You are on page 1of 32

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral,
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan
pengetahuan pada abad 21. memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif
dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan pihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab,
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan
mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat individu yang mewakili badan-badan tertentu.
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar terima kasih.
cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran
masteri, pembelajaran secara konstruktivisme, dan
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan
semangat patriotic dan kewarganegaraan tetap diutamakan.
Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian Pengarah
dan dunia pekerjaan. Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

iii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA i BIDANG PEMBELAJARAN 3 : 20


Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii BIDANG PEMBELAJARAN 4 : 24


Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar
KATA PENGANTAR iii
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : 28
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
KANDUNGAN iv

PENDAHULUAN 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI 6


PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : 8
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : 16
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

iv
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

PENDAHULUAN x menghormati hak asasi manusia; dan


Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik x mengamalkan prinsip demokrasi dalam
Pendidikan murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
Moral kehidupan.
berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk
merealisasikan semangat dan hasrat yang
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020
kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara
ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan Lima Untuk membolehkan murid memahami, menghayati
hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang Bidang serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut,
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu Pembelajaran sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal
yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi
segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek
kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. seperti berikut :
Prinsip-prinsip itu adalah : 1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.
x bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang 2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
lain; 3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
x berpegang teguh pada ajaran agama; 4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
x prihatin kepada alam sekitar; 5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

x mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;


x bersemangat patriotik;

1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Rangka Pengajaran nilai harus berfokus pada Model Insan


Konsepsi Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang
saling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh).
Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga PEMIKIRAN
dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan MORAL
moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yang
efektif seharusnya membantu murid supaya memahami
nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen PERASAAN KESEDARAN
terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan
MORAL HATI NURANI
harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk
membolehkan seseorang murid mencapai tahap INSAN
kematangan moral. BERAKHLAK
MULIA
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah
yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran TINDAKAN
hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa MORAL
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani
yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi
moral tersebut.

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Matlamat Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


Pendidikan membentuk individu yang berakhlak mulia,
Moral bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
Tujuan Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk
keharmonian dan kestabilan negara serta
membantu guru merancang aktiviti dan
masyarakat global.
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap kematangan murid.
Buku ini juga menyediakan penerangan untuk
Objektif Objektif Pendidikan Moral adalah untuk
membantu guru melaksanakan kurikulum
Pendidikan membolehkan murid:
Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan
Moral berkesan.
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia; Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan
aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran
3. Menyedari dan menerima kepentingan
dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun
tanggungjawab moral dan sosial bagi
bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah
perhubungan diri dengan keluarga,
berbeza kerana isu moral atau kandungan yang
masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
dikemukakan semakin kompleks dan mendalam
selaras dengan tahap kematangan murid.
4. Mengembangkan pemikiran moral,
perasaan moral dan amalan moral dalam
Format Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format
membuat sesuatu pertimbangan dan Empat empat lajur utama, iaitu :
keputusan yang selaras dengan nilai-nilai Lajur
murni masyarakat Malaysia.
Lajur Nilai 1

Lajur Kandungan Akademik 2

Lajur Hasil Pembelajaran


3
4

3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat


antara bangsa.

1 Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun


2 dengan jelas bermula dengan tema 6 diikuti oleh
3 tajuk pengajaran 7 dan huraian tajuk 8

4 pengajaran yang disertakan dengan contoh di mana


5 yang perlu bagi memudahkan pengajaran.

6
Dalam perkembangan kurikulum dan proses
7 pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
8 dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-
kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
Lajur Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang
Nilai
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
Setiap nilai disertakan penerangannya 5 yang
dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan
dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai
dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat
Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
pendidikan moral.
(Semakan).
Lajur Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan
Hasil tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
Pembelajaran dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik
Kandungan Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini
yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
Akademik tahap kematangan murid bermula dari diri, dengan kandungan yang disampaikan.

