You are on page 1of 16

PENGERTIAN AKHLAK

* Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-
khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti
agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja,
antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan
baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah
dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan
yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52
perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian.
Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang
belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa
air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu
segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh
(terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan
duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas
berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka
peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)

* Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan
sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang
mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa
yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan
akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan
segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah.
Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak
dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber
yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti
sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi
dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah
(ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang
melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara
individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and
bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat
pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu?
Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan
kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan
kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha
mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan
tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih
menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami
akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat
terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan
atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku
atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan
sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan
sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan
tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang
dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya
dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan
sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia
menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan
oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti
pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh
diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan
Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan
sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi
mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang
diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai
akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam
lingkungan dan suasana berikut:

* Dilakukan dengan sedar dan niat.

* Dilakukan denganikhtiar sendiri.

* Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan
mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education
menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat,
perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau
buruk.

Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga
membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud
tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya
sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama
manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat,
pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat
relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran,
suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa
Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang
yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.

Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk
tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan
bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada
terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.

Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan
rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak
(Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita
menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa
prinsip utama; antaranya lain:

* Beriman kepada Allah

* Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah

* Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan
perintah dan arahan kedua-duanya

* Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
* Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

* Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

* Keadilan syara

* Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang
Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek
rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai
akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-
prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup
dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-
prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai
perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-
masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-
Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku
dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat
yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin.
Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam
Al-Quran sebagaimana firmanNya:

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan
cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi
ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia
dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula
dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan
membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau
aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak
untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak
yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh
manusia.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan
manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak
diatur oleh peraturan akhlak Islam.

Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia
menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui
sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di
sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut.
Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih
dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak
dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.

Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:


* Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau
diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat,
dan masa.

* Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan
dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah,
jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang
tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi
seseorang.

* Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak
membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan
kerosakan.

* Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi
suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek
tersebut.

* Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan
metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran
yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara
perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat
tidak menghalalkan cara.

* Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara
rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii
manusia itu sendiri.

Sumber : http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id98.htm

TAKRIF IMAN & ISLAM

TAKRIF IMANIman jika diteliti dari segi bahasa memberikan erti kepercayaan atau tasdiq. Oleh itu, orang yang
beriman dikatakan seorang yang percaya. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syariat
Islam.  

Manakala dari segi istilahnya pula boleh dimengertikan melalui sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadits baginda yang
menegaskan: 

“Membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad (anggota lahir).”
Dari hadith ini bolehlah difahami bahawa iman ialah membenarkan dengan hati secara putus (jazam), akan segala
yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w. yang sabit secara nas qat’ie, diketahui kedatangannya itu
adalah secara darurat (mudah).  

Maka, ulama hadits & fiqh berpendapat dengan tegas bahawa iman adalah ‘tasdiq dengan hati, iqrar dengan lisan
dan beramal dengan segala rukun’. 
Oleh itu tanpa tiga syarat yang disebutkan tadi seseorang itu belum dikatakan mempunyai iman yang sempurna.
Ketiadaan satu daripada ketiga-tiga syarat tadi bermakna statusnya daripada nama Islam bertukar dan nama lain
akan diberikan kepadanya iaitu samada fasik, munafik atau kafir.     

TAKRIF ISLAM 

a) Islam secara lafziyan mempunyai makna:-          Menundukkan wajah (Islam al wajhi)“Siapakah yang terlebih
baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut
agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai taulan/kesayangan (-Nya)” (An-Nisaa’
4:125) 

-          Berserah diri (Istislam)“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa
yang di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa, dan hanya kepadanya
mereka dikembalikan.” (Aali ‘Imraan 3:83) 

-          Suci, bersih (As-salaamah)“Kecuali orang yang datang ke hadirat Allah dengan hati yang suci (bersih)” (Asy-
Syu‘araa’ 26:89)  

