You are on page 1of 4

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….


2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ………….

3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.

4. Murid berjaya menguasai konsep ……..

5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan

6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P
akan datang.

7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.

8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.

9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah
kepada tugasan baru.

10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.

11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.

12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.

13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..

14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji
kefahaman mereka.

15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.

16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .

17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam
P&P akan datang.

18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.

19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.

20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.

21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.

22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….

23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..

24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.


25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh

Jenis-jenis Penulisan Refleksi

 Penulisan Deskriptif

 Refleksi Deskriptif

 Refleksi Dialog

 Refleksi Kritikal

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan
yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive
writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah
dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan
kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal
yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas
dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-
alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi
yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa
yang sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi
yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti
falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik,
ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi

Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaran akan datang.

Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)

1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa
Melayu.

2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan
bertanyakan soalan yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini.
Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat
menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya
kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa
semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa
saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak
mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila
mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan
pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya
menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu
pelajar mempelajari sejarah.

You might also like