You are on page 1of 16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

Pembiayaan
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

MENINGKATKAN KEFAHAMAN ISIKANDUNGAN


MATA PELAJARAN SEJARAH
MELALUI KAEDAH ICTEKS

Oleh :

ZALINA BT AHMAD
(KP: 640921-07-5572)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI


TANJONG MALIM
PERAK

Ogos 2007

1
HALAMAN KANDUNGAN

Penghargaan

Abstrak

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 5

2. Isu Yang Dikaji 5

3. Objektif Kajian 6

3.1 Objektif Am

3.2 Objektif Khusus

4. Kumpulan Sasaran 6

5. Pelaksanaan Kajian 6

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

5.5 Refleksi Kajian

6. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 15

7. Bibliografi

8. Lampiran

2
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Khir Johari Tanjong

Malim, Pn. Noraini bt Yeub Sidi dan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hajjah Rohani bt Abdul

Hamid di atas segala sokongan yang diberikan . Tidak lupa juga, pada rakan-rakan seperjuangan

saya iaitu En. Wan Jamaluddin, Pn. Nur Azizah dan En. Abdul Malek yang menjadikan sekolah

syurga bagi guru yang amat meminati untuk menerapkan ICT di dalam P&P dan tidak pernah

jemu membantu saya menyelesaikan masalah yang timbul. Kepada suami dan anak-anak, terima

kasih kerana cuba memahami dan memberi dorongan untuk segala usaha yang saya lakukan.

Semoga apa yang saya lakukan ini dapat membantu rakan-rakan lain di dalam profession ini

secara amnya dan matapelajaran Sejarah secara khususnya.

3
ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengubah persepsi pelajar-pelajar Tingkatan 3RK saya yang
menganggap matapelajaran Sejarah sesuatu yang membosankan, tidak menarik , memerlukan
hafalan dan hanya berkaitan dengan masa lampau. Memandangkan pelajar-pelajar 3RK
merupakan pelajar yang mempunyai potensi untuk cemerlang di dalam PMR, adalah sesuatu yang
merugikan jika mereka mengabaikan mata pelajaran Sejarah hanya kerana faktor-faktor ini.
Setelah mengenalpasti masalah sebenar para pelajar, tindakan mula dirancang dan pelaksanaan
dilakukan seawal bulan Januari. Kaedah ICTeks ini sebenarnya adalah gabungan ICT dan buku
teks. Menerusi kaedah ini pelajar diajar menggunakan persembahan Power Point menggunakan
bahan-bahan yang dimuat turun dari internet dan buku teks. Kaedah ICTeks ini juga berdasarkan
Teori Pembelajaran yang dikemukan oleh Edgar Dale yang mengatakan peratus ingatan pelajar
akan meningkat sehingga 90% jika mereka terlibat secara aktif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) . Untuk memastikan penggunaan optimum buku teks, kuiz ringkas yang
memerlukan pelajar merujuk kepada buku teks diberikan di akhir sesi setiap P&P menggunakan
persembahan Power Point . Untuk menggalakkan pembelajaran kendiri , pelajar-pelajar diberikan
kuiz yang dihasilkan melalui Adobe Presenter . Dapatan menunjukkan kaedah ICTeks berjaya
menarik minat para pelajar 3RK untuk mempelajari Sejarah. Maklumbalas bertulis pelajar dan e-
mail yang diterima menunjukkan respon yang amat positif. Menjelang Peperiksaan Pertengahan
Tahun Gred Purata pencapaian pelajar juga meningkat kepada 2.18 dengan 5 orang (15.1%)
mendapat gred A dan 57.5 % mendapat Gred B. Berdasarkan respon yang ditunjukkan oleh para
pelajar beserta dengan pelaksanaan yang terancang , kaedah ICTeks akan dapat membantu pelajar
mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan PMR nanti.

