P. 1
soalan Pemahaman Bahasa Melayu set 3

soalan Pemahaman Bahasa Melayu set 3

5.0

|Views: 1,011|Likes:
Published by cikgu pak long

More info:

Published by: cikgu pak long on Feb 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

text

original

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

021/031 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 3 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL JUSA 2009

BAHASA MELAYU SJK SET 3 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. 021/31
2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

2

Modul JUSA Set 3

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 24 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1.

Amin mencedok air dengan _______________ untuk membasuh kakinya. A B C D gayung timba periuk mangkuk

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2.

Sivam menjemput Kamal dan Rani ke rumahnya. _______________ makan kuih bersama- sama. A B C D Dia Kamu Mereka Beliau

3 3. _______________ nama kucing kesayangan adik? A B C D 4. Bagaimanakah Di manakah Siapakah Apakah

Modul JUSA Set 3

Kedua-dua gadis itu ________________ sopan apabila bertudung A B C D kelihatan melihat dilihat terlihat

5.

Swee Ying __________________ biola sambil menyanyi. A B C D menggores menggesek memukul memetik

6.

Kaki abang berdarah kerana _______________ serpihan kaca. A B C D memijak pijakan dipijak terpijak

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7.

Swee Kim ________________ apabila terlihat seekor tikus di dalam biliknya. A B C D takut marah terkejut tergamam

4 8.

Modul JUSA Set 3

Ramlan dimarahi oleh Puan Song kerana selalu datang _______________ ke sekolah. A B C D lambat cepat laju pantas itu

9.

Seluruh ahli keluarga Pak Kamal hadir di majlis pengebumian _________________ anak bongsunya yang sedang menuntut di Jepun. A B C D tetapi namun kecuali Selain itu

10.

Pesakit itu menunggu giliran dengan sabar _______________ berdoa agar penyakinya dapat diubati. A B C D walaupun malahan tetapi sambil

11.

Surat itu dihantar oleh posmen ________________ hari Isnin yang lalu. A B C D di ke pada hingga

12.

Sikap ___________________ Encik Kamarul terhadap pelanggannya berjaya melariskan perniagaannya A B C D ramah-tamah remeh-temeh lemah-lembut Lemah-longlai

13.

Penduduk kampung _________________ bergotong – royong untuk membersihkan balai raya itu sejak pagi tadi hingga sekarang. A B C D akan telah pernah sedang

5 Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

Modul JUSA Set 3

14.

Kelihatan _______________ orang pesakit sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. A B C D setengah seluruh segala beberapa

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 5

15.

Susila menyanyi di atas pentas dengan menggunakan _____________________. A B C D peti nyanyi pembesar suara peti suara peti lagu

6 Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

Modul JUSA Set 3

16.

Emak _______________ bubur nasi ke mulut adik. A B C D menyuapkan memberikan menjamukan menyediakan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17.

Salmah ______________ beg pada bahunya manakala Husni ____________ beg tangannya semasa pulang dari bandar. A B C D mengandar ... menyandang menyandang ... menjinjing memikul ... membimbit menjinjing ... memikul

18.

Di pinggang pengantin lelaki itu tersisip __________________ keris A B C D sebatang sepucuk sebilah setangkai

7 19.

Modul JUSA Set 3

Ikhmal disayangi oleh rakan-rakannya kerana dia _________________ A B C D ringan mulut ringan tangan ringan tulang ringan badan

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

20.

Saleha menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur. A B C D mengelap menyusun membilas membasuh

Soalan 21 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris. 21. Murid-murid itu menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis dan jarang. A B C D tebal keras lembut pendek

Soalan 22 hingga soalan 23 Pilih ayat-ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 22. Jamali menyusun buku latihan dengan kemas dan rapi di rak buku. A B C D Buku Jamali disusun dengan kemas dan rapi di rak buku Buku disusun rapi di rak buku oleh Jamali. Buku latihan disusun dengan kemas dan rapi oleh Jamali di rak buku. Buku latihan menyusun Jamali dengan kemas dan rapi di rak buku

8 23. Nenek menasihati saya supaya mengenang budi ibu bapa. A B C D Kata nenek, “Kenangilah budi ibu bapa saya.” Kata nenek, “Saya kenangkan budi ibu bapa saya.” Kata nenek, “Kenangilah budi ibu bapa kamu.” Kata nenek, “Jangan kenangi budi ibu bapa kamu.”

