You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PROGRAM

MAJLIS MAKAN MALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI
PADA 21 NOVEMBER 2009 bersamaan dengan 04 ZULHIJJAH 1430

1. PENGENALAN

MAJLIS MAKAN MALAM SKBTP 2009 dengan bertemakan


“ Sayangmu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori ” adalah merupakan salah
satu projek yang dirancangkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG )
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri ( SKBTP ) bagi penggal 2009/10.
Ia berlandaskan konsep menawarkan meja makan malam kepada
kumpulan sasaran tertentu seperti ibubapa, guru-guru, orang perseorangan,
sektor swasta dan institusi tertentu. Pendapatan yang diperolehi hasil daripada
penawaran meja tadi adalah datangnya daripada pembelian meja, penajaan
dan sumbangan ikhlas daripada kumpulan sasaran tadi.
Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabung kewangan yang kukuh
demi untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan meningkatkan pembangunan
prasarana sekolah serta mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan
ibubapa/ penjaga. Dalam sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik,
kedudukan kewangan yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam
setiap aktiviti yang dirancangkan. Tanpa wang, cita-cita hanyalah sebuah
khayalan.
Selama ini PIBG SKBTP mengisi tabung dengan menerima sumbangan
daripada ibubapa dan penjaga murid-murid. Latar belakang keluarga yang terdiri
daripada golongan berpendapatan rendah dan sedeerhana, membatasi
kemampuan kewangan persatuan.
Oleh itu, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu serta
bersungguh-sungguh, matlamat untuk mengukuhkan kewangan PIBG SKBTP
melalui program makan malam ini akan tercapai.
Keutuhan dan kestabilan tabungan ini membolehkan PIBG SKBTP
bergerak cergas dalam usaha membantu sekolah dan murid-murid dari aspek
pembangunan intelek, rohani dan jasmani.
Dalam kejayaan yang ingin dicapai maka setiap individu yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak, mestilah benar-benar memahami ,
menghayati dan melaksanakan setiap peranan yang dipertanggungjawabkan di
bahu masing-masing dengan sempurna dan berkesan.
Faktor keprihatinan diri dan “accountability” yang mendalam mampu
memotivasikan setiap individu yang terlibat bergerak ke hadapan ke arah
memaksimakan usaha demi menjamin kejayaan program ini.

1
2. OBJEKTIF

2.1 20% - untuk menambah keperluan perkhidmatan PSS sekolah.

2.2 20% - untuk pembiayaan pelbagai aktiviti berteraskan murid.

2.3 20% - untuk meningkatkan prasarana Bilik Muzik Sekolah.

2.4 20% - untuk menambah dana tabungan Kelab Guru ( KKGK )

2.5 20% - untuk menambah dana tabungan PIBG SKBTP

2.6 Disamping itu, program ini juga bertujuan memupuk hubungan dengan
lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan antara pihak sekolah
dengan ibubapa.

3. RASIONAL

3.1 Sikap ingin memajukan diri dapat diwujudkan melalui kemudahan yang
diterapkan dalam insfrakstruktur Pusat Sumber Sekolah.

3.2 Kerjasama yang terjalin melalui pelaksanaan program dapat dieratkan


antara ibubapa dan guru-guru.

3.3 Perpaduan antara dua pihak dapat dikukuhkan dengan persefahaman


yang terjalin.

4. TARIKH PELAKSANAAN

21 NOVEMBER 2009 ( SABTU ) bersamaan dengan 04 ZULHIJJAH 1430

5. TEMPAT PELAKSANAAN

PERSADA GEMILANG SKBTP

6. MASA PELAKSANAAN

08.00 malam hingga 11.30 malam

7. PENGLIBATAN

6.1 AJK PIBG


6.2 Guru-guru
6.3 Murid-murid
6.4 Ibubapa-ibubapa
6.5 Orang Perseorangan
6.6 Institusi-institusi swasta.

2
8. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA

PENASIHAT
Pn. Siti Aisah bt. Karman AJK Sambutan & Protokol
Guru Besar En. Eadil bin Mat
SK Bandar Tasik Puteri Pn. Nor Azizah bt. Lamijan
Pn. Surtini bt. Bashri
PENGERUSI Pn. Zaini Shawati bt. Mat Zin
En. Zaidy b. Abdul Talib Pn. Zainam bt. Hashim
Yang Di Pertua PIBG Pn. Norain bt. Yahya
Sesi 2009/10

