You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1

Model ASSURE

A – Analyze Students (Analisis Pelajar) 2

S – Select Objective (Memilih Objektif) 3

S – Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan) 3

R – Require Participant (Penglibatan Pelajar) 4

E – Evaluate (Menilai) 5

Aplikasi

A – Analyze Students (Analisis Pelajar) 6

S – Select Objective (Memilih Objektif) 7

S – Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan) 7

R – Require Participant (Penglibatan Pelajar) 8

E – Evaluate (Menilai) 9

Kesimpulan 10

Refleksi 11

Bibliografi

Lampiran

0
Pengenalan

Bagi menjana pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah, penggunaan bahan media
yang sesuai dan efektif adalah penting. Justeru, beberapa model telah di bentuk bagi
memastikan media yang ingin diguanakan adalah sesuai dan membawa kesan yang
mendalam pada diri pelajar. Menurut Dr Ismail Zain (2002:33) sesuatu media
pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti.
Tujuannya adalah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi
pembelajaran untuk membantu guru dalam proses menyampaikan penyampaian
maklumat kepada pelajar-pelajar.

Pemilihan media berkaitan dengan reka bentuk pengajaran ini kerana menrut Noriati A
Rashid (2009) reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang,
memilih dan menilai media pengajaran. Biasanya, reka bentuk pengajaran mempunyai
ciri-ciri yang sama berdasarkan teori dan penyelidikan. Richey (1896) telah
menggariskan elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu menentukan keperluan
pelajar, menetukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk
dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai
keseluruhan sistem.

Harus diingatkan disini bahawa media yang hebat dengan teknologi yang tinggi tidak
cukup untuk membatu seorang pelajar itu mendapat ilmu yang berkesan. Justeru
beberapa orang paka telah membina suatu model yang dapat membantu guru memilih
media dan menggunakannya dengan baik dan teratur. Model yang menggariskan
pemilihan bahan multimedia serta cara dan strategik penggunaanya yang dimaksudkan
adalah model ASSURE.

1
1.0 Model ASSURE

ASSURE merupakan akronim kepada model yang memperlihatkan panduan memilih


dan perancangan strategik penggunaan media yang di pilih. Model ini dicipta oleh
Heinich, Molenda dan Russel (1993). Model ini mengalami pembaharuan pada tahun
2002.

Menurut Heinich (2002), model Assure ini menekankan pemilihan media dan langkah-
langkah penggunaannya.

Seperti yang telah di sebutkan ASSURE merupakan satu akronim kepada proses
pemilihan media dan cara penggunaannya. A mewakili Analyze Leaner (Analisis
Pelajar), S pula mewakili State Objective (menyatakan Objektif/hasil pembelajaran), S
yang seterusnya pula mewakili Select methods, media and material (pilih kaedah,
media dan bahan), U pula mewakili proses Utilize media and material (penggunaan
media dan sumber, R- require leaner participant (libatkan pelajar dalam pembelajaran)
dan E pula adalah untuk Evaluate and Revise (Nilai dan semak).

1.1 A – Analisis Pelajar

Menurut Heinich dan rakan-rakan (2002) penggunaan dan pemilihan bahan media
haruslah sesuai dengan pelajar. Dalam proses analisis pelajar, apa yang ditekankan
adalah perwatakan umum pelajar, pengetahuan sedia ada (Specific entry
competencies) dan gaya pembelajaran.

Dalam menganalisis perwatakan pelajar, watak yang utama dikenalpasti adalah umur,
tahap, sosio ekonomi, jantina dan budaya harus dianalisis dan dikenalpasti.sebagai
contoh apabila menganalisis pelajar dari segi jantina, secara umumnya kanak-kanak
perempuan akan menggemari warna yang lembut seperti pink dan kanak-kanak lelaku
mungkin suka warna yang gelap seperti hitam, maka pemilihan bahan media
pengajaran harus sesuai berdasarkan ciri ini. Ilmu yang diperoleh dimiliki oleh pelajar
juga dikenal pasti supaya media dan arahan yang digunakan dapat diterima dengan
mudah berdasarkan lavel minda mereka. Gaya pembelajaran adalah penting untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dalam menggunakan bahan media,

2
1.2 S – State Objective (menyatakan objektif)

