P. 1
assgment bm

assgment bm

4.0

|Views: 1,180|Likes:
Published by anon-416078

More info:

Published by: anon-416078 on Aug 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

http://www.geocities.com/pendidikmy/cikgupjj/esei2.

html Ejaan Bahasa Melayu
1. Pengenalan Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701 , iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi J.Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927). Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah . Sistem ini menjadi begitu popular dikalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 25 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia. Badan yang ditugaskan menyelaraskan ejaan tersebut ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri,. Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972). Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang akan dijelaskan berikutnya. 2. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 2.1 Abjad dan Huruf Ada terdapat 26 huruf dalam abjad tulisan Rumi Bahasa Melayu, iaitu: Huruf Sebutan A a e (spt dlm kata elak, ekor dll) B b bi C c si

D d di Eei F f ef G g ji H h ec I i ai J j je K k ke L l el M m em N n en Ooo P p pi Q q kiu R r ar S s es T t ti U u yu V v vi W w dabliu X x eks Y y wai Z z zek

2.2 Huruf Vokal 2.2.1 Di dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard, dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Contoh pemakaian : Huruf fonem di depan di tengah di belakang a /a / api padi lusa e pepet (i) / / emas kena sosialisme taling (ii) /e / enak petak tauge i / i / itu tikam kati o /o / oleh bola pidato u /u / ular bukit ibu 2.2.2 Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu (I) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / /, dan (ii) fonem e taling yang ditulis secara fonetik / e / 2.2.3 Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu e, di dalam ejaan lama atau ejaan Za’ba. Tanda di atas e pepet (e) tidak dipakai di dalam ejaan Rumi Baharu. Contoh: Ejaan lama Ejaan Baharu emak jadi emak keledek " keledek menteri " menteri tempoh " tempuh

2.3 Huruf Diftong Di dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Contoh pemakaian : Fonem Huruf di depan di tengah di belakang /ai / ai aising ghairah pandai trailer /au / au aurat saudara harimau auditorium /oi / oi oidium boikot amboi

2.4 Huruf Konsonan 2.4.1 Fonem Konsonan Bahasa Melayu Di dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan.

Contoh pemakaian : Fonem Huruf di depan di tengah di belakang /b/ b batu sebut adab /c/ c cakap kaca Mac /d/ d dua ada abad /f/ f fakir tafsir maaf /g/ g guna tiga beg /g/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h hari saham buah /j/ j jalan manja kolej /k/ k kami paksa katak /x/ kh khusus akhir tarikh /l/ l lekas alas kesal /m/ m maka kamio diam /n/ n nasi anak daun /n/ ng ngilu angin pening /n/ ny nyata hanya /p/ p pipi apa siap /q/ q Quran wuquf buraq /r/ r raih bara puatar /s/ s sampai asli kemas /s/ sy syarat isytihar Quraisy /t/ t tangga mata rapat /v/ v vitamin universiti /w/ w wanita hawa /y/ y yang payung /z/ (i) z zaman lazat lafaz (ii) x xenon - -

2.4.2 Huruf Gabungan

Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat lima huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy. Kelima-lima huruf gabungan ini masih digunakan dalam sistem ejaan Rumi sekarang ini. Contoh pemakaiannya : gh ghairah ghaib kh khusus khas ng ngilu angin ny nyamuk hanya sy syarat isyarat Huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Za’ba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s". Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu chari cari dharab darab dzalim zalim sharat syarat mithal misal

2.4.3 Pengguguran Tanda Koma Di atas Selain itu, penggunaan lambang huruf konsonan di dalam ejaan lama, iaitu tanda koma di atas (‘) dan (’) , digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi Baharu, seperti berikut : i). Tanda koma di atas (‘), iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu ‘alam alam rai‘i rai ma‘af maaf ii). Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu ma‘na makna ra‘yat rakyat tama‘ tamak iii). Tanda koma di atas (’) ,iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah ( ), dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu masa’alah masalah so’al soal

2.4.4 Konsonan Tetap Daripada 26 huruf konosnan itu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, dan x. i). Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qadak dan qadar Quran

qunut wuquf

ii). Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya: versi revolusi viytamin subversif vokasional universiti Huruf -ve yang hadir di akhir kata ditukar menjadi huruf f.Contohnya: active jadi aktif negative jadi negatif octave jadi oktaf passive jadi pasif iv). Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z . Contohnya: xanthate jadi xantat xenon jadi xenon xeromorph jadi xeromorf 2.5 Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Za’ba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un + tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan suku kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam Sistem Ejaan Baharu. Contoh:

Ejaan Lama Ejaan Baharu sayor sayur jalor jalur salor salur bubor bubur balek balik kueh kuih Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang hadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu pereksa periksa sembeleh sembelih perengkat peringkat 2.5.1 Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut: i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang

terakhir sahaja.

2.5.2 Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Pola Keselarasan Suku kata Suku kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup Pemakaian 1. a - a asah, balak, panas 2. a - i alih, balik, habis 3. a - u asuh, basuh, larut 4. e pepet - a emak, telan, tembelang 5. e pepet - i benih, lebih, sembelih 6. e taling - u telur, benih, temenggung 7. e taling - a enak, dewan, belerang 8. e taling - e taling gelek, heret, selekeh 9. e taling - o elok, esok, selekoh 10. i - a ingat, bilang, selinap 11. i - i intip, pilih , belimbing 12. i - u cium, riuh, tiup 13. o - a olah, otak, sekolah 14. o - e taling boleh, korek, celoteh 15. o - o botol, kotor, kelompok 16. u - a ulat, ubat, ketupat

17. u - i usik, pulih, tulis 18. u - u ukur, tujuh, tengkujuh 2.5.3 Pola Keselerasan Yang Mengalami Perubahan Daripada 18 pola itu, terdapat lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem ejaan Lama (Za’ba). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Ejaan Lama Ejaan Baharu Pola Contoh Pola Contoh 1. a --- e taling aleh a --- i alih 2. a ---- o batok a --- u batuk 3. e pepet -- e taling lebeh e --- i lebih 4. e pepet -- o tempoh e --- u tempuh 5. i --- e taling pileh i --- i pilih 6. i --- o tidor i --- u tidur 7. u --- e taling usek u --- i usik 8. u --- o untong u --- u untung Kata-kata yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h,k,ng atau r. 2.5.4 Pola Keselarasan Yang Tidak Mengalami Perubahan Pola-pola yang tidak berubah daripada ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya dipakai huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e taling atau o juga. Pola Contoh 1. e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh

2. e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot 3. o --- e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng 4. o -- o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh 2.5.5 Peranan Sistem Keselarasan Vokal Sistem keselerasan huruf vokal memberi erti atau memainkan peranan, antara lain seperti berikut : i). Huruf vokal e taling atau o pada kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya: syor : mengesyorkan bukan mengesyurkan ii). Huruf vokal e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak berubah sekiranya sukukata sebelumnya memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Contohnya: belerang anggota daerah gelora kecewa kelopak

iii). Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya: e - a beta cetak gelenggang meja dewan selempang o - a goda borang berontak kota hormat gelombang

iv). Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e - e, e - o, o - e dan o - o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet , i, atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya: e - e : cerewet, kelengkeng, tempeleng e - o : kerekot, pelecok o - e : celoreng, kerobek, temponek o - o : ceroboh, kelompok, pelopor

2.5.6 Kekecualian Keselarasan Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang termasuk ke dalam kekecualian ini adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris seperti yang berikut: Daripada Daripada Pola Vokal Bahasa di Nusantara Bahasa Inggeris 1. a - e awet, pamer, kaset panel, kabaret 2. a - o lakon, lapor atom, operator 3. e pepet -e taling gembeleng 4. e pepet - o jempol gabenor, interkom 5. i - e taling imlek parlimen, simen, tiket 6. i - o ijon, pilon transistor, diftong 7. u - e taling tulen, ulet subjek, dokumen 8. u - o bunglon, lelucon kupon, konduktor 9. a - e pepet pakem teater 10. e taling - i - potesis, objektif 11. e taling - u tulen petroleum

12. e pepet – e pepet demdem, pepet 13. i - e pepet iseng filem, artikel, 14. o - i - hipokrit, fosil 15. o - u - forum, bonus 16. u - e pepet lumer skuter

2.6 Ejaan Bagi Kata Pinjaman 2.6.1 Penyesuaian Ejaan Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja mengikut peraturan penyesuaian huruf yang terdapat dalam perkataan-perkataan bahasa berkenaan dan disesuaikan dengan huruf mengikut ejaan Bahasa Melayu. Peraturan penyesuaian huruf dapat dilihat seperti daftar contoh di bawah : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Pemakaian 1. a a abstract : abstrak 2. ae ae aerial : aerial 3. ae e aesthetics: estetika 4. ai ai aileron : aileron 5. au au automatic: automatik 6. b, bb b barbecue: barbeku 7. c s cent : sen 8. c, cc k carbon : karbon 9. cc ks accent : aksen 10. ch s machine : mesin 11. ch, cch k cholera : kolera

12. d, dd d dividend : dividen 13. e e effecitve : erfektif 14. ea ea bearing : bearing 15. ea i beaker : bikar 16. ee i beer : bir 17. ei i atheist : ateis 18. eo eo geometry : geometri 19. eu eu petroleum: petroleum 20. f, ff f factor : faktor 21. g, gg g geology : geologi 22. h h harmony : harmoni 23. i i identity : identiti 24. ia ia dialect : dialek 25. ie i calorie : kalori 26. ie ai pie : pai 27. ie ie diesel : diesel 28. io io iodine : iodin 29. iu iu premium : premium 30. j, jj j journal ; jurnal 31. k, kk k kilo : kilo 32. kh kh khaki : khaki 33. l, ll l pill : pil 34. m, mm m mammal : mamalia 35. n, nn n tennis : tenis 36. ng ng congress : kongres 37 o o operator : operator 38. oa o coat ; kot

39. oe e foetus : fetus 40. oi oi alkaloid : alkaloid 41. oo oo zoo : zoo 42. oo u cartoon : kartun 43. ou au pound : paun 44. ou u coupon : kupon 45. p, pp p apple : epal 46. ph f graph : graf 47. q k quality : kualiti 48. r, rr r lorry : lori 49. rh r rhetoric : retorik 50. s, ss s express : ekspres 51. sc s science : sains 52. sc sk scooter : skuter 53. sch sk scheme : skim 54. t, tt t battery : bateri 55. th t theory : teori 56. u u unit : unit 57. ua ua aquarium : akuarium 58. ue u dissue : tisu 59. ue digugurkan cataloque : katalog 60. ue ue duet : duet 61 ui ui annuiti : anuiti 62. uo uo quorum : kuorum

63. uu u vacuum : vakum 64. v v novel : novel 65. w w wire : wayar 66. wh w whisky : wiski 67. x ks express : ekspres 68. x x xenon : xenon 69. y i diynasty : dinasti 70. y y royalty : royalti 71. z, zz z jazz : jaz

2.6. 2 Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain ke dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut: i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan karban cartoon jadi kartun bukan katun dialogue jadi dialog bukan dailog ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos pistol tetap pistol bukan pistul

iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu block jadi blok bukan belok clinic jadi klinik bukan kelinik drama jadi drama bukan derama

iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau pension jadi pencen bukan pension station jadi stesen bukan stasion v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda technology jadi teknologi bukan teknoloji tragedy jadi tragedi bukan trajedi

Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college jadi kolej engine jadi enjin

2.6.3 Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya. Contohnya : Bahasa Melayu Sebutan April /ap-ril/ bukan /ep-ral/ radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/ teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/ nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/

2.7 Ejaan Bagi Kata Dasar Dan Kata Terbitan

2.7.1 Kata Dasar Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang berasingan. Contohnya : Ayah percaya kamu tahu. Kedai kasut penuh sesak. Saya ada basikal baru. Datuk beli baju kemeja.

2.7.2 Kata Terbitan a. Kata terbitan atau kata turunan ialah i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tataiii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentukbentuk kata yang lain. b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasarnya. i) Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah beR-, di-, ke-, meN-, peN-, se-, dan teR-. ii) Imbuhan akhiran yang sering digunakan ialah –an, -I, dan -kan. iii) Imbuhan awalan-akhiran yang sering digunakan ialah beR-an di-i, di-kan, ke-an, meN-i, meN-kan, dan peN-an. c. Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu di-makan dimakan di-pandang dipandang di-selideki diselidiki Fungsi di- sebagai kata depan atau sendi nama (Rujuk 2.10). ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis

serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu sa-bagaimana sebagaimana sa-belas sebelas sa-saorang seseorang sa-umpama seumpama d. Disamping imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan, bahasa Melayu juga memiliki bentuk-bentuk terikat yang lain yang ditulis serangkai dengan kata dasar. Kebanyakan bentuk terikat ini adalah unsur pinjaman daripada bahasa asing.Contohnya : abnormal kolonialisme antikerajaan mahasiswa antitoksin mikrofilem autobiografi pancaindera biadab prasangka biduanita reaksi dasawarsa semiprofesional dwibahasa seniman ekabahasa swadaya ekafungsi telefoto hidrometer ultralembayung infrastruktur ultrasonik

2.8 Ejaan Bagi Kata Majmuk

Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara iaitu cara terpisah dan cara bercantum. 2.8.1 Ejaan Cara Terpisah i) Kata majmuk yang dieja secara terpisah terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk daripada dua bentuk kata bebas seperti berikut: air batu empat puluh lima peti besi air terjun gempa bumi periuk nasi baju kemeja guru besar ratu cantik duta besar imam besar topi keledar ii) Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus dieja secara terpisah. Contohnya : batu kapur kanta tangan kaedah bayar balik kultur mutiara min jangka masa susu pekat manis tanah gambut tempoh pinjaman telefon dail terus

i.

Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja secara terpisah. Contohnya : Duta Besar Menteri Besar Naib Presiden

Ketua Menteri Pegawai Daerah Profesor Madya Ketua Setiausaha Negara Raja Muda Perdana Menteri 2.8.2 Ejaan Cara Bercantum Dalam bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Antara kata majmuk yang

dieja secara bercantum adalah seperti berikut : setiausaha sukarela barangkali bumiputera tandatangan matahari dinihari peribahasa apabila antarabangsa tandatangan sukacita pesuruhjaya warganegara suruhanjaya 2.8.3 Ejaan Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata majmuk itu sahaja dan ejaannya ditulis dengan meletakkan tanda sempang (-) pada kata yang digandakan. Contohnya : alat-alat tulis balai-balai raya kereta-kereta lumba Guru-Guru Besar Menteri-Menteri Besar Timbalan-Timbalan Perdana Menteri 2.9 Ejaan Bagi Kata Ulang 2.9.1 Pengguguran Angka 2 Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda dalam ejaan Za’ba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu budak2 budak-budak buah2an buah-buahan berlapis2 berlapis-lapis

2.9.2 Ada tiga jenis kata ulang dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang. i) Kata ulang penuh atau ulangan penuh dapat terdiri daripada kata ulang semu atau kata ulang jamak. Contohnya:

anai-anai anak-anak biri-biri botol-botol hati-hati jawatan-jawatan ii) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara bahagian-bahagian kata yang diulang itu. Contohnya: anak-anakan akhir-akhirnya berjalan-jalan bersiri-siri karang-mengarang menulis-nulis iii) Kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang diulang. Contohnya: bolak-balik gerak-geri gunung-ganang huru-hara kucar-kacir -pauk Apabila kata ulang ini dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap dipakai. Contohnya: dikucar-kacirkan disia-siakan keramah-tamahan menggembar-gemburkan memporak-perandakan kebudak-budakan

2.10 Ejaan Bagi Kata Depan di Dan ke a. Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.Dalam hal ini terdapat empat jenis kata yang lazim mengikuti kata depan di dan ke , iaitu :

i. kata nama yang menunjukkan atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama, seperti tepi : di tepi, ke tepi. ii. kata nama umum, seperti sekolah : ke sekolah, di sekolah. iii. kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum seperti beberapa: di beberapa tempat, ke beberapa tempat. iv. kata nama tempat atau nama khas yang lain, seperti Alor Setar dan Universiti Putra Malaysia : di Alor Setar, ke Universiti Putra Malaysia. b. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Za’ba (lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i. Kata depan di dalam ejaan Za’ba ditulis di-, dengan menggunakan tanda sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu di-dalam di dalam di-selatan di selatan di-Hotel Merlin di Hotel Merlin di-jalan raya di jalan raya ii. Kata depan ka- dalam ejaan Za’ba diubah menjadi ke dan ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Tanda sempang (-) dihapuskan. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu

ka-dalam ke dalam ka-jalan raya ke jalan raya ka-Kedah ke Kedah ka-pejabat ke pejabat iii. Kata kapada dalam ejaan Za’ba diubah menjadi kepada. Kata depan dari, daripada, kepada, pada dan sebagainya, ditulis sebagai kata yang berasingan.

2.11 Ejaan Bagi Kata Ganti Singkat a. Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu , iaitu kau, ku, mu, dan nya. b. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu kau-dengar kau dengar kau-ambil kauambil ku-lihat kulihat ku-terima kuterima c. Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai atau dicantumkan dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu kasih-mu kasihmu cinta-ku cintaku

hati-mu hatimu letak-nya letaknya d. Kata ganti bagi mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu hamba Mu hamba-Mu petunjuk Nya petunjuk-Nya rahmat Mu rahmat-Mu 2.12 Ejaan Bagi Kata Berakhiran Kan Ejaan lama bagi kata yang memakai akhiran kan dieja dengan menggunakan sempang(-). Dalam Sistem Ejaan Baharu, tanda sempang itu tidak digunakan lagi. Ejaannya dicantumkan atau dirapatkan akhiran itu dengan kata dasar. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu menjalankan-kan menjalankan mencantik-kan mencantikkan menghina-kan menghinakan 2.13 Ejaan Bagi Partikel Ada empat partikel dalam bahasa Melayu , iaitu lah, kah, tah dan pun. a). Partikel -lah, -kah, dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan lama Za’ba ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya, tanpa tanda sempang, dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu ada-lah adalah tolong-lah tolonglah apa-kah apakah benar-kah benarkah

b). Terdapat dua cara menulis partikel pun. i. Partikel pun yang bereti "juga" ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya.Contohnya: Apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini. Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi. ii. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu: adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun

2.14 Penggunaan Tanda Sempang Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut : a). Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ulang.(Rujuk 7.2) b). Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. Contohnya: .......menangguhkan penyeleng-

garaan projek. c). Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi d). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya: anti-Rusia hamba-Mu pan-Afrikanisme pro-Malaysia kepada-Nya kurnia-Nya e). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan ke dengan angka. Contohnya : ke-12 (kedua belas) ke-215 (kedua ratus lima belas) ke-1000 000 (kesejuta) ke-101 (keseratus satu) f). Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang huruf awalnya huruf besar. Contohnya : se-Nusantara se-Malaysia se-Tanah Melayu g). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 70-an (tahun tujuh puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) h). Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara katakata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: alat pandang-dengar duti-anti-lambak (anti-dumping duty)

semi-berdaulat (semi-sovereign) suai-iklim (acclimation) larutan-Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution)