-          Selamat, sejahtera (As-salaam)“Apabila telah datang kepada engkau orang yang beriman kepada ayat-ayat
Kami, maka ucapkanlah kepada mereka ‘salaamun alaikum’ (kesejahteraaan ke atas kamu)” (Al-An‘aam 6:54) 

-          Perdamaian (As-salmu)“Maka janganlah kamu lemah dan menyeru kepada perdamaian, sedang kamu orang
tertinggi (akan menang), dan Allah berserta kamu (menolong-mu) dan Dia tidak akan mengurangkan (pahala)
amalanmu.” (Muhammad 47:35) 

b) Di dalam al-Quraan Islam disebut sebagai deen.“Sesungguhnya agama (deen) di sisi Allah ialah Islam”
(Aali ‘Imraan 3:19)“Barangsiapa menuntut agama selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya sedangkan ia
di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Aali ‘Imraan 3:85) 

Abul ‘Ala Maududi di dalam bukunya ‘Prinsip-prinsip Islam’, deen mengandungi erti sistem kehidupan yang
menyeluruh termasuk ibadah, kemasyarakatan, politik dan jihad. Islam mencakupi keseluruhan hidup dan Islam
secara lengkap menyediakan keperluan manusia untuk mengatur hidup yang mudah difahami yang
konsekuensinya bakal mengantar kepada kejayaan muslim. 

Antara perkara asas yang ditegakkan dalam memahami Islam sebagai Deen 

1.       Tunduk (al-khudu’) (24:51)2.       Wahyu Ilahi (53:4, 21:7)3.       Deen para nabi dan Rasul (2:186, 3:84)4.      
Ahkam Allah (5:48, 5:50)5.       Sirat al-Mustaqim (6:153)6.       Keselamatan dunia akhirat (Salamatud dunya wal
akhirah) (16:97, 2:200, 28:77)

Maka, makna Islam segara integral adalah aqidah, amal soleh dan ketundukan. Islam adalah ad-Deen yang
berintikan iman & amal.

DEFINISI AQIDAHPerkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu ‘aqada yang bererti ikatan atau
simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari
ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.
Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa
seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. 

Akidah menurut istilah syara’ pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai
yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara’
iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.  

PENDIDIKAN AQIDAHPendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya
tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. 
Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad
saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan
mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih
dengan batu besar di tengah
padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan
dengan ancaman maut. 

Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar
mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan
cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu
pesat sekali.  

Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah 

1.      Mengakui keesaan Allah swt Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya
mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini
dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud : 

“Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk
memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara
denganNya” (al-Ikhlas 112:1-4) 

Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah
di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai
al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada
pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt. 

2.      Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt 

Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan
keagungan Allah swt.

 3.      Membentuk keperibadian insan 

Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat
membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen
dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal
fikirannya, iradahnya dan perasaannya. 

Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang
akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab
manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah
akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. 

Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat
membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan
keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan,
hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan
akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. 

Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada
kekuatan jasmaninya.  Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam
di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan
luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman
bin Auf dan Usman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa
lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana
Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari
pendidikan akidah yang mantap.  
KONSEP & PRINSIP (RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM)

RUKUN ISLAM

Allah maha mengetahui dengan hakikat manusia dan maha mengetahui pula dengan jalan yang ditempuhnya. Oleh
itu, setelah diciptakan manusia, diciptakan pula jalan hidupnya iaitu jalan Iman dan Islam demi kesejahteraan dan
kebahagiannya.
Bagi menjaminkan manusia ini benar-benar menjadi khalifah di bumi, diwahyukan kepada para Rasul Islam yang
akan menjadi cara hidup yang lengkap, untuk diikuti oleh manusia.
Islam itu pula ditetapkan rukun-rukunnya untuk mudah manusia memahami apakah Islam itu dan apa pula
tuntutan-tuntutannya.  

Lima rukun Islam mempunyai konsep dan falsafah yang amat luas. Selagi mampu menganalisa rukun Islam itu
maka selama itu rukun-rukun itu mampu memberikan erti, konsep dan falsafah yang sesuai diketengahkan sebagai
panduan. 

