You are on page 1of 16

Kemahiran

56
Mikropengajaran

BAB 6

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:

 Sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk


mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh,
membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran
dan membuat refleksi.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran


(termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan
contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup
pengajaran, dan membuat refleksi.
2. Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat
persembahan.

ISI KANDUNGAN

Apa itu kemahiran mikropengajaran?

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran
berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran
asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa
kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila
dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:


1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2. Menyoal
3. Menerang
4. Memperkukuh
5. Mengilustrasi dengan contoh
Kemahiran
57
Mikropengajaran

6. Membuat demonstrasi
7. Mengendali perbincangan
8. Mengendali kerja amali
9. Menutup pengajaran
10. Membuat refleksi

1. Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)

Tujuan fasa permulaan pengajaran:


 Menarik perhatian pelajar
 Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif
 Memperkenalkan objektif pembelajaran
 Membina aliran pemikiran
 Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran:


 Menarik perhatian
o menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contact
o menggunakan bantuan alat pandang dengar
o mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar

 Menimbulkan motivasi pelajar


o mewujudkan hubungan baik
o menunjukkan keghairahan mengajar
o merangsang sifat ingin tahu
o bercerita

 Menstruktur pengajaran dan pembelajaran


o menunjukkan hasil pembelajaran
o membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
o mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar
Kemahiran
58
Mikropengajaran

 Membuat perkaitan
o membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan yang akan diajar
o menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan
dengan topik yang akan diajar

Kemahiran mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan


pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu
mencungkil idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978),
aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan;

“If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would
say this: The most important single factor influencing learning is what the
learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly."
(ms. 163)

Mencungkil idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni,


menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang
kemungkinan ada pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih
menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan
dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada
percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada
pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil
idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori pembelajaran
konstruktivisme.

Beberapa cara mencungkil idea pelajar


 Soal jawab keseluruhan kelas
 Perbincangan kumpulan
 Demonstrasi guru
 Kuiz pendek atau praujian
 Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
Kemahiran
59
Mikropengajaran

 Peta konsep (Concept map)


 Kartun konsep (Concept Cartoon)
 Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
 Interview about events
 Interview about instances

2. Kemahiran Menyoal

Tujuan menyoal
 Memulakan inkuiri
 Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
 Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
 Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
 Menggalakkan pelajar bertanya soalan
 Membina kemahiran berfikir
 Meminta penjelasan idea pelajar
 Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
 Mentaksir kefahaman pelajar

Terdapat 5 langkah utama menyoal:

Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas


 Dahului penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika
perlu)
 Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab
secara sukarela mahupun sebaliknya
 Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang
pendek
 Elakkan soalan retorik
 Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan. Lihat lampiran 4-9.
 Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar
 Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam
Kemahiran
60
Mikropengajaran

Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)


 Masa berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru
memberi respon kepada jawapan pelajar
 Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan
yang diaju (3-5 saat untuk soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk
soalan yang lebih mencabar)

Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab


 Pilih pelajar yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya. Pemilihan
pelajar secara rawak berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi
soal-jawab
 Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara
beramai-ramai
 Ingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan,
dan sebagainya (jika perlu)

Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar
 Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar
 Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan
salah atau betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat
yang berbeza, jika guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab
berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan
peneguhan positif
 Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya
lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif
daripada pelajar lain
 Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan
memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih
mudah difahami.
 Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar,
mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
Kemahiran
61
Mikropengajaran

Contohnya bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan


lebih lanjut?”, “Apakah buktinya?” dan sebagainya.
 Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) sebelum
menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar
kepada pelajar lain (redirect)
 Kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu pelajar membuat satu
kesimpulan (interrelating)

Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh


diterima
 Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang
panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh-
bolehnya menggunakan jawapan pelajar
 Gunakan alat pandang dengar di mana sesuai
 Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan
pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar
menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat
inkuiri

3. Kemahiran Menerang

Tujuan menerang
 Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
 Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
 Pelajar dapat mengikut arahan

Jenis-jenis penerangan
 Penaakulan
o Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
o Menstruktur semula konsep atau idea
 Interpretatif
o Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep,
prinsip, atau teori
Kemahiran
62
Mikropengajaran

 Deskriptif
o Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
o Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

Komponen penerangan
 Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya
dengan bertanya soalan
 Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan
 Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan
penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah
disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
 Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
 Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman
pelajar