4
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Mata pelajaran Sejarah sering dilihat sebagai sesuatu yang amat membosankan dan hanya
berkaitan dengan peristiwa masa lampau. Ini jelas jika dilihat pencapaian para pelajar di
dalam mata pelajaran Sejarah adalah kurang memberangsangkan. Dari jumlah 259 orang
pelajar yang menduduki PMR di dalam tahun 2006, hanya 43 orang iaitu 16.48% yang
memperolehi gred A. Apa yang lebih membimbangkan ialah seramai 11 orang (4.21%)
pelajar telah gagal . Jadual di bawah menunjukkan pretasi pelajar SMK Khir Johari dari
tahun 2004 hingga 2006.

PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH PMR


Jum A B C D LULUS
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Tahun Calon
2004 261 43 16.5 54 20.7 69 26.4 84 32.2 250 95.8
2005 294 38 12.9 80 27.2 96 32.7 73 24.8 287 97.6
2006 261 32 12.3 50 19.2 65 24.9 104 39.9 251 96.2

Pengalaman saya mengajar Sejarah hanya bermula pada tahun 2006 meskipun Sejarah ialah
opsyen kedua saya semasa di universiti. Selama ini saya hanya mengajar opsyen pertama
saya iaitu Bahasa Inggeris. Justeru itu saya cukup teruja apabila diberikan tanggungjawab
mengajar matapelajaran Sejarah kelas 3RK untuk tahun 2007. Ini ialah kerana hanya
pelajar-pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A semasa peperiksaan UPSR diterima
menjadi pelajar RK. Namun begitu, saya agak terperanjat apabila melahat bilangan pelajar
yang mendapat A di dalam Sejarah tidak memberangsangkan malah peajar juga tanpa segan
silu memberitahu saya mereka tidak meminati Sejarah.

2. Isu Yang Dikaji

Di antara isu-isu yang hendak dikaji di dalam kajian tindakan ini ialah:

2.1 Mengapa pelajar tidak meminati Sejarah ?


2.2 Mengapa pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan matapelajaran Sejarah?

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

5
3.1.1 Meningkatkan minat mempelajari Sejarah di kalangan pelajar
3.1.2 Meningkatkan kefahaman isikandungan matapelajaran Sejarah di kalangan
pelajar

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kefahaman isi kandungan matapelajaran Sejarah melalui


kaedah ICTeks di dalam bilik darjah.
3.2.2 Meningkatkan penggunaan buku teks sebagai sumber rujukan melalui kaedah
ICTeks.
3.2.3 Menerapkan konsep pembelajaran kendiri menggunakan kaedah ICTeks di
kalangan pelajar .

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran di dalam kajian tindakan ini ialah 32 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3RK
. TOV pelajar semasa Peperiksaan Akhir tahun 2006 akan menjadi titik tolak kajian
manakala ERT kiraan akan menjadi sasaran utama yang perlu dicapai.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah


Pengalaman saya belajar Sejarah di zaman persekolahan dahulu hanya terhad kepada
guru-guru yang menggunakan kaedah syarahan satu hala dan berpusatkan guru.
Penglibatan pelajar amat terhad kepada menjawab soalan yang diberikan dan ini
menyebabkan ramai di antara kami yang merasakan Sejarah sesuatu yang kaku dan
membosankan. Justru itu, apabila diberikan Kelas 3RK dan bersesuaian pula dengan
zaman IT sekarang, saya mempunyai jangkaan bahawa kaedah pengajaran-
pembelajaran Sejarah yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar 3 RK saya juga berbeza
dengan apa yang saya lalui. Kali pertama saya menjejaki kelas pada awal tahun, saya
telah menggunakan persembahan Power Point untuk menerangkan tentang tema dan
topik yang bakal dipelajari dipelajari untuk tahun 2007. Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya mendapatkan maklumbalas daripada pelajar mengatakan inilah kali
pertama mereka diajar matapelajaran Sejarah menggunakan persembahan Power Point.

