You are on page 1of 1

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN

Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada
saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu
BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah,
saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi
saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan
bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari
pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan
tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan
lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai
pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu
saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet
diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan
yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama
juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari
pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer
saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata
pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti
dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang
mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar
sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar
kelak.

You might also like