4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Lajur Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan Penerangan nilai :


Cadangan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan
Aktiviti pembelajaran. Isu atau situasi yang Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
Pembelajaran dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan
dengan pengalaman diri murid tetapi juga pegangan agama masing-masing selaras dengan
meliputi hubungannya dengan keluarga, prinsip Rukun Negara.
komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa.
Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
terbatas kepada cadangan yang terdapat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi Tema : Agama penyuluh kehidupan
guru boleh mengambil contoh lain daripada
pelbagai sumber asalkan dapat Tajuk pengajaran : Masyarakat di Malaysia
memperkukuh nilai yang diajar. menganut pelbagai agama.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran Huraian tajuk pengajaran :


adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang
sesuai perlu dihubungkaitkan dan x Ketahui dan kenali anutan agama orang lain
digabungjalinkan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan LAJUR HASIL PEMBELAJARAN
dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus Menghormati anutan agama orang lain.
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah. LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Bercerita tentang agama yang dianuti.


Contoh TAHUN 1 ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti.
Persembahan
Lajur BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan Diri
LAJUR NILAI

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan

5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL membantu murid menyelesai masalah dan membuat
keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya
dalam kerjaya mereka.
Kemahiran Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid
Utama menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita
dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan Pemikiran mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran Kreatif alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
ini akan membolehkan murid menghadapi dunia dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan untuk diri sendiri dan orang lain.
membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan
menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di
kalangan murid. Mengajar murid kemahiran- Kemahiran Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan
kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara Menentang sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
Tekanan
memupuk dan menggalakkan perkembangan moral moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
Rakan
mereka. Sebaya dalam usaha pencegahan salahguna dadah atau
sebarang bentuk salahlaku yang lain. Mengajar murid
Kemahiran Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
Penyelesaian yang akan membantu murid membuat keputusan mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
Konflik berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui dan mempertahankan nilai moral sendiri.
Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih
berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Kemahiran Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji
Mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan
Kemahiran Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan Masa pembelajaran yang membolehkan murid menyedari
Pemikiran Depan
kemahiran pemikiran kritikal berpandukan tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada
Kritikal pengetahuan moral supaya murid dapat menilai masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini
sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral membantu murid membuat ramalan, menjangka
atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap
ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa perubahan yang mungkin berlaku.
murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga

6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Kemahiran Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberi


Teknologi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-
Maklumat sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman
web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi.
Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai
perangsang dan pemangkin kepada perkembangan
minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral,
murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan
mencari maklumat yang positif dan mengelakkan
mereka daripada melayari laman-laman web yang
berunsur negatif.

Kemahiran Kemahiran sosial memberi penekanan kepada


Sosial kebolehan sosial untuk berkomunikasi dengan
orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh
diterima oleh masyarakat dan pada masa yang
sama bermanfaat kepada diri dan orang lain.
Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1
NILAI BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI

8
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.1 Kepercayaan kepada Agama penyuluh kehidupan


Tuhan

Keyakinan wujudnya Masyarakat di Malaysia menganut pelbagai Menghormati anutan agama orang lain i. Bercerita tentang agama yang dianuti
Tuhan sebagai pencipta agama
alam dan mematuhi x Ketahui dan kenali anutan agama orang ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti
segala suruhan Nya lain
berlandaskan pegangan
agama masing-masing
selaras dengan prinsip
Rukun Negara.

9
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.2 Kebersihan Fizikal dan Kebersihan diri asas kesihatan


Mental

Kebersihan dan Kepentingan kesihatan diri dalam kehidupan Menjaga kebersihan anggota badan i. Menyanyikan lagu bertemakan “Kebersihan Diri”
kesihatan diri serta x Kebersihan anggota badan
pemikiran yang sihat dan ii. Tunjuk cara menjaga kebersihan diri
positif dalam setiap
perlakuan.

1.3 Harga Diri Hargai anggota badan kurniaan Tuhan

Keupayaan dan Kenali keistimewaan anggota badan i. Menerima hakikat bahawa setiap Bercerita tentang kepentingan anggota badan
keyakinan diri agar x Fungsi setiap anggota badan anggota badan mempunyai fungsi
mampu memulia dan tersendiri.
menjaga maruah diri
dalam kehidupan. ii. Menggunakan fungsi anggota badan
ke arah kebaikan dan
kesejahteraan.

