You are on page 1of 14

Gaya Pembelajaran Individu

Kita haruslah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang
tersendiri.Sebagai contohnya ,ada yang suka belajar dengan secara individu; ada yang
suka belajar dengan kawan –kawan atau secara kumpulan;ada juga yang suka belajar
melalui syarahan atau perbincangan;ada juga suka belajar melalui pemerhatian ,
kajian ,rujukan bahan;ada yang suka belajar dalam keadaan sunyi dan terang;manakala
ada yang suka belajar dalam keadaan yang ada siaran irama lagu atau muzik;dan
pelbagai gaya belajar yang lain.Oleh itu gaya pembelajaran seseorang individu
bergantung pada kehendak diri sediri.

Pengertian dan Definisi Gaya Pembelajaran

 Gaya bermaksud stail atau cara.Maka gaya pembelajaran seseorang individu


merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya.
 Mengikut ahli psikologi mahzab kognitif, ,gaya pendidikan ialah cara seseorang
pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat,ilmu atau
pengalaman yang baru.
 Mengikut Peterson (1971)mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan
yang digemari oleh seseorang pelajar.
 Menurut Dunn dan Dunn (1978),dalam buku Teaching Students Through Their
Indivi dual Learning Styles:A Practical Approach,merujuk gaya pembelajaran
sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami
dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.
 Didalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Research
(1982),Dunn dan Dunn menguraikan gaya pembelajaran yang dipengaruhi oleh
lima rangsangan iaitu persekitaran,emosi,fisiologi dan psikologi yang
mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami,berinteraksi dan
bertindak balas kepada alam belajarnya.
 Mengikut Gregore (1979)mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku
yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindahnya
berinteraksi dengan persekitaran ,kemudian mengumpul dan memproses
maklumat daripadanya.
 Garger (1985)menyatakan setiap individu dilahirkan dengan gaya pembelajaran
yang tersendiri.Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.
 Mengikut Slavin (1994) mengkaitkan personality dengan gaya pembelajaran dan
menyatakan olehkerana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-
beza maka mereka juga mempunyai pelbagai cara belajar.

1
RUMUSAN

Berdasarkan huraian-huraian diatas ,kita boleh rumuskan gaya pembelajaran


merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak balas dengan
persekitarannya dengan tujuan memproses,mentafsiran dan memperolehi maklumat
,ilmu,pengalaman atau kemahiran yang diingininya.Sesungguhnya ,gaya pembelajaran
ialah hasil gabungan faktor-faktor pengaruh individu sendiri seperti jantina,umur,dan
personality,warisan baka dan persekitaran ,termasuk pengaruh daripada cara asuhan
ibubapa,budaya komuniti dan sekolah.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Dunn dan Dunn (1982) terdapat unsur-unsur
daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu
iaitu :

1. Rangsangan persekitaran
i. Rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu
cahaya,bunyi,suhu,dan reka bentuk susunan tempat belajar.
ii. Kadar terangnya cahaya mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Ada
yang suka belajar dengan lampu terang manakala ada yang suka pada cahaya
sederhana terang.Tapi tidak ramai suka belajar dibawah cahaya malap atau terlalu
terang.
iii. Bunyi:menghasilkan gaya pempelajaran yang beraneka jenis.Terdapat pelajar yabg
sukan belajar dengan bunyi muzik Rangsangan Persekitaran:
iv. empat adanya siaran radio atau televisyen.Sebaliknya ada pelajar menumpukan
pelajarannya dalam keadaan senyap sunyi.
v. Suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
vi. Reka bentuk susunan tempat belajar haruslah sesuai,teratur yang sesuai dengan
gaya duduk tersendiri.

2
2. Rangsangan Emosi:
i. Emosi berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang.Unsur-unsur emosi ialah
motivasi,keazaman,sikap tanggungjawab dan struktur.
ii. Motivasi dibahagi kepada dua iaitu motivasi enstrinsik dan motivasi intrinsik.
iii. Sikap keazaman dan tanggungjawab pula dapat mempengaruhi gaya pembelajaran
yang berkesan.