15. Penulisan Bagi Gabungan Kata Gabungan kata dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai rangkai kata atau ditulis serangkai. Kata-kata yang membentuk rangkai kata ditulis terpisah antara satu sama lain. Kata-kata yang ditulis serangkai biasanya disebut kata majmuk. a. Terdapat tiga cara gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah. i. Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya : air hujan duta besar balai raya enam puluh dua bom tangan luar biasa gempa bumi latihan jasmani guru besar model linear jalan raya nuzul Quran jam tangan rukun tetangga kapal terbang susu pekat manis kereta kebal telefon dail terus ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan praktis, atau yang disebut rangkaikata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya : hidup mati bijak pandai adik kakak cantik molek

ibu bapa kampung halaman makan minum rupa paras tua muda tunjuk ajar sana sini miskin kaya iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis secara terpisah. Contohnya : buah hati anak emas duit kopi kaki bangku bulan madu cakar ayam makan angin makan hati pilih kasih putih mata

b. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai. i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran hendaklah ditulis serangkai. Contohnya : ambil alih jadi pengambilalihan ijab kabul jadi diijabkabulkan sama rata jadi menyamaratakan tidak adil jadi ketidakadilan Namun begitu apabila awalan dan akhiran tersebut digugurkan, bentuk dasarnya hendaklah ditulis secara terpisah. ii. Gabungan kata yang telah dianggap sebagai suku kata hendaklah ditulis serangkai. Contohnya : beritahu warganegara

sukacita aturcara kemaskini isipadu citarasa hakcipta lalulintas kemaskini

3.0 PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan perhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak timbul apa-apa masalah untuk menguasainya. Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik. http://www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=POLA+KEKECUALIAN+KESELARASA N+VOKAL+BAHASA+MELAYU&btnG=Google+Search&meta=

BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU
2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan

bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:
i. ii. iii. iv.

Huruf vokal: a, e, i, o, u Huruf diftong: ai, au, oi Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

2.1.1 Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Hurufhuruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah. Huruf a e i o u Fonem [a] [ə] [e] [i] [o] [u] di depan sapi emak enak itu oleh usang di tengah badi sena petak simpan kota tunas di belakang lupa imperialisme tauge sini pidato siku

2.1.2 Huruf Konsonan Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah: Bunyi /b/ Huruf b di depan bahasa di tengah sebut di belakang adab

/c/ /d/ /f/ /g/ /ğ/ /h/ /j/ /k/ /x/ /l/ /m/ /n/ /ŋ/ /ń/ /p/ /q/ /r/ /s/ /ś/ /t/ /v/

c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v

cakap dua fakir guna ghaib hari jalan kami khusus lekas maka nama ngilu nyata pasang Qur’an raih sampai syarat tali vitamin

kaca ada tafsir tiga maghrib saham manja paksa akhir alas kami anak angin hanya apa wuquf bara asli isytihar mata universiti

Mac abad maaf beg mubaligh tuah kolej katak tarikh kesal diam daun pening siap buraq putar lemas Quraisy rapat -

/w/ /y/ /z/
i. ii.

w y z x

wanita yang zaman xenon

hawa payung lazat -

lafaz -

2.1.3 Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi /ai/ /au/ /oi/ Huruf ai au oi di depan aising aurat auditorium oidium di tengah ghairah trailer saudara amboi boikot di belakang pandai harimau

2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. 2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal
i. ii. iii.

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Suku kata praakhir a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u Suku kata Akhir Tertutup a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u Contoh Penggunaan asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul otak oleh obor ulat ulit untuk talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok kilang pilih ribut borang boleh borong bulat kulit buluh halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor selinap sisih tidur sekolah celoteh kelompok ketupat putih seluruh

2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Bil Pola Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Vokal a-e taling a-o e pepet – e taling e pepet – o i-e taling i-o u-e taling u-o a-e pepet e taling e taling-u e pepet – e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet e taling – e pepet o-e pepet

aneh kaget pamer calon lapor perabot gembleng bendok jempol imlek ijon pilon tulen ulet bunglon lelucon pakem

kabaret atom gabenor simen diftong subjek kupon teater hipotesis petroleum artikel fosil bonus skuter meter Oktober

panel faktor interkom tiket transistor dokumen konduktor objektif spektrum filem hipokrit forum

demdem pepet iseng

lumer

2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil 2.3.1 Nama Khas Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Akhlak Mulia Masyarakat Jaya Jalan Maharajalela Taman Tun Dr. Ismail

2.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Dewan Bahasa dan Pustaka Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat / memo)

2.4 Penggunaan Tanda Baca 2.4.1 Tanda Titik atau Noktah Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya: Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel) 2.4.2 Singkatan Umum Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya: b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)

u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat) dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain) hlm. (halaman) spt. (seperti)

2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing. 2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972) Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya: Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior 2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972) Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya: Teluk Intan Taman Bukit Cahaya Teluk Air Tawar Kampung Baharu 2.5.3 Luar Negeri (Melayu) Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya: Perancis Belanda Kanada Japan Filipina Amerika Syarikat Republik Rakyat China 2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa) Mesir

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya: England New York Cuba Bosnia-Herzegovina 2.6 Ejaan Nama Orang Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan. 2.7 Penulisan Partikel Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut: adalah siapakah bilatah tolonglah itukah apatah Ada dua cara menulis partikel pun iaitu: 2.7.1 Ditulis Terpisah Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu: Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian. Rambutnya pun tidak bersikat. Akibat terlalu letih, dia pun tertidur. 2.7.2 Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu: adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun 2.8 Penggunaan di dan ke 2.8.1 Sebagai Kata Sendi Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma. 2.8.2 Sebagai Kata Imbuhan Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya: disimpan kedua diawasi kelima-lima disyorkan kehendak kesudahan

dipercepat kesemua dikenal pasti

2.9 Penulisan Tanda Sempang Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah: 2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh Contohnya:

Anak-anak Pegawai-pegawai 2.9.2 Menyambung Suku Kata

Lambat-lambat Kerusi-kerusi

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti: ...mereka yang bertang- ...mesti bersabar dagungjawab sahaja... lam banyak hal... 2.9.3 Perjelaskan Ungkapan Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

2.9.4 Merangkaikan Huruf Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti: Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nya Pro-Arab Se-Malaysia 2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti: Ke-20 Ke-100 Ke-3,000 2.9.6 Merangkaikan Angka Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an seperti:

Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an 2.9.7 Menyatakan Hubungan Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti: Alat pandang-dengar Lebuh raya utara - selatan

http://umpress.um.edu.my/gaya_penerbitan%20bab%5B6%5D.html BAB 6 GAYA BAHASA DAN CARA PENULISAN

