You are on page 1of 30

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KATA PENGANTAR

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral,
kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita- guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan
cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan
berasaskan pengetahuan pada abad 21. pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan
dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam suasana yang kondusif dan
yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru menggembirakan.
digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran pihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab,
dan pembelajaran secara berkesan. dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan
individu yang mewakili badan-badan tertentu.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan
pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
konstruktivisme, dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, terima kasih.
nilai murni dan semangat patriotic dan kewarganegaraan tetap
diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi
keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian
dan dunia pekerjaan.

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

iii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : 20
RUKUN NEGARA i
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii BIDANG PEMBELAJARAN 4 : 24


Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar
KATA PENGANTAR iii
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : 28
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
KANDUNGAN iv

PENDAHULUAN 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI 6


PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : 8
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : 16
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

iv
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

PENDAHULUAN
• menghormati hak asasi manusia; dan
Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid
Pendidikan
• mengamalkan prinsip demokrasi dalam
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia
Moral dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran kehidupan.
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan
merealisasikan semangat dan hasrat yang
kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan
terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020
kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam
agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.
Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang
membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
membolehkan mereka menjadi individu yang
bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala Lima Untuk membolehkan murid memahami, menghayati
keputusan dan tindakan yang dilakukan. Bidang serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut,
Pembelajaran sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran
itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan
Prinsip-prinsip itu adalah : kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah
seperti berikut :
• bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.
• berpegang teguh pada ajaran agama;
• prihatin kepada alam sekitar; 2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
• mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
• bersemangat patriotik;
5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Rangka Pengajaran nilai harus berfokus pada Model Insan Menyeluruh


Konsepsi yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1
: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus PEMIKIRAN
terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, MORAL
perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yang
efektif seharusnya membantu murid supaya memahami nilai-
nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen PERASAAN KESEDARAN
terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.
MORAL HATI NURANI
Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang
murid mencapai tahap kematangan moral. INSAN
BERAKHLAK
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang MULIA
mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran
moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan
moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan
merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan
insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan TINDAKAN
berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul MORAL
atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang
berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut.

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Tujuan Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk


Matlamat Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
Pendidikan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan
Moral boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
negara serta masyarakat global. dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga
menyediakan penerangan untuk membantu guru
melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam
Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan bilik darjah dengan berkesan.
Objektif
Pendidikan murid:
Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
Moral
Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia; akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti
pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang
pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap
3. Menyedari dan menerima kepentingan tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana
tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan isu moral atau kandungan yang dikemukakan
kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri semakin kompleks dan mendalam selaras dengan
dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam tahap kematangan murid.
sekitar; dan
Format Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format
4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral Empat empat lajur utama, iaitu :
Lajur
dan amalan moral dalam membuat sesuatu
pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan Lajur Nilai 1
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Lajur Kandungan Akademik 2

Lajur Hasil Pembelajaran


3
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran 4

3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

1 Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun


2 dengan jelas bermula dengan tema 6 diikuti oleh tajuk
3 pengajaran 7 dan huraian tajuk pengajaran 8

4 yang disertakan dengan contoh di mana yang perlu


5 bagi memudahkan pengajaran.

6
Dalam perkembangan kurikulum dan proses
7 pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
8 dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-
kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
Lajur Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
Nilai
bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
penerangannya 5 yang dipetik daripada Sukatan
dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan
kemahiran dalam usaha mencapai matlamat pendidikan
Rendah (Semakan).
moral.

Lajur Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan


Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang Hasil tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
Kandungan diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap Pembelajaran dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Akademik kematangan murid bermula dari diri, keluarga, Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini
masyarakat, negara hingga ke peringkat antara bangsa. dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
dengan kandungan yang disampaikan.

4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Lajur Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu Penerangan nilai :
Cadangan atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu
Aktiviti atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
Pembelajaran berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan
meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, pegangan agama masing-masing selaras dengan
negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau prinsip Rukun Negara.
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada
cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh
lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat Tema : Pegangan agama pedoman hidup
memperkukuh nilai yang diajar.
Tajuk pengajaran : Tuntutan agama
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab kita
kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu
dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya Huraian tajuk pengajaran :
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik,
berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu • Amalan baik dituntut oleh setiap agama
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus - Bermaaf-maafan
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di - Bersyukur
dalam atau di luar bilik darjah.
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN

Mengamal dan menghayati cara hidup mengikut


Tuntutan agama masing-masing
Contoh TAHUN 4
Persembahan LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Lajur BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan Diri i. Perbincangan tentang amalan baik mengikut
ajaran agama masing-masing
LAJUR NILAI ii. Main peranan :

