You are on page 1of 5

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

@ Project Based Learning (PjBL)


Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman
JKM, Politeknik Kota Bharu,
Km 24, Pangkal Kalong,16450
Ketereh, Kelantan, Malaysia
Email: mbaharuddin@oum.edu.my, Tel: +6019-9021484

Hairul Nizam Ismail


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
11800 USM,Pulau Penang, Malaysia.
Email: hairul@usm.my, Tel:+6012-4122539

1.0 Pengenalan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan konsep


pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek) yang
piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia berpusatkan pelajar. Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) merupakan model terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan
produk atau artifak pelajar diluar kelas. Yangmana PBP menjana para pelajar agar berpeluang
menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan pemasalahan secara
berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara terarah mengikut kaedah
dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di bengkel institusi atau di bengkel
luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah telah memberi ruang kepada para pelajar dalam
pembangunkan minda mereka (kognitif). Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli
ahli kumpulan dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat
membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik
dan terarah. PBP merupakan model aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas yang
berupaya membentuk gabungan aktiviti yang menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang
sepatutnya diketahui oleh pelajar institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran
kemahiran asas sekolah rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang
sepusat bagi penyelia dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan produk, malahan PBP
boleh diwujudkan melalui kaedah pemantauan maya (mengunakan web based) yangmana ianya
boleh melangkaui sempadan jarak dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam
setiap tugasan yang dirancang selari dengan proses perlaksanaannya. Ahli kumpulan kerja juga
di dedahkan agar dapat mentaksir pemasalahan yang akan timbul seterusnya menghasilkan
cetusan idea pengawalan dari mula sampai akhir proses pembangunan produk. Melalui
pemantauan dan penilaian formatif. Kaedah PBP ini dilihat sebagai salah satu contoh
pembelajaran yang terfokus serta sistematik bagi gerak kerja pembangunan produk-produk
kejuruteraan.

2.0 PBP Memotivasikan Pelajar

Pelajar akan dapat menterjemahkan kefahaman dan kemahiran mereka setelah


menguasai konsep PBP ini melalui penghasilan produk yang inovatif serta dapat mencapai
kualiti hasil kerja yang sepadan dengan produk keluaran industri. PBP secara langsung dapat
menterjemahkan setiap kurikulum yang dirangka dalam mencapai objektifnya yang mutlak
bilamana setiap perincian gerak kerja penghasilan direkodkan bermula di awal proses hingga