3. Sosial
i. Unsur-unsur yang terdapat dalam rangsangan sosial ialah
perseorangan,berpasangan,rakan sebaya,berkumpulan,berpasukan dan orang
dewasa.
ii. Pelajar yang suka bersendirian,gaya pembelajarannya pula perseorangan dan tidak
berharap orang lain.
iii. Ada pelajar suka belajar bersama kawan karibnya.
iv. Ada pula yang suka belajar 3.Rangsangan bersama –sama dalam satu kumpulan.
v. Kehadiran orang dewasa sebagai peneguh pula boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang pelajar.

4. Rangsangan Fisiologi
i. Rangsangan fisiologi merangkumi unsur-unsur seperti persepsi,pemakanan ,masa
belajar dan mobility atau pergerakan.
ii. Sekiranya seseorang pelajar mempunyai persepsi visual yang tajam dengan alat bantu
mengajar,maka dia lebih suka belajar.
iii. Ada pelajar suka makan dan minum semasa belajar.sekiranya pelajar tidak bersempat
makan atau minum makapelajarannya akan terjejas.
iv. Ada pelajar memilih waktu yang sesuaiuntuk belajar.
v. Terdapat pelajar yang suka berdiri atau berjalan sana-sini semasa belajar.

3
5. Rangsangan Psikologi
i. Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur iaitu analitik,global,gerak hati,refleksi
dan pemprosesan otak kiri dan otak kanan.
ii. Analitik;pelajar yang suka belajar secara teliti,menganalisis fakta secara terperinci.
iii. Holistik;pelajar yang suka belajar secara keseluruhan sambil mengamati aspek-
tersebut.
iv. Gerak hati;pembelajaran yang bergantung pada angin atau mood seseorang pelajar.
v. Reflektif;pelajar yang suka belajar dengan ara berfikir.
vi. Pemprosesan otak;gaya pembelajaran yang menggunakan otak kiribercenderungpada
pembelajaran bahasa.manakala otak kanan pula pembelajaran untuk
muzik,pendidikan seni dan sebagainya.

Jadual 1 : Peta Minda Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn

4
6. Jenis-Jenis gaya pembelajaran

Mengikut Murnford dan Honey (1986)gaya pembelajaran boleh dikategorikan


kepada empat jenis iaitu aktivis,reflektif,teoris dan pragmatis.

6.1 Aktivis
Aktivis pelajar yang belajar secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajaran.Mereka
mempunyai cirri-ciri berikut:
i. Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa.
ii. Mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi.
iii. Bergerak secara pantas dan cepat membalas.
iv. Gemar mencari pengalaman baru.
v. Penuh bersemangat,fleksibel dan berfikiran terbuka.
vi. Mempunyai motivasi intrinsic yang kuat.
vii. Berfikir secara kritisdan kreatif.

Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan amali
dan aktiviti kokurikulum,terutama permainan dan sukan.Oleh itu kaedah pengajaran
yang sesuai ialah kaedah inkuiri-penemuan,kaedah projek,penyelesaian masalah,kerja
praktik,perbincangan,sumbangsaran ,sesibuzz,simulasi dan main peranan.

6.2 Reflektif
Reflektif pelajar yang suka memerhati,memikir dan membuat refleksi kendiri dalam
alam belajar.Mereka juga mempunyai idea sendiri untuk menyelesaikan masalah.di
antara cirri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah:
i. Suka memikir perkara-perkara alam sekitar.
ii. Berfikir secara kritis dan kreatif.
iii. Mentafsirdan menilai sesuatu perkara,proje serta membuat refleksi sendiri.
iv. Mencari hakikat yang sebenar.
v. Sikap sentiasa berhati-hati,berwaspada.
vi. Pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.

5
vii. Belajar dan membuat kerja secara sistematik.
viii. Tidak terburu-buru membuat keputusan.
Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif ini suka belajar mata pelajaran
sejarah,bahasa dan melibatkan diri dalam aktiviti projek kajian luar.Kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan,projek
dan perbincangan.