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 6.1 Penulis dan editor haruslah membiasakan diri dengan sistem ejaan yang standard digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam sistem ejaan ini, terdapat pola ejaan keselarasan vokal yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan-perkataan Melayu. 6.2 Dalam pola keselarasan ini, huruf vokal dalam suku kata pertama hendaklah selaras dengan huruf vokal pada suku kata kedua. Terdapat 18 pola yang telah ditetapkan dalam bahasa Melayu yang menjadi panduan untuk mengeja kata-kata yang dimaksudkan. 6.3 Pola-pola keselarasan huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah:

aa makan, papan, jarang, sampah, balak ai baling, makin, sampin, garing, kambing au sabut, kalut, takut, dapur, kabur ii silih, pingit, bilik, giling, pilih ia tikar, lipan, simpan, kilat, pikat iu tikus, hidup, lingkup, sibuk, litup uu burung, buruk, cukup, mulut, suruh ua bulat, surat, kuman, bukan, sumpah ui kulit, sulit, sumpit, mukim, kudis eo tekong, serong, lelong, belok, esok ee gelek, leceh, mereng, gelek, seleleh ea dewan, petah, tempang, elak, rendang a gelap, cepat, serang, kelam, selam i pelik, kecil, gering, betis, pedih

u telur, serbuk, kecut, pekung, semput oo sorok, tompok. lopong. golong, sokong oa kolah, lopak, botak, modal, sorak oe boleh, korek, ponteng, toleh, gores 6.4 Daripada pola-pola yang disebutkan di atas, terdapat lapan pola yang sering mengelirukan para pelajar. Guruguru yang pernah belajar dengan menggunakan sistem ejaan lama turut keliru dengan perubahan sistem ejaan ini. Lapan pola yang dimaksudkan itu ialah:

Ejaan Lama/Ejaan Baru Pola Contoh ae kaseh, maseh, aleh, adek/ai kasih, masih, alih, adik ao tabor, sahor, masok, ator/au tabur, sahur, masuk, atur ee beneh, lebeh, serek, petek/ei benih, lebih, serik, petik eo penoh, kepok, keroh, gemok/eu penuh, kepuk, keruh ie pileh, milek, sireh, bisek/ii pilih, milik, sirih, bisik io hitong, periok, tiop, gunong/uu hitung, periuk, tiup,gunung ue usek, puteh, kulet, kueh/ui usik, putih, kulit, kuih uo burong, umor, dudok, turon/uu burung, umur, duduk, turun 6.5 Pola-pola keselarasan huruf vokal yang dijelaskan di atas digunakan untuk mengeja kata dasar dalam bahasa Melayu asli. Untuk mengeja kata-kata pinjaman, terutamanya daripada bahasa Inggeris dan Indonesia, pola tersebut tidak dapat digunakan. 6.6 Terdapat 18 pola yang dianggap terkecuali daripada pola keselarasan vokal di atas. Pola-pola yang terkecuali itu ialah:

ae panel, laden, awet, amben, raden, pamer, kaget, label ao lapor, calon, lakon, atom, perabot, lancong, faktor, kadbod ee gembleng, cerpen eo jempol, gabenor, interkom, jelepok, ie piket, simen, kabinet, sendiket, kriket, tiket, wisel io pistol, batalion, transistor, sitcom, diftong ue subjek, tulen uo kupon, konduktor, glukos, lelucon, neuron, ae teater, bareng, kapten, kanser, konstabel ei tesis, objektif, kolektif, egosentrik, efektif, ekspresif, eu petroleum, spektrum, prospektus ee pepet ie artikel, filem, partikel, efisien, eksperimen, oi polis, teori, retorik, hipokrit, narkotik, klorin, kuboid, ou korum, bonus, forum, kolum, korpus, ue sumber, ulet, skuter, kaunter, komputer, ee meter oe broker, Oktober, nitrogen, kolonel, konsert 6.7 Dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dijelaskan bahawa sistem keselarasan huruf vokal memberi erti: a. Huruf vokal e atau o pada kata yang hanya satu suku kata tidak berubah apabila kata tersebut menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e. Contohnya syor dan cat dalam imbuhan yang menjadi mengesyorkan dan mengecat. b. Huruf vokal e atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak berubah jika suku kata sebelumnya menggunakan huruf vokal a, e, i atau u. Contohnya kata-kata gelora, anggota, pidato, semoga, pendekar, mereka, daerah, selera dan sekolah.

c. Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya kata-kata sewa, semak, meja, dewan, cetak dan reka untuk pola ea dan goda, johan, terompah, rosak, kopak dan borang untuk pola oa. d. Huruf vokal e dan o yang membentuk pasangan pola ee, eo, oe dan oo tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi huruf vokal a, e, i atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya cerewet, tempeleng untuk pola ee, kerekot untuk pola eo, celoreng untuk pola oe dan pelopor dan ceroboh untuk pola oo.

EJAAN KATA-KATA PINJAMAN 6.8 Selain daripada kekecualian pola keselarasan huruf vokal di atas, ada beberapa prinsip lain yang digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman. Antara prinsip yang digunakan seperti yang dijelaskan dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ialah seperti berikut. 6.9 Pengejaan kata-kata pinjaman mementingkan bentuk visual atau bentuk ejaannya. Dengan demikian perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu structure jadi struktur bukan strakcer industry jadi industri bukan indastry tuition jadi tuisyen bukan tiusen 6.10 Gugus konsonan yang ada pada bahasa Inggeris harus dikekalkan pengejaannya dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun penyesuaian harus dilakukan. Antara gugus konsonan yang sering terdapat dalam bahasa Inggeris ialah:

bl blok, blazer, blaus, blender br broker, brek, briged, brandi, brahman, braille dr dresar, dril, drama, drebar, draf, dramatik fl fluorin, flora, fluorida, fluokarbon, fleksibel gl glukos, glu, glob, glasier, glotis, gladiator gn gneis gr graviti, granit, graduan, graf, gram, gred, gris kl klasik, klausa, klise, klinik, klasifikasi, klorida kn knot kr kritik, krisis, kriket, kren, kredit, kreatif, pl plat, plaster, plagiat, planet, plasma, plaza, pr proses, pracetak, prakata, praktis, pramugara, sf sfera, sferik, sferometer sk skala, skim, skirt, sketsa, skema, skuad, skuter skr skrip, skru, skrap, skrum, skrol, skrin sm smoking (jahitan), smes sn snuker, snek, snekbar sp spises, span, spektrum, spekulasi, sperma, spr spririt, spring st status, staf, stabil, stadium, standard, stor str straw, strategik, straberi, struktur, stategi tr trafik, tragedi, tragik, trailer, transitif ts tsetse 6.11 Sebagai kekecualian daripada pengekalan gugus konsonan ini, beberapa kata tertentu telah ditetapkan supaya mengikut ejaan lama yang memakai huruf e. Kata-kata yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa Tetap Ejaan Bahasa Malaysia ialah:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class kelas bukan klas club kelab bukan klab, klub plan pelan bukan plan 6.12 Unsur asing selain gugus konsonan yang sudah diserap ke dalam bahasa Melayu dan sudah lazim dieja mengikut bahasa Melayu tidak perlu diubah ejaannya. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau biro bukan bureau custom kastam bukan kustom godown gudang bukan gudown station stasyen bukan stasion 6.13 Unsur-unsur daripada bahasa Inggeris berikut hendaklah dikekalkan penulisannya dalam bahasa Melayu iaitu:

au audit, auditorium, automatik, autobiografi, audio elek elektrik, elektromagnet, elektron,elektronik psi psikologi, psikografi, psikiatri, psikoanalisis, dia diagram, dialek, diagnosis, dialektik, dialog, tele telefon, telekomunikasi, televisyen, telekom, dwi dwimingguan, dwitahunan, dwiisyarat, dwimusim tri trilogi, trigonometri, tribunal, triniti 6.14 Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga di dalam bahasa Melayu. Umpamanya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda agenda bukan ajenda psycology psikologi bukan psikoloji technology teknologi bukan teknoloji 6.15 Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/menurut sebutan bahasa Inggeris dan sudah disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu terus dikekalkan. Umpamanya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent ejen bukan ejen engine enjin bukan engin ledger lejar bukan leger

TANDA BACAAN 6.16 Tanda-tanda bacaan merupakan antara elemen yang penting dalam bahasa bertulis. Tanda bacaan yang betul akan dapat membantu pemahaman pembaca, dan dapat menimbulkan rangsangan pembacaan. Tanda bacaan yang sesuai akan dapat memberi sumbangan untuk meningkatkan mutu penulisan, sebaliknya tanda bacaan yang salah dan tidak teratur akan merosakkan penulisan itu sendiri. Dengan demikian amatlah penting penggunaan tanda-tanda bacaan yang betul difahami oleh penulis atau editor.

6.17 Tanda bacaan sebenarnya bukanlah semata-mata membantu penyusunan frasa dan klausa serta ayat yang digunakan dalam penulisan. Ia juga turut berperanan sebagai gambaran seni yang turut membantu menyatakan sikap, perasaan, dan emosi penulis. 6.18 Perlu juga difahami, penggunaan tanda bacaan yang berlebihan akan mencacatkan penulisan. Pengguannya perlulah sesuai dan wajar selain diperlukan untuk mencapai kesan yang diingini. 6.19 Tanda Noktah (.). Dalam penulisan tanda noktah atau tanda titik merupakan tanda yang penting kerana ia memisahkan satu ayat dengan ayat lain. Dengan penggunaan tanda noktah ini, apa yang ditulis menjadi jelas. Antara fungsi tanda noktah ini ialah: i. Di akhir setiap ayat lengkap. Contoh:

Para pelajar akan mengambil peperiksaan STPM pada bulan Oktober. Pelajar yang berjaya biasanya bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. ii. Penamat ayat perintah atau ayat suruhan. Contoh:

Jangan membuat bising. Bukakan pintu itu. iii. Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik, iaitu yang tidak memerlukan jawapan. Contoh:

Mengapa masalah itu tidak kita fikirkan sebelum ini. Bagaimana soal yang penting itu pun boleh diabaikan. iv. Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah. Contoh:

Mereka bertanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Guru Besar bertanya siapa nama bapanya. v. Kependekan nama. Contoh:

A. Samad Said P. Ramlee Ahmad C.B. Abd. Latiff Abu Bakar Untuk huruf singkatan atau akronim, tanda noktah tidak perlu digunakan. Contoh:

RTM Radio dan Televisyen Malaysia PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UMNO United Malays National Organization vi. Selepas setiap nombor senarai tanpa tanda kurung. Contoh:

Negara-negara utama pengeluar minyak dunia ialah: 1. Arab Saudi 2. Iran 3. Emeriah Arab Bersatu 4. Iraq 5. Columbia vii. Memisahkan Ringgit Malaysia dengan sen. Contoh:

RM 230.59 RM 5.55 viii Menunjukkan tanda perpuluhan. Contoh:

25.5 peratus 18.5 juta 10.34 saat 8.88 ix. Tanda penulisan senarai rujukan atau bibliografi. Contoh:

Hamedi Mohd Adnan 1990. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Pustaka Amal. 6.20 Tanda Koma (,). Dalam penulisan, tanda koma berfungsi sebagai tanda pemisah yang sementara sifatnya. Koma memisahkan satu klausa atau frasa dengan yang lain. Fungsi tanda koma ialah: i. Memisahkan tiga unsur atau lebih dalam satu ayat. Contoh:

Saya ke sekolah bersama Sulasiah, Salmah, dan Fatin. Ibu membeli garam, gula, tepung gandum, dan kicap. ii. Menggabungkan beberapa ayat menjadi satu ayat. Contoh:

Azman Adnan melarikan bola. Azman Adnan menggelecek pemain lawan. Azman Adnan menendang bola. Azman Adnan menjaringkan gol. Azman Adnan melarikan bola sambil menggelecek pemain lawan, kemudian menendang bola dan akhirnya menjaringkan gol. iii. Memisahkan frasa keterangan daripada ayat induk dalam ayat songsang. Contoh:

Setelah menggelecek pemain lawan, Azman Adnan merembat bola ke arah gol. iv. Menghubungkan ayat-ayat yang boleh berdiri sendiri dalam ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung seperti serta, dan, lalu, sambil, kemudian dan tetapi. Contoh:

Terdapat pelajar yang rajin menelaah mata pelajaran, tetapi masih gagal juga dalam peperiksaan. Pelajar yang berbadan gempal itu berjalan ke bilik guru, mengetuk pintu, lalu masuk. v. Memisahkan ayat induk daripada perikan langsung. Contoh:

Halimah berkata, "Hasmah yang meminjam novel itu pagi tadi. Ah Moi berjalan sambil menjerit, "pergi dari sini!" vi. Memisahkan keterangan setara. Contoh:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan, sedang membentangkan Belanjawan Negara di Parlimen. Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, akan berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. vii. Memisahkan unsur yang berlawanan. Contoh:

Menteri Pendidikan ialah Datuk Dr. Sulaiman Daud, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawapannya tiga, bukan dua. viii Memisahkan kata dengan unsur ayat. Contoh:

Pada tahun 1992 sahaja, 219 kes rompakan bersenjata telah berlaku di Lembah Kelang. Rompakan itu berlaku pada pukul 12.45 malam, 25 Disember 1992. ix. Menyisipkan kata, frasa, atau klausa ke dalam sesuatu ayat atau perenggan. Contoh:

Saya yakin, berkat usaha gigih kita, rancangan ini akan berjaya. Pihak polis percaya, lelaki yang ditangkap semalam dalam satu kejadian pecah rumah, dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah di ibu kota. x. Menandakan contoh. Contoh:

Jurulatih gemarkan pemain yang mempunyai ketinggian, umpamanya Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad sebagai penyerang. Saya gemar membaca buku tentang pengurusan, misalnya yang ditulis oleh Peter Drucker. xi. Menandakan unit geografi. Contoh:

Pantai Pasir Panjang, Sepang akan dimajukan. Dia belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. xii. Menandakan pengulangan. Contoh:

Minatnya pada bekerja, bekerja, bekerja dan bekerja. Langsung tak ada masa untuk berehat, langsung. 6.21 Tanda Sempang (-). Tanda sempang ini berfungsi untuk: i. Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan. Contoh:

S-t-r-a-t-e-g-i bukan s-t-r-a-t-i-j-i. Kata g-o-l-o-n-g dan g-u-l-u-n-g mempunyai maksud yang berlainan. ii. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. Contoh:

"T-t-t-tidak," katanya dengan takut. K-k-ka-amu tinggal di mana? iii. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. Contoh:

03-7562632 ISBN 983-62-1558-1 iv. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Contoh:

Indo-Belanda Anglo-China Anglo-Saxon v. Menunjukkan kata gandaan. Contoh:

gula-gula bermain-main serta-merta terang-benderang vi. Menandakan penulisan dalam transliterasi huruf Arab-Rumi. Contoh:

al-Quran al-Fatihah vii. Memisahkan huruf kecil dengan huruf besar. Contoh:

hamba-Mu nikmat-Nya pro-Amerika anti-Amerika Se-Malaysia Pan-Asia vii. Memperjelas ungkapan yang seakan-akan sama. Contoh:

ber-evolusi dengan be-revulusi x. Merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contoh:

tahun 1960-an era 90-an xi. Merangkaikan ke- dengan angka. Contoh:

ke-20 (kedua puluh) ke-100 (keseratus) 6.22 Tanda Pisah (--). Tanda pisah ini bentuknya lebih panjang daripada tanda sempang. Fungsinya ialah: i. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea. Contoh:

Semua dapat diperolehinya --wang, harta, kuasa, perempuan, tetapi hidupnya tidak bahagia. ii. Menggantikan pengulangan nama penuh penulis dalam sesuatu penulisan, terutamanya untuk katalog perpustakaan. Contoh:

Nat Bodian -- Bodian Shahnon Ahmad -- Shahnon Lim Kit Siang -- Lim iii. Menunjukkan gangguan aliran fikiran penulis, pembicara, dan sebagainya yang terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Contoh:

Semasa berada di Alor Setar -- hal ini sudah saya sebutkan -- Dr. Mahathir membuka kliniknya sendiri. iv. Memperkenalkan satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang hendak diberi penegasan. Contoh:

Kejadian itu membawa pelbagai kesan yang mendalam kepada dirinya -- hampa, kecewa, rindu, marah, sedih, kesal. v. Menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa untuk penegasan atau untuk maksud tertentu. Contoh:

Sebaik sahaja kamu tiba di London -- harap perjalanan itu selamat -- temui saya di Rumah Malaysia. vi. Menggantikan perkataan hingga. Contoh:

Banjir berlaku pada bulan Mac-Jun. Dalam tempoh 1990-1992, dia berada di Paris. 6.23 Tanda Titik Bertindih (:). Antara fungsinya ialah: i. Memperkenalkan atau menambah keterangan. Contoh:

Saya tidak suka dua makanan: Mi goreng dan mi hailam. Antara novelnya yang menarik ialah: Rentung, Perdana, Menteri dan Tok Guru. ii. Menyenaraikan sesuatu perkara. Contoh:

Belikan barang-barang berikut: baju, tali leher, seluar dan kasut kulit. iii. Memisahkan judul kecil daripada judul buku. Contoh:

Ekonomi Malaysia: Satu Pengenalan Undang-Undang Kontrak: Prinsip dan Amalan iv. Memisahkan adegan dan drama/lakonan/filem. Contoh:

Hari-Hari Terakhir Seorang Seninam, 3:4. (maksudnya adegan 3, babak 4) v. Memisahkan surah dan ayat al-Quran.

al-Baqarah 2:33 (maksudnya surah 2, ayat 33) vi. Memisahkan jilid dan halaman rujukan bagi buku berjilid. Contoh:

"Ketrampilan Penulis Dalam Menuju Wawasan 2020", Dewan Sastera, 7:6:25 (maksudnya jilid 8, bilangan 6 dan halaman 25) vii. Menunjukkan nisbah. Contoh:

7:3 6:4 6.24 Tanda Koma Bertitik (;). Antara fungsinya ialah: i. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung oleh dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contoh:

Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikan kedua-dua ini pegangan hidupmu. Peperiksaan semakin hampir; persediaan belum lagi. Menteri tiba; ketua kampung menyambutnya. ii. Memisahkan klausa utama yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebagainya. Contoh:

Perlawanan akhir akan diadakan minggu depan; oleh yang demikian latihan harus dipesatkan. iii. Memisahkan lebih daripada satu klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:

Buku falsafahnya itu menggunakan pelbagai pendekatan; menggunakan pendekatan tradisional Roman; pendekatan Barat; Islam; dan tidak ketinggalan pendekatan world-view Melayu. iv. Untuk memisahkan keterangan yang bersiri, yang berlainan kategori, sekiranya keterangan itu dipisahkan oleh koma. Contoh:

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah; kepada yang gagal, janganlah putus asa. 6.25 Tanda Elipsis (...). Fungsinya ialah: i. Menunjukkan pengguguran bahagian teks sama ada di awal, pertengahan atau akhir sesuatu ayat. Contoh:

...hal yang seharusnya diberi perhatian dalam kerangka pembangunan negara. Ekonomi negara yang berkembang banyak disebabkan keamanan negara...Tanpa keamanan, pastinya pelaburan asing tidak dapat ditarik. ii. Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan sebagainya. Contoh:

Di sekolah tadika, kanak-kanak belajar a, b, c ... iii. Memisahkan sekumpulan perkataan yang pendek dalam pengucapan dengan tujuan memberi penegasan. Contoh:

Siapkan laporan itu.... Taip hari ini juga....Datang berbincang tentang laporan itu di bilik saya...Bawa fail-fail penting. 6.26 Tanda Tanya (?). Tanda tanya digunakan untuk keadaan berikut: i. Pada akhir ayat tanya. Contoh:

Siapa nama kamu? Nombor berapa kamu dapat? Dua? Tiga? atau akhir sekali? ii. Antara tanda kurungan yang menyatakan bahagian kalimat yang disangsikan atau kurang dapat dibuktikan kebenarannya. Contoh:

Beliau dilahirkan pada tahun 1888 (?) Kerugian dalam kebakaran itu ditaksirkan berjuta-juta ringgit (?) 6.27 Tanda Seru (!). Tanda seru digunakan untuk sebarang kata atau seruan. Contoh:

Hai, takkan benda macam itu pun dibeli! Merdeka! Hoi, janganlah membuat bising! 6.28 Tanda Kurung (). Tanda kurung digunakan untuk maksud berikut: i. Mengapit keterangan atau penjelasan tambahan. Contoh:

Isu tentang DEB (Dasar Ekonomi Baru) sering dipolitikkan oleh parti pembangkang. Ceramah pemikiran (literal thinking) akan diadakan tidak lama lagi. ii. Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh:

Untuk mencari makna trampil, rujuklah Kamus Dewan (DBP 1970). iii. Mengapit angka atau huruf yang menunjukkan bilangan. Contoh:

Bahan-bahan berikut haruslah dibawa dalam ekspedisi ini iaitu: (i) Makanan yang mencukupi untuk sebulan (ii) Pakaian (iii)Peralatan khemah (iv) Barang-barang yang berkaitan. 6.29 Tanda Petikan (" "). Tanda petikan ini digunakan untuk: i. Mengapit cakap ajuk. Contoh:

"Jangan datang lagi ke sini," kata Hamdan. ii. Mengapit petikan langsung daripada sumber lain yang panjangnya tidak lebih tiga baris. Contoh:

Gejala pengurusan ini menurut Drucker dinamakan "the anatomy of management" dalam bukunya The Management Make Excellence". iii. Mengapit judul rencana, karangan, puisi dan bab buku yang dipakai dalam kalimat. Contoh:

Rencana yang bertajuk "Sistem Raja Berperlembagaan Menurut Islam" yang ditulisnya menimbulkan kemarahan raja-raja Melayu. Sajak bertajuk "Malam" yang ditulis oleh Lim Kim Hui telah memenangi hadiah penghargaan. 6.30 Tanda Miring (/). Tanda ini digunakan untuk: i. Dalam penomboran kod surat rasmi. Contoh:

Jabatan Pengajian Media UM/133/14/4 K.3 (66) ii. Sebagai pengganti kata dan, atau dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat. Contoh:

Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Harganya RM 50 sen/naskhah No. 5, Jalan 2/12, Taman Mewah, 59100 Kuala Lumpur.

PENULISAN KATA MAJMUK

6.31 Kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata atau lebih sehingga membawa maksud yang khusus. Secara umum, semua kata majmuk dieja secara terpisah dan bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan daripada unsur lain. 6.32 Kata majmuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu kata-kata majmuk rangkai kata bebas, nama gelaran/jawatan, istilah khusus, dan kiasan/simpulan bahasa. 6.33 Kata majmuk rangkai kata bebas:

alat tulis tengah hari kereta api terima kasih meja tulis kapal terbang 6.34 Kata majmuk gelaran/jawatan:

perdana menteri ketua kampung naib canselor raja muda ketua setiausaha ketua pasukan 6.35 Kata majmuk istilah khusus

telefon mudah alih mata pelajaran papan kekunci kanta tangan garis pusat paksi x 6.36 Kata majmuk kiasan/simpulan bahasa

tangan panjang makan suap buruk siku kaki bangku ulat buku berat tangan 6.37 Dewan bahasa dan Pustaka sudah menetapkan bahawa semua kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah, kecuali kata-kata majmuk berikut:

antarabangsa apabila apahal

apakala apalagi bagaimana barangkali beritahu bumiputera darihal daripada dukacita jawatankuasa kakitangan kepada kerjasama manakala manalagi olahraga padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara 6.38 Jika kata majmuk diberi imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

ambil alih = mengambil alih temu bual = ditemu bual Bagaimanapun jika kata majmuk itu menerima apitan, ejaannya hendaklah ditulis bergantum.

ambil alih = pengambilalihan tunjuk ajar = menunjukajarkan

PENULISAN KATA GANDA 6.39 Secara umum kata ganda terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Biasanya penggunaan kata ganda akan melibatkan penggunaan tanda sempang. 6.40 Kata ganda penuh:

buku-buku makan-makan tinggi-tinggi kertas-kertas angan-angan cantik-cantik 6.41 Kata ganda separa

menari-nari bermain-main kata-mengata setinggi-tinggi tertunggu-tunggu berkata-kata 6.42 Kata ganda berentak

lauk-pauk batu-batan gunung-ganang mundar-mandir lintang-pukang mandi-manda lemah-longlai semak-samun selok-belok 6.43 Jika kata majmuk digandakan, hanya kata pertama sahaja yang digandakan.

guru-guru besar kapal-kapal terbang ketua-ketua menteri penolong-penolong pendaftar 6.44 Jika kata majmuk yang mantap dan simpulan bahasa/kiasan digandakan, kedua-dua unsur hendaklah digandakan:

ayam tambatan-ayam tambatan buah hati-buah hati tandatangan-tandatangan warganegara-warganegara

PENGGUNAAN KATA "PUN" 6.45 Penggunaan kata "pun" dalam bahasa Melayu sering mengelirukan, terutama untuk menentukan sama ada penulisannya digabungkan dengan kata sebelumnya atau tidak. Secara umum, semua kata pun yang bermaksud "juga" atau "lantas" denganlah dipisahkan daripada kata sebelumnya.

Adik saya pun pandai mengaji. Seperti Thailand, Malaysia pun menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Setelah makan, dia pun minum. Dia pun pergi setelah mengucapkan terima kasih. 6.46 Terdapat 13 kata "pun" yang apabila menulisnya hendaklah digabungkan dengan kata yang sebelumnya.

adapun lagipun andaipun mahupun ataupun meskipun bagaimanapun sekalipun biarpun sungguhpun kalaupun walaupun kendatipun

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->