P. 1
interaksi antara tamadun islam dengan tmdun melayu

interaksi antara tamadun islam dengan tmdun melayu

|Views: 2,488|Likes:
Published by leyivd

More info:

Published by: leyivd on Feb 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2013

pdf

text

original

BAB 1 PENDAHULUAN

1

1.0 DEFINISI TAMADUN. Secara keseluruhannya takrif tamadun boleh dilihat dari beberapa aspek bahasa. Dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang digunakan dalam mendefinisikan makna tamadun. Istilahistilah yang dimaksudkan itu ialah tamadun, umran dan hadharah, madaniyyat, dan thaqafah. Tamadun atau tamaddun adalah istilah yang berasal daripada perkataan maddana dan madana. Perkataan madana membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Madana juga bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan, perbandaran, serta kehalusan budi pekerti. Perkataan maddana dan madana juga mempunyai kaitan dengan perkataan “madinah” yang bermaksud bandar, perkataan “madani” atau “al-madaniyyah” yang bermaksud peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kebendaan yang dicapai oleh masyarakat, serta perkataan “mudun” pula bererti kota-kota yang memiliki ciri-ciri tamadun. Oleh hal yang demikian, perkataan madinah, madani atau al-madaniyyah, serta mudun, kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar-bandar yang masih dikaitkan dengan satu corak hidup yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Manakala istilah umran dan hadharah merupakan istilah yang paling awal digunakan untuk mentakrif maksud tamadun. Istilah ini digunakan oleh Ibn Khaldun pada 14M. Umran merupakan kata terbitan ‘amara yang bermaksud kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tempat tinggal yang tetap bagi segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan seterusnya menjadi sebuah bandar. Manakala istilah hadharah pula bererti kehidupan menetap, dan lawan kepada istilah badawiah yang bererti nomad, dan berpindah randah. Hadharah juga ditakrifkan sebagai suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung yang diusahakan. Istilah thaqafah pula mempunyai sama maksud dengan “culture” yang mana merupakan satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas. Perkataan madaniyyah mula diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-Nasraniyyat Ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat) pada kurun kedua puluh. Dalam bahasa Melayu pula, tamadun dilihat dari dua aspek iaitu peradaban dan kebudayaan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan pengertian tamadun dalam Kamus Dewan. Maksud tamadun yang dipetik dari Kamus Dewan ialah “keadaan masyarakat manusia

2

yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya dan corak hidup”. Dalam bahasa Inggeris pula, makna tamadun dilhat dari aspek epitesmologi yang mana perkaitan civilization berkait rapat dengan urbanization. Istilah civilization digunakan oleh barat sekitar 19 Masihi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin iaitu ”civic” yang bermaksud “bandar”. Oleh itu, civilization pula membawa maksud keadaan yang bersifat kebandaran atau kemajuan. Selain istilah civilization, istilah-istilah lain turut digunakan untuk menggambarkan makna tamadun. Antaranya ialah civiltas yang bermaksud tiap-tiap perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas manusia lebih mudah ditemui di bandar. Istilah Renainssance juga dipakai dalam mentakrifkan makna tamadun. Dalam bahasa Cina pula, istilah Wen Ming digunakan dalam menghuraikan maksud tamadun. Istilah diambil daripada kata akar “ming” yang bermaksud cerah, terang dan bercahaya. Wen Ming bermaksud unsur-unsur material dan spiritual dariapda pencapaian sejarah perkembangan manusia. Dalam bahasa cina juga tamadun digambarkan sebagai satu amalan yang perlu dipraktikkan , pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan tutur kata secara terbuka. Menurut pandangan sarjana Islam, Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani membawa maksud “masyarakat” dan apabila digabungkan dengan “umran”, ia bermaksud masyarakat madani atau masyarakat yang bertamadun yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Syed Mohamad Naquib al-Attas pula, tamadun ialah keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur dalam masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah pula menjelaskan maksud tamadun dalam bukunya “Sejarah Kebudayaan Islam” sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang seiring dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang berupa material mahupun abstrak. Menurut pandangan salah seorang sarjana Barat, iaitu Clive Bell, bliau mendefinisikan tamadun sebagai “tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya”. Roberti Haini pula menjelaskan tamadun ialah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Bagi Arnold Tonybee, beliau mengatakan tamadun ialah sejenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar dan disimpulkan sebagai tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang-orang yang hidup di bandar. Pandangan ini amat menepati dengan kenyataan yang diutarakan oleh Ibn Khaldun. M.A.Beg membuat kesimpulan bahawa tamadun

