You are on page 1of 72

PANDANGAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MENGGUNAKAN MODUL BERASASKAN

PEMBUKTIAN

MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA

PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2010
PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

11 November 2010

MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS


D20061025986
DECLARATION

I hereby declare that the writing in this thesis is my own except for quotations and

summaries of other author‟s work which have been duly acknowledged.

11 November 2010

MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS


D20061025986
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Alhamdulillah,
bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat danlimpah kurnia-Nya saya telah
berjaya menyiapkan tesis ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada encik Halim bin Amat@Kamaruddin atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan
keperihatinan yang beliau sumbangkan sepanjang menyempurnakan tesis ini. Bimbingan,
pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh penyelia saya ini banyak membantu
kepada kejayaan tesis ini. Saya amat menghargai kesabaran beliau yang sedia berkongsi
maklumat dan kepakaran, senang dihubungi serta cepat dalam tindakan semasa sesi
penyeliaan sepanjang pengajian ini. Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti, minat
terhadap kajian ini serta maklum balas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu
saya dalam menyempurnakan tesis ini.

Ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada kedua-dua orang responden yang
telah sudi untuk ditemu bual serta memberi pandangan dan saranan serta kerjasama dan
komitmen yang tinggi sepanjang sesi temu bual yang diadakan itu. Tanpa kerjasama serta
idea-idea bernas yang telah disumbangkan itu, tidak mampu bagi saya untuk
menyempurnakan tesis ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang tidak dapat saya sebutkan di sini,
kerana tanpa kalian semua, saya tidak mampu untuk menyiapkan tesis ini. Hanya Allah
dapat membalas jasa kalian semua.

Sekian, terima kasih.


ABSTRAK

Kajian ini adalah satu penyelidikan tentang pandangan guru Matematik Tingkatan 1

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan

pembuktian serta sejauh manakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian ini di sekolah

menengah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji sejauh

manakah penggunaan kaedah pembuktian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada dua orang guru yang mengajar subjek

Matematik Tingkatan 1, di sekolah sekitar Daerah Machang, Kelantan. Kedua-dua

responden ini akan ditemu bual untuk tujuan pengumpulan data.


ABSTRACT

This study is one research about the responds from the Mathematics Form 1‟s teachers

related to teaching and learning process using a module of proving and how far the

readiness of the teacher to use this module in teaching and learning process. This research

aimed to identify and study how far this method had been applied in teaching and

learning process in secondary school. The sample of this research constitutes two

Mathematics Form 1‟s teachers from around Daerah Machang, Kelantan. To get the data

for this research, all both respondents went through an interview session
SINGKATAN PERKATAAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia


KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN i
DECLARATION ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
SINGKATAN PERKATAAAN vi

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Soalan Kajian 5

1.5 Definisi Istilah 5


1. Pandangan 5
2. Matematik 6
3. Pengajaran dan Pembelajaran 6
4. Modul 7
5. Pembuktian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8


1.7 Batasan Kajian 8
BAB 2 KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan . 9

2.2 Kepentingan Penerapan Elemen Pembuktian. 11


2.3 Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Pembuktian. 13
2.4 Kesimpulan 16

BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Populasi dan Sampel 19
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Prosedur Kajian 21
3.6 Analisis Data 23

BAB 4 DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 25
4.2 Pandangan Guru Matematik TIngkatan 1 Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran MenggunakanModul Berasaskan Pembuktian 26
4.2.1 Analisis Masalah Pelajar 27

4.2.2 Analisis Masalah Masa Pengajaran 29


4.3 Kesediaan Guru Matematik Tingkatan 1 Menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Modu
Berasaskan Pembuktian. 31
4.5 Kesimpulan 33
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 35
5.2 Kesimpulan 36
5.3 Cadangan Kepada Pihak Berwajib 38
5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 39
5.3.2 Fakulti Pendidikan 39

5.3.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia 40


5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 40

LAMPIRAN A Soalan Kajian 42


LAMPIRAN B Temu bual Responden 1 43
LAMPIRAN C Temu bual Responden 2 50

LAMPIRAN D Pengkodan 56
RUJUKAN 59
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang latar belakang kajian yang hendak dilakukan,iaitu kajian

tentang pandangan guru Matematik Tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran

menggunakan modul berasaskan pembuktian. Beberapa pernyataan masalah, objektif

kajian dan persoalan kajian diterangkan dalam bab ini. Selain itu, terdapat juga beberapa

definisi istilah yang turut dihuraikan untuk pengetahuan umum.


1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengetahuan sedia ada adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

mengunakan pengatahuan sedia ada untuk memahami konsep-konsep baru. Pengetahuan

sedia ada yang pelajar ada sangat mempengaruhi apa yang akan pelajar itu perolehi nanti.

Pelajar datang ke sekolah bukan dalam keadaan “blank state” (Resnick,1983). Mereka

datang dengan teori yang tidak formal yang datang daripada pengalaman harian mereka.

Teori ini berkembang dengan aktif dari hari ke sehari tetapi selalunya tidak sempurna.

Memahami sesuatu konsep adalah penting dalam proses pengajaran dan pengajaran. Jika

adanya miskonsepsi dalam diri pelajar., ia akan menganggu para pelajar itu untuk

memahami konsep yang baru. Konsep yang sebelumnya sangat penting untuk memahami

konsep yang baru.

Pembelajaran Matematik KBSM dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk

meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar terhadap Matematik. Dengan

ini, mereka akan berupaya menggunakan Matematik secara berkesan dalam penyelesaian

masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan

berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Mata pelajaran Matematik telah

dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat persekolahan.

Walaubagaimanapun, pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran

tersebut tidaklah begitu menggalakkan. Ini mungkin ada kaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru itu sendiri. Proses pembelajaran adalah

berbentuk pasif di mana guru menyampaikan pengetahuan dan pelajar menerima serta
berusaha mengingati teori-teori dan langkah-langkah serta prosedur penyelesaian masalah

dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hasilnya, ramai pelajar hanya bergantung

kepada daya ingatan mereka seperti menghafal rumus untuk menyelesaikan sesuatu

penyataan masalah dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, matlamat kementerian untuk

membina pelajar yang cemerlang dari segi daya berfikir tidak tercapai.

Sebagai salah satu langkah yang berkesan bagi membasmi masalah ini, maka satu

kajian dijalankan bagi mendapatkan pandangan guru Matematik tingkatan 1 mengenai

pangajaran dan pembelajaran menggukan modul berasaskan pembuktian. Semoga hasil

kajian ini dapat mengembangkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan

pelajar khususnya dalam subjek Matematik agar matlamat pendidikan negara tercapai

bersesuaian denganapa yang dinyatakan di dalam Rukun Negara.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Kebanyakkan guru tidak menggunakan kaedah pembuktian dalam memperkenalkan

rumus-rumus yang terdapat dalam sukatan pelajaran Matematik. Kebanyakkan guru

menggunakan teknik hafal dan memberikan contoh penyelesaian masalah menggunakan

rumus kepada pelajar. Oleh yang demikian, pelajar hanya mengahafal dan tidak tahu

bagaimana rumus itu dterbitkan dan bagaimana sesuatu rumus itu benar tanpa dibuktkan

terlebih dahulu oleh guru.


Selain itu, teknk hafalan juga memberikan banyak masalah kepada pelajar dari

segi menjawab sesuatu pernyataan masalah. Menggunakan rumus hanyalah salah satu

jalan singkat, namun bagaimana jika sesuatu masalah dibentuk kepada bentuk yang lain,

pelajar sudah pasti buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian jika pelajar itu hanya

bergantung kepada rumus yang dihafal. Oleh yang demikian, pembuktian penting bagi

memperkembangkan pemikiran pelajar untuk membentuk rumus dan mencari

penyelesaian masalah.

Aspek kefahaman pelajar juga penting. Kebanyakkan guru hanya mementingkan

pengajaran sahaja, manakala pembelajaran hanya diambil ketika peperiksaan iaitu

bergantung kepada skor pelajar tersebut. Tapi bagaimana pula semasa pengajaran dan

pembelajaran? Semasa P&P, pemahaman pelajar penting bagi memastikan pelajar itu

benar-benar faham tentang apa yang diajar. Oleh yang demikian, corak pembelajaran

penting bagi memastikan minat pelajar untuk mempelajari dan memahami ditingkatkan.

Perasaan ingin tahu pelajar dapat dikeluarkan dengan corak pelajaran yang berlainan.

Pembuktian merupakan salah satu kaedah yang berkesan yang menimbulkan perasaan

ingin tahu di kalangan pelajar ketika mempelajari Matematik. Perasaan ingin tahu ini

akan membuat pelajar lebih tertarik dan berusaha mempelajari dan memahami supaya

persoalan yang terlintas dalam fikiran dapat dijawab. Kaedah ini dapat mencegah

perasaan takut dan bosan belajar ilmu Matematik berbanding dengan teknik hafalan yang

membuat pelajar cepat merasa bosan. Pembuktian dapat mengubah perasaan bosan

pelajar kepada kepuasan belajar di samping dapat mempelajari bagaimana sesuatu teori
dan rumus diterbitkan dan dibuktikan. Pembelajaran seperti ini akan menarik minat

pelajar dan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik.

1.4 SOALAN KAJIAN

Dalam kajian in, terdapat dua soalan yang ingin dibincangkan iaitu:

1. Apakah pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian?

2. Sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan modul berasaskan pembuktian?

1.5 DEFINISI ISTILAH

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang ingin di bincangkan juga iaitu:

1. Pandangan

Mengikut kamus pelajar, pandangan bermaksud pendapat terhadap sesuatu

perkara atau cara mempersembahkan kandungan sesuatu maklumat dalam

pelbagai kedudukan dan bentuk. Dalam kamus dewan edisi keempat pula

pandangan didefnisikan sebagai fahaman atau, konsepsi atan pendapat mengenai

sesuatu perkara yang ingin dibincangkan atau yang terlintas di fikiran. Dalam
kajian ini, istilah pandangan bermaksud pendapat atau idea guru Matematik

Tingakatan 1 berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

modul berasaskan pembuktian.