6.3 Teoris
Teoris pelajar yang gemar menggunakan prinsip atau teori untuk membuat kesimpulan
berdasarkan analisis fakta-fakta sesuatu perkara.Ciri-cirinya seperti berikut:
i. Memiliki fikiran rasional dan logical.
ii. Mempunyai sikap berdisiplin serta bervisi.
iii. Kurang kreatif dan menitikberatkan otak kiri.
iv. Membuat kesimpulan berdasarkan bukti.
v. Suka mengesan sebab akibat sesuatu perkara yang berlaku.
vi. Berminat mengkaji fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.
Golongan pelajar ini biasanya suka belajae metamatik,sains,logic,geografi
dansejarah.Kaedah yang sesuia untuk mengajaran mereka ialah kaedah
induksi,deduksi,perbincangan serta mengumpul data untuk membuat analis.

Pelajar yang bersifat teoris biasanya suka belajar matematik,sains,logic ,geografi dan
sejarah.Oleh itu kaedah yang sesuai untuk mereka ialahkaedah induksi dan deduksi.

6
6.4 Pragmatis

Pragmatis gologan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat praktikal


dan mementingkan hakikat daripada teori.Ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis
ialah:

i. Bersifat praktikal.
ii. Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar.
iii. Percaya perkara yang dilihat lebih daripada mendengar.
iv. Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.
v. Suka membuat perbandingan.

Golongan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis suka


menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.Kaedah
yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah praktik dengan
menggunakan bahan elektronik,carta dan gambar.

7
7. Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keberkesanan
pembelajarannya di bilik darjah.

Bagi memperolehi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum,guru


harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang
sesuai seperti mengikut ciri-ciri gaya pembelajaran yang ditonjolkan.Untuk mengenal
pasti ciri-ciri gaya pembelajaran murid-murid, guru harus rujuk kepada faktor-faktor
yang mempengaruhi gaya pembelajaran iaitu unsur-unsur yang merangkumi dalam tiga
rangsangan yang telah dibincangkan.

7.1 GAYA PEMBELAJARAN VISUAL

Gaya pembelajaran yang pertama ialah pelajar visual. Pelajar visual merupakan pelajar
yang lebih suka menjalani pembelajaran melalui deria penglihatan mereka. Sewaktu
belajar, mereka perlu menatap wajah guru mereka yang menyampaikan isi pelajaran
dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar-gambar, paparan visual termasuk rajah-
rajah, buku-buku teks yang mempunyai ilustrasi, tranperansi, video, carta dan edaran-
edaran bahasa.Sebagai contoh, beberapa orang murid yang belajar secara visual.
Murid tersebut merupakan pelajar darjah 5 kelas terakhir bagi darjahnya. Biarpun
murid tersebut berada dikelas terakhir namun semangat yang ditunjukkan oleh murid
tersebut untuk belajar adalah tinggi. Namun dapat katakan ialah, murid ini
merupakan seorang pelajar visual namun amalan pengajaran oleh guru-gurunya
kebanyakkannya adalah lebih kepada "chalk and talk". Hal ini menyebabkan murid
tersebut menghadapi konflik apabila gaya pembelajarannya tidak selari atau boleh
dikatakan tidak "kena" dengan cara pengajaran oleh kebanyakkan gurunya. Oleh hal
yang demikian, kepada bakal guru hal seperti ini dapat dielakkan jika guru murid
tersebut tahu mengenai gaya pembelajaran anakanak muridnya dan
mengaplikasikannya dalam P&P mereka.

