You are on page 1of 26

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KURSUS SIMPANKIRA DI KALANGAN PELAJAR
PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP
(UPSI)

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang sejarah
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan
dan kepentingannya kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Seterusnya
pengkaji menjurus kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan yang menjadi fokus kajian ini.
Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan berserta dengan objektif kajian,
Hipotesis Kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka konseptual, Definisi
Operasional dan Kesimpulan.

1.1 Latar Belakang Kajian


Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat
semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia
tanpa sempadan (globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan
dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang
berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya
mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK

1
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi.

Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya


dilihat suatu yang positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat
berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian
masih ada golongan atau pihak yang memandang remeh dan tidak mengendahkan
perkara ini kerana mereka beranggapan penggunaan TMK tidak penting dalam
kehidupan harian. Dalam usaha mengikis tanggapan negatif segelintir masyarakat,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen satu rumah satu
komputer serta membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer.
Ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus
teknologi yang serba canggih.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah


awal dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam
usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan
generasi muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari,
komputer dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian
Great For Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan
generasi akan datang yang diharap dapat menjadi generasi celik TMK yang
cemerlang. Maka dengan itu, wujudlah istilah pendidikan dan TMK yang sering
dilaung-laungkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan
kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:

‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat


kerajaan untuk memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
dalam pendidikan’

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga dilihat telah banyak


mengaplikasikan penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P
yang dijalankan di UPSI masih menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan
dan tutorial namun TMK memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar
dan belajar yang serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan ’Paper &
Chalk’. Coleman dan J. Nicholas et. al(1998), berpendapat teknologi yang
digunakan adalah sebagai alat bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti

2
guru, pensyarah, pengajar atau pelajar. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK
dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan
bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Sehubungan dengan itu, kajian ini
bertujuan membincangkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup di UPSI.

1.2 Penyataan Masalah


Teknologi Maklumat boleh memberikan impak signifikan terhadap keberkesanan,
kecekapan dan produktiviti di dalam aktiviti yang dijalankan. Pada pendapat
pengkaji, faktor-faktor tertentu dapat mempengaruhi keberkesanan tersebut.
Antaranya ialah pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Dalam faktor pengurusan, pengkaji memfokuskan kepada kecekapan


pengurusan Fakulti Perniagaan dalam mengendalikan kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan yang ditawarkan kepada pelajar Program Kemahiran Hidup
dan aktiviti yang lain bagi memastikan setiap pelajar Kemahiran Hidup mampu
memperoleh pengetahuan tentang teknologi maklumat. Menurut Nasrollah Ahadiat
(2005) dalam jurnal ‘Factors that May Influence or Hinder Use of Instructional
Technology Among Accounting Faculty’, Association to Advance Collegiate Schools
of Business menyatakan pentauliahan memerlukan teknologi pengajaran yang
bersesuaian yang disediakan oleh fakulti perniagaan.(AACSB International,1993).

Selain itu, penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains


dan teknologi maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para
pensyarah seperti mempelbagaikan alat bantu mengajar (ABM), merekod serta
menyimpan maklumat pelajar dan sebagainya. ABM yang berasaskan TMK dapat
meningkatkan minat pelajar di samping meningkatkan kefahaman pelajar. Namun,
Norazen, Hassan dan Mohd Ruzman dalam kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah
Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’, menyuarakan terdapat
satu cabaran penting yang perlu dihadapi iaitu kesediaan dan kompetensi
pensyarah mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi maklumat dalam
pengajarannya. Dalam erti kata lain, faktor pengetahuan dan kemahiran pensyarah
atau tenaga pengajar menyampaikan ilmu pengetahuan turut menjadi ukuran

3
kepada keberkesanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan pelajar
Program Kemahiran Hidup.