2. Matematik

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti,

corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai

nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang

menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.

Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan

penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai

dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

3. Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru

dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan

teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif

untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran

yang diperlukan. Manakala pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu

pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The

Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau

kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang


disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational

Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang

berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai

potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

4. Modul

Modul dalam kamus dewan edisi keempat bermaksud kursus , pelajaran atau

latihan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu

kelayakan atau kemahiran. Dalam kajian ini, pengkaji perlu menyiapkan satu

modul yang mengandungi pembuktian rumus-rumus dan teori Matematik

tingkatan satu untuk diberikan kepada guru Matematik tingkatan 1 supaya mereka

dapat memberikan pandangan mereka berkenaan dengan persoalan kajian.

5. Pembuktian

Dalam kamus dewan edisi keempat, pembuktian bermaksud perihal membuktikan

sesuatu atau menyatakan kebenaran sesuatu dengan bukti. Dalam kajian ini

dsertakan dengan modul pembuktian yang mengandungi pembuktian rumus-

rumus dan teori Matematik tingkatan 1.


1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Peranan guru Matematik adalah untuk membantu pelajar dan menguasai konsep dan

kemahiran Matematik, menguasai kebolehan penyelesaian masalah matematik, membina

pengetahuan Matematik dan menghayati pengetahuan Matematik. Juteru, hasil kajian in

dapat memberi panduan kepada guru matematik dalam pengajaran mereka. Di samping

itu, menerusi kajian ini juga guru-guru dapat memperbaiki pendekatan dan strategi yang

digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya penerimaan pelajar

terhadap pengajaran guru diterima hampir sepenuhnya. Namun begitu, matlamat ini

adalah diperlukan untuk jangka masa panjang dan bukanlah jangka masa pendek. Oleh

yang demikian, kajian ini penting dalam memperbaiki pendekatan dan strategi yang

digunakan oleh guru-guru sekarang.

Menerusi skop penyeldikan, kajian ini diharap menjadi sumber dalam memperkenalkan

pembuktian sebagai salah satu cara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik. Selain itu, kajian ini dapat meperluaskan dan memperkembangan lagi

penyelidikan dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang Matematik.

1.7 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian ini dijalankan kepada guru-guru Matematik yang mengajar di tingkatan 1.

Kebanyakkan guru-guru Matematik yang mengajar di sekolah yang sama akan

menggunakan pendekatan yang hamper sama selain berbincang berkenaan pendekatan

lain yang boleh digunakan. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan di sebuah sekolah
di kawasan luar bandar serta dibataskan kepada 2 orang guru yang mengajar di sekolah

tersebut. Kajian ini menganggap data yang diambil oleh guru-guru tersebut mewakili

seluruh guru yang mengajar Matematik tingkatan 1 tidak kira mengajar di sekolah bandar

atau pun luar bandar. Skop kajian ini berkenaan dengan soalan kajian iaitu pandangan

guru Matematik tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul

berasaskan pembuktian dan sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian.


BAB 2

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan himpunan maklumat-maklumat kajian yang terdahulu seperti tesis dan

jurnal. Kajian kepustakaan merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang

telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji atau penyelidik yang mempunyai pola yang

sama dan bersesuaian dengan tajuk kajian ini iaitu mengkaji pandangan guru Matematik

tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan

pembuktian. Bab ini turut membincangkan cara-cara pembuktian rumus dan teorem serta

pandangan guru terhadap pengajaran pembuktian.

Pelbagai pandangan wujud tentang penerapan elemen pembuktian dalan P&P

Matematik dari perspektif guru.Kajian yang diajalankan oleh Knuth (2002) mengelaskan
pandangan guru mengenai takrifan pembuktian kepada tiga maksud utama.Takrifan

pertama ialah pembuktian merupakan sesuatu yang formal di mana istilah dan kaedah

yang digunakan adalah sesuatu yang spesifik yang telah ditetapkan.Takrifan kedua pula

menyatakan pembuktian sesuatu yang kurang formal, dimana sesuatu langkah kerja itu

dikira sebagai pembuktian apabila sesuatu perkara dapat dibuktikan tanpa mengambil

kira prosedur pembuktian tersebut.Takrifan ketiga pula menganggap pembuktian sebagai

hujah yang menyediakan alasan untuk membuktikan sesuatu tindakan dalam Matematik

atau sebagai contoh untuk menyokong sesuatu dakwaan.

2.2 KEPENTINGAN PENERAPAN ELEMEN PEMBUKTIAN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemahaman tentang pembuktian sesuatu

teori antaranya dari segi tahap kogntif pelajar dan cabang pendidikan pelajar (Miyakawa

& Herbst, 2007).Kajian yang dijalankan oleh Cusi dan Malara (2007) menunjukkan

bahawa graduan daripada bidang selain Matematik dan Fizik lebih cenderung

menyelesaikan masalah dengan menggunakan nombor.Mereka menggunakan nombor

sebagai contoh kerana kerana mereka ingin menunjukkan kesahihan jawapan tersebut

atau apabila mereka tidak mampu untuk memanipulasikan ungkapan Matematik.

Kebanyakan graduan Matematik dan Fizik pula lebih gemar menggunakan pendekatan

algebra.
Walaupun penerapan elemen pembuktian dalam P&P Matematik adalah penting,

kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar dan guru terhadap pembuktian sesuatu

rumus masih berada di tahap yang tdak memberansangkan. Menurut Tossavainen (2003),

ahap pembuktian pelajar masih lemah dan pelajar kebiasaannya menggunakan kaedah

empirikal dan analitikal dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pembuktian

dalam Matematik. Selain itu, ramai guru tidak menunjukkan langkah-langkah yang

lengkap unutk membuktikan ataupun menyangkal sesuatu penyataan yang diberikan

kepada pelajar (Barkai,2002). Proses pembuktan yang tipikal di dalam kelas Matematik

telah mengabakan fasa yang terpentng dalam proses pembuktian dimana proses

pembuktian dirancang dan dikawal oleh guru manakala tugas pelajar hanyalah untuk

meneka arah tuju pemikiran seseorang guru. Menurut Heinze (2004), pengajaran jenis ni

dikenali sebagai stain pengajaran fragend-entwickelnd (pengembangan-persoalan).

Heinze (2004) mendapati masalah kepada pengajaran jenis ini adalah waktu yang

diberikan kepada pelajar untuk ke fasa memahami dan meneroka sesuatu pembuktian

tidak mencukupi.Akibatnya pelajar tidak diberikan peluang yang sebenar untuk

menyelesaikan masalah pembuktian itu dengan sendiri.

Garnier dan Moreira (1999), dalam kajian mereka menyatakan miskonsepsi boleh

timbul dengan mudah sekiranya mengajar perkara yang berasaskan pembuktian.Oleh

sebab itu, guru harus bermula dengan mengetahui sejauh mana pemahaman seseorang

pelajar terhadap sesuatu perkara. Penerangan yang jelas tentang perkara yang ingin

dicapai amat penting bagi memastikan pelajar jelas dengan apa yang ingin dibuktikan.

Tambahan pula, guru seharusnya mengelakkan pembuktian jika pembuktian


menyebabkan kekeliruan timbul dalam diri pelajar. Ding and Jones (2007) dalam kajian

mereka menyarankan aplikasi teori Van Heile semasa mengajar Matematik berasaskan

pembuktian. Teori Van Heile mempunyai lima fasa iaitu fasa informasi, orientasi

berbantu, penerangan, orientasi bebas dan integrasi. Di sebalik kekangan pemahaman

mengenai pembuktian sesuatu rumus, kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa pembuktian

membantu mereka dalam memahami perhubungan dalam Matematik (Nordstrom,2002).

Ditambah pula jika para guru memberikan tindak balas positif terhadap proses

pembuktian yang dijalankan di dalam kelas (Nyaumwe & Buzuzi, 2007).

2.3 PANDANGAN GURU TERHADAP PENGAJARAN PEMBUKTIAN

Para guru menyatakan kebolehpercayaan nilai-nilai utilitarian dari bukti-bukti yang boleh

mengesahkan hasil Matematik dan boleh membantu melatih para pelajar untuk membuat

keputusan menggunakan akal.Sikap para guru tehadap pembuktian Matematik adalah

amat penting untuk meletakkan kepercayaan mereka terhadap nilai utilitari terhadap

pembuktian. Menurut Nyamwe & Buzuzi (2007), perubahan terhadap pemahaman para

guru terhadap pengetahuan Matematik secara semulajadi adalah amat penting untuk

menarik minat para pelajaruntuk membuktikan kebolehkepercayaan keputusan

Matematik.
Pengajaran secara pembuktian akan tercapai jika guru memberikan penerangan

yang jelas tentang apa yang ingin dicapai. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan

kaedah dalam menyelesaikan sesuatu masalah bagi memberikan pelajar idea bagaimana

untuk menyelesaikannya. Menurut Gardiner dan Moreira (1999), penerangan yang terang

tentang perkara yang ingin dicapai amat penting bagi memastikan pelajar jelas dengan

apa yang ingin dibuktikan.