10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.4 Kerajinan Bersikap rajin amalan murni

Usaha yang berterusan Amalan kerajinan dalam kehidupan harian Melakukan kerja dengan bersungguh- i. Nyanyian
penuh dengan semangat x Usaha berterusan sungguh - Menyanyi lagu bertemakan ‘Kerajinan’
ketekunan, kecekalan, x Kesungguhan - Membincang dan menghayati maksud seni
kegigihan, dedikasi dan kata lagu
berdaya maju dalam
melakukan sesuatu ii. Bercerita kisah bertemakan ‘Kerajinan’
perkara.

1.5 Hemah Tinggi Pergaulan berhemah mengerat


persahabatan

Beradab sopan dan Amalan berhemah dalam pergaulan dengan Bersopan dalam tutur kata dan tingkah i. Permainan suai kenal
berbudi pekerti mulia rakan memupuk kemesraan laku
dalam pergaulan x Cara-cara pergaulan yang baik ii. Menghasilkan kad ucapan yang menggunakan
seharian. - Adab dalam tutur kata dan tingkah kata-kata bersopan untuk rakan
laku

11
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.6 Kasih Sayang Sayang akan diri hidup bahagia

Kepekaan dan perasaan Sayang akan diri sendiri penting dalam hidup i. Berusaha meningkatkan Bercerita tentang menu makanan
cinta yang mendalam x Usaha meningkatkan keselamatan diri keselamatan diri dan menjauhi diri - Sarapan pagi
serta berkekalan yang x Amalan pemakanan berkhasiat daripada keadaan yang berbahaya - Makan tengah hari
lahir daripada hati yang - Makan malam
ikhlas. ii. Mempraktikkan amalan pemakanan
yang seimbang

12
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

1.7 Kesederhanaan Kesederhanaan amalan mulia

Bersikap tidak Amalan kesederhanaan dalam kehidupan Bersikap sederhana dalam pertuturan i. Menonton klip video tentang akibat bercakap
keterlaluan dalam x Sikap tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku keterlaluan
membuat pertimbangan dan tingkah laku
dan tindakan sama ada ii. Melakonkan adab bertutur yang bersesuaian
dalam pemikiran,
pertuturan atau
perlakuan tanpa
mengabaikan
kepentingan diri dan
orang lain.

1.8 Kejujuran Berkata benar, janji ditepati

Kewajipan bercakap Amalan berkata benar mengukuh hubungan Bersikap jujur dalam kehidupan Main peranan situasi berkaitan ‘Bercakap Benar’
benar, bersikap amanah x Kepentingan bercakap benar dalam
dan ikhlas dalam setiap pelbagai situasi
perlakuan. - Perbualan
- Pergaulan

13
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

1.9 Baik Hati Saling membantu sebagai tanda baik hati

Kepekaan terhadap Pertolongan diberi demi kebaikan bersama Bersedia memberi bantuan kepada yang Bercerita tentang bantuan-bantuan yang pernah
perasaan dan kebajikan x Kesediaan menghulurkan pertolongan memerlukan pada bila-bila masa diberikan kepada ibu bapa, anggota keluarga, guru
diri sendiri dan orang lain - Ibu bapa dan anggota keluarga dan rakan
dengan memberi - Guru
bantuan dan sokongan - Rakan
moral secara tulus ikhlas.

1.10 Berterima Kasih Berterima kasih amalan berhemah

Perasaan dan perlakuan Pengiktirafan dan penghargaan atas bantuan Mengamalkan sikap berterima kasih i. Menghasilkan kad ucapan terima kasih
untuk menunjukkan dan kemudahan yang diterima dalam kehidupan seharian
pengiktirafan dan x Cara berterima kasih ii. Melakonkan cara mengucapkan terima kasih
penghargaan terhadap - Lisan
sesuatu jasa, - Bertulis
sumbangan atau - Amalan menjaga dan
pemberian. menggunakan kemudahan yang
disediakan dengan baik

14
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 2
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN KELUARGA

15
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluargaku kebanggaanku


Keluarga

Perasaan cinta dan Kenali anggota keluarga mengukuh kasih Menerima dan berbangga dengan i. Murid menghasilkan album gambar ‘Keluarga
sayang yang mendalam sayang anggota keluarga Saya’
serta berkekalan x Kenali ibu dan bapa
terhadap keluarga demi x Kenali anggota keluarga yang lain ii. Menyanyikan lagu bertema ‘Keluarga Tersayang’
melahirkan keluarga
bahagia.