Rukun Islam & KonsepnyaPerkataan ‘rukun’ jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-kamus Arab,
maka ianya bererti: 

a.       Sesuatu yang menguatkan b.       Yang mempertahankannya atau memuliakannya c.       Bahagian yang penting
dan terkuat.
Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-
bagai cabang dan bahagiannya.
Ada ibadat, ada mu’amalat, ada munakahat, ada jinayat dan sebagainya. Dalam ibadat itu pula ada bermacam-
macam. Syahadah, salat, zakat, puasa, haji, amar makruf, nahi munkar, jihad dan sebagainya. 

Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun
Islam. Bahagian inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam konteks ini merupakan suatu konsep
tersendiri yang amat luas pengertiannya. la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w.
pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Dalam konteks solat sebagai contoh, Rasulullah s.a. w .bersabda
yang bermaksud:“Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan
agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.”
Hadits di atas jelas menyebut sembahyang (solat) tiang agama, yang bererti ianya bahagian penting yang berkait
rapat dengan jatuh bangunnya Islam pada seseorang itu. Jika ditinjau dari sudut yang lebih meluas dari konsep
yang terkandung dalam rukun Islam, maka dapat diperincikan seperti berikut:- 

1.       Konsep Islam sebagai bangunan2.       Konsep rukun Islam sebagai sebagai skop amalan3.       Islam yang
syumul 

1.       Konsep Islam Sebagai Bangunan 

Islam yang mengandungi rukunnya, telah dijelaskan yang rukun itu sebagai tiang. Diperjelaskan lagi oleh
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah haditsnya yang menggambarkan Islam itu sebagai bangunan. Hadits itu
bermaksud: 

“Bandingan saya dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah bangunan.
Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian kecil lagi yang belum siap, Semua orang
yang melihat bangunan itu memuji bangunan itu cuma ada kekurangannya. Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian
yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu. Sayalah Rasul terakhir yang diutus untuk melengkap
sempurnakan bangunan itu.”

Hadits itu memberi gambaran (antara lainnya) Islam itu sebagai bangunan. Konsep bangunan
dalam konteks ini memberikan suatu gambaran yang lebih luas bahawa Islam itu mempunyai
asasnya. Tiangnya, bumbungnya, dindingnya dan sebagainya. Asas adalah aqidah. Tiang adalah
rukun Islam. Bumbung adalah pemerintahan Islam. Dinding adalah perlaksanaan undang-
undangnya.
 2.       Konsep Rukun Islam Sebagai Skop Amalan

Rukun Islam yang bermula dari syahadah dan berakhir dengan hajj, memberikan suatu gambaran tentang skop
Islam yang meluas. Di mana Islam itu tidak terhenti di atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi
ianya memerlukan gerak kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.

               i.            MengIslamkan Diri 

Konsep syahadah memberi erti bahawa Islam itu perlu dimulakan dengan diri sendiri. Tunduk patuh kepada titah
perintah Allah secara penuh ikhlas. Menyerah diri kepada Yang Maha Esa. Redha kepada semua hukum dan
balasan yang diterima dari dunia hingga ke akhirat. Penglslaman diri dalam konsep syahadah ini memerlukan
ketegasan hati dan kekuatan azam untuk menjadi hamba Allah yang setia. Ketaatan dan kepatuhan hanya kepada
Allah yang diutamakan. Ketika Ali bin Abi Talib r.a. melafazkan kalimah syahadah ini dihadapan Rasulullah s.a.w.
dengan bersungguh-sungguh, Rasulullah bertanya (menguji) Ali. 