NAIB PENGERUSI AJK Makanan


En. Zulkefli b. Mohamed Pn. Norlaily Yap bt. Abdullah
Naib Yang Di Pertua PIBG Pn. Hafizaturrafiah bt. Supeni
Sesi 2009/10 Pn. Norain bt. Sulaiman
Pn. Shuhaizon bt. Zainal Abidin
SETIAUSAHA Pn. Hamimi bt. Hishamuddin
En. Mazly Shah b. Muhammad Jamil Pn. Hamilah bt. Nordin
( Setiausaha PIBG sesi 2009/10) Pn.
Pn.
Pn.
BENDAHARI Pn.
Pn. Wan Norizan bt. Wan Yusoff Pn.
( Bendahari PIBG sesi 2009/10 ) Pn.

AJK Buku Program/ Dokumentasi


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA En. Junnai b. Talip
PROGRAM Cik Nor Azlinda bt. Abdullah
Pn. Sayani bt. Markam
Penyelaras Projek Pn. Idayu bt. Abu
En Zaidy bin Abdul Talib Pn. Raihan Rahayu bt. Mohd Fadzil
YDP PIBG SKBTP 2009/10

Naib Penyelaras Projek AJK Penajaan


Pn. Hajjah Noriah bt. Mohd Nor En. Zulkefli b. Mohamed(K)
GPK Pentadbiran & Kurikulum Pn. Roshida bt. Isa
Pn.Rahmah bt. Ahmad
AJK Pemasaran Pn. Siti Eshah bt. Hj. Tahir
En. Esa bin Abd. Samad Pn. Muhaini bt. Md. Jani
Pn. Ellah bt. Senu Pn. Nora bt. Yusoff
Pn. Siti Maizura bt. Ismail Pn. Rosnah bt. Shafie
Pn. Mahfudzah bt. Mansur Pn. Johasnizal bt. Nordin
En. Mekah b. Jais Pn. Noorhuda bt. Abd. Samad
Pn. Shidah bt. Mustafa Pn. Saadiah bt. Husni
Pn. Robeah bt. dagap
Pn. Esmariza bt. Ayob Azari
Pn. Aida Suhaila bt. Abu Bakar
Pn. Nurul Asyikin bt. Ahmad

3
AJK Kebersihan
AJK Cenderamata & Nombor Bertuah Pn. Norzitah bt. Mat Rais
Pn. Suhana bt. Ariffin Pn. Siti Marliza bt. Alias
Pn. Nurul Fitri bt. Sapingi Pn. Syahida bt. Ngah
Pn. Aina bt. Abdul Rahman Pn. Aziroh bt. Puteh
Cik Syarifah Nurkhalilah bt. Syed A. Bakar Pn. Rafidah bt. Kassim
Cik Siti Surfina bt. Mohd Subki Pn. Masliza bt. Khalin
Cik Salmah bt. Yaacob
Cik Salsabilah bt. Masri
Pn. Salimah bt. Ismail
AJK Seranta
AJK Persembahan En. Nordin b. Osman
En. Izman b. Saroni En. Wan Mohd Rizal b. Wan Ahmad
Pn. Mariati bt. Mohammaed Mokhtar En. Syazril Arief b. Mohamed Kamil
Pn. Normala Rosleeza bt. Shamsuri En. Syed Mohd Saiful Akram b. Syed Agil
Pn. Mastura bt. Harun En. Eddyanto b. Sutijo
Pn. Norhayati bt. Hassan En. Muhammad Nazim b. Shaharuddin
Pn. Ruhaya bt. Husin
Pn. Norfaradillah bt. Abdullah
Pn. Siti Nooraisyah bt. Abd. Rahaman

AJK Logistik & Persiapan Pentas


En. Mazlan bin Moin
En. Zaidi b. Abdullah
En. Nazri b. Hassan
En. Borhan b. Ibrahim
En. Hadi b. Aznan
En. Wan Ismadi b. Wan Ismail
En. Syazriel Ariff b. Mohd Kamil
Pn. Kamariah bt. Mat
Pn. Rosmawati bt. Buang
En. Johari b. Mohamed Zawawi
En. Suhairi b. Abu Bakar
En. Shahrizal b. Sahjan
En. Hasrul b. Hassan

Bacaan Doa
Ustaz Junnai b. Talip
Ustaz Eddyanto b. Sutijo

Pengacara majlis
En. Mazlan b. Abd. Hamid
Pn. Nureta Azlina bt. Ahmad
En. Izham b. Hasni
Pn. Noor Azyana bt. Surim

