You are on page 1of 11

SEJARAH NABI ADAM

Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah
yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan
kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka
ada yang taat dan ada pula yang enggan.

Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi
bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.

Ringkasan riwayat hidup

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit, malaikat-malaikatnya; Allah mahu mencipta
pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.

Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu,
mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan
menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau
kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:

"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami
selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-
henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan
bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai
kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah
kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat
penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh
kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan
bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada
sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan
lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan
Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna:
SEJARAH NABI IDRIS

Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk
membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25
rasul yang wajid diketahui oleh umat Islam

Kisah Nabi Allah Idris a.s

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun
dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdapat
dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57: "Dan ceritakanlah { hai
Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami
telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin
Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai
kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi
Adam a.s wafat.

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta
mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik,
astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan
manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau.
Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah
musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama
Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa
pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan
kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab
bagi Enoch. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah
s.w.t. sehingga beliau diangkat ke langit.

Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah
dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah di mana beliau
diangkat ke langit.
SEJARAH NABI NUH

Nabi Nuh a.s.Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir.
Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak,
akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

SEJARAH NABI HUD

Adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus
Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh
menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka
menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan
malam.

SEJARAH NABI SALLEH

Nabi Saleh a.s. (‫ )صالح‬merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam dan telah diutus
kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang
dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah yakni bagi menunjukkan kebesaran Allah
S.W.T kepada kaum Thamud. Malangnya kaum Thamud masih mengingkari ajaran Nabi
Saleh a.s. malah mereka membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Thamud dibalas
dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat JibrIl yang
menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.
SEJARAH NABI IBRAHIM

Nabi Ibrahim a.s. (‫( )إبراهيم عليه السالم‬sekitar 2013 SM-?) merupakan nabi yang sangat penting dalam
agama Islam, dan juga agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Beliau telah diberi gelaran Khalil
Ullah, atau Sahabat Allah. Selain itu beliau bersama anaknya nabi Ismail a.s. terkenal sebagai
pengasas Kaabah.

Sejarah awal Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (atau Terah bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin
Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.. Ia dilahirkan di sebuah tempat
bernama "Faddam A'ram" dalam Empayar Neo-Babylnn yang pada waktu itu diperintah oleh
seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya
berada dalam kucar-kacir. Ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang
bayi akan dilahirkan disana dan bayi ini akan membesar dan merampas takhtanya. Antara
sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia akan membawa agama yang mempercayai
satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab
Raja Namrud mati dengan cara yang dahsyat. Oleh itu Raja Namrud telah mengarahkan
semua bayi yang dilahirkan di tempat ini dibunuh, manakala golongan lelaki dan wanita pula
telah dipisahkan selama setahun.

Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri Aazar telah
mengandung namun tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari dia terasa
seperti telah tiba waktunya untuk melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja
Namrud yang zalim pasti dia serta anaknya akan dibunuh. Dalam ketakutan, ibu nabi Ibrahim
telah bersembunyi dan melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas
itu, dia memasuki batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya
keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah pulang ke gua tersebut dan
terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah
jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan
tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun.
Maka kedua ibubapanya berani membawanya pulang kerumah mereka.
SEJARAH NABI LUT
Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum,
supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

SEJARAH NABI ISMAIL

Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada
bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam.
Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda
mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau
Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad
SAW.

SEJARAH NABI ISHAK

Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada
bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam.
Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda
mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau
Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad
SAW.

SEJARAH NABI YAAKUB

Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah
berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

SEJARAH NABI YUSSUF


Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan
agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda
seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat
dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.

SEJARAH NABI AYYUB


Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih
kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

SEJARAH NABI DZULKIFLI


Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang
nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah,
Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan
berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat
dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.

SEJARAH NABI SYUAIB


Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar mengajar
agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada
kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah
berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.

SEJARAH NABI MUSA


Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar
zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah
patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada
Allah SWT dan diberi mukjizat.

SEJARAH NABI HARUN


 Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar
zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah
patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada
Allah SWT dan diberi mukjizat.

SEJARAH NABI DAUD


Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah
Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun,
lalu dimakamkan di Palastin.

SEJARAH NABI SULAIMAN


Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah
SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun
sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk
termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah
dan menghindari daripada mensyirikkannya.

SEJARAH NABI ILYAS


Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon
Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan
mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah
Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka
ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon
Selatan.

SEJARAH NABI ILYASA


Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab
Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan
Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar.
Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum
Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam,
kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah
dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh
bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH NABI YUNUS


Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam
kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau
ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada
Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh
penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul
Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke
Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya,
sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

SEJARAH NABI ZAKARIA

Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil
dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua
nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi
tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

SEJARAH NABI YAHYA

Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil
dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua
nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi
tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

SEJARAH NABI ISA


Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya
menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam
syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka
agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah
adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu
berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' “.(Ali Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar
tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan
Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya
dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk
meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah
memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang nabi dan
Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab
Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah
semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah
merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus
kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap
ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh
bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth
daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu
Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang
mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada
penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang
ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata
bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan
beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah
mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya
bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman
Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata;
bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai
Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan
kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun
bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah
salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan
Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya". (Al Maidah:72-73)

SEJARAH NABI MUHAMMAD


Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi
Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi
dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi
Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti
nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia
supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan
rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi
teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak
akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya
menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal
ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi
terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai
berikut.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam
berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita
gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama
Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas
nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak
angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40)

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release
Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut
keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari
Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu
adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada
segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang
diperintahkan oleh Allah SWT.

 
 

You might also like