You are on page 1of 14

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bahan turapan berbitumen terdiri daripada agregat, bahan perekat dan bahan
pengisi. Industri pembinaan jalan raya di Malaysia menggunakan bahan-bahan yang
diperolehi dari sumber tempatan. Agregat yang digunakan terdiri daripada batu-batu
hancur yang boleh didapati dari kuari. Bitumen pula digunakan sebagai bahan
perekat dan bahan pengisi terdiri daripada debu kuari, kapur, simen dan sebagainya.

Kajian tentang penggunaan bahan tambah dalam bitumen semakin penting


kini agar bitumen diubahsuai tersebut mempunyai sifat yang lebih baik dan dapat
memperbaiki mutu turapan. Daripada kajian yang dijalankan sebelum ini,
penggunaan abu sekam padi sebagai bahan tambah dalam bitumen sehingga 6% telah
menunjukkan pembaikan sifat-sifat bitumen yang positif tanpa mengubah grednya.
Kajian ini pula akan tertumpu kepada kesan penggunaan bitumen yang telah
diubahsuai dengan bahan tambah iaitu abu sekam padi terhadap pra campuran.
5

2.2 Bitumen

Bitumen adalah suatu campuran hidrokarbon yang semulajadi atau yang


dihasilkan melalui proses haba atau kedua-duanya sekali. Bitumen wujud dalam
bentuk pepejal atau cecair pekat, berwarna hitam atau perang dan mempunyai kualiti
rekatan serta kalis air (BS 3690:Part 1:1989:Bitumen for building and civil
engineering).

Bitumen boleh didapati secara asli, batuan dan petroleum selain


pembuatannya di kilang. Bitumen semulajadi diperolehi dari Tasik Trinidad,
Venezuela dan ia banyak digunakan untuk membina turapan jalan di United States.
Selain itu, bitumen semulajadi juga boleh didapati di dalam bentuk batuan poros
seperti batu kapur dan batu pasir. Bitumen yang digunakan dengan meluas adalah
yang bersumberkan petroleum yang terhasil melalui proses penyulingan berperingkat
minyak mentah (Jamaludin bin Mat dan Hasanan bin Md. Nor, 1995).

Fungsi bitumen adalah sebagai bahan pengikat, penstabil campuran dan


mengukuhkan jalan serta meningkatkan keupayaan struktur jalan. Bitumen berserta
dengan agregat dan pengisi merupakan bahan-bahan utama turapan jalan raya.
Antara jenis-jenis turapan tersebut adalah turapan tegar, turapan separa tegar dan
turapan anjal (Che Ros Ismail, 1999).

Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam bitumen ialah karbon, hidrogen,


sulfur, nitrogen dan oksigen. Pecahan peratus kandungan adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Istilah bitumen yang digunakan di Amerika Syarikat
dan United Kingdom juga berbeza antara satu sama lain. Perbandingan istilah adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2.
6

Jadual 2.1: Komponen dalam bitumen (Che Ros Ismail dan Rosli Hainin, 1998)
Bahan kimia Karbon Hidrogen Sulfur Nitrogen Oksigen
Kandungan
80-85 10 1-5 1 <1
(%)

Jadual 2.2: Perbezaan istilah bitumen (Che Ros Ismail, 1999)


Amerika Syarikat United Kingdom
Bitumen Bitumen dan Tar
Asfalt (simen asfalt) Bitumen
Konkrit asfalt Asfalt = Bitumen + Agregat

2.2.1 Sifat Semula Jadi Bitumen

Sifat semulajadi yang terdapat pada bitumen yang menyebabkan oa sesuai


digunakan sebagai bahan turapan ialah (Mohamed Rehan et.al, 1997):