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan - Cara meminta maaf


- Cara mengucapkan terima kasih

5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL pemikiran kritikal ini juga membantu murid
menyelesai masalah dan membuat keputusan yang
lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya
Kemahiran Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid mereka.
Utama menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran Kemahiran Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita
sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan Pemikiran mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat Kreatif alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran untuk diri sendiri dan orang lain.
hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-
kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk
dan menggalakkan perkembangan moral mereka. Kemahiran Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan
Menentang sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
Tekanan
moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
Rakan
Kemahiran Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang Sebaya dalam usaha pencegahan salahguna dadah atau
Penyelesaian akan membantu murid membuat keputusan berasaskan sebarang bentuk salahlaku yang lain. Mengajar murid
Konflik nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan dan mempertahankan nilai moral sendiri.
sebarang konflik.

Kemahiran Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji


Kemahiran Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan Mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan
Pemikiran kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan Masa pembelajaran yang membolehkan murid menyedari
Kritikal moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu Depan tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada
tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini
konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu membantu murid membuat ramalan, menjangka
menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap
perubahan yang mungkin berlaku.

6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KBSR
PENDIDIKAN MORAL

Kemahiran Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberi


Teknologi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber
Maklumat maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan
Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom
dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat
berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada
perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan
Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan
mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka
daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

Kemahiran Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan


Sosial sosial untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam
sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat
dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan
orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1
NILAI BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.1 Kepercayaan kepada Pegangan agama pedoman hidup


Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuntutan agama tanggungjawab kita Mengamal dan menghayati cara hidup i. Perbincangan tentang amalan baik mengikut
Tuhan sebagai pencipta • Amalan baik dituntut oleh setiap agama mengikut tuntutan agama masing-masing ajaran agama masing-masing
alam dan mematuhi - Bermaaf-maafan
segala suruhan Nya - Bersyukur ii. Main peranan:
berlandaskan pegangan - Cara meminta maaf
agama masing-masing - Cara mengucapkan terima kasih
selaras dengan prinsip
Rukun Negara.

1.2 Kebersihan Fizikal dan Bahasa yang sopan dalam pertuturan


Mental melambangkan peribadi seseorang

Kebersihan dan Kesopanan dalam pertuturan demi Menggunakan bahasa yang sopan dan i. Lakonan
kesihatan diri serta keharmonian bersama bertata susila pada setiap masa - Cara sopan meluahkan perasaan tidak puas
pemikiran yang sihat dan • Kepentingan dan cara menggunakan hati kepada seseorang kawan
positif dalam setiap bahasa yang sopan dalam pelbagai
perlakuan. situasi ii. Menyedia dan menyampaikan satu ucapan dalam
- Pergaulan harian perhimpunan sekolah
- Majlis rasmi

9
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.3 Harga Diri Berani menghadapi cabaran untuk


kecemerlangan

Keupayaan dan Kecemerlangan diri lahir daripada i. Melibatkan diri dalam pertandingan i. Pertandingan syarahan, mendeklamasi sajak,
keyakinan diri agar kesungguhan dan keyakinan menghadapi di peringkat sekolah dan peringkat melukis dan bersukan
mampu memulia dan cabaran yang lebih tinggi
menjaga maruah diri • Penglibatan dan usaha untuk ii. Menyediakan satu jadual ulang kaji untuk
dalam kehidupan. mendapatkan kejayaan dalam pelbagai ii. Berusaha sedaya upaya untuk menghadapi peperiksaan
pertandingan yang disertai mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang yang diceburi

1.4 Kerajinan Tanpa usaha, tiada kejayaan

Usaha yang berterusan Ketekunan dalam melaksanakan sesuatu Melakukan tugas yang diberi dengan i. Perbincangan tentang tugas yang
penuh dengan semangat tugas demi kejayaan tekun dipertanggungjawabkan dalam aktiviti keceriaan
ketekunan, kecekalan, • Kesungguhan dalam menjalankan tugas sekolah
kegigihan, dedikasi dan yang dipertanggungjawabkan
berdaya maju dalam - Anggota keluarga ii. Penilaian rakan sebaya berdasarkan senarai
melakukan sesuatu - Murid semak yang telah disediakan.
perkara. - Anggota Masyarakat

10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.5 Hemah Tinggi Pertuturan dan perlakuan yang sopan


mencerminkan budi pekerti seseorang

Beradab sopan dan Batasan dalam pergaulan seharian memupuk i. Mengamalkan tingkah laku dan tutur Perbincangan berdasarkan isu / situasi contoh:
berbudi pekerti mulia peribadi mulia kata yang tidak keterlaluan - Batasan pertuturan
dalam pergaulan • Kesedaran tentang pentingnya batasan - Batasan perlakuan
seharian. dalam pergaulan ii. Menghindarkan diri daripada
- Persahabatan antara murid pergaulan yang terlalu bebas
perempuan dan lelaki
- Perbincangan kumpulan