1
akhir. Kutipan dan analisa data hasil ujilari produk juga diterjemahka secara perinci. Malahan
proses pemarkahan yang formatif menjadikan konsep PBP suatu kaedah pembelajaran dan
pengajaran (PnP) yang selaras serta merangkumi kehendak silibus yang berkaitan kerja-kerja
kejuruteraan (cth : silibus aliran teknik dan vokasional). Pembangunan proses PBP oleh para
pengkaji sebelumnya menunjukkan kosep ini bukan sahaja mampu membentuk siasah pelajar
malahan ia dapat menjana minda (kognitif) pelajar melalui desakan yang terarah. Pembangunan
motivsi dan meta-kognitif para pelajar merupakan antara aset yang amat penting dalam
pengaplikasian konsep PBP, yangmana ia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
(PnP) yang dilalui mencpai matlamat sebagaimana yang dikehendaki. Menurut Professor
Howard Gradner melalui pandangan beliau yang bertajuk “Frames of Mind: The Theory of
Multiple Intelligences”, beliau menghuraikan terdapat tujuh aras pembangunan kepandaian
manusia antaranya ialah; melalui olahan pemikiran, pembelajaran dan proses mendapat
maklumat. PBP dilihat elah memenuhi “Frames of Mind” tersebut yang mana kumpulan pelajar
yang ingin menghasilkan produk kejuruteraan akan mampu menterjemahkan olahan pemikiran,
melalui proses pembelajaran yang terarah dan dapat mentaksir maklumat terkini secara
terarah. Dengan melalui proses PBP, pelajar akan dapat menjana olahan minda yang pelbagai @
“Multiple Intelligences” dalam memastikan produk yang ingin dihasilkan dapat disiapkan
sebagaimana turutan yang telah dirangka. Suatu yang amat bermanafaat melalui konsep PBP
ialah ia mampu mengasak motivasi diri pelajar kejuruteraan sendiri setelah melalui proses PBP,
ini dibuktikan melalui kajian rintis yang dilakukan di oleh pengkaji sendiri (Md. Baharuddin
Haji Abdul Rahman et al., 2009) serta pengkaji bersama (Kamaruzaman Jusoff et al., 2010)
dalam pengaplikasian konsep PjBL di Politeknik Kota Bharu. Malahan para pengkaji lain juga
ada menyatakan yang pembangunan motivasi itu telah mejadikan mereka (kumpulan pelajar)
mampu mengolah suatu pemahaman dan pengalaman baru yang amat berharga dalam
penghasilan produk yang piawai. Dengan ini, ia secara tidak langsung mewujudkan teknik
pembelajaran alaf baru yang tersendiri terhasil dari keupayaan pelajar itu sendiri apabila
berjaya menguasai konsep PBP secara mutlak (mereka akan dapat mengembangkan ilmu
teknologi & kejuruteraan terkini semasa proses pembangunan produk). Mereka juga akan dapat
menjana minat yang mendalam dalam mentaksir ilmu kejuruteraan semasa proses
pembangunan produk dilakukan. Selain dari itu, mereka juga mampu menjawab persoalan yang
timbul serta dapat menyelesai pemasalahan dalam memastikan produk dapat dihasilkan/
dilaksanakan. Semua ini terjadi kerana desakan yang terkawal telah timbul melalui konsep PBP
yang telah diaplikasi secara menyeluruh.

3.0 Mengapa Perlu PBP?

Kenapa konsep PBP ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya
konsep ini dilihat tidak bermanafaat kepada sisem pendidikan di Malaysia. Kepentingan PBP
juga ditekankan oleh KPM sebagai PBL (Project Based Learning) yang mana ianya mempunyai
maksud yang sama dengan PjBL atau PBP disini. Jika dilihat PBP amat berguna bilamana pihak
KPM juga telah mensarankan perlaksanaan konsep PBP ini melalui Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) bermula dari tahun 2006 lagi (rujuk: Project-Based Learning: Educating the
Millennial Learner). Malahan Pihak KPM juga telah melaksanakan Projek Rintis: Project-Based
Learning –Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007, yang mana ia amat signifikan
dengan tahun kajian rintis pengkaji (2007) bagi kajian Pembangunan Modul PBP@PjBL dan
Pengaplkasiannya di peringkat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Di
sini PBP dilihat telah membantu dalam memurni dan menaik nilai tambah sistem pembelajaran
dan pengajaran (PnP) di Malaysia. Selain dari itu, PBP dilihat signifikan dengan dasar dan
matlamat Politeknik, KPTM dalam melancarkan “Outcome Based Education” (OBE) yang mana
PBP boleh menjadi satu pilihan baru “konsep PnP” alternatif yng boleh digunapakai oleh para
pendidik dan pensyarah dalam institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini bagi
mencapai kehendak OBE tersebut. PBP juga merupakan suatu konsep PnP yang merangkumi
penghasilan keperluan minda pelajar yang “out side the box”, “product based” dan “outcome
based”. Gerak kerjanya menekankan kepada kumpulan pelajar perlu melakukannya secara
total . Bagi membuktikan setiap langakah dilaksana , setiap cerapan data akan direkodkan

