You are on page 1of 33

AEMS3113 Moral dan Etika

NO. TAJUK MUKA


SURAT
1.0 PENGHARGAAN 2

2.0 PENGENALAN 3

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN KES 4

3.1 PUNCA-PUNCA DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA 5

3.2 KESAN-KESAN DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA 6

3.3 CARA-CARA MENGATASI DISKRIMINASI JANTINA DAN 7


USIA

4.0 PANDANGAN MORAL SEKULAR YANG MENYOKONG 9


DAN MEMBANTAH DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

5.0 PANDANGAN MORAL AGAMA YANG MENYOKONG DAN 17


MEMBANTAH DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

6.0 SOAL SELIDIK DAN DATA ANALISIS 21

7.0 LAMPIRAN 32

8.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 33

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

Kumpulan kami telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Moral dan Etika ini dalam masa
yang ditetapkan dengan bantuan and sokongan dari pelbagai pihak yang dimaksudkan seperti di
bawah. Ribuan terima kasih kami ingin ucapkan kepada pihak-pihak ini dan kami amat
menghargai bantuan, nasihat, sokongan dan sumbangan yang diberi oleh mereka.

-1-
AEMS3113 Moral dan Etika

Terlebih dahulu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ms. Chew Wei Wei
selaku pensyarah dan guru bimbingan kami. Beliau telah meluangkan masa berharga beliau
untuk menyemak kerja kursus kami. Bantuan, bimbingan, tunjuk ajar dan sumbangan idea telah
diberi oleh beliau sepanjang masa kami membuat kerja kursus ini. Tanpa nasihat and ajaran
beliau, kerja kursus ini mungkin tidak akan disiapkan dan dihasilkan.

Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden yang telah
menyumbangkan masa mereka untuk menjawab soalan selidik kami. Dengan sumbangan dan
bantuan mereka, kami telah mendapat banyak maklumat yang berharga untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang
pernah memberi bantuan dan sumbangan yang amat kita hargai.

Akhirnya, tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli
kumpulan kami yang banyak menyumbangkan masa and usaha dalam kerja kursus ini. Semua
ahli telah bekerjasama dan menyiapkan tugas masing-masing agar menyelesaikan kerja kursus
ini dalam masa yang ditetapkan.

2.0 PENGENALAN

Pelbagai jenis diskriminasi telah wujud di negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan bebas menganuti agama. Diskriminasi adalah layanan yang tidak adil terhadap
individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu
berkenaan. Diskriminasi telah merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat

-2-
AEMS3113 Moral dan Etika

Malaysia dan ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membezakan-bezakan


manusia. Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks seperti dilakukan oleh orang
perseorangan, institusi, firma dan lain-lain. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, diskriminasi
dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip “setiap manusia harus diberi hak
dan peluang yang sama” (Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

Diskriminasi Jantina

Individu atau kumpulan diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Mereka
mengalami layanan yang berbeza seperti diberi tugas dan kerja yang berbeza, pemberian gaji
yang berbeza dan status yang tidak setara. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih
rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.

Diskriminasi Usia

Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka tergolong dalam lingkungan umur
tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan
masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja". Di samping itu, diskriminasi juga berlaku dari
sudut gaji, faedah atau penerusan pekerjaan bagi pekerja yang dalam umur pertengahan tahun
atau melewati umur 40 tahun dan pekerja diminta bersara apabila mencapai umur 55.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN KES

Kes ini adalah satu pengiklanan jawatan kosong bagi jurujual sementara Swisslabs dan akan
bekerja di farmasi kompleks membeli-belah. Kelayakan dan syarat bagi jawatan kosong ini
adalah berbadan lampai atau sikap yang ramah-tamah, agresif dalam mempromosikan jualan.

-3-
AEMS3113 Moral dan Etika

Calon harus berumur 20 tahun atau ke atas dan calon wanita adalah lebih disukai dan akan
diupah.

Pengiklanan jawatan kosong ini merupakan satu diskriminasi jantina dan usia dalam
pekerjaan. Diskriminasi dalam pekerjaan bermaksud majikan atau agensi pekerjaan tidak
melayan pekerja dan calon pekerja secara saksama. Diskriminasi dalam pekerjaan boleh berlaku
atas dasar jantina, usia, warna kulit, agama, kewarganegaraan, dan kecacatan. Diskriminasi
dalam pekerjaan berlaku sepanjang masa dalam masyarakat Malaysia.

Diskriminasi jantina dalam pekerjaan bermaksud individu atau kumpulan diberi layanan
yang tidak adil dalam pekerjaan mereka kerana jantina mereka. Pekerja-pekerja mengalami
layanan yang berbeza seperti diberi tugas dan kerja yang berbeza, pemberian gaji yang berbeza
dan status yang tidak setara. Contohnya, seseorang wanita menerima gaji yang lebih rendah
dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama, majikan hanya mengupah
wanita atau lelaki sahaja dalam pekerjaan tertentu. Dalam kes ini, iklan jawatan kosong telah
menunjukkan kecenderungan majikan untuk mengupah golongan wanita bagi pekerjaan ini.

Diskriminasi usia dalam pekerjaan bermakna individu diberi layanan yang berbeza
berbanding dengan golongan lain kerana mereka digolong dalam lingkungan umur tertentu.
Misalnya, diskriminasi boleh berlaku dari sudut gaji, faedah atau penerusan pekerjaan bagi
pekerja yang dalam umur pertengahan tahun atau melewati umur 40 tahun, majikan enggan
mengupah pekerja yang berumur lebih daripada 40 tahun, pekerja diminta bersara apabila
mencapai umur 55. Bagi kes ini, hanya golongan yang berumur 20 tahun atau ke atas layak untuk
jawatan kosong ini.

3.1 PUNCA-PUNCA DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

Kelebihan Tenaga Buruh

-4-
AEMS3113 Moral dan Etika

Kelebihan tenaga buruh merupakan punca utama bagi diskriminasi jantina dan usia
semasa majikan mengupah pekerja-pekerja. Majikan terdapat banyak pilihan atas calon-calon
dan menyebabkan kecenderungan atas jantina atau usia berlaku semasa mereka mengambil
keputusan untuk mengupah seseorang. Situasi ini amat jelas dapat kita lihat terutamanya
sekarang, iaitu ekonomi merosot.