1.6 Kasih Sayang Sayangi diri kesihatan terjamin

Kepekaan dan perasaan Amalan yang sihat tanda sayangkan diri Mengamalkan cara hidup yang sihat Kerja kumpulan
cinta yang mendalam • Penjagaan diri untuk kesihatan tubuh dalam kehidupan - Menyenaraikan jenis makanan yang digemari
serta berkekalan yang badan - Mengkategorikan makanan yang telah
lahir daripada hati yang - Tabiat makan yang sihat disenaraikan mengikut jenis berzat dan tidak
ikhlas. - Riadah berzat
- Menyediakan menu makanan harian yang
seimbang

11
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.7 Kesederhanaan Sikap kesederhanaan menjamin


keharmonian hidup

Bersikap tidak Kesederhanaan dalam pertuturan dan Bersikap sederhana dalam pertuturan i. Menyenaraikan tingkah laku yang boleh dicontohi
keterlaluan dalam perlakuan demi kesejahteraan hidup dan perlakuan pada setiap masa
membuat pertimbangan bermasyarakat ii. Simulasi tentang pertuturan dan tingkah laku yang
dan tindakan sama ada • Perlakuan diri yang sederhana dan tidak tidak menyinggung perasaan rakan dan jiran
dalam pemikiran, menyinggung perasaan orang lain
pertuturan atau - Rakan
perlakuan tanpa - Jiran tetangga
mengabaikan - Anggota masyarakat
kepentingan diri dan
orang lain.

1.8 Kejujuran Kejujuran asas prinsip hidup

Kewajipan bercakap Keikhlasan menjamin kehidupan harmonis Bersikap jujur seperti yang dituntut oleh Mengumpul kata-kata hikmat berdasarkan tema
benar, bersikap amanah • Keikhlasan dalam setiap perlakuan agama dan norma masyarakat kejujuran
dan ikhlas dalam setiap seperti yang dituntut agama dan norma
perlakuan. masyarakat

12
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

1.9 Baik Hati Sumbangan ikhlas dikenang selalu

Kepekaan terhadap Sikap murah hati sentiasa disanjung Bersikap murah hati dalam kehidupan i. Menulis sebuah cerita ringkas bertemakan”Murah
perasaan dan kebajikan • Kepentingan dan cara memberi seharian Hati”
diri sendiri dan orang lain sumbangan kepada orang yang
dengan memberi memerlukan ii. Mengumpul keratan akhbar tentang sumbangan
bantuan dan sokongan derma oleh individu atau pertubuhan kepada
moral secara tulus ikhlas. rumah-rumah kebajikan / orang yang memerlukan

1.10 Berterima Kasih Berterima kasih mengerat hubungan

Perasaan dan perlakuan Sumbangan rakan dan jiran tetangga Mengiktiraf dan menghargai sumbangan Simulasi : Cara berterima kasih kepada rakan dan jiran
untuk menunjukkan dihargai rakan dan jiran tetangga
pengiktirafan dan • Pengiktirafan terhadap sumbangan
penghargaan terhadap rakan dan jiran tetangga
sesuatu jasa, - Sokongan moral
sumbangan atau - Kebendaan
pemberian. - Buah fikiran
- Tenaga

13
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 2
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN KELUARGA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

2.1 Kasih Sayang terhadap Kasih sayang asas keluarga bahagia


Keluarga

Perasaan cinta dan Kasih sayang sesama anggota keluarga Menunjukkan kasih sayang sesama i. Menyenarai kepentingan amalan kasih sayang
sayang yang mendalam melahirkan keluarga bahagia anggota keluarga sesama anggota keluarga
serta berkekalan • Kepentingan dan cara menunjukkan
terhadap keluarga demi amalan kasih sayang sesama anggota ii. Perbincangan berkumpulan tentang tugasan yang
melahirkan keluarga keluarga dilakukan di rumah untuk membantu anggota
bahagia. - Saling membantu keluarga
- Saling menghormati

