P. 1
BAB 7

BAB 7

|Views: 256|Likes:

More info:

Published by: Kalaivani Kalaiselram on Feb 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/26/2013

pdf

text

original

BAB VII

PERISTIWA 13 MEI DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN NEGARA BANGSA

7.1

PENDAHULUAN

Konflik yang dibincangkan dalam bab terdahulu sehubungan dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Pusat menunjukkan berlakunya masalah penyesuaian komponen baru Malaysia dengan dasar kerajaan Perikatan. kerajaan iaitu kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam bentuk yang lebih jelas lagi negeri-negeri tersebut tidak dapat menerima dasar teras Penyingkiran Singapura merupakan suatu mekanisme penyelesaian konflik namun idea masyarakat yang sama rata terjelma melalui konsep Malaysian Malaysia terus kekal. Hubungan antara kaum tidak berada di dalam keadaan yang harmoni walaupun konflik dalam bentuk keganasan dan terbuka kurang berlaku. Sehubungan dengan hakikat ini peristiwa 13 Mei 1969 sering dirujuk dalam membuat penilaian terhadap usahan pembinaan negara bangsa. Namun begitu peristiwa tersebut tidak wajar ditumpukan kepada peristiwa pilihanraya dan beberapa hari seterusnya. Ini kerana penyebab rusuhan tersebut boleh ditemui daripada beberapa dekad ketidakpercayaan dan syak wasangka antara kaum. 1 Dengan yang demikian adalah wajar untuk merujuk kepada perkembanganperkembangan yang terdahulu untuk memahami tragedi tersebut serta perkara-perkara yang menjadi titik pertentangan khususnya di antara kelompok bumiputera dan bukan bumiputera.

1

J. Slimming, Malaysia, death of a democracy, John Murray, London, 1969, hlm 4.

80

7.2

HUBUNGAN KAUM ZAMAN KOLONIAL BRITISH

Bentuk hubungan kaum di negara ini adalah suatu warisan daripada zaman penjajahan British. Dengan menggalakkan imigran dalam jumlah yang besar, struktur demografi negara ini telah berubah secara drastik daripada yang asasinya terdiri daripada masyarakat Melayu kepada yang lebih bersifat majmuk. Malahan pusat-pusat bandar memperlihatkan rupa bentuk bukan Melayu yang rata-rata didiami oleh orang-orang Cina dan juga orang-orang India serta dimajukan khususnya oleh kegiatan perdagangan bukan Melayu.2 Kehadiran imigren ekonomi dalam skala besar ke
3

Malaya khususnya pada pertengahan abad ke-19 telah mengakibatkan suatu suasana kewujudan penduduk peribumi di samping suatu kumpulan besar populasi terapung. mengambilkira akan kemajmukan etnik. pengurusan etnik.4 Semasa pentadbiran kerajaan kolonial British kumpulan-kumpulan etnik telah terus terpisah. Masyarakat Melayu dan kumpulan peribumi yang lain dibiarkan bersendirian untuk terus terlibat dalam kegiatan pertanian sara diri terutamanya penanaman padi. Orang-orang Cina pula yang pada asalnya digalakkan berhijrah demi menyediakan buruh murah, tetapi banyak daripada mereka terlibat dalam sektor perlombongan, perdagangan dan kewangan. Buruh-buruh India pula diambil untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan jalan raya. Pemisahan fungsi-fungsi ekonomi mengikut etnik untuk sementara waktu telah memisahkan kumpulankumpulan etnik dari sudut ekonomi serta mengurangkan kemungkinan untuk pertentangan dan konflik secara terus. Namun demikian sistem sebegini akhirnya menjadi sumber utama ketegangan antara kaum khususnya selepas kemerdekaan.5 Pentadbiran yang sebegini juga mempunyai kesan yang serius terhadap hubungan
Tan Chee-Beng, Ethnic relations in Malaysia in historical and sociological perspectives, Kajian Malaysia 5(1), 1987, hlm 104. 3 Kernial Singh Sandhu, Communalism : The primary threat to Malayan unity, dalam Asian Survey, Vol 2(6), Ogos 1962, hlm 34. 4 G.P. Means, Ethnic preference policies in Malaysia dalam N. Nevitte dan C.H. Kenned (editors) Ethnics preference and public policy in developing states, Lynne Reinner Publisher Incorporation, Colorado, 19 , hlm 95. 5 Tan Chee-Beng, Ethnic relations in Malaysia in historical and sociological perspectives, hlm 104.
2

Keadaan sebegini menyebabkan dasar-dasar awam kerajaan kolonial turut Ini diistilahkan sebagai dasar-dasar

81 antara kaum di Malaya. Ini adalah kerana komuniti-komuniti imigran akan berurusan dengan British dan bukannya dengan elit pemerintah Melayu. Mereka telah bekerjasama dengan British dan bukannya dengan ketua-ketua Melayu. Dalam kes hubungan kaum di antara Melayu dan Cina, perkembangan sejarah yang berlaku bukanlah ke arah membina asas kerjasama ekonomi dan politik serta penyesuaian bersama. Ini adalah suatu proses pelencongan (divergent process) iaitu masyarakat Melayu dan Cina bergerak ke arah yang berlainan secara ekonomi, politik dan sosial. Peranan orang tengah Cina dan penguasaan mereka dalam sektor perdagangan dan kewangan tambah melebarkan jurang sosial di antara orang-orang Melayu dan Cina. Lebih ramai orang Cina berbanding dengan British dianggap sebagai pemeras ekonomi.6 Dengan latar belakang yang sebegini, nasionalisme Melayu pada abad ke20 adalah bertujuan untuk mengembalikan semula hak dan kepentingan mereka. Ia juga mempunyai sentimen anti-Cina. Sentimen anti-Cina ini ditambah buruk melalui perkembangan politik yang tertentu. Bukan sahaja British tidak berusaha untuk mengeratkan perpaduan Melayu - Cina, mereka sebaliknya mengizinkan kemasukan aktivis politik dari China dan golongan yang bersimpati dengan mereka ke Malaya untuk menghalakan orientasi politik sebilangan besar orang-orang Cina di negara ini terhadap negara China dan sekaligus perkembangan nasionalisme Cina di Malaya. Pemimpin-pemimpin Melayu hanya dapat memerhatikan sahaja perkembangan ini tanpa dapat melakukan sesuatu tetapi ini telah mengukuhkan nasionalisme komunal terhadap orang-orang Cina. Pengelompokan peribumi - imigren yang kemudiannya sering dirujuk sebagai pembahagian Melayu-bukan Melayu mewujudkan fenomena kehidupan kelompokkelompok ini yang berdekatan tetapi terpisah. Kehidupan mereka mengikut garisgaris selari yang jarang sekali bertemu. Mereka tidak ingin mengetahui di antara satu dengan yang lain dan sikap mereka terhadap kelompok yang lain diacuankan oleh konsepsi-konsepsi popular yang telah menjadi mitos.7 Pengelompokan mengikut kaum ini amat jelas wujud dalam sistem pendidikan. Sebelum Perang Dunia Kedua, dasar pendidikan dan pendekatan kerajaan British ialah mengizinkan kepelbagaian.
Ibid. FCO 24/480 - The predicament of the Chinese in Western Malaysia. Pernyataan ini bermaksud sudah ada suatu bentuk tanggapan umum sesuatu kumpulan ettnik terhadap kumpulan etnik yang lain. Tanggapan-tanggapan ini juga dapat diistilahkan sebagai prejudis. Istilah mitos pula memberikan pengertian bahawa tanggapan-tanggapan tersebut adalah tidak benar.
7 6

82 ini. Pendekatan pluralistik ini menyebabkan wujudnya empat aliran pendidikan yang berlainan, setiap satu berkembang dan bergerak dengan matlamat dan aspirasi yang tersendiri. Untuk memenuhi keperluan sosio budaya populasi imigran, kerajaan British mengizinkan masyarakat Cina dan India untuk membangunkan institusi pendidikan mereka yang tersendiri. Tidak ada usaha untuk menyelaraskan keempatempat aliran ini. cara yang bebas. Setiap aliran menggunakan bahasanya sendiri, mempunyai Setiap aliran ini sebenarnya mencerminkan pengasingan yang kurikulum tersendiri, mengadakan peperiksaannya sendiri dan berkembang dengan diizinkan untuk setiap komuniti.8 Tidak dapat dinafikan bahawa dasar pendidikan British selepas Perang Dunia Kedua mula memperlihatkan kecenderungan untuk berubah. Malayan. Sistem pendidikan mula dilihat sebagai alat pembinaan negara bangsa Untuk kali pertama konsep Sekolah Kebangsaan mula dibincangkan.

Jawatankuasa Barnes menganggap cadangan sekolah baru itu (sekolah kebangsaan) sebagai "sekolah warganegara" (school of citizenship) Penggunaan bahasa Melayu juga merupakan suatu pengiktirafan bahawa proses tersebut memerlukan suatu asas yang berakar umbi di negara ini.9 Namun demikian cadangan-cadangan laporan itu yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. Sebagai akibatnya sistem pendidikan pelbagai aliran terus wujud di negara ini. Hubungan kaum berubah semasa dan selepas pendudukan Jepun walaupun jangka masa tersebut hanyalah lebih kurang tiga tahun dan lapan bulan. Perkembangan-perkembangan yang seiring seperti peranan orang India dalam Tentera Nasional India (Indian National Army)10, aktiviti Malayan People Anti Japanese Army
Puteh Mohamed & Malik Munip, The development of national education system, Malaysia in history, 28 (2), 1985, hlm 86. 9 Ibid, hlm 88. Konsep "sekolah warganegara" boleh dirujuk daripada cadangan Jawatankuasa Barnes iaitu suatu jenis sekolah rendah (single-type primary school) yang dibuka kepada para pelajar daripada semua kaum dan guru-gurunyaa juga terdiri daripada guru semua kaum, dengan syarat guruguru tersebut mempunyai kelayakan yang sesuai dan juga merupakan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Rujuk Chai Hon-Chan, Education and nation building in plural societies: The West Malaysian experience. Development Studies Centre, Monograph no.6, The Australian National University, Canberrra, 1977, hlm 20. 10 Rujuk Paul K. Kratoska, The Japanese occupation of Malaya, a social and economic history. Allen & Unwin, New South Wales, 1998, hlm 104-107. Tentera Nasional India (INA) telah dibentuk oleh Jepun di Singapura pada 3 September 1943. Pada tahap awal penubuhannya, Jepun telah melatih S.C. Goha, K.P.K. Menon dan A. Yellapa untuk mengetuai INA. Kemudiannya dua orang warganegara India dari Benggal iaitu Rosh Behari Bose dan Subhas Chandra Bose telah memimpin INA. Subhas Chandra Bose telah mengisytiharkan pembentukan kerajaan Sementara India dengan tujuan untuk mengusahakan kemerdekaan India dari Britain. Selain INA, Jepun telah menggalakan
8

000 tentera British telah menyertai INA manakala Field Marshall Lord Warell menganggarkan 22. Kedudukan masyarakat Cina juga berubah. Singapore University Press. ahli-ahli MPAJA telah mula keluar dari kem-kem mereka dan memasuki bandar-bandar. Red Star over Malaya. lebih 600 kematian telah dicatatkan oleh polis akibat daripada pergaduhan MPAJA dan orang-orang Melayu walaupun tidak dapat dinafikan bahawa angka tersebut mungkin lebih lagi. Salah seorang pemimpin INA iaitu Mohan Singh menjelaskan lebih kurang 42. Rujuk juga Richard Clutterbuck. London. Perak. Apabila komuniti imigren semakin menyedari akan hakikat masa depan politik mereka di Malaya. penentangan terhadap cadangan-cadangan Malayan Union dan kempen kemerdekaan menyebabkan prejudis perkauman dan kebimbangan yang terpendam kini telah melonjak ke tahap permukaan. Rujukan terhadap masyarakat tersebut iaitu "the Chinese is not worried about who holds the Malayan cow so long as he can milk it" sudah tidak tepat lagi. 1973. 1983. Riot and revolution in Singapore and Malaya 1945-1963.83 (MPAJA)11. Antara tempat yang didirikan "public court" itu ialah di Titi. Masyarakat Melayu menjadi lebih nasionalistik dan wujud perasaan persaudaraan sesama mereka dari negeri-negeri yang lain melalui perhubungan yang lebih erat. masyarakat Melayu pula kini tidak berpuas hati akan hakikat mereka telah menjadi minoriti yang diselubungi kemiskinan di negara mereka sendiri. London. Johor. Dalam jangka masa dua minggu itu. Jangka masa ini menyebabkan mereka telah membalas dendam terhadap golongan yang bekerjasama dengan Jepun sehinggalah tentera British mendarat pada 2 September 1945. Rujuk juga G. 000 tentera British yang menyertai INA. Di Batu Pahat. pergaduhan di antara masyarakat Melayu dan MPAJA telah mencapai kemuncaknya pada 21 Ogos 1945. 12 Kernial Singh Sandhu. Terjejasnya komunikasi di antara Malaya dan China semasa perang dan kemunculan regim komunis di China menyebabkan masyarakat tersebut semakin bermastautin secara tetap di Malaya. hlm 47. Kesedaran politik di kalangan orang-orang Melayu telah berkembang kepada suatu tahap yang tidak tercapai pada masa dahulu. hlm 40 yang menjelaskan bahawa di Muar dan Batu Pahat sahaja di antara September 1945 hingga April 1946. university of London Press. Faber & Faber Limited.P. National University of Singapore. Masalah ini timbul apabila pada 15 dan 16 Ogos 1945.12 pemimpin-pemimpin nasionalis India membentuk Indian Independence League (IIL) sejah tahun 1930an dengan tujuan yang sama iaitu untuk membebaskan India daripada penjajahan British. hlm 134-151 yang menjelaskan bahawa konflik di antara orang Melayu dan MPAJA dan masyarakat Cina telah tercetus sejak 15 Ogos 1945 di Sungai Manik. . resistance and social conflict during and after the Japanese occupation 1941-1946. penghapusan dwi kewarganegaraan apabila India Juga berlaku gangguan mencapai kemerdekaan terhadap komunikasi lazim di antara India dan Malaya pada masa tersebut dan menyebabkan populasi India di Malaya menjadi lebih stabil dan kini menganggap Malaya sebagai negara mereka. 11 Rujuk Cheah Boon Kheng. Communalism : The primary threat to Malayan unity. Pegawai-pegawai British dalam Force 136 tidak berupaya untuk menghalang pergerakan tentera-tentera MPAJA tersebut. Jelebu. hlm 85. Mereka merasakan dianaktirikan di tanah air sendiri akibat daripada penghijrahan orang-orang Cina dan India. Means. MPAJA telah menubuhkan "public court" untuk menghukum mereka yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Malaysian politics. 1970.

