You are on page 1of 15

PENDAHULUAN

Ibnu Sina yang digelar al- Syaikh al- Ra’is adalah nama yang
termahsyur suatu ketika dahulu.Beliau merupakan seorang tokoh perubatan
dan ahli falsafah yang terkenal dari zaman dahulu.

Sejarah serta perjalanan hidupnya dari segi keilmuannya dapat


dibahagi kepada dua fasa.Yang pertama adalah fasa pembentukan (al-tahsil)
dan fasa produktif (al-intaj al-ilmi).

Fasa pertamanya iaitu fasa belajarnya bermula dari usia lima tahun
sehingga sepuluh tahun adalah untuk mempelajari ilmu dan dasar Al-Qur’an
serta ilmu-ilmu agama.

Ibnu Sina mengalami masa yang lebih didominasi oleh masa


belajarnya yang lebih banyak melakukan penyerapan; di mana aktiviti Ibnu
Sina lebih banyak kepada reseptif dan retentif.

Fasa keduanya, iaitu fasa yang lebih produktif semasa beliau berumur
dua puluh satu tahun.Waktu ini beliau mulai melakukan aktiviti yang lebih
bersifat produktif.

Ibnu Sina mula melakukan aktiviti yang lebih produktif iaitu


menghasilkan karya-karya secara produktif dan sintesis.Beliau mula
mengarang kitab-kitab tentang metafizik,logika,kedoktoran,psikologi,fizik,
sehingga tentang sastera dan bahasa Arab.

Karya-karya beliau dapat dikelompokkan, sebagaimana dilakukan oleh


GC Anawati, ke dalam 15 kelompok, iaitu : 1) Falsafah Umum (General
Philosophy); 2) Logika ; 3) Sastera ; 4) Syair ;5) Ilmu –ilmu alam ;6)
Psikologi ;7) Kedoktoran ; 8) Kimia ; 9) Matematik ; 10) Metafisik ; 11) Tafsir
Al-Qur’an ;

1
12) Tasawuf ; 13) Akhlak,rumahtangga,politik dan Nubuwah ; 14) Surat-surat
peribadi ;15) Serba ragam.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Nama penuh atau sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Hussain Ibn
Abdallah Ibn Al Hassan Ibn Ali Ibni Sina. Beliau digelar Bapa Sejarah
Sains.Beliau dikenal sebagai Ibnu Sina di Timur dan “Avicenna” di
kalangan masyarakat Barat dan beliau juga digelar sebagai “The
Prince of Physicians”.

Di dunia Islam beliau terkenal dengan gelaran sebagai Al-Syakh


Al-Ra’is (Sarjana - Pemimpin) ataupun (Mahaguru Pertama) kerana
beliau bukan sahaja sarjana tetapi juga pemimpin Negara yang
menjadi menteri selama lebih kurang 23 tahun.

Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Afsyanat , salah satu


desa di Bukhara dekat Kharmaitsan pada tahun 370 Hijrah bersamaan
dengan tahun 980 Masihi di Turkistan.

Ayahnya bernama Abdallah dan ibunya Sitarah yang berasal


dari Balkh dan berpindah ke Bukhara pada saat Ibnu Sina berumur
lima tahun di Masa Nuh Ibn Mansur (366-367 Hijrah).Ibnu Sina
mempunyai dua saudara bernama Ali dan Mahmud.

Bermazhab Syiah Ismailiyah dan berasal dari etnik Tajik. Beliau


berasal dari keturunan Turki. Ayah serta keluarga dan saudara
maranya menganut fahaman ini, namun beliau tidak.Kerana walaupun
beliau diajar dokrin-doktrin fahaman ini, beliau menemui kekurangan
intelektual ajaran dan doktrin fahaman tersebut.

Beliau juga hidup di dalam lingkungan bilingual (dua bahasa).


Bahasa ibundanya ialah bahasa Persia manakala bahasa
pendidikannya ialah bahasa Arab.