Modul JUSA Set 3

Soalan 24 hingga soalan 25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di atas. 24. Apakah hobi kamu? A B C D 25. Saya suka mengumpul pelbagai jenis mata wang. Album setem koleksi saya hampir sepuluh buah. Kakak saya suka menanam pokok bunga. Hobi saya dan Salmi tidak sama.

Mengapakah bilik tamu tidak dibersihkan pagi tadi? A B C D Ali yang bertanggungjawab membersihkan bilik tamu. Mereka akan membersihkan bilik tamu pagi esok. Bilik tamu perlu dibersihkan supaya kelihatan cantik dan kemas. Bilik tamu tidak dibersihkan sebab tiada orang di rumah pagi tadi.

Soalan 26 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan 26. Atlet-atlet kita sudah bersedia di padang A B C D Mengapakah atlet kita ke padang? Siapakah yang membawa atlet kita ke padang? Di manakah atlet-atlet kita? Apakah yang dibuat oleh atlet-atlet kita di padang?

Soalan 27 hingga soalan 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul. 27. i ii iii iv A B C D Simpan wang ini baik-baik. Cik Amira suka simpan rambut panjang. Rumah saya terletak berhampiran satu simpan. Jangan simpan perasaan dendam dalam hati. i, ii dan iii sahaja i, ii dan iv sahaja i, ii dan iv sahaja ii,iii dan iv

9

Modul JUSA Set 3

28.

i ii iii iv A B C D

Lim menyusun buku itu mengikut kaum . Kaum asli masih tinggal di hutan itu. Majlis kenduri itu hanya untuk kaum kerabatnya sahaja. Di hutan tebal itu terdapat banyak kaum gajah. i dan ii ii dan iii ii dan iv i, ii dan iii

Soalan 29 Pilih ayat yang betul. 29. A B C D Encik Loh mencuci sabitnya sehingga tajam. Rumah di tepi sawah itu adalah rumah Farhan. Cuci pinggan dan mangkuk sehingga kemas. Bapa menghadiahi Aiman sebuah basikal.

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 30. I II III IV A B C D Dusun durian luas itu kepunyaan Encik Leo. Mereka yang menyertai pertandingan memancing itu pulang dengan tangan kosong. Kami yakin amat bahawa cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak atasan. Bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang telah jelas. i dan ii ii dan iii iii dan iv ii,iii dan iv

10 Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Laporan Lawatan ke Melaka

Modul JUSA Set 3

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2007 yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Rombongan kami terdiri daripada 32 orang pelajar dan diketuai oleh guru penasihat persatuan, Cikgu Roslinda. Kami berkumpul di hadapan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas telah datang setengah jam kemudian. Kami terus bertolak dan sampai di destinasi pada pukul 10.00 pagi. Cikgu Roslinda telah memberikan penerangan di setiap tempat yang kami lawati. Tempat bersejarah pertama yang kami lawati ialah Kota “A Famosa”. Pembesaran kota ini merupakan runtuhan kota Portugis yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Di sebelah Kota “A Famosa” ini pula terdapat bekas Gereja St. Paul. Seterusnya rombongan kami singgah di Jalan Kota untuk melihat binaan peninggalan orang Belanda iaitu Jam Besar dan Bangunan Stadhuys yang bercat merah. Bangunan ini dibina oleh orang Belanda pada tahun 1641. Suatu masa dahulu bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda tetapi sekarang telah menjadi sebahagian daripada Muzium Melaka. Kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Melaka dan melihat barang-barang zaman purba seperti tembikar Cina, pakaian tradisional Baba dan Nyonya serta wang timah zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di situ juga terdapat alat-alat yang pernah digunakan oleh askar Portugis dan Belanda seperti baju besi, topi dan pedang. Tempat-tempat lain yang kami sempat lawati termasuklah Makam Hang Tuah, makam Hang Jebat dan Tokong Hong Teng. Akhir sekali Cikgu Roslinda membawa kami membeli belah di Bandar Hilir. Terdapat beraneka jenis barang dan kraf tangan yang dengan harga yang berpatutan. Lawatan ini berakhir apabila bas kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Lawatan kali ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu pengetahuan kami terutamanya tentang sejarah Melaka. Disediakan oleh, Wendy Wong ....................... (WENDY WONG) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Jenis Kebangsaan Jamuan. 31. Peserta lawatan telah bertolak ke Melaka pada pukul A B C D 7.30 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 6.00 petang 7 APRIL 2007

11    Dibina oleh Orang Portugis Siap dibina pada tahun 1514 Gereja St. Paul terletak di sebelahnya

Modul JUSA Set 3

32.

