You are on page 1of 4

Majlis Perasmian Penutup

Program Mahasiswa bersama Pelajar 2010

Teks Ucapan Bacaan Doa

Ahad, Julai 18, 2010


10.30 pagi

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan, Pahang

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬

‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫ـحات‬ َّ ‫ي ِبنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ّم ُال‬
َ ِ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ ال ِذ‬

. ‫أجـ َم ِع ْي َن‬ ْ ‫س ْولِنَا األ ِم ْي َن َو َعلَى َءألِ ِه َو‬


ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫َر‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….

Sesungguhnya kami berkumpul pada hari yang mulia lagi berbahagia ini adalah untuk mencari
berkat, maghfirah dan redhamu. Maka berkatilah Majlis Perasmian Penutup Program Mahasiswa
bersama Pelajar tahun 2010 Ya Allah..

Ya Fatah Ya A’lim

Sesungguhnya kami yang hadir pada malam ini Ya Allah mempunyai satu iltizam yang tinggi
untuk menjadi pemimpin dan yang dipimpin Ya Allah. Ini kerana, kami sedar bahawa kami yang
bakal begelar mahasiswa dan mahasiswi inilah yang bakal merencanakan, mencorakkan serta
membentuk modal insan yang berkualiti di masa hadapan . Oleh itu…berilah kekuatan dan
semangat dalam diri kami untuk menempuh sebarang ranjau, mehnah, cabaran dan tribulasi yang
mendatang ini dengan penuh ketenangan, keyakinan dan istiqomah Ya Allah…

Ya Zaljala Liwal Ikram

Moga-moga program yang telah kami lalui selama 3 hari ini mampu membuang segala sifat serta
sikap negatif dan mazmumah yang ada dalam diri kami, moga berlakunya juga pekongsian pintar
sesama kami, serta perkukuhkanlah ikatan hati-hati kami agar kami dapat hidup di dalam sekolah
ini sebagai sebuah keluarga yang harmoni.Kami mengharapkan agar Program Mahasiswa
bersama Pelajar ini mampu memberikan kami input dan pengetahuan yang berguna dalam usaha
kami untuk menjalani memimpin rakan-rakan kami dan juga untuk mempersiapkan diri kami
bagi menjadi pemimpin yang berkualiti di masa akan datang Ya Allah
‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬
‫اب النَّار ِ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫سنَة ً َوفِي ِ‬
‫األخ َر ِة َح َ‬

‫سلَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫ص ْحبِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

‫ال َعالَ ِم ْي َن‬


Majlis Perasmian Penutup
Program Mahasiswa bersama Pelajar 2010

Teks Ucapan Bacaan Doa

Ahad, Julai 18, 2010


10.30 pagi

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan, Pahang

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬

‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫ـحات‬ َّ ‫ي ِبنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ّم ُال‬
َ ِ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ ال ِذ‬

. ‫أجـ َم ِع ْي َن‬ ْ ‫س ْولِنَا األ ِم ْي َن َو َعلَى َءألِ ِه َو‬


ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫َر‬

Ya Allah… Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-
duanya,
Ya Allah…kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama 3
hari dalam Program Mahasiswa bersama Pelajar tahun 2010. Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat
menyelesaikan program ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah dalam mengingati dan menyebut nama-Mu, hati
yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga
kami dan guru-guru kami serta sahabat-sahabat seperjuangan.
Ya Allah…Qaadhial Hajat,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta
tangan penuh dengan pengharapan;
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal
jamai’e dan kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami
untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu
mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah hati-
hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal
makruf dan nahi mungkar .

َ ‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ‬


ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬

‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

‫ال َعالَ ِم ْين‬

You might also like