3

terdiri daripada rangakaian fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undangundang dan rangkaian dasar politik. 1.1 TAMADUN ISLAM. Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam. Selepas itu, risalah Islam diturunkan kepada rasul-rasul sesuai dengan suasana dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat pada ketika itu. Tujuan Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam boleh ditakrifkan sebagai pencapaian umat Islam dalm bidang kerohanian dan kebendaan yang mana bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak, dan akhlak. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah S.W.T dan menjadi sumber utama dalam tamadun Islam. Di samping merupakan wahyu daripada Allah S.W.T , alQuran merupakan mukjizat paling besar yang pernah diturunkan oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini dengan tujuan untuk mengurus dan menggariskan batas-batas tamadun Islam secara umum dan menyeluruh. As-sunnah pula merupakan wahyu yang kedua selepas al-Quran. Oleh sebab itulah kedudukan as-Sunnah sebagai sumber tamadun Islam amat penting di samping alQuran. As-sunnah merealisasikan segala ajaran al-Quran dalam bentuk nyata dan datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan. Tamadun Islam wujud serentak dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermula pada malam 17 Ramadan tahun 61 Masihi dan berterusan selama 23 tahun sehingga tahun 632 Masihi iaitu tahun kewafatan Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam bermula di Makkah dan mempunyai tapak yang kukuh di Madinah. Bukan itu sahaja, Madinah sering sahaja dirujuk sebagai negara Islam yang pertama dalam perkembangan sejarah tamadun Islam. Antara ciri-ciri tamadun Islam ialah kota raya, kesenian, seni bina, ilmu pengetahuan, dan sains dan teknologi. Kota raya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam tamadun Islam walaupun mempunyai kapasiti penduduk yang ramai. Hal ini kerana kota raya diasaskan bersandarkan undang-undang yang mantap iaitu syariah Islamiah. Perkembangan kesenian sejajar dengan perkembangan tamadun yang mana tertumpu ke arah peningkatan keimanan, ketakwaan, dan amal soleh seperti seni khat, seni ukiran kayu, tekstil dan tembikar. Akhirnya ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah terutamanya ilmu sains dan teknologi berkembang dengan pesatnya dan bertanggungjawab mempertingkatkan lagi pencapaian tamadun Islam.

4

Tamadun Islam menjadi tamadun yang paling unggul kerana mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Sifat pertama bagi tamadun Islam ialah kesejagatan. Ini bermakna tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu. Ini kerana tamadun Islam adalah milik manusia yang berpegang kepada al-Din dan dapat dilihat di mana sahaja tanpa ada sempadan geografi. Sifat keterbukaan yang ada pada tamadun Islam telah menjadikannya sebuah tamadun yang unik dan istimewa. Keterbukaan yang dimaksudkan di sini ialah tamadun Islam itu tidak terbatas kepada hak tertentu dan ia diletakkan di atas garis panduan yang tetap dan berkembang mengikut arus perubahan semasa. Disebabkan sifat keterbukaan ini juga tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan sebarang bentuk tamadun selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak betentangan dengan garis panduan syarak. Malahan Islam itu sendiri menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan kepada manusia dengan tidak menjejaskan hak orang lain. Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Perkembangannya bermula dengan penurunan wahyu pertama dan tidak pernah terhent serta tiada batas sempadan dan waktu dan terus berkembang shingga ke hari ini. Sifat tolenrasi yang ada pada tamadun Islam sama ada terhadap agama dan budaya telah menjadikannya sebuah tamadun yang diterima baik oleh tamaduntamadun lain. Hal ini kerana walaupun tamadun Islam berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, ia tetap mempertahankan sifat tolak ansurnya terhadap agama dan budaya Islam. Buktinya, masyarakat bukan Islam yang berada di bawah perkembangan tamadun Islam tidak disekat untuk mengamalkan agama dan budaya mereka dengan mengekalkan hubungan baik terhadap masyarakat. Kesatuan dalam kepelbagaian juga merupakan salah satu sifat tamadun Islam. Sebarang bentuk kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam dalam pelbagai bidang disatukan oleh akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan. Ini bermakna sebarang bentuk penemuan dan hasil ciptaan baharu yang dicapai oleh manusia dikembalikan kepada kebesaran Tuhan pencipta alam seluruhnya. 1.2 TAMADUN MELAYU Kemunculan awal tamadun Melayu terdiri daripada beberapa kota awal seperti Langkasuka, Srivijaya, Pasai, Majapahit, dan Melaka. Dari segi kerangka masa, tamadun Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa zaman iaitu zaman pra-kolonial, kolonial dan pasca-kolonial. Kemuncak zaman pra-kolonial ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka iaitu pada abad ke-15