Pengajaran berasaskan pembuktian bukan perkara yang mudah. Dalam kajian

yang djalankan oleh Gardiner dan Moreira (1999), turut mengatakan bukan mudah untuk

mengajarperkara berasaskan pembuktian tanpa menimbulkan ‘misconsepcion’. Walaupun

begitu, beberapa buah negara seperti France, Hungary dan Netherlands telah

membuktikan bahawa dengan memberikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan

sesuatu masalah, ianya akan memberikan pelajar idea untuk menyelesaikannya. Selain

itu, guru harus bermula dengan mengetahui sejauh mana pemahaman seseorang pelajar

terhadap sesuatu perkara sebenarnya.

Sikap guru yang berminat dalam menerangkan sejarah pembuktian rumus dapat

menarik minat dan meningkatkan ingatan pelajar. Sebagai contoh guru menerangkan

terlebih dahulu dalam sejarah penemuan rumus teoren Pythagoras di mana, rumus ini

telah dijuampai oleh ahli Matematik Negara China sejak 600 tahun sebelum masihi lagi.

Kaedah yang digunakan pada masa itu ialah berdasarkan pengiraan luas segiempat iaitu

dinamakan sebagai “Chinese Proof Circular Path of Heaven”.Berdasarkan kajian yang


dijalan oleh Tennant (tahun tidak dinyatakan), pengajaran sejarah dalam pembuktan

mengukuhkan ingatan pelajar terhadap rumus tersebut juga lebih lama dan memberi

kesan yang positif terhadap pencapaian akademik mereka.Penggunaan sejarah dalam

bilik darjah Matematik lebih membantu pelajar dalam memahami konsep yang diajar.

Kajian ini mendapati guru-guru lebih suka member penerangan kepada pelajar

tentang cara pembuktian ini. Para guru kurang memberi peluang kepada pelajar-pelajar

untuk member pandangan dan menyatakan kefahaman mereka. Pelajar hanya menurut

segala arahan guru dalam proses pembuktian teorem ini. Secara kesimpulannya, guru di

Hong Kong lebih menggunakan pendekatan secara visual dalam pembuktian.

Berdasarkan Huang (2005), analisis data menunjukkan para guru di Shanghai

lebih menumpukan pada pendekatan pembuktian Matematik. Para guru do Shanghai

menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan para pelajar, menjana kefahaman

dan akhir sekali berusaha mencari penyelesaian. Para guru lebih suka menggunakan

soalan jenis terbuka untuk mencungkil idea-idea pelajar terhadap konsep Matematik

sehingga pelajar tersebut dapat memberikan jawapan yang tepat.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang tidak bersetuju dalam

mengajar pembuktian rumus Matematik. Menurut Knuth (tahun tdak dinyatakan)

pelaksanaan “pembuktian untuk semua” adalah agak sukar untuk dilaksanakan kerana
pengajaran pembuktian hanya sesuai kepada golongan pelajar yang tertentu sahaja.

Kebanyakkan guru berpendapat pengajaran pembuktian hanyalah sekadar sesuatu untuk

dipelajari secara pedagogi dan bukanlah salah satu komunikasi dalam pengajaran

Matematik.

2.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan disini bahawa, jika dirujuk kepada kajian-

kajian lepas, proses P&P bagi subjek Matematik menggunakan kaedah pembuktian dapat

meningkatkan kefahaman pelajar serta menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik

dan seronok dengan penemuan-penemuan baru oleh pelajar. Pelajar tidak lagi dibebankan

dengan rumus yang perlu dihafal, akan tetapi, mereka diberi peluang untuk mendapatkan

atau menerbitkan sendiri rumus berkenaan. Dengan cara itu, tahap pemahaman pelajar

berkatan sesuatu rumus lebih meningkat dan mereka lebih bermotivasi untuk mendalami

ilmu Matematik. Jika dibandingkan dengan teknik menghafal yang diamalkan sejak

dahulu, ianya hanya memberi ruang kepada pelajar untuk memiliki kecerdasan yang

tinggi sahaja untuk berjaya. Melalui kaedah memperkenalkan rumus baru kepada pelajar

melalui pembuktian, banyak pelajar yang aktif dapat dilahirkan. Mereka akan

menggunakan sepenuh tumpuan otaknya untuk menyelesaikan pembuktian yang

diberikan oleh guru. Suasana kelas yang ceria dan seronok dapat diwujudkan walaupun

sesi pengajaran subjek yang digeruni oleh majoroti pelajar. Matematik atau Matematik

Tambahan sedang dijalankan. Oleh yang demikian, satu kajian berkaitan P&P
menggunakan kaedah pembuktian bagi sebjek Matematik tingkatan 1 akan dijalankan

dengan mendapatkan pandangan guru yang berpengalaman serta kesediaan guru

berkenaan dalam menjalankan proses P&P berasaskan pembuktian.


BAB 3

METHODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menceritakan tentang proses dan juga kaedah yang akan digunakan dalam kajian

akan dijalankan. Bab ini juga menceritakan tentang reka bentuk kajian yang dijalankan,

maklumat tentang populasi dan kaedah pemilihan sampel, penerangan tentang

instrument yang digunakan, prosedur dan proses yang akan dijalankan serta huraian

tentang bagaimana analisis data akan dilakukan dan rasional di sebalik kaedah analisis

data yang dipilih.


3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kajian ini melibatkan pemerhatian dan temubual

dalam mengumpulkan data. Kajian ini dijalankan supaya dapat mengetahui pandangan

guru Matematik tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul

berasaskan pembuktian. Oleh itu, pengkaji memilih 2 orang guru Matematik tingkatan 1

untuk ditemu bual bagi mendapatkan data berkaitan tajuk kajian.

Kaedah temu bual digunakan untuk mengesahkan dapatan daripada kaedah

pertama. Pengkaji menemubual guru-guru tersebut pada waktu yang berlainan

menggunakan soalan yang berbaza dan pada masa yang sama, pengkaji merakam

menggunakan perakam dan seterusnya ditraskripsikan ke dalam bentuk dialog untuk

dianalisis.

3.3 POPULASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang berada dalam daerah

yang sama. Sekolah yang dipilih oleh pengkaji ialah Sekolah Menengah Kebangsaan

Temangan yang terletak di pekan Temangan.

Seramai 2 orang guru Matematik tingkatan 1 yang akan ditemu bual oleh pengkaji

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan.


3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah pengkaji sendiri. Ini untuk

memudahkan pengkaji mengumpulkan maklumat dengan lebih tepat dan jitu.

Perancangan pemilihan instrument kajian yang baik menjamin kualiti sesuatu

penyelidikan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan menggunakan modul

berasaskan pembuktian, soalantemubual, pita rakaman dan pengkaji sendiri.

Modul berasaskan pembuktian dihasilkan dan disusun mengikut tajuk-tajuk dalam

sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1. Modul ini dihasilkan dahulu sebelum diberikan

kepada guru-guru tersebut serta mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing.

Guru-guru atau responden akan diberikan masa seminggu bagi meneliti huraian modul

tersebut berkenaan pembuktian mengikut sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1.

Selepas tempoh tersebut, pengkaji akan membuat temujanji dengan responden berkaitan

dengan masa dan tempat proses temu bual yang akan diadakan.

Soalan temu bual ini akan disediakan sebelum proses temu bual diadakan. Soalan

ini meliputi apa yang akan dikaji oleh pengkaji serta tidak menimbulkan kekeliruan serta

sensitiviti kepada responden. Walaubagaimanapun, soalan susulan akan diajukan

sekiranya jawapan yang diberikan responden tidak menepati apa yang ditanya oleh

pengkaji.
Pita rakaman juga salah satu instrumen penting bagi mendengar kembali rakaman

yang dirakam menerusi telefon bimbit. Rakaman ini akan didengarkan dan ditranskrip ke

dalam bentuk tulisan dialog bagi memudahkan data di analisis.

Pengkaji merupakan instrumen yang paling penting kerana pengkaji sendiri

terlibat dalam proses temu bual ini. Pengkaji akan membuat temu janji dengan responden

berkaitan masa, tarikh dan tempat temu bual akan diadakan. Seterusnya pengkaji akan

memulakan hubungan yang baik serta mengajukan soalan berkaitan dengan kajian. Selain

mendengar jawapan yang diberikan oleh responden, pengkaji juga merakam proses temu

bual itu menerusi pita rakaman. Akhir sekali, pengkaji akan menganalis data yang

diperoleh menerusi temu bual ini dan menyediakan laporan lengkap mengenai kajian.

3.5 PROSEDUR KAJIAN

Prosedur kajian dimulakan oleh pengkaji dengan mencari artikel, jurnal kajian lepas

berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji oleh pengkaji. Kemudian, pengkaji akan

membuat ringkasan berkaitan dengan artikel tersebut. Ringkasan tersebut akan

digunakan sebagai bahan rujukan dalam membina reka bentuk kajian, proses kajian

serta jenis kajian yang akan djalankan. Seterusnya, pengkaji menyiapkan modul

pembuktian mengenai tajuk-tajuk yang ada dalam sukatan pelajaran Matematik

tingkatan 1.
Selepas modul disediakan, pengkaji perlu memint a kebenaran daripada

pihak Kementerian Pelajaran untuk menjalankan kajian di sekolah yang dipilih. Surat

serta boring permohonan menjalankan kajian dari pihak Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI) bersama dengan satu salinan cadangan penyelidikan telah

dihantar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) di

Kementerian Pelajaran di Putrajaya. Pihak kementerian mengeluarkan surat kelulusan

untuk menjalankan kajian tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Setelah

mendapat kelulusan daripada kementerian, pengkaji membuat surat permohonan

melalui Ketua Jabatan Matematik Fakulti Sains Dan Teknolog iuntuk dihantar

kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(EPRD), dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pengkaji perlu mendapatkan

kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian di

sekolah. Untuk memastikan kajian ini dapat dijalankan di sekolah yang dipilih,

pengkaji akan menelefon pihak sekolah terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran dan

menjelaskan tujuan kajian, responden yang akan terlibat se rta, jumlahnya, tarikh

kajian dan lain-lain. Selepas mendapat kelulusan dari sekolah, pengkaji akan

berjumpa dengan Guru Kanan Sains dan Matematik bagi mendapatkan nama guru

untuk dijadikan responden, dan seterusnya berjumpa dengan guru tersebut. Pada

masa yang sama, modul yang disediakan juga akan diberikan kepada responden dan
tempoh masa untuk meniliti modul tersebut diberikan sebelum proses temu bual

dilakukan.

