You are on page 1of 31

KURSUS

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1


(EDU3046)

TAJUK: Model Inkuiri

HARI DAN MASA : Khamis(11:00-1:30) & Jumaat (8:00-11:00)

NAMA NO. MATRIK


SITI ‘AISYAH BINTI ARZMI D20081032523

TAN YEW KING D20081032518

ANTONIO WILLIAM MIKE ANAK D20081032547


ZAMAN
SAING ANAK GALAU D20081032537

PROGRAM : PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31)

NAMA PENSYARAH :
ENCIK HAIRUDDIN BIN HARUN
PENGENALAN

Definisi Inkuiri

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena
yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, pelajar menerangkan objek ataupun proses, menyoal,
menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan, dan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan
ataupun penyelesaian. Inkuiri saintifik merujuk pada pelbagai cara yang digunakan oleh ahli
sains bagi mengkaji alam semula jadi dan mencadangkan penjelasan berasaskan bukti hasil
daripada daya usaha mereka. Inkuiri di dalam kelas sains merujuk pada aktiviti-aktiviti pelajar
bagi membolehkan mereka meluaskan pengetahuan dan memahami idea-idea saintifik serta
kefahaman tentang bagaimana ahli sains mengkaji alam semula jadi. Inkuiri pelajar melibatkan
pemerhatian, mengemukakan soalan, menyemak buku dan sumber-sumber maklumat lain
tentang perkara yang sudah diketahui, merancang penyiasatan, menyemak perkara yang
diketahui berasaskan bukti eksperimen, menggunakan alat untuk mengumpul, analisis, dan
interpretasi data, mencadangkan jawapan, penjelasan dan berkongsi keputusan atau dapatan.
Inkuiri memerlukan semakan andaian, penggunaan pemikiran kritikal dan logikal dan
pertimbangan penjelasan alternative (National Research Counil 1996,23). Proses inkuiri ini
adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains untuk membuat penemuan yang
melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang
kompleks, anjal dan tidak terikat kepada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik
(AAAS 1993).

Mengikut Deboer (1991), jika beliau disuruh memilih satu perkataan bagi menerangkan
matlamat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an, maka
perkataan itu adalah ‘inkuiri’. Inkuiri adalah teras kepada usaha sains. Proses inkuiri dimodelkan
melalui kaedah yang digunakan oleh ahli sains dalam membuat penemuan. Sains dilihat sebagai
himpunan teori dan idea yang dibina berasaskan dunia fizikal dan disanggah. Inkuiri adalah satu
proses yang kompleks dan pengajaran inkuiri akan membawa pelajar mengalami sendiri inkuiri
saintifik.
Pelajar membina kefahaman idea asas saintifik melalui pengalaman terus dengan bahan,
merujuk sumber-sumber termasuk pakar, dan berbincang sesama sendiri. Pengajaran inkuiri
memerlukan pelajar menyusun pengetahuan lampau dengan pengetahuan dan kemahiran sains
yang baru dipelajari.

Inkuiri dapat juga ditakrifkan seperti berikut:

a) Inkuiri ialah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka
bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan bagi menyelesaikan
masalah.
b) Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat ataupun
pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan
maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Whet
School & Dismey Learning Partnership 2000).
c) Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai satu perkara dan mencari
jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan
pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri
memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan kaedah yang digunakan (Herank 2000).

Dalam inkuiri saintifik pelajar menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan


kemahiran proses untuk membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik
menggunakan pemikiran dan kemahiran proses untuk membina kefahaman tentang pengetahuan
sains secara aktif. Melalui inkuiri, pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari untuk melakukan sesuatu dengan baik.
Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu untuk berjaya dan
melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan seperti berfikir, mengurus, prihatin dan
sebagainya.(Hendricks 1996).

Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik dapat diterjemahkan
dalam bentuk aktiviti sains. Contohnya, pelajar yang mendapat cacing tanah semasa membantu
ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru dapat merangka aktiviti
bagi mendedahkan pelajar kepada fungsi dan peranan cacing tanah dalam menyuburkan tanah
bagi tanaman. Aktiviti bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah seperti cara
bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa kepada sentuhan dan bunyi.

Eksperimen ringkas dapat dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan
yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal.
Pelajar dapat membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambar-
gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, pelajar menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis
dengan pengetahuan baru mereka berkaitan dengan tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik
adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila :

1) Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada pelajar membina kefahaman


berkaitan sains melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yang
menggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan.
2) Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada pelajar bagi membina, mengguna
dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan.
3) Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan ataupun
penerokaan dicerminkan dalam amalan.
Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Inkuiri bermaksud
menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan. Justeru, strategi inkuiri
dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal
supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data
untuk menguji hipotesis dan membuat inferens dan kesimpulan.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya
mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.

Selain itu, pembelajaran inkuiri juga merupakan kegiatan pembelajaran yang melibatkan
secara maksimum seluruh kemampuan pelajar untuk mencari dan menyiasat sesuatu (benda,
manusia atau peristiwa) secara sistematik, kritis, logik, analitis, sehingga mereka dapat
merumuskan sendiri penemuannya dengan penuh percaya diri.

Joyce (Gulo, 2005) mengemukakan keadaan-keadaan umum yang merupakan syarat bagi
timbulnya kegiatan inkuiri bagi pelajar, iaitu aspek sosial di dalam kelas dan suasana tidak
terbuka dan permisif yang mengundang pelajar berbincang, berfokus pada hipotesis yang perlu
diuji kebenarannya dan penggunaan fakta sebagai bukti dan di dalam proses pembelajaran
dibicarakan ketepatan, kesahihan dan kebolehpercayaan tentang fakta sebagaimana lazimnya
dalam ujian hipotesis.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu
‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing
pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah dan menengah. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan
menggunakan pendekatan inkuiri terbimbing, pelajar dituntut untuk menemukan konsep melalui
petunjuk-petunjuk seperlunya dari seorang guru. Petunjuk-petunjuk itu pada umumnya berbentuk
pertanyaan-pertanyaan yang bersifat membimbing (Wartono 1999). Selain pertanyaan-
pertanyaan, guru juga dapat memberikan penjelasan-penjelasan seperlunya pada saat pelajar
akan melakukan percubaan, misalnya penjelasan tentang cara-cara melakukan percubaan.
Pendekatan inkuiri terbimbing biasanya digunakan bagi pelajar-pelajar yang belum
berpengalaman belajar dengan menggunakan pendekatan inkuiri. Pada tahap permulaan
diberikan lebih banyak bimbingan, sedikit demi sedikit bimbingan itu dikurangi seperti yang
dikemukakan oleh (Huoyono 1979) bahawa dalam usaha menemukan suatu konsep pelajar
memerlukan bimbingan bahkan memerlukan pertolongan guru setapak demi setapak. Pelajar
memerlukan bantuan untuk mengembangkan kemampuannya memahami pengetahuan baru.
Walaupun pelajar harus berusaha mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi tetapi pertolongan
guru tetap diperlukan.

Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, inkuiri tersebut sesuai dilaksanakan pada peringkat
pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna
bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pendidikan. Teknik inkuiri direkabentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian
masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam
atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur
agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik
penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John
Dewey, 1910.
Lima langkah inkuiri seperti mendefinisi masalah, membentuk hipotesis, mengumpul data,
menilai bukti dengan menganalisis dan mentafsir data untuk menguji hipotesis dan membentuk
kesimpulan.
Bagi contoh, dalam suatu eksperimen sains yang berkaitan dengan kesan cahaya ke atas
pokok yang membesar, murid mungkin mempunyai dua pokok yang sama jenis dan saiz serta
membesar di dalam persekitaran yang sama. Satu pokok dibiarkan membesar di bawah cahaya
matahari, dan yang lagi satu di tempat yang gelap. Keadaan lain seperti haba, kelembapan, dan
pendedahan adalah sama bagi kedua-dua pokok. Dalam beberapa hari, perubahan yang nyata
akan berlaku. Daripada pemerhatian inilah, murid membuat kesimpulan bahawa cahaya matahari
merupakan komponen yang penting dalam proses pertumbuhan pokok. Sepanjang proses ini,
guru mereka tidak menyatakan terlebih dahulu apa yang akan berlaku atau dijangka
berlaku. Walau bagaimanapun, guru boleh mengemukakan soalan untuk membimbing inkuiri,
tetapi hanya murid yang menemui perhubungan.
Proses inkuiri dilakukan melalui pelbagai tahap sebagai berikut:

1. Merumuskan masalah : kemampuan yang dituntut adalah kesedaran terhadap


masalah, melihat pentingnya masalah dan merumuskan masalah.
2. Mengembangkan hipotesis : kemampuan yang dituntut dalam mengembangkan
hipotesis ini adalah untuk menguji dan menggolongkan data yang boleh diperolehi,
melihat dan merumuskan hubungan yang ada secara logik dan merumuskan hipotesis.

3. Mengumpul data : kemampuan yang dituntut adalah untuk menyusun dan mengatur
peristiwa yang terdiri daripada mengenalpasti peristiwa yang diperlukan, mengumpulkan
data, dan menilai data, menyusun data, terdiri daripada mentafsirkan data dan
mengkasifikasikan data, menganalisis data yang terdiri daripada melihat hubungan,
mencatat persamaan dan perbezaan, dan mengenal pasti trend, dan keteraturan.

4. Menilai bukti/Menguji jawapan tentatif (masih boleh berubah) : kemampuan yang


dituntut adalah untuk mencari pola dan makna hubungan serta merumuskan kesimpulan.

5. Membuat kesimpulan.

Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model iaitu :

i) Model Inkuiri Sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur
sains. Proses penyelesaian masalah bagi model ini iaitu mengenal pasti masalah, mencari
maklumat, membuat hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

ii) Model Inkuiri Sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan
bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti
pemerhatian, temubual atau soal selidik.

iii) Model Inkuiri Juris Prudental yang digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu
seperti belajar Sains dan Sastera. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti
perdebatan. 
Sayugia diingatkan, apabila kita menekankan pengajaran inkuiri, tidak bermaksud buku-
buku teks dan bahan lain tidak diperlukan lagi. Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam
teknologi, semakin banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Kebaikan Model Inkuiri adalah seperti berikut:
(a) Arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras
tinggi.

(b) Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

(c) Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan
membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin, perasaan
ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya.

(d) Kurang perlu mencari jawapan yang ‘betul’ kerana sebarang kesimpulan adalah
berbentuk tentatif sahaja, kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada.

Pendekatan inkuiri membolehkan pelajar menggabungkan kemahiran proses sains,


taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berkaitan konsep-konsep
saintifik. Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina
kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan dalam
sains. Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah :

1. Meningkatkan prestasi pelajar, terutama berkaitan dengan kemahiran amali dan


kemahiran melakar graf dan mentafsir data (Mattheis & Nakayama 1988).
2. Memupuk literasi saintifik dan pemahaman tentang proses sains (Lindberg 1990), kosa
kata dan pemahaman konseptual (Lloyd & Contreras 1985, 1987), pemikiran kritikal,
sikap positif terhadap sains (Kyle et al.1985; Rakow 1986), meningkatkan prestasi dalam
ujian pengetahuan prosedural dan membina pengetahuan logico-mathematical.

Kelemahan-kelemahan dalam pendekatan inkuiri.

1) Diperlukan persiapan mental untuk cara belajar. Dengan percaya diri yang kuat. Pelajar
harus mampu menghilangkan tekanan untuk menghadapi cabaran atau rintangan dengan
berani.
2) Kalau pendekatan inkuiri diterapkan dalam kelas dengan jumlah pelajar yang besar,
kemungkinan besar tidak berhasil.

3) Lebih mengutamakan dan mementingkan pengertian, sikap dan keterampilan memberi


kesan yang bersifat `idealis.

4) Memerlukan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah tunjuk cara.

5) Pendekatan inkuiri mungkin menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang kurang


pengalaman atau lemah.

6) Kepakaran guru adalah diperlukan dalam perancangan dan pelaksanaan kaedah ini.

7) Kemungkinan murid-murid tidak mahir menggunakan radas yang diperlukan dalam satu-
satu kajian itu.