2.2 Hormat dan Taat Hormat dan taat pada ibu bapa
kepada Anggota
Keluarga

Memuliakan setiap Layanan bersopan tanda hormat pada ibu Menghormati ibu bapa Bercerita tentang cara menghormati ibu bapa
anggota keluarga dengan bapa
berinteraksi dan memberi x Cara menghormati ibu bapa
layanan secara bersopan
untuk mewujudkan
keluarga yang harmoni.

16
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

17
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

2.3 Tanggungjawab Saling membantu memupuk keluarga


terhadap Keluarga bahagia

Kewajipan yang harus Saling membantu sesama anggota keluarga Menolong melakukan kerja-kerja di i. Mengumpul gambar yang menunjukkan aktiviti
dilaksanakan oleh setiap x Usaha membantu melakukan kerja-kerja rumah membantu keluarga di rumah
individu terhadap di rumah
keluarga untuk ii. Melakonkan cara membantu keluarga di rumah
melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan iii. Mewarnakan gambar yang berkaitan dengan
imej dan menjaga aktiviti menolong keluarga
maruah keluarga.

18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 3
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN MASYARAKAT

19
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

3.1 Tanggungjawab Hormat-menghormati teras persahabatan


terhadap Masyarakat

Kesanggupan memikul Sikap bertanggungjawab terhadap rakan Menjalankan tanggungjawab sebagai Bercerita tentang sikap baik rakan
serta melaksanakan mengerat persahabatan anggota masyarakat dengan menjalin
tugas dan kewajipan x Usaha meningkatkan hubungan hubungan baik dengan rakan
dengan sempurna baik
sebagai anggota x Amalan menjaga maruah rakan
masyarakat. - Elak sikap mengumpat/mencaci

3.2 Toleransi dalam Saling berkongsi memupuk sikap


Masyarakat toleransi

Kesanggupan bertolak Amalan berkongsi barangan demi kebaikan Sanggup dan sudi berkongsi barang milik Kerja kumpulan
ansur, sabar dan bersama peribadi dengan orang lain - Beberapa kumpulan berkongsi mewarna
mengawal diri bagi x Saling berkongsi dalam menggunakan menggunakan bahan warna yang terhad dan
mengelakkan berlakunya barang milik peribadi membincangkan faedah berkongsi bahan warna
pertelingkahan dan - Alat tulis dengan rakan.
perselisihan faham demi - Alat mainan
kesejahteraan hidup. - Bahan bacaan

20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

3.3 Semangat Semangat kekitaan teras kecemerlangan


Bermasyarakat

Kesediaan melakukan Aktiviti di bilik darjah dijayakan bersama Melibatkan diri dalam aktiviti di bilik Projek menceriakan bilik darjah
sesuatu dengan x Kewajipan dan peranan murid dalam darjah
semangat kekitaan untuk menjayakan aktiviti di bilik darjah
kepentingan bersama - Aktiviti akademik
demi keharmonian hidup - Aktiviti keceriaan
bermasyarakat.

3.4 Peka terhadap Isu-isu Kehadiran ke sekolah pemangkin


Sosial kejayaan

Bertanggungjawab dan Kehadiran ke sekolah satu kewajipan Bertanggungjawab menghadirkan diri ke Menandakan jadual kedatangan diri ke sekolah untuk
prihatin terhadap x Kepentingan kehadiran ke sekolah setiap hari persekolahan seminggu dalam borang yang disediakan dan
masalah dan isu semasa sekolah membincangkan faedah hadir ke sekolah
yang berlaku dalam - Diri
masyarakat dan - Keluarga
berusaha - Sekolah
menyelesaikannya

21
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 4
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN ALAM SEKITAR