2
Ibnu Sina lahir di dalam keluarga yang berada kerana ayahnya
menjadi wali di Afsyanat sebelum berhijrah ke Bukhara.Bapanya ialah
seorang pegawai tinggi pada pemerintahan Dinasti Samani.

Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390 Hijrah


bersamaan dengan tahun 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke
Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan.

Beliau pernah dilantik menjadi Menteri di Istana Syams Al


Dawlah. Beliau menjadi menteri bagi Amir Al Syams al Dawlah selama
9 tahun di Hamazan.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pakar perubatan di


Wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al Daulah di Asfahan.

Ibnu Sina meninggalkan Bukhara menuju ke kota Kurkanj di


Kawarizm.Beliau disambut oleh wazir Abu al-Hussien al-Sahli di
istananya.Ibnu Sina tinggal di sana selam sepuluh tahun.

Di Kurkanj, beliau terlibat bersama para cendikiawan lain seperti


Al-Bairuni (362-448H),Abu Sahl al-Masihi (w. 401H),ahli fisika Abi al-
Khair Ibn al-Hasan Ib al-Khammar, dan ahli matematik Abi Nasr Ibn al-
Arraq.

Beliau diserang penyakit kronik sehingga melukai ususnya.Ia


akhirnya mengakui bahawa perubatan tidak dapat lagi menyembuhkan
penyakitnya dan berserah kepada takdir.

Akhirnya, beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah


bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan.

3
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Ibnu Sina semasa kecil mendapat pendidikan bahasa Arab, geometri


dan fizik. Kemudian mempelajari logika, hukum Islam, Tauhid dan perubatan.
Beliau juga mempelajari berbagai- bagai ilmu kemahiran seperti Matematik,
Fizik,Teologi,Falsafah,Etika,Logik,Metafizik,Sains,Fiqah dan Astronomi.

Beliau telah menghafaz al Qur’an ketika berumur 10 tahun. Menjadi


terkenal pada usia 17 tahun sebagai doktor istana di Bukhara. Beliau
mengubati pangeran Samani, Nuh ibn Mansur. Beliau juga menghasilkan
buku dalam bidang perubatan iaitu Al Qanun Fi Al- Tibb pada tahun 1593 di
Rom sebelum dialihbahasakan di dalam bahasa Inggeris dengan judul
“Precepts Of Medicine dan Al- Syifa”.

Beliau merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang


berpengaruh dalam kebudayaan Eropah.Pada abad ke 17,buku tersebut telah
dijadikan bahan rujukan di universiti-universiti di Itali dan Perancis.

Malahan sehingga abad ke 19,bukunya masih diulangcetak dan


digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul
(Remedies For The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan.Dalam
buku beliau,beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit
bersama dengan cara mengubatinya.

Hasil tulisan Ibnu Sina tidak terbatas kepada ilmu perubatan


sahaja,tetapi juga merangkumi bidang dan ilmu lain seperti
metafizik,geografi,astronomi,philogi(ilmu bahasa),syair,prosa dan agama.

4
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu telah menjadikannya
seorang tokoh sarjana yang serba boleh.Beliau tidak sekadar menguasainya
tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan
tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Disamping menjadi puncak dalam bidang perubatan,Ibnu Sina juga


menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar
Guru Ketiga.

Dalam bidang penulisan,beliau telah menghasilkan ratusan karya


termasuk risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.Perkara yanglebih
menakjubkan,beliau juga seorang ahli falsafah yang terkenal.Beliau pernah
menulis sebuah buku yang berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan
falsafah.

Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh ahli falsafah


Al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle.Oleh sebab itu,
pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori
perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan


humuors iaitu darah,lendir (phlegm),hempedu kuning (yellow bile),dan
hempedu hitam (black bile).

5
TEORI DAN FALSAFAH

Menurut teorinya,kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan


campuran keempat-empat unsur tersebut.Keempat-empat unsur itu harus
berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini
diganggu,maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang


berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu
landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca
penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori
kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada


empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini
memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung
kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini.

Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh
manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur
yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam
tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam


pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang
falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk
mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli
falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu
kejadian.

Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan


angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-
Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih
merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

6
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan.
Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang
dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak
boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun.

Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit


daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.Tetapi tidaklah wajib
segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia
berkehendak bukan mengikut kehendak.

Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud


untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu


Sina dalam bab “ Himah Ilayyah” dalam fasal “Tentang adanya susunan akal
dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah


disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Imam Al-
Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah yang
bermaksud “Tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli falsafah” untuk
membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah


penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi,
penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai
kebangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan
kesengsaraannya di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan,sumbangan Ibnu Sina


dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dinafikan.Bahkan, beliau
boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu
falsafah dan sains dalam Islam.

7
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan
tetapi kehebatan beliau dalam bidang falsafah telah mengatasi gurunya
sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Dalam perkara Tauhid ( ketuhanan) Ibnu Sina telah terpengaruh


dengan falsafah Plato dan Aristotle, sebagaimana dihuraikan oleh Imam Al
Ghazali dalam karyanya berjudul Tahafut al-Falasifah ( Ketidaksinambungan
Dalam Pemikiran Falasauf). Sumbangan umat Islam yang ketara dalam ilmu
perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehan mereka untuk
mengubat.

Dalam konteks ini, Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi


dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang
dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk
mengenalpasti ketidakseimbangan yang berkenaan.

Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para


hakim ( doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Ibnu Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam pemulihan


seseorang pesakit. Apabila seseorang pesakit mengalami sakit jiwa kerana
dipisahkan dengan kekasihnya, maka beliau boleh mendapatkan nama dan
alamat kekasihnya itu.

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan


bahawa penyakit paru-paru adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit.
Beliau memberikan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis
dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau sangat berminat
dalam bidang berkenaan kesan minda atas jasad dan telah banyak menulis
berkenaan gangguan psikologi.
BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

8
Sepanjang riwayat hidupnya, Ibnu Sina telah menghasilkan 250 buah
karya yang kekal sehingga masa kini termasuk 116 buah karyanya dalam
bidang ilmu perubatan. Banyak karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab dan
juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Karya beliau iaitu al-Qanun fi al-
Tibb merupakan karya terkenal di Eropah dan dicetak berulang kali pada
zaman Renaissance.

Bukunya Al- Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593
sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of
Medicine. Pada abad ke 17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan
rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga
abad ke 19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan.

Pada kurun ke 12 Masihi, Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo


(Sepanyol) telah menterjemahkan hasil karya Ibnu Sina ini dalam bahasa
Latin. Hasil karya Ibnu Sina ini menjadi rujukan utama dalam bidang
perubatan.

Dalam bidang ilmu dan pemikiran Ibnu Sina menghasilkan 116 karya
dalam pelbagai bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia , fizik,
biologi dan sains politik.

Ibnu Sina dalam penjelasannya tentang pengaruh perbuatan dalam


jiwa dan roh manusia mengatakan, “ Seluruh perbuatan yang dilakukan oleh
manusia merupakan serangkaian aksi dan kualiti yang bergabung dalam jiwa
manusia”.

Ini kerana roh dan jiwa manusia “berada” di sisi badan dan pengaruh
gerakan dan perbuatan lahiriah badan terhadap jiwa merupakan satu
persoalan yang pasti.

9
Sekarang, apabila aksi dan kualiti perilaku tersebut telah meresap di
dalam jiwa manusia, maka jiwa setelah berpisah dengan badan, tetap
memiliki karakteristik dan sifatnya semula persis seperti ketika dia masih
berada bersama badan.

Akan tetapi, karakteristik dan sifat dari perbuatan-perbuatan buruk


badan yang telah menjadi sebahagian dari roh, akan muncul satu penyakit
parah yang terjadi sebagai pengaruh dari kelalaian jiwa dalam mengatur
perilaku.