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang


 Gunakan kejelasan
o Tumpukan kepada aspek yang spesifik
o Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
o Fokus semula dengan membuat ringkasan
o Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
o Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
 Gunakan penegasan
o Intonasi berbeza
o Penunjuk/penyerlah
o Pergerakan, gerak isyarat
 Urutan/Kesinambungan
o Induktif/deduktif
o Bantu ingat (prompts)
o Variasi dan kata penghubung
o Pelbagaikan kelajuan penyampaian
Kemahiran
63
Mikropengajaran

 Dapatkan maklum balas


o Libatkan pelajar
o Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

4. Kemahiran memperkukuh (secara positif)

Tujuan memperkukuh
 Meningkatkan interaksi bilik darjah
 Memperbaiki disiplin bilik darjah
 Memotivasi pelajar
 Meningkatkan keyakinan pelajar
 Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
 Meningkatkan kefahaman pelajar

Komponen Kemahiran Memperkukuh (secara positif)


 Penggunaan bahasa lisan
o unakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, baik, tepat sekali,
dan sebagainya
o Gunakan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikir sekali lagi,
untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut
 Penggunaan tindakan bukan lisan
o Gunakan bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum,
mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri
pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh
 Penggunaan ganjaran
o Sekali-sekala beri peluang pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari
maklumat di perpustakaan, bermain permainan yang mendidik, atau
membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai tahap masteri
 Penggunaan jawapan pelajar
o Struktur semula atau susun semula jawapan pelajar
o Ulang jawapan pelajar
o Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
Kemahiran
64
Mikropengajaran

o Tulis jawapan pelajar di papan tulis

Prinsip Memperkukuh (secara positif)


 Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan
unsur kecindan
 Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
 Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
 Bersifat ikhlas

5. Kemahiran Mengilustrasi dengan Contoh

Tujuan mengilustrasi dengan contoh


 Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit
 Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori
 Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh


 Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit
dan/atau gambar rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar
 Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep,
prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar
 Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta
konsep dan prinsip yang hendak diajar
 Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan
minat pelajar
 Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran
 Sediakan sebelum pengajaran
 Perhatikan kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang
diberi bersesuaian
 Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

6. Kemahiran Membuat Demonstrasi


Kemahiran
65
Mikropengajaran

Tujuan membuat demonstrasi


 Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
 Membantu pelajar membina kefahaman
 Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
Komponen Membuat Demonstrasi
 Membuat persediaan awal
o Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar
o Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
o Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
o Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi
memastikan demonstrasi berjaya
 Menjalankan demonstrasi: jenis-jenis demonstrasi
o Demonstrasi guru
o Demonstrasi guru-pelajar
o Demonstrasi pelajar
o Demonstrasi tetamu jemputan

Prinsip Menjalankan Demonstrasi


 Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi
interaktif (misalnya teknik demonstrasi POE)
 Utamakan proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan
 Tunjukkan keterujaan supaya demonstrasi kelihatan ‘hidup’
 Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
 Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri
 Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
 Beri pengukuhan positif
 Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan

7. Kemahiran Mengendali Perbincangan

Tujuan mengadakan perbincangan


Kemahiran
66
Mikropengajaran

 Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran


 Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding
mengajar isi kandungan
 Memperkukuhkan pembelajaran
 Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
Langkah-Langkah Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar

 Langkah 1: Perancangan
o Tetapkan tujuan dan objektif
o Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian
objektif
o Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan
merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

 Langkah 2: Pelaksanaan
o Mulakan dengan satu persoalan saintifik
o Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
o Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa
pendapat kamu?”
o Aplikasi langkah-langkah menyoal
o Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang
apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
o Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah
mirip soalan probing. Lihat Lampiran 10 dan 11.
o Wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja
dialu-alukan bahkan diharapkan
o Sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
o Puji pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti
kesilapan guru atau pelajar lain
Kemahiran
67
Mikropengajaran

o Cuba ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana
sesuai dengan menyebut nama pelajar yang menyumbang idea
tersebut
o Tunjukkan sikap positif dan terbuka
o Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila
pelajar lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada
memburukkan idea atau soalan pelajar lain
o Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar
dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang
bertanya sahaja

8. Kemahiran Mengendali Kerja Amali

Tujuan menjalankan kerja amali


 Meningkatkan penguasaan isi kandungan
 Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
 Membina kemahiran dan sikap saintifik
 Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 Membina kemahiran praktik yang generik
 Membina pengetahuan sains secara empirik
 Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Prinsip mengendali kerja amali