Respon pelajar daripada temubual yang saya jalankan menunjukkan mereka tidak

6
meminati matapelajaran Sejarah. Untuk mengenalpasti persoalan sebenar, saya telah
meminta para pelajar membuat refleksi dan menulis ‘response statement’ tentang
pengalaman mereka belajar semasa berada di dalam Tingkatan 1 dan 2. Mereka Di
antara respon negatif yang saya terima termasuklah:

“Sejarah boring!”
“Saya tidak minat belajar Sejara mate pelajaran ini  membosankan dan guru
mengajar sambil lewa .tetapi saya akan cuba menyukainya...” ”
”Saya tidak suka belajar Sejarah kerana terpaksa terpaksa mengingat fakta”.
”Sejarah boring kerana kena dengar cikgu cakap”.
”Saya berasa Sejarah merupakan matapelajaran yang agak sukar untuk dipelajari.
Ini kerana saya perlu menghafal dan memahami ilmu yang telah diajar oleh Cikgu ”

Respon yang saya terima menunjukkan ada 3 isu utama di sini, Isu pertama ialah
kaedah guru mengajar, isu kedua ialah pelajar tidak menguasai isi kandugan mata
pelajaran Sejarah dan isu ketiga ialah sikap pelajar sendiri.

Saya berazam untuk mengubah persepsi para pelajar saya kerana bagi saya pejar-
pelajar saya mempunyai potensi untuk lebih cemerlang di dalam mata pelajaran
Sejarah. Saya tidak mahu perasaan tidak sukakan mata pelajaran Sejarah menjadi batu
penghalang mereka untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sejarah sekali gus
mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR yang bakal diduduki nanti.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah pertama saya ialah untuk melihat pencapaian akhir tahun 2006 ketika para
pelajar saya berada di dalam Tingkatan 2. Apa yang saya lihat amat membimbangkan
saya kerana apa yang saya jangkakan jauh dari realiti sebenar. Hanya 4 orang pelajar
mendapat gred A manakala yang lain lebih tertumpu pada gred C. Pencapaian pelajar
RK juga kurang memberansangakan kerana jika dilihat keputusan Gred A tertinggi
yang pernah dicapai oleh pelajar RK di peringkat PMR hanyalah 57.2%. Lebih
membimbangkan lagi ialah hanya 4 orang pelajar yang mendapat gred A di dalam
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 mereka. Pengiraan TOV secara manual juga
menunjukkan menjelang peperiksaan PMR saya perlu menghasilkan 19 orang pelajar
yang mendapat gred A di dalam mata pelajaran Sejarah seperti yang tertera di dalam

7
Jadual 1.1.

JADUAL 1.1 PENCAPAIAN TOV MATAPELAJARAN SEJARAH 3RK


Jum A B C D LULUS
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Pljr
Peperiksaan PMR
35 21 60.0 13 37.1 1 2.9 0 0 35 100
( 2004 -terbaik)
TOV [Pep. Akhir
Tahun Ting. 2- 32 4 12.5 18 56.25 10 31.25 0 0 32 100
2006]
OTI1 = TOV +
32 4 12.5 18 56.25 10 31.25 0 0 32 100
(ETR – TOV)/3
OTI2 = TOV +
32 9 28.13 16 50.0 7 21.87 0 0 32 100
(ETR – TOV) 2/3

ETR (kiraan) 32 15 46.88 14 43.75 3 9.37 0 0 32


100

5.3 Perancangan Plan Tindakan

Kaedah ICTeks akan menekankan penggunaan buku teks dan ICT dalam usaha untuk
memastikan pelajar dapat menguasai isi kandungan mata pelajaran Sejarah di samping
menggalakkan nereka mengamalkan pembelajaran kendiri yang berterusan. Saya amat
bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hillock,

“Almost all students can and will learn given supportive teaching and effective learning
environments.”