Selain itu, sebagai pengkaji yang bertanggungjawab terhadap kajian ini,

pengkaji perlu memberi jaminan kepada setiap responden bahawa segala

maklumat yang berkaitan dengan responden akan dirahsiakan dan ianya dianggap

sulit oleh pengkaji. Bagi responden yang terpilih untuk ditemu bual oleh

pengkaji juga, identiti dan nama responden temu bual tidak akan dinyatakan dalam

tulisan ilmiah pengkaji.

3.6 ANALISIS DATA

Pendekatan statistik tidak dijalankan semasa proses menganalisis data dilakukan

disebabkan kajian ini merupakan kajian kualitatif. Penyelidik perlu membuat temu

bual responden bagi mendapatkan data dan seterunya membuat analisis ke atas data-

data yang diperoleh.

Setelah data diperolehi, pengkaji akan menulis perbualan yang dijalankan dalam

bentuk dialog. Dialog ini adalah untuk memudahkan pengkaji memberi fokus kepada

tajuk dan soalan yang diajukan. Data yang diperoleh akan dibandingkan dan dianalisis
mengikut soalan temu bual tersebut. Akhir sekali, pengkaji akan membuat rumusan dan

ulasan berkenaan dengan kajian tersebut.


BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan secara terperinci hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada

analisis data yang telah dibuat berdasarkan hasil daripada temubual terhadap dua orang

guru Matematik Tingkatan 1 di dua buah sekolah yang sama. Temubual yang dibuat

secara lisan di antara pengkaji dan responden direkodkan kemudiannya ditranskrpsikan

dan seterusnya dianalisis. Pengkaji tidak mengambil kesemua isi kandungan transkrip

sebagai rumusan kerana tidak kesemua isi kandungan skrip adalah penting. Pengkaji

hanya mengambil bahagian-bahagian yang penting sahaja bergantung kepada

kesesuaiannya dengan persoalan kajian. Segala hasil dapatan kajian dianalisis secara teliti

untuk menjawab kesemua persoalan kajian.


4.2 PANDANGAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN MODUL

BERASASKAN PEMBUKTIAN

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu mengenai pandangan guru

Matematik Tingkatan 1 Terhadap pengajaran dan Pembelajaran Ynag Menggunakan

Modul Berasaskan Pembuktian, antara dua kemungkinan iaitu sama ada berminat atau

tidak.

Responden pertama memberikan pandangan

“Keseluruhannya „OK‟. Cuma yang bahagian hadapan, saya sendiri pun tak faham
nombor-nombor ini”

[S1K1R1J1].

Responden kedua memberikan pandangan

” Saya tengok sepintas lalu, ada tajuk yang „OK‟, macam „pattern‟ ini”

[S1K1R2J1].

Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh kedua-dua responden tersebut, ternyata

mereka berminat dengan modul pembutian. Namun begitu, kedua-dua responden

menyatakan bahawa mereka hanya boleh menggunakan separuh daripada keseluruhan isi

kandungan modul pembuktian ini. Tambahan lagi, penyataan mereka merujuk kepada

masalah-masalah yang sedia ada dan juga akan timbul sekiranya modul ini digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang timbul yang sering

diperkatakan oleh guru adalah masalah pelajar dan masalah masa pengajaran.

4.2.1 Analisis Masalah Pelajar

Masalah pelajar telah menjadi salah satu faktor penyumbang terbesar bagi halangan

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Masalah pelajar seperti sikap

pelajar itu sendiri contohnya malas dan kurang tumpuan menyebabkan kesukaran

penerimaan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, banyak kaedah pengajaran yang baru

diperkenalkan bagi membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan

oleh guru dengan berkesan. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat menyesuaikan diri

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru diperkenalkan. Oleh itu, peranan

guru amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mengubah corak

dan kaedah pengajaran demi menarik minat pelajar dan seterusnya membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan ilmu pengetahuan dapat

disampaikan dengan sempurna.

Setiap pelajar mempunyai minat yang berbeza. Guru memainkan peranan penting

dalam memupuk kembali minat pelajar untuk belajar Matematik dengan berkesan. Pelajar

yang kurang minat untuk belajar selalunya tidak memberi tumpuan dan seterusnya

membuat pelajar manjadi malas. Ini menjadi aspek penting mengapa sikap pelajar

menjadi penyumbang terbesar kepada masalah pelajar. Kebiasaannya, guru banyak

menggunakan strategi pengajaran berasaskan „Taksonomi Bloom‟ iaitu dari aras rendah
kepada aras tinggi, dari topik senang kepada topik susah. Namun begitu, dalam

Matematik topik-topik tersebut sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Topik yang berada di aras rendah sebenarnya berhubung kait dengan topik yang berada di

aras tinggi. Ini yang akan menyebabkan pelajar merasakan Matematik ini susah dan

mengurangkan minat pelajar untuk mempelajari Matematik seterusnya membuat pelajar

kurang memberi tumpuan serta malas untuk pelajar. Jika pelajar tidak dapat memahami

topik-topik awalan, bagaimana pula pelajar ingin memahami topik pada bahagian

belakang yang berada di aras tinggi. Oleh yang demikian, sikap menjadi penyumbang

terbesar kepada masalah pelajar. Hal ini disokong oleh responden yang pertama yang

menyatakan,

”Masalah? Masalah banyak P&P. Sikap pelajar yang main-main, kurang tumpuan, ini
untuk kelas pandai, banyak yang main-main, tak bagi tumpuan, malas buat latihan, tak
siap kerja rumah”.

[S1K2R1J1]

Selain itu, pemahaman konsep merupakan salah satu faktor yang banyak

dipersoalkan. Ada yang menggunakan teknik pemahaman konsep kerana pemahaman

konsep yang akan menentukan bahawa pelajar dapat menerbitkan dan membuktikan

rumus. Ada juga yang menggunakan teknik hafal di mana pelajar hanya menghafal rumus

dan mengaplikasikan rumus mengikut pemahaman yang diajar oleh guru. Teknik hafalan

ini akan mengundang padah kepada pelajar jika pemahaman berkenaan formula tidak

difahami dengan betul. Oleh yang demikian, ramai guru yang menggunakan teknik

pemahaman konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Mungkin kerana

pemahaman konsep memerlukan penerangan yang jelas dan pelajar dapat memahami
dengan jelas. Namun begitu, tak semua yang dapat memahami dengan jelas kerana

banyak pelajar silap faham tentang apa yang diterangkan oleh guru. Pemahaman pelajar

berkaitan konsep atau teori yang diterangkan oleh guru berbeza mengikut perspektif

pemahaman pelajar. Selain itu, banyak pelajar yang tidak mahu memahami konsep

kerana beranggapan pemahaman konsep ini memeningkan kepala walaupun konsep itu

senang difahami. Mungkin perspektif sedia ada dalam diri mereka beranggapan konsep

itu susah menyebabkan mereka bersikap tidak mahu belajar dan memahami konsep. Ini

dapat dibuktikan dengan pandangan responden yang kedua yang menyatakan,

“mungkin sikap diorang tak boleh terima konsep, tak nak faham konsep”

[S1K2R2J1

Pandangan responden pertama dan kedua menyatakan sikap pelajar yang menyumbang

kepada masalah kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,

sikap pelajar harus dibentuk supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan sempurna.

4.2.2 Analisis Masalah Masa Pengajaran

Masalah masa pengajaran sudah lama dah di alami oleh setiap guru di semua sekolah.

Bukan sahaja guru subjek Matematik yang mengalami masalah ini, malah hampir semua

subjek pembelajaran yang mengalaminya. Bagi subjek Matematik, jangka masa untuk
menghabiskan sesuatu topik agak lama bergantung kepada cara dan pendekatan serta

teknik yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Jika kaedah pembuktian

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, penerangan pembuktian sesuatu konsep

dan teori akan mengambil masa agak lama. Apabila difikirkan balik, penerangan dan

huraian yang disertakan dengan contoh memang memakan masa. Tambahan pula, latihan

pengukuhan belum dijalankan lagi. Jadi, satu topik akan memakan masa berminggu-

minggu untuk diajar dan difahami serta ini akan menyebabkan tertangguhnya topik-topik

yang berikutnya. Jadi peruntukan masa setahun untuk menghabiskan semua silibus

adalah tidak cukup. Responden pertama menyatakan pengambilan masa agak lama untuk

menghabiskan semua silibus jika kaedah pembuktian ini digunakan.

”Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus, akan mengambil masa yang lama
sedikitlah”.

[S1K3R1J1]

Bagi responden kedua pula berpendapat masa yang diperlukan untuk pelajar memahami

sesuatu konsep atau teori menggunakan kaedah pembuktian agak lama. Ini akan

mengganggu perjalanan masa bagi subjek lain. Tambahan pula, penerangan dan

pendedahan pembuktian tidak akan dapat diterima seratus peratus oleh pelajar dan hanya

segelintir sahaja yang dapat menguasai dengan baik. Ini didedahkan oleh responden

kedua yang menyatakan pandangan

” Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak ni faham”

[S1K3R2J1]
Oleh yang demikian, masalah perjalanan masa serta pengurusan masa menjadi halangan

untuk kaedah pembuktian ini digunakan.