Tiada undang-undang dan syarat-syarat pekerjaan minima

Oleh sebab tiada undang-undang atau syarat-syarat pekerjaan minima yang wujud untuk
mengawal tindakan majikan semasa mengupah pekerja. Ini akan membenarkan majikan memilih
calon-calon mengikuti keinginan mereka dan kecenderungan kepada calon-calon tertentu tanpa
mengikut garis panduan atau syarat yang ditetapkan.

Prasangka atau prejudis majikan

Prasangka atau prejudis (prejudice) adalah satu sangkaan atau anggapan terhadap seseorang
hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti jantina, agama, ras, pekerjaan. Ini merupakan
salah satu punca yang menyebabkan diskriminasi jantina dan usia dalam pekerjaan. Misalnya,
prasangka majikan yang menganggap golongan muda yang lebih berupaya dan bercekap
menjalankan sesuatu tugas berbanding dengan golongan tua, golongan lelaki bekerja dengan
lebih effektif dan berkebolehan berbanding dengan golongan wanita.

Pemikiran tradisional

Pemikiran tradisional iaitu lelaki yang sepatutnya bekerja di luar dan perempuan pula yang
menjaga di rumah telah dicurahkan ke dalam otak masyarakat. Selain itu, pemikiran seperti
wanita yang bersifat lembut, lemah dari segi fizikal, berpendidikan lebih rendah dan kekurangan
pendedahan ke luar berbanding dengan lelaki. Pemikiran dan anggapan ini telah
dipertimbangkan oleh majikan semasa mengupah seseorang bagi sesuatu pekerjaan.
Kecenderungan telah berlaku dan mengakibatkan majikan menganggap sama ada lelaki atau
wanita sahaja yang sesuai dengan pekerjaan tertentu.

3.2 KESAN-KESAN DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

Gaji yang tidak berpatutan

-5-
AEMS3113 Moral dan Etika

Diskriminasi jantina dan usia dalam pekerjaan mengakibatkan majikan menawarkan gaji
yang berlainan kepada golongan tertentu jika tiada undang-undang dan syarat-syarat pekerjaan
minima digubal untuk mengawal majikan. Pekerja tidak akan mendapat gaji yang berpatutan
dengan usaha mereka yang diberi dalam pekerjaan.

Kadar pekerjaan dan pengangguran yang tidak seimbang

Oleh sebab kecenderungan syarikat yang mengupah lelaki atau wanita dan golongan muda
atau golongan tua sahaja untuk pekerjaan tertentu, kadar pekerjaan dan pengangguran akan
menjadi tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan pembangunan negara terjejas dari segi
ekonomi.

Ekonomi negara yang tidak seimbang

Kecenderungan syarikat untuk mengupah golongan tertentu menambahkan jurang perbezaan


antara golongan yang akan diupah dan golongan yang menganggur. Golongan yang
berpendapatan tinggi oleh sebab kecenderungan majikan akan terus diupah dan golongan yang
tidak disukai oleh majikan akan terus menganggur.

Pembangunan negara tertunda

Pembangunan dan perkembangan negara akan tertunda jika masalah diskriminasi jantina dan
usia dalam pekerjaan ini menjadi serius dan tidak diselesaikan dengan segera. Pemikiran
tradisional ini akan diajar kepada generasi baru dan diskriminasi jantina dan usia ini akan dilihat
sebagai kebiasaan dan norma bagi masyarakat.

Status lelaki dan wanita yang tidak setara

Pemikiran tradisional yang menganggap lelaki adalah lebih kuat dan berupaya untuk bekerja
berbanding dengan wanita mengukuh status lelaki yang dianggap lebih tinggi daripada wanita.
Status lelaki dan wanita yang tidak setara menghakiskan hak wanita dan ekspoitasi hak wanita
berlaku.

3.3 CARA-CARA MENGATASI DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

-6-
AEMS3113 Moral dan Etika

Bagi mengatasi diskriminasi jantina dan usia dalam pekerjaan di masyarakat Malaysia,
pihak berkenaan seperti kerajaan, pihak berkuasa, ibu bapa dan juga masyarakat harus
menanggung tanggungjawab dan bekerjasama untuk mengurangkan masalah diskriminasi ini
daripada menjadi lebih serius dan mengelakkannya mendatangkan impak negatif kepada semua
orang.

Memupuk status lelaki dan wanita yang setara dan pemikiran yang rasional

Layanan yang adil dan saksama patut diberikan kepada semua manusia dan status lelaki
dan wanita yang setara perlu dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia bagi mengelakkan
diskriminasi jantina dan usia berlaku. Semua manusia berhak menerima layanan yang sama
daripada mana-mana pihak. Keamanan dan ketenteraman masyarakat terjamin jika diskriminasi
dalam pekerjaan ini tidak wujud. Pemikiran yang rasional dicurahkan dan pemikiran traditional
perlu dibanteraskan bagi mengelakkan prasangaka diskriminasi jantina dan usia.

Undang-undang dan syarat-syarat pekerjaan minima

Pihak kerajaan berkuasa untuk menggubal undang-undang, contohnya Kementerian


Sumber Manusia merangka syarat-syarat pekerjaan minima bagi pekerja-pekerja tidak mengira
jantina dan usia supaya pekerja tidak didiskriminasikan oleh majikan mereka. Tindakan tegas
atau hukuman dikenakan ke atas mana-mana majikan yang tidak mengikut syarat-syarat minima
tersebut.

Pengawalan majikan

Selain itu, majikan-majikan memainkan peranan utama dalam mengatasi diskriminasi


jantina dan usia pekerja. Mereka diminta mematuhi syarat-syarat minima yang dikenakan supaya
melindungi pekerja-pekerja daripada mengalami diskriminasi dalam pekerjaan mereka. Ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi menyelesaikan masalah diskriminasi ini.