Menurut Dr Ismail Zain (2002), objektif ialah penyataan yang spesifik tentang kebolehan
atau prestasi yang akan ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut.
Munurut Heinich dan rakan-rakan (2002) objektif penting kerana daripada objektif kita
dapat memilih media serta menggunakan bahan yang betul. Pembentukan objektif
harus bergantung kepada kumpulan sesaran, apakah yang hendak dicapai,
bagaimanakah henhak dicapai. Objektif yang bagus selalunya menggunakan konsep
ABCD dimana A mewakii audien. Siapakah audien kita?. B pula mewakili Behaviour
iaitu perlakuan. Dalam objektif, perlakuan yang ditekankan adalah perlakuan baru yang
hendak di capai. C pula mewakili Condition (syarat). Untuk mendapatkan kebolehan
baru, audien terpaksa mengikuti syarat yang disertakan sekali di dalam objektif. Akhir
sekali objektif yang bagus ialah degree pencapaian iaitu kayu ukur kejayaan dalam
mencapai objektif. Darjah pencapaian ini harus dicapai oleh audien bagi membuktikan
keberkesanan objektif.

Contoh penulisan objektif adalah seperti berikut:

Pelajar pemulihan (A-audien) boleh membunyikan suku kata (Behaviour) secara


bersuara (condition) dengan betul dan jelas tanpa mengeja (degree).

1.3 S- Select (Pemilihan Kaedah, format media dan bahan)

Dalam proses pemilihan media, kaedah dan bahan harus dibuat secara sistematik dan
terancang, seorang guru itu harus bijak memilih langkah. Sesetengah guru terpaksa
memilih langkah yang pelbagai kerana gaya belajar muridnya yang pelbagai.

Pemilihan seterusnya pula ialah pemilihan format media. Pemilihan format media
adalah pemilihan bahan secara fizikal. Contoh pemilihan format media adalah flip chart,
audio, computer dan lain-lain. Memilih format media adalah susah kerana seorang guru
itu seharusnya menimbangkan pelbagai aspek seperti kebesaran alat komputer,
kemudahan teknologi yang disediakan, kepelbagaian audien dan objektif yang
mempunyai aspek yang pelbagai. Bagi mendapatkan media yang bahan yang sesuai
biasanya seorang guru itu terpaksa melakukan tiga perkara iaitu memilih bahan yang

3
sedia ada, mengubah suainya dan mereka bentuk satu bahan yang baru.guru juga
digalakkan menggunakan bahan yang sedia ada sekiranya bahan itu sesuai dengan
objektif yang dipilih.

Menurut Dr Ismail Zain (2002) ketika proses pemilihan seorang guru harus tahu aras
perbendaharaan atau ayat pelajar, bahan bacaan yang sesuai, kesesuaian ilustrasi
kepada umur pelajar, kemahiran tertentu untuk memanipulasikan bahan, kesesuaian
maklumat dengan penelitian pelajar dan aspek teknikal yang menggangu pelajar.

1.4 U-utilize (penggunaan media dan bahan)

Dalam langkah ini, apa yang di pentingkan adalah bagaimanakah media dan bahan
pengajaran digunakan Menurut Hainich (2002), dalam penggunaan media, seseorang
itu harus pratonton bahan media, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan
pelajar untuk mendapatkan manfaatdan menyediakan pengalman kepada pelajar.

Antara soalan yang boleh digunakan bagi melicinkan langkah ini menurut Dr Ismail
Zain (2002) iaialah, adakah bahan ini memerlukan perisian tertentu?, bagaimanakah
kedududkan bilik darjah?, di manakah kedudukan anda?, bagaimanakah anda
mengawal bilik darjah?, adkah cahaya sesuai?, adakah perisian memerlukan teknikal
dan pekakas elektrik?, dan dimanakah tempat penggunaan media?

1.5 R – Require Learner Participant (Memerlukan penyertaan pelajar)

Menurut Hainich (2002) para pendidik menyatakan bahawa penglibatan yang aktif
daripada pelajar akan memberikan kesan. Apa yang dititikberatkan dalam langkah ini
adalah respon pelajar. Latihan latih tubi, latihan bertilis, permainan dan sebagainya
boleh merangsang penglibatan pelajar. Pemilihan media yang sesuai sebenarnya dapat
membantu pelajar menglibatkan diri secara langsung. Kejayaan dalam penglibatan
pelajar akan menyebabkan mereka puas dan ini akan meningkatkan motivasi mereka
untuk terus belajar. Aktiviti yang dirancang oleh guru harus bersesuaian dengan diri
pelajar supaya mereka mempunyai minat untuk belajar dan mengekalkan penglibatan
dalam pembelajaran.

