You are on page 1of 49

LAPORAN MINGGU ORIENTASI

GURU BARU
(TARIKH MINGGU ORIENTASI: 16 – 23 OGOS 2010)

SEKOLAH:
SJK(C) MIN NAM
KUALA TERIANG, 07100
LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-953 1887 / 04-953 1885
FAX: 04-953 1886
PENGHARGAAN

Laporan ini telah dibuat seperti mana yang diarahkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah. Laporan ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh
2 sehingga 3 minggu. Laporan ini telah melibatkan banyak pihak terutamanya
pihak-pihak yang membantu dalam pengumpulan maklumat dan pemberian
taklimat. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Pn. Tee Bee Ee selaku Guru Besar SJK (C) Min Nam yang
telah memberi bantuan yang banyak semasa saya dalam proses menyiapkan
laporan ini.

Selain itu, saya ucapkan terima kasih kepada En. Ong Pang Shen
selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang telah memberikan maklumat dan
nasihat tentang pengurusan kurikulum. Tidak lupa juga Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, En. Goh Yu Rick dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Ong
Pang Lic. Mereka telah membantu dalam memberi maklumat tentang
pengurusan hal ehwal murid dan juga pengurusan ko-kurikulum.

Guru-guru yang membantu saya dalam menyiapkan laporan ini juga


saya ucapkan terima kasih. Tanpa kerjasama mereka, saya tidak akan dapat
menyiapkan laporan ini.
PENGENALAN

Laporan Minggu Orientasi guru baru merupakan laporan yang harus


disempurnakan oleh setiap guru baru. Oleh kerana guru baru merupakan
guru yang pertama kali ditempatkan untuk bertugas, maka adalah perlunya
mengadakan minggu orientasi guru baru supaya guru baru dapat mengetahui
segala selok-belok sekolah penempatan itu. Laporan adalah tindakan sejajar
dengan penempatan guru baru. Melalui pengumpulan maklumat dan
menyiapkan laporan, guru baru dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam
keadaan pekerjaan yang baru.

Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian, setiap bahagian ada


fungsinya tersendiri. Dengan ini, guru baru dapat memahami bidang dan
fungsi setiap bahagian, seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan baik.
BIODATA GURU
Nama Sekolah Semasa SJK(C) Min Nam
Alamat Sekolah Kuala Teriang, 07100, Langkawi, Kedah Darul

Aman.
No. Telefon Sekolah 04-953 1887 / 04-953 1885
No Faks Sekolah 04- 953 1886
Nama Guru CHEONG FUENG LUAN
No. Kad Pengenalan 840227-02-5088
Alamat Rumah Block C2-4, Flat Simpang Kuala, 05400 Alor Star,

Kedah.
Alamat Menginap SJK (C) Min Nam

Kuala Teriang, 07100, Langkawi, Kedah Darul

Aman.
No. Telefon (hp) 012-447 6927
Kaum Cina
Jantina Perempuan
Agama Buddha
Status Perkahwinan Bujang
Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama):

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Kelayakan-kelayakan lain Diploma Pendidikan Malaysia:

IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,

Kedah.

KATA ALU-ALUAN

Laporan ini mengandungi beberapa bahagian, iaitu profil sekolah,


pengurusan dan pentadbiran, fizikal dan prasarana sekolah,pencapaian
sekolah, penilaian guru dan lampiran.