2
mengikut paiwaian sebenar kejuruteraan. Malahan penilaian akan diakukan oleh penyelia
secara turutan mengikut mingguan (formatif). Pelajar akan sentiasa diasak agar peka kepada
jadual kerja yang dirangka (rujuk Modul PBP). Ini bagi mengelakkan berlakunya kelewatan
dalam menghasilkan produk yang ingin dihasilkan. Pemasalahan akan diatasi mengikut masa
yang telah ditetapkan (sebarang kemusykilan akan sentiasa di sumangsaran agar pemasalahan
dapat diselesaikan dengan segera). Pelajar diberi kepercayaan sepenuhnya dalam mantaksir
pemasalahan malahan setiap saranan penyelesaian sesuatu masalah itu akan diterima pakai
secara professional oleh semua pihak. Di sini olahan minda yang kritis akan timbul secara
sepontan malahan sebarang ilmu kejuruteraan yang mereka pelajari akan dapat diterjemahkan
semasa proses pembangunan produk dijalankan. Sebarang teknologi dan ilmu kejuruteraan
terkini akan digunapakai bagi memastikan keperluan penambahan ilmu sentiasa wujud melalui
konsep PBP ini. Gabungan hubungan dengan industri luar dalam penghasilan produk tersebut
menjadikan para pelajar kejuruteraan akan sentiasa celik minda dan mendapat pengalaman
baru. Ini terbukti apabila ilmu dan kepakaran luar tadi akan terserap secara tersendiri semasa
proses kolaberasi antara kumpulan kerja dangan pihak bengkel kejuruteraan luar. Sumbangan
kemahiran oleh industri tadi menjadikan konsep PBP merupakan pembangunan sistem PnP
tradisional kepada konsep PnP yang mesra antara pelajar dan pihak industri.

4.0 Kelebihan PBP

 Menyediakan ruang yang pelbagai kepada pelajar dalam menterjemah ilmu yang telah
mereka pelajari,
 Meningkatkan pengembangan minda (kognitif) yang pelbagai bagi pembangunan
produk,
 Dapat memenuhi kehendak pembelajaran alaf baru yang berpusatkan pelajar (alaf ke
21),
 Merubah konsep pengajaran dan pembelajaran lama (tradisional) yang mengfokuskan
dalam bilik darjah kepada konsep pmbelajaran baru yang diluar bilik darjah (menjurus
kepada kemahiran dan kehendak dunia luar: mengikut keperluan sebenar),
 Mengarahkan pelajar kepada melakukan gerak kerja secara total (pembagunan
kepimpinan & pengurusan pelajar yang mutlak), bukannnya mengharapkan guru atau
penyelia menjadi pembimbing secara total (guru sebagai pembimbing secara total),
 Menjurus kepada pengaplikasian sumber teknologi baru secara total (pelajar digalakkan
menakses bahan dan ilmu baru sepanjang pembangunan produk) cth: penggunaan
computer, grafik, lukisan kejuruteraan yang piawai, rekabentuk piawai,perancangan dan
pembangunan produk mengikut kehendak kejuruteraan sebenar,
 Proses Pemantauan /Penyeliaan yang minima namun penghasilan produk yang efektif,
 Menambah ruang pelajar mendalami ilmu kemahiran kejuruteraan sebenar, cth:
kemahiran mengunakan mesin-mesin kejuruteraan, kerja-kerja ketukangan yang
piawai, teknik dan kemahiran terkini dalam pengoperasian alatan teknikal terkini,
 Membentuk proses PnP yang kolaberasi antara kumpulan pelajar projek,
 Membentuk pembangunan kendiri para pelajar,
 Membangun regulasi kendiri para pelajar,
 Merupakan suatu konsep pembelajaran yang terarah,
 Mewujudkan suasana pengembangan minda dan perkongsian pintar, menjana
kemahiran secara kolaberasi bagi setiap ahli kumpulan kerja,
 Perkongsian kemahiran yang sepadu, pemahaman konsep, pengarahan, olahan data,
keutamaan dalam melakukan gerak kerja bersama,
 Meyumbang kepada keperluan bantu membantu bagi setiap ahli kumpulan dalam
memastikan produk dapat dihasilkan secara bersama,
 Dapat memberi ruang kepad para pelajar dalam mengagih setiap tugas secara adil dan
saksama,
 Menjadi salah satu platform komunikasi selaras antara setiap ahli kumpulan dengan
kumpulan lain dalam memastikan proses berjalan mengikut perancangan,