8) Dapatan-dapatan yang diperolehi mungkin kurang tepat. Keadaan ini akan melemahkan
semangat murid-murid.

Guru juga hendak berperanan sebagai kaunselor, perunding, teman yang kritis dan fasilitator
dalam mengembangkan sikap inkuiri di dalam kelas. Ia harus dapat membimbing dan
merefleksikan pengalaman kumpulan serta memberi kemudahan bagi kelas kumpulan.
Pembelajaran Inkuiri

Mendefinisikan pendidikan berdasarkan pendekatan inkuiri sama dengan kita


mendefinisikan pendekatan pendidikan multi dimensi. Terdapat banyak intepretasi visi John
Dewey ini, mulai dari konstruktivisme, pendekatan pemecahan masalah, pembelajaran
berdasarkan projek dan sebagainya, kita akhirnya akan menemukan bahawa inti dari inkuiri
adalah proses yang berpusat pada pelajar. Semua pembelajaran dimulai dengan pembelajar. Apa
yang diketahui pelajar dan apa yang ingin mereka lakukan dan pelajari merupakan dasar utama
pembelajaran. Penemuan ilmu pengetahuan tidak bersifat mutlak, benar seratus peratus, tetapi
penemuannya bersifat relatif. Semua konsep yang ditemukan melalui penyelidikan ilmiah masih
tetap terbuka untuk dipertanyakan, dipersoalkan, dan diperbaiki (Semiawan, 1992, 15). Jika kita
ingin menanamkan inkuiri dalam diri pelajar, maka cara menuangkan informasi sebanyak-
banyaknya ke dalam otak pelajar tidaklah sesuai dengan maksud pendidikan, pelajar perlu dilatih
untuk selalu bertanya, berfikir secara kritis dan kreatif, dan mengusahakan atau memberikan
kemungkinan-kemungkinan jawapan terhadap satu masalah. Dengan demikian, pelajar perlu
diminta berfikir dan bertindak secara kreatif.

Pembelajaran inkuiri adalah suatu pembelajaran yang dirancang untuk memberikan


ajaran kepada pelajar bagaimana cara meneliti permasalahan atau pertanyaan fakta-fakta.
Pembelajaran inkuiri memerlukan lingkungan kelas dimana pelajar berasa bebas untuk berkarya,
berpendapat, membuat kesimpulan dan membuat dugaan. Suasana seperti itu amat penting
kerana keberkesanan pembelajaran bergantung pada keadaan pemikiran pelajar sama ada dalam
keadaan yang tenang atau kelam-kabut.

Inkuiri memberikan peluang, ruang, dan dorongan untuk mempelajari pelbagai


keterampilan dengan menentukan masa yang memberikan suatu sentuhan, menentukan petunjuk-
petunjuk apa yang tepat diberikan kepada setiap pelajar tertentu, menentukan apa yang tidak
perlu dikatakan bagi pelajar, menentukan cara membaca perilaku pelajar pada saat mereka
menjalankan tugas dan menghadapi cabaran, menentukan masa pengamatan, hipotesis, atau
eksperimen adalah bermakna, menentukan cara bagaimana memberikan toleransi terhadap
keragu-raguan, menentukan bagaimana menggunakan kesalahan-kesalahan secara konstruktif,
dan menentukan bagaimana membimbing pelajar sehingga memberikan mereka kebebasan atas
eksplorasi mereka tanpa guru mengawal di dalam kelas.

Pendekatan inkuiri didukung oleh empat karakter utama pelajar, iaitu secara instintif
pelajar selalu ingin tahu, percakapan pelajar selalu ingin bicara dan menyebarkan ideanya,
membangun semangat atau membangkitkan semangat pelajar selalu ingin membuat sesuatu
dengan naluri ingin tahu, pelajar selalu mengekspresikan seni. Bagi guru, pendidikan berasaskan
inkuri merupakan akhir dari paradigma berbicara untuk mengajar dan mengubah peranan mereka
menjadi mentor bagi pelajar lain. Di sini, pelajar yang pintar dapat membimbing pelajar yang
lemah dalam kelas untuk menjalankan sesuatu penyelidikan dengan memperoleh bukti yang
tepat. Inkuiri sebagai pendekatan pembelajaran melibatkan proses penyelidikan alam, dalam
rangka menjawab pertanyaan dan melakukan penemuan melalui penyelidikan untuk memperoleh
pemahaman dan maklumat yang baru atau terkini.

Dalam rangka mengimplementasikan inkuiri di kelas, Etheredge & Rudinsky (2003)


memberikan model sederhana dari suatu kegiatan inkuiri yang umumnya mengikuti langkah-
langkah seperti guru berusaha menggali minat dan latar belakang pengetahuan awal pelajar dan
merancang aktiviti dengan menggunakan pelbagai cara serta menerapkan konsep-konsep sains
yang akan dipelajari. Selain itu, guru membantu pelajar merumuskan pertanyaan, merancang dan
melaksanakan kegiatan inkuiri.

Di samping itu, guru membantu pelajar menilai proses dan hasil pembelajaran yang
dilakukannya. Agar proses inkuiri dapat berlangsung secara maksimal dan produknya menjadi
bermakna bagi guru mahupun pelajar, maka penerapan inkuiri sebaiknya dimulai dari masalah-
masalah sederhana, kemudian dikembangkan secara bertahap ke arah permasalahan yang lebih
kompleks (Joyce, et al , 2000; Bonnstetter, 2000). Singkatnya paradigma pembelajaran melalui
inkuiri harus dikembangkan secara bertahap dan berlangsung terus-menerus. Memang inkuiri
bukanlah satu-satunya strategi yang dapat memberikan jawapan terhadap seluruh permasalahan
pendidikan sains khususnya Biologi, tetapi penerapan inkuiri secara terintegrasi dengan strategi
lain dapat memberikan kontribusi positif terhadap proses reformasi pembelajaran Biologi yang
sangat perlu dilakukan.

Pendekatan Pengajaran Inkuiri

Model Inkuiri ini adalah bagi pengajaran mata pelajaran sains sosial yang telah
diutarakan oleh Massialas dan Cox (1966). Pengajaran dengan model ini melibatkan enam fasa:

Fasa 1 : Oreintasi- guru mengemukakan masalah dan membina pernyataan masalah sebagai titik
tolak Inkuri.

