P. 1
Moral - Tahun 5

Moral - Tahun 5

4.83

|Views: 5,179|Likes:
Published by Sekolah Portal
Moral - Tahun 5
Moral - Tahun 5

More info:

Published by: Sekolah Portal on Nov 15, 2007
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR

KANDUNGAN
RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN v vii ix 1 3 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara 19 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar 15

17

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL

6

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

8

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

13

i

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR

KATA PENGANTAR

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kese suaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

iv

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL PENDAHULUAN
Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik Pendidikan murid supaya menjadi insan yang bermoral atau Moral berakhlak mulia dengan menekankan perkembangan

KBSR

menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah : bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain. berpegang teguh pada ajaran agama. prihatin kepada alam sekitar. mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. bersemangat patriotik.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Lima Bidang Pembelajaran

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilainilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut. 1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga 3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat 4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar 5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

1

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL
Rangka Konsepsi

KBSR

Pengajaran nilai harus berfokus pada model insan menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid supaya memahami nilainilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk menjadikan se seorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut.

PEMIKIRAN MO RAL

PERASAAN MO RAL INSAN BERAKHLAK MULIA

KESEDARAN HATI NURANI

TINDAKAN MO RAL

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

2

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Matlamat Pendidikan Moral

KBSR

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan ke stabilan negara serta masyarakat global.

Tujuan

Objektif Pendidikan Moral

Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. meningkatkan amalan budi pekerti mulia. menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Format Empat Lajur

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan dalam membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan.

Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan

ii. iii.

akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid. Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Laj ur Nilai 1 2 3 4

iv.

Laj ur Kandungan Akademik Laj ur Hasil Pembelajaran

Laj ur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran

3

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR
1 2 3 4 5 6 7 8 Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula dengan tema pengaj aran
7
6

diikuti oleh taj uk
8

dan huraian taj uk pengajaran

yang disertakan dengan contoh di mana yang perlu bagi memudahkan pengajaran. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesanke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat pendidikan moral.
Lajur Hasil Pembelajaran

Lajur Nilai

Dalam lajur ini dimuatkan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. penerangannya Pelajaran
5

Setiap nilai disertakan

yang dipetik daripada Sukatan Bersepadu

Pendidikan Moral Kurikulum

Sekolah Rendah (Semakan).

Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang Kandungan diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap Akademik kematangan murid bermula dari diri, keluarga,

masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.

Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelaj aran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan.

4

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

KBSR

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diaj ar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Penerangan nilai

:

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Kepercayaan asas pegangan agama Taj uk pengaj aran : Kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia Huraian taj uk pengajaran : Ketahui dan hormati amalan dan larangan agama pelbagai penganut LAJUR HASIL PEMB ELAJARAN i. Menghormati amalan dan larangan agama pelbagai penganut Menjauhi daripada memperkecil amalan dan larangan penganut lain

Contoh Persembahan Lajur

TAHUN 5 BIDANG PEMBELAJARAN 1: LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

ii.

LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i. ii. Menyenarai amalan dan larangan masing-masing dan orang lain Lakonan Upacara perkahwinan agama

5

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR
menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kemahiran Pemikiran Kreatif

PEMUPUKAN KEMAHIRAN M ENERUSI PENDIDIKAN M ORAL
Kemahiran Utama

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan menggalakkan perkembangan moral mereka.

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan kepada nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

6

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSR

Kemahiran Teknologi Maklumat

Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberi ke sempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CDRom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari lamanlaman web yang berunsur negatif.

sosial memberi penekanan kepada Kemahiran Kemahiran Sosial kebolehan sosial untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu oleh masyarakat bermanfaat kepada so sial ini boleh pengajaran. situasi sosial yang boleh diterima dan pada masa yang sama diri dan orang lain. Kemahiran diajar dalam pelbagai kaedah

7

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN D ENGAN PERKEMBANGAN D IRI NILAI 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wuju dnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berla ndaskan pegangan agama masing-masin g selaras dengan prinsip Rukun Negara. KANDUNGAN AKADEMIK Kepercayaan asas pegangan agama Kepercayaan pelb agai kaum di Malaysia Ketahui dan hormati amalan dan larangan agama pelbagai penganut i. Menghormati amalan dan larangan agama pelbagai penganut ii. Menjauhi daripada memperkecil amalan dan larangan penganut lain i. Menyenaraikan amalan dan larangan agama masing-masing dan orang la in ii. Lakonan - Upacara perkahwinan HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2

Kebersihan Fizikal dan Mental Kebersih an dan kesihatan diri serta pemikiran yang sih at dan positif dala m setiap perla kuan.

