You are on page 1of 1

Refleksi

Alhamdulilah, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus pendek bagi subjek
Pengurusan Gerko dalam jangka waktu yang telah ditetapkan . Saya telah
diamanahkan untuk melakukan kajian mengenai kertas kerja untuk perkhemahan .

Pada awalnya tugasan ini sukar untuk saya fahami kerana arahannya tidak jelas.
Namun begitu, saya berjaya juga menyiapkannya dengan panduan, bimbingan dan
bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan .

Saya mempunyai banyak sumber carian untuk menyiapkan tugasan ini seperti
artikel, buku dan internet. Berdasarkan pencarian saya, saya telah memilih kandungan
yang berasal dari buku dan internet kerana saya fikir ianya maklumat yang sesuai dan
mudah untuk difahami. Berdasarkan kertas kerja perkhemahan berikut, saya telah
belajar banyak perkara seperti cara menyusun jadual untuk melaksanakan program
perkhemahan unit beruniform . Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara
menguruskan kewangan bagi menjalankan program perkhemahan .

Selain itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar banyak
perkara tentang bagaimana untuk meningkatkan dan mengembangkan idea
menggunakan data yang diberikan.

Setelah siap KKBI ini , barulah saya sedar betapa pentingnya kertas kerja yang
sempurna dan lengkap sebelum melaksanakan perkhemahan . Sebagai contohnya ,
kewangan perlu dirancang dengan teliti agar bajet dapat mencukupi mengikut
keperluan . Selain itu, pengurusan pelajar perlu dijalankan dengan teliti untuk
keselamatan para pelajar. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat terutama rakan sekumpulan yang
banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya harap agar hasil kerja ini
memenuhi kehendak pemeriksa dan seterusnya mendapat markah yang boleh
dibanggakan. Sekian, terima kasih.

You might also like