Pendidikan ibu bapa dan guru

-7-
AEMS3113 Moral dan Etika

Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah diskriminasi. Ibu bapa dan guru perlu menjadi model atau teladan yang baik
bagi anak-anak mereka. Anak-anak patut diajar dan dididik sejak kecil agar memupuk sikap
hormat-menghormati, saling pengertian dan toleransi. Pendidikan di sekolah juga merupakan
kaedah yang berkesan bagi mengajar dan mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi manusia yang
mulia pada masa depan.

4.0 PANDANGAN MORAL SEKULAR YANG MENYOKONG DAN MEMBANTAH


DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

-8-
AEMS3113 Moral dan Etika

PANDANGAN MORAL SEKULAR YANG MENYOKONG DISKRIMINASI JANTINA


DAN USIA

KES: Swisslabs adalah penjual pelbagai vitamin dan ubat bagi kesihatan dan produk kecantikan.
Bagi jawatan jurujual Swisslabs, ini adalah lebih sesuai bagi golongan muda dan golongan wanita
kerana Jika Swisslabs tidak membuat demikian, ia akan merugikan dirinya kerana syarikat-syarikat
dalam industri ini juga akan membuat demikian

Teori Egoisme

Dalam teori ini, setiap orang patut bertindak untuk kepentingan sendiri dan berhak
untuk menentang apa-apa yang dibuat oleh orang lain. Oleh itu, aliran egoisme tidak
mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri.

Aliran ini menyokong tindakan diskriminasi terhadap jantina dan usia. Tindakan
egoisme dikatakan betul walaupun mereka hanya mengutamakan keuntungan sendiri tanpa
mempedulikan perasaan orang lain.

Dalam kes ini, majikan bertindak demi kepentingan syarikat. Matlamat syarikat adalah
mencapai keuntungan yang maksima dan mengurangkan kos dengan sebanyak mungkin. Ia
menjadi biasa bagi syarikat untuk megupah perkerja dengan gaji yang rendah tetapi memuaskan
kehendakan mereka. Dengan megupah perkerja yang sesuai, syarikat boleh menjimatkan kos.
Selain itu, bagi jawatan jurujual Swisslabs, ini adalah lebih sesuai bagi golongan muda dan
golongan wanita kerana Swisslabs menjual pelbagai vitamin dan ubat bagi kesihatan dan produk
kecantikan. Jika Swisslabs tidak membuat demikian, ia akan merugikan dirinya kerana syarikat-
syarikat dalam industri ini juga akan membuat demikian.

Gaji kepada pekerja peringkat remaja adalah lebih rendah daripada pekerja peringkat pemuda
walaupun mereka mempuyai taraf yang sama atau jawatan yang sama. Dengan diskriminasi
usia, majikan mengupah remaja dengan gaji yang lebih rendah untuk menjimatkan kos.

-9-
AEMS3113 Moral dan Etika

(Aroff.A.B. (1999), Pendidkan Moral, Penerbit Universiti Putra Malaysia)

Majikan mengupah pekerja yang berperingkat remaja dengan menawarkan gaji yang
lebih rendah daripada pekerja yang berperingkat pemuda supaya menjimatkan kos syarikat.
Perbuatan ini dianggap bermoral dari pandangan aliran egoisme kerana majikan mementingkan
keuntungan diri sendiri dan juga syarikat.

KES: UMNO ( parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang
pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka
lagi ) mempunyai kebebasan untuk memilih calon-calon dengan syaratnya setiap calon mesti
berumur 45 tahun ke atas.

Teori Eksistensialisme

Teori ini meniktikberatkan kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan tanpa
paksaan daripada orang lain. Seseorang individu boleh atau berhak menentukan bagaimana dia
hendak hidup. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep
‘kewujudan sah’. Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan atau keputusan
moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan
orang lain. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirinya,
dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Eksistensialisme menyokong diskriminasi jantina dan usia yang berperingkat. Teori ini
menghujahkan bahawa seseorang itu bebas membuat penilaian terhadap sebarang keputusan
tanpa paksaan dan tidak merujuk mana-mana peraturan. Seseorang itu memiliki kecendurangan
diskriminasi dan melakukan sesuatu yang mungkin tidak adil kepada jantina bertentangan dan
usia yang berlainan tanpa paksaan, amanah dan larangan, ini dianggap bermoral disebabkan teori
ini mengamalkan kebebasan.

Bagi kes ini, majikan mempunyai kebebasan untuk memilih calon-calon dan membuat
keputusan meraka secara sesuka hati kerana ini adalah hak mereka. Syarat-syarat dalam iklan
dianggap bermoral walaupun jantina dan usia yang ditawarkan telah menujukkan diskriminasi.

- 10 -
AEMS3113 Moral dan Etika

“Bahawa UMNO perlu menetapkan 'benchmarking' dengan tanda aras umur sekurang-
kurangnya 45 tahun ke atas sebagai syarat menjadi calon.”

Tindakan UMNO adalah bermoral pada pandangan eksistensialisme kerana mereka


mempunyai kebebasan untuk memilih dan menetapkan tanda aras umur sebagai syarat menjadi
calon.

KES : Syarat-syarat pekerjaan yang ditetapkan oleh sistem penerbangan negara MAS
dipersetujui oleh kedua pihak; majikan dan pekerja, ternyata tidak memberikan hak yang
sepatutnya kepada wanita. Ia jelas bertentangan dengan dasar negara yang menggalakkan wanita
sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara dan menyalahi undang-undang negara.

Teori Kemoralan Sosial

Teori ini berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatathukum,
tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasanya merujuk kepada tradisi,
norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Diskriminasi wanita oleh MAS
merupakan kes bagi teori ini.

