1

INPUT
i. ii. iii. iv. v. vi. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); Faktor-faktor pembentukan FPK; Elemen-elemen dalam FPK; Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK; Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan Rumusan/cadangan.

Rukun Negara. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). rohani. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara.0 PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut : . iaitu. berketerampilan. masyarakat dan negara. 1. Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu. berakhlak mulia.

dan rohani. educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. 1946). iaitu. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar. dan tingkah laku. . iaitu. sistematik. etimologi (bahasa). Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru. pendidikan dan kebangsaan. terminologi (istilah) dan praktikal. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama. philos dan Sophia. kemanisan dan kepahitan”. rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik. jasmani. E. iaitu falsafah. iaitu teologi dan sains (Russel. akhlak. Definisi pemajmukan leksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Kesimpulannya. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua perkataan Yunani.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 2. dan diterima umum. hati.3 2.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah. 1982). “. aksiologi (teori nilai). pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia. malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan .. barisan sintaksis “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah.ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi. epistomologi (teori ilmu) dan logik. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.”. dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah).2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK menggariskan kesemua leksikon. Misalnya... Misalnya.”.4 “Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal. Kedua. jelas dan logik. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. 2.. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia... yakni metafizik/ontologi (teori kejadian). dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya.

“. asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. .”. direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. FPK menentukan arah haluan.. berketerampilan. FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.. ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum. para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. berakhlak mulia. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada. Keempat.. masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. Misalnya.bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.. . FPK menjadi rujukan para guru.5 pendidikan berdasarkan keperluan individu. Ketiga. iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita.

3.”.mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. 3. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung .0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 3.1 Pengenalan Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk bangsanya. Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di kemudian hari. Deretan kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. sosial. 3. Terminologi syumul berkenaan keenamenam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut. rohani. iaitu agama... ekonomi. individu dan sejagat. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK.2 Faktor sosial Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta kebudayaannya..2.1 Faktor agama Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.. politik. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.6 3. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor.2.

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. bekerjasama. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara. ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara. hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil.2. sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.. iaitu “.2. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan. ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan.. 3. Maka. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I (jasmani. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. iaitu “. perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri..7 kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi. Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi. 3. emosi. rohani dan intelek).2.3 Faktor politik Ketiga. 3.. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat pertama FPK .4 Faktor ekonomi Keempat. ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan individual seperti keselamatan.5 Faktor individu Kelima.

.” Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arah pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para pendidik dan sebagainya. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi sedunia.8 3. program pendemokrasian pendidikan.6 Faktor sejagat Keenam.. pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.. perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.2. Misalnya.

a. iaitu. aksiologi. potensi dan kebolehan 2 metafizik perkembangan individu potensi 3 metafizik perkembangan individu . Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu.9 4.1 Pengenalan Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. iaitu Rukun Negara. a. kemahiran dan nilai murni. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat. potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat. b. b.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah : Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah Bil. FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang dipandang serius. metafizik. Bakat.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 4. 4. DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat cabang falsafah pendidikan. epistomologi dan logik. potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil. 1 Cabang Elemen-elemen Falsafah epistomologi pendidikan suatu berterusan Implikasi usaha a.

Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek. b. aksiologi kepercayaan dan kepatuhan a. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). epistomologi insan yang seimbang dan a. manipulatif dan sosial. Mempunyai emosi yang matang dan stabil. metafizik unsur intelek a. c. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul.10 tidak boleh dikembangkan secara berasingan. sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. b. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. b. b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal. Keimbangan antara keempatharmonis empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. b. logik unsur jasmani a. aksiologi unsur emosi a. b. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. b. Mengamalkan segala ajaran secara menyeluruh bersepadu dan 4 5 6 7 8 9 . Menyedari bahawa hukum dan kepada Tuhan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. iaitu J-E-R-I. epistomologi unsur rohani a.

13 logik rakyat Malaysia bertanggungjawab yang a. Berusaha memupuk perpaduan rakyat bermediumkan sifat toleransi. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. kekitaan. Berdaya tahan fizikal dan mental yang mantap. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. kemakmuran keluarga. memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara b. bersih dan cekap. Berkebolehan mengharungi likuliku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa. rakyat Malaysia yang dapat a. Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Menjalankan tugas dengan amanah. profesion agama. Boleh dipercayai. c. Berusaha untuk meningkatkan diri. masyarakat. bangsa dan negara. Berpandangan jauh dan berinisiatif. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri b. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. c. hormat-menghormati dan sebagainya. b. b. berkeupayaan kesejahteraan diri mencapai a. pengetahuan b. c. Mempertahankan maruah diri. 14 aksiologi rakyat Malaysia yang a. masyarakat dan negara . b. Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.11 agama yang dianuti. bangsa dan negara. 10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu a. Cintai ilmu pengetahuan. 15 logik 16 logik 17 logik sumbangan terhadap a. keharmonian dan b. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Bersemangat patriotik. bertimbang rasa. agama. b. Memupuk pembawaan diri yang baik. 12 aksiologi rakyat Malaysia berakhlak mulia yang a. Mempunyai perwatakan diri yang baik. keluarga. 11 logik rakyat Malaysia berketerampilan yang a.

0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah. pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana FPK. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak. pengurusan prasarana – kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan. Sekolah bertindak sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal tiba suatu hari nanti. Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru. 5. Tambahan lagi. yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi. sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan. para guru.12 Deduktifnya. pendidikan ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara. penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan ”sekolah”. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. .

6. pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia. semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. . FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini. Ini memerulan penghayatan. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. pemerhatian menerusi senarai semak. kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya.1 Pengenalan FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Umumnya. manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. umpamanya kurikulum. Maka.13 Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 6. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan. dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.

gemilang dan terbilang. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang. perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Kedua. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah? . Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.14 Pertama. Ketiga. perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Namun. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

0 RUMUSAN Kolektifnya. Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.15 7. pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. . perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. Maka. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.