Seperti yang kita sedia maklum pelajar Universiti merupakan kumpulan


pelajar yang perlu menghasilkan pelbagai bentuk tugasan yang ditentukan oleh
pensyarah sepanjang pengajian mereka. Pelajar Program Kemahiran Hidup yang
mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan juga tidak terkecuali
menghadapi situasi sebegini. Dalam jangka masa yang terhad mereka perlu
menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pada hari ini, sekiranya
para pelajar menggunakan teknologi komputer, khususnya perisian seperti Microsoft
Word, Excel, PowerPoint Presentation, SPSS, UBS Accounting dan sebagainya
sudah tentu tugasan mereka dapat disiapkan dengan cekap, pantas dan tepat.
Dalam kajian ‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A
Dynamic Information Technology Environment’ oleh Kathie Cooper dan Vivienne
Coomb (2004), teknologi ‘Computerized Assessment’ dalam Computer Managed
Learning (CML) membolehkan pelajar merekodkan urusan kemasukan jurnal,
lembaran kerja dan penyata kewangan. Justeru itu, faktor teknologi juga dilihat
mampu memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanannya di
kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan.

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian


mengenai keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di
kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup perlu dijalankan. Kajian ini perlu
dijalankan bagi memastikan keempat-empat faktor yang dinyatakan benar-benar
dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

1.3 Objektif Kajian


Di dalam objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor-faktor yang
terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar
Program Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-
objektif berikut :

4
1.3.1 Untuk mengenalpasti peranan TMK dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

1.3.2 Untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan TMK dapat meningkatkan


keberkesanan pengurusan yang ditawarkan kepada pelajar Kemahiran Hidup oleh
Fakulti Perniagaan.

1.3.3 Untuk melihat hubungan di antara penggunaan teknologi maklumat dengan


keberkesanannya dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

1.3.4 Untuk menilai tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi serta
korelasinya dengan penggunaan TMK di kalangan pelajar kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan bagi Program Kemahiran Hidup.

1.3.5 Untuk melihat adakah kemahiran penggunaan teknologi yang mencukupi di


kalangan pelajar Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan dapat menyumbang kepada keberkesanan penggunaan TMK dalam
pembelajaran.

1.4 Hipotesis Kajian


Beberapa hipotesis telah dibangunkan bagi menjawab persoalan yang akan dikaji
untuk mengetahui keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran Kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar
UPSI:

1.4.1 Pengurusan fakulti yang efisien dan sistematik akan memberi kesan positif
terhadap keberkesanan penggunaan TMK di kalangan pelajar.

1.4.2 Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang TMK akan membantu


meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.4.3 Kemahiran yang ada dalam penggunaan TMK dapat meningkatkan


keberkesanan pelajar khususnya dalam mengendalikan peralatan teknologi.

5
1.4.4 Teknologi dapat memudah dan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

1.5 Kepentingan Kajian


Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian
berkenaan berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan
selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu.
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan
pelajar Program Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam
kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputi aspek pengurusan, pengetahuan,
kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini dianggap sebagai tunjang utama kepada
pengkaji bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan
khususnya di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup dapat ditingkatkan.
Justeru itu, dengan adanya kajian seumpama ini, diharapkan ia dapat menarik
pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia, pihak
Institusi Pengajian Tinggi, pensyarah dan pelajar bagi bersama-sama memperbaiki
kelemahan di samping mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada bagi
mempersiapkan diri pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan yang lebih
kompetitif dan mencabar pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kajian ini juga berguna kepada pihak institusi pendidikan
untuk memberi penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek bagi
mengoptimumkan penggunaan TMK seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Seterusnya, kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan
pensyarah, pelajar dan institusi pendidikan tinggi tentang betapa pentingnya TMK
untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, hasil kajian ini
diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis
panduan yang berguna kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi
pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan
kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap
keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa
bagi manfaat pada masa hadapan.

6
1.6 Batasan Kajian / Skop Kajian
Menurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian memberitahu tentang had-had
atau ‘kekurangan’ kajian. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada
perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-
batasan kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta
masa kajian yang digunakan. Tempat kajian yang dilakukan adalah di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Kajian ini hanya terbatas
kepada pelajar-pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan sahaja bagi semester empat. Bagi semester
tersebut, pengkaji akan memilih 60 orang pelajar daripadanya secara rawak untuk
dijadikan sampel kajian. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah
sebanyak 60 orang responden sahaja.

Selain itu, terdapat faktor lain yang boleh digunakan bagi mengukur tahap
keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan. Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan
kepada beberapa aspek iaitu aspek pengurusan, pengetahuan, teknologi, dan
kemahiran.