Setiap bahagian akan dibahagikan secara jelas mengikut kandungan


masing-masing.
BAHAGIAN 1:
PROFIL SEKOLAH

PERKEMBANGAN SEJARAH SJK (C) MIN NAM

Dengan lokasinya yang terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, SJK (C)
Min Nam merupakan sebuah sekolah rendah yang telah mengharungi
pelbagai dugaan dalam sejarahnya yang sekian lama. Bermula pada tahun
1924, masyarakat setempat yang menyedari kepentingan untuk mempunyai
sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsanya telah sebulat suara
merancang dan berusaha sehingga tertubuhnya sekolah terawal pada tahun
1926.
Sekolah terawal ini merupakan sebuah rumah atap yang terletak di
Pekan Lama, Padang Matsirat. Bangunan ini disewa bersama oleh
masyarakat Cina. Sejajar dengan itu seorang guru, Cikgu Wei Siau Sing telah
diupah. Beliau telah memikul tanggungjawab mendidik seramai lebih 20 orang
murid. Status sekolah pada ketika itu ialah sekolah swasta. Nama sekolah
yang digunakan hingga sekarang juga ilham Cikgu Wei. Pengerusi Lembaga
Pengurus yang pertama ialah En. Zhuang Da Shu. Pihak lembaga pengurus
bukan sekadar mengurus dan berperanan sebagai penasihat, malah
memainkan peranan mengutip yuran bulanan untuk membiayai gaji guru dan
perbelanjaan sekolah.

Malang tidak berbau, bangunan sekolah ini telah hangus dijilat api
pada tahun 1948. Pihak lembaga sekolah terpaksa menyewa sebuah rumah
lain di Pekan Baru, Padang Matsirat untuk meneruskan tugas mulia ini. Guru
ketika itu ialah Cikgu Chen Tian Chong, diikuti dengan Cikgu Chew Jiang
San. Sekolah ini juga telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada
kerajaan Taiwan, namun status di Tanah Melayu masih kekal sebagai
sekolah swasta.

Berikutan daripada rumah yang disewa tidak dapat menampung


bilangan murid yang semakin bertambah, satu cadangan membina bangunan
sekolah telah diusulkan. Kutipan derma dijalankan dengan kaedah berikut,
setiap pembelian sebakul ikan atau sebungkus isi kelapa akan didermakan
seringgit kepada pihak sekolah. Kutipan derma ini telah
dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Hai Huat. Memandangkan
pertempatan masyarakat Cina banyak bertumpu di sekitar Kuala Teriang
sebagai pelaut, maka sebuah bangunan yang mempunyai 2 bilik darjah telah
dibina di Kuala Teriang pada tahun 1967. Ketika itu sekolah telah mempunyai
Guru Besar. Pada masa yang sama, sekolah ini telah mendapat bantuan
modal daripada kerajaan tempatan. Oleh kerana bantuan modal daripada
kerajaan tempatan masih tidak mencukupi, kutipan yuran diteruskan.
Pengerusi Lembaga Pengurus ketika itu ialah Encik Wang Jing Liang diikuti
dengan Encik Kuang Hua Sin (1927-1975), Encik Wang Jing Qing (1975- ),
Encik Zhuang Loo Yun (1980-1994) dan Encik Law Chang Loong (1994-
2000), Puan Lao Poh Ying (2001-2002), Encik Tan Bao Yu (2002-2003), dan
Encik Lim Hong Soon (2004- ).

Pada tahun 1967, dengan kesedaran tentang kelemahan bangunan


sekolah yang dibina atas tapak persendirian yang disewa, maka satu
perbincangan dengan tuan tanah Encik Khor Tian Song telah diadakan.
Berkat murah hati Encik Khor tapak sekolah ini telah dibeli dengan harga
yang murah iaitu RM 1900. Kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar
perbelanjaan membina bangunan baru sekolah ini. Menteri Pendidikan pada
ketika itu ialah YB Dato’ Johari. Beliau telah benyak memberi bantuan dalam
hal ini.

Pada tahun 1968, sekolah baru mulai digunakan. Ramai Guru Besar
yang telah mentadbir sekolah ini, antaranya ialah En. Wang Nu tan, En. Chen
Xin Yao, En. Wang Zheng Fu, En. Liang Sau Hua, En. Ch’ng Beng Yik (
-1993), En. Lai Heng Hwa (1996-1997), Cik Ng Dee Ing (1997), En. Lee
Chien Sang (1998-1999), En. Teo Ah Choo (1999-2004), En. Chee Ya Yuan
(2004-2007), En. Chia Shao Fei (2007-2008) dan Puan Tee Bee Ee ( Jan
2009- Sept 2010).