4.3 KESEDIAAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 MENJALANKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN MODUL

BERASASKAN PEMBUKTIAN

Modul pembuktian adalah hasil gabungan beberapa pembuktian teori dan konsep yang

ada dalam hampir keseluruhan topik-topik silibus Matematik Tingkatan 1. Modul ini

merupakan panduan kepada guru untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam

menerangkan konsep dan teori serta konsep kepada pelajar melalui pembuktian. Melalui

pembuktian ini, guru dapat menerangkan bagaimana sesuatu formula dapat diterbitkan

dan dibuktikan seterusnya dibandingkan dengan konsep dan teori sedia ada. Melalui

kaedah ini, pelajar dapat mengetahui bagaimana menerbitkan rumus dan kesahihan rumus

atau formula tersebut. Mengetahui asal usul rumus tersebut membolehkan pelajar faham

dan dapat menggunakannya.

Responden menyatakan pernah manggunakan kaedah pembuktian untuk tajuk-

tajuk yang mudah seperti sudut. Ini dinyatakan dalam penyataan berikut,

” Pembuktian, ada, kita guna juga. Macam di akhir, macam di tajuk akhir, kita guna juga
yang mudah-mudah seperti sudut”

[S2K4R1J1]
Menurut kenyataannya, topik-topik yang senang seperti sudut senang dibuktikan. Pelajar

senang memahami jika guru menggunakan kaedah pembuktian dalam pengajaran dan

pembelajaran. Ini bermaksud, responden pertama pernah menggunakan kaedah

pembuktian dan secara tidak langsung ini akan memberikan satu pengalaman kepadanya

untuk mengaplikasikan kaedah pembuktian dalam topik-topik lain dengan bantuan modul

pembuktian tersebut. Selain itu, penyataannya juga merujuk kepada setengah daripada

pembuktian yang ada di dalam modul terbabit boleh diguna semasa pengajaran dan

pembelajaran untuk topik-topik tertentu. Kenyataan ini disokong oleh responden kedua,

iaitu,

”Ni tak ada masalah kalau ni memang...memang... Setengah ada yang sesuai, „pattern‟
nombor, benda baru macam ini...macam „number pattern‟ ni, budak akan berminat”.

[S2K4R2J1]

Ini menunjukkan bahawa pembuktian boleh dilakukan untuk topik-topik tertentu

sahaja. Namun begitu, tidak mustahil jika semua topic boleh diajar dengan menggunakan

kaedah pembuktian. Latar belakang pelajar juga menjadi sebab mengapa pembuktian

kaedah pembuktian susah diigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Latar

belakang seperti kedudukan tempat pelajar itu sendiri yang berada menunjukkan kaedah

pembuktian hanya boleh dilakukan dalam kelas-kelas tertentu sahaja. Ini bermaksud

kaedah pembuktian boleh digunakan dalam kelas hadapan atau kelas yang rata-rata

mempunyai IQ yang tinggi. Selain itu juga, ia bermaksud guru bersedia menggunakan

kaedah pembuktian dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi untuk kelas tertentu.

Manakala pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lemah hanya menggunakan


kaedah biasa, bukan kaedah pembuktian. Penyataan ini disokong oleh pandangan

responden kedua iaitu,

”Kita tengok atas topik yang kita ajarlah, „background‟ pelajar kita, pelajar yang lemah
kita tak tunjuk. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar sesuai dengan apa yang
dia senang”.

[S2K4R1J2]

Kenyataan berikut menerangkan bahawa kaedah pembuktian boleh dilakukan untuk

pelajar-pelajar terpilih yang mempunyai latar belakang pengajian yang baik serta

pemilihan topik-topik tertentu dalam silibus pengajaran Matematik Tingkatan 1. Daripada

keseluruhan topik dalam silibus Matematik Tingkatan 1, hanya sebahagian sahaja yang

boleh menggunakan kaedah pembuktian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal

ini disokong oleh penyataan responden kedua, iaitu,

” setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah, bukan 100% lah”

[SK4R2J2]

4.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya daripada analisis ini, kedua-dua responden menyatakan berminat

menggunakan kaedah pembuktian dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun

dengan beberapa syarat tertentu seperti pemilihan topik dan latar belakang pelajar.

Tambahan lagi, pengalaman salah seorang responden yang pernah menggunakan kaedah

pembuktian dapat membandingkan dan membezakan dengan kaedah yang biasa

digunakan oleh kebanyakkan guru. Walaupun kaedah, teknik dan strategi seperti
„JIGSAW PUZZLE‟, “EASYMATH‟,dan pendekatan lain digunakan secara meluas,

namun pembuktian juga salah satu kaedah yang dapat membentuk pemikiran pelajar

untuk berfikir lebih jauh dan sedalam-dalamnya. Gaya berfikir lebih mendalam

merupakan salah satu latihan berkesan kepada pelajar supaya pelajar dapat mengasah

kemahiran berfikir di samping dapat menimba pengalaman pembuktian.

Kemahiran berfikir sepatutnya diasah dari Tingkatan 1 dengan menggunakan

kaedah pembuktian untuk membuka mata pelajar berkaitan topik Matematik. Ini akan

menjadi ingatan jangka masa panjang dan dapat digunakan untuk topik-topik Matematik

yang lebih susah seperti topik yang ada dalam Matematik Tambahan. Ini akan memberi

gambaran kepada pelajar bagaimana membuktikan sesuatu formula, teori dan konsep.

Selain mengetahui asal rumus diterbitkan, pelajar dapat membandingkan dan

menerbitkan rumus-rumus lain yang berkaitan mengikut konsep dan teori sedia ada.

Sebagai pembimbing yang paling dekat, guru seharusnya mencuba kaedah pembuktian

dan membantu pembelajaran pelajar bagi menghasilkan pelajar yang diinginkan dalam

malamat pendidikan negara, sesuai dengan apa yang di usulkan dalam rukun negara.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan tentang kesimpulan dan gambaran keseluruhan berkaitan dengan

kajian yang dijalankan ke atas dua orang guru yang terpilih di sekolah Daerah Machang.

Dalam bab ini juga diterangkan tentang cadangan kepada pihak berwajib untuk

mengetengahkan kaedah pembuktian ini sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Harapan penyelidik agar kaedah ini dapat diguna pakai di sekolah-sekolah

bagi membantu para guru mempelbagaikan kaedah mengajar mereka agar menjadi lebih

baik dan lebih efektif serta menarik.


5.2 KESIMPULAN

Sememangnya dasar pendidikan telah berubah dari semasa ke semasa demi memenuhi dasar

pendidikan negara. Perubahan yang ketara ini haruslah diubah dari segi cara dan kaedah

pengajaran dan pengajaran agar proses pendidikan itu menjadi lebih kreatif dan bermutu

bagi pencapaian matlamat yang sejajar. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan

pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan

bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang

berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan

teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru

melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar

mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa

seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan

bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan

alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi

penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai

sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita

dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.

Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar,
guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-

konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-

contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan

mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh

boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Dalam matematik, bukti ialah demonstrasi yang meyakinkan untuk membuktikan

kebenaran beberapa pernyataan bermatematik. Bukti tidak akan diperolehi dengan taakulan

induktif atau hujah empirikal, tetapi dengan taakulan deduktif. Ini bermaksud, satu bukti

mesti menunjukkan yang satu pernyataan itu benar dalam semua kes, tanpa sebarang

pengecualian. Proposisi yang tidak dibuktikan tetapi dipercayai benar, dikenali

sebagai konjektur. Pernyataan yang telah dibuktikan sering dipanggil teorem . Apabila satu

teorem telah dibuktikan , ia boleh digunakan sebagai asas untuk membuktikan pernyataan-

pernyataan yang lain. Satu teorem boleh juga dirujuk sebagai lema, terutamanya jika ia

hendak digunakan sebagai batu loncatan dalam pembuktian teorem yang lain. Oleh yang

demikian, kaedah pembuktian ini mempunya banyak kebaikan jika digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah akan timbul iaitu dari segi masa

pengajaran dan masalah pelajar. Walaupun banyak masalah lain yang timbul, namun dua

masalah ini yang menjadi faktor utama dan sering dipertikaikan. Dari segi masalah pelajar,

sikap pelajar itu sendiri yang membuatkan masalah lain timbul. Sikap pelajar memainkan
peranan penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Oleh yang

demikian, guru memainkan peranan penting dalam membentuk sikap pelajar yang

berakhlak. Dengan adanya sikap yang baik, masalah lain seperti minat untuk belajar,

tumpuan pelajar dan rajin berusaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan. Pengajaran Matematik berlandaskan kaedah pembuktian juga dapat dijalankan

dengan sempurna.

Namun begitu, kekangan masa pengajaran salah satu faktor yang menghalang kaedah

ini digunakan. Penyelarasan masa penting bagi mengelakkan gangguan aktiviti

pembelajaran subjek lain. Tambahan pula, kaedah ini memerlukan penerangan dan daya

berfikir yang tinggi untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Oleh itu, semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penggunaan masa yang terhad dapat diselaraskan

dengan pengurusan guru mengikut selang masa yang telah dibuat dalam rancangan

mengajar. Tambahan pula, kaedah pembuktian berlandaskan modul berasaskan pembuktian

digunakan untuk pelajar Tingkatan 1 dapat memberikan pelajar gambaran dan pengalaman

serta pengetahuan yang akan digunakan untuk masa seterusnya. Oleh itu, kaedah ini patut

digunakan bagi membentuk insan yang cemerlang sesuai dengan matlamat pendidikan

negara dan rukun negara.