4
1.6 E– Evaluate ( Nilai dan Semak Semula.)

Penilaian boleh dibuat semasa dan selepas pembelajaran. Penilaian adalah bertujuan
untuk memastikan keberkesanan penganalisisan pelajar, pencapaian objektif,
pemilihan media, tahap penglibatan pelajar dan proses yang sesuai.penilaian boleh
dibuat secara lisan ataupun pemerhatian dan ia juga di jalankan secara formal atau
tidak formal. Berikut merupakan beberapa soalan yang boleh digunakan dalam proses
penilaian :

a. Apakah perasaan anda? Seronok? Puas hati?


b. Adakah objektif tercapai?
c. Apakah kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
d. Apakah punca kekuatan?
(Noriati A. Rashid et.al, 2009)

5
2.0 Penggunaan Media mengikut model ASSURE

Seorang guru pemulihan harus memahami setiap langkah dalam model ASSURE
supaya dapat memilih dan menggunakan media yang sesuai supaya pembelajaran
yang berlaku adalah berkesan. Sebagai guru pelatih saya mengaplikasikan model
ASSURE ini untuk mengajar anak murid saya membaca perkataan KV KV dalam subjek
bahasa melayu.

2.1 A – Analisis Pelajar.

Dalam menganalisis pelajar, perkara yang di pentingkan adalah umur, tahap


pengetahuan pelajar, dan tahap kemahiran pelajar.

Bagi menggunakan model ASSURE ini, saya telah menganalisis pelajar pemulihan di
sebuah sekolah yang terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur. Pelajar ini merupakan
pelajar di dalam sebuah kelas pemulihan yang di beri nama Pemulihan Gemilang.
Pelajar-pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar tahap satu yang kebanyakannya berada
pada tahun 2 dan tahun 3. Mereka mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran
melukis dan mewarna, tetapi kebanyakan mereka terlalu gemar untuk menyanyi dan
mendengar lagu. Tahap penguasaan setiap mata pelajaran mereka tidak selaras
dengan umur mereka ini bermakna tahap peguasaan mereka dalam setiap subjek jauh
tertinggal daripada rakan seusia mereka. Jumlah murid pemulihan di sekolah terbabit
ialah seramai 10 orang.

Setelah menjalankan ujian gaya pembelajaran yang berada di layar sawang


http://www.businessballs.com/freepdfmaterials/vak_learning_styles_questionnaire.pdf
(seperti yang lampiran 1) di dapati kebanyakkan mereka mempunyai gaya
pembelajaran visual.

2.2 S – Menyatakan Objektif.

Objktif pengajaran saya adalah seperti berikut:

Pada akhir pengajaran, apabila guru mengedarkan bahan relia KV KV kepada


setiap kumpulan,setiap ahli kumpulan dapat mengeja dan menulis perkataan

6
bahan relia tersebut dengan membatangkan dan menggabungkan suku kata KV
KV dengan tepat, betul dan jelas serta menulisnya dengan betul hasil daripada
pembelajaran melalui slaid yang disediakan

Saya memilih objektif ini adalah kerana saya ingin memastikan media yang saya
gunakan adalah tepat sehingga murid dapat mengeja dan menulis perkataan KVKV
dengan sendiri tanpa bantuan seorang guru.

2.3 S – Memilih Keadaan, Media dan Bahan

Kaedah yang dipilih oleh guru pelatih adalah kaedah koperatif antara guru dan pelajar
dan kaedah latih tubi serta kaedah pandang sebut yang menggunakan kaedah VAK
(Visual, auditori dan kinestatik) dalam pengajaran membaca. Guru pelatih memilih
kaedah ini keedah ini kerana setiap pelajar di kelas pemulihan sangat memerlukan guru
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perhatian dan kerjasama antara guru dan murid
adalah penting supaya murid tidak tercicir di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan

Kaedah VAK digunakan adalah untuk merangsang deria penglihatan dan pendegaran
pelajar. Ini adalah sesuai kerana kebanyakkan gaya pembelajaran mereka adalah
secara visual dan pengajaran mengeja memerlukan pelajar mendiskriminasi bunyi.
Pembelajaran secara kinestatik di gunakan adalah supaya mereka dapat mengingat
ejaan perkataan tersebut. Jadi media yang digunakan ialah slaid dan bahan relia
(bahan 3D asli). Bahan relia dan internet digunakan untuk aktiviti pelajar.