4
9. TENTATIF ATURCARA ROGRAM

8.00 malam Para tetamu mengambil tempat


8.15 malam Ketibaan VVIP,VIP dan tetamu
8.30 malam Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Yang Di Pertua PIBG
Ucapan Perasmian oleh Penaung
Penyampaian Cenderahati
Jamuan
Persembahan Murid-murid
Cabutan Nombor Bertuah
Penyampaian Cenderahati
Menyanyi dan bergambar beramai-ramai
11.00 malam Majlis Bersurai

10. ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN PROGRAM

10.1 Pendapatan

Jumlah meja
a) Meja VVIP 1 meja - 10 orang x RM1000.00 RM10,000.00
b) Meja VIP 10 meja - 100 orang x RM 100.00 RM10,000.00
c) Meja Biasa 80 meja - 800 orang x RM 30.00 RM24,000.00

Jumlah Pendapatan RM44000.00

10.2 Perbelanjaan Makanan

a) Menu Utama 910 x RM15.00 RM6,370.00

Jumlah Perbelanjaan Makanan RM13,650.00

10.3 Bahan Pelbagai

a) Banner
b) Cenderamata
c) Persembahan
d) Khemah

Jumlah Perbelanjaan Pelbagai RM4,000.00

5
10.4 Buku Program

i. Penajaan RM400.00 x 5 ms RM2000.00


ii. Percetakan Buku RM5.00 x 1000 buah RM5000.00

10.5 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan RM17,650.00

10.6 Pendapatan – Perbelanjaan ( Untung Bersih )

RM44,000.00 – RM17,650.00 = RM26350.00

11. PENUTUP

Dalam teori Pengurusan Projek, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil
berat oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan,
pengarahan, pengawalan, penilaian dan pelaporan. Semua aspek yang disebutkan tadi
adalah berkaitan antara satu sama lain. Tercicir salah satu daripadanya maka akan
pincanglah perjalanan projek yang dirancang.
Selain daripada ciri-ciri tadi, kita juga mestilah berkemampuan bekerja secara
kolektif dan bersungguh-sungguh dalam segala hal. Pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing’ mestilah sentiasa mengiringi jiwa setiap daripada kita. Setiap masalah
mestilah diambil berat dan dihalusi serta dirundingi sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Setiap tindakan mestilah cepat,tepat dan bersesuaian.
Dalam hal ini, ‘Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Seandainya kita
sahaja yang bersungguh-sungguh tetapi kumpulan sasaran iaitu ibubapa, orang
perseorangan, guru-guru dan syarikat swasta yang diharapkan membantu kita bersikap
negatif maka semua akan menemui kebuntuan.
Oleh itu adalah sangat penting, kumpulan sasaran perlu bersama-sama bergerak
cergas menghulurkan tangan memberikan sumbangan dalam bentuk sokongan moral
dan material. Ini adalah kerana sebagai sebuah komuniti, setiap orang daripada kita
berkewajipan membantu membina asas kecemerlangan bagi anak-anak yang bakal
mewarisi kepimpinan Negara. Aspirasi kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan
2020 dan melahirkan ‘Masyarakat Penyayang’ tidak akan tercapai tanpa adanya
penyertaan aktif semua pihak.
Akhir kata, saya percaya sekiranya kita mampu menghapuskan fahaman
‘presentisme’ yang merantai kita daripada bersikap proaktif maka tidak mustahil,
objektif kita untuk memperolehi pendapatan demi kecemerlangan pembangunan rohani
dan jasmani diri murid-murid serta keutuhan hubungan antara pihak PIBG, Guru-guru,
ibubapa-ibubapa dan pihak sekolah akan tercapai melalui Projek Malam Amal ini.
Saya juga yakin dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t serta usaha
yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak akan membolehkan setiap orang
daripada kita mampu menghela nafas lega dan mengukir senyuman berjela di akhir
projek ini nanti. InsyaAllah.

6
Disediakan oleh, Disemak dan diluluskan oleh,

(MAZLY SHAH B. MUHAMMAD JAMIL) ( ZAIDY BIN ABDUL TALIB )


Setiausaha Persatuan Ibubapa dan Guru Yang Di Pertua
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri Persatuan Ibubapa dan Guru

48000 Rawang, Selangor Sek. Keb. Bandar Tasik Puteri


Bagi sesi 2009/10 48000 Rawang, Selangor
Sesi 2009/10

You might also like