5.3 CADANGAN KEPADA PIHAK BERWAJIB

Dalam mencapai matlamat kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin disampaikan

oleh penyelidik kepada pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung.

Antara pihak yang terlibat adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, Lembaga Peperiksaan

Malaysia, Fakulti Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi, pihak sekolah, guru-guru dan

masyarakat sekeliling.

5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk

membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar pihak kementerian menyusun dan

menyediakan kandungan kurikulum di bawah bidangkuasa Bahagian Pembangunan

Kurikulum. Melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum, Pihak Kementerian dapat

menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Penyelarasan isi kandungan kurikulum juga amat penting bagi menyediakan

rancangan mengajar agar masalah pengurusan masa pengajaran dapat dielakkan di samping

membantu guru mengajar berlandaskan kaedah yang telah disediakan.


5.3.2 Fakulti Pendidikan

Menerusi Fakulti Pendidikan, penyelidik memperkenalkan agar kaedah pembuktian

dijadikan sebagai salah satu kaedah yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini sebagai salah satu cara untuk melatih bakal pendidik menggunakan

kaedah pembuktian dengan sempurna. Selain itu, cara penyampaian, penerangan dan

pengajaran dapat diperbaiki mengikut kesesuaian dan keadaan sekarang ini. Perubahan yang

dilakukan dari semasa ke semasa sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan yang ada dalam

kaedah pembuktian ini.

5.3.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab

mengendalikan ujian awam kebangsaan di Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia

merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan berpusat

secara serentak yang berlandaskan kurikulum kebangsaan. Menerusi bidang kuasa Lembaga

Peperiksaan Malaysia, cadangan penyelidik adalah menyediakan soalan berkonsepkan

pembuktian bagi membina kemahiran berfikir pelajar. Di bawah pentadbiran Kementerian

Pelajaran Malaysia, Lembaga Peperiksaan Malaysia bekuasa menggubal dasar pengujian

dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat

kurikulum. Oleh yang demikian, cadangan ini juga dapat membantu bagi menilai kebolehan

pelajar serta membantu mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian penyelidikan ini hanya menggunakan sampel guru Matematik TIngkatan 1 di sebuah

sekolah di daerah Machang. Menerusi temubual yang dilakukan, data yang diperolehi adalah

hasil pandangan guru tersebut sebagai responden berdasarkan pengalaman mengajar dan

penelitian mereka terhadap modul pembuktian yang telah disediakan. Walaubagaimanapun,

cadangan lanjutan adalah membuat satu ujian bertulis ke atas beberapa orang pelajar selepas

kaedah ini digunakan dalam satu masa pengajaran. Ujian tersebut adalah berkaitan dengan

isi kandungan yang diajar menggunakan kaedah pembuktian. Ujian ini adalah untuk menilai

keberkesanan penggunaan kaedah pembuktian di samping melatih para guru menggunakan

kaedah tersebut.

Disamping itu juga, ujian ini juga meliputi pelajar dari kelas berlainan berdasarkan

IQ yang berbeza. Oleh itu, penilaian senang dilakukan dengan melakukan perbandingan

antara pelajar yang berada di kelas berlainan. Tindakan ini dapat membantu guru menilai

tahap keberkesanan penggunaan kaedah pembuktian berbanding kaedah sedia ada.

Cadangan berikutnya adalah temubual ke atas beberapa orang pelajar yang terpilih

melakukan ujian tersebut. Ini memastikan keberkesanan penggunaan modul pembuktian ini

dengan menganalisis hasil temubual pelajar terbabit. Oleh itu, penilaian dapat dilakukan

untuk menambahbaikkan kaedah pembuktian ini.


Selepas temubual ke atas pelajar dilakukan, temubual ke atas guru yang

menggunakan kaedah ini dilakukan. Pandangan mereka mengenai penggunaan kaedah

pembuktian berdasarkan modul pembuktian penting untuk membandingkan keberkesanan

kaedah pembuktian ini dengan kaedah sedia ada. Dengan ini, hasil kajian akan menjadi

lebih lengkap dan tersusun.


Lampiran A

Soalan Kajian

1. Berapa lamakah cikgu telah mengajar subjek Matematik bagi Tingkatan Satu?

2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgu dalam menjalani proses pengajaran

dan pembelajaran?

3. Apakah pandangan cikgu berkaitan modul pembuktian yang telah disediakan?

4. Apakah pandangan cikgu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan modul berasaskan pembuktian?

5. Adakah cikgu bersedia dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan modul berasaskan pembuktian?


Lampiran B

Temubual bersama Responden 1

Pengkaji : Assalamualaikum Cikgu, saya MOHD HAPIZ B. MOHAMAD@ALIAS, pelajar

dari UPSI ingin menjalankan kajian yang bertajuk “Pandangan Guru Matematik

Tingkatan 1 Berkenaan Dengan P&P Menggunakan Modul Berasaskan

Pembuktian”. Pertama sekali, bolehkah cikgu ceritakan sedikit tentang latar

belakang pengajian dan kerjaya cikgu secara ringkas?

Responden : Latar belakang pengajian. Saya ini da 11 tahun pengalaman mengajar

„start‟...menengah rendah, 1 hingga 3.

Pengkaji : Pangajian cikgu, dulu.

Responden : Dulu saya Diploma bukan Matematik, Diploma Bisness Study,

errr...Diploma

Pengkaji : Di mana cikgu?

Responden : Di UiTM. Ermmm...KPLD setahun, untuk matematik hanya setahun je la.

Bahagian Matematik la tu , KPLD.

Pengkaji : Bermula dari sekolah mana dulu cikgu?

Responden : Saya bermula di SMK Matang, Kuala Berang Ulu Terengganu.

Pengkaji : Selepas itu cikgu?


Responden : Selepas itu berpindah ke SMK Temangan Jan 1998 hingga

sekarang.

Pengkaji : Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgundalam menjalani

proses P&P?

Responden : Pendekatan? Ada penerangan, perbincangan, tunjuk cara, selepas tu..pelajar

buatlah latihan macam ...boleh buat, makna paham atau tak paham.

Pengkaji : Berkenaan dengan modul, apakah pandangan cikgu tentang modul yang telah

disediakan?

Responden : Pandangan saya? Setengah tu agak bolehlah, budak faham, tapi banyak-banyak

yang tak faham. Agak-agak tingkatan 1 sekolah ini, susah jugalah nk faham tu.

Kalau pecahan tu, ok. Errmmm.. Integer pun nampaknya, ok. Boleh lah..

Pengkaji : Secara keseluruhannya cikgu?

Responden : Keseluruhannya ‘OK’. Cuma yang bahagian hadapan, saya sendiri pun tak

faham nombor-nombor ini[S1K1R1J1]. ini pun tak sempat nak „study‟ pasal

nombor-nombor ini, nombor „pattern‟ ini. Pecahan ini pun ok lah saya nampak.

Kaitannya saya nampaklah sedikit...tajuk akhir.

Pengkaji : Apakah pandangan cikgu tentang P&P Matematik menggunakan modul

berasaskan pembuktian?

Responden : Ini? Ia sesuai untuk kelas yang agak baik, mungkin kelas yang pertama dan

kedua itu ok, kelas yang ketiga, keempat mungkkin tak bolehlah. Nampak agak

susah sedikitlah.
Pengkaji : Jika modul ini digunakan dalam P&P, perapa peratus penerimaan yang dapat

diterima oleh murid?

Responden : Berapa peratus? Setengah-setengah tajuk nampak ok, agak-agak 50% kot, ikut

pendapat saya.

Pengkaji : Ermmm..Apa yang diketahui oleh saya daripada guru-guru lain, Matematik dan

Sains pada bulan Januari tidak ada..

Responden : Tak ada. Pada bulan Januari. Lebih kepada „Vocabulary‟, lebih kepada inggeris,

sebulan kita menghabiskan semua silibus Matematik Tingkatan 1.

Pengkaji : Pendapat cikgu, jika modul ini digunakan dalam P&P, jangka masa yang

digunakan untuk menghabiskan senua silibus Matematik Tingkatan 1?

Responden : Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus, akan mengambil masa

yang lama sedikitlah[S1K3R1J1]. Pembuktian ini, budak-budak susah nak

faham, kita nak buktikan tapi budak dah „boring‟, dia nak „straight‟ pada yang

kita nak cari.

Pengkaji : Untuk memahami sesuatu topik cikgu?

Responden : Untuk memahami sesuatu topik.. Ermmm.. kalau saya, saya nak fahamkan topik,

kita terangkan dulu, kita panggil dia buat di papan hitam, kalau tidak boleh,

tersekat-sekat., kita tunjuklah, tunjuk selalu. Selepas itu, baru kita „start‟ latihan,

tengok latihan pula.

Pengkaji : Sepanjang 11 tahun cikgu mengajar, pernahkah cikgu menggunakan teknik

pembuktian dalam P&P?


Responden : Pembuktian, ada, kita guna juga. Macam di akhir, macam di tajuk akhir,

kita guna juga yang mudah-mudah seperti sudut[S2K4R1J1]. Kenapa 180

darjah, kita guna juda yang itu. Mudah-mudah macam sudut yang macam ini,

kita boleh tunjuk, budak-budak boleh fahamlah apa yang kita nak tunjuk, kenapa

sudut ini garis lurus, kita boleh tunjuk, pembuktian ada... Yang susah kita tak

tunjuklah setakat ini, lebih pada sudut. Macam sudut lah, kita tunjuklah yang

bukti yang mudah itu, macam bahagi-bahagi, kita x ajar lah macam ini.

Pengkaji : Adakah cikgu bersedia menjalankan P&P menggunakan modul berasaskan

pembuktian?