Slaid (lampiran 2) yang digunakan terdapat unsur still picture, audio dan video.
Semuanya program ini digabung bagi membentuk satu slaid pengajaran menggunakan
powerpoint. Selain itu, video yang dipilih adalah daripada laman sesawang you tube
dan ada juga video yang dirakan sendiri oleh guru. Tujuannya adalah untuk menarik
perhatian visual pelajar. Setiap perkataan yang hendak di ajar ejannya pula dirakamkan
suara supaya murid jelas.Still Picture yang digunakan adalah Still Picture karton yang
dimuat turun daripada layar sesawang. Warna harmoni digunakan dalam penyediaan
slaid bagi memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian tanpa rasa jemu.

7
Internet diperlukan kerana pengajaran saya memerlukan murid melayari laman
sesawang http://www.uluskum.net/remedial untuk mengikuti pengajaran saya. (Rujuk
Lampiran 3 bagi melihat Print Screen laman web tersebut)

2.3.6 U – Mengguna media dan bahan

Pada mulanya saya akan pratonton slaid yang bakal saya gunakan kepada pelajar-
pelajar dan diri saya. Hal ini bagi memastikan salid yang dibina tiada sebarang
kecacatan yang membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dengan pelajar dan
segala yang berada di dalam slaid itu adalah jelas dan bebas dari sebarang gangguan.
Selain itu saya juga akan memastikan seluruh komputer di makmal komputer berada
dalam keadaan baik begitu juga dengan LCD dan internet di sekolah terbabit.

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran, pada mulanya saya akan mengajar
menggunakan slaid terlebih dahulu dengan cara memperdengarkan audio yang
dimainkan di dalam slaid tersebut dan mengulanginya sambil diikuti oleh murid. Setelah
murid menguasai kemahiran yang ingin diajar dalam slaid, guru akan meminta murid
menghidupkan komputer kemudian guru akan mengarahkan murid untuk melayari
laman web yang disebut sebentar tadi sebagai latihan. Selepas itu, guru
membahagikan murid dalam kumpulan kemudian guru mengedarkan bahan-bahan relia
yang berpekataan KVKV pada setiap kempulan dan setiap kumpulan diminta
berbincang untuk mengeja danmenulis ejaan tersebut di atas kertas majung yang di
sediakan (Rujuk Lampiran 4 untuk melihat carta alir pengajaran dan pembalajaraan)

Dalam slot pertama, segala aktiviti dijalankan secara individu di makmal komputer
manakala pada slot ke dua iaitu mengeja bahan relia, murid diminta kembali kedalam
kelas untuk membentuk kumpulan.

2.3.7 R – Memerlukan Penglibatan Pelajar

Dalam aktiviti yang dirancang, penglibatan pelajar adalah secara individu dan
berkumpulan. Bentuk respon yang di berikan oleh pelajar adalah dalam bentuk lisan
dan tulisan. Penglibatan secara individu amat di pentingkan supaya ia dapat memberi

8
pengalaman sebenar kepada murid. Respon secara lisan di berikan oleh guru apabila
guru mengajar menggunakan slaid ini kerada dalam penggunaan slaid tersebut ada
beberapa soalan yang harus dijawab oleh murid secara lisan. Respon bentuk lisan
digunakan apabila guru mengejar pelajar menggunakan kaedah pandang sebut dan
kaedah abjad. Kaedah ini memerlukan pelajar memberi respon dalam bentuk lisan
manakala, dalam slot berkumpulan pula murid harus memberi respon secara bertulis.
Kedua-dua kaedah ini adalah mudah, cepat dan senang dijalankan oleh guru dan
pelajar.

Dalam proses pengajaran menggunakan slaid, murid diharapkan dapat mendengar


audio pada slaid dan dapat mengulangnya. Sekirannya guru bertanya akan gambar
pada slaid, murid diharapkan dapat memberi jawapan yang betul.

Dalam penggunaan latihan di layar sawang internet, guru juga mengharapkan murid
dapat menjawab semua perkataan dengan betul kerana ia menguji keberkesanan slaid

2.3.8 E – Menilai (Evaluate and Revise)

Dalam penilaian yang dijalankan slaid yang dibina adalah kurang menarik kerana saya
tidak meletakkan animation pada setiap gambar di atas slaid. Pergerakkan gambar
dapat membantu menarik perhatian murid secara menyeluruh. Selain itu rakaman suara
juga adalah kurang jelas, justeru saya akan memastikan rakaman suara yang dibuat
adalah lebih jelas dengan kekuatan yang lebih.