22
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

4.1 Kebersihan dan Kebersihan tempat tinggal menjamin


Keindahan Persekitaran keselesaan hidup

Pemeliharaan dan Kebersihan dan keceriaan tempat tinggal Mengurus dan menjaga kebersihan i. Menonton klip video tentang aktiviti membersihkan
pemuliharaan tanggungjawab bersama tempat tinggal dan menceriakan persekitaran rumah
persekitaran agar x Usaha meningkatkan kebersihan dan
sentiasa bersih dan ceria keceriaan persekitaran tempat tinggal ii. Menyanyi lagu bertemakan ‘Kebersihan’
demi kesejahteraan - Susunan peralatan rumah
hidup. - Menanam pokok iii. Mengumpul gambar bertemakan ‘Kebersihan di
Persekitaran Tempat Tinggal’

4.2 Menyayangi Alam Alam sekitar khazanah berharga


Sekitar

Mencintai dan Kenali alam sekitar kurniaan Tuhan Mengenali dan menjaga alam sekitar i. Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah
menghargai alam sekitar x Keunikan alam sekitar dengan bertanggungjawab
demi mengekalkan - Tumbuh-tumbuhan ii. Perbincangan tentang cara menjaga alam sekitar
keharmonian hidup. - Haiwan
- Udara
- Air
- Tanah
x Ciri-ciri alam sekitar yang bersih

23
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

4.3 Peka terhadap Isu Alam Alam sekitar bersih dikongsi bersama
Sekitar

Prihatin terhadap Kebersihan persekitaran tanggungjawab Prihatin dan melibatkan diri dalam i. Mengumpul dan menjual surat khabar lama dan
persoalan yang berkaitan bersama sebarang usaha untuk meningkatkan membincangkan faedah aktiviti tersebut
dengan alam sekitar dan x Prihatin dengan tahap kebersihan di kualiti kebersihan persekitaran
berusaha rumah, sekolah dan tempat awam ii. Bergotong-royong membersihkan bilik darjah dan
menyelesaikannya. padang sekolah

24
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 5
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN NEGARA

25
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

5.1 Hormat dan Setia Sekolah Kebanggaanku


kepada Pemimpin, Raja
dan Negara

Hormat dan kepatuhan Identiti sekolah lambang kemegahan Berbangga dengan identiti sekolah i. Mewarna dan mengenal pasti gambar bendera
yang berkekalan kepada warganya dan lencana sekolah
pemimpin dan raja serta x Kenali dan hargai identiti sekolah
setia kepada negara. - Bendera ii. Menyanyikan lagu sekolah
- Lagu
- Lencana iii. Membincangkan carta organisasi bilik darjah dan
- Pemimpin sekolah

5.2 Patuh kepada Peraturan di bilik darjah memupuk


Peraturan dan Undang- disiplin diri
undang

Menerima dan mematuhi Peraturan untuk kebaikan bersama Mematuhi peraturan di bilik darjah i. Memadankan gambar dengan pernyataan
peraturan dan undang- x Amalan mematuhi peraturan di bilik peraturan yang diberi
undang yang darjah
dikuatkuasakan sebagai ii. Melakonkan situasi mematuhi peraturan
amalan hidup.

26
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

5.3 Cinta akan Negara Malaysia Negaraku yang dicintai

Perasaan sayang dan Malaysia kemegahan kita Melibatkan diri dalam aktiviti untuk i. Menyanyikan lagu patriotik
bangga kepada negara x Kenali negara meningkatkan imej negara
serta meletakkan x Sayang akan negara ii. Menonton klip video sambutan Hari Kebangsaan
kepentingan negara
melebihi kepentingan diri. iii. Melukis dan mewarna bendera Malaysia

5.4 Keamanan dan Perpaduan teras keharmonian


Keharmonian

Kedamaian dan Semangat perpaduan dengan rakan Menghormati dan bekerjasama dengan i. Menyanyikan lagu bertemakan ‘Perpaduan’
perpaduan yang pelbagai kaum rakan pelbagai kaum
berkekalan dan x Usaha belajar bersama rakan pelbagai ii. Bercerita tentang kawan baik (dari kaum lain)
berterusan di kalangan kaum
rakyat Malaysia serta - Saling memahami perasaan
masyarakat global. - Bekerjasama
- Bertolak ansur

27

You might also like