Kuala Lumpur. Mereka tidak berasimilasi dengan penduduk dan kebudayaan peribumi malahan pada tahap awal tidak berusaha untuk menjadi bangsa Malayan. MPAJA telah keluar dari hutan dan membalas dendam kepada mereka yang dipercayai bekerjasama dengan Jepun yang kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu atau India. 15 Ibid. Slimming. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenar. mereka tinggal dalam komuniti yang terasing dan seperti orangorang Cina. Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. majoriti imigran dari India beragama Hindu. Ada rasa toleransi. Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara.13 Ditinjau daripada persepsi yang lebih meluas. keharmonian yang sebenar tidak wujud dalam hubungan antara kaum.imigran juga dikaitkan dengan hakikat bahawa imigren Cina membawa bersama bahasa. Dengan bekerja di ladang-ladang getah. kawasan pantai utara Kedah dan Kedah/Perlis. extremist groups and potential for revolution. budaya serta bentuk pendidikan sendiri untuk anak-anak mereka. 1982. Dilema Melayu. hlm 4.16 Natijah daripada keadaan sebegini FCO 24/480 Racial antagonism in Malaysia. Kawasan yang paling teruk ialah di Batu Malim di Raub. Kuala Pilah. 16 J. hlm 6. Tindakan MPAJA itu telah menimbulkan reaksi daripada masyarakat Melayu yang menyebabkan berlakunya konflik keganasan. (terjemahan oleh Ibrahim bin Saad) Times Books International. Mahathir Mohamed.15 Kurangnya interaksi di antara peribumi . Ada terdapat penyesuaian. Negeri Sembilan. 14 13 . mereka juga tidak berasimilasi. Pembunuhan dan keganasan MelayuCina berleluasa di seluruh Malaya khususnya di Johor. Malaysia : Death of a democracy. Walaupun terdapat sebahagian kecil orang-orang Islam datang dari India. Ada kalanya nada-nada sumbang melansing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum yang terpencil atau merata-rata14 Keharmonian antara kaum di Malaya tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam.84 Secara yang lebih jelas selepas Perang Dunia Kedua. Bekor di Sungai Perak dan Manong di Perak. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Dr Mahathir menjelaskan bahawa.

13 Mei 1969.85 menyebabkan wujudnya sudut pandang yang berbeza dalam banyak hal. dibentuk dan dibantu oleh faktor penyatuan pendidikan Inggeris yang mereka terima. Ideal yang ingin dicapai mengenai hubungan kaum oleh Ini adalah kerana sudut pandang kumpulan tersebut pemimpin-pemimpin elit parti-parti komponen tidak semestinya dipersetujui oleh lapisan yang lebih rendah.Comber.a historical survey of Sino-Malay relations. Graham Brash Ltd. Syarat yang dimaksudkan ialah keupayaannya bekerjasama dengan masyarakat L. Terdapat penganalisis politik yang menjelaskan bahawa. Walaupun "tolak ansur di ambang kemerdekaan" dilihat sebagai suatu jawapan dan jalan keluar kepada masalah perkauman di negara ini selepas kemerdekaan. 17 . dua keputusan yang dibuat oleh Parti Perikatan telah sebenarnya memburukkan keadaan hubungan antara kaum. Dalam masa yang sama pula kerajaan tersebut tidak menolak kewujudan masyarakat majmuk di samping mengizinkan implikasi daripada kewujudan masyarakat sedemikian seperti dalam bidang pendidikan. 1983.17 Namun begitu keamanan dan kemakmuran Malaya. Di suatu pihak yang lain. 18 Kernial Singh Sandhu.3 HUBUNGAN KAUM DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN PERIKATAN Perbincangan mengenai hubungan kaum di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan memperlihatkan perubahan yang besar di antara persetujuan dan penerimaan elit partiparti komponen dengan realiti hubungan kaum di Malaya selepas kemerdekaan. orientasi kepentingan politik dan emosi imigren yang dihalakan ke luar Malaya dan sifat pasif politik Melayu menyebabkan masalah perkauman di Malaya dapat dikawal. Antara contoh yang diketengahkan ialah masyarakat Cina terlalu xenophobic dan sinocentric. UMNO telah tergopoh-gapah menerima satu daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British sebelum peralihan kuasa. hlm 35. struktur sosial dan agama masyarakat Melayu menyebabkan sukar untuk sebarang kumpulan agama dan etnik lain dengan pengecualian kepada orang-orang Arab atau India Muslim berrintergrasi dengan mereka.18 7. Singapore. hlm 15. Communalism : The primary threat to Malayan unity. Seperti yang sering dijelaskan dasar teras kerajaan Persekutuan ialah mengutamakan kepentingan masyarakat Melayu sebagai prioriti utama.

Akan tetapi timbul pula pembahagian peribumi dan bukan peribumi yang jelas di bidangbidang tertentu seperti pelajaran. 19 . politik pada seluruhnya adalah berligar di sekeliling pemisahan ini. Walaupun keupayaan berbahasa Melayu merupakan salah satu daripada beberapa kelayakan kewarganegaraan.20 Jelasnya "persetujuan asasi" dalam kalangan pemimpin Perikatan iaitu penerimaan imigran sebagai warganegara dan kedudukan istimewa masyarakat Melayu yang bertulis sebagai strategi pembinaan negara bangsa akhirnya menjadi sumber konflik di peringkat rakyat khususnya kedudukan istimewa masyarakat Chandra Muzaffar. pelajaran. UKM hlm 1. Aliran Kesedaran Negara.86 bukan Melayu. kelayakan ini lebih diketepikan. Maka wargawarga negara ini boleh dianggap sebagai warga negara cuma di sisi undang-undang dan tidak dari segi kebudayaan. … Kepemimpinan UMNO telah tunduk kepada tuntutan MCA dan MIC untuk mwujudkan syarat-syarat kewarganegaraan yang liberal. Seminar Politik Malaysia IV: Politik Malaysia Dekad 90-an. 1983. Pulau Pinang. pembangunan. Politik perkauman dan intergrasi nasional.3. Tawar menawar semasa tahun lima puluhan itu merupakan suatu malapetaka disebabkan seperkara yang lain. Masalah tiadanya identiti kebudayaan ini yang jelas di kalangan warga negara yang baru adalah salah satu di antara beberapa sebab utama bagi wujudnya perasaan perkauman di kalangan penduduk bukan Melayu. hlm 51. Ini telah mencairkan konsep identiti kebudayaan sama sekali. Tindakan kedua yang menyebabkan hubungan kaum menghadapi masalah dinyatakan sebagai. ekonomi dan pentadbiran. Lima Persoalan. Pada keseluruhannya. elit-elit bukan Melayu telah bersetuju menerima kedudukan istimewa masyarakat bukan Melayu. bukan dihormati.1991. Tawar menawar ini meneruskan pecahan bumiputera dan bukan bumiputera dalam sebuah kehidupan negara yang baru19 Maka kedapatan kewarganegaraan yang sama bagi setiap orang. kebudayaan serta yang terketara. 2. 20 Aliran. Sebagai balasan kepada suatu konsep kewarganegaraan yang tidak berasaskan kebudayaan.

Ethnic preference and public policy in developing states.23 Selepas kemerdekaan penghijrahan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar menyebabkan berlakunya persaingan dengan orang-orang Cina untuk G. hlm 113. Tuntutan-tuntutan ke arah masyarakat yang sama rata semakin bertambah kuat semakin negara menjauhi daripada tarikh kemerdekaan. 21 . Malaysia adalah hak kelahiran. Kepada golongan ini datuk nenek moyang mereka tidak sahaja menyumbang kepada usaha yang besar dalam pembangunan negara tetapi turut memainkan peranan yang penting dalam kemerdekaan. Sebagai akibatnya mereka dapat melihat alasan untuk menerima nilainilai Malaya. Ethnic preferenc in Malaysia.P. Kennedy (pnyt) Lynne Reinner Publishers Inc. hlm 8. 1989. Tidak ada kelebihan yang perlu diberikan. Kebanyakan orang-orang Cina yang lebih muda adalah lebih komited kepada Malaysia berbanding dengan ibu bapa mereka22 Masyarakat Cina muda yang berpendidikan Cina mula mendakwa sejumlah besar elit pemimpin Melayu berasal dari Indonesia. Means. Nevitte dan C. The predicament of the Chinese in Western Malaysia. Justeru mereka menuntut hak yang sama dengan pemimpin-pemimpin tersebut. generasi muda Cina tidak sanggup mengetepikan politik demi kehidupan yang tenang dan hasil-hasil daripada perniagaan. Kuota adalah akibat daripada tawar menawar politik kaum tetapi ia juga memperkukukan identiti kaum dan konflik etnik. Tidak seperti ibu bapa mereka. death of a democracy.87 Melayu. Malaysia. Means menjelaskan. Walaupun sistem ethnic preference dibentuk untuk menyelesaikan masalah yang wujud akibat daripada perasaan etnisiti. 22 J. N. H. Colorado.Slimming. dalam masa yang sama ia telah mengukuhkan perasaan etnisiti itu sendiri dengan mentakrifkan lebih banyak isu dalam kerangka etnik. 23 FCO 24/480. Pemerhati politik mencatatkan. Juga kepada mereka.21 Dikotomi Melayu-politik dan Cina-ekonomi tidak dapat diterima dengan peredaran waktu. pemimpin Melayu yang bercakap mengenai keperluan untuk memberikan kelebihan kepada orang-orang Cina adalah mereka yang terpisah daripada realiti.

25 Dalam penganalisaan terhadap keadaan sebelum peristiwa 13 Mei.88 mendapatkan pekerjaan. Kepada orang-orang Cina persaingan ini merugikan mereka yang tidak mendapat jaminan perlembagaan sehubungan dengan kedudukan istimewa. Terdapat dakwaan bahawa hak-kedudukan istimewa telah menambahkan peluangpeluang aristokrat Melayu dalam jawatan-jawatan politik dan jawatan kanan perkhidmatan awam dan tentera yang kesemua ini tidak dinikmati oleh penduduk luar bandar. Keadaan sedemikian menyebabkan UMNO menjadi semakin lemah dan menjelang pilihanraya 1969 kekuatan pengaruhnya begitu merosot hinggakan terpaksa bergantung kepada sumbangan wang kerajaan yang banyak untuk mendapatkan sokongan di beberapa buah kawasan yang tidak menyokongnya. 26 Mahathir Mohamed. J. . Memang sudah nyata bahawa menjelang pilihanraya tahun 1969 semua golongan penduduk negara ini tidak berpuashati dengan kerajaan. hlm 9. Kepada mereka ancaman utama dalam kehidupan mereka bukanlah masalah pengangguran tetapi pengangguran yang disebabkan dan diburukkan oleh kedudukan istimewa Melayu. tulisan dalam Dilema Melayu menjelaskan mengenai kelemahan tindakan-tindakan UMNO dan kerajaan di mata masyarakat Melayu. Slimming. Dilema Melayu menjelaskan bahawa. Orang Melayu 24 25 Ibid. Terdapat juga yang mendakwa bahawa kemerdekaan tidak membawa perbezaan kepada penduduk luar bandar dan dalam bentuk material. Dilema Melayu. Perasaan sedemikian turut dirasai oleh masyarakat Melayu. hlm 13. the death of a democracy.26 Di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan sebelum 13 Mei.24 Rasa tidak puas hati terhadap kerajaan tidaklah daripada dimensi masyarakat bukan Melayu sahaja. Pemimpin-pemimpin UMNO dalam jangka masa tersebut dianggap lebih suka memenuhi hasrat masyarakat Cina. Ianya tidaklah lebih baik daripada semasa pemerintahan British. Malaysia. usaha untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu dan bukan Melayu bukan sahaja tidak berjaya tetapi memberikan hasil yang sebaliknya.

