You are on page 1of 3

PROGRAM BEBAS DENGGI DI SEKOLAH

Pada tahun 1993,sebanyak 5,615 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh
negara.Dari bilangan tersebut,didapati lebihkurang 30% daripadanya berlaku dikalangan
penuntut sekolah yang berumur diantara 7-18 tahun.
Bagi tujuan :
 menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada
peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat
diteruskan apabila mereka dewasa nanti
 harapan agar penuntut sekolah ini akan dapat menjadi agen perubahan kepada
bebas denggi di rumah,kampong/taman dan seterusnya kepada masyarakat
umum
Program Bebas Denggi Di Sekolah telah dilancarkan dengan pengelibatan kerjasama
antara dua kementerian iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
Sekolah-sekolah yang terlibat dengan program ini di tahun 2004 :

Taklimat dan latihamal mengenai kawalan vektor dan kawalan denggi telah diberikan
kepada pelajar-pelajar dan guru yang dipilih oleh pihak sekolah berkenaan.Pelajar-
pelajar ini yang dipanggil Pengawas Kesihatan Sekolah akan menjalankan pemeriksaan
seminggu sekali di sekitar kawasan sekolah dengan diselia oleh guru berkenaan
(Fasilitator PBDS).

Lapuran Mingguan (Borang KD1) akan dihantar oleh Guru Fasilitator PBDS kepada
Pegawai Kesihatan Daerah Pendang. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit
Penyakit Bawaan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Pendang sebagai Penyelaras di
daerah bagi aktiviti ini akan bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah
Pendang menghantar laporan suku tahun (Borang KD3) kepada Bahagian Kawalan
Penyakit Bawaan Vektor Negeri Kedah Darul Aman dan juga memantau situasi dari
masa kesemasa,merangka pelan tindakan dan mencadangkannya kepada Pegawai
Kesihatan Daerah berdasarkan kepada masalah yang timbul atau perkembangan terkini
yang berlaku.

PROGRAM BEBAS DENGGI KEMUDAHAN KESIHATAN

Memandangkan kejadian demam denggi masih merupakan masalah kesihatan di


Negara ini dan terdapat juga kejadian denggi berlaku di kalangan mereka yang tinggal
di kemudahan kesihatan terutama dikalangan kakitangan kemudahan kesihatan
tersebut,Kementerian Kesihatan telah menunjukkan keperihatinan yang serius berkaitan
masalah ini dan telah mengujudkan satu pelan tindakan bagi mempastikan semua
kemudahan kesihatan dan kawasan sekitarnya pada jarak 200 meter bebas dari
pembiakan Aedes.

Program Bebas Denggi Kemudahan Kesihatan telah diwujudkan pada tahun 1992
dengan beberapa pindaan strategi dari masa kesemasa untuk mencapai objektif
tersebut.Diharapkan program ini akan mencapai objektifnya dan seterusnya dapat
membendung transmisi penyakit denggi dikemudahan kesihatan dan akhirnya kejadian
demam denggi tidak lagi menjadi satu masalah kesihatan awam di negara ini.
Bagi Daerah Kesihatan Pendang,sebanyak 19 Pasukan Kajian Aedes (PKA)  telah
dibentuk yang akan bertanggungjawab menentukan keberkesanan program ini di
kemudahan-kemudahan kesihatan berkenaan.Setiap PKA terdiri dari 2 orang anggota
kesihatan dan taburan penempatan PKA tersebut adalah seperti berikut;
Bidang tugas Pasukan Kajian Aedes ;
 menjalankan kajian aedes sepenuhnya di kemudahan kesihatan yang berkenaan
pada setiap minggu
 menyedia dan menghantar retan mingguan (Borang PBDKK2)  kepada Pegawai
Kesihatan Daerah Pendang di Pejabat Kesihatan Daerah Pendang pada setiap
pagi hari Ahad.
 menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada keluarga,kakitangan dan lain-
lain jawatankuasa yang berkaitan dengan kawasan kemudahan kesihatan
berkenaan

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Penyakit Bawaan Vektor Pejabat


Kesihatan Daerah Pendang sebagai Penyelaras di daerah bagi aktiviti ini akan
bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah Pendang menghantar laporan
bulanan (Borang PBDKK3) kepada Bahagian Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri
Kedah Darul Aman dan juga memantau situasi dari masa ke semasa,merangka pelan
tindakan dan mencadangkan nya kepada Pegawai Kesihatan Daerah berdasarkan
kepada masalah yang timbul/perkembangan terkini yang berlaku. 

Pencegah pembiakan nyamuk aedes

WALAUPUN sudah pelbagai langkah diambil bagi pencegah pembiakan nyamuk aedes,
ia bagaikan tidak memberi kesedaran sepenuhnya kepada masyarakat terhadap bahaya
nyamuk aedes.
WALAUPUN sudah pelbagai langkah diambil bagi pencegah pembiakan nyamuk aedes,
ia bagaikan tidak memberi kesedaran sepenuhnya kepada masyarakat terhadap bahaya
nyamuk aedes.

Justeru, bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan mencegah pembiakan nyamuk


itu, Sekolah Kebangsaan Sri Gedong (SKSG), Sungai Petani, Kedah menjadi sekolah
pertama di negara ini menubuhkan Skuad Anti Denggi (Sad).

Guru Penyelaras, Nurasiah Sulaiman, berkata kelab yang ditubuhkan Februari tahun
lalu itu bukan saja bertujuan memberi kesedaran mengenai bahaya nyamuk aedes,
tetapi juga untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup di kalangan
murid.

Menurutnya, ia juga bertujuan untuk memupuk sikap prihatin murid di samping


mendorong mereka untuk memberi komitmen tinggi dalam mencegah demam denggi
dan mewujudkan persekitaran sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

“Bagi menjayakan objektif penubuhan kelab, komitmen anggota Sad amat diperlukan
untuk menjayakan misi tiada aedes tiada denggi dan seterusnya melahirkan generasi
bebas daripada wabak berkenaan di samping prihatin terhadap pencegahan pembiakan
nyamuk aedes.

“Oleh itu, setiap minggu, kelab akan melakukan beberapa gerak kerja dan menghantar
laporan mengenai keberkesanannya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ataupun
guru besar.
“Laporan itu bertujuan untuk memastikan Sad benar-benar berfungsi, sekali gus
memberikan maklumat mengenai tahap kebersihan sekolah,” katanya.

Nurasiah berkata, ahli Sad yang dianggotai murid tahun lima hingga enam itu dibahagi
kepada lima kumpulan dan mereka akan memulakan tugasan paling minimum seminggu
sekali di seluruh kawasan persekitaran sekolah.

“Mereka ini bukan saja menjaga kebersihan kawasan sekolah tetapi juga bertindak
sebagai agen perubahan dan menjadi contoh kepada rakan lain betapa pentingnya
pencegahan demam denggi yang boleh membawa maut.

“Dengan adanya Sad ini, murid juga akan lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan
bukan saja ketika di sekolah tetapi juga di tempat tinggal masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SKSG, Abu Bakar Awang, berkata dengan adanya kelab ini,
beliau berharap pelajar selepas ini lebih peka terhadap kebersihan diri, sekolah dan
tempat tinggal.

“Melalui Sad ini, pihak sekolah bukan saja dapat menyelamatkan murid daripada
dijangkiti demam denggi, tetapi ia juga dapat membantu pejabat kesihatan untuk
mengesan pembiakan awal nyamuk pembawa maut itu,” katanya.

You might also like