‘Apakah kamu telah bertanya dan berunding dengan bapamu Abu Talib tentang pengIslaman ini?’ Ali bertanya balik
kepada Rasulullah s.a.w.: ‘Ya Rasulullah adakah Allah s.w.t. bertanya Abu Talib ketika saya hendak dijadikan.’
‘Tidak.’ kata Rasulullah. ‘Kalau demikian,’ kata Ali, ‘mengapa saya perlu bertanya bapa saya (Abu Talib) dalam hal
mengucap syahadah untuk berbakti kepada Allah yang menjadikan saya?’
Syahadah tidak melibatkan sesiapa, selain dari diri sendiri. Seseorang itu boleh beriman dengan Allah dan boleh
bersyahadah seorang diri dan sah Imannya di sisi Allah. Kerana itu dikaitkan konsep yang terkandung dalam
syahadah itu dengan konsep mengIslamkan diri sendiri. 

             ii.            MengIslamkan Keluarga dan Masyarakat 

Setelah seseorang itu bersyahadah yang dikaitkan dengan konsep mengIslamkan diri, seorang muslim itu perlu
mendirikan solat (sembahyang). Konsep sembahyang adalah konsep perhubungan dua hala. Dengan Allah dan
dengan manusia. Manusia yang perlu diberi perhatian dahulu adalah keluarga dan kemudian masyarakat. Konsep
menjaga diri dan keluarga telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. kepada Muhammad s.a.w. sejak dari zaman
permulaan Islam dengan firmannya yang bemaksud:
“Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat”
“Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli (keluarga) kamu dari api neraka.”
Hubungan salat dengan keluarga dan masyarakat dapat dilihat dari tabiat (nature) sembahyang itu sendiri yang
memerlukan pertamanya berguru dan mengadakan persediaan awal untuk bersembahyang seperti pakaian dan
sebagainya. Lebih-lebih lagi sembahyang itu digalakkan berjema’ah dan sebagainya. Semua itu memerlukan
perhubungan dengan keluarga dan masyarakat. 

            iii.            Kepimpinan umat IslamJika dilihat dari solat berjema‘ah, jelas kelihatan konsep kepimpinan yang
amat diperlukan oleh umat Islam. Imam dalam solat memerlukan seorang yang mampu memimpin makmum.
Mempunyai kelebihan dan keistimewaan. Kelakuan dan tutur katanya tidak ada yang canggong dan diragukan. 
Apabila imam mengepalai solat, makmum mesti mengikutinya dalam semua gerak gerinya. Tidak ada yang boleh
melawan atau membantah, selagi ia tidak menyalahi aturan dan peraturan Ilahi dalam solat. Sekiranya ia
menyalahi hukum, makmum wajib mengingatkannya dan memperbetulkan kesalahannya.
Sekiranya Imam enggan memperbetulkan kesalahannya yang jelas ketara dalam solat, seperti meninggalkan
rukun, sama ada secara terlupa atau jahil, maka makmum tidak wajib mematuhi atau mengikutnya lagi. Oleh itu
Imam baru perlu dicari ganti. Konsep kepimpinan yang ditunjukkan contohnya dalam solat ini memberikan suatu
gambaran bahawa dalam Islam pemimpin hanya seorang sahaja. Pemimpin itu pula bukan bebas melakukan apa
sahaja dalam kepimpinannya, malah ia hendaklah patuh kepada hukum-hukum Allah s.w.t.
Kewajipan utama pemimpin adalah membawa pengikutnya (makmumnya) kepada keselamatan dan kesejahteraan
yang diliputi oleh rahmat Allah s.w.t. seperti dalam solat. Imam memimpin makmum dari Allahu Akhbar menuju
kepada salam yang bererti: kesejahteraan ke atas kamu dan kerahmatan dari Allah. 

           iv.            Persaudaraan dan Pengurangan Kemiskinan

Dari rukun Islam yang mewajibkan zakat, terselit dalamnya konsep persaudaraan dan pengurangan kemiskinan
yang dianjurkan oleh Islam. Yang kaya bersimpati dengan yang miskin. Yang miskin menyayangi yang kaya kerana
kemurahan hatinya, maka terjalinlah suatu ikatan ukhuwwah Islamiah yang amat diperlukan oleh insan kini.
Konsep dan falsafah zakat di samping dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Islam, ia juga dapat
mendekatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin. Sistem ini jauh lebih baik dari sistem kapitalis
dan sosialis.  

             v.            Jihad dan Penyatuan UmatRukun berpuasa memaparkan persoalan jihad dalam erti kata yang
sebenar. Jihad melawan nafsu dan jihad melawan mungkar. Umat Islam awalan dahulu menjadi umat dan dapat
memimpin manusia ke jalan Allah, kerana mereka menghayati jihad. Dengan jihad musuh akan gerun dan mudah
menyerah kepada kekuatan umat. Apabila jihad sudah ditinggalkan, maka umat Islam pula yang takut kepada
musuh dan menurut segala yang diarahkan oleh mereka. 