 Tentukan objektif kerja amali
 Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu
pengajaran
 Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak
dijalankan
 Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan
kecil)
 Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut
kebolehan pelajar
Kemahiran
68
Mikropengajaran

 Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan


bersemangat sains di makmal
 Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
 Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan
dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan
Kemahiran asas kerja amali:
o Mengendali tiub kaca – memotong, membengkok, memasukkan tiub ke
dalam penutup getah, dan mengeluarkannya.
o Memanas tabung uji mengandungi bahan kimia – pengetahuan tentang
kadar pemanasan yang sesuai, arah, penggunaan rak tabung uji
o Mengendali asid – menuang, penggunaan penutup bagi mengelak
pencemaran, mencairkannya dalam air, meletakkan semula di tempat
asal
o Menguji kehadiran gas beracun dengan selamat
o Merawat tumpahan asid atau bakaran larutan kaustik
o Mengoperasi pemadam api
o Menyediakan generator gas dengan betul
o Menggunakan alatan tukang kayu yang biasa
o Menggunakan alatan bedah serta scalpel
o Menggunakan sumber kuasa
o Melupuskan bahan buangan

9. Kemahiran Menutup Pengajaran

 Aspek Kognitif
o Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.
o Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada
sesi penutup:
 Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
 Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari
ini dalam beberapa ayat sahaja?
 Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari
ini?
 Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara
satu sama lain?
Kemahiran
69
Mikropengajaran

 Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita


pelajari semalam?
 Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari
ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu
mungkin hadapi pada masa hadapan?
o Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan
membuat kesimpulan
o Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
o Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
o Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

 Aspek Sosial
o Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman
belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting
dan istimewa. Contohnya bertanya:
 Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana
prinsip ini boleh diaplikasikan?
 Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari
ini?
 Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?
 Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?
 Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di
luar bilik darjah?
 Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

10. Kemahiran Membuat refleksi

Tujuan membuat refleksi


 Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan
penambahbaikan
 Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
 Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Komponen kemahiran membuat refleksi


Kemahiran
70
Mikropengajaran

 Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan


 Mengenal pasti sumber masalah
 Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori
dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi
 Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
 Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
 Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk
menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Gunakan kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan
slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran terpilih yang
sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran, menyoal, mencungkil
idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran. Pelajar diminta menganalisis
demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik dan kriteria yang telah diterangkan.
Kemudian pelajar diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu
mempersembahkan satu daripada kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-
sama dengan pelajar lain memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan
tersebut.

Bagi mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari
maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini hadkan cara
mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat inovatif seperti POE, konsep
kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah. Interview about events dan interview
about instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di luar waktu pembelajaran
iaitu sebelum kelas dimulakan. Kemudian pelajar diminta membuat pembentangan dengan
memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran tertentu serta menghuraikan bagaimana
cara tersebut dapat digunakan untuk mencungkil idea pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid
PowerPoint, kertas mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil kerja berkumpulan mereka.

Penaksiran bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang
bersesuaian seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai
kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan (KPD3026). Setiap
Kemahiran
71
Mikropengajaran

pelajar bertanggungjawab mendemonstrasi satu atau dua kemahiran mikropengajaran


(bergantung kepada saiz kelas) dan diberi masa selama 5 hingga 7 minit seorang.
Pembahagian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pelajar dinilai
secara formal supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia. Selain
daripada itu, kemahiran mikropengajaran juga boleh ditaksir semasa pelajar mengajar satu fasa
daripada empat fasa pengajaran penuh dan semasa makropengajaran yang mengambil masa
antara 30 – 35 minit (satu pengajaran penuh).

Dalam menilai prestasi pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian:

 Beri komen yang spesifik dan konkrit


 Beri komen dengan menggunakan perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘awak’,
contohnya: saya suka bila anda mengaitkannya dengan ..., atau saya keliru bila
anda mengatakan ...
 Tumpukan kepada perlakuan semasa mengajar yang boleh diubah dan bukannya
kepada ciri-ciri peribadi yang tidak boleh diubah. Contohnya: Saya lebih suka jikalau
terdapat eye contact yang lebih kerap, dan bukannya komen tentang kegagapan
atau sifat-sifat fizikal yang lain
 Komen positif dan negatif yang seimbang
 Dapatkan komen daripada pelajar lain

RUJUKAN

Ausubel, D. et al. (1978). Educational Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.
Chiappetta, E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools (4th
Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company
Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:
Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New Jersey: Merill

You might also like