Memandangkan ramai guru berasal dari luar Pulau Langkawi dan tidak
mempunyai tempat penginapan, Guru Besar Ch’ng Beng Yik telah
mengusulkan satu cadangan mengadakan larian amal mengelilingi Pulau
Langkawi mengutip derma bagi membina quartes guru. Quartes guru yang
terdiri daripada 2 pintu rumah telah siap dibina pada tahun 1994.
Pada tahun 1995, sebuah bilik Sains dan bilik setor telah didirikan atas
usaha dan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1998, memandangkan bangunan lama tidak mencukupi


untuk menampung penambahan bilangan murid, maka pihak lembaga
sekolah mencadangkan memperluaskan bangunan sekolah. Kutipan derma
dijalankan bagi membina bangunan baru yang mempunyai 3 bilik darjah yang
standard dan sebuah pentas. Namun, projek ini tergendala selama 1 tahun
kerana modal yang tidak mencukupi. Akhirnya, atas bantuan YB Dato’ Abu
Bakar Taib, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 30 ribu, dan projek
ini dapat diteruskan dan siap pada 18 Januari 2000.

Dalam pada itu, bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat Langkawi juga
besar ertinya buat sekolah ini. Keprihatinan JPN Kedah dan PPD Langkawi
dengan meluluskan bantuan modal untuk mengecat bangunan dan
sebagainya juga tidak dapat dilupakan.
CARTA ORGANISASI SJK (C) MIN NAM 2010

Pn. Tee Bee Ee


Guru Besar

En. Kendrick Goh Yu Rick En. Ong Pang Shen En. Ong Pang Lic
Pen. Kanan (HEM) Pen. Kanan (Pen) Pen. Kanan (KK)

Cik Chew Lee Ling Cik Yew Tyng Shie Cik Liew Miew Chin Cik Wong Sze Hooi
Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong

Cik Teoh Chai Sin En. You Tyzz Kang Ustazah Mimishamsihani Cik Cheong Fueng Luan
Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong

En. Mohd Dzohri Othman Pn. Hasnah Bt. Chik En. Zamri Mohd Zainudin
Pra Pembantu Tadbir Pra
SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SJK(C ) MIN NAM
KUALA TERIANG, 07100 LANGKAWI
BIL NAMA JAWATAN CATATAN
1 PN TEE BEE EE GURU BESAR
2 EN ONG PANG SHEN PEN. KANAN
PENTADBIRAN

3 EN KENDRICK GOH YU RICK PEN. KANAN HAL EHWAL


MURID
4 EN ONG PANG LIC PEN. KANAN KO-
KURIKULUM

5 CIK CHEW LEE LING GURU PENOLONG


6 CIK YEW TYNG SHIE GURU PENOLONG
7 CIK LIEW MIEW CHIN GURU PENOLONG
8 CIK WONG SZE HOOI GURU PENOLONG
9 CIK TEOH CHAI SIN GURU PENOLONG
10 EN YOU TZYY KANG GURU PENOLONG
11 PN MIMI SHAMSIHANI BT GURU PENOLONG
HANIPAH
12 CIK CHEONG FUENG LUAN GURU PENOLONG
13 PN. HASNAH BT. CHIK PEMBANTU TADBIR
14 EN. MOHD DZOHRI OTHMAN PEKERJA
15 EN. ZAMRI MOHD ZAINUDIN PEKERJA
LAGU SEKOLAH
校歌