Diskriminasi wanita oleh  MAS

Sistem penerbangan negara MAS, sebuah badan korporat yang menjadi lambang kemegahan
negara masih banyak mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja wanitanya. Syarat-syarat
pekerjaan yang walaupun dipersetujui oleh kedua pihak; majikan dan pekerja, ternyata tidak
memberikan hak yang sepatutnya kepada wanita. Ia jelas bertentangan dengan dasar negara yang
menggalakkan wanita sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara dan menyalahi:

i.  Fasal 11, Convention for the Elimination of all forms of Discrimination Against
Women (CEDAW), yang jelas menegaskan hak wanita untuk mendapat peluang
pekerjaan yang sama termasuk semasa mengandung.

ii. Perkara 8(2), Perlembagaan Malaysia, disenaraikan perkara-perkara yang tidak boleh


menjadi asas-asas perbezaan antara warganegara ia termasuk agama, kaum, keturunan,
tempat lahir dan jantina.

- 11 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Syarat-syarat pekerjaan MAS yang didapati diskriminasi terhadap wanita termasuk :

i. Umur persaraan yang berbeza antara pekerja wanita dan lelaki. Umur persaraan
bagi wanita 40 tahun manakala lelaki 55 tahun.

ii. Kru kabin wanita ‘expatriate’ dibenarkan bekerja sehingga umur 60 atau 65 tahun
mengikut undang-undang pekerja di negara masing-masing.

iii. Setelah bersara, kru kabin wanita akan diberi ‘gratuity’ khas pada kadar RM800
setahun bagi setiap tahun perkhidmatan dengan syarikat. Jika wanita tersebut telah
bekerja selama 20 tahun, ‘gratuity’ yang diterima sebanyak RM16,000 (RM800 x 20)
berbanding lelaki sebanyak RM414,000 (RM2,300 x 15) bagi 15 tahun yang lebih, jika
bersara pada umur 55 tahun. Ini menunjukkan wanita dinafikan pendapatan yang sama
berbanding lelaki.

iv. Kru kabin wanita yang sudah berkahwin, boleh mengandung setelah berkhidmat
lima tahun atau lebih. Mereka akan diberi cuti tanpa gaji daripada tarikh didapati tidak
layak untuk terbang. Cuti tanpa gaji akan berkuatkuasa tidak lewat daripada akhir bulan
kedua beliau mengandung.

v. Kru kabin wanita hanya berhak untuk mendapat cuti bersalin untuk tidak lebih dari
dua orang anak yang hidup. Jika didapati mengandung selepas dua orang anak, beliau
akan meletakkan jawatan, jika gagal berbuat demikian, syarikat berhak untuk
menamatkan perkhidmatannya.

(http://wanita_keadilan.tripod.com/Berita_Terkini/KENYATAAN_MEDIA_101203.htm)

PANDANGAN MORAL SEKULAR YANG MEMBANTAH DISKRIMINASI JANTINA


DAN USIA

KES : Majikan mengupah pekerja mengikut cita rasa, kemahuan dan kecenderungannya dan
bukan niat dan motif yang baik. Majikan yang bertekad baik sepatutnya memilih calon yang
berupaya dan layak dengan jawatan kosong itu seperti berpengetahuan dalam bidang perubatan,

- 12 -
AEMS3113 Moral dan Etika

bidang kecantikan, fasih dalam pertuturan dan bukan berdasarkan kecenderungan syarikat untuk
mengupah golongan wanita dan berumur 20 tahun atau ke atas.

Prinsip Kewajipan

Prinsip kewajipan adalah salah satu jenis Teori Deontologi yang berasal daripada
perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “tugas atau kewajipan”. Menurut hujah Immanuel
Kant, nilai moral yang diberikan kepada sesuatu tindakan bukan disebabkan oleh akibat tindakan
tersebut tetapi motif (niat) tindakan seseorang yang sebenarnya di bawah kawalan orang itu.
Oleh itu, seseorang harus bertanggungjawab secara moral atas motifnya untuk membuat
kebaikan atau keburukan.

Prinsip kewajipan menumpukan niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa
yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan
atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila
dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif
tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui.

Bagi kes ini, prinsip kewajipan menentang diskriminasi jantina dan usia. Majikan
dikatakan mempunyai niat dan motif yang tidak baik. Majikan mengupah pekerja mengikut cita
rasa, kemahuan dan kecenderungannya dan bukan niat dan motif yang baik. Majikan yang
bertekad baik sepatutnya memilih calon yang berupaya dan layak dengan jawatan kosong itu
seperti berpengetahuan dalam bidang perubatan, bidang kecantikan, fasih dalam pertuturan dan
bukan berdasarkan kecenderungan syarikat untuk mengupah golongan wanita dan berumur 20
tahun atau ke atas. Majikan harus memandang pengambilan pekerja sebagai kewajipannya demi
penerusan operasi syarikat.

“Selagi lelaki menjadi ketua, terdapat wanita yang bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk
meningkat naik, pekerja wanita lainnya akan diketepikan. Inilah hakikat persekitaran kerja.”

(www.utusanmalaysiaonline.com.my
)

- 13 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Tindakan mengetepikan pekerja wanita merupakan sesuatu perbuatan yang tidak wajar dan
ditentang oleh prinsip kewajipan. Manusia mempunyai kewajipan untuk melayan semua orang
dengan niat yang baik dan menjaga perasaan seseorang tanpa mengira jantina dan lingkungan
usia. Perbuatan ini dianggap tidak bermoral kerana diskriminasi jantina berlaku dan perasaan
pekerja wanita yang diketepikan telah diabaikan.

KES: Fernandez, sebagai pekerja pramugari dari MAS pada 14 Oktober 1980. Pada 1991 beliau
hamil dan diarahkan berhenti bersesuaian dengan CA yang mensyaratkan pramugari hamil
meletak jawatan atau membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian.

Teori Keperibadian Mulia

Teori keperibadian mulia berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang
insan moral. Menurut Aristotle, keperibadian mulia adalah suatu kualiti yang terbaik atau
istimewa (excellence). Keperibadian mulia merangkumi sifat kesederhanaan (Jalan Tengah)
seperti keadilan, kesaksamaan, keberanian, sifat murah hati, sifat rendah hati, kejujuran,
kecerdasan, kemesraan, dan kebanggaan.