Fasa 2 : Hipotesis- membina hipotesis yang boleh menjadi bantuan kepada Inkuiri yang akan
dilaksanakan dan untuk diujikan.

Fasa 3 : Definisi- penerangan dan definisi istilah dalam hipotesis.

Fasa 4 : Penerokaan- pemerikasaan ke atas hipotesis dari segi kesahan-logik dan ketekalan
dalaman.

Fasa 5 : Pembuktian- pengumpulan fakta yang bertujuan untuk menguji hipotesis.

Fasa 6 : Generalisasi- penerangan tentang penyelesaian masalah.

Pengajaran guru yang melibatkan keenam-enam fasa ini menggambarkan aplikasi model
Inkuiri. Model ini boleh digunakan samaada di peringkat rendah ataupun menengah. Bagi
memastikan pengajaran secara inkuiri ini berjaya, guru hendaklah memahirkan diri dengan
langkah atau fasa inkuiri serta yakin dalam menggunakan model ini terlebih dahulu. Selain itu,
guru hendaklah merancang pengajaran dengan teliti.

Sepanjang fasa ini dilaksanakan, guru hendaklah bertindak sebagai kaunselor kepada
inkuiri untuk membantu pelajar menjelaskan situasi atau kedudukan pelajar dalam inkuiri di
samping menerangkan mengenai bahasa, mempertingkat proses kajian, mempertingkat logik,
bertindak secara objektif, memahami andaian dalam inkuiri, dan berkomunikasi antara satu sama
lain dengan lebih berkesan. Pada akhirnya peranan guru lebih bersifat reflektif dengan membantu
pelajar memahami diri mereka dan mencari jalan mereka sendiri. Manakala guru sendiri lebih
berperanan sebagai penajam, penumpu, dan kaunselor lebih lagi daripada peranan seorang
pengajar.

Oleh sebab subjek sains itu sendiri melibatkan inkuiri, maka pengajaran sains perlu
menggunakan pendekatan inkuiri. Kaedah tradisional didaktik bertentangan dengan pengajaran
berasaskan inkuiri kerana pelajar-pelajar menerima hasilan sains secara pasif dalam bentuk yang
tetap dan terpisah dan bukan secara dinamik. Pengajaran dan pembelajaran inkuiri bukan
bermaksud pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu berkaitan dengan inkuiri.
Kemahiran inkuiri yang dipelajari terpisah dari konteks isi kandungan sains akan hanya
menghadkan aplikasi kemahiran berkenaan dalam kehidupan (Millar & Driver 1987)

Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada pelbagai perspektif.


Ada yang menekankan penglibatan aktif pelajar mengaitkan inkuiri dengan aktiviti hands-on dan
pengajaran berasaskan aktiviti ataupun pengalaman.Ada juga yang mengaitkan inkuiri dengan
pendekatan penemuan ataupun perkembangan kemahiran proses sains dan kaedah saintifik.
Walaupun konsep-konsep ini saling berhubungan namun maksudnya tidak sama dengan
pengajaran berorientasikan inkuiri.

Daripada perspektif sains, pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan pelajar dalam


penyiasatan sains. Seperti Novak(1964) cadangkan, inkuiri adalah tingkah laku manusia dalam
usaha mencari penjelasan yang rasional berkaitan fenomena yang menarik minat mereka. Inkuiri
melibatkan aktiviti dan kemahiran, namun memberi tumpuan adalah pada proses aktif mencari
ilmu ataupun membina kefahaman berkenaan fenomena yang dikaji.

Terdapat perbezaan dari segi pendekatan guru bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam
mencari maklumat atau ilmu pengetahuan. Ada guru yang menggunakan kaedah inkuiri
terbimbing(Igelsrud & Leonard 1988) dan ada yang hanya memulakan pengajaran dengan
memberi arahan yang ringkas saja(Tinnesand & Chan 1987). Terdapat yang kaedah lain iaitu
menggunakan kaedah heuristik dalam membantu pelajar bagi menguasai kemahiran (Germann
1991). Namun begitu, dapat dirumuskan bahawa inkuiri melibatkan pungutan dan tafsiran atau
interprestasi maklumat bagi mencari jawapan kepada persoalan dan penerokaan yang dilakukan.
Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model pembelajaran konsruktivis,
ataupun sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif. Mengikut model konstruktivis, pembelajaran
adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha
mencari makna dari pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg 1985). Dalam kelas, pelajar
digalakkan membina makna melalui perbincangan, pengajaran guru dan pengalaman dengan
fenomena yang dikaji(Driver 1989). Dapatan-dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih mudah
memahami alam semula jadi jika mereka berinteraksi dengan fenomena dan menggunakan alat-
alat atau instrument untuk meningkatkan keupayaan mereka semasa menjalankan aktiviti
mereka.(National Science Board 1991,27).

Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri perlu melibatkan pelajar dalam penyiasatan


bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka
mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri
bermula dengan keinginan bagi mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran
bermakna tidak akan terhasil jika tidak timbul persoalan ataupun sifat ingin tahu yang
memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan.

Sains adalah proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain dan
persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi (Mclntyre 1984). Sains dapat dipelajari
dengan menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian
daripada inkuiri saintifik seperti memerhati, berkomunikasi, membanding dan mengukur,
menyusun ikut urutan, mengelas maklumat, mengaitkan pengetahuan, membuat inferens bagi
mendapatkan penjelasan, menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Walaupun pemikiran saintifik dan kemahiran proses adalah asas kepada program sains
berteraskan inkuiri, namun perlu diingat bahawa pemikiran dan kemahiran ini cuma alat, bukan
syarat bagi apa yang dianggap sebagai inkuiri saintifik yang baik. Mengajar subjek sains melalui
inkuiri memerlukan guru bersama-sama meneroka alam sekitar daripada sudut pandangan pelajar
serta berkongsi kegembiraan dalam memahami alam penuh misteri ini. Perasaan ini umpama
tanah yang subur bagi benih akan bercambah dan berkembang akhirnya. Melalui penglibatan
interaktif dalam pengalaman sains, pelajar membina kefahaman dalam pengetahuan dan
merangsang mereka menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian dan seterusnya
membantu pelajar menjadi celik sains. Antara ciri-ciri pengajaran sains berteraskan inkuiri
adalah :

1) Masa diberi bagi pelajar membuat kesilapan, merenung, menyoal, serta berkongsi
idea dan pendapat.
2) Mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang

3) Memberi perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

4) Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi minat,


pengetahuan dan perkembangan pelajar.

5) Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diguna ataupun dikitar
semula

6) Menggalakkan penglibatan pelajar dalam membuat inkuiri dan penemuan

7) Menghormati persekitaran yang dipelajari

8) Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan dan inkuiri.

Proses belajar ini dapat dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti berikut :
1. Bertanya ertinya tidak semata-mata mendengarkan dan menghafal.
2. Bertindak ertinya tidak semata-mata melihat dan mendengarkan.
3. Mencari ertinya tidak semata-mata mendapatkan.
4. Menemukan masalah ertinya tidak semata-mata mempelajari fakta-fakta.
5. Menganalisis ertinya tidak semata-mata mengamati.
6. Membuat sintesis ertinya tidak semata-mata membuktikan dan merekacipta.
7. Berfikir ertinya tidak semata-mata melamun atau membayangknn.
8. Menghasilkan ertinya tidak semata-mata menggunakan.
9. Menyusun ertinya tidak semata-mata mengumpulkan dan merancang.
10. Menciptakan ertinya tidak semata-mata menjadikan produk itu baik.
11. Menerapkan ertinya tidak semata-mata mengingat-ingat.
12. Melakukan eksperimen ertinya tidak semata-mata mendapatkan hasilnya.
13. Mengkritik ertinya tidak semata-mata menerima.
14. Merancang ertinya tidak semata-mata beraksi.

Beberapa keadaan yang diperlukan untuk proses pembelajaran inkuiri


a. Keadaan yang fleksibel, bebas, terbuka untuk berinteraksi.
b. Keadaan lingkungan yang responsif.
c. Keadaan yang memudahkan untuk menumpukan perhatian.
d. Keadaan yang bebas daripada sebarang tekanan.

Untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan pendekatan inkuiri


secara mantap yang diperlukan pengajar yang mampu berperanan kerana aktiviti ini boleh
memberi pengalaman yang lumayan dan juga memperoleh ilmu pengetahuan yang bernilai
kepada pelajar-pelajar.

Sasaran pembelajaran yang dapat dicapai dengan penerapan inkuiri

 Sasaran kognitif
1) Memahami bidang khusus dari matapelajaran.
2) Mengembangkan keterampilan proses sains.
3) Mengembangkan kemampuan bertanya, memecahkan masalah dan melakukan
percubaan.
4) Menerapkan pengetahuan dalam situasi baru yang berbeza.
5) Membuat kajian dan mensintesis informasi, idea serta masalah baru.
6) Memperkuat keterampilan berfikir secara kritis dan keatif.

 Sasaran afektif
1) Mengembangkan minat terhadap pelajaran dan bidang ilmu.
2) Memperoleh apresiasi untuk pertimbangan moral dan etika yang relevan dengan
bidang ilmu tertentu.
3) Meningkatkan intelektual.
4) Mendapatkan kemampuan untuk belajar dan menerapkan ilmu pengetahuan.

 Sasaran sosial

1) Bekerja secara kolaboratif.


2) Mempresentasikan hasil, prosedur dan interpretasi.
3) Mendengarkan dan belajar dari kelompoknya.

 Sasaran interdisiplin

1) Mengoperasikan pemahaman baru terhadap pemahaman awal.


2) Membuat hubungan antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sehari-hari.

 Sasaran pemecahan masalah

1) Mengidentifikasi dan mengelompokkan masalah


2) Menyeleksi dan memilih tindakan yang sesuai
3) Mengajukan dan mendefinisikan pertanyaan yang khusus (ilmiah)
4) Menulis hipotesis dan mencari informasi pendukung
5) Menganalisis dan menginterpretasi data
6) Membuat spekulasi dan ekstrapolasi atas dasar data dan bukti.

 Sasaran Penerapan

1) Memperoleh pengetahuan dari pelbagai sumber


2) Mengembangkan kemampuan memilih tindakan atau peringkat yang sesuai
3) Menggunakan laboratorium atau peringkat komputer
4) Mengorganisasikan informasi
5) Mengikuti instruksi
 Sasaran Metakognitif

1) Mampu mengarahkan diri untuk memulakan proses belajar


2) Mampu merefleksikan diri dengan sasaran, tujuan dan luaran pembelajaran yang baru.
3) Mampu mengevaluasi diri dengan menilai pertanyaan dan memecahkan masalah yang
dihadapinya.

*Sumber: Angelo & Cross (1993) dalam Straits & Wilke (2002)

Kaedah Inkuiri Penemuan

Kaedah ini menggabungkan kedua-dua teknik inkuiri dan teknik penemuan. Kaedah ini
adalah satu pendekatan yang lebih saintifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah
tetapi kaedah akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan
teknik yang lain. Namun kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan tetapi
pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah
sama.

            Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi
semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah
ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang
sama untuk membentuk suatu kesimpulan yang diharapkan.  
            Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan
mengandungi lima peringkat utama iatu peringkat mengenal pasti topik kajian, merancang
strategi penyelesaian, mengumpul maklumat yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis
maklumat dan membuat generalisasi atau rumusan.

Ciri-ciri Penting :
1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis
maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan.
2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi di samping
mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah.
3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif serta celik akal dalam
kalangan murid.
4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akan berasa puas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran.
5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu
membuat perancangan yang lebih teliti.