Dalam hal ini, akan menyebabkannya terkena siksaan, diazab dengan


api barzakh yang panasnya melebihi segala api yang ada di muka bumi ini.

Jadi, setiap perbuatan dan perilaku yang dilakukan oleh manusia akan
memberikan pengaruh kepada jiwa dan rohnya, yang kemudian secara
berperingkat akan memberi bentuk dan karakteristik pada jiwa tersebut.

10
APRESIASI MORAL TERHADAP TOKOH

Adalah dapat dibuat kesimpulan bahawa , Ibnu Sina merupakan tokoh


cendikiawan Islam yang tiada tolok bandingnya sehingga kini.Beliau bukan
sahaja terkenal di kalangan orang Islam bahkan orang barat dan bukan Islam
juga mengkagumi ketokohannya.

Karya-karya beliau terus dijadikan panduan dari generasi terdahulu


sehingga sekarang.Karya-karya beliau meliputi banyak aspek sama ada dari
segi ilmu perubatan mahupun falsafah.Beliau mencapai tahap tertinggi
ataupun zenith bagi setiap ilmu yang dipelajari.

Di Malaysia amnya, nama beliau digunakan secara meluas bagi


menamakan sama ada kelas,madrasah,surau,sekolah agama rakyat,
pusat perubatan, galeri mahupun bangunan sekolah itu sendiri.

Boleh juga dicadangkan Hari Ibnu Sina diraikan diseluruh dunia Islam
sebagai menghargai sumbangan serta ilmu yang di tinggalkan oleh beliau
bagi dunia sekarang.

Bagi ahli falsafah dan fiqh, bahan rujukan serta buku-buku yang ditulis
oleh beliau sehingga kini masih digunakan secara meluas.Ilmu perubatan
beliau masih digunapakai sehingga kini.

Semoleknya,pameran hasil karya , artifak mahupun segala benda yang


bersangkut paut dengan beliau dipamerkan di galeri-galeri supaya dapat
dipertontonkan kepada generasi sekarang bagi menghargai sumbangan
beliau.

Ini juga dapat memperkenalkan nama beliau bagi generasi sekarang


seterusnya memartabatkan nama beliau sebagai cendiakiawan Islam yang
tiada tolok bandingnya.

11
Di Malaysia amnya, seharusnya di tubuhkan sebuah pusat pengajian
mahupun universiti yang menggunakan nama beliau sebagai pusat
ilmu.Sama ada ilmu keduniaan mahupun kerohanian.

Universiti ini semoga akan dapat melahirkan cendikiawan Islam yang


boleh memimpin dunia pada masa akan datang.

Rumusannya, dunia Islam telahpun melahirkan seorang tokoh yang di


kenang sepanjang hayat sama ada dari dunia Islam sendiri mahupun bukan
Islam.Semoga rohnya dirahmati Allah hendaknya.

Sekian.

12
PENUTUP

Demikianlah yang dapat disenaraikan perihal seorang cendikiawan


yang bernama Ibnu Sina.Segala ketokohan dan peribadi beliau menjadi idola
kepada manusia yang hidup di zaman ini.

Untuk melahirkan seorang lagi Ibnu Sina sudah pasti


mustahil.Sesungguhnya ilmu,falsafah dan karya yang ditinggalkan beliau
menjadi bahan rujukan kepada dunia masa lalu sehingga kini.

Semoga kecekalan,semangat,pengorbanan,kegigihan,serta keupayaan


beliau menggapai ilmu sehingga mencapai tahap tertinggi seharusnya
menjadi ikutan generasi kini.

Wassalam.

13
RUJUKAN

1. Ibn Sina http://ms.wikipedia.org./wiki/Abu Ali Al - Hussain Ibn


Abdallah Ibn Sina
2. http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/sina.htm
3. http://organisasi islam kebudayaan dan hubungan internasional
4. file:///G:/.%20%20Organisasi%20Islam%20Kebudayaan%20dan
%20Hubungan%20Internasional.htm

14
LAMPIRAN

15

You might also like