(i) Ia merupakan suatu bahan penyimen yang kuat, mudah merekat serta tahan
lasak.
(ii) Ia mempunyai sifat kalis air yang tinggi.
(iii) Ia merupakan bahan plastik yang mempunyai sifat kebolehlenturan atau
keanjalan yang terkawal apabila bercampur dengan agregat.
(iv) Ia tidak dipengaruhi oleh kebanyakkan asid, alkali dan garam tetapi boleh
dipengaruhi oleh oleh asid sulfurik dan asid nitrik.
(v) Ia bersifat termoplastik yang mana ia berbentuk pepejal atau separa pepejal
pada suhu biasa dan boleh dicairkan dengan 3 cara iaitu menggenakan haba,
menggunakan pelarut atau pengemulsian.
(vi) Ia bersifat koloid.
Empat sifat utama bitumen yang penting bagi kerja-kerja penurapan ialah
(Mohamed Rehan et.al 1993):
7

(i) Kekonsistenan
(ii) Ketahanlasakan dan rintangan terhadap lulu hawa
(iii) Kadar pengawetan
(iv) Rintangan terhadap tindakan air

2.2.2 Jenis-jenis Bitumen

Minyak mentah merupakan punca utama bitumen yang digunakan dalam


turapan jalan. Bitumen jenis ini disebut bitumen minyak atau bitumen loji. Terdapat
tiga jenis bitumen yang dihasilkan daripada minyak mentah. Bagi minyak mentah
berasaskan bitumen, bahagian yang likat adalah bitumen. Ia merupakan sisa yang
tertinggal selepas proses penyulingan berperingkat dijalankan. Contoh minyak jenis
ini ialah minyak mentah dari Benua Amerika (Murali a/l Murugaya, 2001). Bagi
minyak mentah yang berasaskan paraffin, bahan yang tertinggal sebagai sisa selepas
proses penyulingan berperingkat ialah paraffin atau lilin (wax). Minyak mentah dari
Timur Tengah adalah merupakan minyak mentah berasaskan paraffin.

Terdapat empat jenis bitumen, tetapi hanya tiga jenis sahaja digunakan dalam
kerja turapan jalan anjal. Jenis-jenis bitumen adalah seperti di bawah (Che Ros
Ismail, 1999):
(i) Bitumen Penusukan
(ii) Bitumen Cutback
(iii) Bitumen Emulsi

2.2.2.1 Bitumen Penusukan


8

Bitumen penusukan merupakan bitumen yang kuat dan tahan lasak dengan
kekuatan rekatan yang tinggi dan bersifat kalis air. Selain itu, bitumen penusukan
juga mempunyai kekuatan rintangan terhadap asid, alkali dan garam. Penggunaan
bitumen penusukan yang paling banyak adalah dalam penyediaan asfalt campuran
panas bagi pembinaan turapan anjal (Che Ros Ismail, 1999).

Bitumen penusukan terdapat dalam bentuk separa pepejal pada suhu biasa
dan menjadi lembut atau cair apabila suhu dinaikkan. Di Malaysia, bitumen
penusukan yang digunakan adalah daripada jenis gred 80/100 (JKR, 1988).

Gred bitumen ditentukan berdasarkan ujian penusukan. Terdapat lima jenis


gred piawai untuk bitumen penusukan iaitu gred 40-50, 60-70, 80-100, 120-150 dan
200-300. Nilai penusukan yang tinggi menunjukkan bitumen adalah dari jenis yang
lembut dan sesuai untuk negara beriklim sejuk manakala nilai penusukan yang
rendah pula menunjukkan bitumen tersebut adalah keras dan sesuai untuk negara
beriklim panas.

2.2.2.2 Bitumen Cutback

Bitumen cutback adalah bitumen cecair yang dihasilkan dengan menambah


bahan pelarut meruap seperti gasoline, naftalena dan kerosin kepada bitumen kelas
penusukan. Ia dihasilkan bagi mengurang kelikatan bitumen untuk kegunaan pada
suhu yang lebih rendah.