Dengan erti kata lain, pelajar akan dapat belajar jika mendapat bimbingan di dalam suasana
pembelajaran yang berkesan. Saya ingin melihat adakah dengan perancangan yang teliti dan
dorongan yang bersesuaian , para pelajar akan mendapat manfaat dari kaedah ini. Jika kita
melihat dari perspektif behaviorisme, ransangan yang sesuai akan menimbullkan tingkahlaku
yang diingini. Meskipun penggunaan ICT tidak boleh dibandingkan dengan pemberian
ganjaran dan hukuman yang diutarakan oleh Skinner, bagi saya, tidak salah jika kita
menganggap penggunaan ICT di dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam
matapelajaran Sejarah.

Satu lagi sebab mengapa saya ingin menggunakan kaedah ICTeks yang saya cadangkan

8
adalah berasaskan Kon Pembelajaran Edgar Dale seperti yang tertera di Jadual 1.2. Menurut
Dale, kemampuan pelajar mengingati sesuatu perkara yang dipelajari bergantung kepada
tahap penglibatan pelajar itu sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Penggunaan Kaedah ICTeks akan melibatkan pembacaan, pendengaran, penglihatan,
percakapan, perbuatan dan di dalam banyak keadaan termasuk kemampuan kognitf pelajar
dan jika rujuk kepad Kon pembelajaran Dale daya ingatan pelajar boleh meningkat
sehingga 90%.

JADUAL 1.2 : KON PEMBELAJARAN EDGAR DALE.

Perancangan dibuat untuk menjalankan P&P mengikut bab-bab di dalam buku teks
pelajar Tingkatan 3. Setiap P&P akan menggunakan persembahan Power Point
menggunakan bahan-bahan yang dimuat turun daripada internet, portal pendidikan,
web sekolah Berita Harian. Aktiviti pengukuhan di mana pelajar akan menjawab
soalan-soalan di dalam edaran berkaitan dengan bab yang telah dipelajari dengan
merujuk kepada buku teks juga akan dijalankan.

Keputusan Akhir Tahun Tingkatan 2 akan dijadikan ujian pra kajian manakala Ujian
Pertengahan Tahun 2007 akan digunakan sebagai ujian pasca kajian ini, Selain dari

9
itu, temubual dengan pelajar dan maklumbalas pelajar yang dikumpulkan di dalam
kelas dan e-mail juga digunakan sebagai bahan pemerhatian. Refleksi akan
dilakukan di akhir setiap aktiviti untuk menilai keberkesanan atau kegagalan aktiviti
yang dijalankan.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

Persembaahan Power Point telah digunakan untuk mengajar Bab 1 di dalam


Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3. (Rujuk Lampiran 1). Saya
memastikan penglibatan pelajar secara aktif ketika sesi P&P dengan menanyakan
soalan-soalan sepanjang saya membuat persembahan Power Point. Selepas
persembahan Power Point, pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan di dalam
edaran tentang apa yang dipelajari di dalam Bab 1 . Perkara yang sama saya
lakukan untuk Bab 2.

i. Pemerhatian

Pemerhatian saya menunjukkan para pelajar menunjukkan respon yang amat


positif. Setiap kali sebelum waktu Sejarah, pelajar sudah bertanya sama ada
saya saya akan mengajar menggunakan Persembahan Power Point. E-mail
yang saya terima daripada para pelajar juga menyatakan mereka merasa
seronok sewaktu sesi P&P.
Salah seorang pelajar yang mengaku tidak pernah menyukai mata pelajaran
Sejarah menghantar e-mail menyatakan beliau tidak menyangka mata
pelajaran Sejarah tidak lagi membosankan. Ada yang menyatakan dengan
menyaksikan gambar pengeboman Pearl Harbour , peristiwa penyeksaan
tentera Jepun terhadap masyarakat tempatan dan bom atom yang digunakan
untuk mengebom bandar Hiroshima , mereka tidak lagi merasakan mata
pelajaran Sejarah sesuatu yang membosankan.