29 C. Malaysia juga tidak terkecuali. Semasa perarakan tersebut berlaku khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa orang Melayu telah menyerang sebahagian daripada perarakan tersebut. bahawa. mereka telah membangkitkan kemarahan penduduk bukan Melayu terutama orang Cina. rasa tidak puas hati sesuatu kaum terhadap kerajaan akan menghasilkan hubungan antara kaum yang semakin buruk. 1030/75. "Ethnic preference in Malaysia.000 orang Cina. kerajaan terus memihak kepada orang Cina sedangkan kerajaan telah gagal untuk membetulkan ketidakseimbangan pembahagian kekayaan dan kemajuan bagi kaum-kaum di Malaysia. Peristiwa pergaduhan Melayu-Cina selama dua minggu itu dilaporkan oleh British sebagai. Pergaduhan tersebut berlaku semasa perayaan 100 tahun bandar George Town oleh 1. G. Serangan mereka adalah dalam bentuk kumpulan kecil Cina menyerang orang-orang Melayu apabila mereka lebih ramai dan begitu jugalah sebaliknya.P. Keadaan sebegini menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara orangorang Cina dan Melayu di beberapa tempat di Pulau Pinang. Perlu ditekankan bahawa orang-orang yang terlibat dalam serangan tersebut merupakan penjahat sama ada Melayu atau Cina. hlm 99. demokrasi dan pembahagian etnik merupakan potensi kombinasi yang berbahaya dalam sebarang keadaan.89 tidak berpuas hati kerana daripada pandangan mereka.1. IT to Secretary of State For The Colonies from Sir D Mac Gillivrey. 1957.29 Ibid.28 Peristiwa pergaduhan Melayu-Cina pada bulan Januari 1957 wajar dilihat dalam konteks nasionalisme dan pembahagian etnik seperti yang disentuh oleh Means. Means.O. 19. hlm 16. Perayaan 100 tahun George Town dan pengisytiharan George Town sebagai bandaraya yang pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara 28 27 Means menjelaskan . Sewaktu menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka ini. Paduan di antara nasionalisme. Dalam masa yang sama perasaan perkauman semakin bertambah. Tuntutantuntutan orang Cina pula bertambah apabila pemberian kerajaan semakin mengghairahkan keinginan mereka27 Dalam konteks politik Malaysia.

Dalam perkataan lain. 31 Penjelasan mengenai hubungan etnik sejak zaman kolonial British diutarakan dengan tujuan untuk membuktikan bahawa hubungan yang tidak harmonis telah berakar umbi sejak awal kewujudan masyarakat majmuk. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan di atas. The records show incontrovertibly that the riots of May 1969 were carefully planned and organized. Rumusan kedua dan yang lebih penting ialah hakikat bahawa rasa tidak puas hati yang khusus untuk sesuatu kaum akhirnya boleh dijelmakan dalam konflik dengan kaum-kaum yang lain.9 IT to Secretary of State For The Colonies from Sir D Mac Gillivrey. 3 Januari 1957.4 ISU BAHASA YANG BERTERUSAN Isu bahasa telah menjadi isu yang terus diperdebatkan sejak kemerdekaan. .31 7. hlm 85 yang menjelaskan bahawa . 19..O. Petaling Jaya. 2007. 1030/75. Yang pertama ialah kelompok Melayu dan bukan Melayu di ambang kemerdekaan masih memperlihatkan sudut pandang politik yang amat berbeza.90 Namun yang penting ialah sejak enam bulan yang terdahulu keadaan hubungan kaum yang tidak berharmoni di peringkat bawahan telah berlaku. Keadaan tersebut berlaku apabila masyarakat Melayu di pulau itu begitu menuntut kemerdekaan dan mereka mahukan Pulau Pinang terintergrasi dalam Persekutuan Malaya dengan syaratsyarat yang sama seperti negeri-negeri Melayu yang lain. Namun demikian sebahagian besar orang-orang Cina yang walaupun inginkan kemerdekaan mempunyai kekuatiran bahawa perlembagaan baru akan menghapuskan beberapa kelebihan yang mereka nikmati berbanding dengan orang Cina di negeri-negeri Melayu. May declassified documents on the Malaysian riots of 1969. Suaram Komunikasi. Rujuk akhbar Malay Mail. terdapat dua aliran pemikiran mengenai kedudukan Pulau Pinang dalam Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka pada 31 Ogos 1957. Rujuk Lampiran Q berkaitan rusuhan kaum di Pulau Pinang pada Januari 1957. Dalam konteks inilah berlakunya pergaduhan antara kaum 30 C.30 Jelas bahawa terdapat dua rumusan penting yang dapat dibuat daripada peristiwa tersebut.. Masyarakat Melayu inginkan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada persekutuan itu tanpa sebarang syarat manakala sebahagian masyarakat bukan Melayu khususnya masyarakat Cina ingin memisahkan Pulau Pinang daripada Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dibincangkan dalam bab 1. bermulalah tuntutan bahasa Mandrin digunakan untuk tujuan penggunaan rasmi (official usage) dan yang masyarakat Melayu dan Cina semasa perarakan Chingay sedang berlangsung. Ini dapat menafikan idea penting Kua Kia Song. 1957.1. Bab empat telah membincangkan hakikat bahawa selang beberapa tahun selepas kemerdekaan. isu pemilihan bahasa yang sesuai untuk dijadikan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan terus menjadi perdebatan.

22 November Saad Ibrahim. Perlunya kita mengenali peribadi bangsa sendiri. 7 Mac 1964 33 1965. selama itulah penentangan terhadap bahasa kebangsaan itu disebut 32 Yahya Ismail. kumpulan ini juga telah menzahirkan rasa tidak puas hati akan tindakan-tindakan kerajaan untuk memajukan bahasa kebangsaan. Malaysia dengan kepelbagaian kumpulan etnik akan memperlihatkan rantaian reaksi daripada sesuatu kumpulan etnik akibat daripada tindakan kumpulan etnik yang lain. Kepada mereka kerajaan perlu mengambil beberapa tindakan yang tegas dalam meningkatkan taraf bahasa Melayu. Antara artikel dengan tema yang sedemikian ialah seperti yang berikut. Akhbar-akhbar Melayu telah mempaparkan rasa tidak puas hati tersebut seperti. Tuntutan bahasa Mandrin untuk penggunaan rasmi telah menimbulkan kegelisahan masyarakat Melayu khususnya di kalangan yang memperjuangkan taraf bahasa kebangsaan dan rasmi untuk bahasa Melayu pada tahun 1967. Mingguan Malaysia. Di samping itu terdapat suatu berita dalam salah sebuah akhbar Cina di mana Kesatuan Guru Cina hendak mengadakan "Minggu Patriotik" untuk memperjuangkan bahasa Cina. Boleh dikatakan surat-surat khabar Cina sering memuatkan berita-berita menuntut bahasa Cina menjadi bahasa rasmi. Di samping itu. Dan ada sebuah persatuan guru-guru Cina … yang begitu lantang tentang tuntutannya untuk mendesak kerajaan mengiktiraf bahasa Cina menjadi salah sebuah bahasa rasmi sehingga YDP kesatuan itu berani masuk penjara demi menuntut hak bahasa Cina dan pelajaran Cina. Mingguan Malaysia.32 Golongan yang menuntut bahasa lain daripada bahasa Melayu sebagai turut memiliki taraf kebangsaan atau rasmi dianggap sebagai golongan "kontra nasional" oleh pejuang bahasa Melayu dan dianggap sebagai tuntutan yang "terang-terang menentang perlembagaan negara"33. salah seorang Naib Presiden MCA pada masa itu. Cabaran baru terhadap bahasa kebangsaan. Setiap kali Dewan Rakyat bersidang. .91 lebih penting lagi ialah tuntutan itu dikemukakan oleh sekumpulan pemimpin dalam MCA iaitu komponen penting Perikatan. Tuntutan itu dapat diatasi oleh MCA dengan penyingkiran Sim Mow Yu.

Kalau Seenivasagam kata kerajaan tidak adil di dalam meletakkan hanya bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa kebangsaan. Tetapi kita percaya perkara itu akan senyap sepi kalaulah bahasa kebangsaan itu bahasa Cina atau bahasa Inggeris atau bahasa Tamil. tidak ada kesannya ucapan-ucapan yang berapi-api dari Tuan Syed Nasir kalau kerajaan hanya membisu akan langkah-langkah anasir jahat itu. Sekarang timbullah pertanyaan. Undang-undang ini hendaklah tegas dan harus pula bertindak tegas.92 dan disuarakan. Tetapi kenapa membisu? Kenapa berdiam? Bukankah anasir-anasir ini merupakan musuh dalam selimut dan pernghalang kepada semangat perlembagaan dan semangat kebangsaan yang pernah disebut oleh Tuan Syed Nasir? Tidak ada gunanya kerajaan menyelenggarakan pergerakan-pergerakan itu dan ini. Mingguan Malaysia. hlm 8. Mengapa pegawaipegawai kerajaan tidak mahu belajar bahasa kebangsaan. Pelbagai alasan diberikan dan ini hanya kerana bahasa kebangsaan itu berbahasa Melayu. Kita percaya kerajaan sendiri sedar akan perkara ini. Kerajaan harus bertindak terhadap petualang-petualang bahasa. perkaraperkara penting penting dalam urusan pentadbiran kerajaan masih menggunakan bahasa Inggeris Pencinta Bahasa. 34 . 24 Januari 1965. kita anjur kepada kerajaan gunakanlah apa sahaja kuasa yang ada padanya untuk melenyapkan fahaman dan sikap manusia ini Malah kerajaan sehingga ini patut mengadakan undang-undang tertentu terhadap mereka yang tidak sanggup menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jawabnya amat mudah kerana bahasa kebangsaan tidak ada harga. kerana dalam pekerjaan mereka sehari-hari untuk mendapatkan nafkah hidup dan dalam usaha sehari-hari untuk mencari segala nikmat-nikmat hidup tidak memerlukan bahasa kebangsaan dan juga segala surat penting.34 Artikel yang lain pula mencatatkan.

37 Iskandar Sani. Persatuan tersebut berpendapat sebarang golongan yang menentang perlaksanaan bahasa kebangsaan adalah sebagai "golongan yang tidak jujur terhadap kehendak negara". Pendirian di atas adalah jelas dipegang oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). saya kira kita tidak perlu menjerit-jerit35 Idea penting golongan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu ialah bahasa tersebut akan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal menjelang tahun 1967 apabila Parlimen terpaksa menentukan kedudukan bahasa Inggeris seperti yang telah dicatatkan dalam Fasal 152. Persekutuan itu menyifatkan sebarang penyelewengan mengenai tuntutan bahasa Melayu yang rasmi dan tunggal sebagai menentang kehendak negara. ada pula perkara-perkara yang tidak boleh digunakan bahasa kebangsaan kerana undang-udang tidak membolehkannya Amalan kerajaan tentang bahasa kebangsaan juga perlu dikaji dengan teliti (kerana itulah salah satu soal pokok). Ongkili. Rujuk James P. 21 Mac 1965. Mereka enggan berkompromi menerima bahasa-bahasa lain sebagai bahasa rasmi walaupun hanya untuk tujuan penggunaan rasmi (official usage) seperti yang pernah diperjuangkan oleh beberapa kelompok dalam MCA. 36 Badan Bertindak Bahasa kebangsaan (BBBK) telah dibentuk pada awal tahun 1965 dan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail. 35 . Lebih daripada itu. 37 Utusan Malaysia.93 bahasa kebangsaan tidak sah. Nation –building in Malaysia 1945-1974. 16 Februari 1967. Persatuan yang dipimpin oleh Ismail Daud itu telah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada tindakan yang telah diambil oleh Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK)36 yang telah meminta Perdana Menteri supaya jangan berganjak daripada menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal pada 1 September 1967. Singapore. Oxford University Press. Apakah tugas BBB hanya untuk menghentam sahaja? Mingguan Malaysia. Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan tujuan " membantu kerajaan dalam melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal menjelang tahun 1967. Kalau kerajaan sendiri menjalankan langkahlangkah yang tegas. hlm 195." Latar belakang yang membawa kepada penubuhan badan ini ialah tuntutan masyarakat Cina khususnya untuk penggunaan bahasa bukan Melayu yang "lebih liberal" untuk tujuan-tujuan rasmi.

Ibid. .Februari 1967. Pertandingan di antara bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan perlu dihapuskan. 38 39 Berita Harian. Bahasa Inggeris adalah suatu tawanan yang dapat kita perintah dan bukan sebagai tuan yang menguasai dan memerintah fikiran. Kepada Syed Jaafar Albar. Syed Jaafar Albar telah menyeru kepada Menteri Pelajaran. Antara slogan yang dipamerkan ialah "satu bahasa. satu negara" dan "Tidak ada tolak ansur dalam soal bahasa"39 Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA) telah mengemukakan empat persoalan kepada Menteri Pelajaran iaitu. Pemimpin masyarakat Melayu kalaupun tidak menentang rang-undangundang itu secara terang-terangan dan total telah mempamerkan idea-idea yang secara tidak langsung menunjukkan rasa tidak setuju mereka. 14. 23 Februari 1967. Ia cuba mencari jalan tengah dalam menyelesaikan kekalutan yang dihadapi. bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Selagi bahasa Inggeris berkuasa.94 Namun demikian pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah mengecewakan mereka ini. Khir Johari agar sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah-sekolah kebangsaan dan mahukan jaminan bahawa pada tahun 1968 Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris ditukar menjadi Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Penyelesaian kerajaan Perikatan dalam soal kedudukan bahasa kebangsaan melalui pembentangan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1967 (10 tahun selepas kemerdekaan) menyebabkan masyarakat Melayu yang ingin melihat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal dalam erti kata yang sebenar telah kecewa. BBBK telah menganjurkan perarakan 200 orang untuk mendesak Tunku Abdul Rahman tidak berganjak menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal pada 1 September 1967. Pentadbiran kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rahman ingin melihat pengekalan bahasa Inggeris dalam bidang-bidang yang penting. Bahasa Melayu bukanlah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang yang tunggal dalam erti kata yang sebenar. Jelasnya rang undang-undang itu adalah suatu bentuk kompromi pentadbiran kerajaan Perikatan mengenai kedudukan bahasa Melayu. ia akan menelan bahasa kebangsaan. Hal ini telah begitu jelas dihujahkan oleh wakil-wakil PAS dan PPP dalam perbahasan Dewan Rakyat.38 Pada 22 Februari 1967.