Dari pandangan teori keperibadian mulia, diskriminasi jantina dan usia dalam kes ini
dikatakan tidak wajar dan tidak berkeperibadian mulia. Diskriminasi jantina dan usia dalam
pekerjaan dianggap sebagai satu tindakan yang berlebihan dan tidak bersifat kesederhanaan.

Bagi kes ini, majikan haruslah mengamalkan tindakan yang berkeperibadian mulia seperti
keadilan dan kesaksamaan dalam mengupah pekerja. Misalnya, jantina dan usia tidak patut
dijadikan syarat-syarat bagi penilaian majikan untuk mengambil seseorang pekerja. Sebaliknya,
majikan harus melayan semua calon dengan adil dan saksama dan menilai calon berdasarkan
keupayaaan, pengalaman atau kesesuaian dan kelayakan calon bagi jawatan promotor perjualan.

“Fernandez mula bekerja sebagai pramugari MAS pada 14 Oktober 1980. Pada 1991 beliau
hamil dan diarahkan berhenti bersesuaian dengan CA yang mensyaratkan pramugari hamil
meletak jawatan atau membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian.”

(http://library.utem.edu.my/akhbar/Employment/2005/2005031306(0)bh.htm)

- 14 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Bekas pramugari MAS tidak patut dipecat dengan alasan hanya kerana dia hamil pada
masa itu. Perbuatan ini dianggap keterlaluan kerana tidak mengamalkan sikap kesederhanaan
dan ditolak oleh teori kemoralan mulia.

KES : Aderyn telah menghadiri temuduga di sebuah syarikat agensi penjualan. Namun, dia telah
ditolak oleh syarikat tersebut dengan alasannya Aderyn tidak sesuai menyandang kerja itu.
Mereka telah memberitahu Aderyn bahawa syarikat itu tidak akan mengupah pekerja perempuan
kerana kebanyakkan mereka selalu memohon cuti dan tidak cergas seperti lelaki.

Teori Utilitarianisme

Teori ini ialah idea atau fahaman dalam falsafah moral yang menekankan prinsip manfaat
atau kegunaan dalam menilai sesuatu tindakan sebagai prinsip moral yang paling dasar. Dengan
prinsip kegunaan dimaksudkan prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai tolok ukur pokok
untuk menilai dan mengambil keputusan apakah suatu tindakan itu secara moral dapat
dibenarkan atau tidak. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu
tindakan dinilai berguna kalau akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dengan
memperhitungkan semua phak yang terlibat dan tanpa membeza-bezakan, membawa akibat baik
berupa kegembiraan atau kebahagiaaan yang semakin besar bagi semakin banyak orang.

Dalam kes ini, Aderyn telah menghadiri temuduga di sebuah syarikat agensi penjualan. Namun,
dia telah ditolak oleh syarikat tersebut dengan alasannya Aderyn tidak sesuai menyandang kerja
itu. Mereka telah memberitahu Aderyn bahawa syarikat itu tidak akan mengupah pekerja
perempuan kerana kebanyakkan mereka selalu memohon cuti dan tidak cergas seperti lelaki.

Dalam kes ini, syarikat itu dianggap tidak bermoral kerana tindakannya membawa keburukan
kepada kedua-dua pihak. Syarikat itu telah menghilang seorang yang berbakat akibat tindakan
tidak mengupag Aderyn manakala Aderyn merasa hampa kerana dia tidak Berjaya mendapat
kerja tersebut.

- 15 -
AEMS3113 Moral dan Etika

5.0 PANDANGAN MORAL AGAMA YANG MENYOKONG DAN MEMBANTAH


DISKRIMINASI JANTINA DAN USIA

PANDANGAN MORAL AGAMA YANG MENYOKONG DISKRIMINASI JANTINA


DAN USIA

Agama Hindu (sistem kasta)

- 16 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Dalam ajaran agama Hindu, Sistem Kasta telah dilahirkan. Ia membahagikan masyarakat
kepada 4 bahagian kelas yang dipanggil “varna”, iaitu Brahman ataua Brahmin (golongan
beragama dan pendidik), Kshatriya (golongan pentadbir dan pegawai pertahanan), Vaishya
(golongan petani dan ekonomis) dan Shudra (golongan hamba dan buruh).
Agama Hindu boleh dikatakan menyokong diskriminasi secara umum dan bukan
diskriminasi jantina dan usia. Nampaknya pengagihan sumber masyarakat ke dalam kategori
secara adil adalah ideal, tetapi sebenarnya, sistem ini dijadikan institusi diskriminasi berasaskan
“kelahiran” seseorang.

PANDANGAN MORAL AGAMA YANG MEMBANTAH DISKRIMINASI JANTINA


DAN USIA

Agama Islam

Menurut pandangan agama Islam, manusia adalah makhluk ciptaan kepada Allah di bumi
ini sebagai Khalifah. Manusia bertanggungjawab memelihara kesempurnaan makhluk-makhluk
lain dan sesama manusia sendiri serta bumi ini. Akhlak Mahmudah seperti adil, benar,
bertanggungjawab dan amanah adalah syarat mutlak bagi kemajuan dan ketertinggian umat dan
tamadun.

Surah ajaran Islam telah menyatakan bahawa Allah menciptakan manusia sebagai lelaki
dan wanita yang berasal daripada pelbagai kaum serta mempunyai warna kulit yang berlainan
supaya manusia dapat saling memahami dan mempelajari antara satu sama lain. Selain itu,
agama Islam menekan hubungan antara manusia dengan manusia. Manusia yang bersikap adil
dalam pergaulan akan menjadikan seseorang itu dihormati. Dari sini, telah jelas menerangkan
bahawa agama Islam membantah diskriminasi kerana semua manusia adalah ciptaan Allah dan
adalah sama antara satu sama lain.

Dalam kes kajian ini, diskriminasi jantina dan usia oleh majikan adalah dibantah oleh
agama Islam. Majikan patut bersikap adil dalam mengupah pekerjanya dan menilai semua calon
dengan adil tanpa kira jantina, usia, kaum dan warna kulit. Majikan harus mengamalkan akhlak

- 17 -
AEMS3113 Moral dan Etika

yang mulia seperti bertanggungjawab, adil dan amanah terhadap semua calon untuk jawatan
kosong itu.

