You are on page 1of 9

PERISTIW

A
PENTING
ANTARA 2
HIJRAH
Fatin hafizah binti mohammad sukri
900126-14-5752
PENGENALAN
• Dalam sejarah perkembangan awal Islam
terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke
Habsyah dan Hijrah ke Madinah.
• Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad
hanya melibatkan diri dalam hijrah ke
Madinah.
• Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut
digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat
Islam pada setiap tahun sehingga kini.
• Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya
sebahagian daripada pengikut Nabi yang
terlibat.
• Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan
bertujuan mencari perlindungan.
• Kebanyakan daripada mereka kembali ke
Arab apabila mendengar berita pengislaman
Saidina Umat al-Khattab.
• Ada yang kembali semula selepas
*BANTUAN PERLINDUNGAN DI
HABSYAH
• Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada
umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk
mencari perlindungan di sana.
• Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar
berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap
sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan
tidak berlaku di sana.
• Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke
sana. Rombongan ini telah mendapat
perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja
Najashy menganut agama Nasrani.
• Kejadian ini telah memberikan perangsang dan
menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus
berjuang menyebarkan Islam.
*Pemulauan Islam (Muqato’ah)
• Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas
Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara
untuk menyekat perkembangan Islam.
• Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 tahun
tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan.
• Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi
penderitaan yang teruk.
• Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi
iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia.
• Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa
ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam.
• Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati
masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara
mereka yang mendesak orang musyirikin untuk
menamatkan pemulauan itu.
• Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan
orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka
telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu
saudara lain.
• Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat.
• Kegagalan orang musyirikin meneruskan rancangan ini telah
menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.
*Pengislaman Umar
• Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi
yang agak lewat menerima Islam.
• Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima
berita bahawa beliau telah memeluk Islam.
• Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang
kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi
sahabat Nabi yang kuat.
• Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap
perkembangan Islam.
• Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati
Umar untuk menerima Islam.
• Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang
ramai.
• Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi
kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat
secara terbuka.
• Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan
yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana
sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan
penentangannya terhadap Islam.
*Pengislaman Hamzah
• Hamzah ialah seorang pemuda gagah
Quraisy.
• Beliau ialah bapa saudara Nabi.
• Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak
terlibat dalam gerakan menentang Islam.
• Pengislamannya mungkin berlaku secara
spontan.
• Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau
balik dari berburu, beliau terlihat orang
yang sedang menghina Nabi.
• Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau
memarahi orang itu dan menyatakan
pengislamannya.
• Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung
dan disegani.
• Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan
*Peristiwa Israk dan Mikraj
• Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.
• Israk ialah perjalanan pada waktu malam
dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil
Aqsa di Palestine.
• Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil
Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke
Sidratul Muntaha.
• Dalam peristiwa ini, Nabi telah diperlihatkan
dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah.
• Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam.
• Bagi yang beriman, iman mereka semakin
mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka
menjauhkan diri kerana menganggap Nabi
mereka cerita.
• Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula
diwajibkan.
• Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi
walaupun orang musyirikin semakin kuat
*Dakwah di Taif
• Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani
oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk
berdakwah kepada Bani Thaqif.
• Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap
penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah.
• Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan
sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang
disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak
melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera.
• Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif
mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy.
• Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus
berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang, dakwah
ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi
telah berjaya mengislamkan seorang penganut
Kristian, iaitu Addas.
• Peristiwa ini telah membuka jalan kepada
pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah.
• Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai
Muqaddimah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan
Mikraj.
• Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan
keyakinan untuk terus berdakwah.
*Bai’at Aqabah
• Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima
Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar
Mekah.
• Pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang
penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan
menyatakan keislaman mereka.
• Pada tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan
mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at
Aqabah I.
• Apabila mereka pulang ke Madinah, Nabi
menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru
dan imam mereka.
• Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang
lagi mengadakan ikrar Aqabah II.
• Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah
bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga
pendakwah bertambah.
• Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam
di sana.

You might also like