95 a) Sampai bila undang-undang bahasa ini akan kekal? b) Sampai bila bahasa Inggeris dalam undangundang akan kekal? c) Sejauh manakah kerajaan hendak meluaskan penggunaan bahasa kebangsaan untuk maksudmaksud yang rasmi seperti dalam rang undangundang itu? d) Dapatkah kerajaan memberikan jaminan bahawa orang-orang bukan Melayu tidak menuntut dan mendesak supaya penggunaan bahasa masing-masing untuk maksud-maksud rasmi diperluaskan di masa hadapan?40 Akhbar Berita Harian juga menjelaskan terdapat UMNO peringkat bahagian yang mendesak supaya rang undang-undang itu dibincangkan dalam sidang tergempar agung UMNO. 42 Ibid. Dalam masa yang sama kesatuan itu memberikan sokongan penuh kepada BBBK. Ibid. 28 Februari 1967. Pengerusi kesatuan. En Abd Rahim bin Mohd Akid menjelaskan bahawa kelulusan Dewan Rakyat terhadap rang undang-undang itu akan melemahkan kedudukan bahasa kebangsaan.42 Semasa Rang Undang-Undang 40 41 Ibid. . Kesatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai mengambil keputusan menghantar satu bantahan kepada Tunku Abdul Rahman mengenai rang undangundang ini.41 Jelasnya situasi dalam UMNO sendiri menunjukkan wujudnya rasa tidak puas hati terhadap kompromi dan penyelesaian kedudukan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris di negara ini. Kesatuan tersebut mengaitkan perlaksanaan Rang Undang-Undang Bahasa kebangsaan dengan kelemahan sekolah-sekolah kebangsaan dengan menganggap "kepercayaan orang ramai terhadap sekolah tersebut akan merosot dan bahasa Inggeris akan terus mendapat kedudukan yang istimewa di negara ini dan kedudukan bahasa Melayu akan merosot". Namun demikian tuntutan itu tidak diterima dengan alasan bahawa Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan telah dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Politik UMNO.

43 Ibid. Sekarang masa sepuluh tahun telah tamat dengan rang undang-undang bahasa yang dibentang dalam Parlimen. Dalam masa selepas sepuluh tahun selepas merdeka. Rang undang-undang itu diterima dalam kalangan rakyat dengan perasaan yang tidak puas. adalah sama sukarnya dengan tugas yang dihadapi dalam masa sepuluh tahun yang lalu kerana persaingan dengan bahasa Inggeris. Mesej yang kedua ialah kegusaran agensi bahasa itu akan kedudukan dan pengaruh bahasa Inggeris dalam beberapa bidang penting. Syed Nasir bin Ismail dan Pengerusi BBBK. tidaklah ada kesimpulan lain yang lebih jelas kepada kita sekarang malahan bersedia menghadapi tugas yang kalaupun tidak lebih. Antara yang berucap ialah Pengarah DBP. . Oleh kerana masalah bahasa rasmi ini sebenarnya tertakluk kepada peraturan politik. Kenyataan dalam majalah tersebut. Tetapi dari segi politik nampaknya tidaklah ada jalan untuk memberi kepuasan kepada semua golongan dan kalangan. maka majalah ini tidak dapat mencampurinya.96 Bahasa Kebangsaan dibahaskan di Dewan Rakyat.43 Pendirian DBP dapat dirujuk daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Majalah Dewan Bahasa selepas Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dibentang di Dewan Rakyat. BBBK telah mengadakan perjumpaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan tujuan membidas rang undang-undang itu. Pelaksanaan selanjutnya yang akan berkuat kuasa bulan September tahun ini akan terikat pada rang undang-undang itu. Dua mesej penting majalah tersebut ialah bahawa tindakantindakan politik daripada kerajaan Perikatan merupakan faktor yang menyebabkan wujudnya kompromi dalam akta bahasa itu. Tetapi dari segi perkembangan bahasa itu sendiri. 4 Mac 1967. Yahya bin Ismail. tiap-tiap golongan masyarakat telah memberikan sumbangan masing-masing untuk mengangkat bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang tunggal.

Ibid. Namun demikian kompromi yang dibentangkan juga 44 45 Utusan Malaysia.44 Manifestasi kekecewaan pejuang-pejuang bahasa dapat dilihat daripada penciptaan sajak-sajak "Keranda 152". . Bahasa Inggeris yang gagah itu ada di mana-mana untuk mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan bahasa kita. Malahan sebelum rang undang-undang bahasa itu dibentangkan.48 Dalam bulan Mac pula Tunku Abdul Rahman terpaksa mengadakan lawatan ke negeri-negeri dan bermula dengan negeri Perak untuk menerangkan mengenai tindakan kerajaan melalui akta bahasa itu.47 Pada penghujung Februari pula Ibu Pejabat UMNO terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menafikan bahasa Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan telah mengizinkan penggunaan semi multilingualism dan rang undang-undang itu telah memenuhi semua kehendak rakyat yang realistik. 19 Mac 1967. beberapa tindakan pemulihan terpaksa diambil untuk meredakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan pejuang-pejuang bahasa Melayu.50 Hasrat di sebalik rang undang-undang ini ialah untuk memuaskan seberapa banyak pihak yang terlibat.49 Menteri Pelajaran pula. 26 Mac 1967 46 Ibid. 28 Februari 1965. 49 Utusan Malaysia.45 Manifestasi yang sama juga dapat dilihat daripada upacara pembakaran naskah Utusan Melayu oleh BBBK di hadapan bangunan DBP sebagai bantahan terhadap pendirian akhbar tersebut yang dianggap menyokong Akta Bahasa Kebangsaan. 29 Januari 1967 48 Ibid. Tun Abdul Razak pada Januari 1967 telah "menasihati" pengarang-pengarang akhbar dalam satu pertemuan agar berhati-hati dalam melaporkan berita-berita soal bahasa supaya "hal itu dapat dilaporkan secara bertanggungjawab". Ismail Muhammad. Zulastry. Sajak-sajak tersebut merupakan usaha usaha Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan ditulis oleh anggota Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah Usman Awang. 19 Mac 1967. Encik Khir Johari pula menegaskan bahawa kerajaan akan bertindak untuk mengambilalih DBP "setelah membersihkan anasir-anasir menentang kerajaan yang telah menjadikan dewan itu sarang politik". 5 Mac 1967.97 Seperti masa yang sudah-sudah itu tetap juga dan ada dan tidak pula kita ketahui bila akan hapusnya.46 Di pihak kerajaan pula. Salleh Haji Yusof. 5 Mac 1967. 50 Ibid. Shamsuddin Jaafar. 47 Berita Harian.

Devan Nair menegaskan bahawa jaminan kerajaan adalah tidak memadai kerana kerajaan tidak tegas dalam melindungi bahasa-bahasa lain. Selain penentangan di Parlimen.98 tidak dapat diterima oleh kumpulan masyarakat bukan Melayu seperti yang dapat dirujuk daripada perbahasan Dewan Rakyat.51 Devan Nair yang merupakan wakil tunggal DAP dalam Dewan Rakyat pula mengesyorkan bahasa Cina dan bahasa Tamil juga digunakan dalam peperiksaan ke sekolah menengah. 4 Mac 1967. hubungan antara kaum menjadi lebih buruk. Tetapi kedudukan bahasa-bahasa lain dari bahasa Inggeris tidak terjamin. Masyarakat Melayu kecewa dengan pendekatan kerajaan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Rang undang-undang itu juga dianggap menyebabkan "orang-orang Malaysia bukan Melayu tidak berasa senang kerana mereka bukan diterima tetapi sekadar diberi tempat sahaja. Di samping itu Devan Nair berpendapat rang undang-undang bahasa ini telah menyebabkan bahasa Inggeris telah tidak diberikan tempat yang penuh. badan kepentingan masyarakat bukan Melayu seperti Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina melalui presidennya iaitu Sim Mow Yu menjelaskan. Kumpulan etnik yang lain dianggap sebagai penghalang kepada aspirasi mereka. Bahasa Inggeris dikekalkan kedudukannya dalam negara ini tetapi malang sekali rang undangundang itu tidak menjamin kedudukan bahasa Cina tetapi mengadakan kemungkinan untuk menghapuskannya. Berita Harian. Ia juga menegaskan bahawa bahasa Cina dan bahasa Tamil telah menjadi "bahasa Malaysia" sekarang kerana ramainya yang bertutur dalam bahasa itu. Dengan terbentangnya rang undang-undang maka telah terlaksanalah janji-janji kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal mulai 1 September. 51 52 Ibid."52 Perbincangan-perbincangan di atas memperlihatkan beberapa perkembangan yang tidak sihat dalam isu bahasa kebangsaan dan rasmi. 25 Februari 1967. Dengan latar belakang tuntutan bahasa lain turut diterima sebagai bahasa rasmi. Dalam masa yang sama tuntutan untuk menjadikan bahasa masing-masing sebagai bertaraf rasmi makin menjadi kuat menjelang tahun 1967. .

Bangi.5 TUNTUTAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BEBAS Tahun 1968 memperlihatkan wujudnya tuntutan sistem pendidikan yang bebas daripada campur tangan kerajaan dilaksanakan di Malaysia. relying almost entirely on the resources of the Chinese community that it served. kepada "menubuhkan sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh penduduk Persekutuan secara menyeluruh dan memuaskan keinginan serta menggalakkan perkembangan budaya. selepas tahun 1901 tidak ada sekolah yang dibiayai oleh pentadbiran British sehinggalah tahun 1930-an apabila kerajaan kolonial British ingin mengawal sekolah-sekolah vernakular khususnya sekolah-sekolah Cina dengan menjalankan peranan langsung dari segi organisasi dan kewangan. by 1901. Laporan Razak lebih memberikan penekanan Ia memberikan penekanan terhadap sukatan pendidikan yang bersifat tempatan. Gagasan bangsa Malayan yang bersatu 1945-1957. 53 . 1975. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Oxford University Press. Secara keseluruhannya sekolah-sekolah vernakular berjalan dengan insiatif sendiri yang mengakibatkan "jiwa yang merdeka" dalam sistem tersebut.99 7. ia banyak diwarnai oleh masyarakat itu sendiri seperti dalam persoalan pemilihan dialek sebagai bahasa pengantar. Namun demikian pengarang ini menjelaskan bahawa . educational policy in Malaya 1874-1940. Penerbit UKM. ekonomi dan politik sebagai sebuah bangsa". was pretty much an established pattern. the financial "independence" of the Chinese schools system. Terdapat jangka masa memperlihatkan sistem pendidikan vernakular berjalan tanpa banyak campur tangan kerajaan British.. sosial.53 Dalam konteks sistem pendidikan Cina. Sebagai akibatnya wujud sekolah-sekolah bebas yang memilih untuk mengekalkan identiti dan bahasa pengantarnya. Jelasnya wujud keinginan untuk melihat mekanisme sistem pendidikan yang bersifat laisses faire.54 Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 pula memberikan peluang kepada sekolah-sekolah untuk menerima dasar-dasar pendidikan kebangsaan atau sebaliknya. Keadaan yang sama berterusan selepas kemerdekaan. 2004 hlm 182. 54 Rujuk kepada terma rujukan Penyata Razak dalam Mohd Ashraf Ibrahim. Merdeka dalam konteks ini bukanlah sama makna dengan kebebasan daripada penjajah tetapi lebih membawa kepada konotasi "bebas. Kuala Lumpur. Seed of separatism.. Kemuncak daripada kewujudan sekolah-sekolah bebas ialah tuntutan Universiti Merdeka." Ia merupakan hasil akhir daripada rentetan kewujudan sekolah-sekolah yang bebas daripada sistem pendidikan kolonial dan selepas Rujuk Philip Loh Fook Seng. Kawalan kerajaan yang pernah dilakukan oleh British ialah melalui pendaftaran sekolah yang bertujuan menghindarkan pengaruh komunis. hlm 38. Keakuran terhadap sistem pendidikan kebangsaan akan bermakna bantuan kewangan daripada kerajaan.

Aliran pertama merupakan manifestasi usaha kerajaan membentuk sistem pendidikan kebangsaan sebagai alat dalam pembentukan J. Kedua-dua badan pendidikan Cina itu telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pendidikan Bersama untuk mencapai cita-cita tersebut.R.57 Golongan ini tetap mempertahankan keputusan untuk menubuhkan Universiti Merdeka walaupun Kementerian Pendidikan telah menggugurkan arahan untuk menjadikan kelulusan Senior Cambridge Certificate sebagai pra syarat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. 1973. Langkah ini akan menghalang kebanyakan pelajar berpendidikan Cina daripada pergi ke luar negeri.100 kemerdekaan daripada aliran kebangsaan. Rujuk Gordon P. Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu (UCSTA)56 dan Jawatankuasa Pengurus Sekolah Cina Bersatu (UCSDA) telah memutuskan untuk meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan Universiti Merdeka walaupun ditentang oleh MCA. 1968-1970. Crisis and response. 56 Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu (UCSTA) merupakan persatuan untuk guru-guru sekolah Cina yang telah mula menentang cadangan-cadangan sistem pendidikan kerajaan Perikatan yang bermula dengan Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Razak. 57 The Straits Times. Logik yang sedemikian telah dikemukakan oleh Kesatuan Guru-Guru Cina Kanan Biasa (Union of Chinese Senior Normal Teachers). Kesatuan ini berpendapat bahawa masyarakat Cina berhak untuk kerana sekolah-sekolah menubuhkan Universiti Merdeka yang dicadangkan persendirian (bebas) diizinkan terus wujud. hlm 36. Bass. 55 . Pada 14 Februari 1968. University of Berkeley. 58 J.R.55 Universiti Merdeka menjadi lebih jelas cirinya pada tahun 1967 apabila ditimbulkan oleh guru-guru sekolah Cina akibat daripada pengumuman kerajaan bahawa pelajar tanpa sijil Cambridge tidak akan dibenarkan keluar negeri untuk melanjutkan pelajaran. hlm 203. suatu mesyuarat di antara guru-guru sekolah Cina. 26 Februari 1968. Pada penghujung Februari 1968. Tesis Ph D. Malaysian politics. Malaysian politics 1968-1970. "Malaysian politics. Means. Bass. ahli lembaga pengarah sekolah-sekolah Cina serta perwakilan kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan Cina telah diadakan untuk membincagkan kempen seluruh negara untuk universiti tersebut. hlm 34.58 Jelasnya wujud dua aliran dalam sistem pendidikan atau lebih tepat lagi aliranaliran yang bebas diizinkan beroperasi. Jawatankuasa tersebut mencadangkan mata pelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolahsekolah Cina yang menyebabkan sekolah-sekolah tersebut menjadi trilingual.