7
1.7 Kerangka Konseptual

Faktor
Faktor Faktor
Faktor
Pengurusan
Pengurusan Teknologi
Teknologi

Keberkesanan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar
Program Kemahiran Hidup

Faktor
Faktor Faktor
Faktor
Pengetahuan
Pengetahuan Kemahiran
Kemahiran

Rajah 1 : Modifikasi Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Teknologi


Instruksional

Berdasarkan kepada rajah di atas, empat faktor diatas menjadi fokus dalam kajian
ini, iaitu faktor pengurusan, faktor kemahiran, faktor teknologi dan faktor
pengetahuan. Pernyataan masalah dan Objektif kajian berdasarkan kepada rajah
diatas. Faktor diatas akan diterangkan dalam bab seterusnya.

8
1.8 Definisi Operasional
Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan ditakrifkan sebagai
perihal berkesan, atau berkesannya sesuatu tindakan atau perubahan; sesuatu
tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Manakala,
penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal perbuatan atau kegiatan
menggunakan sesuatu. Selain itu, menurut Kamus Dewan juga pengajaran
bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar
seperti cara atau sistem mengajar.

Ahmad Fuad (2003), dalam kajian ‘Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah
Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)’ oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), menyatakan
dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian
elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan
menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Ting Kung Shing (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-


Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ pula, menyatakan pembelajaran elektronik
atau lebih dikenali sebagai e-learning adalah merupakan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi bagi memudahkan cara pembelajaran. Dalam kajian itu
juga pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku hasil
daripada pengalaman yang menyebabkan seseorang menghadapi situasi sesudah
itu dengan cara yang berlainan (Gagne, 1970). Dalam kajian yang sama juga
Morgan (1995) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku dari
segi perasaan, pemikiran dan tindak balas kesan daripada pengalaman yang
berlaku pada pelajar melalui sistem pendidikan secara formal di sekolah.
Seterusnya, Eh (1994) dalam kajian tersebut, berpendapat pembelajaran dikatakan
telah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan
baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya.

Selain itu, Ting Kung Shin (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-


Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’, mentakrifkan E-
pembelajaran sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan

9
maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui
Internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih
berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin,
2000). Seterusnya dalam kajian yang sama Victor Jeurissen (2004) mendefinisikan
e-pembelajaran sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran
yang dapat menukarkan cara seseorang dan juga organisasi memperolehi
kemahiran dan menambah pengetahuan yang baru. Bagi beliau pembelajaran
merupakan satu kerja secara berkumpulan yang melibatkan pertukaran
penggunaan maklumat iaitu berinteraksi secara perseorangan atau di dalam
kumpulan.

1.9 Kesimpulan
Di dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan latar belakang Teknologi Maklumat dan
komunikasi dalam bidang pendidikan di Malaysia serta hubungan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pelajar IPT. Seterusnya, beberapa isu yang wujud dalam mempengaruhi
keberkesanan penggunaan teknologi turut dikemukakan bagi menyokong
permasalahan kajian ini. Tumpuan diberikan kepada empat faktor utama yang
menyumbang kepada keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Akhir sekali
pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, batasan yang dihadapi dan kerangka konseptual. Pengkaji turut
menjelaskan beberapa istilah dalam kajian ini supaya tidak berlaku kesilapan
tafsiran terhadap beberapa perkataan dalam tajuk penyelidikan ini.

BAB 2

10
TINJAUAN PUSTAKA

Pengenalan
Di dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Tinjauan
kajian memberi tumpuan kepada empat faktor utama iaitu pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Di samping itu, pengkaji juga cuba
mengenal pasti faktor-faktor lain yang dapat menyumbang kepada fokus kajian yang
dijalankan.