8
Gaya pembelajaran visual, pelajar akan lirikan keatas bila berbicara, berbicara
dengan cepat. Bagi yang bergaya belajar visual, yang memegang peranan penting
adalah mata / penglihatan ( visual ), dalam hal ini metod pengajaran yang digunakan
guru sebaiknya lebih banyak dititikberatkan pada peragaan / media, ajak mereka ke
objek-objek yang berkaitan dengan pelajaran tersebut, atau dengan cara
menunjukkan slat peraganya langsung pada pelajar atau menggambarkannya di
papan tulis. Anak yang mempunyai gaya belajar visual harus melihat bahasa tubuh
dan ekspresi muka gurunya untuk mengerti mata pelajaran. Mereka cenderung untuk
duduk di depan agar dapat melihat dengan jelas. Mereka berfikir menggunakan
gambar-gambar di otak mereka dan belajar lebih cepat dengan menggunakan objek
visual, seperti diagram, buku pelajaran bergambar, dan video. Di dalam kelas, anak
visual lebih suka mencatat untuk mendapatkan informasi.

7.1.1 Ciri-ciri gaya belajar visual :

 Bicara agak cepat


 Mementingkan penampilan dalam berpakaian/presentasi
 Tidak mudah terganggu
 Mengingat yang dilihat, dari pada yang didengar
 Lebih suka membaca

 Pembaca cepat dan tekun


 Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih
kata-kata
· Lebih suka melakukan demonstrasi dari pada pidato
· Lebih suka muzik dari pada seni
· Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis, dan
seringkali mints bantuan orang untuk mengulanginya

9
7.1.2 Strategi untuk mempermudah proses belajar anak visual
1. Gunakan bentuk visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta.
2. Gunakan warna untuk menghilite hal-hal penting.
1. Ajak anak untuk membaca buku-buku berilustrasi.
3. Gunakan multi-media (contohnya: komputer dan video).
2. Ajak anak untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar lebih
bemakna dan berkesan.

7.2 GAYA PEMBELAJARAN AUDITORI

Gaya pembelajaran auditori yang mana murid jenis ini lebih suka belajar melalui
pendengaran mereka. Bagi mereka intonasi suara, pitch, kelajuan dan butiran-butiran
lain adalah sangat penting bagi mereka ketika mendengar pengajaran yang
disampaikan oleh guru mereka. Cara belajar yang paling berkesan bagi murid yang
mempunyai gaya pembelajaran seperti ini ialah melalui kuliah, perbincangan dan sesi
perkongsian pendapat dengan orang lain. Kebiasaannya, kanak-kanak bekeperluan
khas seringkali mengamalkan gaya pembelajaran ini terutamanya kanak-kanak
bekeperluan khas cacat penglihatan. Hal ini kerana mereka tidak dapat melihat
sebaliknya mereka hanya mampu mendengar menggunakan telinga. Penggunaan
pengurusan lisan akan mengukuhkan lagi pembelajaran aktif ini. Penyoalan guru
secara lisan pula akan menggerakkan pelajar yang mempunyai gaya auditori juga turut
membuat analisis dan berfikir.
Semasa aktiviti menganalisis dan mengisi pengurusan grafik guru mungkin juga
akan menggunakan kaedah clan teknik-teknik (di dalam aktiviti) pengajaran dan
pembelajaran yang lain seperti pembelajaran individu, berpasangan/kumpulan,
perbualan, penulisan mungkin nyanyian clan sebagainya. Jika dilihat secara holistik
elemen-elemen ini memberi keluwesan untuk melayan pelbagai gaya pembelajaran
seperti modaliti sosial interaksi dan pelbagai kecerdasan (Gardner, 1985).
Pengajaran kemahiran berfikir dalam mata pelajaran, bukan sahaja boleh
melayan pelbagai gaya pembelajaran tetapi ia juga memberi peluang untuk
pengeksplotasi pelbagai kecerdasan. Pengoperasian pelbagai kecerdasan mempunyai
dua elemen yang terpenting. Yang pertamanya, ia mendesak para pendidik supaya

