You are on page 1of 9

ANYAMAN

Sejarah

Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil
kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini
tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak
berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara
tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh,
mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan
pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

 Anyaman Buluh
 Anyaman Pandan dan Mengkuang

 Anyaman Rotan

 Anyaman Ribu-ribu

 Anyaman Lidi

 Anyaman Buluh

Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi.
Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan
mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat
berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung,
buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh
peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di
nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau
joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil
dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan
tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak
dan buluh gading.
 Memproses Bahan
 Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang
dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah
memproses buluh :
 Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam
air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah
digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan
mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan
bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam
sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.

Menyalai 
 Selepas direndam dan direbus, buluh disalai
atau diperasap hingga kering. Kemudian
Hasil anyaman buluh
buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut.
Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam
anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika
dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan
rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit
dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
  
 Anyaman Pandan dan Mengkuang

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-
kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni
menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan
dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan
mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih
lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh
berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman
pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah,
lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai
hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri
fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk
menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang
dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar
yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus
anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

 Memproses Bahan

 Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok
tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan
pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan
dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah
dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang
sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus
dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.
Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering
dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat
di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang
dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari
dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun
terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang
dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka
dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu
ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu
supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut
dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua
atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua
kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas
hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi
putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang
atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan
celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu
merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah
diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual
dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut
bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

  
 Menganyam
 Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan
serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di
tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti
dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh
digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji


 Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk
tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam
pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu
sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas
(menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut
kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau
birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat


Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga,
terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga
cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga
telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar,
pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur
fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait,
tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian
tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk,
jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang
ikan. 

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar
mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai,
perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah
daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk
menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan
atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan
perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak.
Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan
menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan. 

Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar

Bakul Pandan Tudung Saji

 Anyaman Rotan
Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar
di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan
kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu,
rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan
perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak
beberapa tahun 
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil
sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk
bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga.
Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan,
seperti terendak lampu.

Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa
panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat
yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya
tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan
ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.

Rotan yang siap direbus, dijemur hingga


kering. Seterusnya, rotan batang yang
ingin dijadikan kerangka perabot diketam
dan dipelas kertas pasir sebelum divarnis.
Sementara rotan yang mahu dijadikan
bilah anyaman terus divarnis sebelum
disepat atau dibelah.

Anyaman Ribu-Ribu

Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di
kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-
ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada
masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak rumah di Terengganu
misalnya menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan
lama. Tetapi kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja.
Barang-barang yang diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau,
bekas sirih dan dompet.
Memproses Bahan

Ribu-ribu dipotong di bahagian pangkalnya.


Cuma rakis utama yang diambil, yang lurus atau
yang menjalar. Cabang-cabang yang tidak
diperlukan, dipotong dengan pisau kecil.
Kemudian ribu-ribu dibelah dua dan dikeringkan
perlahan-lahan dengan menyidainya di tempat
yang redup selama beberapa hari. Ini dilakukan
  untuk memastikan ribu-ribu tidak rapuh atau
mudah patah. Menganyam ribu-ribu sama
seperti menganyam buluh dan mengkuang. Untuk mengukuhkan anyaman, biasanya
buluh atau rotan digunakan sebagai tulang atau kerangka barang yang dihasilkan.
Motif-motif yang kerap digunakan dalam anyaman ribu-ribu ialah siku keluang,
bentuk jaluran dan bentuk-bentuk geometri. Biasanya, barang-barang yang dianyam
mengekalkan warna asli ribu-ribu. Bagaimanapun, perbezaan warna boleh dihasilkan
iaitu dengan menyelang-nyelikan warna luar kulit yang lebih gelap iaitu coklat tua,
dengan warna dalam kulit, coklat muda. Rata-rata, kraftangan ribu-ribu kini semakin
terabai, kecuali di kalangan penduduk Sabah, terutama di sekitar Kampung Inukiran
dan Kampung Tinanggol di daerah Kudat. 

Anyaman Lidi

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini boleh
digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi.
Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul,
tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga.

Memproses Lidi

Kraftangan ini bermula dengan kerja meraut dan mengisit daun kelapa yang muda dan
panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan bahan pewarna
dan kemudian dijemur hingga kering. Kini lidi itu sedia untuk dianyam mengikut bentuk
yang dikehendaki.

Cara menganyam lidi tidak banyak berbeza daripada cara menganyam rotan bulat. Untuk
membuat lekar atau bakul, misalnya, bahagian tapak disusun terlebih dahulu didalam satu
bingkai supaya bilah-bilah lidi tidak mudah terungkai. Kemudian hujung lidi dilentur secara
berselang-seli dan diselitkan di antara satu sama lain dalam aturan tertentu untuk
menghasilkan suatu corak. Seterusnya lidi itu ditarik supaya anyaman tersebut menjadi
kukuh. Akhirnya bahagian hujung lidi diselitkan dengan kemas dan bakinya dipotong.

 Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan


untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.
Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah
dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk
kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-
94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut
dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan


anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun,
Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri
Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah
negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,
Sarawak dan Sabah.

Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman


Anyaman Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Mengkuang
Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
yang sesuai
Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
diproses
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna
ribu. lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman,
iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan
tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun
1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan
sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

1. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai


Sambas
2. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak
harimau
3. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah
5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai
bunga
6. CORAK ANYAMAN TIKAR
7.             Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada
sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan
corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli.
Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang
berlainan. Terdapat  11 corak yang dianyam iaitu:
8. 1.      Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna.
Hasil cantuman warna cerah dan gelap
9. 2.      Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna
gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua
warna ini timbul seakan-akan beras patah.
10. 3.      Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna
cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil
cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.
11. 4.      Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi
atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur
dua warna iaitu merah dan putih.
12. 5.      Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna
yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak
Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
13. 6.      Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi.
Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur
putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah
campuran merah dan biru.
14. 7.      Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah.
Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.
15. 8.      Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha.
Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-
betul lurus amat sukar.
16. 9.      Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh
dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.
17. 10.  Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli
dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan
gelap.
18. 11.  Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna
merah, putih, hijau dan biru

You might also like