2.1 Kajian Keberkesanan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara efisien, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Pada abad ke 21, kepentingan menguasai kemahiran TMK
dilihat sebagai satu perkara yang amat penting kepada sesebuah institusi
terutamanya institusi pendidikan. Keupayaan setiap individu dalam menguasai
penggunaan TMK dapat membantu mengharungi dunia ledakan maklumat yang
semakin pantas. Justeru, pendedahan kepada alam perkomputeran perlu dilakukan
pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran

11
dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Bagi
menyahut cabaran ledakan TMK, semua pihak tidak terlepas untuk merealisasikan
cabaran ini kerana penggunaan TMK yang efektif akan dapat menyumbang kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,
pengkaji berpendapat terdapat faktor-faktor utama yang dapat membantu
meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini dibuktikan melalui pembacaan kajian-kajian penyelidik yang lepas
yang mana faktor-faktor keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

2.1.1 Keberkesanan Dari Aspek Pengurusan


Merujuk kepada artikel ‘Applications Of Technology In Accounting Education And
Analysis Of Its Use Among Faculty’ yang ditulis oleh Nas Ahadiat, terdapat
sebilangan badan-badan professional yang telah meminta supaya pihak fakulti
menggunakan teknologi dalam kursus yang disediakan. Berdasarkan The
Association to Advance Collegiate Schools of Business (1993), di dalam artikel ini
juga meminta pihak fakulti menyediakan serta menggunakan teknologi instruksional
yang bersesuaian. Penggunaan TMK juga didapati boleh mengesan sebarang
kesilapan ‘human errors’. Ini bukan sahaja membolehkan tugas–tugas perakaunan
dilakukan dengan cekap, malah lebih tepat dan jitu.

Walau bagaimanapun, hasil kajian jurnal ‘Factors that May Influence or


Hinder Use of Instructional Technology among Accounting Faculty’ oleh Nasrollah
Ahadiat (2005) mendapati pihak fakulti kurang memberi penekanan berkaitan
penggunaan teknologi. Ini adalah berpunca daripada kekurangan masa dan minat
terhadap teknologi, bahan kursus yang tidak relevan, ketiadaan peralatan serta
perisian teknologi yang terkini, kurangnya sokongan dari aspek pentadbiran dan
aspek teknologi. Maka, pentadbiran universiti atau pengarah program harus
berikhtiar mencari langkah-langkah yang terbaik untuk memberikan kemahiran
komputer dan teknologi keseluruhannya kepada semua pihak seperti staf akademik
dan pelajar. Di samping itu, sokongan dari pihak pentadbiran juga amatlah penting
dalam menyalurkan tahap teknologi yang sebenarnya kepada pihak fakulti.

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Rohaila, Faridah dan Norasmah


(2007) dalam jurnal ’Kesan Strategi Pembelajaran Pengalaman Terhadap
Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan’, mendapati

12
kelemahan graduan dalam mempamerkan kompetensi yang diharapkan terhadap
diri mereka menyebabkan banyak pihak yang menuding jari kepada pihak Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak fakulti
supaya inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran diberikan perhatian sewajarnya
agar pembangunan kompetensi pelajar dijadikan sebagai agenda utama. Bidang
pendidikan yang dianggap tunjang dalam pembangunan modal insan perlu diberi
perhatian. Induk kepada pendidikan iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran
haruslah menjurus ke arah menyediakan pelajar agar dapat menjadi tenaga kerja
yang bertaraf antarabangsa dalam semua bidang kerjaya dan mampu bersaing
dalam pasaran kerja tempatan dan global.

Di samping itu, Suryanti Awang (2008) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan
Cabaran Dalam Pendidikan’, menjelaskan bahawa terdapat juga universiti di
Malaysia yang menyediakan nota atas talian (online notes) kepada pelajarnya. Para
pelajar perlu ke laman yang disediakan dan memuat turunkan nota berkenaan.
Sesetengah universiti membenarkan sesiapa sahaja yang melayari laman
berkenaan untuk mencapai nota yang disediakan dan ada juga yang hanya boleh
dicapai oleh para pelajar mereka sahaja dengan menyediakan kata laluan dan kata
kunci. Terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk
membaca buku elektronik atau nota atas talian. Laman tersebut juga menyediakan
nota pensyarah secara percuma. Pengguna boleh memasuki laman tersebut untuk
melihat kandungan buku elektronik berkenaan dan memuat turunnya dalam bentuk
PDF.

Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, penggunaan TMK dapat membantu


meningkatkan keberkesanan sesebuah pengurusan kerana TMK dikatakan sebagai
alat pemudah komunikasi yang membolehkan pelajar dan pihak tertentu daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai
bentuk.

2.1.2 Keberkesanan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran

13
Merujuk kepada artikel ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman pula,
pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan TMK dapat
membantu meringankan beban tugasan di kolej. Kelebihan seseorang pensyarah
dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam
pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk
menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar
berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu
sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Pengkaji
berpendapat adaptasi TMK dalam proses pengajaran pensyarah dapat
meringankan beban tugas pensyarah yang semakin mencabar dewasa ini. Justeru
itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting yang perlu
direalisasikan oleh para pensyarah selaras dengan apa yang terkandung di dalam
misi reformasi pendidikan negara.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi pengajaran


memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu pengetahuan dapat
disampaikan kepada setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing.
Teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam pengajaran juga dapat
memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta
meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Oleh
yang demikian, bagi melaksanakan tugas ini pensyarah seharusnya bijak dan kreatif
mendidik serta merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan dengan
jayanya melalui bantuan TMK ini.

Berdasarkan kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT


Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd
Ruzman, pensyarah atau tenaga pengajar perlu menguasai seberapa banyak
pengetahuan dan kemahiran seiring dengan keperluan semasa mengikut
kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kajian ini menunjukkan kebanyakan
pensyarah mempunyai sikap positif terhadap komputer dan ICT apabila hasil kajian
yang diperolehi memberikan perbezaan min yang ketara iaitu 0.81 berbanding 0.00.
Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran pensyarah adalah kompeten terhadap
penggunaan komputer. Menurut Gage dan Berliner (1984) dalam kajian ini juga
sikap positif terhadap penggunaan komputer merupakan faktor penting dalam
meningkatkan motivasi pengajaran dan pembelajaran.

14
Di samping itu, menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor
Watee Rahman (2008) dalam artikel ‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Melalui IT Di Peringkat Universiti’, mendapati hasil kajian yang dijalankan melalui
temu bual dengan responden (di kalangan pensyarah) dalam keberkesanan
penggunaan IT dapat dilihat berdasarkan kepada Academic Evaluation System
(AES). Melalui AES pensyarah akan dinilai oleh pelajar mereka pada setiap
semester dan penilaian tersebut akan diakui sah sekiranya jumlah pelajar melebihi
daripada 100 orang maka peratus penilai haruslah lebih 50 peratus. Seramai 70
peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa AES mereka semakin
menunjukkan kemajuan hasil penggunaan IT di dalam kelas.

Menurut Campeau dan Higgins (1995), dalam kajian ‘Penggunaan E-


Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ yang ditulis oleh Ting
Kung Shiung (2007), pengguna yang mempunyai tahap kecekapan diri yang tinggi
akan kurang mengalami halangan ketika menggunakan e-pembelajaran. Menurut
Eastin & LaRose (2000) dalam kajian tersebut juga seseorang yang memiliki tahap
kecekapan diri terhadap Internet yang kurang akan merasa tidak yakin terhadap
kebolehan beliau mengakses Internet dan tidak cekap dalam menggunakan
kemahiran tersebut dalam kehidupan.

Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk meramalkan


kecekapan diri seseorang menggunakan komputer. Tsai et al. (2001) dalam kajian
‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting
Kung Shiung (2007), mendapati pengetahuan sedia ada seseorang menggunakan
Internet akan mempengaruhi sikap seseorang pelajar terhadap internet. Pelajar
yang berpengetahuan menggunakan internet mempunyai sikap yang positif
terhadap Internet begitu juga dengan penggunaan komputer. Menurut Tsai et al.
(2001) dalam kajian tersebut, pengetahuan membantu pengguna mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap Internet terutama kepada seseorang yang mempunyai
sikap bimbang dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.

Menurut Tina dan Lim Swee Kim (2004) dalam kajian bertajuk ’Kesan Efikasi
Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi

15
Maklumat dan Komunikasi (ICT)’ yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani,
Mohamad Zohir et al (2005), pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P
membolehkan pelajar bersikap aktif dalam pencarian maklumat dan membina
pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang
menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa
dan jarak.