101 negara bangsa Malaysia dan aliran kedua pula merupakan manifestasi usaha mengekalkan identiti masyarakat Cina di negara ini. Malaysian politics 1968-1970. Menggalakkan pertukaran budaya60 Usaha UCSTA dan UCSDA membentuk universiti berbahasa Cina ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat Cina sekiranya jumlah kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan Cina yang menyatakan sokongan serta sumber kewangan kepada universiti ini diambil kira. The Chinese in Peninsular Malaysia. crisis and response. 60 SP 45 Surat Persendirian Tan Siew Sin SP 45/3299. Menyediakan keperluan masyarakat e. s study of a race relation in a plural society. Menghasilkan bakat sumber manusia pakar untuk negara ini c.R. Malaysia memerlukan bahasa kebangsaan dan bahasa Cina di samping bahasa Inggeris supaya dua kaum terbesar akan menerima pendidikan tinggi dan menjadi "intelek Malaysia yang sebenar". Ini adalah kerana golongan yang mempertahankan institusi tersebut menyedari bahawa pendidikan Cina di negara ini berperanan penting dalam mengekalkan dan meneruskan identiti Cina. Sin Pin Jai Pao.61 Penyokong-penyokong Universiti Merdeka berpendapat bahawa "penyatuan budaya" paling wajar dilaksanakan dengan meningkatkan tahaptahap kebudayaan individu dan kemudian digalakkan sintesis antara budaya. Bass. a.59 Lima objektif yang dikemukakan dalam penubuhan universiti berbahasa Cina ini seperti yang diumumkan oleh UCSTA dan UCSDA dalam bulan Januari 1968 ialah.Vol 1. hlm 38. . Rujuk Lampiran R. Untuk mencapai tahap pertama proses itu. Menyediakan jalan dan kesinambungan Sekolah Menengah Bebas Cina d. Melengkapkan sistem pendidikan Cina b. hlm 239. 61 Ibid.62 59 Ting Chiew Peh. Chinese University . 62 J.

tidak semua dalam komuniti Cina yang menganggap Kolej Tunku Abdul Rahman sebagai alternatif yang viable kepada 63 64 Ibid Straits Echo. Namun demikian.67 Justeru MCA terpaksa mengemukakan idea seterusnya iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman. 9 Februari 1968. hlm 43.66 Namun demikian idea alternatif fakulti penuh di Universiti Malaya menyebabkan imej MCA sebagai parti memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina semakin tercalar. Ahli Parlimen.64 Sebelum itu MCA telah mengadakan mesyuarat pada 8 Februari 1968 yang dihadiri oleh Menteri Kabinet. crisis and response. 27 Februari 1968. . MCA menyedari bahawa kerajaan Perikatan atau lebih tepat lagi UMNO tidak akan merestui usaha pembentukan universiti berbahasa Cina. Malaysian politics. Mesyuarat telah mencadangkan pembentukan sekolah vokasional dan politeknik. 29 Januari 1968. Tunku Abdul Rahman pula berpendapat bahawa pembentukan universiti berbahasa Cina tidak akan menyumbang kepada usaha menyatukan dan mengukuhkan seluruh masyarakat. Bass. Sebaliknya Tunku Abdul Rahman meminta mereka memberikan sumbangan kepada Universiti Malaya supaya para pelajar dan perpaduan negara akan memperoleh faedah daripadanya. Beliau menyeru mereka untuk melupakan idea tersebut.R.63 Sama seperti apabila berhadapan dengan isu bahasa Cina sebagai bahasa rasmi. 67 J. Encik Khir Johari menjelaskan dalam perbahasan Parlimen bahawa adalah tidak bersesuaian untuk menubuhkan universiti berbahasa Cina. Ini kerana idea tersebut dianggap sebagai kurang menarik berbanding dengan sebuah universiti ditubuhkan dan disokong oleh komuniti Cina. Dengan yang demikian parti itu memutuskan untuk tidak menyokong penubuhan universiti itu dengan alasan bahawa parti itu hanya akan menyokong sistem pendidikan rasmi sahaja. Sebagai Menteri Pelajaran. 1968-1970. ADUN untuk melihat alternatif kepada Universiti Merdeka. MCA juga terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa idea tersebut telah bermula sejak 1964. Senator.102 Namun demikian idea Universiti Merdeka sebagai puncak pendidikan bebas tentulah tidak dapat diterima oleh kerajaan Perikatan. MCA sekali lagi menghadapi dilema yang sama. 66 Straits Times.65 Selain itu MCA telah mengemukakan cadangan supaya Jabatan Pengajian Bahasa Cina di Universiti Malaya dinaikkan taraf kepada fakulti sepenuhnya. 65 Ibid.

Tindakan sesuatu kaum dilihat sebagai boleh mengancam kepentingan kaum yang lain 71 Rujuk perbincangan dalam Bab Tiga mengenai terma rujukan Jawatankuasa Pelajaran 1956 dan Laporan Rahman Talib. 7. hlm 44. Orang-orang Melayu yang mempunyai kesedaran politik berpendapat sekiranya kerajaan bersedia menjanjikan sepuluh juta ringgit kepada Kolej Tunku Abdul Rahman. 70 Istilah ini digunakan oleh G. keadaan yang sedemikian tidak berlaku. Kesedaran terhadap kepentingan sesuatu bangsa juga semakin meningkat seperti yang dilihat menerusi tuntutan bahasa rasmi serta Universiti Merdeka dan reaksi susulan iaitu Universiti Kebangsaan. ia juga boleh melakukan tindakan yang sama untuk universiti yang jelas selari dengan dasar pendidikan negara.P. Semasa zaman penjajahan British. Ibid. Means untuk menerangkan hakikat bahawa tindakan oleh sesuatu kaum di Malaya akan mencetuskan reaksi daripada kaum yang lain. Pengunaan suatu bahasa pengantar dan kurikulum yang sama telah membantu proses penyatuan terutamanya di peringkat bawah. Elemen rantaian reaksi70 antara kaum jelas dalam arena politik negara.103 Universiti Merdeka.6 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ALIRAN KEBANGSAAN Seringkali institusi pendidikan dijadikan wadah utama dalam proses pembentukan negara bangsa selepas kemerdekaan. Kolej tersebut tidak dianggap sebagai full fledged institution of higher learning."71 68 69 Laporan itu juga mengakui bahawa "adalah Ibid.69 Jelasnya pada tahap ini hubungan antara kaum di Malaysia memperlihatkan hubungan yang bersifat reaktif.68 Daripada sudut yang lain pula tuntutan Universiti Merdeka telah menguatkan tekanan untuk penubuhan Universiti Kebangsaan iaitu universiti yang akan menggunakan bahasa Melayu. Kerajaan Perikatan dalam tahun 1956 melalui Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 pula memberikan penekanan kepada "suatu pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh orang-orang dalam Persekutuan Tanah Melayu" dan "dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan dan dalam pada itu pula memelihara akan bahasa dan kebudayaan bangsa-bangsa lain. Hasrat mewujudkan Sekolah Kebangsaan mula diketengahkan pada tahun 1954 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. hlm 47. .

Ibid." Kelulusan dari sekolah kebangsaan tidak sampai ke mana. Sekolah kebangsaan perlu memulihkan keyakinan ibu-bapa. Sistem pendidikan kebangsaan lebih merupakan suatu bentuk pilihan kepada rakyat negara ini. Akhbar-akhbar berbahasa Melayu telah mengulasnya sebagai. Aziz Dawi. 14 Februari 1967. mempunyai unsur-unsur laissez faire menyebabkan berlakunya tuntutan-tuntutan yang sedemikian juga sifatnya. 73 72 . Sebagai contohnya Lim Chong Eu dalam Dewan Rakyat mencadangkan lebih banyak sekolah. Kelonggaran yang sebegini menyebabkan aliran pendidikan Kewujudan sistem pendidikan yang kebangsaan tidak kukuh. Guru-guru yang mengajar di sekolah kebangsaan itu dengan sendirinya terlibat sebagai guru yang lemah dan kurang ilmu pegetahuan. Tidak ada yang mengatakan. Anak-anak menteri. 4 Februari 1967 74 Ibid. Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 pula menggunakan galakan kewangan dan bukannya mekanisme perundangan dalam menggalakkan sekolah-sekolah menengah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. anak orang kaya-kaya semuanya belajar di sekolah Inggeris. anak-anak buruh sahaja.persendirian dibina72 manakala Devan Nair pula mendesak supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan dalam peperiksaan. A. Di sekolah kebangsaan juga anak saya boleh masuk universiti. Beberapa orang bapa yang menghantar anakanaknya ke sekolah menerangkan "Saya tidak mampu menghantar anak saya ke sekolah Inggeris sungguhpun saya tahu kelulusan Inggeris adalah lebih baik di masa ini".73 Semua ini disuarakan semasa Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan mendapat perhatian rakyat. 23 Februari 1967.104 mustahil untuk untuk mendapat gambaran bahawa bahasa Melayu dan pelajaran Melayu menduduki kedudukan tertinggi". Di suatu pihak yang lain sistem pendidikan aliran kebangsaan pada hakikatnya tidak berada pada tempat yang sepatutnya. Dengan itu perbezaan antara kedua-dua sekolah itu akan berjalan terus74 Berita Harian. "Di sekolah kebangsaan juga anak saya boleh maju. Dengan itu taraf sekolah kebangsaan akan diisi oleh anak-anak orang miskin. anak orang besar-besar.

Khir Johari agar menukarkan sekolah kebangsaan Inggeris kepada sekolah-sekolah kebangsaan. Beliau telah mencadangkan pembentukan "persekolahan bersama" untuk membolehkan semua murid daripada semua aliran belajar dalam satu jenis sekolah Menurutnya. kita membiarkan tiap-tiap kaum berjalan menurut keadaan masing-masing dan dengan demikian kita menggalakkan mereka menjauhkan diri antara satu dengan yang lain. wujud Ibid. Dengan sistem seperti ini. 77 Ibid. Wan Abdullah Wook. Semasa perbahasan Dewan Rakyat Syed Jaafar Albar telah menyeru Menteri Pelajaran. Ibid.105 Saya menambah pula bahawa kerana kelemahankelemahan bahasa Inggeris atau tegasnya kerana murid-murid sekolah kebangsaan tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. 8 Mac 1967. Kita berasa bimbang cita-cita hendak mengembangkan bahasa kebangsaan akan menjadi gersang dan kaku begitu sahaja jika keadaan yang wujud ini maih berkekalan. itulah menjadi punca "pandangan rendah" dan "penilaian ekonomi yang tidak wajar" kepada kelulusan dari sekolah kebangsaan rendah dan menengahnya.76 Dr Mahathir pula mengkritik sistem persekolahan yang wujud pada masa tersebut dengan menjelaskan bahawa sekolah-sekolah tidak diatur ke arah penyatuan semua kaum menjadi satu bangsa Malaysia. 14 Februari 1967. sistem pendidikan pelbagai aliran terus wujud beriringan. Sekolah Melayu menunggu nilaian ekonomi. Kita sendiri masih dapat menyaksikan bagaimana sejarah perkembangan bahasa Inggeris di tanah air kita hingga bahasa itu menguasai kita.77 Jelasnya walaupun telah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan.75 Pemimpin "lapisan kedua" UMNO secara tidak langsung menyuarakan bantahan mereka kepada situasi sistem pendidikan kebangsaan. tentulah bahasa itu tidak berpengaruh dalam kehidupan kita. 75 76 Dalam perkataan lain. Jika perkembangannya tidak disusuli dengan nilai-nilai ekonomi terhadapnya. . Beliau menuntut jaminan daripada menteri tersebut bahawa pada tahun 1968 sekolahsekolah Inggeris akan bernama sekolah kebangsaan.