2.2 Hormat dan Taat Hormati anggota keluarga kembangan


kepada Anggota mengeratkan ikatan kekeluargaan
Keluarga

Memuliakan setiap Hubungan berterusan mengekalkan ikatan Menghormati anggota keluarga i. Membuat folio tentang salasilah keluarga /
anggota keluarga kekeluargaan kembangan keturunan (pohon keluarga, nama panggilan)
dengan berinteraksi dan • Kepentingan dan cara menghormati
memberi layanan secara anggota keluarga kembangan ii. Membincangkan cara mengeratkan perhubungan
bersopan untuk - Layanan bersopan sesama anggota keluarga
mewujudkan keluarga - Kunjung-mengunjungi
yang harmoni. - Bertanya khabar

15
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

2.3 Tanggungjawab Personaliti yang baik mencerminkan


terhadap Keluarga nama baik keluarga

Kewajipan yang harus Perlakuan yang baik mencerminkan imej Menjaga tingkah laku dan penampilan i. Membanding beza dari segi
dilaksanakan oleh setiap keluarga diri untuk memelihara maruah keluarga - Pakaian
individu terhadap • Kepentingan dan cara menjaga imej - Tutur kata
keluarga untuk dan maruah keluarga - Tingkah laku
melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan ii. Perbincangan tentang personaliti anggota
imej dan menjaga keluarga yang lain
maruah keluarga.

16
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 3
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN MASYARAKAT
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

3.1 Tanggungjawab Kesejahteraan tempat tinggal identiti


terhadap Masyarakat masyarakat

Kesanggupan memikul Kesejahteraan tempat tinggal tanggungjawab Melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat i. Menyenaraikan program yang dijalankan oleh
serta melaksanakan bersama setempat masyarakat setempat
tugas dan kewajipan • Penglibatan dalam aktiviti setempat
dengan sempurna - Rukun tetangga ii. Bercerita tentang aktiviti masyarakat setempat
sebagai anggota - Pengebumian
masyarakat. - Kenduri / majlis sosial iii. Ceramah keselamatan
- Kerja amal - Polis
- Wakil Rukun Tetangga
- Bomba dan Penyelamat

3.2 Toleransi dalam Toleransi asas persefahaman


Masyarakat

Kesanggupan bertolak Toleransi menjamin kelancaran aktiviti Bertolak ansur semasa melaksanakan i. Menyenaraikan tugasan dalam aktiviti gotong-
ansur, sabar dan kemasyarakatan kerja-kerja kemasyarakatan royong
mengawal diri bagi • Kepentingan bersikap toleransi dalam
mengelakkan berlakunya menjalankan aktiviti kemasyarakatan ii. Membincangkan cara hidup masyarakat masa
pertelingkahan dan hadapan jika tiada amalan bertolak ansur dalam
perselisihan faham demi kerja-kerja berkumpulan
kesejahteraan hidup.

18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

3.3 Semangat Sukan memupuk semangat kekitaan


Bermasyarakat

Kesediaan melakukan Aktiviti sukan dijayakan bersama Mengambil bahagian dalam pelbagai i. Menyenaraikan acara-acara sukaneka
sesuatu dengan • Penglibatan dalam pelbagai aktiviti aktiviti sukan di kawasan setempat
semangat kekitaan untuk sukan di kawasan setempat ii. Mengadakan acara sukaneka
kepentingan bersama - Sukaneka
demi keharmonian hidup - Permainan
bermasyarakat. - Jogathon

3.4 Peka terhadap Isu-isu Amalan sihat, masyarakat sejahtera,


Sosial negara makmur

Bertanggungjawab dan Aktiviti berfaedah dijayakan bersama, Melibatkan diri dalam aktiviti yang i. Klip video yang memaparkan isu-isu sosial
prihatin terhadap kegiatan tidak berfaedah dihindari jua berfaedah dan menghindari kegiatan
masalah dan isu semasa • Kepentingan melibatkan diri dalam tidak berfaedah ii. Pertandingan melukis poster bertemakan isu-isu
yang berlaku dalam aktiviti berfaedah sosial
masyarakat dan • Kepentingan mengelakkan diri daripada
berusaha terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah iii. Menulis karangan yang bertajuk “Membuang
menyelesaikannya. Masa Itu Amalan Yang Tidak Sihat”

19
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 4
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN ALAM SEKITAR
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

4.1 Kebersihan dan Keceriaan persekitaran melalui


Keindahan Persekitaran permuafakatan

Pemeliharaan dan Kebersihan dan keindahan persekitaran Turut serta dalam aktiviti membersih dan i. Sumbang saran tentang aktiviti kebersihan dan
pemuliharaan setempat tanggungjawab bersama mengindah kawasan setempat keceriaan di kawasan setempat
persekitaran agar • Penglibatan dalam aktiviti kebersihan dan
sentiasa bersih dan ceria keceriaan di kawasan setempat ii. Bercerita tentang aktiviti kebersihan dan
demi kesejahteraan keceriaan yang disertai di kawasan setempat
hidup.