Dengan berjihad melawan nafsu, perkara-perkara maksiat dapat dijauhi dan perkara-perkara makruf dapat
dihayati. Dengan itu jihad melawan musuh dapat digarap dan dilaksanakan dengan sebaiknya. 

Apabila umat Islam sudah menjadi baik, jihad dapat ditingkatkan, maka musuh dapat dikurangkan. Dengannya
umat Islam dapat dihindarkan dari perpecahan. Penyatuan pun dapat dihasilkan. Konsep haji antara lainnya adalah
konsep penyatuan umat. Konsep ketaatan dan kepatuhan kepada Allah secara mutlak. Semua manusia adalah
hamba yang perlu patuh kepada-Nya sahaja.  

3.       Islam yang syumul 

Falsafah yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul sepenuhnya.
Islam yang mengajak manusia ke jalan selamat sejahtera dunia hingga akhirat.
Dalam syahadah, menggambarkan konsep kerja hati, mengimani Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. mengingatkan
manusia dalam sabdanya yang bermaksud:-‘Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada suatu seketul daging. Kalau
baiklah ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya. Kalau rosak ketulan itu, maka rosaklah semuanya. Ketulan
tersebut ialah Qalbu.’ 

Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera.
Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t. 

Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia di dalamnya
melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada
akhir solat insan menyebut Allah, seperti yang di dalam salam penghabisan. 

Konsep zakat dan falsafahnya telah dinyatakan oleh Al-Quran yang bermaksud: “Ambillah dari harta-harta mereka
(yang kaya) sebagai sedekah (zakat) untuk menyuci dan membersihkan mereka dengannya.”
Konsep zakat adalah konsep penyucian lahir batin manusia. Harta lahir perlu dicucikan. Batin manusia pula perlu
dibersihkan. 

Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokuskan kepada
penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji. 

Hajj pada umumnya adalah menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah
s.w.t. Dari Allah manusia datang kepada Allah ia pasti kembali.  

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh pekerja haji ada imbasan dan kesamaan dengan apa yang berlaku dan
dilakukan ke atas seorang Islam yang meninggal dunia. Kerana itu konsep haji adalah konsep peringatan dan
ingatan kepada manusia tentang distinasi yang sedang ditujunya seperti yang dijelaskan dalam permulaan tulisan
ini. 

Dari semua yang tersebut itu lahirlah Islam yang syumul dalam diri manusia. 

RUKUN IMANDalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini
disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang
merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan.
Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud:  
“Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal dengan anggota”. (al-
Hadis) Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri
dan Allah swt, namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan.  

Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap
di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secocok dengan kehendak dan tuntutan iman
itu sendiri.  

Firman Allah swt yang bermaksud:  “Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan
RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu”.  (al-Hujuraat 49:15) 

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah
swt maka terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt, bertambahlah iman
mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat, membelanjakan daripada apa
yang kami beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya”. (al-
Anfal 8:2-4) Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun
Iman iaitu sebanyak enam perkara:  

 Pertama: Beriman kepada Allah swt.


 Kedua: Beriman kepada Malaikat.
 Ketiga: Beriman kepada kitab-kitab.
 Keempat: Beriman kepada Rasul-Rasul.
 Kelima: Beriman kepada Hari Kiamat.
 Keenam: Beriman kepada Qada” dan Qadar.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-
KitabNya dan Rasul-RasulNya.” (al-Baqarah 2:285) Juga sabda Nabi saw yang bermaksud:  “Iman itu ialah kamu
beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan
buruk”. (Riwayat Muslim) 

KERAGUAN TERHADAP IMAN & RUKUN IMANKeraguan tentang iman dan rukun Islam boleh berlaku melalui
empat bentuk sepertimana yang diperjelaskan oleh ulama’ iaitu; 