ALLAH memperingatkan Rasul agar jangan menanam dendam kepada golongan atau
individu yang selama ini telah memerangi dan memusuhi Rasul. Setiap orang haruslah mendapat
keadilan, denagan kata lain tidak boleh diskriminasi.

3 Peraturan-peraturan Allah- “ANTI DISKRIMINASI” DAN HARUS MENEGAKAN


KEADILAN UNTUK SEMUA.

“ ...Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang


kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampum
lagi Maha Penyayang. QS.60:7. Semoga umat islam berkasih sayang dengan umat bukan islam
yang damai.”

“ ...Hai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan

( kebenaran )kerana Allah,menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu
terhadap sesuatu kaum (yahudi,Nasrani,quraish,dll) mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan. ( QS.5:8).”

Agama Kristian

Pada pandangan agama Kristian, diskriminasi adalah tidak beretika. Menurut Ajaran
Asas Jesus Christ, Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ atau Yesus Kristus, anak Tuhan
yang dikorbankan demi menebus dosa manusia. Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah
mecintai Tuhan dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri. Satu lagi
perintah Jesus Christ yang terpenting ialah mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah
mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa
manusia.

- 18 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Selain itu, agama Kristian terdapat Perjanjian Lama (Old Testament) yang mementingkan
keadilan dan kesaksamaan. Ia menyeru penganut Kristian mengamalkan etika yang adil supaya
semua manusia mendapat keadilan yang sama dalam kehidupan.

Diskriminasi jantina dan usia dalam pekerjaan seperti kes kajian ini dibantah oleh agama
Kristian. Majikan sepatutnya mengupah pekerja berdasarkan keperluan dan kesesuaian calon
dengan jawatan kosong dan bukan berdasarkan jantina dan usia seseorang. Majikan harus
melayan semua calon dengan sikap yang adil dan bukannya kecenderungan untuk mengupah
golongan tertentu, dalam kes ini, golongan wanita dan berumur minimum 20 tahun.

Agama Kristian tidak menggalakkan diskriminasi berlaku.

“ ... Jesus commands us to love each other as He loves us (John 13:14). If God is impartial, and
loves us with impartiality, that means we need to love others with that same high standard.”

“ ... od does not show partiality or favoritism (Deuteronomy 10:17; Acts 10:34; Pomans 2:11;
Ephesians 6:9), and neither should we. James 2:4 describes anyone who shows discrimination
as “judges with evil thought.” Instead, we are to “love our neighbours as ourselves” ( James
2:8)

Agama Buddha

Agama Buddha Agama Buddha percaya kepada Konsep Karma iaitu perbuatan baik akan
membawa kesan baik manakala perbuatan jahat akan membawa padah dan seseorang akan
menerima balasan daripada perbuatannya. Selain itu, agama Buddha menegaskan sama-rata
sesama manusia dan semua manusia adalah sama status. Oleh itu, agama Buddha membantah
diskriminasi kerana ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak bermoral dan akan meninggalkan
kesan yang buruk.

Bagi kes kajian ini, diskriminasi jantina dan usia majikan dalam mengupah promoter
perjualan dibantah oleh agama Buddha. Majikan harus melayan semua calon dengan adil dan
sama-rata tanpa mengira jantina dan usia. Agama Buddha percaya bahawa majikan yang

- 19 -
AEMS3113 Moral dan Etika

mengamalkan diskriminasi jantina dan usia atas calon akan mendapat balasan, contohnya
didiskriminasi oleh masyarakat atau syarikat lain dalam industri yang sama akibat daripada
diskriminasi semasa mengupah pekerja.

6.0 SOAL SELIDIK DAN DATA ANALISIS

Analisis Survei Isu Diskriminasi jantina dan Diskriminasi Usia

- 20 -
AEMS3113 Moral dan Etika

1. Adakah anda setuju bahawa diskriminasi jantina dan usia telah wujud di tempat kerja
masyarakat Malaysia ?

Tak S etuju
33%

S etuju
Tak S etuju
S etuju
67%

Carta pai di atas menunjukan kajian terhadap respoden tentang diskriminasi jantina dan usia
dalam tempat kerja di Malaysia masyarakat .Terdapat 67% orang yang tidak setuju bahawa
diskriminasi tersebut telah wujud di malaysia, manakala 33% orang yang bersetuju bahawa
diskriminasi jantina dan usia telah wujud di tempat kerja masyarakat malaysia.

Orang yang tidak setuju dengan ini mungkin adalah mereka menggagap bahawa isu ini masih
tidak serius di Malaysia. Mereka berpendapat bahawa masyarakat Malaysia mempunyai peluang dan
hak yang sama di tempat kerja. Layanan yang adil telah diberikan tidak mengira jantina dan usia.

Respoden yang bersetuju bahawa diskriminasi telah wujud di tempat kerja masyarakat
Malaysia adalah kerana mereka telah menyedari diskriminasi telah wujud di Malaysiadan mereka
menganggap ini adalah satu perkara yang serius. Diskriminasi jantina di tempat kerja termasuk
diberi tugas dan kerja yang berlainan, pemberian gaji yang berbeza dan peluang naik pangkat yang
tidak setara. Diskriminasi usia di tempat kerja termasuk majikan enggan mengupah golongan yang
melewati umur 40 tahun dan pekerja diminta bersara apabila mencapai umur 55.

2. Pada pandangan anda, jenis diskriminasi yang manakah lebih serius di negara Malaysia?

- 21 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Jantina Usia
60% 40% Jantina
Usia

Berdasarkan carta pai di atas, terdapat 60% orang yang berpendapat bahawa diskriminasi
jantina lebih serius di negara kita. Ini adalah kerana kebanyakan orang yang berpendapat bahawa
wanita lebih lemah, tidak tegap dari segi fizikal dan hanya sesuai menbuat kerja yang mudah dan
ringan.

