You are on page 1of 16

Konsep Perpaduan &

Integrasi
Nama ahli kumpulan:
LOKMAN BIN SHAHRIL
SYAZWANI BINTI BAHARUM
PUTRI DANG SARI BINTI OTHMAN
Perpaduan
- sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh
masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta
perasaan cinta & banggakan tanah air.

Integrasi
- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan
& ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik
dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu
kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu
proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm
kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan,
sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi:
1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi & sosial antara wilayah

2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi


antara kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan


4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui
program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)

5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg


bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani & sosial

6. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah


sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat
kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah
kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu
amalgamasi

Konsep Segregasi
- merupakan pemisahan & pengasingan antara satu
kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm
sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,
sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau sebaliknya.
Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta menghormati norma & nilai
kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya

- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok


yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan /
mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman damai baik untuk sementara atau untuk
selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini
membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat
meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.
- Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan &
mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana


setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya
mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai
bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan
secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk


menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu
dasar amat bergantung kepada sikap golongan
pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.
Konsep Akulturasi
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan
daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.
Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan
yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza
dalam satu jangka masa yg berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu
atau kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan
yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok
adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya,
sosial dan psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg
bersifat kebendaan.
Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan
supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan
penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam
kelompok lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok
berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm
kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak
atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan
etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg
erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi
suatu tempoh yg lama.

- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa


faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain.
3. Terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik.
- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz
kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan
minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya
lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan
minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg
mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi
yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali
agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.
- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat
Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi
bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku
dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi
- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan
pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui
perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang
lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan
etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg
terhasil drp penyatuan A, B dan C.
- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini
berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat
demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa
mereka (jarang berlaku).
Rumusan
Konsep perpaduan dan
integrasi

Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi


BIBLIOGRAFI
• http://
hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-perpaduan-da
n-integrasi.html
• http://
www.scribd.com/doc/10302206/Hubungan-Etnik-Di-Malaysia-
Secara-Umum
• http://www.scribd.com/doc/26346918/hubungan-etnik
SEKIAN TERIMA KASIH…

You might also like