2.1.3 Keberkesanan Dari Aspek Teknologi


Menerusi kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan Dari
Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’ oleh Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud
dan Faizah Ahmad, Hansman dan Wilson (1998) mengatakan bahawa komputer
merupakan alat yang membolehkan para pelajar menguasai proses penulisan
dengan lebih mudah berbanding kertas dan pen. Walaupun pada peringkat
permulaan, komputer berfungsi sebagai mesin taip untuk menaip draf akhir sahaja,
lama-kelamaan komputer menggantikan pen dan kertas sebagai alat menulis.
Komputer dikatakan sebagai alat menulis dan dapat membantu mewujudkan
suasana kerjasama sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan teknologi.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam


kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek
Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat
komputer juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar
dapat menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu
melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000)
menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu
lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam
kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga
menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk
pengajaran dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.

Selain itu, kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman,
mendapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat
serta merangsang minda para pelajar dan diakui sebagai pemangkin kepada proses
pengajaran dan pembelajaran (Kamps,1994; Slavin,1995; Jonassen,1996;
Mackenzie & Jansen,1998; Heinich et al,1999). Antara teknik yang boleh digunakan

16
bagi mempelbagaikan penyampaian ialah penggunaan perisian Ms PowerPoint
Presentation yang dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk grafik, animasi,
warna, suara dan video. Alat-alat teknologi yang digunakan secara efisien dan
efektif bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk menguasai
pelajaran dengan mudah malah dapat memotivasikan mereka untuk berfikir secara
kreatif (Budin, Kendall & Lengel, 1986).

Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang bertajuk
‘Penggunaan Perisian Komputer dan LCD Sebagai Bahan Bantu Mengajar dan
Pemudahcara’, turut menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti perisian
komputer iaitu PowerPoint dan Excel serta penggunaan LCD sebagai bahan bantu
mengajar perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat
pelajar untuk menguasai kemahiran IT. Melalui hasil kajian itu, beliau telah dapat
mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian komputer dan LCD dalam
subjek tersebut. Ini dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kemahiran pelajar
setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan perisian serta
LCD dalam merekod dokumen perniagaan.

Kajian ‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to


A Dynamic Information Technology Environment’ yang ditulis oleh Kathie Cooper
dan Vivienne Coomb (2004) pula melihat kepada beberapa teknik dalam
penggunaan teknologi kepada para pelajar. Sebagai contoh, salah satu teknik
dalam Computer Managed Learning (CML) iaitu computer based assignment
membolehkan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan menyiapkan
tugasan seperti penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar, imbangan duga, kunci kira-
kira dan penyata kewangan.

Irfan Naufal Umar (2004) menerusi kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-


Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007) pula
mendapati penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-
pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan
perbandingan global; serta membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan
disebarkan dengan mudah.

17
Hasil kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar
Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)
Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007) terhadap 306 orang responden
menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 81.4% responden menyatakan bahawa e-
pembelajaran adalah berguna untuk pengajian mereka. Sebanyak 15.4% orang
responden tidak pasti sama ada e-pembelajaran berguna atau sebaliknya terhadap
pengajian mereka. Manakala, hanya 3.3% responden yang mengatakan e-
pembelajaran tidak berguna untuk mereka. Ini bermakna e-pembelajaran telah
diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk menyokong kelemahan yang
terdapat dalam sistem pendidikan yang lama.

Menurut Wallace (1999) dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-


Efficacy and Computing Experience of Professional Accounting Students’ yang
ditulis oleh Ming-Ling Lai (2008), menjelaskan bahawa mata pelajaran yang lebih
menekankan kepada pembacaan dan pemahaman seperti dari jabatan social and
Human Science (SAHS) yang merangkumi, Psikologi, Moral dan Etika, Pengajian
Islam, Malaysia Studies, dan pembangunan Manusia, 75 peratus memberikan
reaksi positif terhadap keputusan AES mereka apabila mereka menggunakan
banyak gambar dan animasi di dalam kelas berbanding hanya menggunakan white
board dan juga transparensi sahaja. Di samping itu juga, komen daripada pelajar
melalui AES menyatakan mereka sangat berpuas hati sekiranya pensyarah atau
pengajar dapat menggunakan pendekatan IT di dalam kelas. Ini disebabkan oleh
persembahan yang berwarna warni dan penuh emosi bukan sahaja dapat
membantu penghayatan pelajar, bahkan juga cara penyampaian pensyarah menjadi
lebih yakin dan bersemangat.

Menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman
(2008), dalam artikel yang bertajuk ‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Melalui IT di Peringkat Universiti’, hasil daripada pemerhatian dan temu bual ke atas
pensyarah yang tidak mengkhusus di dalam bidang IT juga turut memberikan reaksi
yang positif (70 peratus) terhadap kemahiran mereka mengendalikan komputer,
aplikasi komputer dan internet. Para pensyarah boleh memuat naik nota mereka ke
dalam MMLS sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan khidmat juruteknik atau
pensyarah komputer untuk memuat naik nota-nota mereka. Nota-nota tersebut
bukan hanya dalam bentuk Ms words bahkan juga menggunakan perisian terkini

18
seperti flash. Dengan kemudahan MMLS juga mereka boleh berbual melalui chat
room dengan pelajar dan memuat naik markah.

Dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing


Experience of Professional Accounting Students’ oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace
(1999) melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perlu beratur
di bilik pensyarah atau merasa kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini
berikutan 80 peratus memberikan respon positif ke atas kecanggihan IT pada masa
sekarang yang membantu para pelajar menggunakan talian komunikasi sebagai alat
hubungan untuk mendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai
contoh khidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajar
menerima data seperti gambar, email, penggunaan Internet dan Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT: Senario
dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran
memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu dan
maklumat kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran
ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat yang tidak terhad
disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi tinggi untuk
meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan
universiti terutamanya Universiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai
satu kaedah pembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran
dimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagi memudahkan pelajar mencapai
maklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun mendapatkan markah.

Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’
oleh Suryanti Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuan utama yang
menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi, antaranya
termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada
pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif
bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang
pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu
belajar, institut atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.

19
2.2 Kesimpulan
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan
bahawa aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah faktor-
faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Maka,
pengkaji terdorong untuk mengadakan kajian terhadap empat faktor tersebut ke
atas pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris bagi memastikan faktor-faktor tersebut mempunyai hubungan signifikan
yang amat positif dengan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran.

BAB 3

20
METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah
Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan
maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang,
rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data
secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan
meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan
membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan
sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah
digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta
penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan
dijalankan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

21
Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya,
rekabentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek
penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak
dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber
maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi.
Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan
memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan
masalah yang ingin diselesaikan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan
diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd. Majid Konting, 2005). Reka
bentuk kajian ini dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau data-data
tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat
kuantitatif dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada
ketekalan maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga
lebih cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam
menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif.
Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat
mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan
pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang
pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting,
2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh
ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan perolehi adalah
bersifat empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen
yang kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan
direkodkan.

Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat
dihasilkan namun data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga
sesuai digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat
kenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999).
Justeru, pengkaji menyelaraskan teknik tinjauan terlebih dahulu untuk menentukan
cara dan alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal dengan mengambil kira

22
beberapa kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan organisasi
tempat kajian dijalankan.

Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat


untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif
digunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai
sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat
untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk
penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal
sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu
faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa (Mohd Majid
Konting, 1993:96).

Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing,


secara umumnya boleh dibezakan antara teknik yang dipilih oleh penyelidikan
kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Dalam penyelidikan ini borang soal selidik
digunakan telah digunakan untuk mengambilkira keberkesanan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mana ia menjurus
kepada objektif kajian ini. Amir Hasan Dawi (2006), berpendapat teknik
menggunakan borang soal selidik mempunyai kelebihan dan kekurangan. Teknik
soal selidik dapat merangkumi jumlah sampel yang ramai, lebih cepat dan sesuai
untuk soalan-soalan yang sensitif. Namun penyediaan soalan-soalan mungkin
memakan masa, tidak dapat mencungkil data secara mendalam dan kemungkinan
sampel tidak mengisi borang soal selidik berkenaan.