1.            Jahil; iaitu seseorang yang tidak tahu tentang satu atau banyak perkara mengenai persoalan iman maka ia
diistilahkan sebagai seorang yang jahil.2.            Syak; iaitu antara keyakinan dan keraguan yang boleh juga diukur
melalui peratusan iaitu antara 50% yakin dan 50% keraguan.3.             Zan; iaitu yang diistilahkan sebagai kuat
anggapan juga boleh dinisbahkan kepada 75% keyakinan dan 25% keraguan.4.             Waham; iaitu yang boleh
dinisbahkan kepada 25% keyakinan dan 75% keraguan.

Daripada pembahagian kadar keraguan dan keyakinan seperti yang diperjelaskan di atas, bolehlah kita membuat
kesimpulan bahawa apabila persolan iman seseorang itu diselami oleh perasaan jahil, syak, zan atau waham
bermakna ia belum lagi boleh dikategorikan sebagai seorang yang beriman. Sebaliknya, seseorang yang
mengucapkan dua kalimah syahadah disertai dengan cahaya keyakinan yang seratus peratus tanpa dicelahi oleh
oleh mana-mana satu daripada keempat-empat bentuk keraguan diatas barulah ianya boleh dikatakan seorang
yang beriman. Oleh itu, seseorang itu akan tidak akan merasakan kelazatan iman tanpa diresapi oleh sifat-sifat
yang tertentu di dalam dirinya iaitu; 

-          Tidak ada sesuatu yang yang lebih dicintainya daripada Allah dan juga Rasul-Nya.-           Menyintai sesuatu
hanya kerana Allah.-          Takut berbalik daripada keimanan kepada kekufuran sepertimana ia takut dimasukkan ke
dalam api neraka. 

Nikmat keimanan yang dirasai oleh orang yang merasai kelazatan iman akan terpancar melalui amalannya. Maka
seseorang yang telah pun merasai kelazatan iman tersebut tidak akan takut untuk menuturkan atau melafazkan
perkara yang benar dan juga tidak akan sama sekali berdusta walaupun ketika ia menghadapi saat-saat kesulitan.
Selain daripada itu, ia juga menyakini tentang segala ketentuan itu adalah dari Allah yang tidak dapat dihindarkan
oleh kita yang bersifat makhluk-Nya. 
PERINGKAT-PERINGKAT IMAN 

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah iman seseorang boleh dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa
bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para
Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang
mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang
yang fasik lagi jahat.  

Iman terbahagi kepada


lima peringkat:

 Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang
lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.
 Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak
terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
 Iman A’yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh
orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas
untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
 Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini
dimiliki oleh golongan muqarrabin.
 Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang
memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM  

Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa melainkan orang
berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui
tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan
seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan
penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah
menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan
dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu:- (i)       Dengan kepercayaan dan pegangan hati yang
dinamakan Iman (akidah) (ii)    Melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan)
dinamakan Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian
amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud : “Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi
ialah mengucap kalimah “Lailahaillallah” dan yang paling rendah ialah membuang benda-benda yang boleh
menyakitkan orang di jalan”.  (Riwayat Muslim) Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai
hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon, sementara Iman umpama akar
pepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun,
ranting dan dahannya. 

Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada
rombongan Abdul Qias yang bermaksud: “Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah
kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa “. Iaitu penyaksian bahawa tiada
tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang”.  (Muttafaqun ‘alaih) 

Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman dan Islam di mana Islam itu menjadi
salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan
melaksanakan hukum syariat dalam segala amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan menunaikan fardhu
sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam Allah swt maka
seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada
sesetengah orang-orang Badwi di zaman Rasulullah saw. 

Firman Allah swt yang bermaksud:“Orang Arab berkata: ‘Kami telah beriman.’ Katakanlah (wahai Muhammad):
‘Kamu belum beriman’ (janganlah berkata demikian, sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati
kamu) berkatalah sahaja: ‘Kami telah Islam’”. (al-Hujuraat 49:14) 

Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir.
Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat
merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia
menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya. 