Responden : Kita tengok atas topik yang kita ajarlah, ‘background’ pelajar kita, pelajar

yang lemah kita tak tunjuk. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar

sesuai dengan apa yang dia senang[S2K4R1J2].

Pengkaji : Adakah cikgu mengajar mengikut „Taksonomi Bloom‟?

Responden : Ya. Kita ikut dari yang mudah ke yang susah.

Pengkaji : Bagaimana dengan kelas yang pandai dengan kelas yang kurang

pandai?

Responden : Ya, yang asaslah.

Pengkaji : Kelas yang pandai cikgu?

Responden : Kelas yang padai tu, memang kita ajar ikut „standard‟lah.

Pengkaji : „Standard‟ yang macam mana cikgu?

Responden : Ya lah. Kita ikut silibus lah, kta ajar semua yang mudah-mudah.
Pengkaji : Kalau mengikut kelas yang pandai cikgu, kebanyakkannya mempunyai

pemikiran yang berbeza.

Responden : Erm..Kelas pandai, ada yang pandai subjek itu, ada yang pandai subjek ini.

Biasanya kelas pandai ada cemerlang dengan sederhana berbanding dengan kelas

lain. Setakat ini, saya ajar ikut samalah, sama level, tak ada bahagi kumpulan.

Pengkaji : Oh.. Sama level.

Responden : Ya. Cara latihan, kita akan lebihkan yang ini, kita tunjuk

hadapan dia.

Pengkaji : Mengenai ketika P&P, cikgu mengajar dengan sama taraf atau level,

kebanyakkannya apa masalah yang akan timbul ketika pengajaran?

Responden : Masalah? Masalah banyak P&P. Sikap pelajar yang main-main, kurang

tumpuan, ini untuk kelas pandai, banyak yang main-main, tak bagi

tumpuan, malas buat latihan, tak siap kerja rumah[S1K2R1J1]. Ada

sesetengah, bukan semua, ada sebilangan kecil.

Pengkaji : Bagaimana cikgu menarik minat pelajar mempelajari matematik?

Responden : menarik minat? Kalau dulu kita guna LCD, tunjuk „animation‟, tapi bilik ini

kadang-kadang power tak jadi, memang dulu gunalah. Tapi tak guna semua juga,

sebab budak-budak jadi „boring‟, dia tak faham, bahasa cepat, guna TV kadang-

kadang, kalau tunjuk sedikit-sedikit tak apa. Macam mula-mula kita tunjuk biar

dia nampak, daya tarikan pada pelajar.


Pengkaji : Kalau gunakan modul ini, ada yang kata murid tak paham apa yang ada dalam

modul ini, jadi mungkin mengurangkan lagi minat murid-murid untuk

mempelajari matematik.

Responden : Tak sama tapi tengok topik yang saya kata tadi, tengok topik seperti sudut, itu

„OK‟.. Budak-budak boleh nampaklah 180 darjah adalah jumlah sudut dalam

segitiga. „OK‟ topik itu,Cuma bahagian hadapan ni, budak-budak kena fikir,

ambil masa untuk bahagi, ada „long‟ ke, ada ni.

Pengkaji : Ini akan mengambil masa yang lama..

Responden : Ya, ambil masalah. Kita tengok topiklah, macam pecahan ini, „OK‟ juga kalau

tunjuk kenapa ia „equal‟.

Pengkaji : Berkaitan dengan P&P, apakah rumusan atau ulasan berkaitan teknik mengajar

Tingkatan 1 dengan betul?

Reasonden : Teknik mengajar dengan betul? Macam mana nak gunakan teknik yang betul,

cikgu pun tak tahu macam mana nak bagitahu.

Pengkaji : Untuk Tingkatan 1.

Responden : Untuk Tingkatan 1 kita ajar, macam topik mudah-mudah, ikut peringkat-

peringkat, mengikut aras, rendah kepada tinggi.

Pengkaji : Kalau cikgu bagi latihan, adakah cikgu bagi latihan yang banyak

atau sedikit?

Responden : Kalau latihan, kita ada dua, dalam kelas satu,dalam kelas tu tak banyaklah,kerana

nak tahu dia boleh atau tak. Kalau latihan di rumah tu banyaklah sedikit. Macam
dalam kelas kita bagi sedikit, kita nak tengok dia boleh atau tak, kalau tak boleh

kita terangkan terus.

Pengkaji : Ulangkaji cikgu?

Responden : Ulangkaji? Ulangkaji biasanya kita buat sendiri.

Pengkaji : Macam sesuatu topik habis, cikgu ada buat ulang balik?

Responden : Oh.. Macam itu kita buat soalan tiap-tiap topik, setiap sub-topik dia ada latihan,

kira buat yang itulah.

Pengkaji : Kalau habis silibus?

Resonden : Kalau habis silibus, kita akan buat ulangkaji sebelum

peperiksaan. Kita akan buatlah.

Pengkaji : Adakah cikgu akan bersetuju jika modul ini digunakan dalam

P&P?

Responden : Bersetuju untuk yang mana sesuai. Kalau yang susah memeningkan pelajar, yang

itu tak tunjuklah, macam yang bahagian hadapan. Kalau tengok, saya sendiri pun

x faham. Betul.

Pengkaji : Jadi, cikgu bersetuju untuk topik-topik tertentulah?

Responden : Ya, topik-topik tertentu.

Pengkaji : Itulah soalan yang terakhir saya, cikgu. Terima kasih banyak-

banyak cikgu.

Responden : Sama-sama.
Lampiran C

Temubual bersama Responden 2

Pengkaji: Selamat pagi cikgu. Saya MOHD HAPIZ, pelajar Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Matematik dari UPSI ingin menjalankan kajian yang bertajuk

pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkenaan dengan pengajaran dan

pembalajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian. Soalan saya

yang pertama cikgu, bolehkah cikgu ceritakan secara ringkas berkenaan

dengan latar belakang cikgu?

Responden : Oh..saya „graduate‟ tahun 86 di UPM Diploma Sains dan Matematik

dengan pendidikan. Kira selepas itu, saya tak ada sambung belajar.

Sekarang saya dah 23 tahun mengajar.

Pengkaji : 23 tahun?

Responden : Ya, 23 tahun mengajar, Ini sekolah yang ke-6.

Pengkaji : Sekolah yang pertama cikgu?

Responden : Sekolah yang pertama di Pahang, Raub.

Pengkaji : Lagi?

Responden : Yang ke-2 Sekolah Menengah Sains Machang.

Pengkaji : Sekolah Sains?


Responden : Ya. Saya mengajar di sekolah harian biasa, sekolah sains, asrama penuh,

semua jenis sekolah saya pernah mengajar.Saya di sini baru sahaja, baru

tahun ini mengajar, baru pindah.

Pengkaji : Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgundalam

menjalani proses P&P?

Responden : Cara saya mengajar?

Pengkaji : Pendekatan yang cikgu gunakan.

Responden : Pendekatan. Pendekatan saya gunakan latihan, latih tubi.

Pengkaji : Latih tubi?

Responden : Ya. Banyakkan latihan.

Pengkaji : Lagi, selain daripada latihan?

Responden : Tak adalah. Saya banyak gunakan latihan dalam

matematik.

Pengkaji : Macam Hafal.

Responden : Hafal? Saya tak gunakan. Sejak tengok dari sekolah rendah tak ada teknik

hafal. Sekarang tak ada benda nak dihafal.

Pengkaji : Apakah pandangan cikgu berkenaan modul yang telah disediakan?

Responden : Saya tengok sepintas lalu, ada tajuk yang ‘OK’, macam ‘pattern’

ini[S1K1R2J1]. Tapi macam ini, nombor ini, „solution‟ macam ini budak
tak akan faham, peringkat Tingkatan 1 ni kita tak mengajar macam itulah,

penggunaan simbol ini kita tak gunalah. Bagi Tingkatan 1, ini terlampau

tinggi, pelajar tak dapat faham. Konsep macam ini terlampau tinggi bagi

diorang dan saya rasa sesetengah memang nak „explain application‟ ini

saya rasa tidak perlu sangatlah... Ada yang menarik macam „pattern ini...

Memang bagus modul ini. Tapi kalau kita nak „explain‟ memang tak akan

habis. Untuk panduan guru, untuk kelas atas, kelas hadapan itu bolehlah.

Untuk kelas belakang tu, konsep memang tak boleh gunalah. Budak-budak

sekarang kita kena terima hakikat ada yang tak boleh membaca, „basic‟

asas pun tak boleh lagi.

Pengkaji : „Basic‟ asas?

Responden : Ya. „Basic‟ asas seperti campur, 8 + 3 pun tak boleh lagi. Jadi tak boleh

guna semualah, kalau ada pun sedikit-sedikit.

Pengkaji : Apakah pandangan cikgu tentang P&P Matematik menggunakan modul

berasaskan pembuktian?

Responden : Menggunakan modul ini, memang tak dinafikan ada yang boleh, ada yang

tak boleh guna,ada yang sesuai, ada menarik minat pelajar, ada yang

terlampau yang tak boleh guna untuk tahap diorang, untuk „Form 1‟.

Untuk sekolah elit seperti asrama penuh tak tahulah. Kalau sekolah ini,

saya rasa agak sukarlah cikgu kena „explain‟.

Pengkaji : Memerlukan masa yang lama.


Responden : Erm.. Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak

ni faham[S1K3R2J1].

Pengkaji : Jika menggunakan modul ini, masalah yang melibatkan..

Responden : Erm.. Masalah masa yang terlibat.

Pengkaji : Untuk menghabiskan semua silibus, itu akan mengambil

masa yang lama..

Responden : Jangka masa untuk semua silibus? Dalam ini bukan semua

silibus, semua ke ni?

Pengkaji : Tak semua cikgu.