Ia digunakan dalam pembinaan jalan seperti dandanan permukaan, Macadam


berbitumen dan penstabil tanah. Bitumen cutback boleh dibahagikan kepada tiga
9

jenis mengikut jenis pelarut yang berhubungan dengan kelikatan dan kadar
pengewapan. Jenis-jenis bitumen cutback ialah awet cepat, awet sederhana dan awet
perlahan.

Bitumen cutback awet cepat akan menyejat dengan cepat dan meninggalkan
lapisan bitumen penusukan sahaja. Bahan pelarut yang digunakan bagi bitumen jenis
ini ialah gasoline atau nafta yang mempunyai takat didih yang rendah.

Bitumen cutback awet sederhana pula dihasilkan dengan mencampurkan


bitumen penusukan dengan pelarut yang mempunyai takat didih sederhana seperti
minyak tanah. Ia akan menyejat dalam masa yang lebih lama berbanding bitumen
cutback awet cepat.

Bitumen cutback awet perlahan digunakan jika penurapan jalan memerlukan


penyejatan yang lambat. Ia dihasilkan dengan dua cara iaitu dengan mencampurkan
bitumen dengan bahan pelarut yang lambat meruap seperti diesel ataupun dengan
cara mengawal kadar aliran dan suhu minyak mentah semasa pusingan pertama
proses penyulingan.

Kelemahan bitumen cutback ialah ia boleh menyebabkan pencemaran dan


merupakan bahan yang mudah terbakar akibat campuran bitumen dan bahan pelarut
(Roberts et.al, 1991).

2.2.2.3 Bitumen Emulsi


10

Emulsi bermaksud pecahan atau serakan sesuatu cecair. Bitumen emulsi


terjadi hasil daripada campuran bitumen, air dan agen emulsi. Agen emulsi
bertujuan untuk membolehkan bitumen mengalir semasa digunakan dalam keadaan
sejuk. Selepas digunakan, air akan meruap dan lapisan bitumen akan tertinggal di
permukaan agregat. Ini dinamakan proses pemecahan dan pengesetan.

Terdapat dua jenis bitumen emulsi iaitu emulsi kation dan emulsi anion.
Pemilihan penggunaan bitumen kation atau anion bergantung kepada jenis agregat
yang akan digunakan. Emulsi anion akan menghasilkan kualiti rekatan yang baik
dengan agregat yang permukaannya bercas positif seperti batu kapur. Emulsi kation
pula akan menghasilkan kualiti rekatan yang baik dengan agregat yang
permukaannya bercas negatif seperti batuan silika, agregat yang basah dan dalam
cuaca sejuk. Peningkatan penggunaan bitumen emulsi sebagai penganti kepada
bitumen cutback adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:
(i) Alam sekitar – bahan pengemulsi adalah bahan bebas pencemaran.
Berbeza dari bitumen cutback, hanya sedikit daripada kuantitinya yang
tersejat ke atmosfera berbanding air.
(ii) Kekurangan tenaga yang tinggi – apabila bitumen cutback dirawat, cecair
yang mempunyai tenaga dan haba yang tinggi akan terbebas ke atmosfera.
(iii) Keselamatan – emulsi adalah selamat digunakan kerana risiko kebakaran
yang kecil berbanding bitumen cutback.
(iv) Penggunaan pada suhu yang rendah – bitumen emulsi boleh digunakan
pada suhu yang rendah berbanding bitumen cutback. Jadi, kos bahan api
dapat dijimatkan.

2.3 Agregat
11

Agregat adalah sebarang bahan keras yang berupa batuan, jermang, batu
hancur, pasir atau kelikir. Ia boleh diperolehi dalam bentuk semulajadi ataupun
tiruan dan merupakan komponen yang paling banyak di dalam sesuatu pra campuran.
Fungsi utamanya ialah menanggung beban lalu lintas dan memindahkannya ke
lapisan bawah. Agregat juga menyediakan struktur saling mengunci, mengikat
bitumen kerana permukaannya yang semulajadi kasar.