10
melayan segala jenis kecerdasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Yang
keduanya, ia mengingatkan kepada mereka supaya mengambil kira kecenderungan
kecerdasan pelajar mereka. Pengajaran kemahiran berfikir mengambil kira kedua-dua
elemen ini.
Tujuan utama proses berfikir adalah untuk mendorong pelajar berfikir secara aktif dan
mendalam. Semasa mereka berfikir , mereka terpaksa menganalisis. Penganalisaan ini
menggalakkan kecerdasan logikal dan matematikal. Analisis tidak berlaku dalam
kekosongan atau vacum. Mereka pasti akan menggunakan teks berbentuk prosa, puisi,
grafik ataupun gambar-gambar

7.2.1 Ciri-ciri gaya belajar auditori :

 Saat bekerja suka bicaa kepada diri sendiri


 Penampilan rapi
 Mudah terganggu
 Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan dari pada yang
dilihat
 Senang membaca dan mendengarkan
 Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika
membaca
 Biasanya fasih bertutur
 Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
 Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
 Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan Visual
 Berbicara, dalam irama yang terpola
 Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, berirama dan warns suara

11
7.2.2 Strategi untuk mempermudah proses belajar anak auditori :

1. Ajak anak untuk diskusi baik di dalam kelas maupun di dalam keluarga.
1. Dorong anak untuk membaca pelajaran.
2. Gunakan muzik untuk mengajarkan anak.
3. Diskusikan idea dengan anak secara verbal.
4. Biarkan anak merakam pelajarannya dan dorong dia untuk mendengarkannya
sebelum tidur.

8. GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAKTIK ATAU KINESTETIK.

Pelajar jenis ini lebih suka belajar melalui pergerakan, merasa, menyentuh,
menyusun, mereka cipta dan membina atau membuat. Pendekatan yang paling
berkesan untuk murid-murid ini adalah melalui pendekatan "hands-on". Solomon
(1998) mengatakan bahawa murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini suka
belajar secara penemuan seperti melakukan eksperimen sains, membuat aktiviti
geografi dan bermacam-macam aktiviti lain lagi yang membolehkan murid menemui
atau melihat sendiri apa yang dikatakan oleh guru mereka semasa P&P.Semasa
sekolah terdapat beberapa orang guru yang sangat rajin dan berkebolehan dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti P&P berbentuk "hands-on' untuk anak-anak
murid mereka. Kebanyakkan mereka adalah guru Sains, Matematik dan Pendidikan
Seni Visual. guru-guru ini kebanyakkannya bukan sahaja menggunakan teknik
-
hands-on" dalam subjek masing-masing untuk kelas-kelas hadapan malah
menggunakan teknik yang sama untuk murid-murid di kelas hujung. Hal ini
membolehkan murid yang mempunyai gaya pembelajaran jenis ini mendapat peluang
untuk memahami apa yang ingin disampaikan guru mereka dengan lebih efektif.
Pelajar seperti ini sukar untuk duduk diam berjam-jam kerana keinginan mereka untuk
aktif dan eksplorasi sangatlah kuat.

12
8.1.1 Ciri-ciri gaya belajar kinestetik :
 Berbicara perlahan
 Penampilan rapi
 Tidak terlalu mudah terganggu
 Belajar melalui memanipulasi dan praktik
 Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
 Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
 Merasa sukar untuk menulis tetapi baik dalam bercerita
 Menyukai buku-buku dan mereka mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh
saat membaca
 Menyukai permainan yang sukar
 Tidak dapat mengingat geografi, kecuali jika mereka memang pernah berada di
tempat itu

 Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka menggunakan kata-


kata yang mengandung aksi

8.1.2 Strategi untuk mempermudah proses belajar anak kinestetik:

1. Jangan paksakan anak untuk belajar sampai berjam-jam.


1. Ajak anak untuk belajar sambil mengeksplorasi lingkungannya (contohnya: ajak dia
baca sambil bersepeda, gunakan obyek sesungguhnya untuk belajar konsep baru).
2. lzinkan anak untuk mengunyah makanan pada saat belajar.
2. Gunakan warna terang untuk hal-hal penting dalam bacaan.
3. Izinkan anak untuk belajar sambil mendengarkan muzik

13
14

You might also like