Responden : Tak semuakan, tak semuakan tajuk „Form 1‟.

Pengkaji : Tapi hampir keseluruhan.

Responden : Erm.. Hampir keseluruhan. Kalau macam ini, kita boleh guna, kena

banyak contoh. Setakat konsep dan aplikasi, memang tak perlulah.

Pengkaji : Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, pernahkah cikgu menggunakan

teknik pembuktian dalam P&P?

Responden : Teknik?

Pengkaji : Teknik pembuktian.

Responden : Teknik pembuktian?

Pengkaji : Untuk membuktikan teori-teori.


Responden : Tak pernahlah gunakan. Hehehehe..

Pengkaji : Jika modul ini digunakan dalam P&P, perapa peratus penerimaan yang

dapat diterima oleh murid?

Responden : Bergantung kepada kelas.

Pengkaji : Kelas?

Responden : Ya. Jika kelas yang pandai, contohnya kelas A, kelas A pun saya rasa

bolehlah dalam 60%, macam kelas yang saya mengajar sekarang. Kalau

kelas belakang lagilah tak tahulah, mungkin sikap diorang tak boleh

terima konsep, tak nak faham konsep[S1K2R2J1]. Macam kelas

belakang, tak boleh terima, macam formula-formula macam ini, lagi

senang beritahu terus, tak boleh nak bukti-bukti. Semua bagus, tapi dari

segi masalah...

Pengkaji : Pernahkah cikgu aplikasikan Taksonomi Bloom dalam P&P?

Responden : Ada juga. Tapi tengok keadaanlah. Ada sesetengah, macam kelas atas, ada

saya guna. Tapi kalau kelas belakang, „direct‟ je la.

Pengkaji : apakah ulasan berkaitan teknik mengajar Tingkatan 1 dengan betul?

Responden : cara?

Pengkaji : Ya. Teknik atau cara.

Responden : kalau ikutkan, silibus Tingkatan 1 memang senang sebab kebanyakkannya

balik pada „basic‟ balik. Jadi kalau kelas yang atas, lebih pada ulangkaji
rasanya. Macam dalam tajuk „fraction‟, diorang belajar dah. Kebanyakkan

bab awal ni, memang diorang da ada pendedahan di sekolah rendah. Kalau

ditengokkan balik diorang belajar, contohnya „whole number‟. Nak eja

balik, nak tulis balik nombor, tengok kalau kelas yang atas „OK‟, „reflect‟

balik. Kalau kelas yang belakang, kena terangkan konsep balik,

macammana nak buat. Kita tengoklah, macam kita buat pengukuhan balik,

pengukuhan balik macam mana nak bahagi, kena terangkan balik, yang

itulah saya buat.

Pengkaji : Adakah cikgu bersedia menjalankan P&P menggunakan modul berasaskan

pembuktian?

Responden : Ni tak ada masalah kalau ni memang...memang... Setengah ada yang

sesuai, ‘pattern’ nombor, benda baru macam ini...macam ‘number

pattern’ ni, budak akan berminat[S2K4R2J1].

Pengkaji : Akhir sekali cikgu, berkenaan dengan pendapat cikgu, Adakah cikgu akan

bersetuju jika modul ini digunakan dalam P&P?

Responden : Nak kata...setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah, bukan

100% lah[S2K4R2J2]... Macam tadilah, simbol, konsep, saya rasa

bahagian ini tak sesuailah.

Pengkaji : Itulah soalan terakhir saya, cikgu. Terima Kasih cikgu.

Responden : Sama-sama.
Lampiran D

Pengkodan

S - soalan kajian R - responden

K - kategori J - jawapan

S1 :Apakah pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan

pembuktian?

K1 : ANALISIS MINAT RESPONDEN

R1J1 :”Keseluruhannya „OK‟. Cuma yang bahagian hadapan, saya sendiri pun tak

faham nombor-nombor ini”

R2J2 :” Saya tengok sepintas lalu, ada tajuk yang „OK‟, macam „pattern‟ ini”

K2 : ANALISIS MASALAH PELAJAR

R1J1 :”Masalah? Masalah banyak P&P. Sikap pelajar yang main-main, kurang

tumpuan, ini untuk kelas pandai, banyak yang main-main, tak bagi

tumpuan, malas buat latihan, tak siap kerja rumah”


R2J1 : “mungkin sikap diorang tak boleh terima konsep, tak nak faham konsep”

K3 : ANALISIS MASALAH MASA PENGAJARAN

R1J1 :”Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus, akan mengambil masa

yang lama sedikitlah”

R2J1 :” Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak ni faham”

S2 : Sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian?

K4 : ANALISI KESEDIAAN GURU

R1J1 :” Pembuktian, ada, kita guna juga. Macam di akhir, macam di tajuk akhir,

kita guna juga yang mudah-mudah seperti sudut”

R2J1 :”Ni tak ada masalah kalau ni memang...memang... Setengah ada yang

sesuai, „pattern‟ nombor, benda baru macam ini...macam „number pattern‟

ni, budak akan berminat”

R1J2 :”Kita tengok atas topik yang kita ajarlah, „background‟ pelajar kita, pelajar

yang lemah kita tak tunjuk. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar

sesuai dengan apa yang dia senang”


R2J2 :” setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah, bukan 100% lah”
RUJUKAN

Abdul latif samian (1997). Falsafah Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya :
Fajar Bakti.

Barkai, R. (t.t.). Proving or Refuting Arithmetic claims; The Case of Elementary School
Teacher. Diperoleh pada Mac 11, 2009 daripada Http://www.didactique.imof
Maag.fr/prevue/PME26/RRBarkai.pdf.

Buchbinder, O & Zaslavsky, O (2007). How to Decide? Students’ Ways of Determining


the Vadility of Mathematical Statement.Diperoleh pada Februari 20, 2009
daripada http://ermeweb.free.fr/CERME5b/WG4.pdf.

Cambell, C., Miller, G.S. & Wimbish, G.J. (2000). Group Dynamics in Learning to
Prove Theorems. Diperoleh Mac 26, 2009 daripada
www.mc.edu/campus/users/travis/maa/proceedings/spring2000/georgea-miller-
etal.pdf.

Cusi, A. & Malara, N.A. (t.t.). Proofs Problems In Elementary Number Theory : Analysis
Of Trainee Teachers’. Diperoleh pada Mac 12, 2009 daripada
http://ermeweb.free.fr/CERME5b/WG4.pdf

Ding, L. & Jones, K. (2007). Using The Van Hiele Theory To Analyse The Teaching Of
Geometrical Proof At Grade 8 In Shanghai. Diperoleh pada Februari 22, 2009
daripada http://ermeweb.free.fr/CERME5b/WG4.pdf

Evans, J.M. & Brueckner, M.M. (1990). Elementary social studies teaching for today and
tomorrow. Massachussets: Allyn and Bacon.

Forringer, R.S. (2000). (A+B+C) ³ . Mathematics Teacher Journel. 93 (1), 1-3.

Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of Instruction (4th ed.). New
York: CBS College Publishing.

Gardiner, T. & Moreira, C. (1999). Proof Matters. Mathematics Teaching. 169, 17-22.

Geoff faux (2002). Proof : A Bit of Gemetry. Association of Teachers of Mathematics:


Mathematics Teaching, 178,6-7.
Hadanie faranadyia Husin (2008). Pembangunan Modul Interaktif Matematik Bagi Tajuk
Bulatan Tingkatan Dua. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Heinze, A. (2004). The Proving Process In Mathematics classroom – Method And


Results Of A Video Study. Diperoleh pada Februari 22, 2009 daripada
http://www.emis.de/proceedings/PME28/RR219_Heinze.pdf

History of Math Number.(t.t.) Diperoleh pada Mac, 2009 daripada


http://faculty.csuci.edu/roger.roybal/teaching/fall07/math331/project1/P1-545.pdf

Huang, R. (2005). Verification of proof: Justification of Pythagoras’ Theorem in Chinese


Mathematics Classrooms. Diperoleh pada Februari 23, 2009 daripada
http://www.emis.de/proceedings/PME29RRPapers?PME29Vol3Huang.pdf

Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Pedagogi asas pendidikan.
Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Kamus Besar Dewan Bahasa Melayu Utusan (1995). Kuala Lumpur: Utusan Publications
& distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Knipping, C. (1999). Proof and Proving Process : Teaching Geometry In France and
Germany. Diperoleh pada Februari 27, 2009 daripada
http://webdoc.sub.gwdg.de/ebook/e/gdm/1999/knipping_99.pdf

Knuth, EJ (2002). Teachers Conception of Proof In the Secondary school Mathematics.


Diperoleh pada Mac 12, 2009 daripada
http://www.ionsmste.ca/hommepage/discussion_paper?proof.pdf

Krantz, S.G. (2007). The History and Concept Mathematical Proof. Diperoleh pada Mac
24, 2009 daripada www.math.wustl.edu/~sk/eolss.pdf

Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan pendidikan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Shah Alam: Mc Graw Hill.

Meltem Sarl (t.t). Undergraduate Students’ DifficultiesWith Mathematical Proof and


Proof Teaching. Diperoleh pada Februari 2, 2009 daripada
http://yes4.ktu.edu.tr/YermePappers/Meltem Sari.pdf
Miyakawa,T. & Herbst, P. (2007). Geometry Teachers’ Perspective On Convincing And
Proving When Installing Theorem In Class. Diperoleh pada Mac 3, 2009 daripada
http://www.allacademic.commeta/p_mla_apa_research_citation/1/8/8/8/1/p18881
8_indext.html

Miyakawa, T. (2004). Reflective Symmetry In Contruction and Proving. Dieroleh pada


Mac 26, 2009 daripada http://www.emis.de/PME28/RR/RR108_Miyakawa.pdf

You might also like