Selain itu perkataan Kv Kv di dalam slaid perlu ditambah supaya murid mendapat lebih
banyak kosa kata. Begitu juga dengan latihan di dalam slaid yang memerlukan respon
secara lisan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap pelajar berpeluang untuk memberi
respon.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid harus bergerak daripada bilik
komputer ke kelas pemuihan. Aktiviti ini memakan masa yang agak lama jadi saya
bercadang untuk tidak melakukan aktiviti tersebut dalam pengajaran saya dan mungkin
ianya boleh dijadikan sebagai aktiviti ulangkaji pada suatu hari.

9
Bahan relia 3D adalah susah dibawa kerana saiznya yang besar dan memerlukan
jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada setiap kumpulan jadi, saya bercadang
untuk mengubah bahan 3D asli kepada bahan 2D dimana still picture digunakan.

3.0 Kesimpulan.

Pengajaran yang baik seharunsnya memberi kesan yang mendalam kepada pelajarnya.
Pengajaran yang baik juga seharusnya memastikan apa yang di pelajari diingati hingga
ke akhir hayat. Salah satu faktor yang memastikan ianya berlaku adalah dengan
memastikan keberkesanan dan kesesuaian media untuk pelajar hal ini kerana, setiap
pelajar mempunyai keunikan tersendiri dan meraka memiliki pelbagai kecerdasan.

Salah satu model yang direka bagi memastikan hal ini berlaku adalah model ASSURE.
Model ini melibatkan penentuan objektif dan lain-lain lagi. Apa yang penting dalam
penggunaan model ini adalah seorang guru dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan murid, justeru, mereka yang mengaplikasikan model ini dapat mengenali
dan memahami akan pelajar mereka. Setelah itu, seorang guru itu juga dapat
mengubah suai corak pengajaran yang bersesuaian dengan diri mereka. Hal ini penting
bagi seorang guru pemuliahn kerana di dalam kelas pemulihan murid telah di
bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cergas sederhana dan lemah.
Pengagihan dibuat dengan menjalankan ujian diagnostik yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Moel ASSURE ini membantu guru membantu guru dalam semua hai termasuk dlam
menganalisis singgalah penilaian. Setip guru harus mengetahui dan memahami
langkah0langkah di dalam model ASSURE supaya pengajaran mereka sangat berkesa.

10
Refleksi.

Penggunaan teknologi amat penting pada hari ini di dalam bidang pendidikan.
Perkembangannya yang rancak mengharuskan guru memilih bahan yang susuai bagi
membina media pengajaran yang berkesan. Tanpa media pengajaran yang baik,
pengajaran guru di anggap gagal dan sia-sia. Justeru satu model di bina oleh pakar
sebagai panduan kepada guru untuk memilih media pengajaran yang tepat.
Sebenarnya terdapat beberapa model yang membolehkan seorang guru itu
menggunakan atau memilih media yang tepat, tetapi salah satu model yang di titik
beratkan di dalam pemilihan bahan media.

Dalam tugasan ini, saya telah di beri tugasan untuk membayangkan satu situasi proses
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan saya menggunakan model ASSURE
dalam proses memilih media pengajaran. Sebenarnya tugasan ini amat menarik kerana
ia menguji kefahaman saya dalam mengaplikasikan model tersebut untuk digunakan
pada hari kelak. Tugasan ini juga sebenarnya memberi peluang dan ruang kepada saya
untuk meneroka pelbagai sumber yang boleh dijadikan media pengajaran yang
berkesan.

Melalui tugasan ini pembacaan saya trerhadap model ASSURE yang di pelopori oleh
Heinich, Molenda dan Russel pada tahun 1993. Pembacaan yang luas terhadap model
ini menyebabkan kefahaman saya meningkat dan saya yakin untuk mengaplikasikan
model ini dengan sebaiknya.

Selain itu, dalam penghasilan media yang baik, pengaplikasian pengetahuan dalam
beberapa kemahiran adalah diperlukan. Contohnya kemahiran merakam menggunakan
Audacity, kemahiran menggunakan movie maker dan kemahiran memuat turun .
Tugasan ini juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menilai keberkesanan
media pengajaran yang saya hasilkan. Penilaian amat penting supaya apabila saya di
tugaskan untuk menghasilkan media saya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan
ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih lancar.

11
12

You might also like