Respon positif yang saya terima ini menjadikan saya yakin apa yang saya
lakukan adalah betul. Untuk menguji kefahaman mereka di dalam Bab 1 dan 2
, saya telah menguji mereka dengan ujian beranika pilihan. Keputusan ujian
mengecewakan saya kerana terbukti para pelajar masih belum dapat menguasai

10
apa yang telah mereka pelajari di dalam Bab 1 dan 2. Tidak ada pelajar yang
mendapat markah 100% dariapada 60 soalan yang diberikan. Apabila ditanya
tentang prestasi ujian mereka, pelajar yang mendapat markah yang rendah
menyatakan mereka langsung tidak membuat ulangkaji.
ii. Refleksi

Refleksi saya menunjukkan tindakan yang saya laksananakan mempunyai beberapa


kelemahan. Sesi P&P saya lebih berpusatkan guru sedangkan Kaedah ICTeks saya
merujuk kepada teori konstruktivisme yang memberi penekanan kepada pelajar kerana
merekalah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman
tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan
membuat penyelesaian kepada masalah. Saya seharusnya memberi autonomi kepada
pelajar dan menerima dan menggalakkan inisiatif mereka . Refleksi menunjukkan para
pelajar mungkin merasa tertarik melihat gambar-gambar yang telah dimuat turun dari
internet sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu atau tetapi ini tidak akan dapat
membantu mereka menguasai isi kandungan bab yang dipelajari jika mereka sekadar
menjadi pendengar pasif semasa P&P.
.
Seperkara lagi yang saya dapati hasil refleksi yang dilakukan dan temubual dengan pelajar
yang mendapat markah rendah di dalam ujian yang diberikan ialah walaupun mereka
seronok belajar Sejarah dengan saya, mereka masih tidak boleh menguasai isi kandungan
Sejarah kerana tidak membaca buku teks Sejarah mereka. Cabaran saya kini adalah untuk
memastikan bagaimana pengunaan ICT dapat menggalakkan penggunaaan optimum buku
teks di kalangan pelajar-pelajar saya yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan di
dalam ujian yang dijalankan.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

Hasil refleksi di dalam gelungan pertama memberi saya cabaran baru bagaimana hendak
memastikan penggunaan ICT dapat memastikan penggunaan buku teks yang optimum di
kalangan para pelajar. Untuk Bab 3, saya telah memasukkan soalan-soalan yang
berkaitan dengan topik yang saya ajar. Setelah menerangkan satu topik tertentu
menerusi persembahan Power Point, saya mengutarakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan topik tersebut. Para pelajar saya panggil secara rawak untuk menjawab soalan
secara lisan. Secara tidak langsung, saya juga boleh mengenalpasti pelajar yang tidak

11
memahami penerangan saya di samping membetulkan setiap silap faham yang mungkin
timbul. Penggunaan hyperlink di dalam slaid yang menggunakan soalan juga
menghasilkan elemen teka-teki yang digemari oleh pelajar saya. Untuk memastikan
pengunaan buku teks yang optimum di kalangan para pelajar, saya juga telah
meminta mereka mengenalpasti mukasurat-mukasurat di mana mereka memperolehi
jawapan. Saya juga memastikan pelajar merujuk kepada buku teks mereka sewaktu
menyiapkan latihan-latihan bercetak yang saya berikan di dalam kelas-kelas pasca
persembahan Power Point.

i. Pemerhatian

Kali ini saya menggunakan Ujian Selaras Bulan Mac Daerah Batang Padang sebagai
kayu ukur untuk menguji pemahaman isi kandungan para pelajar saya. Meskipun
ada peningkatan pencapaian , dengan 5 orang pelajar mendapat A berbanding dengan
keputusan ujian pra yang hanya ada 4A, saya masih belum berpuas hati kerana dua
orang pelajar saya telah gagal. Saya membuat analisis item kerana ingin melihat
perbezaan pencapaian item-item yang menguji Sukatan Pelajaran (SP) Tingkatan 3
dengan yang menguji SP Tingkatan 1 dan 2. Dapatan menunjukkan 65% pelajar
masih melakukan kesalahan untuk item-item yang menguji SP Tingkatan 3.