Agregat yang sering digunakan dalam pembinaan jalan adalah agregat


semulajadi, namun ada juga yang menggunakan agregat tiruan sebagai inisiatif
pengurangan kos akibat kekurangan sumber semulajadi. Batuan semulajadi
dibahagikan kepada tiga jenis mengikut kejadiannya iaitu Igneus, Sedimen dan
Matamorfosis. Jermang pula adalah contoh agregat tiruan.

Pemilihan agregat penting bagi menentukan kualiti sesuatu turapan jalan


raya. Pengkelasan agregat terbahagi kepada tiga iaitu:
(i) Agregat kasar – saiznya lebih dari 2mm
(ii) Agregat sederhana – saiznya antara 2mm dan 0.2mm
(iii) Agregat halus – saiznya kurang dari 0.2mm

2.3.1 Sifat-sifat Agregat


12

Untuk memastikan ketahanan, kekuatan dan kemampuan menanggung beban


sepanjang hayat sesuatu turapan, agregat yang digunakan harus mempunyai sifat-
sifat berikut:
(i) Rintangan terhadap pecah
(ii) Rintangan terhadap lelasan
(iii) Rintangan terhadap hentaman
(iv) Rintangan terhadap pengilapan
(v) Rintangan terhadap haus
(vi) Penyerapan air dan ketumpatan bandingan yang bersesuaian

2.4 Bahan Pengisi

Bahan pengisi ialah bahan serbuk halus yang digunakan dalam bancuhan
bitumen untuk turapan jalan raya. Bahan yang lulus pada ayak saiz 200 (75μm)
dikenali sebagai bahan pengisi. Biasanya ia terdiri daripada serbuk batu, serbuk batu
kapur, kapur terhidrat dan simen Portland. Sesuatu bahan pengisi mestilah
mempunyai sifat seperti kebersihan dan keaslian, kehalusan dan afiniti terhadap
bitumen (Roberts et.al, 1991).

Fungsi utama bahan pengisi termasuklah bagi meningkatkan ikatan antara


bitumen dengan agregat, mengisi rongga atau lompang yang terdapat dalam
campuran turapan, meningkatkan kestabilan dan menghasilkan spesifikasi untuk
penggredan agregat (Roberts et.al, 1991).

2.5 Bahan Tambah


13

Penggunaan bahan tambah bagi memperbaiki sifat semulajadi bitumen


semakin diberi perhatian dalam pembinaan turapan jalan berbitumen. Bitumen yang
diubahsuai perlulah bersifat lebih baik dan tahan lasak untuk digunakan bagi
menghasilkan turapan yang berkualiti tinggi. Antara bahan tambah yang sering
digunakan untuk menambah baik sifat-sifat bitumen adalah seperti yang diringkaskan
dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Jenis-jenis bahan pengubahsuai bitumen


Jenis Contoh
Polimer  Getah: getah asli, getah sintetik, abu tayar,
styrene butadiene (SBR)
 Blok copolymers
 Plastik
 Kombinasi: campuran getah dan plastik
Pemanjang (Extender) Sulfur
Pengisi Mineral  Kapur terhidrat
 Abu terbang
 Serbuk silika
 Serbuk baghouse
 Simen Portland
Agen Anti Penanggalan  Kapur terhidrat
Anti Pengoksidaan  Karbon hitam
 Pengubahsuai kelikatan
 Garam kalsium
Hidrokarbon  Bitumen semulajadi
 Resin plastik
Gentian  Polister
 Kaca

2.5.1 Abu Sekam Padi


14

Sekam padi adalah kulit kepada beras. Ia adalah sejenis bahan organik yang
mengambil masa lama untuk diuraikan. Ia berbutir, nipis dan berwarna kuning
jingga. Pada dasarnya, sekam padi adalah bahan buangan dari sektor pertanian yang
dilupuskan secara pembakaran dan tiada nilai dagangan. Maka, sumber ini boleh
didapati dengan kos yang paling rendah atau hampir tiada nilainya.

