Professional Documents
Culture Documents
Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan
Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala
butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.
Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam
media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..
Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut,
pelajar harus beri perhatian kepada key words
KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)
Contoh soalan1 :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun
yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis
Contoh soalan 2
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun
Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)
Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara
tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen
Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah
pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan
CONTOH:
Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika ada kesalahan
dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah
6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK
( semua huruf besar) boleh diterima
RAF BAR
Hari Jumaat 14 Ogos 2009, anda akan pelajari Graf Bar. Graf bar digunakan untuk menunjukkan data
statistik dengan lebih jelas dan mudah. Graf bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau
melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.
Kuliah yang akan cikgu beri berkaitan dengan Graf Bar dan terdapat 4 jenis graf bar yang perlu anda
kuasai. iaitu:
a) Graf bar kompaun / histogram
b) Graf bar komponen
c) Graf bar memesong / cermin
d) Graf bar piramid