Segi Keuntungan Mengajar dengan Menggunakan Pendekatan Penemuan dan Pendekatan


Inkuiri

Pengajaran berpusat pada diri pembelajar merupakan salah satu keuntungan mengajar
dengan menggunakan pendekatan penemuan dan pendekatan inkuiri. Salah satu prinsip psikologi
belajar menyatakan bahawa sering keterlibatan pelajar dalam kegiatan pula semakin besar
baginya untuk mengalami proses belajar. Dalam proses belajar dengan pendekatan inkuiri,
pelajar tidak hanya belajar konsep dan prinsip tetapi juga mengalami proses belajar tentang
pengarahan diri, pengendalian diri, tanggung jawab dan komunikasi sosial secara sepadu.Selain
itu, pengajaran inkuiri dapat membentuk konsep diri sehingga terbuka terhadap pengalaman-
pengalaman baru, lebih kreatif, berkeinginan untuk selalu mengambil kesempatan yang sedia ada
dan pada umumnya memiliki mental yang sihat. Di samping itu, tingkatkan pengharapan
bertambah iaitu ada kepercayaan diri serta idea tertentu sebagaimana ia dapat menyelesaikan
suatu tugas dengan caranya sendiri. Seterusnya, pengembangan bakat dan kecekapan individu.
Lebih banyak kebebasan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bererti semakin besar
kemungkinannya untuk mengembangkan kecekapan, kemampuan dan bakat-bakat seseorang.
Lepas itu juga dapat memberi waktu kepada pelajar untuk menganalisis informasi serta bertindak
melalui informasi yang didapati. Belajar dengan sesungguhnya iaitu jika pelajar bereaksi dan
bertindak terhadap informasi melalui proses mental. Selepas itu, juga dapat menghindarkan
pelajar dari cara-cara belajar tradisional yang bosan.

Jerome Bruner, melihat beberapa segi keuntungan dari pendekatan Inkuiri- penemuan :

1. Pelajar akan memahami konsep-konsep dasar dan idea-idea lebih banyak dan lebih
baik.
2. Membantu pelajar menggunakan ingatan dan memindahkannya pada situasi proses
belajar yang baru.

3. Mendorong pelajar berfikir dan rajin mencari informasi atas inisiatifnya sendiri

4. Mendorong pelajar berfikir dan merumuskan hipotesis serta membuktikannya melalui


proses belajar.

5. Memberi kepuasan yang bersifat instrinsik.

6. Situasi proses belajar menjadi lebih merangsang.

7. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bersifat merangsang kegairahan


belajar.

Pendekatan inkuiri dan pendekatan penemuan dalam aktiviti pembelajaran dan


pengajaran.

Kedua-dua model pembelajaran iaitu pendekatan inkuiri dan pendekatan penemuan


berorientasi pada pengolahan informasi dengan tujuan melatih pembelajar memiliki kemampuan
berfikir untuk dapat menemukan dan mencari sesuatu pengetahuan secara ilmiah. Dengan
pendekatan inkuiri, pembelajaran dimaksudkan untuk membantu pelajar secara ilmiah, terampil
mengumpulkan fakta, menyusun konsep, menyusun generalisasi secara mandiri.
Menurut Sund, pembelajaran dengan pendekatan penemuan akan membantu pelajar
menggunakan proses mental dengan mendalam, membuat penggolongan, membuat dugaan,
mengukur, menjelaskan dan menarik kesimpulan. Konsep misalnya konsep dingin, segiempat,
masyarakat, kata dan sebagainya.

Pembelajaran dengan penemuan dapat dilakukan dengan melibatkan pelajar dalam proses
kegiatan belajar yang menggunakan proses mental melalui tukar pendapat, seminar dan
sebagainya. Pembelajaran dengan inkuiri mempunyai proses mental yang lebih kompleks.
Sebagai contoh, merancang eksperimen, menganalis data, menghasilkan kesimpulan dan
sebagainya. Dalam pelaksanaan inkuiri dibutuhkan sikap-sikap objektif, jujur, terbuka, penuh
dorongan ingin tahu dan tangguh dalam pendirian.

Membuat kesimpulan di atas bahawa pendekatan penemuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mengutamakan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan proses mental. Tujuan
berikutnya ialah pembelajar atau penuntut akan menemukan konsep dan prinsip sendiri. Konsep
dan prinsip itu ditentukan sebagai hasil atau akibat adanya pengalaman belajar yang telah diatur
secara adil oleh pengajar.

Menurut J. Richard Suchman, tentang hakikat proses inkuiri model, teori inkuiri dan
komponen-komponen penting untuk inkuiri yang efektif menerangkan bahawa proses inkuiri
khususnya ditujukan kepada kreativiti . Suchman tertarik pada perkataan “pengertian” dan
bagaimana pengertian itu terbentuk pada diri pelajar. Dengan kata yang lain, bagaimana
pembelajar memberi reaksi kalau ada rangsang tiba-tiba datang pada persepsinya. Selanjutnya,
J.R. Suchman berpendapat bahawa setiap individu mempunyai organisasi tertentu yang dapat
ditarik untuk membawakan kepada beberapa pengertian terhadap sesuatu objek baru. Oleh
Suchman dijumpai empat identifikasi organisasi iaitu :

a. Persepsi yang berisi jumpaan-jumpaan sebelumnya


b. Sistem yang mengatur secara kesatuan fungsi

c. Data yang mempunyai keterangan dan informasi

d. Kesimpulan hasil analisis data


Tujuan Proses Inkuiri yang diajukan Suchman merupakan pemikiran yang mantap yang
implikasinya dapat untuk memperbaiki pendidikan yang diberikan oleh pendidik di samping
peningkatan prestasi yang baik semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Seorang pendidik hendaknya dapat mengembangkan proses inkuiri dengan memusatkan pada
masalah-masalah yang perlu dipecahkan atau dianalisiskan oleh pelajar. Orientasi guru ialah
“memandang” pelajar sebagai individu yang memiliki potensi yang perlu dikembangkan.
Pendidik selalu mengutamakan pertumbuhan dan peningkatan kognitif seseorang dan
perkembangan kreativiti pelajar. Proses mengajar bertujuan mengembangkan bakat-bakat dan
membantu pendidik mengembangkan konsep dirinya.

Strategi ke arah pembelajaran inkuiri penemuan

Biasanya sains berasaskan inkuiri memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi
menambah dan meningkatkan kefahaman konsep sains asas melalui pembelajaran inkuiri
saintifik. Justeru, guru-guru perlu dilatih kemahiran membentuk soalan, mereka bentuk
pendekatan penyiasatan, menjalankan kajian, dan membuat analisis kritikal. Guru-guru juga
perlu faham apa yang dimaksudkan dengan pengajaran inkuiri dan tahu bagaimana menstruktur
pengalaman pembelajaran yang dapat membantu pelajar menjalankan penyiasatan dalam usaha
memahami alam semula jadi dengan usaha mereka.