D. Kepentingan masyarakat bukan Melayu disalurkan oleh MCA dan MIC. Seperti yang telah dijelaskan Parti Perikatan merupakan perikatan tiga buah parti yang berasaskan kaum. konflik etnik boleh menjadi hasil yang terbentuk kerana aspirasi dan kepentingan kaum yang berbeza. Dalam keadaan sebegini.106 keadaan laissez faire dalam sistem pendidikan negara. Tambahan pula amalan memberikan kelebihan kepada kawasankawasan luar bandar dalam pembentukan sempadan kawasan pilihanraya secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada parti-parti Melayu seperti UMNO. 7. Fuad Mat Jali. peranan sekolah-sekolah kebangsaan dalam pembentukan nilai negara bangsa adalah terbatas. ethnicity and voting behaviour in Malaysia. Pada amalannya UMNO merupakan rakan yang paling senior kerana kawasan-kawasan jumlah pengundi Melayu sebagai majoriti yang lebih banyak. kerajaan yang diterajui oleh Parti Perikatan tidak dapat memuaskan kehendak kedua-dua kumpulan masyarakat tersebut sepenuhnya. Sistem pendidikan aliran Inggeris mempunyai potensi ekonomi yang lebih besar berbanding dengan sekolahsekolah kebangsaan. Regionalism. 1994. Suatu hakikat yang nyata dalam konteks politik Malaysia ialah bahawa faktor etnik merupakan faktor dominan dalam pembentukan parti-parti politik. Parti Perikatan boleh dijelaskan dasarnya sebagai bias kepada kepentingan Melayu tetapi turut memberikan konsesi yang liberal kepada kepentingan masyarakat bukan Melayu. 79 Ibid. University of Sussex.7 ORIENTASI PARTI-PARTI POLITIK Rujukan terhadap Parti Perikatan di suatu pihak dan parti-parti politik lain memperlihatkan struktur yang berbeza. Pemimpin-pemimpin di peringkat atasan disatukan oleh latar belakang pendidikan Inggeris. Identiti.78 Ini menatijahkan ethnic accommodation menjadi tujuan dan sumber dalam membentuk ciri-ciri sistem politik Malaysia. Dalam mekanisme tolak ansur sebegini. 78 Tesis Ph. Banyak keputusan dicapai oleh perundingan dan semangat tolak ansur. dasar dan organisasi parti-parti itu dikekalkan. .79 Dalam melayan kepentingan-kepentingan kaumkaum yang tertentu. hlm 191.

80 . Pejabat Agong Pas Malaya. Oleh kerana negeri ini negeri Melayu. 2 Mei 1957. 83 Ulasan Terhadap Penyata Perlembagaan Suruhanjaya Reid. University of British Columbia." Oleh itu peruntukan dalam perlembagaan bagi mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dilihat dalam konteks tersebut. PAS mengemukakan pendiriannya bahawa Persekutuan Malaya adalah milik bangsa Melayu.82 Dalam memorandum PAS kepada Suruhanjaya Reid. 1967. Kepada PAS pemberian kedudukan istimewa orang Melayu perlu diberi kerana "pemilik sebenar negara ini serta sebarang kekuatan atau kelemahan" tidak boleh dijadikan kriteria untuk pemberian hak tersebut.81 Tema kepentingan masyarakat Melayu begitu jelas dalam Parti itu terus konsisten dengan memorandum PAS kepada Suruhanjaya Reid. hlm 10. Tesis Ph.80 masyarakat bukan Melayu khususnya dalam soal Selaras dengan keahlian yang terbuka kepada orang Islam. pendirian bahawa "Malaya adalah negeri Melayu. 82 Mansoor Marican. hlm 41. Arkib Negara Malaysia. parti itu menegaskan bahawa. The political accommodation of primordial parties. PAS juga menyatakan penolakannya terhadap cadangan UMNO-MCA untuk menjadikan prinsip jus soli sebagai syarat kelayakan mengundi.D. Kuala Lumpur. hlm 63. PAS dalam arus perjuangan kemerdekaan. The political accommodation of primordial parties DMK (India) and PAS (Malaysia). Semasa menyertai Persidangan Kebangsaan tajaan perikatan UMNO-MCA pada Ogos dan Oktober 1953. kepentingan masyarakat Melayu menjadi agenda penting parti.107 Kewujudan PAS boleh dikaitkan dengan kenyataan di atas. mustahak difahamkan bahawa hak politik sebagai rakyat di negeri ini adalah terpulang semata-mata kepada bangsa Melayu sebagai anak negeri bumiputera yang bersifat mutlak dan sebagai tuan punya negeri ini83 Mansoor Marican. 81 Panel Pengkaji Sejarah. Bahasa Melayu dituntut sebagai bahasa rasmi secepat mungkin dan Islam diletakkan pada tempat yang penting. 1999. Perubahan semerta PAS dari segi status daripada organisasi kebajikan Islam kepada parti politik dalam banyak hal adalah sebagai tindak balas kepada layanan liberal UMNO terhadap tuntutan-tuntutan kewarganegaraan. Suruhanjaya Reid ini hendaklah insaf bahawa negeri ini adalah sebuah negeri Melayu dan hak orang Melayu atas negeri ini dari semasa ke semasa telahpun diakui oleh sejarah dan diiktiraf oleh undang-undang. Shah Alam. Pusat Penyelidikan PAS.

Majlis ini memutuskan bahawa hendaklah dirakamkan dalam Perlembagaan iaitu Persekutuan Tanah Melayu ini ialah dipunyai oleh bangsa Melayu86 Alasan yang dikemukakan ialah masyarakat Melayu akan kurang 50% penduduk apabila Gagasan Melayu Raya (istilah yang digunakan oleh PAS dalam persidangan Dewan Rakyat untuk merujuk kepada Malaysia) dilaksanakan. Berkaitan dengan itu juga. Motion : Majlis ini memutuskan bahawa hendaklah dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan Melayu iaitu negerinegeri Persekutuan Tanah Melayu ini ialah dipunyai oleh bangsa Melayu. bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengantar di semua peringkat. Menurut Mansoor Marican. hlm 15 86 Parlimentary debates. persidangan Dewan Rakyat PAS telah mengemukakan usul. kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding masyarakat komuniti imigran telah membawa kepada kelemahan kedaulatan bangsa itu." Kepada PAS.84 PAS juga mengusulkan kepada Suruhanjaya Reid agar struktur sosial dan pola kebudayaan masyarakat hendaklah disesuaikan dengan hak kedaulatan Melayu. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa kedua sahaja dan hanya untuk lima tahun sahaja. The political accommodation of primordial parties. PAS juga mula membicarakan konsep sosio-politik yang lebih besar dengan menyentuh tentang kebudayaan kebangsaan. PAS juga mengaitkan hak tersebut dengan sikap orang Melayu "yang telah membuka pintu kepada orang-orang asing dan memberikan mereka peluang-peluang penuh yang tidak mempunyai bandingannya dengan kaumkaum lain di dunia. Penggunaan bahasa Inggeris hanya sekadar yang diperlukan sahaja dan mestilah dipastikan yang ia tidak menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dewan Rakyat Official report. 85 84 di dalam . Menurut parti itu kebudayaan kebangsaan mestilah berakar umbikan kebudayaan Melayu. Panel Pengkaji Sejarah.108 PAS juga menolak prinsip kewarganegaraan jus soli sebagai prinsip dalam pemberian status kewarganegaraan.85 Berlatar belakangkan pembentukan Malaysia yang bakal menyaksikan kemasukan negeri-negeri baru pertambahan jumlah bukan Melayu. Jabatan Cetak Kerajaan hlm 1518-1519. hlm 59. Dengan itu kedaulatan bangsa tersebut perlu dikembalikan dalam perlembagaan. PAS meminta agar bahasa Melayu digunakan dalam urusan pentadbiran. PAS dalam arus perjuangan kemerdekaa . Vol IV (14). 5 Oktober 1962.

Kepada PAS usul yang dikemukakan itu tidak mengganggu dan menyentuh hak dan faedah bukan Melayu. Vol 11(10) Jabatan Cetak Kerajaan. Dewan Rakyat official report. second session of the second Parliament of Malaysia. ekonomi. Motion : Bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak-hak bumiputera dalam lapangan politik. pelajara dan kebudayaan90 Latar belakang kepada usul ini dikemukakan ialah penyingkiran Singapura daripada Malaysia yang memperlihatkan isu kedudukan istimewa Melayu sebagai salah satu punca konflik. Undang-undang kewarganegaraan yang longgar dan penduduk bukan Melayu adalah unsur yang maha penting Ibid.89 Pada 11 Ogos 1965 dengan hasrat yang sama PAS mengusulkan. 90 Parlimentary debates. 89 Ibid. Bahawa majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak-hak bumiputera dalam lapangan politik. ekonomi. Negeri Sembilan) yang mengambil keputusan bersetuju bersumpah dan berikrar akan mempertahankan kedudukan istimewa orang-orang Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir. 11 Ogos 1965. Ibid. hlm 1519. 1966. pelajaran dan kebudayaan. … nyatalah sejarah tidak dapat membohongi dan sesungguhnya negara ini dipunyai oleh bangsa Melayu dan bukankah sejarah itu membuktikan sesungguhnya perjuangan bangsa Melayu ini sendiri telah menunjukkan dari abad ke abad hendak mengembalikan hak ketuanan bangsa Melayu itu sendiri.88 Menurut Dr Burhanuddin Helmi. Kepada PAS kaedah yang sebegini berbeza daripada pendekatan UMNO (diberikan contoh UMNO cawangan Padang Lebar.87 Pengemukaan usul ini menurut PAS ialah kerana mahukan masalah kedudukan istimewa Melayu diselesaikan secara perlembagaan. hlm 1524. hlm 1798 88 87 . hlm 1526.109 PAS sudah banyak orang Melayu yang berasa tidak senang hati dan tidak berasa puas hati dengan jaminan yang sedikit sahaja yang boleh diperoleh daripada Fasal 153. Kuala Lumpur. PAS menganggap kedudukan bumiputera hanya mendapat sedikit perlindungan daripada perlembagaan dan menjelaskan.

R.110 Kedudukan politik adalah bergantung kepada kekuatan undi daripada orang ramai selain daripada kekuatan bergerak dan bertindak. sederhana dalam bentuk maksud dan tujuan dan terlalu sederhana untuk diterima oleh semua pihak. Parti itu 91 92 Parlimentary debates. Walapun pada masa sekarang ini jumlah undi pada keseluruhannya masih ada perseimbangan akan tetapi kenyataan telah menunjukkan jumlah warga negara bukan bumiputera makin bertambah dan akan tiba masanya undi mereka akan mengatasi jumlah undi bumiputera PAS telah menggambarkan dasar kerajaan sehubungan dengan masyarakat bukan bumiputera sebagai. PAS menganggap konflik yang timbul dengan Singapura adalah kerana. parti ini bermula dengan platform non communal dan telah bekerjasama dengan Perikatan dalam pilihanraya majlis bandaran di Perak. hlm 1824. Diasaskan pada Januari 1953 di Ipoh oleh adik beradik S. Singapura kita masukkan. Namun akibat perbezaan pendapat dalam Pilihanraya Persekutuan 1955. Senivasagam. kita berikan hak-hak yang sama berdasarkan equality tidak mencatatkan hakhak kedudukan istimewa berkenaan dengan politik. hlm 1804. parti PPP mewakili ideal politik yang berkontra dengan yang diperjuangkan oleh PAS. pelajaran dan kebudayaan92 Jelasnya kepada PAS kedudukan istimewa Melayu melalui Fasal 153 perlu diperteguhkan lagi serta diperhalusi lagi bidangnya. ekonomi.P. Kekalahan dalam Pilihanraya Persekutuan dan Negeri pada tahun itu telah menyedarkan pucuk pimpinan bahawa platform non communal perlu diubah. Malaysia telah menjalinkan satu sejarah dunia yang toleransi tentang memberikan hak politik yang begitu luas kepada orang bukan bumiputera yang mana tidak ada sebuah negarapun di dunia yang memberikan haknya sedemikian rupa kepada mereka. Namun di sudut yang lain pula. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur sudahlah wajar perlembagaan kita dikaji semula supaya hak-hak bumiputera kita tidak dizalimi91 Kepada parti PAS usul ini "terlalu sederhana dalam bentuk kalimat. PPP telah meninggalkan Perikatan. . 11 Ogos 1965. Seenivasagam dan D. Ibid.

K. a study of UMNO's position and opposition attitudes. Bahasa-bahasa tersebut dan bahasa Inggeris akan diberi layanan yang adil dan saksama. Parti itu juga berjanji akan meminda perlembagaan supaya "sebarang bentuk yang menyerupai kedudukan istimewa kepada sebarang kaum akan dimansuhkan. Vol IV."94 Selaras dengan pendirian baru ini PPP telah membangkitkan isu kedudukan istimewa Melayu dalam Dewan Rakyat pada 21 April 1962.93 Manifesto PPP dalam pilihanraya 1959 menjelaskan bahawa parti itu memperjuangkan bahasa Melayu. 1980. Penang. hlm 136. Kepada PPP pemberian kedudukan istimewa Melayu tidak boleh dikekalkan lama kerana perlembagaan telah dipinda sehubungan dengan pemberian kewarganegaraan dan prinsip jus soli telah dimansuhkan tetapi kedudukan istimewa orang-orang R. … tidak akan wujud rupa bentuk Malayan sekiranya kita terus melihat masalah-masalah yang wujud daripada pandangan komunal. Seenivasagam "kerajaan sendiri tidak mempunyai rupa bentuk Malayan dalam dasar dan pentadbirannya. 94 93 .R. Radiant Publisher. Seenivasagam juga mengkritik Rancangan Lima Tahun yang programnya didakwa hanya diimplementasi di kampung dan tidak di kampung-kampung baru walaupun terletak di kawasan luar bandar. 1974. Chandrasekaran Pillay. hlm 272. Vasil." PPP menekankan bahawa..95 D. Fourth Session of the first Parliament of the Federation of Malaya. hlm 264. Ini adalah tragedi terbesar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di Malaysia dilihat oleh kerajaan negara ini secara komunal. Menurut tolak ansur itu orang-orang Melayu menuntut pengekalan kedudukan istimewa dan orang-orang bukan Melayu menuntut pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli.R. New Delhi. Mandrin dan Tamil sebagai bahasa rasmi di negara ini. 95 Parlimentary debates. USM. Tesis M.111 mula memperjuangkan kepentingan masyarakat bukan Melayu seperti isu kewarganegaraan. Menurut D. bahasa dan pendidikan. PPP juga menggesa supaya Fasal 153 dikaji semula kerana menurut pemimpinnya fasal itu wujud kerana menjadi sebahagian daripada tolak ansur sesama parti Perikatan. Protection of the Malay community. Ethnics politics in Malaysia. Dewan Rakyat (House of Representatative) Official report.A.