ii. Refleksi

Pemerhatian, sesi soal jawab lisan dan hantaran e-mail menunjukkan pelajar mula
melihat kepentingan merujuk dan membuat ulangkaji. Namun begitu, refleksi saya
mendedahkan kelemahan lain di dalam gelungan kedua ini. Bagaimana hendak
memastikan semua pelajar merujuk kepada buku teks dan membuat latihan yang
diberikan. Ini adalah kerana setiap tugasan bertulis dilakukan secara berpasangan
atau di dalam kumpulan. Adalah sukar untuk memastikan pelajar tidak sekadar
menumpang jawapan pelajar lain. Malah ketika menjawab soalan-soalan yang
dikemukan sewaktu P&P di dalam persembahan Power Point, tidak mustahil
jawapan diperolehi dengan membuat tekaan-tekaan mengikut logik.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3


Untuk gelungan ketiga, saya masih lagi mengekalkan apa yang saya lakukan di
dalam gelungan kedua. Penambahan yang saya buat ialah menggunakan Adobe

12
Presentataion di dalam perisian Power Point. Setelah pelajar diberikan input
menerusi persembahan Power Point , disusuli dengan pengukuhan di dalam bentuk
soalan bercetak di dalam edaran yang menghendaki pelajar menggunakan buku
teks dan peringkat akhir ialah menjawab soalan yang dibentuk menggunakan Quiz
Manager di dalam Adobe Presentation secara individu .

P&P dilakukan di makmal komputer untuk memastikan semua pelajar menjawab


soalan kuiz yang diberi. Apa yang menarik di dalam perisian ini ialah ia berbentuk
interaktif, jadi pelajar mendapat maklumbalas sebaik sahaja mereka selesai
menjawab satu soalan dan skor keseluruhan diberikan selepas kesemua soalan
dijawab.

i. Pemerhatian
Pemerhatian saya menunujukkan, para pelajar menunjukkan minat yang
tinggi untuk menjawab kuiz tersebut. Yang lebih menarik ialah, tidak puas
dengan pencapaian kali pertama, mereka mencuba berkali-kali sehingga
mereka mendapat skor maksimum. Mereka juga tidak sabar untuk mencuba
kuiz – kuiz lain menggunakan perisian yang sama.

ii. Refleksi
Aktiviti kali ketiga ini adalah selaras dengan apa yang diutarakan oleh
Edgar Dale menerusi Kon Pembelajarannya. Apabila para pelajar saya
dilibatkan secara aktif di dalam sesuatu aktiviti , lebih mudah untuk mereka
mengingati apa yang dipelajari. Refleksi saya juga menunjukkan
keberkesanan penggunaan Quiz Manager di dalam Adobe Presentation
dalam menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran kendiri. Pelajar
memberi respon yang positif sekiranya aktiviti yang dibuat melibatkan
mereka secara langsung. Inilah sebabnya, saya merasakan aktiviti yang saya
jalankan di dalam gelungan ketiga paling berjaya.

5.5 Refleksi Kajian


Peperiksaan Pertengahan Tahun saya jadikan ujian pasca sejauhmana berkesannya
penggunaan kaedah ICTeks untuk meningkatkan kefahaman isikandungan matapelajaran
Sejarah di kalangan para pelajar. Saya menganggap kesahan soalan boleh diterimapakai
memandangkan kertas soalan ini digubal oleh panel di peringkat daerah . Analisis item
menunjukkan pelajar dapat menjawab hampir 90% soalan yang berkaitan dengan topik

13
Tingkatan 3 dengan dengan tepat. Pelajar-pelajar juga memberitahu saya aktiviti-aktiviti
yang dilakukan semasa di dalam kelas dan makmal komputer amat membantu mereka
mengingati fakta-fakta penting. Analisis pencapaian dapat dilihat di dalam jadual di
bawah:

Jum A B C D LULUS E
GP
  Pljr
  Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
TOV
[Peperiksaan
32 4 12.5 18 56.2 10 31.25 0 0 32 100 0 0 2.19
Akhir Tahun
Ting. 2- 2006]
UJIAN 1 33 5 15.1 11 33.3 14 42.4 1 3.1 31 93.9 2 6.1 2.52

PP TAHUN 33 5 15.1 19 57.5 7 21.2 2 6.2 33 100 0 0 2.18

Pada dasarnya saya berpuas hati dengan pencapaian pelajar setelah gelungan ketiga lengkap
dilaksanakan. Tambahan pula maklumbalas yang saya terima dari e-mail mereka juga
memperlihatkan perubahan positif mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Penerapan
nilai-nilai patriotisme yang saya lakukan beserta dengan elemen-elemen yang mengaitkan
bagaimana apa yang terjadi pada masa dahulu mempengaruhi peristiwa semasa
menyebabkan para pelajar merasa betapa relevannya Sejarah di dalam kehidupan mereka
seharian.

Kaedah ICTeks di dalam mata pelajaran Sejarah bukanlah matlamat akhir. Ia hanyalah alat
untuk kita mencapai matlamat yang kita harapkan. Penggunaannya juga memerlukan
perancangan teliti kerana saya tidak mahu ia hanya sekadar tontonan para pelajar. Ini jelas
terjadi di dalam gelungan pertama. Refleksi yang dibuat menyedarkan saya bahawa perlu
ada proses pengajaran dan pembelajaran yang terarah agar pelajar mendapat hasil yang
optimum dari sesuati sesi P&P.

Kaedah ICTeks di dalam sesi P&P Sejarah akan dapat membantu guru dalam berbagai
aspek. Penggunaan masa yang optimum dapat dicapai dengan persediaan rapi di pihak guru.
Saya sendiri mengalami bagaimana masa untuk menerangkan sesuatu peristiwa dipendekkan
hanya dengan memaparkan gambar peristiwa tersebut di atas slaid. Pepatah Inggeris ada
mengatakan “A picture paints a thousand words” dan inilah yang telah saya kongsi
bersama para pelajar 3RK saya.

14
Kaedah ICTeks juga akan menjadikan konsep pembelajaran kendiri satu realiti. Memang
sukar untuk menyediakan sesuatu program yang berbentuk interaktif tetapi hasil dan
kepuasan yang dialami amat berbaloi dengan usaha yang kita buat. Para pelajar RK
terutamanya yang sudah sedia cerdik IT amat menghargai segala usaha yang dilakukan.

6. Cadangan

Pada pendapat saya hasil kaedah ICTeks ini akan lebih berjaya sekiranya dimulakan dari
Tingkatan 1 lagi. Dengan cara ini, sebaik sahaja pelajar sampai ke Tingkatan 3, mereka
sudah mempunyai asas pengetahun yang mantap di samping minat yang mendalam di
dalam mata pelajaran Sejarah. Ini akan lebih memanfaatkan mereka terutama jika kita
mengambilkira peperiksaan PMR yang akan mereka duduki semasa di Tingkatan 3. Saya
juga bercadang untuk melibatkan pelajar di dalam persediaan persembahan Power Point
topik-topik yang perlu mereka pelajari menggunakan kaeadah pembelajaran kooperatif .
Ini untuk memastikan penglibatan aktif para pelajar di dalam proses pengajaran dan
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Rujukan

Edgar Dale, Audio-Visual Methods in Teaching (3 rd edition) Holt, Tinehart and


Winston, 1969
Hillocks, G. (1995). Teaching Writing as Reflective Practice. New York: Teachers
College Press

Vygotsky, L. (1934/1986). Thought and Language, trans. A. Kozulin. Cambridge, MA:


Harvard University Press.

15
LAMPIRAN

16

You might also like