Tingkah laku yang mulia mencerminkan mental yang bersih Kebersih an pemikiran menjamin perlakuan yang positif Pemikiran dan tindakan yang positif - Pemilihan bahan bacaan/dari internet yang sesuai Berfikir dan bertin dak positif i. Mengumpul bahan yang sesuai dari inte rnet ii. Syarahan bertemakan ‘Tin gkah laku yang baik lahir dari hati yang bersih’

8

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL KANDUNGAN AKADEMIK Keberanian membentuk harga diri Berani menegakkan kebenaran Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata Tampil untuk menyuarakan sesuatu kebenaran dengan bukti yang kukuh demi maruah diri HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TAHUN

5

NILAI 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu me mulia dan menjaga maruah diri dalam kehid upan.

i. Perbincangan mengenai tayangan video yang bertema ‘Menegakkan kebenaran’ ii. Simulasi - Penyelesaian satu kes kecurian di sekolah demi mempertahankan maruah diri

1.4

Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dala m melakukan sesuatu perkara.

Semangat dedikasi asas kemajuan Kesanggupan berkorban menja min kejayaan Kesanggupan dan kerela an berkorban demi kemajuan dan faedah bersama - Masa - Tenaga - Kewangan Sanggup berkorban ketika melaksanakan sesuatu tugas untuk faedah bersama i. Projek - Membaik pulih kerosakan kecil perabot sekolah/berkebun/mengutip derma untuk tabung kebajikan ii. Menyediakan la poran ringkas berkaitan projek yang dilaksanakan

9

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Hemah tinggi mencerminkan budi pekerti yang mulia Kesopanan dala m pelbagai situasi Amalan bersopan dala m pelbagai majlis dan upacara - Majlis perkahwinan - Upacara keagamaan - Upacara pengkebumian Bersopan dalam pelbagai majlis dan upacara i. Melakonkan situasi yang menunjukkan perla kuan bersopan dalam majlis perkahwinan/upacara keagamaan ii. Menghasilkan dialo g bersopan semasa majlis perkahwin an/upacara keagamaan/p engkebumian

1.6

Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendala m serta berkekala n yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Sayang akan diri demi kehidupan yang sejahtera Amalan yang baik asas gaya hid up sihat Sedar akib at penyalahgunaan dadah - Jangkitan HIV/AIDS - Sampah masyarakat Tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah Menyayangi diri sendiri dengan menjauhkan diri darip ada penyalahgunaan dadah i. Mengumpul maklumat tentang akibat penyalahgunaan dadah seperti ja ngkitan HIV/AIDS ii. Mengumpul gambar individ u yang menderita akibat terlibat dalam penyala hgunaan dadah

10

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL KANDUNGAN AKADEMIK Kesederhanaan mencerminkan keluhuran budi Kesederhanaan berpakaia n mencerminkan perib adi seseorang Sederhana dalam memilih pakaian mengikut masa dan tempat - Pakaian rasmi (formal) - Pakaian biasa (tid ak formal) i. Berpakaian mengikut situasi dan tidak keterla luan ii. Bersederhana dan tidak keterlalu an dalam berpakaian HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TAHUN

5

NILAI 1.7 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perla kuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 1.8 Kejujuran Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perla kuan.

i. Menghasilkan buku skrap mengenai - Pakaian tradisi rakyat Malaysia - Pakaian yang digemari oleh generasi muda - Pakaian rasmi ii. Memberi kritikan/komen tentang fesyen pakaian berpandukan klip video/majalah

Jujur sebagai kunci hidup yang harmoni Sikap yang ikhlas mengukuh hubungan Sikap ikhlas dalam perhubungan dengan anggota masyarakat - Rakan - Jiran - Pemi mpin Bersikap ikhlas dalam perhubungan dengan anggota masyarakat i. Menghasilkan cerita tenta ng orang yang ikhlas ii. Menghasilkan dialo g tentang sikap ikhlas antara dua orang rakan/jiran

11

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 1.9 Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang la in dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhla s.

Berbakti amalan mulia Sumbangan dib eri secara ikhlas demi kebaikan Kepentin gan dan cara memberi bantuan - Sekolah - Masyarakat - Negara Sedia memberi bantuan kepada pelbagai pih ak demi kebaikan semua i. Menganjurkan tabung kebajikan dan derma kilat ii. Menyertai program ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ iii. Menyediakan satu diari/buku skrap mengenai kisah amalan nila i baik hati

1.10 Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafa n dan penghargaan terhadap sesuatu ja sa, sumbangan atau pemberia n.

