You are on page 1of 4

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN 2010 SMK BALABAN JAYA

BELURAN

MASA TEKS CATATAN


7.30 Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan- Persediaan dan
pagi tuan dan puan-puan ke majlis HUPH. Untuk makluman tuan dan puan, majlis akan bermula ketibaan murid
sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon dan ibubapa
kerjasama daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap
sebaik sahaja ketibaan tetamu jemputan iaitu Encik Zainal Abidin Mahmud. Sekali lagi,
dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan mohon
kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan perasmi sebagai
tanda aluan.
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Zainal Abidin Mahmud, wakil Pegawai Ketibaan
Pelajaran Daerah Beluran.
8.00 Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi menghormati Nyanyian lagu
nyanyian lagu ‘Negaraku’. ‘Negaraku’

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
8.05 Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran. Protokol
Yang Berusaha, Puan Myrene Gidung, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Balaban
Jaya,
Yang Berbahagia, Encik Omar bin Sampidoh, Yang DiPertua PIBG SMK Balaban Jaya,
Yang Dihormati, Puan Hanisah Obing, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Puan Rashidah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati, Encik Senguan Musa, Penolong Kanan Kokurikulum,
barisan guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SMK Balaban Jaya yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia.


Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak jawatankuasa majlis,
membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan atas sudinya tuan-
tuan dan puan-puan datang ke majlis Hari UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
SMK BALABAN JAYA SESI 2010.
8.15 Kalau pergi Tanjung Keramat, Bacaan doa
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Hadzneer bin Abdul Rahim, pelajar
Tingkatan 2 Arif, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Hadzneer bin Abdul Rahim.


8.20 Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya Ucapan Pengetua
menjemput Pengetua SMK Balaban Jaya, Puan Myrene Gidung, untuk mengungkap bicara
sepatah dua kata aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Myrene Gidung atas ucapan alu-
aluannya sebentar tadi.
8.30 Terbang di awan burung jentayu, Ucapan
Di atas papan batang jerami; Perasmian
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan Encik Zainal
Encik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran untuk menyampaikan ucapan
beliau seterusnya merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi
2010.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zainal Abidin
Mahmud atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah sudah Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010.
9.00 Ucapan sudah perasmian pun sudah, Persembahan
Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah. pertama

Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembaha silat dan tarian zapin
daripada pelajar-pelajar SMK Balaban Jaya. Dipersilakan.
9.15 Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat melahirkan pelajar
yang berilmu pengetahuan tetapi juga
merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada
masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Bidang
Kokurikulum. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, Puan Penyampaian
Hanisah Obing, Penolong Kanan Pentadbiran, diiringi oleh Puan Rashida Ahmad, Penolong Anugerah Bidang
Kanan Hal Ehwal Murid SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, dipersilakan. KOKUM

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan pelajar-pelajar yang


aktif dan cemerlang dalam penglibatan kokurikulum serta banyak menyumbangkan usaha dan
tenaga dalam kelab atau persatuan masing-masing.

Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dalam bidang kokurikulum kepada semua
pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rashida Ahmad dan Puan Hanisah Obing
kerana sudi menyampaikan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima.

Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dari
pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana. Dengan sukacitanya, dipersilakan.
Persembahan
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana atas persembahan yang Kedua
bersemangat itu tadi.
10.20 Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati;
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabar menanti.

Sesungguhnya, memperkasakan ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi, serta penerapan


pelbagai kemahiran yang lain di kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama sesebuah
sekolah agar mampu melahirkan generasi pewaris kepimpinan.

Acara seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Bidang Hal Ehwal Murid. Untuk itu,
majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Myrene Gidung, diiringi Penyampaian
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hanisah Obing, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Anugerah Bidang
Majlis mempersilakan. HEM
Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Hal Ehwal Murid kepada para
pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanisah Obing dan Puan Myrene Gidung
kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima. Syabas dan tahniah
diucapkan.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kita berhenti seketika untuk memberi laluan kepada
persembahan sajak dan medley penuh rentak dan alunan merdu daripada pelajar-pelajar Persembahan
Tingkatan 5 SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Ketiga

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 atas persembahan menarik itu
tadi.
11.00 Melati kuntum berhias rotan,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang kita teruskan lagi ,
pelajar bertuah kita hargai.

Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah Bidang Kurikulum. Majlis dengan Penyampaian
sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin Mahmud, diiringi Puan Myrene Anugerah Bidang
Gidung, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan. Kurikulum

Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Tingkatan

Bagi Tingkatan 1,
Tempat Ketiga...
Tempat Kedua…
Tempat Pertama…
Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Akademik kepada para pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Myrene Gidung dan Encik Zainal Abidin Mahmud
kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima.

Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Myrene Gidung, diiringi Puan Hanisah Obing, untuk
menyampaikan sekalung penghargaan berupa cenderamata kepada Encik Zainal Abidin Cenderamata
Mahmud. Terimalah tanda terima kasih daripada kami, warga SMK Balaban Jaya, atas
kesudian Yang Berusaha untuk hadir bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini.

Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada pelajar yang telah
menunjukkan usaha cemerlang dalam bidang masing-masing. Semoga hari ini menjadi
dorongan dan sokongan kepada pelajar-pelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta
mengekalkan prestasi yang cemerlang.
Hadirin sekalian, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010 telah Penutup
pun sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua warga kerja yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh
warga SMK Balaban Jaya, saya menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat
sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yang sudi
melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini. Sebelum kita bersurai, tirai Hari
Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sesi 2010 ditutup dengan beberapa rangkap pantun.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Terima kasih murid sekalian
Persembahan kalian menghiburkan kami.
Subur padi Allah kurnia,
Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.
Bunga seroja di atas para ,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari simpang ke jaya bakti,
Singgah membeli perencah kari,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dijemput Puan Pengetua bersama penolong-penolong kanan mengiringi Yang Berusaha,
Encik Zainal Abidin untuk menikmati jamuan. Pihak majlis juga menjemput ibubapa untuk
menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.
12.00 Jamuan.
tghari Majlis bersurai.

You might also like