SYARAT IMAN & ISLAM (TUNTUTAN IMAN TERHADAP PERLAKSANAAN RUKUN ISLAM)Melalui pendedahan
tentang ciri-ciri keimanan yang telah disebutkan dapatlah kita mengetahui tahap mana keimanan yang kita
dokongi, adakah ianya seteguh gunung yang tersergam megah atau hanya seteguh istana pasir yang dibina akan
musnah dan hancur apabila dipukul ombak. Maka dengan ini, Islam telah menggariskan beberapa syarat yang
perlu dipenuhi sebelum seseorang itu di kategorikan sebagai beriman dan jika tidak memenuhi syarat tersebut
maka jadilah ia seperti yang di istilahkan iaitu: 

1-   Seseorang yang mengucapkan lailahaillallah dan yakin dengannya, tetapi tidak beramal atau amalannya tidak
sempurna sebagaimana yang dikehendaki, maka golongan ini dinamakan sebagai mukmin yang fasik atau ‘asi
(derhaka).2-   Seseorang yang yakin tetapi tidak mahu mengikrarkan kalimah lailahaillallah sama ada dengan
beramal ataupun tidak, dikategorikan sebagai seorang yang kafir sepertimana yang berlaku terhadap Abu
Jahal dan Abu Lahab. 

3-   Seseorang yang mengucapkan lailahaillallah kemudian beramal dengan tuntutannya tetapi keyakinan dicelahi
oleh keraguan adalah di istilahkan sebagai seorang yang munafik sepertimana keimanan Abdullah bin Ubay. 

Lanjutan dari ayat 14 dalam surah al-Hujuraat, ditegaskan pula tentang orang yang beriman yang diperincikan lagi
melalui ayat dalam surah yang sama ayat 15:

“Sesungguhnya orang yang sebenarnya beriman, hanyalah orang-orang yang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.
Mereka itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hujuraat 49:15) 

Rentetan ayat di atas, keraguan seseorang dalam mengucapkan kalimah syahadah samada maksud
kalimah tersebut atau tentang lain-lain rukun iman, haruslah dipelajari maksud dan tuntutannya. Maka dengan
sebab itu, ucapan lailahaillallah mestilah dipelajari maksud dan tuntutannya kemudian difahami, diyakini (tanpa
ragu-ragu) dan dihayati untuk diamalkan. 

KONSEP IHSAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN IMAN DAN ISLAMIhsan bermaksud bekerja dengan baik dan
tekun. Dari segi syara’ bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin
dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran menerangkan
dengan meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan). 

Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :“Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu
lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamu juga.”  (al-Isra’ 17:7) 

Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu
dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran menerangkan bahawa Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt
telah memberi ni’mat kepada manusia dengan Ihsan-Nya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni’mat ini kepada
makhluk. Firman allah swt yang bermaksud:“Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana
Allah swt berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni’matNya yang melimpah-limpah.”  (al-Qasas :77) 

Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain dan orang yang
menerima Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa.
Mereka yang membuat keburukan tidak akan mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi
galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt menyuruh
kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim.” (al-Nahl :90)  

Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut disertakan dengan ikhlas
kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat yang paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri
setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman itu umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah
yang baik. Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan. 

KESAN AQIDAH ISLAM


Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang unggul yang
akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah
masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-
kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:  

        Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan
seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt.  

        Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan
meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.         Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak
cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu’, ikhlas,
redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti
dengki, sombong, ria’, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.        
Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk
bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat
kebahagian di akhirat.         Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai
perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama
dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih
nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan
masyarakat.         Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam
segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali
kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai
hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
        Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari
kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.         Akidah Islam akan
melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi
ketenangan yang luar biasa.         Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah
swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan
akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan
nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang
meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.         Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin
tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman
Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah
terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari
menghayati Akidah Islam yang sebenar. 

Rujukan: 

1. Konsep Dan Falsafah Rukun Islam [Dr. Harun Din, Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi Selangor]
      http://www.angelfire.com/in/elcom98/rukun.htm
2. Modul Usrah

You might also like