3
 Keutamaan dalam memahami setiap tugasan bagi memudahkan pelajar dan guru
/penyelia melalui gerak kerja yang sistematik,
 Pembentangan gerak kerja secara mingguan yang selaras dalam memastikan setiap
progress kerja adalah selari dengan perancagan awal,
 Wujud sokongan moral antara ahli kumpulan dan penyelia yang komprehensif,
 Menjana keupayaan pelajar dalam mengeluar idea dan kemahiran baru,
 Memberi ruang kepada para pelajar dalam sumbangsaran, pembentangan gerak kerja,
dan penyelesaian pemasalahan secara bersama,
 Menjadikan pelajar sebagai pembangun produk/projek yang sebenar bilamana mereka
perlu mengetahui secra total akan proses dan peranan sebenar mereka,
 Yang utama, pelajar akan dapat menterjemah kemahiran kejuruteraan semasa
pembangunan projek mengikut kehendak industri atau dunia kejuruteraan sebenar.

5.0 Kesimpulan

PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran ‘outside of the box’ – kreatif dan inovatif, ia
juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya Pembelajaran Bestari iaitu
self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada pelajar bekerja dalam isu dan
amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam aspek
pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber, dan
pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21. Justeru itu,
PBP dilihat telah membawa inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PnP) bagi
membantu negara mentransformasikan ekonomi daripada berasaskan produk kepada ekonomi
berasaskan pengetahuan (k-Economy) melahirkan bakal pekerja yang berpengetahuan dan
berkemahiran, merealisasikan matlamat pentaksiran berasaskan sekolah (school-based
assessmen Membangunkan modal insan dan membina kemahiran yang dikehendaki dalam
dunia pekerjaan sebenar.

Bibliografi

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based


Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian
Teknologi Pendidikan.

Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Nik Azida Abd
Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Prject Based Learning (PjBL) via e-SOLMS
Technology. Word Applied Sciences Journal 8(9):1086-1092, 2010. IDOSI
Publication2010.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mt Daud, Kamaruzaman Jusoff, & Nik
Azida Abd Ghani. (2009). Project Based Learning (PjBL) Practices at Politeknik Kota
Bharu, Malaysia. International Education Studies, 2(4),140-148. Retrieved from
http://www.ccsenet.org/journal.html

Ministry of Education, Malaysia. (2006). Project-Based Learning :Educating the Millennial


Learner. Kuala Lumpur: Educational Technology Division.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, & Khairul Azhar Mat Daud,.
(2011). e-Library and Learning Object System (eL-LoS): An Alternative Online Library
and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of Business
and Social Science, Vol. 2, No. 2: February 2011. Retrieved from
http:/www.ijbssnet.com/current.html

4
Markham, Thom et al. (2003), Project Based Learning Handbook, Buck Institute for Education,
ISBN 0974034304

Synteta, P. (2001). EVA_pm: Design and Development of a Scaffolding Environment For Students
Projects. Unpublished Master thesis, University of Geneva, Geneva, Switzerland.

Synteta, P.(2002). Project-Based e-Learning: The model and the mehod, the practice and the
portal. Unpublished PhD proposal (Accepted oct, 2002), University of Geneva, Geneva,
Switzerland.

Synteta, P. (2003). Project-Based e-Learning in higher education: The model and the method,
the practice and the portal. Studies in Communication, New Media in Education. pp. 263-
269.

Thomas, J. W., Mergendoller, J.R., & Michaelson, A. (1999). Project-based learning: A handbook
for middle and high school teachers. Novato, CA: The Buck Institute for Education.

You might also like