Kenyataan-kenyataan berikut di atas merujuk kepada A B C D Gereja St. Paul Jalan Kota Stadhuys A Famosa

33.

Manakah tempat bersejarah yang kedua dilawati oleh rombongan ini? A B C D Jam Besar Muzium Melaka Bandar Hilir Makam Hang Jebat

34.

Kenyataan-kenyataan berikut semuanya salah kecuali A B C D Lawatan ini mengambil masa 2 hari. Mereka menunggu bas di stesen bas. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa 2 jam. Terdapat 33 orang yang melawat Melaka termasuk Cikgu Roslinda.

35.

Manakah perkataan sama erti dengan perkataan beraneka? A B C D pelbagai banyak tunggal ramai

12 Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Modul JUSA Set 3

Misah sibuk menyediakan sarapan di dapur. Bau pulut kukus berlaukkan ikan kering bakar sungguh menyelerakan. Kedua-dua ibu bapanya pagi-pagi lagi sudah keluar bekerja.Adik-adiknya pula masih tidur. Kebetulan cuti sekolah baru saja bermula. “Jaafar! Jamil! Johan! Cepat bangun!” Laung Misah. Seketika kemudian, suasana pagi yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah dengan suara adik-adiknya. Mereka duduk bersila menghadap sarapan. “Makan elok-elok. Jangan berebut-rebut,” kata Misah. Misah menggeleng gelengkan kepala melihat telatah adik-adiknya yang berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun itu “Baik, Kak Long ,” jawab adik-adiknya serentak. Selepas itu, Misah mengemas ruang tamu. Di luar rumah,hujan turun dengan lebatnya. Sejak empat hari lalu, hujan turun mencurah-curah tanpa henti.Menurut ayahnya pagi tadi,air sungai hampir mencecah tebing. “Jaga adik kamu baik-baik. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah. Bahaya!” Misah teringat akan pesanan ibunya pula. Misah terus bergegas ke dapur. Malangnya,ketiga-tiga adiknya tiada di situ. Misah menjenguk pula ke dalam bilik. “Ke mana pula mereka ,” Misah berbisik. Di luar rumah, kilat sabung-menyabung. Misah memanggil nama adik-adiknya berulang-ulang. Namun,panggilannya tidak bersahut. Hatinya mula berasa bimbang. Misah menjenggukkan kepala keluar tingkap. Kelihatan bapa saudaranya, Pak Ngah berlarian di tengah hujan dalam keadaan cemas. “Kenapa Pak Ngah?” tanya Misah. “Tebing sungai runtuh. Air sungai melimpah,” jawab Pak Ngah. Tanpa membuang masa,Misah terus mencapai sekaki payung. Dia meredah hujan lebat itu untuk mencari adik-adiknya. Arahnya ke sungai yang berhampiran kerana di situlah adikadiknya selalu bermain. “Misah, jaga adik-adik kamu!” Dalam curahan hujan itu, ada dua orang pemuda yang dikenalinya. Di sisi mereka, berdiri ketiga-tiga adiknya. Tidak terkira betapa leganya Misah melihat mereka.

36.

Mengapakah Misah melarang adik-adiknya berebut-rebut ketika makan? A untuk mengelak daripada tercekik . B C D Untuk mengelakkan makanan itu tertumpah. untuk mengeratkan hubungan antara mereka. untuk menyemai sikap bertolak-ansur.

37.

Kata yang sama maksudnya dengan kata bersahut ialah…………. A B C D berteriak berhubung berjawab bersambung

13

Modul JUSA Set 3

38.

Bagaimanakah perasanan Misah apabila dia menyedari ketiadaan adik-adiknya? A B C D gelisah kecewa takut sedih

39.

Perkara apakah yang difikirkan oleh Misah apabila mendapati adik-adiknya tiada di rumah? A B C D Kedua-dua ibu bapanya akan memarahinya. Adik-adiknya bermain di sungai yang berhampiran Dia terpaksa meredah hujan untuk mencari adik-adiknya. Adik-adiknya bersembunyi di bawah rumah

40.

Semua nilai murni yang berikut tergambar dalam cerita kecuali….. A B C D bertanggungjawab tabah menghadapi dugaan tolong-menolong kasih sayang dalam keluarga

KERTAS SOALAN TAMAT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->