Jasa dan bakti masyarakat dikenang Sumbangan individu dala m semua bidang dikenang Penghargaan terhadap tokoh-tokoh dan anggota masyarakat yang berjasa Menghargai tokoh-tokoh dan anggota masyarakat yang berjasa i. Bercerita tentang tokoh dan anggota masyarakat yang berja sa ii. Mengumpul maklumat tentang tokoh yang berja sa

12

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN D IRI DAN KELUAR GA NILAI 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekala n terhadap keluarga demi melahirkan keluarga bahagia . KANDUNGAN AKADEMIK Kasih sayang melahirkan keluarga bahagia Kasih sayang mengeratkan hubungan kekeluargaan Amalan saling menghargai dan tidak pilih kasih terhadap anggota keluarga Menghargai dan memberi kasih sayang yang sama rata terhadap anggota keluarga HASIL PEMBELAJARAN

TAHUN

5

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Melakonkan cara bersikap adil semasa berhubung dengan anggota kelu arga ii. Perbincangan/sumbang saran - ‘Kesan bersikap tidak adil dala m memberi kasih sayang terhadap anggota keluarga’

2.2

Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berin teraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Kemesraan mengukuh keharmonian keluarga Hubungan kelu arga yang rapat menjalin kemesraan Usaha mengekalkan hubungan kekeluargaan - Ziarah-menzia rahi - Meraikan hari istimewa/majlis kekeluargaan Berhubung erat dengan anggota keluarga i. Simulasi - Hari kelu arga - Hari perayaan ii. Menghasilkan kad ucapan

13

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan ole h setia p individ u terhadap keluarga untuk melahirkan kelu arga bahagia , meningkatkan imej dan menjaga maruah kelu arga.

Keluarga bermaruah keluarga sejahtera Maruah kelu arga tanggungja wab bersama anggotanya Tanggungja wab memelihara maruah keluarga - Usaha menin gkatkan pengetahuan dan kemahiran - Tidak terlib at dalam perla kuan yang tidak sihat Bertanggungja wab memelihara maruah keluarga i. Membuat perbin cangan dan menghasilkan peta minda tentang `Cara-cara Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Sebagai Anggota Keluarga’ ii. Menulis karangan yang bertaju k `Menjaga Nama Baik Keluarga Tanggungjawab Semua’

14

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI 3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT KANDUNGAN AKADEMIK Masyarakat bertanggungjawab negara sejahtera Kesejahteraan masyarakat tanggungja wab bersama Sikap tanggungja wab bersama menjaga ketenteraman dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat - Tempat tinggal - Sekolah Bertanggungja wab menjaga ketenteraman dan keseja hteraan hid up dalam masyarakat HASIL PEMBELAJARAN

TAHUN

5

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Sumbang saran tenta ng cara menja ga ketenteraman di tempat tinggal dan di sekola h ii. Bercerita tentang ketenteraman di kawasan tempat tinggal

3.2

Toleransi dalam Masyarakat Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengela kkan berla kunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Toleransi mengukuhkan keharmonian masyarakat Toleransi memupuk ketenangan Patuhi keputusan ramai Amalan bertole ransi semasa situasi tegang - Mesyuarat - Perbincangan i. Mematuhi keputusan ramai ii. Bersikap tole ransi dan tenang semasa situasi tegang i. Penyelesaian masalah - Simulasi cara pengendalia n mesyuarat dalam suasana yang harmoni ii. Sumbang saran tenta ng kepentingan bersikap toleransi semasa situasi tegang

15

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 3.3 Semangat Bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat.

Kemudahan awam terjaga masyarakat sejahtera Kemudahan awam diguna bersama Amalan menggunakan kemudahan awam dengan baik Hindari vandalisme i. Menjaga dan menggunakan kemudahan awam dengan baik ii. Tidak melakukan vandalisme i. Menunju k cara menggunakan kemudahan awam - Telefon awam - Tandas awam ii. Perbincangan tentang kesan vandalisme

3.4

Peka terhadap Isu Sosial Bertanggungja wab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berla ku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya.