Faktor bangsa tidak boleh dinafikan menjadi faktor dominan dalam politik. Dewan Rakyat (House of Representatative) Official report. Komuniti India dan Cina telah mencapai kemajuan sejak 14 tahun dalam memperoleh hak-hak politik khususnya kewarganegaraan. Kami menyokong persamaan warga negara yang sepenuhnya di negara ini dan kami tidak percaya kepada kedudukan istimewa kerana hak tersebut hanya akan mewujudkan permusuhan dan saya berharap akan tiba harinya perlembagaan negara akan dipinda. Vol IV. 96 Atas asas tersebutlah PPP mengesa supaya Fasal 153 dikaji semula. Seenivasagam menegaskan.112 Melayu terus kekal.97 D. BHC in the Federation of Malaya kepada Secretary Of State For the Commonwealth Relations 97 Parlimentary debates.R. D. Tiada pemimpin MCA yang berucap tanpa cuba menjelaskan dan menjustifikasikan kepada pengikutpengikut parti mengenai kedudukan istimewa Melayu. Fourth Session of the first Parliament of the Federation of Malaya. hlm 272 . Ini adalah kerana menurut pemimpin PPP itu pindaan akta tersebut menyebabkan pemberian kewarganegaraan dan pembatalan kewarganegaraan menjadi makin kurang menguntungkan bukan Melayu.O. Parlimen dalam dua sesi terakhir telah bergegar melalui perbalahan-perbalahan di antara Perikatan dan PAS di suatu pihak dan pembangkang bukan Melayu di suatu pihak mengenai isu ini. Ini adalah simtom hubungan-hubungan kaum yang makin teruk dan keinginan segera orang bukan Melayu untuk mencapai persamaan taraf politik.kewarganegaraan yang longgar telah terhenti.98 Sumber British mencatatkan. 98 Ibid. 967/407. 96 . Yang pertamanya kami berpegang kepada multilingualism. hlm 283. Pada mulanya mereka berada dalam keadaan yang lemah kerana orang-orang Melayu mempunyai kuasa politik monopoli penuh dan menjadi majoriti dalam Persekutuan. Kami telah berpegang kepadanya dan akan terus berbuat demikian. Juru-juru cakap Perikatan berterusan menegaskan pendapat mereka bahawa keistimewaan ini tidaklah berlebihan atau tidak perlu. Seenivasagam merasionalkan hujahnya dengan merujuk kepada Akta Pindaan Perlembagaan 1962 yang menamatkan prinsip kerakyatan jus soli untuk menunjukkan bahawa mekanisme tolak ansur Perikatan iaitu kedudukan istimewa Melayu . PPP khususnya.R. dengan lebih berani menekankan terhadap kes diskriminasi yang menguntungkan orang-orang Melayu. Rujuk C.

K. Sebagai antitesis kepada kedudukan istimewa C. Vasil. 102 Rujuk juga Mohd Foad Sakdan.O. Brritish High Commisioner in the Federation of Malaya to the Secretary Of State For Commonwealth Relations. Received 21 Jun 1962. 101 Ibid. Orang-orang Cina dari dalam Persekutuan Tanah Melayu akan mempunyai rakan yang kuat di bandaraya Cina Singapura dan rakanrakan yang berguna dari komuniti Cina Borneo. tidak lama lagi yang mereka percaya bahawa orangorang Cina dan bukan Melayu yang lain akan memerintah negara. Ethnic politics in Malaysia. CRO Print. demokratik dan sosialisme berdasarkan kepada prinsip persamaan kaum serta keadilan ekonomi dan sosial. Kerajaan telah meluluskan pendaftaran parti yang baru. Pengetahuan Asas politik Malaysia.113 Sumber tersebut mengaitkan peningkatan tuntutan masyarakat bukan Melayu seperti yang diutarakan oleh PPP dengan pembentukan Malaysia yang bakal terbentuk dalam jangka waktu terdekat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Deklarasi Kuala Lumpur yang diterbitkan pada 29 Julai 1967 merupakan prinsip atau dasar perjuangan asas Democratic Action Party (DAP).7. 967/407. Orang-orang Melayu akan menjadi minoriti.101 Ideal-ideal yang diperjuangkan oleh DAP boleh dirujuk daripada Deklarasi Setapak yang menjelaskan bahawa parti itu berhasrat untuk mewujudkan Malaysia yang bebas. 1997. DAP pada 19 Mac 1966.102 DAP berpendapat bahawa kejayaan dalam pembinaan negara bangsa perlu bergantung kepada penggunaan dan pelaksanaan prinsip persamaan kaum (racial equality) di semua peringkat kehidupan nasional dan dalam semua bidang ikhtiar politik.100 Parti ini berasal daripada PAP yang telah dibatalkan pendaftarannya pada 9 Ogos 1965.1962 Federation of Malaya : Political situation. Tiga perkara pokok yang ditekankan dalam Deklarasi Setapak ini ialah Demokrasi Politik.99 Di dalam kerangka politik yang sama muncul DAP sebagai suatu lagi parti politik yang memperjuangkan ideal-ideal yang sama dengan PPP. 100 R. Ia juga mempersembahkan program yang lebih kepada masyarakat bukan Melayu serta mempunyai polisi yang jelas. sosial. Demokrasi Sosial dan Ekonomi dan Demokrasi Kebudayaan. ekonomi dan budaya. 99 . orang-orang Cina akan menjadi komuniti tunggal yang terbesar. 4. diubahsuai dengan kedatangan Malaysia. Kuala Lumpur. Prospek ini akan menggalakkan harapan kebanyakan orang-orang muda Cina yang menjangkakan akan tiba harinya. Dijelaskan bahawa. Berdasarkan perjuangan "Deklarasi Setapak" inilah seterusnya DAP memperjuangkan matlamat partinya yang berteraskan "Malaysian Malaysia". hlm 45. hlm 159. Namun demikian DAP lebih bersifat homogeneous dan bersatu berbanding dengan parti-parti politik yang terdahulu. Keadaan sebegini akan berubah.

. Konsep bumiputera juga telah disentuh oleh Deklari Setapak. Parti itu mendakwa pengiktirafan perlembagaan terhadap dasar multilingual dan multiculture telah tidak dijelmakan dalam sistem pendidikan yang tidak mengizinkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dan peperiksaan. Deklarasi Setapak telah mengenalpasti racial hegemony daripada sebarang komuniti sebagai perkara yang perlu dihindari dalam usaha pembinaan negara bangsa. 7. diskriminasi warganegara dalam sektor awam dan swasta yang didasarkan kepada bangsa dianggap tidak akan memperkukuhkan kesedaran kebangsaan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Pertentangan ini bukan sekadar perbezaan ideologi politik sahaja tetapi yang lebih penting lagi ialah perbezaan tersebut bersandarkan kepada kepentingan kaumkaum yang berlainan di Malaysia. Secara ringkasnya DAP dan PPP dilihat di suatu sudut yang memperjuangkan masyarakat yang sama rata tanpa kewujudan hak keistimewaan Melayu. Perbezaan perjuangan parti-parti politik dengan sendirinya tidaklah membawa kepada konflik di sesebuah negara.114 Melayu. Kedua-dua kumpulan ini meperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili dan ideal-ideal yang diperjuangkan pada tahap yang lebih tinggi dan menyeluruh daripada parti Perikatan. Di sudut yang lain pula PAS memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu.103 Jelasnya di Malaysia dasar-dasar parti memperlihatkan pertentangan yang nyata. Namun dalam konteks Malaysia. Pembahagian masyarakat kepada bumiputera dan bukan bumiputera. perbezaan-perbezaan yang diasaskan kpada kepentingan kaum yang begitu berkontradiksi menjadi pemangkin kepada konflik antara kaum dan seterusnya berupaya untuk menggagalkan usaha pembinaan negara bangsa dengan nilai-nilai yang dipersetujui bersama. Parti itu juga tidak dapat menerima dasar pendidikan dan bahasa yang akan membawa kepada eventual deculturation masyarakat Cina dan India. Parti itu menganggap Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan dasar pendidikan sebagai contoh proses di atas.8 PILIHANRAYA 1969 103 Rujuk Lampiran S mengenai 20 Perkara Serdang. Dengan yang demikian pertentangan tersebut menjadi lebih sengit dan dilihat sebagai usaha mengekalkan kesinambungan sesuatu kaum.

Singapura. Dalam piliharaya di kawasan Pendang pada awal Disember 1968. Ini memberikan gambaran bahawa dalam pilihanraya umum akan datang PAS mungkin memperoleh beberapa kerusi di Kedah dan Perlis. 105 Berita Harian. Mound. Undang-undang tidak bertulis berkaitan isu-isu komunal telah dilanggar oleh Parti Perikatan dan pembangkang apabila mereka terlibat dalam perdebatan yang terbuka dan tegang mengenai perkara-perkara tersebut.687. Internal affairs : BHC KL kepada T. 9 November 1968 106 FCO 24/480.104 Sebelum disentuh piliharaya ini dengan lebih mendalam. Kedah dan Serdang di Selangor.107 Apabila pihak akhbar membincangkan 104 L. 107 Ibid . Comber.391. Ulasan sumber British ialah.400 pengundi bukan Melayu daripada 16. dua piliharaya kecil yang terdahulu perlu dirujuk.115 Kempen pilihanraya 1969 diperuntukkan selama lima minggu. kempen tersebut menjadi forum terbuka untuk melakukan penentangan terhadap dasar kedudukan istimewa Melayu ataupun mepertahankannya.730105 kepada 5.567 dalam tahun 1964 kepada 6. rasa tidak puas hati dengan dasar ekonomi dan pendidikan kerajaan serta pemerasan terhadap orang-orang Melayu oleh non-Malay political circles. SWPD. walaupun majoriti undi UMNO tidak begitu merosot iaitu 6.106 Akhbar yang mengulas mengenai pengurangan undi UMNO ini telah mengaitkannya dengan keadaan-keadaan ekonomi yang buruk. 1983. Indikasi rasa tidak puas hati masyarakat Melayu dan bukan Melayu dapat dirujuk daripada piliharaya di Pendang. FCO 6 Disember 1968. Perkara yang signifiken sehubungan dengan perangkaan ini ialah undi besar yang diperolehi PAS walaupun jumlah keseluruhan yang diterima oleh UMNO hanya berubah sedikit.000 dan kita menyaksikan peralihan yang besar daripada pengundi-pengundi Melayu kepada PAS. Graham Brash (Ltd). hlm 115.E. Dengan berlatar belakangkan isu-isu politik yang tercetus sejak 1964 itu. Undi yang diterima oleh PAS telah meningkat daripada 3. 13 May 1969. Salah seorang pemerhati menyifatkan.J. Kawasan ini mempunyai 2. a historical survey of Sino-Malay relations.

109 Dalam pilihanraya kecil itu PAS mengetengahkan isu "pemecahan Tanah Simpanan Melayu dalam bandar. . Mound. SWPD. Lim Kit Siang juga telah menyeru kerajaan untuk mengiktiraf regim komunis di China serta menyokong kemasukannya ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). kegagalan pembahagian tanah kepada orang Melayu" manakala UMNO pula bertemakan "kejayaan parti Perikatan meninggikan taraf hidup luar bandar. Menurutnya adalah suatu kebodohan untuk menganggap sebuah negara dan kerajaan dengan 700 juta penduduk tidak wujud. FCO 6. 25 November 1968. ekonomi orang Melayu.108 Keputusan pilihanraya tersebut berbeza daripada jangkaan UMNO bahawa parti itu akan menang dengan lebih besar. keadaan sekolah kebangsaan. getah dan sebagainya.E. 111 FCO 24/480 BHC KL to T. Walaupun tewas.12. 108 109 FCO 24/480.1968. DAP mempunyai alasan untuk berpuashati dengan undi yang diperoleh.J.E. kedudukan politik orang Melayu. Calon MCA Thua Paik Phak telah berjaya dengan memperoleh 6. Pilihanraya kecil Serdang pada 28 Disember 1968 juga memperlihatkan peralihan undi kepada parti pembangkang. 110 Ibid. 2 Januari 1969. Dalam kempen pilihanraya itu Lim Kit Siang telah menyeru kawalan yang lebih ketat terhadap perbelanjaan menterimenteri dalam kerajaan serta mengkritik MARA kerana menghapuskan hutang lapuk daripada masyarakat Melayu yang meminjam. 535 undi berbanding dengan 5. 330 oleh calon Gerakan iaitu Tan Han Swee yang telah hilang wang pertaruhan. Parti itu juga telah berjaya mendapatkan undi pembangkang Cina di kala Parti Buruh berundur daripada perjuangan Parlimen. 928 undi yang diperoleh calon DAP iaitu Lim Kit Siang dan 1."110 Jelasnya pertambahan undi yang diterima oleh PAS dapat dikaitkan dengan rasa tidak puas hati masyarakat Melayu di ambang peristiwa 13 Mei 1969.116 penindasan oleh non-Malay political circles itu terdapat tanda-tanda rasa tidak puas hati orang-orang Melayu dengan peniaga-peniaga MCA di kawasan tersebut yang berkemungkinan besar merupakan orang-orang tengah dalam pemasaran padi.J.111 Antara perkara-perkara yang diketengahkan dalam pilihanraya kecil itu menerusi 20 Perkara Serdang ialah. Internal affairs : BHC KL kepada T. Ini juga dapat ditafsirkan sebagai suatu bentuk undi bantahan kepada kerajaan tetapi kali ini datangnya daripada masyarakat bukan Melayu. 30 November 1968. Mound. SWPD. FCO. Berita Harian.