Manakala, 40% respoden yang berpendapat bahawa diskriminasi usia lebih serius di negara
kita. Sesetengah majikan tidak akan mengupah golongan orang tua kerana mereka berpendapat
orang tua tidak menpunyai kekuatan fizikal yang baik berbanding dengan orang muda. Selain itu,
pengetahuan mereka agak ketinggalan zaman.

3. Setujukah anda bahawa taraf dan status lelaki dan perempuan sepatutnya sama?

- 22 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Tidak setuju
13%

Setuju
88%

Berdasarkan carta pai di atas, terdapat 87.5% responden setuju taraf dan status lelaki dan
perempuan sepatutnya sama. Dari pandangan teori keperibadian mulia, mereka dikatakan bermoral
disebabkan diskriminasi adalah tidak wajar dan tidak berkeperibadian mulia, ia dianggap sebagai
satu tindakan yang berlebihan dan tidak bersifat kesederhanaan.

20% responden tidak setuju taraf dan status lelaki dan perempuan sepatutnya sama. Dari
pandangan teori kemoralan sosial, 12.5% responden dikatakan bermoral disebabkan tradisi yang
memandang lelaki lebih kuat dan berkeupayaan daripada perempuan.

- 23 -
AEMS3113 Moral dan Etika

4. Pada pandangan anda, siapakah yang akan anda upah sebagai pekerja anda sekiranya
anda ingin mengupah seorang pengurus ?

Golongan
Muda
83%

Golongan Golongan Tua


Tua
17% Golongan Muda

Menurut carta pai ini,kebanyakkan responden akan mengupah golongan muda sebagai
pengurus, 83%. Aliran utilitarianisme menyatakan 80% tindakan responden ini bermoral, ini
disebabkan golongan muda biasanya lebih tahan lasak dan mampu bekerja lebih masa. Dengan itu,
produktiviti syarikat meningkat dan membawa keuntungan. Ini membolehkan syarikat member lebih
bonus kepada pekerja. Tindakan ini dikatakan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

Manakala, hanya 17% reponden ingin mengupah gologan tua sebagai pengerus. Ini kerana
mereka menggangap orang tua masih berupaya menerima tugasan seperti gologan muda. Tambahan
pula, sesetengah majikan berpendapat bahawa golongan tua mempunyai pengalaman yang banyak.
Selain daripada itu, menurut prinsip kewajipan, perkara adalah baik jika tindakan itu adalah baik.
Kebajikan golongan tua dalam masyarakat patut dijaga.

- 24 -
AEMS3113 Moral dan Etika

5. Pada pandangan anda, setujukah anda bahawa lelakilah yang bekerja di luar dan
perempuan yang menjaga di rumah ?

Ya Tidak
Ya
30%

Tidak
70%

Kajian di atas menunjukan responden terhadap lelaki yang bekerja di luar dan perempuan
yang menjaga di rumah. 74% bersetuju bahawa lelaki sepatut bekerja di luar dan perempuan patut
menjaga di rumah. Dari pandangan prinsip kewajipan, responden tersebut dikatakan bermoral. Ini
disebabkan lelaki mempunyai tanggungjawab bekerja untuk menyara keluarga dan perempuan
mempunyai tanggunjawab untuk menjaga rumah.

Manakala 26% yang tidak setuju , mereka berperdapat bahawa pada zaman ini, taraf
lelaki dan perempuan adalah sama, masyarakat tidak patut menggugat kebebasan perempuan yang
ingin bekerja di luar.. Dari pandangan eksistensialisme, responden tersebut dikatakan bermoral. Ini
disebabkan lelaki dan perempuan mempunyai kebebasan masing-masing untuk memilih peranan
yang ingin dimainkan dalam menjaga kepentingan keluarga.

- 25 -
AEMS3113 Moral dan Etika

6. Siapakah yang akan anda pilih untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat kehidupan
anda? Lelaki, perempuan atau mana-mana. Berikan alasan anda.

Mana-mana
25%

Lelaki
55%
Perempuan
20%

Berdasarkan carta pai di atas, terdapat 55% responden memilih lelaki sebagai pemimpin
masyarakatnya manakala 20% responden memilih perempuan sebagai pemimpin masyarakatnya.
75% responden ini bersifat diskriminasi. Dari pandangan teori eksistenisme, mereka dikatakan
bermoral. Ini disebabkan setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih calon-calon dan
membuat keputusan mereka secara sesuka hati kerana ini adalah hak mereka.

25% responden memilih pemimpin tidak berdasarkan jantina. Mereka berpendapat


bahawa pemimpin harus dipilih dengan menilai keupayaan, pengetahuan dan kalibernya. Dari
pandangan teori keperibadian mulia, mereka dikatakan bermoral disebabkan tindakan diskriminasi
adalah tidak wajar, tidak berkeperibadian mulia dan tidak bersifat keserdahanaan.

- 26 -
AEMS3113 Moral dan Etika

7. Pada pendapat anda,apakah punca diskiminasi usia ?

Perbezaan Fizikal

Pengalaman Yang
Dieperolehi

Pengala
man
Yang
Dieperol
ehi
23% Perbeza
an
Fizikal
77%

Carta pai di atas menunjukkan kajian terhadap punca diskriminasi usia.Berdasarkan


keputusan daripada soal selidik yang telah dijalankan, 54% reponden berpendapat bahawa
pengalaman yang diperolehi ialah punca diskriminasi usia. Majikan memerlukan pengalaman yang
lebih banyak memerlukan pengalaman yang lebih banyak menbantu di syarikat.

Manakala 46% reponsen berpendapat bahawa perbezaan fizikal dan mental merupakan
punca dikriminasi usia. Biasanya, majikan tidak akan mengupah orang tua kerana mereka tidak
menpunyai fizikal dan metal yang kuat.

