You are on page 1of 22

SSP 6463

ISU-ISU DALAM PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN


PENILAIAN P.SENI

Disediakan oleh:

Siti Hayati bt Haji Mohd Yusoff


M20072000730
Konsep Penting Dalam Dunia Pendidikan

3 Elemen Utama

Pengujian Pengukuran Penilaian


 Guru perlu lakukan 3P untuk
mengenalpasti kendalian P&P
yang berlangsung sama ada
objektif telah tercapai atau perlu
dibuat pengulangan dan sebagai.
Maksud Pengujian
 Sebagai proses penyerahan set soalan yang standard atau
set instrumen untuk mengukur sampel
tingkahlaku/perubahan pelajar.
 Menurut Cronbach (1970) ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan/tingkahlaku
seseorang individu.
 Raminah Haji Sabran (1991) menegaskan ujian adalah
satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan pelajar di
dalam keadaan yang dikawal/ditentukan. Maklumat yang
diperolehi akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian
atau pengadilan (Raminah 1991:2)
 Hasil daripada jawapan yang diberikan, satu ukuran yang
disebut markat akan diberikan kepada individu berkenaan.
 Kesimpulannya Pengujian menjelaskan keadaan berapa
baguskah prestasi pelajar yang diuji.

Proses Pengujian

Penilaian
Peringkat Pelaksanaan
Skrip
Persediaan Ujian
Jawapan
Maksud Pengukuran
 Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik/angka
yang diukur menggunakan instrumen.
 Pengukuran adalah penentuan status/tahap. (tanpa menentukan
nilai)
 Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian.
 Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk
kuantitatif menggunakan proses pencerapan/penggunaan skala
pemeringkatan.
 Ia tidak bersifat mutlak.
Contoh:
 Pengukuran ketinggian mental seseorang
individu sudah tentu lebih sukar dan tidak
dapat dilakukan dengan tepat berbanding
pengukuran ketinggian fizikal seseorang
individu yang boleh diukur dengan tepat
dengan menggunakan pembaris.
Perbezaan

 Pengujian:  Pengukuran:

- mendapatkan - Menjurus kepada


maklumat sebanyak banyak mana skor atau
mana prestasi yang markat yang diperolehi
diperolehi dengan menggunakan
proses tertentu.
Kesimpulan
 Seseorang guru harus menggunakan instrumen
yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang
tepat. Jika instrumen yang digunakan
mempunyai kecacatan, hasil yang diperolehi
daripada ukuran yang dijalankan juga tidak
tepat.
Maksud Penilaian
 Boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan/membuat keputusan dalam mengkritik nilai,
mutu, kualiti, harga bagi seseuatu perkara.
 Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah proses yang
dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu tercapai.
 Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat
atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-
duanya sekali.
Penilaian
 Secara Kuantitatif  Secara Kualitatif

- maklumat diperolehi - maklumat yang dapat


dalam bentuk angka dan dinyatakan atau
boleh disusun, dihuraikan tanpa
dikemaskini dan menggunakan nombor-
diringkaskan dalam nombor tetapi lebih
kadar yang lebih mudah kepada pertimbangan
difahami. nilai.
Instrumen Penilaian
 Ujian (sejarah & apresiasi seni)
 Kaedah pemerhatian
 Kaedah temubual
 Kaedah perbincangan
 Kaedah anekdot
 Menggunakan senarai semak
 Menggunakan soal selidik
 Pengukuran sikap
 Portfolio
Contoh instrumen :
PORTFOLIO
 Michael 1998 mencadang 8 objektif perlu dibuat
penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja
seni pelajar itu sendiri; meliputi:
 Komunikasi/ekspresi
 Keyakinan diri
 Perkembangan persepsi
 Pengetahuan seni
 Ketekalan organisasi estetika
 Kreativiti
 Kemahiran
 keupayaan
 Penilaian portfolio berdasar kesesuaian
tema, kecekapan menggunakan alat dan
bahan untuk transform idea melalui
pengolahan unsur-unsur seni visual,
menilai juga tentang kreativiti pelajar
menyelesaikan masalah artistik,
ketepatan, ksempurnaan, ketelitian dan
kehalusan kerja.
Masalah dalam penilaian Portfolio Seni
Visual Tingkatan 6 yang telah dikenalpasti:
 Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi
kerana anggaran kewangan berdasar kepala
pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang
peruntukan yang diterima juga kurang
sedangkan perbelanjaan untuk menghasilkan
folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi
daripada apa yang diperuntukkan oleh PCG;
terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga
T3 kerana biasanya peruntukan PCG untuk
mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang
ramai.
 Pelajar membuat kerja amali selepas waktu
persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah
serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal
menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan
mengikut takwim penghasilan folio dan hasil
karya; menyebabkan mereka terpaksa datang
pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi
disebabkan masalah kewangan di kalangan
pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke
sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap
dalam keadaan tidak sempurna.
 Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai
tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang
tidak mempunyai asas langsung dalam m/p PSV
semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar m/p
tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari
awal proses P&P.

 Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem


serta penambahbaikan supaya kualiti nP&P
dapat ditingkatkan.
Isu Yang Timbul
 Di dalam sesuatu kelas, apabila guru memberikan
ujian, adakah guru berkenaan MENGUKUR
pencapaian pelajar atau guru MENILAI pencapaian
pelajar?

 Ini adalah kerana dalam sesetengah keadaan,


PENILAIAN dibuat tanpa sebarang pengukuran yang
melibatkan ujian terlebih dahulu tetapi hanya
melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Kesimpulan
 Prosedur penilaian mengandungi aspek Pengujian,
Pengukuran, penganalisisan serta merumus data yang
diperolehi.
 Prosedur penilaian seperti berikut;
a) Persediaan Ujian
b) Pentadbiran Ujian
c) Pemeriksaan & pengukuran
d) Analisis Ujian
e) Interpretasi & Tindakan Susulan
Pentaksiran
 Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam
membuat penilaian.
 Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran
digunakan silih berganti an dianggap sebagai sinonim.
 Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran
seseorang pelajar.
 Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen
pengujian dan penilaian amat penting.
ISU-ISU YANG TIMBUL:
1. Soalan bocor 7. Peperiksaan dan pentaksiran
2. Skrip tidak diperiksa tetapi kurang menjurus ke arah
markah ada pembelajaran yang berkualiti
3. Soalan di luar sukatan pelajaran tinggi.
4. Berlaku pakatan untuk capai 8. Mendorong pelajar berbuat apa
kejayaan sahaja untuk dapat markah
tinggi.
5. Pelajar masih gagal walaupun
telah menduduki peperiksaan 9. Berlaku kesilapan dalam
beberapa kali. pemberian markah.
6. Terdapat pelajar yang tidak 10. Gagal menjawab soalan
walaupun telah diajar berulang
dibenarkan menduduki
kali.
peperiksaan.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like