113 Namun demikian kecenderungan umum dalam pilihanraya 1969 telah berubah. Dewan Undangan Negeri.112 Kemenangan MCA dalam pilihanraya ini ialah apabila undi pembangkang telah berpecah di antara Gerakan dan DAP. Orang-orang bukan Melayu telah kurang menerima kompromi-kompromi 112 113 FCO 24/880 Serdang 20 Points. Namun yang lebih penting ialah bahawa pada tahap ini rasa tidak puas hati di kalangan kelompok Melayu dan bukan Melayu terhadap kerajaan Perikatan makin memuncak. Vasil.K. Ethnic politics in Malaysia. Tamil dan Inggeris di Parlimen. R. Jumlah undi yang diterima oleh dua parti ini melebihi undi yang diterima oleh MCA. Justeru untuk jangka masa yang tidak menentu dalam peralihan kepada kemerdekaan. komuniti bukan Melayu kurang yakin kepada diri mereka sendiri. mereka tidak begitu enggan mengakui bahawa Malaya kepunyaan orang-orang Melayu. Untuk jangka masa yang lama mereka hanya bertaraf orang asing di Malaya. hlm 163.117 a) Penghapusan pembahagian bumiputera dan bukan bumiputera untuk rakyat Malaysia b) Status rasmi untuk bahasa Cina. Tamil dan Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal c) Penggunaan bahasa Cina. notisnotis awam dan urusan kerajaan d) Pemansuhan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 yang "bertujuan untuk menukarkan semua sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah kepada sekolah-sekolah aliran Melayu sahaja untuk bahasa pengantar dan peperiksaan" e) Penghapusan pembahagian kebangsaan dan jenis kebangsaan sekolah f) Pelaksanaan sistem pendidikan intergrasi dengan semua bahasa sebagai bahasa pengantar dan bahasa peperiksaan serta pengiktirafan "sekolah kebangsaan" kepada sekolah yang berorientasikan Malaysia serta bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib kedua. Tambahan pula dalam pilihanrayapilihanraya terdahulu. .

ini adalah suatu bentuk pengelompokan untuk menentang mereka dan merupakan suatu ancaman terhadap kedudukan istimewa dan kedudukan politik mereka. Barisan tersebut dicadangkan beroperasi di atas dasar prinsipprinsip Malaysian Solidarity Convention116 yang pernah diusahakan oleh PAP semasa kemuncak krisis Singapura dengan kerajaan pusat Malaysia.117 Penekanan Pada 26 diberikan kepada pakatan pilihanraya dalam pertemuan itu "untuk mengelakkan undi Januari 1969. Antaranya ialah seruan DAP untuk membentuk "barisan bersatu bukan komunis". bahasa dan pendidikan mereka kini dibuka semula dan dalam bentuk yang lebih hebat lagi. Isu-isu kritikal kedudukan bukan Melayu dan peranan budaya.119 Kempen selama lima minggu memberikan kesempatan untuk parti-parti politik pembangkang mengemukakan ideal-ideal yang diperjuangkan. 118 Ibid. SUPP. 10 Oktober 1966. pembangkang berpecah yang memberikan manfaat kepada Perikatan.114 Keadaan menjadi bertambah rumit lagi apabila untuk kali pertama dalam sejarah negara apabila parti-parti politik pembangkang telah berupaya mengadakan pakatan pilihanraya sesama mereka. PPP dan DAP telah diadakan. 116 The Straits Times.115 Idea kerjasama parti pembangkang telah beberapa kali diusulkan sebelum pilihanraya tersebut. 114 115 Ibid. DAP dan Parti Rakyat telah dipengerusikan oleh Ong Kee Hui. Kepada orang-orang Melayu dan pemimpin-pemimpin mereka. 17 Januari 1969. . 24 Februari 1969. Ibid. Mereka kini lebih bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih positif untuk melindungi dan mengutarakan kepentingan mereka. hlm 164. Lebih tepat lagi idealideal tersebut bertentangan dengan asas-asas kenegaraan seperti bahasa rasmi dan sistem pendidikan dan yang terpenting sekali objek penentangan ialah kedudukan istimewa Melayu.118 yang dibuat selepas selang waktu.118 Pada 23 Februari 1969 DAP dan Gerakan telah menandatangani persefahaman pilihanraya melalui wakil mereka iaitu Goh Hock Guan (DAP) dan Tan Chee Koon (Gerakan). 27 Januari1969. 119 Ibid. perjumpaan wakil-wakil parti pembangkang iaitu Gerakan. Pada awal Januari 1969 pertemuan tiga parti iaitu Gerakan. Mesyuarat tersebut mengumumkan wujud pakatan pilihanraya. DAP mengemukakan manifesto Towards a Malaysian Malaysia yang antara lain mengemukakan. 117 Ibid. SNAP.

Dewan Undangan Negeri. Cina.120 Seperti DAP. menjelaskan. tema kebudayaan kebangsaan yang tidak berteraskan kebudayaan peribumi juga dikemukakan oleh Gerakan. The Malaysian general election of 1969. notis awam dan urusan-urusan dengan pihak kerajaan f) Penghapusan perbezaan di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan g) Pengiktirafan terhadap ijazah dari Taiwan. 120 . dalam R. India. Manifesto parti itu DAP General Election manifesto "Our triple objectives .K. Vasil.119 a) Semua warganegara tanpa mengira bangsa atau agama menikmati status politik. Timur Tengah dan Indonesia h) Sokongan kerajaan terhadap Kebangsaan dan Unversiti Merdeka Universiti i) Pembangunan kebudayaan Malaysia daripada pergaulan dan interaksi bebas daripada elemenelemen budaya yang pelbagai di Malaysia dan bukan melalui penguasaan sebarang budaya. hak dan peluang yang sama b) Penentangan terhadap pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan bumiputera c) Kempen terhadap kemiskinan dan kemunduran dijadikan kempen negara berdasarkan kepada kriteria keperluan dan bukan mengikut kaum d) Taraf rasmi kepada bahasa Cina. Tamil dan Inggeris dan penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan e) Penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam Parlimen.Toward a Malaysian Malaysia". hlm 59.

124 Kehilangan kuasa politik orang Melayu yang menjadi tema kempen telah menjadi alat yang efektif dalam mendapatkan sokongan. 1973.122 Sehubungan dengan pembentukan kebudayaan kebangsan. PAS berpendapat bahawa dasar kewarganegaraan yang liberal yang diamalkan telah mengukuhkan kuasa politik masyarakat bukan Melayu. Crisis and response. hlm 64.125 Berlatarbelakangkan keadaan Ibid. Proses pembentukannya sewajarnya dibiarkan kepada perjalanan sejarah121 Gerakan juga menentang sebarang usaha untuk mewujudkan percubaanpercubaan yang artifisial seperti pakaian yang sama. Berkeley. kebajikan dan kepentingan sesuatu komuniti atau bangsa yang tertentu. 122 121 . Rusuhan di Pulau Pinang pada 1967 dan beberapa demonstrasi sayap kiri di Kuala Lumpur dianggap oleh PAS sebagai bukti sejauh mana telah beraninya masyarakat Cina. tarian. 24 Januari 1969.123 Di suatu sudut yang lain pula PAS menekankan bahawa negara ini adalah negeri orang Melayu dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk menjamin status quo masyarakat tersebut. hlm 66. ritual dan adat istiadat.120 Kami berusaha untuk mencapai bangsa Malaysia terbentuk secara beransur-ansur daripada komuniti -komuniti yang wujud di Malaysia. 123 Ibid. Bass. PAS menganggap Parti Perikatan tidak berusaha untuk mengekalkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.R. hlm 62. 124 The Straits Times. Tesis Ph. D. Tema PAS ialah hakikat banyak kepentingan Melayu yang terjejas akibat dasar kerajaan Perikatan yang dianggap liberal terhadap masyarakat bukan Melayu. Ibid. Malaysian politics 1968 -1970.. Gerakan juga menekankan penggunaan yang sah untuk semua bahasa dengan mempunyai status yang konsisten dengan peruntukan-peruntukan rasmi di samping turut menuntut pembangunan selari bahasa pengantar yang berbeza-beza dalam institusi pendidikan dari peringkat rendah ke tahap tertinggi. PPP seperti juga Gerakan telah mendefinisikan konsep tersebut dengan menjelaskan bahawa. hlm 69. 125 J. Bangsa dan negara tidak diidentifikasikan dengan ketertinggian. University of California.

John Murray.K. Keputusan pilihanraya itu adalah seperti berikut JADUAL 7. death of a democracy. Sebaliknya kekalahan 20 kerusi parti itu adalah di kawasan pengundi Melayu yang kecil tetapi mempunyai jumlah pengundi Cina yang besar. hlm 104-105.67 MCA 13.75% menunjukkan kedua-dua parti itu memperoleh lebih kurang separuh daripada undi masyarakat 126 127 R.127 Perangkaan sebegini di samping hakikat bahawa PAS memperoleh 23. hlm 106-107.73 Gerakan 8. pilihanraya Malaysia Barat yang ketiga diadakan pada 10 Mei 1969. Malaysia.41 UMNO 33. 1972. hlm 85 Pola yang jelas dalam pilihan raya itu ialah sokongan pengundi Cina kepada DAP. . JADUAL7. Oxford University Press.121 sebegini. Kemenangan MCA di 13 kerusi Parlimen dibantu oleh kewujudan peratusan pengundian Melayu yang tinggi.57 PPP 3.87 Sumber : R. 1969 hlm 18.50 MIC 1. Parti % Perikatan 48. London.75 % dan DAP memperoleh 13.1 Pencapaian parti-parti politik dalam pilihanraya 1969 Parti Perikatan PAS DAP Gerakan PPP Parlimen 76 12 13 8 4 Negeri 167 40 31 26 12 Sumber : John Slimming. Malaysian general election of 1969. Malaysian general election of 1969.126 Kemenangan PAS di 12 kerusi adalah di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di antara 81-98%. Singapore. Vasil. Ibid.24 PAS 23.2 Peratusan pencapaian parti dalam pilihanraya 1969.K. Vasil.75 DAP 13.

Goh Cheng Teik.41 berbanding dengan 58.122 Melayu dan Cina yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan Perikatan. hlm 20.128 Di peringkat kerusi negeri walaupun dengan kempen intensif. Goh Hock Guan. Tambahan pula kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP dan Gerakan tidak membantu meredakan keadaan. Oxford University Press. 130 Ibid.78% dalam dua pilihan raya yang terdahulu. Jumlah keseluruhan undi yang diterima oleh Parti Perikatan hanyalah 48. 129 128 .37% dan 51. 131 Ibid. Ia dilaporkan oleh akhbar sebagai menafikan bahawa perlembagaan negeri Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk bukan Melayu menjadi Menteri Besar. hlm 25. Parti Perikatan gagal berkuasa di Kelantan dan gagal untuk membentuk kerajaan di Perak (19 daripada 40) dan Selangor (14 daripada 28). The May Thirteenth incident and democracy in Malaysia. Faktor semerta yang mencetuskan konflik ialah sambutan kemenangan oleh parti-parti pembangkang DAP dan Gerakan pada 11dan 12 Mei yang dianggap lebih provokatif terhadap orang-orang Melayu berbanding dengan "perarakan pengebumian"132 yang terdahulu. Kuala Lumpur. Gerakan dan PPP yang telah jelas platform politik mereka di kalangan orang-orang Melayu. 132 Perarakan ini diadakan selepas seorang ahli Parti Buruh. Dalam perkembangan yang lain pula.131 Kemenangan Gerakan di Pulau Pinang pula tidak dilihat oleh orang-orang Melayu dengan perspektif yang sama seperti di Selangor dan Perak kerana Pulau Pinang tidak pernah dianggap sebagai negeri Melayu. Setiausaha Agung DAP telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membentuk kerajaan negeri pimpinan DAP.130 DAP dan Gerakan telah mendesak kerajaan Persekutuan melalui kenyataan-kenyataan dalam akhbar untuk mengadakan semula pilihanraya di Selangor. 1981. Lim Soon Seng yang telah mati ditembak selepas pertempuran dengan pihak polis pada 4 Mei dan perarakan itu diadakan pada 9 Mei. Dengan keadaan yang sebegini untuk kali pertamanya Selangor dan Perak yang dianggap sebagai negeri Melayu dan negeri yang bersultan 129 akan jatuh kepada parti pembangkang yang dianggap bukan Melayu iaitu DAP. mesyuarat dalam kalangan pengarah-pengarah kempen UMNO pada 12 Mei yang memutuskan untuk mendapatkan lebih ramai perwakilan Melayu dalam kabinet telah meningkatkan Ibid. hlm 85.

123 kekhuatiran orang-orang Cina. hlm 209. 133 N. Malay politics in Malaysia. 7. Usaha itu masih mempunyai kelemahan yang secara umumnya dapat dirumuskan bahawa penduduk negara ini pada tahap tersebut masih lagi tertakluk kepada pemikiran dan tindakan yang berasaskan kepada kumpulan etnik masingmasing. .9 RUMUSAN Perkembangan-perkembangan yang terdahulu baik dari segi politik.133 Dengan latar belakang yang sedemikian rusuhan kaum yang begitu signifiken dalam konteks sejarah Malaysia telah tercetus. Funston. Ia bukan sahaja sebuah konflik antara kaum yang berbeza tetapi yang lebih penting ialah hakikat bahawa majoriti masyarakat negara ini tidak berpuas hati dengan usaha pembentukan negara bangsa Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. ekonomi dan sosial sama ada tersendiri atau berkait di antara satu dengan yang lain telah menyumbang kepada tercetusnya konflik ini. Konflik ini juga menjadi indikasi bahawa pembinaan negara bangsa Malaysia selepas kemerdekaan masih belum berjaya. sistem pendidikan dan kewujudan kedudukan istimewa masyarakat Melayu.J.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->