You are on page 1of 4

Konfusianisme

Ia diasaskan oleh Kung-Fu-Tze yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. di Tsou dan
berasal dari keturunan bangsawan. Beliau menerima pendidikan dalam bidang
muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang
guru dan mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan murid-
muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu wilayah yang lain. Beliau
yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati antara
manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar
jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka menjadi
pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang
mahukan pengikut-pengikutnya menjadi “rounded man” yang boleh digunakan
oleh negara dan masyarakat. Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam
jenis ilmu pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran
pendidikan bagi menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai
Junzi. Junzi merupakan seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren.
Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk
menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah:

1. tidak merasa resah, pilu atau takut


2. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan,
melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat
3. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak
membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat

Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman
damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain.
Kung Fu Tze mahu menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anak-
anak muridnya, dengan sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah
seorang transmitter dan bukannya originator.
Kung Fu Tze merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme atau Ju Chia
adalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama. Schwartz (1971)
menyatakan bahawa Konfusianisme mempunyai kedudukan yang unik dalam
sejarah China. Doktrinnya dianggap sebagai official philosophy di negara China.
Banyak pandangan sarjana tentang Konfusianisme sama ada ianya merupakan
sebagai satu agama atau aliran pemikiran falsafah atau etika. Osman Bakar
(1997) menyimpulkan, konfusianisme boleh dianggap sebagai satu agama, kerana
agama adalah juga falsafah seperti yang dirujuk kepada pemikiran Falsafah al-
Farabi, al-Kindi dan lain-lain. Bagaimanapun, Yves Regun (2000) berpendapat
bahawa Konfusianisme hanyalah satu falsafah tentang kehidupan yang
berpaksikan kepada konsep ren. Konfusius menurutnya tidak mendirikan satu
agama.
Didsbury (1994) pula melihat falsafah Konfusianisme tidak berminat dalam soal
metafizik, pemikir mereka seperti Konfisius, Mencius (371 S.M-289 S.M) dan
lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial, politik dan pendidikan.
Mereka lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung
dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai.
Dengan sebab itu, amat sukar mengkaji pandangan Konfusianisme dalam
masalah metafizik, Ketuhanan dan kehidupan selepas mati. Perkara inilah
menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan agama
lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan
menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi
lebih banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila
ditanya tentang kematian oleh muridnya, Konfisius menjawab “jika kita tidak
tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian”. Begitu
juga beliau pernah berkata “kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada
manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada ruh?”.
Prof. Y. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu
bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi
Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini
dan sekarang. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia
adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Konfusianisme
memfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang
dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau mahu satu
masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan
individu yang betul adalah “let ruler to be ruler, the minister minister, the father
father and the son son “. Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas
dan tanggungjawab masing-masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu
hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masing-
masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula
diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan
kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah
“one who, desiring to sustain himself, sustains others, and desiring to develop
himself, develop others”.
Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain, Konfusius mengajarkan
supaya seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat
kebaikan atau kejahatan kepada orang lain. Justeru itu, Konfusius mengingatkan
“do not to do others what you do not wish yourself”. Konfusius juga berpegang
kepada konsep ming atau takdir. Seseorang yang mengetahui ming, bermakna dia
mengetahui pekara-pekara yang tidak tidak dapat dielakkan di dunia ini. Dengan
itu, dia akan bebas dari kebimbangan dan duka nastapa, dan dia akan
memperolehi kegembiraan. Kata Konfusius; “the superior man is always happy,
the small man sad”
Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya
seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui
susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great
Learning dan lain-lain. Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak
mengandungi oder sosio-politik yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik,
ritual, perayaan dan etika. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan
kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya yang utama adalah konsep
terhadap keluarga, social propriety dan solidariti.
Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara
pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat
dengan sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan
berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep
etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Bagi
Konfusius, nilai hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik
hati dan anak harus berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri
ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan
suami, hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus
bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk dan hormat.
Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti bersifat kemanusiaan dan
rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman.
Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme mengemukakan konsep
pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan. Konfusius menekankan
pemerintahan berdasarkan zhen ming (nama yang betul), pendidikan akhlak,
kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip social dan
undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa system
pendidikan (Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Pemerintah yang menggunakan
kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai
pemerintah. Menurut Konfusius; “tugas kamu adalah untuk metnadbir,
bukannya untuk membunuh” (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui
contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri
mereka sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan
menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Kata Konfusius:

“jikalau kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya
tanpa paksaan; jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun
mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan
menurutnya” (Lun Yu).

“jikalau kelakuan seseorang itu adil dan jujur, maka dia tidak akan menghadapi
sebarang masalah ke atas pemerintahannya; jikalau tidak boleh
menyempurnakan kelakuan sendiri, bagaimana hendak membetulkan kelakuan
rakyat” (Lun Yu).

Kung Fu Tze juga mengigatkan pemerintah supaya berhati-hati memilih


pegawainya iaitu dengan tidak mengambil mereka yang hanya pandai bermain
lidah dan berpewatakan memikat dan mengampu.
Kung Fu Tze melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan
dan Jun Zi. Peranan Jun Zi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan
mentadbir manusia. Peranan Shi (bakal Jun Zi) adalah pembantu kepada Jun Zi
dan penglibatan dalam pelajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses
pembelajaran ada empat ciri utama yang ditekankan oleh Kung Fu Tze iaitu
banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali.
Beliau turut menekankan sifat jujur dalam pembelajaran, beliau berkata dalam
Lun Yu “ketahui katakan ketahui, tidak ketahui katakan tidak ketahui, itu adalah
ilmu pengetahuan” (Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Orang budiman (Jun Zi)
menurut Kung Fu Tze adalah mereka yang hidup aman damai, tidak sombong
dan tidak menghina orang. Orang yang hina, sombong dan menghina orang
hidup mereka tidak akan senang (Lun Yu).

You might also like