4.2 Menyayangi Alam Mesra alam menjadi gaya hidup


Sekitar

Mencintai dan Gaya hidup mesra alam menjamin Melibatkan diri dalam aktiviti mesra alam i. Membuat buku skrap bertemakan mesra alam
menghargai alam sekitar pemeliharaan persekitaran untuk memelihara persekitaran
demi mengekalkan • Penglibatan dalam aktiviti pemeliharaan ii. Menganjurkan kem alam sekitar
keharmonian hidup. persekitaran melalui gaya hidup mesra
alam iii. Kerja projek
- Penggunaan basikal - Membuat herbarium
- Penggunaan panel solar
- Penggunaan kenderaan awam /
berkongsi kereta
- Penanaman pokok

21
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

4.3 Peka terhadap Isu Alam Alam sekitar berkualiti masyarakat


Sekitar sejahtera

Prihatin terhadap Sikap bertanggungjawab menjamin kualiti Tidak melibatkan diri dalam kegiatan i. Membincangkan kesan dan akibat bencana alam
persoalan yang berkaitan alam sekitar yang boleh mencemar dan di dalam dan luar negara
dengan alam sekitar dan • Prihatin terhadap masalah alam sekitar memusnahkan alam sekitar
berusaha - Pencemaran akibat tindakan ii. Membuat lawatan ke tempat yang tercemar dan
menyelesaikannya. manusia membuat laporan
- Pencemaran akibat faktor
semulajadi

22
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 5
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN NEGARA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

5.1 Hormat dan Setia Raja sebagai payung negara


kepada Pemimpin, Raja
dan Negara

Hormat dan kepatuhan Institusi raja kemegahan kita Mengenali dan menghormati institusi raja i. Mengumpul maklumat tentang sejarah Kesultanan
yang berkekalan kepada • Kenali dan hormati institusi raja Melayu
pemimpin dan raja serta - Sejarah Kesultanan
setia kepada negara. - Raja Berpelembagaan ii. Membuat buku skrap tentang salasilah Yang Di
- Majlis Raja-Raja Pertuan Agong hingga sekarang

iii. Membuat peta minda tentang peranan dan fungsi


raja

5.2 Patuh kepada Peraturan dan undang-undang dalam


Peraturan dan Undang- komuniti menjamin kesejahteraan hidup
undang

Menerima dan mematuhi Undang-undang menjamin kesejahteraan Menerima peraturan dan undang- i. Menyediakan senarai semak peraturan yang
peraturan dan undang- masyarakat undang yang telah ditetapkan oleh dipatuhi
undang yang • Peraturan hidup bermasyarakat masyarakat setempat
dikuatkuasakan sebagai dipatuhi ii. Melukis poster dengan ungkapan yang berhemah
amalan hidup. - Hidup berjiran untuk menggalakkan orang mematuhi peraturan
- Penglibatan dalam membanteras Contoh : Terima kasih kerana tidak merokok
kegiatan salah laku

24
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 4
TAHUN
PENDIDIKAN MORAL

KANDUNGAN HASIL CADANGAN AKTIVITI


NILAI
AKADEMIK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

5.3 Cinta akan Negara Malaysia boleh

Perasaan sayang dan Imej negara yang positif di mata dunia Melakukan sesuatu dengan penuh i. Mengumpul maklumat tentang kejayaan Malaysia
bangga kepada negara kebanggaan kita semangat untuk mencapai kejayaan dan dalam pelbagai bidang
serta meletakkan • Penglibatan diri dalam mengangkat dan mengharumkan nama negara dalam
kepentingan negara menaikkan imej negara pelbagai bidang yang diceburi ii. Menulis karangan pendek bertajuk “Cita-Cita Saya
melebihi kepentingan diri. - Aktiviti kokurikulum Untuk Negara”
- Aktiviti akademik

5.4 Keamanan dan Hidup muafakat masyarakat sejahtera


Keharmonian

Kedamaian dan Saling membantu sesama anggota Melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan i. Bercerita tentang aktiviti kebajikan yang diadakan
perpaduan yang masyarakat menjamin keharmonian hidup masyarakat setempat di kawasan tempat tinggal masing-masing
berkekalan dan bermasyarakat
berterusan di kalangan • Penyertaan dalam aktiviti kebajikan ii. Main peranan : mesyuarat membincangkan cara
rakyat Malaysia serta masyarakat setempat menjalankan kutipan derma untuk membantu
masyarakat global. - Gotong-royong di kawasan tempat pesakit kronik
ibadat
- Kutipan derma untuk membantu
individu yang menghidap penyakit
( pesakit jantung atau barah)

25

You might also like