You are on page 1of 6

KAIN ANDUH

Anduh
Terdapat 5 jenis balutan anduh:
-Anduh lengan
-Anduh kepala
-Anduh lutut/siku
-Anduh pergelangan tangan
-Anduh tapak kaki

kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN.

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT.

-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut
yang tercedera .
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA.

-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan
bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa
ke dahi dan diikat buku sila .
-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI.

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di
bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki
yang mesti di balut .
KAIN PEMBALUT KASA

 Bebat (Dressing)
 Adalah kain kasa berlapis digunakan untuk menutup luka

 Jenis
 Hospital dressing/gauze

 Wound dressing/pressure bandage

 Field dressing
 Kegunaan
 Menutup luka

 Pembersih luka

 Meletakkan ubat

 Mengawal pendarahan

 Pembalut (bandage)
 Kain kasa bergulung dibuat sebagai pengikat

 Jenis
 Roller bandage (pembalut gulung)

 Crepe bandage (pembalut kenyal)

 Triangular bandage (pembalut tiga segi)

 Kegunaan
 Mengikat bebat di tempat luka

 Mengikat tuap (splint) di tempat patah

 Mengampu dan menyokong

  Luka-luka tidak wajar didedahkan kerana bahaya dihinggapi kuman-kuman


dan dicemari oleh kekotoran atau racun.

 Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi lebih besar dan akan menimbulkan
banyak masalah

 FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN


 Mengawal pendarahan

 Menggalakkan pembekuan

 Menghindarkan jangkitan kuman

 Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum

 Melindungi luka daripada kecederaan lain

 Tatacara Am Membebat Luka


 Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum melakukan pembebatan luka.
Gunakan sarung tangan.
 Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz mesti lebih besar sedikit
daripada luka)

  Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan pembebatan.

 Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka.

 PASTIKAN BEBAT YANG DIGUNAKAN ADALAH SUCI HAMA

 PEMBALUT TIGA SEGI


 Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu, menghentikan
pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera

 Fungsi
 Menentapkan bebat dan tuap.

 Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan.

 Mengampu anggota yang cedera serta menghindar pergerakan.

 Mengawal bengkak.

 Digunakan sebagai pelapik.

 Kain Anduh Tiga Segi


 Sesuai dibuat dari kain jenis belacu.

 Berukuran 90cm x 90cm x 130cm

 Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer

LARUTAN ANTISPETIK
KAPAS

KRIM ANTISPETIK

PENAMPAL LUKA

You might also like