Pengajaran inkuiri memerlukan guru yang berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan


dengan isi kandungan dan pedagogi saintifik supaya dapat merangka pengalaman pembelajaran
yang mencabar pelajar untuk membentuk dan mencadangkan soalan, membentuk pembelajaran
melalui perbincangan sesama sendiri dan orang lain.

Penyiasatan digunakan bagi mempelajari perkara berkaitan dengan alam semula jadi.
Pelajar perlu memahami jenis-jenis soalan yang dapat dijawab melalui penyiasatan serta kaedah,
model dan kesimpulan yang dibina berasaskan penyiasatan di mana ia berubah dengan hadirnya
maklumat baru. Model objek dan peristiwa adalah alat bagi memahami alam semula jadi dan
dapat menunjukkan bagaimana sistem itu berfungsi. Tambahan pula, model-model ini
mempunyai hadnya dan bersandarkan pada maklumat yang dicari. Penemuan baru dapat
diubahsuai bagi mendapat gambaran yang lebih tepat berkaitan dengan alam semula jadi.
Salah satu cara ataupun pendekatan inkuiri yang dapat digunakan adalah dengan
menyampaikan pembelajaran sains sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan bukan fakta
yang harus dihafal. Strategi pengajaran yang menggalakkan inkuiri mempunyai dua hasilan
pembelajaran yang penting :

1) Pelajar mengalami inkuiri sebagai teras kepada apa yang perlu dipelajari dalam sains.
2) Pelajar yang bakal menjadi guru sains mengalami sains sebagaimana ia sepatutnya
diajar.

Ulasan Jurnal

Penggunaan inovasi teknologi internet dan Web sebagai medium pengajaran yang
berkesan kini semakin meluas di sekolah-sekolah seluruh negara. Namun, ia belum menjamin
peningkatan dalam pencapaian para pelajar terutama bagi aspek pemikiran tahap tinggi. Teori
dan model khusus perlu diaplikasikan sebagai asas dalam proses membina laman web
pendidikan bagi menjamin keberkesanannya untuk meningkatkan pencapaian para pelajar setelah
menggunakan laman web pendidikan tersebut.

Dalam penulisan hasil Irfan Naufal Umar, Sajap, dan Maswan dari Pusat Teknologi
Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang bertajuk “Aplikasi
Pendekatan Inkuiri dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web” jelas menunjukkan
pendekatan Inkuiri amat sesuai digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
web serta nyata keberkesanannya. Jika sebelum ini, daripada pelbagai laman web pendidikan,
sebahagian besar daripada laman web tersebut dibangunkan berasaskan pendekatan tutorial yang
bersifat linear dan informatif (Irfan, 2003 Penilaian Laman Web Pendidikan Di Malaysia).
Pendekatan tutorial adalah lebih tertumpu kepada proses pemaparan dan pemindahan maklumat
serta proses mendapatkan kembali maklumat berkenaan. Maka, pengaplikasian pendekatan
inkuiri terbimbing merupakan inovasi atau alternatif kepada pendekatan tutorial dalam
membangunkan persekitaran pembelajaran berasaskan web.
Pendekatan inkuiri terbimbing adalah lebih bersifat induktif berbanding pendekatan
tutorial yang lebih berbentuk deduktif. Melalui pendekatan inkuiri terbimbing, pembelajaran
akan dimulakan dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan domain
pembelajaran. Kemudian, berdasarkan permasalahan yang ditimbulkan, pelajar akan dibimbing
untuk meneroka, membuat pemerhatian, menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
keputusan. Pendekatan inkuiri terbimbing berupaya membantu memindahkan maklumat secara
aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap kemahiran
berfikir pelajar.

Schulman dan Tamir (1973) mendefinisikan inkuiri terbimbing sebagai proses


pembelajaran yang memerlukan guru menyediakan unsur-unsur asas dalam suatu pengajaran dan
memberi arahan kepada pelajar membuat penerokaan dan generalisasi. Guru akan mencetuskan
persoalan-persoalan yang boleh meransang pelajar untuk terus berfikir serta melakukan
penerokaan. Manakala, dalam pembinaan bahan pengajaran berasaskan komputer dan laman
web, peranan guru sebagai pembimbing akan digantikan dengan arahan bahan yang boleh
diprogramkan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tertentu. Menerusi laman web
interaktif, ia mampu menyediakan elemen-elemen bimbingan dan memberi maklum balas
kepada pengguna laman web tersebut.

Rajah 1: Model pembelajaran ikuiri terbimbing (Sanjap & Irfan 2004)


Sebagai contoh, pengaplikasian pembelajaran berasaskan web berdasarkan penerangan
dalam Rajah 1. Pembelajaran dimulakan dengan pengenalan tentang domain pembelajaran.
Kemudian, para pelajar akan diberikan persoalan yang menjuruskan kepada penerokaan dalam
topik yang akan mereka pelajari. Apabila para pelajar telah bersedia untuk menjawab persoalan
yang diberikan, mereka dibenarkan mengemukakan jawapan tersebut. Sekiranya para pelajar
belum bersedia memberikan jawapan, mereka boleh membuat penerokaan terlebih dahulu
melalui pautan-pautan yang dicadangkan. Seterusnya, jika para pelajar memberikan jawapan
yang sesuai, maklum balas yang berbentuk pengenalan terma akan diberikan. Para pelajar akan
dibimbing untuk membina konsep-konsep atau peraturan-peraturan tertentu berdasarkan
persoalan yang dikemukakan sebelum itu. Akhirnya, para pelajar akan diminta untuk
mengaplikasikan konsep atau peraturan yang telah diketahui bagi menyelesaikan persoalan lain
yang berkaitan.