浮罗交怡 世外仙岛
那里有 我可爱的学校
董事家教 热心爱校
步伐一致 培育英才
明南学校 巍峨壮观
你是我成长的摇篮
同窗钻研 自强不息
勤奋向上 为校增光

~~~TERJEMAHAN~~~

PULAU LANGKAWI, PULAU LAGENDA


DI SINI SEKOLAH KESAYANGANKU
LEMBAGA SEKOLAH DAN PIBG YANG MENCINTAI SEKOLAH
LANGKAH YANG SAMA, MENDIDIK ANAK BANGSA
SEKOLAH MIN NAM, KELIHATAN MEGAH
DI SINI SAYA MEMBESAR
BERLAJAR BERSAMA-SAMA, BERTUNGKUS LUMUS
RAJIN MENGKAJI, HARUMKAN NAMA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
浮罗交怡明南学校
学校蓝图
PELAN SEKOLAH

PEKEBUN BLK SAINS


校工储藏室 科学室
KH STOR
储藏室 校长室 SUKAN

DARJAH 3

DARJAH 2

DARJAH 1
STOR PEJABAT 体育

PENTAS
生技 三 二 一
GELANGGANG
BADMINTON

PERPUSTAKAAN &

TANDAS
图 GURU 室 室 年 年 年

PEJABAT GURU
羽 书 台 厕
BESAR 级 级 级
DARJAH 5

DARJAH 4
DARJAH 6
球 五 馆 四 教 所
场 年 及 年 务
KOMPUTER

电 级 六 级 处
年 书记室
脑 PEJABAT
室 级
KERANI

DARJAH 5

DARJAH 4

DARJAH 3

DARJAH 2

DARJAH 1
DARJAH 6

六 五 四 三 二 一
年 年 年 年 年 年
PONDOK QUARTERS GURU
级 级 级 级 级 级
PENGAWAL 教师宿舍 TEMPAT BERKUMPUL SEMASA KECEMASAN 警急疏散集合地点
守卫
CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH
SJK ( C ) MIN NAM 2010

GURU BESAR
PN TEE BEE EE

PK HEM PK 1 PK - KK
EN GOH YU RICK EN ONG PANG SHEN EN ONG PANG LIC

SPBT SU PEPERIKSAAN KELAB / PERSATUAN


CIK CHEW LEE LING EN ONG PANG LIC EN ONG PANG SHEN
PLBS / SBOA EN YOU TZYY KANG
RMT/ SBT/ KWAMP EN GOH YU RICK
EN ONG PANG SHEN
EN GOH YU RICK
PUSAT SUMBER / TVP
KAUNSELING CIK TEOH CHAI SIN UNIT BERUNIFORM
EN ONG PANG SHEN
CIK LIEW MIEW CHIN
KESELAMATAN / CIK YEW TYNG SHIE
NILAM / PERPUSTAKAAN
KECERIAAN
CIK WONG SZE HOOI
EN ONG PANG LIC
PEMULIHAN
DISIPLIN / PENGAWAS EN YOU TZYY KANG SUKAN / PERMAINAN
EN GOH YU RICK EN ONG PANG LIC
TRANSISI
PN MIMI SHAMSHIHANI
CIK CHEW LEE LING

GURU DATA
CIK LIEW MIEW CHIN

BUDDY SYSTEM
EN ONG PANG SHEN

KETUA PANITIA
1. EN GOH YU RICK ( BC )
2. EN FOO FANG HUI ( SAINS )
3. EN ONG PANG SHEN ( BI )
4. EN YOU TZYY KANG ( BM )
5. CIK TEOH CHAI SIN ( PJ )
6. EN ONG PANG LIC ( M3 )
7. CIKLIEW MIEW CHIN ( MU )
8. CIK WONG SZE HOOI ( PS )
9. CIK YEW TYNG SHIE ( KH )
10. CIK MIMI ( PA )
11. CIK CHEW LEE LING ( SV/ KT )
12. PN TEE BEE EE ( PM )
JAWATAN KUASA HEM

PK HEM
EN. GOH YU RICK

SPBT
CIK CHEW LEE LING

RMT / SBT/ KWAMP


EN. GOH YU RICK
KAUNSELING
EN.ONG PANG SHEN
KESELAMATAN /
KECERIAAN
EN. ONG PANG LIC

DISIPLIN / PENGAWAS
EN. GOH YU RICK
JAWATAN KUASA KO-KURIKULUM

PK –KK

EN ONG PANG LIC

KELAB / PERSATUAN

EN ONG PANG SHEN


EN YOU TZYY KANG
EN GOH YU RICK

UNIT BERUNIFORM

CIK LIEW MIEW CHIN


CIK YEW TYNG SHIE

SUKAN / PERMAINAN

EN ONG PANG LIC


PN MIMI SHAMSHIHANI
BAHAGIAN 2:
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU BESAR

A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara
langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam
jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi
bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,
persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan
dan kursus dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal
percutian kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian
kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan
sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan
kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit
Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di
bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang
ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang
berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang
teratur dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah
disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan
dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa
segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat
sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-
jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain
geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber
pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran
yang dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan
gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan,
Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan
untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-
pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan
penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut
syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah
disediakan dengan teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih
masa, wang runcit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan
dengan sempurna mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah
dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:


1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya
dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan
kawasan sekolah dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan
kecil yang diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti
pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan
sebagainya. 

D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru
dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus
dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di
sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan
teratur, berkesan dan mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau
kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya
dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang
berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan
perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar
bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan
bidang akademik.

G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan
pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas,
baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai &
praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan
ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga
pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:


1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan
bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah
yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada
pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus
dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-
undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan
adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,
perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan
baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,
keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:


1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat
penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-
tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan
kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal
ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia
Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan
guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan
pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka
yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)


Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

 
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
A. Kurikulum
1. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan
sebagainya.
2. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,
makmal dan bengkel.
4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.
5. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,
guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan
tugas harian mereka.
6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
7. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
8. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
9. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
gantian.
B. Pengurusan
1. Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
2. Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru
serta staf sokongan.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
4. Membantu merancang takwim sekolah.
5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
6. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
7. Menyelaras semua jenis kutipan yuran
8. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
9. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
10. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

 C. Pembangunan Diri Pelajar


1. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan
dan kebersihan sekolah.
2. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
3. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
 
D. Pembangunan Organisasi. 
1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat.
2. Mengadakan kursus/latihan personal.
3. Pembangunan Kendiri. 
4. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
6. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
7. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion perguruan.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM

1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.


2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan
mengedarkannya kepada semua anggota panitia.
3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Harian
4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan
kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah.
5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai
penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun
dan akhir tahun.
6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-
kurangnya 4 kali setahun.
7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
8. Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum
dan berkesan.
9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,
rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia
mata pelajaran.
11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang
pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.
13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi
Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel.
14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya.
15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen
penilai yang berkesan.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS KETUA PANITIA

PERANAN PANITIA
1. Memperolehi sukatan pelajaran.
2. Menyediakan rancangan mengajar.
3. Menyelaraskan soalan.
4. Mengkaji & menganalisis keputusan peperiksaan.
5. Mengadakan mesyuarat panitia.
6. Menyediakan minit mesyuarat panitia.
7. Menyelenggara fail panitia.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA


1. AJK Kurikulum sekolah.
2. Menguruskan fail panitia.
3. Membantu pentadbir bagi pencerapan guru & kerja.
4. Merujuk masalah panitia kepada pentadbir.
5. Mencadangkan agihan guru kepada jawatankuasa.
6. Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan & skema markah.
7. Menyediakan laporan analisis peperiksaan.
8. Menyelaras penyediaan Head Count.
9. Merancang dan menyelaras strategi program.
10. Membimbing guru meningkatkan keberkesanan P&P.
11. Menyenaraikan dan menyediakan ABB.
12. Merancang dan mengendalikan program.
13. Kewangan – Perbelanjaan tahunan, tatacara kewangan & mengurus stok.
14. Bilik khas – Menyedia jadual penggunaan, peraturan
15. Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

1. Menyediakan takwim  pelaksanaan PKSR.


2. Menyediakan jadual Pembina soalan PKSR.
3. Membina soalan PKSR.
4. Menghantar kertas soalan untuk cetakan.
5. Membungkus kertas soalan.
6. Menyediakan jadual pengawasan PKSR.
7. Serah bungkusan soalan ke SUP.
8. Menyerahkan markah murid kepada guru kelas.
9. Menggabung data SAPR.
10. Cetakan laporan ke guru kelas.
11. Cetakan laporan ke GPK dan laporan ke PPD.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU MEDIA

1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu


2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-
sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemas kini.
5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan
program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri,
PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program
Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
12. Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja
Pusat Sumber Sekolah
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber
Sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber
Sekolah. (termasuk bahan, alatan dan perabot)
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
(PSSP).
16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,
pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber
Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP
melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN

1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang


terpilih dari tahun 1 hingga 6.Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-
murid tahun 1 hingga 3.
2. Membantu guru-guru asas dalam hal:
2.1 Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pemulihan.
2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan.
2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan.
2.4 Mengajar bersama-sama guru asas sekiranya keadaan memerlukan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, penjaga, doktor,
pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang berkesan untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan keterangan-
keterangan lain mengenai latarbelakang murid-murid.
4. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-
murid yang menghadiri kelas pemulihan khas dan merekodkannya.
5. Menyediakan fail diri bagi murid pemulihan khas.
6. Membentuk jawatankuasa Panitia Pendidikan Pemulihan Khas serta
menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah.
7. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan
memerlukan.
8. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid pemulihandi
sekolah.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Menjadi ahli panitia.


2. Menyediakan rancangan harian.
3. Memberi gerak kerja bertulis kepada pelajar.
4. Menyediakan soalan dan skema peperiksaan.
5. Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan.
6. Peka dengan sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran.
7. Berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik murid.
8. Menghadiri kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah.
9. Bekerjasama dengan panitia merancang, menyusun dan melaksanakan
program panitia, sekolah, PPD, JPN dan KPM.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS TAHUN / ALIRAN

1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap tahun.


2. Menyediakan Rancangan Mengajar.
3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
4. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
5. Mengkaji  dan menganalisis keputusan peperiksaan.
6. Mengadakan  mesyuarat  panitia.
7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

1. Menyediakan Jadual Waktu  Induk sekolah/Persendirian  dan  Kelas.


2. Mengubah  jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
3. Menyedia  jadual waktu ganti  guru yang tidak  hadir  sekolah.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN (LDAP)

1. Mengurus:
-Surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD/PPG
-Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah
-Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD/PPG dan
menyebarluaskan maklumat kepada PPP di sekolah
-Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN
-Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak JPN
-Maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan diperingkat sekolah
-Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa
2. Menyediakan maklumat/data PPP di sekolah, berkaitan LDP di dalam
pengkalan data dan mengemaskinikannya setiap tiga bulan (Mac, Jun, Sept
dan Disember) setahun
3. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah
4. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya dipanggil.
5. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah .
6. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house traning) di
peringkat sekolah
7. Melaksanakan hari professional peringkat sekolah
8. Menyimpan borang permohonan berkaitan dengan kursus dan latihan dari
BPG KPM dan bahagian-Bahagian lain.
9. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN/PPD berhubung dengan
program LDP sekiranya diminta
10.Menyediakan pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU DATA

1.   Menyedia  Penyata bulanan guru dan murid


2.   Menyedia penyata suku tahun
3.   Menyediakan data-data untuk dihantar ke  PPD/JPN/KPM
4.   Menyemak dan mengawasi Jadual Kedatangan
5.   Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS BESTARI

1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu


seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak
sekolah.
3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian
aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan sertamenyelesaikan masalah
teknikal yang mungkin timbul.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantuserta
membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalampengajaran dan
pembelajaran.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif disamping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktivitipengajaran dan
pembelajaran.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif disamping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktivitipengurusan dan pentadbiran.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria
penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
8. Sebagai pengurus e-mel.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT
sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semas
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti
sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
13.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan
sekolah dari masa ke semasa.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan
Penolong Kanan 1 (Pent.)
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling,
keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan,
perayaan  sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan
asrama.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-
perkara di atas.
5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun
berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam
bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan
dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman,
sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan
para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi,
jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak
guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru
penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa
ke semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari
persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah
dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa
dipatuhi oleh para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan
kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada
penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan
kepada pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk
menyelesaikan masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk
menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan
majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu
dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Memberikan tumpuan dan melaksanakan senarai tugas GBDK Sepenuh


Masa.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan BDK di sekolah
3. Menyediakan Rancangan Tahunan
4. Menyebarkan maklumat BDK
5. Memberikan perkhidmatan kaunseling individu, kelompok dan bimbingan
pelajar
6. Memantapkan perkhidmatan dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, keibubapaan dan pemasalahan pelajar
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU RMT

1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT.


2. Pemilihan pembekal makanan.
3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.
4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.
5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.
6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU KESIHATAN & KESELAMATAN

1. Memastikan murid tahun satu mempunyai rekod kesihatan.


2. Penjagaan peti ubat sekolah.
3. Membantu unit perubatan dan rawatan yang datang membuat rawatan.
4. Membantu pihak sekolah menghantar murid sakit ke hospital, klinik dan
rumah.
5. Menentukan semua murid selamat semasa berada di sekolah. 

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU SPBT


1.       Menentukan murid yang layak mendapatkan buku teks.
2.       Mengawal selia buku stok.
3.       Memfailkan borang SPBT dengan baik.
4.       Mendedahkan peraturan kepada murid mengenai penggunaan buku
teks.
5.       Membaiki buku rosak dan menjalankan hapus kira bila cukup
tempohnya.
6.       Mengadakan pemeriksaan tentang penggunaan buku teks.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS WARDEN ASRAMA

1. Mengurus kemasukan penghuni asrama.


2. Mengurus rekod kedatangan penghuni asrama di dalam buku kedatangan.
3. Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-
penghuni asrama mematuhinya.
4. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para
penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah.
5. Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkahlaku penghuni asrama dan
memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
6. Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu,
masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke
rumah dengan mencatatkan ke dalam buku keluar masuk yang disediakan.
7. Melantik AJK asrama yang meliputi bidang disiplin, kebersihan,
keselamatan, riadah, kebajikan dan agama.
8. Memastikan AJK yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan
berkesan.
9. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan
makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan
makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan menu.
10. Bertanggungjawab mengawasi kemajuan pelajaran para penghuni
asrama seperti memeriksa kad kemajuan, kelas tambahan, kelas persediaan,
memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian akademik
penghuni asrama.
11. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika
terdapat penghuni asrama sakit.
12. Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa/penjaga
mengenai masalah kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama
dimasukkan ke hospital).
13. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni , dorm, keseluruhan
bangunan dan kawasan asrama.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KANTIN

1. Menentukan peraturan kantin – rujuk buku panduan kantin.


2. Menguatkuasakan peraturan kantin dengan bantuan pengawas sekolah.
3. Menentukan jenis makanan / minuman yang dilarang serta mutu makanan
yang dijual.
4. Mengawal harga makanan dan minuman yang dijual.
5. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin.
6. Mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU KEBAJIKAN


1. Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan
khusus seperti: Pelajar miskin, Kemalangan, Rawatan berterusan (penyakit
kronik), Kematian, Kecemasan / bencana
2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan
berdasarkan keutamaan dan keperluan.
3. Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di semping
meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan
disahkan oleh Guru Besar.
5. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
6. Bertanggungjawab kepada Guru Besar.
7. Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid
lebih berminat untuk menabung.
8. Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa
dan selepas menguruskannya.
9. Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan
licin dan sempurna.
10. Menghubungi Guru Besar jika terdapat sebarang kerumitan.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. PENGURUSAN KURIKULUM:
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang
diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. 
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan
dengan lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM,


PERSATUAN DAN KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah
diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan
meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan
mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:


4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak
sekolah bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.

5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:


5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

6. SUKAN DAN PERMAINAN:


6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan
sukan/permainan di semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.

8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:


8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian
seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:


9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan,
mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala
pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta
menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang
diarahkan oleh jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid
sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/
MSST/ MSSM.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa
ke semasa. 

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KO KURIKULUM

1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.


2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum
dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan
dan mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum
dan mengadakan latihan dengan mereka.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.


2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam
Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran diri.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH

1. Mengemaskini fail-fail berkaitan.


2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan bila-bila
perlu.
3. Membantu pihak sekolah  mengawasi dan mempertingkatkan keceriaan
dan kebersihan sekolah dari semasa ke semasa.
4. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
5. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan sekolah seperti:
        5.1.     Kempen kebersihan
        5.2.    Pertandingan kebersihan kelas
        5.3.    Pertandingan mengarang esei tentang kebersihan
        5.4.    Ceramah-ceramah kebersihan
        5.5.    Pertandingan poster-poster kebersihan
        5.6.    Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah
6. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak
luar seperti PIBG.
7. Merancang dan meningkatkan keceriaan papan-papan kenyataan.
8. Merancang dan membantu menceriakan kawasan persekitaran, pondok-
pondok bacaan serta dewan besar.
9. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah tentang
kebersihan dan keceriaan serta menyelia kerja-kerja kebersihan yang
dijalankan oleh AJK.
10. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa dan membuat
laporan kemajuan kerja. 
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD


sepanjang tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan
murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat
kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan
latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai
dengan hari, masa dan tempat. 
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-
acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit
masing-masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan
yang diserti oleh unit masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform
dengan keadaan yang baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab /
persatuan / badan beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum
unit masing-masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum
direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid
dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang
patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform.


2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di
bawah badan beruniform.
3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
4. Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan beruniform dari masa
ke semasa.
5. Memastikan kesemua fail unti-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa
dikemaskini.
6. Membuat kertas kerja untuk program perkhemahan unit beruniform dan
menjadi penyelaras untuk program ini.
7. Membuat pengagihan bantuan pakaian seragam unti beruniform kepada
pelajar.
8. Membuat laporan badan beruniform.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS KELAB / PERSATUAN

1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti dibawah badan kelab / persatuan.


2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di
bawah badan kelab / persatuan.
3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit ko kurikulum.
4. Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan kelab / persatuan dari
masa ke semasa.
5. Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa
dikemaskini.
6. Membuat laporan badan kelab / persatuan.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN PETANG

A. Mengajar
1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan
Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap
positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang
sewajarnya.

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum


1. Mengagihkan tugas-tugasan akademik kepeda guru-guru
2. Menyelaras atau mengendalikan mesyuarat ketua panitia
3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu
4. Menyemak dan menandatangani buku rekod persediaan mengajar guru
sesi petang
5. Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan
hujung tahun
6. Merancang program sokongan bagi kemajuan akademik
7. Menguruskan “sit-in” dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian


1. Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang.
2. Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling
3. Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah
secara amnya.
4. Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang
5. Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan


Murid
1. Mengoptimumkan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada
2. Mengawas keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang
3. Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang
4. Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang
5. Mengendalikan kes-kes perpindahan murid

E. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf


1. Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang
2. Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru 
yang baru berpindah
3. Menyelia kelas-kelas pemulihan.
4. Menagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petang

F. Membantu Guru Besar dalam Tugas-tugas Lain


1. Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.
3. Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah..

You might also like