah dipilih.
6. Peserta akan menghasilkan gubahan bunga tersebut ketika hari pertandingan yang dijalankan
serentak dengan peserta sekolah lain di bilik yang disediakan oleh penganjur.
7. Masa yang diberikan adalah selama 90 minit. Peserta diingatkan supaya menjaga kebersihan
kawasan dan meja kerja masing-masing.
8. Ketika penghakiman peserta perlu menerangkan nama gubahan, bahan-bahan terbuang yang
digunakan dan cara menghasilkan gubahan kepada hakim. Peserta juga perlu bersedia
menjawab soalan yang akan diajukan oleh hakim.
9. Keputusan hakim adalah muktamad
10. Pemarkahan.

Kreativiti Kekemasan Nilai Komersial Kerjasama Kumpulan

40% 30% 20% 10%

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP, SK TELOK GONG

You might also like