2.6 Lapisan Jalan

Jalan raya yang dibina di Malaysia biasanya terdiri daripada beberapa lapisan.
Lapisan-lapisannya adalah seperti dalam Rajah 2.1.

Lapisan haus

Lapisan pengikat

Tapak jalan

Sub tapak

Aras formasi

Subgred

Rajah 2.1: Lapisan jalan raya


Lapisan pra campuran terdiri daripada lapisan haus dan lapisan pengikat.
Lapisan haus menyediakan lapisan permukaan yang selesa dan selamat untuk
kenderaan di samping membantu penyaliran dan pengagihan beban. Lapisan
pengikat pula menyokong lapisan haus selain dari membantu melindungi lapisan
15

bawahnya (Che Ros Ismail, 1999). Lapisan pra campuran atau lapisan turapan
berbitumen ini bersentuh terus kepada beban kenderaan. Maka, untuk mendapatkan
lapisan turapan bitumen yang bermutu tinggi, reka bentuk campurannya serta
pembinaan sesuatu jalan raya perlulah dibuat dengan sempurna selain
penyelenggaraan yang baik.

2.7 Ujian Marshall

Kaedah yang disyorkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam mereka bentuk pra
campuran ialah dengan menggunakan Kaedah Marshall (JKR, 1988). Ujian Marshall
dipilih untuk menentukan kesan usaha pemadatan terhadap sifat-sifat Marshall iaitu
kestabilan, aliran, kekukuhan, peratus lompang di dalam campuran, peratus lompang
terisi bitumen dan juga graviti tentu pukal ke atas sampel yang dikaji.

2.7.1 Objektif Ujian Marshall

Ujian ini dilakukan bertujuan mendapatkan kandungan bitumen yang


optimum. Nilai tersebut akan digunakan untuk mereka bentuk campuran terubah
suai. Jadual 2.4 menunjukkan masalah yang mungkin timbul sekiranya tidak
menggunakan kandungan bitumen optimum untuk turapan jalan raya.

Jadual 2.4: Kesan perbezaan kandungan bitumen terhadap turapan jalan raya
Kandungan Bitumen Rendah Kandungan Bitumen Tinggi
Agregat tidak tersalut sepenuhnya Kestabilan jalan raya
berkurangan
16

Apabila kandungan lompang udara tinggi, Masalah penjujuhan timbul


ketahanlasakan turapan jalan akan berkurangan.

2.7.2 Ciri-ciri Spesifikasi Marshall

Campuran reka bentuk yang baik adalah pada kandungan bitumen optimum
iaitu purata dari nilai kandungan bitumen untuk kestabilan yang maksimum,
ketumpatan maksimum dan 4% lompang udara. Jadual 2.5 menunjukkan nilai-nilai
terbaik untuk setiap ciri Marshall seperti yang ditetapkan oleh JKR/SPJ/1988.

Jadual 2.5: Spesifikasi campuran konkrit berasfalt (JKR, 1998)


Kualiti Lapisan Haus Lapisan Pengikat
Kestabilan > 575 kg > 575 kg
Aliran > 2.0 mm > 2.0 mm
Kekerasan > 280 kg/mm > 280 kg/mm
Lompang Udara 3.0 – 5.0% 4.0 – 6.0%
(VTM)
Lompang Terisi Bitumen 75 – 82% 65 – 75%
(VFB)

2.8 Penutup

Penggunaan bahan tambah dalam bitumen memberi kesan terhadap campuran


selain daripada penggunaan bitumen, agregat dan pengisi yang berkualiti baik dan
sesuai. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan abu sekam padi sebagai bahan
tambah dalam bitumen terhadap campuran. Ujian Marshall akan dijalankan untuk
17

melihatkan kesan penggunaan abu sekam padi dalam bitumen terhadap campuran
samada memenuhi spesifikasi JKR (1988) atau sebaliknya. Bab ini telah
membincangkan beberapa aspek penting campuran asfalt.

You might also like