8. Pada pendapat anda, apakah punca diskriminasi jantina dan usia?

- 27 -
AEMS3113 Moral dan Etika

A. Fikiran yang tradisional dan konservatif


B. Perbezaan fizikal dan mental lelaki dan perempuan
C. Norma baik atau buruk dianggap adat dan kebiasaan dalam masyarakat
D. Lain-lain

Adat dan
kebiasaan
masyarakat
10%

Berdasarkan carta di atas, 57.5% responden berpendapat bahawa fikiran tradisional dan
konservatif merupakan punca utama diskriminasi jantina dan usia. Pemikiran tradisional iaitu lelaki
yang sepatutnya bekerja di luar dan perempuan pula yang menjaga di rumah. Pemikiran tradisi ini
mengakibatkan majikan menganggap lelaki sahaja yang sesuai dengan pekerjaan tersebut dan
diskriminasi hak dan peluang untuk perempuan bekerja.

30% responden berpendapat bahawa perbezaan fizikal dan mental lelaki dan perempuan
merupakan punca diskriminasi jantina. Secara tradisi, lelaki dikatakan lebih kuat daripada
perempuan. Ini mewujudkan diskriminasi terhadap perempuan.

10% responden berpendapat bahawa diskriminasi merupakan adat dan kebiasaan


masyarakat sejak dahulu.

2.5% responden berpendapat bahawa agama dan kepercayaan yang berbeza mewujudkan
isu diskriminasi.

9. Di antara yang berikut, apakah kesan utama diskriminasi?

- 28 -
AEMS3113 Moral dan Etika

A. Status wanita dan lelaki yang tidak setara


B. Layanan yang tidak adil wujud di perkerjaan
C. Keupayaan seseorang tidak dikembangkan
D. Lain-lain

Lain-lain
3%
Keupayaan
seseorang
tidak Status
dikembangk jantina yang
an tidak setara
13% 40%

Layanan
tidak adil di
pekerjaan
45%

Berdasarkan carta di atas, 45% responden berpendapat bahawa diskriminasi jantina dan
usia menyebabkan golongan jantina dan usia tertentu menerima layanan yang tidak adil di
pekerjaan. Peluang dan hak golongan tertentu dinafi berdasarkan jantina dan usianya tetapi bukan
berdasarkan keupayaannya.

40% responden berpendapat bahawa diskriminasi menyebabkan masyarakat tidak


bersetuju dengan status jantina sepatutnya setara. Sebaliknya, kebanyakkan mereka berpendapat
bahawa lelaki lebih kuat dan berupaya. Justeru, lelaki dianggap mempunyai status yang lebih tinggi
daripada perermpuan.

12.5% responden berpendapat bahawa diskriminasi jantina dan usia menyebabkan


keupayaan seseorang tidak dapat dikembangkan. Mereka yang berkeupayaan dinafikan hak dan
peluangnya atas dasar jantina dan usianya.

2.5% responden berpendapat bahawa kesan diskriminasi jantina dan usia termasuk
pembangunan negara tertunda dan ekonomi negara yang tidak seimbang.

- 29 -
AEMS3113 Moral dan Etika

10. Sila pilih mengikut urutan keutamaan 1 hingga 4, cara-cara untuk mengatasi masalah
diskriminasi berlaku di Malaysia.
( ) Melalui kempen-kempen dan seminar
( ) Pendidikan ibu bapa
( ) Pendidikan moral di sekolah
( ) Tayangan filem

Cara mengatasi masalah diskriminasi terbaik ke paling tidak begitu baik

Kempen dan seminar Pendidikan ibu bapa Pendidikan moral di Tayangan filem
sekolah

Cara-cara mengatasi

Graf di atas menunjukan urutan yang paling popular di kalangan responden. Mereka berpendapat
bahawa cara mengatasi diskriminasi yang paling baik ke paling tidak baik adalah seperti berikutan.

Pendidikan ibu bapa


Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah diskriminasi. Ibu bapa perlu
menjadi teladan yang baik bagi anak-anak mereka. Anak-anak patut diajar dan dididik sejak kecil
agar memupuk sikap keserderhanaan tersirat sejak kecil yang tidak diskriminasi golongan yang
berbeza dengannya.

Pendidikan moral di sekolah


Pendidikan moral di sekolah memupuk sifat tolak ansur dan keprihatinan terhadap orang lain yang
berkepercayaan dan nilai yang berbeza. Justeru, mengelakkan tindakan diskriminasi terhadap
mereka yang berkepercayaan dan nilai yang berbeza.

Tayangan filem

- 30 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Tayangan filem membolehkan para penonton melihat kesan-kesan keburukan yang serius akibat
masalah diskriminasi. Para penonton akan mengelakkan diri terlibat dalam isu diskriminasi.

Kempen-kempen dan seminar


Kempen-kempen dan seminar boleh dianjurkan oleh kerajaan dan persatuan kebajikan untuk
menyalurkan maklumat berkenaan dengan diskriminasi, seperti punca-punca, kesan-kesan, dan
perlunya masalah diskriminasi dikurangkan sekiranya membawa padah kepada orang ramai.

7.0 LAMPIRAN

- 31 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Promoters: Part Time Sales Promoter-RM 80 a day by Swisslabs

Part Time Sales Promoters Needed at


Caring Pharmacy (Subang Parade)
Caring Pharmacy (Bangsar Village)
Caring Pharmacy (One-Utama)
Must be Slim/Pleasant and Aggressive in Sales Promoting. Minimum age above 20 years and
girls preferred. Training and Sales Commission will be given. Fri/Sat/Sun during the month of
May 2008.

Mobile 0168301313 Salary RM 80 a day


Location Klang Valley Working Hours 01.00pm to 09.00pm
Onsite No Needed Skills Selling Experience
Start Date 2008/05/02
Duration Fri/Sat/Sun

8.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

- 32 -
AEMS3113 Moral dan Etika

Abdul Rahman Md Aroff (1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang.
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/kesihatanWargaemas.pdf

http://wanita_keadilan.tripod.com/Berita_Terkini/KENYATAAN_MEDIA_101203.htm

http://asiaparttime.com/2008/04/promoters-part-time-sales-promoter-rm-80-a-day-by-swisslabs/

http://infoshare.2bryan.com/education/references.php

- 33 -

You might also like