You are on page 1of 2

PERMAINAN SUKANEKA

TAJUK: LUMBA ULAT BULU

1. PROSEDUR PERLAKSANAAN
1.1 Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
empat orang peserta
1.2 Setiap ahli kumpulan dikehendaki beratur mengikut barisan
1.3 Apabila permainan dimulakan, setiap kumpulan dikehendaki meniup 3 biji
belon dan diletakkan dicelah-celah bahagian antara dada dan pingan
setiap peserta kecuali peserta yang berada di barisan hadapan.
1.4 Peserta dilarang memegang belon dengan menggunakan tangan
1.5 Setiap kumpulan dikehendaki melalui halangan-halangan yang ditetapkan
iaitu perlu melangkah batang-batang kayu dan melalui kon secara zig-zag
untuk sampai ke kon penanda.
1.6 Apabila sampai di kon penanda, peserta pada barisan hadapan perlu
memasukkan pundi kacang ke dalam bakul sehingga berjaya dan kembali
semula ke garisan permulaan tanpa melalui halangan.
1.7 Setiap kumpulan perlu memastikan belon-belon yang berada di celah-
celah badan tidak jatuh atau pecah dan jika tidak peserta perlu bermula
semula dari tempat permulaan.
1.8 Kumpulan yang kembali dahulu pada garisan permulaan dikira sebagai
pemenang.

2. ALATAN YANG DIGUNAKAN


2.1 Belon (20 biji)
2.2 Skitter (36 biji)
2.3 Kon (4 biji)
2.4 Batang kayu (12 batang)
2.5 Bakul (4 biji)
2.6 Pundi kacang (4 biji)
3. KELUASAN TEMPAT:
Jarak antara setiap halangan : 2 meter
Luas kawasan: 10 x 10 meter persegi

4. TEMPOH MASA
5 minit

You might also like