Masyarakat penyayang budaya kita Isu masyarakat isu bersama Prihatin terhadap mereka yang mengala mi kecelakaan - Banjir - Kebakaran - Tanah runtuh - Kemalangan Prihatin dan sedia memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan i. Kutipan derma untuk mangsa banjir/kebakaran/ tanah runtu h/kemalangan ii. Melukis poster

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NIL AI BERKAITAN DEN GAN DIR I DAN ALAM SEKITAR

16

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL KANDUNGAN AKADEMIK Persekitaran bersih hidup sihat Kualiti kebersihan persekitaran tanggungjawab kita Usaha menin gkatkan kualiti kebersihan berhampiran tempat tinggal - Pelupusan sampah sarap - Penghapusan bahan-bahan yang menjadi punca air bertakung - Tiada pembakaran terbuka Menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal HASIL PEMBELAJARAN

TAHUN

5

NILAI 4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup.

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Bercerita tentang cara menja ga kebersihan di kawasan tempat tinggal ii. Menghasilkan esei tenta ng akibat tidak menjaga kebersihan di kawasan berhampiran tempat tinggal

4.2

Menyayangi Alam Sekitar Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup.

Sumber alam sumber berharga Sumber alam digunakan sebaik mungkin Amalan bersederhana dala m penggunaan sumber-sumber alam yang bernilai - Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar semula sisa - Penjimatan penggunaan air dan bahan bakar i. Bersederhana dala m menggunakan sumber-sumber alam yang bernila i ii. Mengela k darip ada melakukan pembaziran dalam penggunaan sumber alam i. Menyanyi lagu ‘Recycle ’/Kitar Semula ii. Mengitar semula kertas untu k menghasilkan bahan baru iii. Menggunakan semula bahan terbuang seperti tin, botol dan kotak untuk pelbagai kegunaan/b ahan kraf tangan

17

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoala n yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya.

Pengurusan alam terancang hidup sejahtera Kebijaksanaan dalam menjaga ala m sekitar boleh mengelakkan dari berlakunya pencemaran alam sekitar Penjagaan ala m sekitar secara bijaksana dengan mengelakkan kesan pencemaran - Jerebu - Kesan rumah hijau - Penipisan lapisan ozon - Hujan asid Melibatkan diri dalam usaha-usaha yang boleh mengelakkan pencemaran ala m sekitar i. Mendapatkan maklumat terkini tentang pencemaran alam sekitar menerusi internet atau media lain ii. Perbincangan secara berkumpulan tentang keburukan pencemaran ala m sekitar dan cara mengatasin ya

18

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NIL AI BERKAITAN DEN GAN DIR I DAN N EGARA NILAI 5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia kepada negara. KANDUNGAN AKADEMIK Setia kepada pemimpin negara makmur HASIL PEMBELAJARAN

TAHUN

5

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Barisan pemimpin kebanggaan kita Kenali dan hormati Perdana Menteri dan Menteri di Malaysia - Sumbangan Perdana Menteri dan Menteri kepada negara (dari dahulu hingga sekarang)

Mengenali dan menghormati barisan pemimpin negara

i. Perbincangan carta organisasi kabinet keraja an Malaysia ii. Membuat folio Perdana Menteri - Bapa Kemerdekaan - Bapa Pembangunan - Bapa Perpaduan - Bapa Pemodenan

5.2

Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hid up.

Peraturan dan undang-undang menjamin kesejahteraan negara Penguatkuasaan undang-undang iala h peranan semua pih ak Peranan pelbagai agensi keraja an dalam mengekalkan keamanan negara - Polis - Tentera - Bomba i. Bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam usaha penguatkuasaan undang-undang ii. Mematuhi peraturan dan undangundang negara i. Membincangkan akib at mengabaikan undangundang ii. Buku skrap tentang kes-kes yang dikendalikan oleh pihak polis, tentera dan bomba

19

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

TAHUN

5
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

NILAI 5.3 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Rakyat maju negara makmur Kemajuan negara kebanggaan rakyat Bangga dengan kemajuan negara - Menara Berkembar Petronas - Projek Kenderaan Nasional - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Berbangga dengan kemaju an yang telah dicapai ole h negara i. Mengumpul gambar dan maklumat tentang kemajuan dan kejayaan Malaysia ii. Membuat lawatan ke tempat-tempat yang menjadi kebanggaan Malaysia

5.4

Keamanan dan Keharmonian Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kala ngan rakyat Malaysia serta masyarakat global.

Masyarakat penyayang asas keharmonian hidup Aktiviti kesukarelaan mencerminkan masyarakat prih atin Usaha melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan di sekola h dan kawasan setempat Melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan di sekola h dan kawasan setempat demi keharmonian masyarakat Lawata n ke Rumah Anak Yatim atau Rumah Orang Tua dan menulis la poran

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->