Rajah 2: Contoh bahagian pengenalan laman web yang telah dibina


berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing

Dalam rajah 2 merupakan contoh bahagian pengenalan satu laman web pendidikan yang
membincangkan tajuk “Pemilihan Warna yang Berkesan Di Dalam Rekaan” untuk matapelajaran
Pendidikan Seni Visual yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing. Dalam bahagian
ini, pereka bentuk cuba menarik perhatian pelajar dengan memperkenalkan laman web yang
telah dibina serta diberikan panduan bagaimana seharusnya para pelajar menggunakan laman
web tersebut semasa pembelajaran mereka. Sekiranya pelajar telah bersedia memulakan aktiviti
pembelajaran, mereka boleh menekan butang “mula“. Keadaan ini akan memudahkan para
pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih cepat.

Diikuti pula dengan pembelajaran yang dimulakan dengan mengemukakan soalan-soalan


yang berkaitan dengan domain pembelajaran. Seterusnya, Pelajar dibimbing untuk membuat
penerokaan berdasarkan soalan-soalan yang telah diberikan (Rajah 3). Permasalahan yang
ditimbulkan akan dapat merangsang para pelajar untuk membuat penerokaan atau memberikan
refleksi. Pelajar akan dibimbing untuk membuat penerokaan melalui pautan-pautan yang
dicadangkan (Rajah 4). Sekiranya pelajar telah bersedia, mereka boleh terus menjawab soalan
tersebut dengan menaipkan jawapan di ruangan yang telah disediakan. Terdapat lebih daripada
satu jawapan yang boleh dipertimbangkan bagi soalan-soalan yang telah dikemukakan.
Sekiranya pelajar gagal memberikan jawapan yang sesuai, pelajar akan dibimbing ke arah
jawapan yang lebih tepat (Rajah 5).

Pelajar akan diberi peluang untuk mengemukakan cadangan jawapan tanpa batasan.
Setelah jawapan yang diberikan menepati kehendak soalan, satu konsep atau peraturan yang
berkaitan dengannya akan diberikan (Rajah 6). Setelah pelajar dapat menjawab beberapa soalan
yang telah diberikan, pelajar akan diperkenalkan dengan peraturan atau terma penting (Rajah 7).
Seterusnya pelajar dibimbing untuk menggunakan peraturan-peraturan tersebut bagi
menyelesaikan masalah-masalah lain yang berkaitan dengannya (Rajah 8).
Rajah 3: Pelajaran dimulakan dengan mengemukakan soalan

Rajah 4: Contoh pautan yang dicadangkan untuk diterokai oleh pelajar sebelum
mengemukakan jawapan
Rajah 5: Contoh maklum balas bagi jawapan yang kurang tepat

Rajah 6: Contoh maklum balas bagi jawapan yang sesuai


Rajah 7: Contoh peringkat pengenalan terma
Rajah 8: Contoh peringkat menggunakan peraturan-peraturan yang telah diketahui bagi
menyelesaikan masalah-masalah lain yang berkaitan

Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran melalui kitar pembelajaran, strategi-strategi


yang telah dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) boleh digunakan bagi membolehkan
pelajar membina teori sendiri berdasarkan peraturan-peraturan yang telah dipelajari. Collins dan
Stevens telah mengemukakan 10 strategi bagi pengajaran secara inkuiri ini iaitu i) memilih
contoh-contoh positif dan negatif, ii) mempelbagaikan kes-kes secara sistematik, iii) memilih
contoh-contoh penilaian, iv) menjana kes-kes hipotesis, v) membentuk hipotesis, vi) menguji
dan menilai hipotesis, vii) mempertimbangkan ramalan alternatif, viii) memerangkap pelajar, ix)
mengesan sebab-sebab penyangkalan, dan x) mempersoalkan autoriti. Walau bagaimanapun
tidak kesemua sepuluh strategi tersebut mesti digunakan. Pereka bentuk boleh memilih beberapa
strategi yang sesuai untuk digunakan.
KESIMPULAN

Sebagai rumusannya, penggunaan bagi model Inkuri adalah lebih membawa kebaikan
dan kelebihannya tersendiri di dalam dunia pendidikan. Model Inkuiri telah membawa satu
perubahan kepada pendidikan dengan menyediakan idea-idea dan isi kandungannya yang
berterusan. Sebagai contoh Inkuiri telah memberi panduan dan langkah untuk mengetahui
bagaimana proses-proses seorang pelajar ingin menyelesaikan sesuatu masalah di dalam
matapelajaran. Di sini juga Inkuiri terbahagi kepada dua iaitu Inkuiri Terbimbing dan Inkuiri
Terbuka serta Inkuiri-Penemuan yang telah membawa maksud dan memainkan peranan masing-
masing. Hal ini menunjukkan model Inkuri telah banyak digunakan oleh kebanyakkan pelajar
dalam pembelajaran kerana keberkesanannya.

Bukti juga menunjukkan bahawa model Inkuiri telah berkesan dan memberi faedah
kepada para penggunanya dari segi dalaman dan juga luaran. Dalam mana-mana pendekatan
Inkuiri terdapat keseimbangan antara isi kandungan dan proses, namun kaedah dan pendekatan
pengajaran mungkin berbeza. Pelajar yang terlibat dalam Inkuiri mendapat kefahaman yang lebih
mendalam termasuk menghargai bagaimana mereka tahu apa yang diketahui, kemahiran yang
digunakan menjadi penyiasat berkaitan dengan alam semulajadi dan keupayaan mengaplikasikan
kemahiran dan sikap yang dapat dikaitkan dalam matapelajaran. Berdasarkan pelbagai
maklumat, sumber dan bahan yang diperoleh, didapati bahawa pembelajaran menerusi atau
berasaskan model inkuiri telah banyak memberi manfaat kepada dunia pendidikan kita pada
masa kini. Kami menyokong pendapat pembelajaran berasaskan model inkuiri berdasarkan fakta
maklumatnya dan pendapat tokoh- tokoh yang mengemukakan model ini.

Pembelajaran alternatif seperti menggunakan laman web adalah pendekatan yang


berpotensi dalam model inkuiri terbimbing. Di mana pelajar berpeluang meneroka,
menyelesaikan isu atau masalah yang dihadapi untuk sesuatu pembelajaran. Manakala
pendekatan tradisional bersifat tutorial seperti pelajar hanya didedahkan dengan maklumat
berkaitan pembelajaran dan diikuti dengan latihan susulan.

You might also like