3.2 Populasi Dan Persampelan


Sebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah
satu kumpulan perkara yang mengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri yang
dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar
Harun dan Nawi Abdullah, 2004:52). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah
persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Dalam kaedah ini
kebiasaannya dengan menggunakan nombor rawak atau angka rawak sama ada
bercetak atau digunakan secara elektronik. Teknik ini dipilih kerana jumlah populasi
yang sedikit dan mempunyai variasi yang kecil di antara unit-unit dalam populasi. Ini

23
bermakna perbezaan yang terdapat antara ahli dengan ahli yang lain adalah tidak
ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-
ciri populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian ini di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Populasi kajian adalah
pelajar yang mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan
pelajar Program Kemahiran Hidup di universiti tersebut dan sampel kajian terdiri
daripada pelajar Program Kemahiran Hidup yang berada dalam semester empat
yang pernah mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakauan. Saiz sampel
bagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dalam semester
yang dinyatakan. Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 60
orang pelajar dari Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan.

3.3 Instrumen Penyelidikan


Instrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal
selidik yang ditadbirkan kepada 60 orang pelajar Program Kemahiran Hidup yang
mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Sebanyak 60 set soal selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik
merupakan alat untuk mengumpul data bagi penyelidik sains sosial. Soal selidik
sebenarnya tidak lebih daripada satu borang yang dibentuk khusus untuk mengisi
maklumat yang diberikan oleh setiap responden dalam temu bual (Ahmad Mahdzan
Ayob, 2005). Bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama hendaklah
digunakan untuk semua responden. Ini bagi memastikan keseragaman dalam
jawapan yang diberikan. Keseragaman bermaksud semua mereka memberi
jawapan yang sama, tetapi jawapan itu diletakkan di ruang yang sama bagi
membolehkan pemprosesan data melalui komputer. Soalan itu juga dikemukakan
mengikut urutan yang sama (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005).

Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-
soalan yang terdapat di dalam jurnal dan kajian yang dikaji oleh pengkaji. Soal
selidik tersebut terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi
maklumat responden yang terdiri daripada 4 soalan yang berbentuk nominal iaitu
yang berkaitan diri responden mengikut jantina dan opsyen. Bahagian B, C dan D

24
ialah soal selidik berkenaan empat faktor yang diandaikan oleh pengkaji yang dapat
mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di
kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup seperti pengurusan, pengetahuan,
kemahiran dan teknologi.

Bahagian B soal selidik ialah bagi faktor yang pertama iaitu pengurusan oleh
fakulti dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di kalangan pelajar Progaram Kemahiran Hidup. Bahagian ini adalah
soalan berbentuk ‘checklist’ di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan
sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap pernyataan yang telah diberikan. Bahagian C
pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor kemahiran dan pengetahuan. Di
bahagian ini pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan kemahiran dan pengetahuan
para pensyarah serta pelajar terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus ini. Dalam kajian soal selidik bahagian C ini pengkaji
menggunakan kod skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :

Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:

Sangat Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju


tidak setuju
1 2 3 4 5

Jadual 1 : Kod skala likert

Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 14 soalan yang berkisarkan faktor


teknologi. Di bahagian ini responden perlu membuat pilihan berdasarkan penyataan
yang diberikan sama ada teknologi menjadi penghalang atau tidak kepada mereka
untuk menggunakan TMK.

3.4 Kaedah Analisis Data


Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis
dahulu bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab
persoalan kajian.

25
Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis
secara prosedur statistik deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalisis menggunakan
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

3.5 Prosedur Kajian


Prosedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh pengkaji untuk
melaksanakan kajian dari awal hingga kajian berakhir. Ini termasuklah menyediakan
cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis data serta
menyediakan laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu diperjelaskan
secara terperinci dan satu persatu. Untuk menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur
kajian adalah seperti berikut:
i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.
ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektif
iii. Mencadangkan hipotesis
iv. Menyediakan instrumen kajian
v. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan
maklumat daripada soal selidik yang diedarkan.
vi. Menulis laporan akhir kajian.

3.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya pengkaji menjelaskan tentang kaedah penyelidikan yang
digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen
penyelidikan, kaedah menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedah ini
dilakukan secara berturutan bagi memudahkan pengkaji mencapai objektif kajian ini.

26

You might also like