5

sehingga pertengahan abad ke-20. Kemudian, Kerajaan Melayu Melaka telah dijajah oleh Portugis, Belanda, dan British. Zaman pasca-kolonial terjadi selepas Tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 lalu muncullah negeri-negeri seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia yang berusah meneruskan pembinaan tamadun Melayu yang terencat akibat daripada penjajahan kuasa-kuasa barat. Secara kasarnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu. Oleh itu, pandangan semesta tamadun Melayu boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu pandangan semesta Melayu pra Islam dan pandangan semesta Melayu zaman Islam. Pandangan semesta Melayu pra Islam merangkumi pandangan semesta Melayu pra-agama Hindu dan Buddha dan pandangan semesta Melayu pengaruh agama Hindu dan Buddha.sebelum kedatangan Islam, tamadun Melayu dipengaruhi oleh tamadun India. Pengaruh ini tersebar melalui pelbagai saluran seperti perdagangan, kepercayaan, pebdidikan dan sebagainya. Tamadun India telah mempengaruhi adat resam, nilai estetika, dan sebagainya yang mana pengaruh ini selalu bercampur aduk dengan ekspresi agama. Walau bagaimanapun, kesan tamadun India lebih jelas dalam kalangan golongan istana sedangkan golongan rakyat kebanyakan tidak berubah kerana masih berpegang teguh dengan kepercayaan animisme. Dalam pembinaan tamadun Melayu, faktor geografi dilihat sebagai salah satu aspek penting. Menurut Ibn Khaldun, faktor geografi ataupun persekitaran memainkan peranan utama dalam pembinaan sesebuah tamadun. Contoh faktor persekitaran ialah bentuk muka bumi, sumber alam semulajadi dan sebagainya. Menurut tokoh Ibn Khaldun lagi, tamadun tidak akan terbina di tempat-tempat yang terlalu sejuk atau terlalu panas tetapi sebaliknya akan terbentuk dalam suasana yang sederhana. Lantaran itu, pembinaan tamadun Melayu dikatakan mempunyai ciri-ciri tersebut. Iklim di kawasan Tanah Melayu adalah sekata panas dan lembap kecuali di tempat-tempat yang lebih tinggi dengan suhunya lebih sejuk pada waktu malamnya. Manakala dari sudut geografinya pula, kedudukan Tanah Melayu dikatakan amat strategik memandangkan kedudukannya terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara tamadun Timur dan Barat. Hal ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada Tanah Melayu dengan pengaruh-pengaruh yang datang dari kedua-kedua benua tersebut. Disebabkan kedudukan yang strategik inilah, tamadun Melayu telah berinteraksi dengan banyak peradaban dan banyak orang luar ataupun asing, sehingga membawa kepada pelbagai pola dan corak kebudayaan, peradaban dan sebagainya. Sebagainya contohnya, interasi antara tamadun

6

Melayu dengan tamadun Islam telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap tamadun Melayu sehingga terdpat kesannya yang masih boleh dilihat pada hari ini.

7

BAB 2 KONSEP INTERAKSI DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN TAMADUN

8

2.0 KONSEP INTERAKSI. Secara umumnya, setiap tamadun manusia yang lahir di dunia ini sudah saling berinteraksi sejak dari dulu hinggalah ke hari ini. Hal ini disebabkan oleh ramai sarjana berpendapat bahawa sesebuah tamadun itu tidak boleh hidup bersendirian. Maka dengan itu, tamadun ini akan sentiasa berinteraksi dan berhubung dengan tamadun-tamadun lain demi untuk memenuhi fitrah dan keperluan asas sebagi manusia. Malahan interaksi serta pertembungan sesebuah tamadun dengan tamadun lain sebenarnya merupakan satu fenomena yang biasa. Ini seiring dengan makna tamadun yang membawa maksud satu pencapaian cemerlang manusia, maka ia seharusnya bergerak dalam suasana yang bebas. Oleh itu, dapat lah disimpulkan bahawa sifat tamadun adalah dinamik dan bergerak, dan bukannya bersifat tertutup dan pasif. Kewujudan interaksi ini boleh berlaku kerana adanya sifat-sifat yang sedemikian selain semua tamadun mengamalkan sikap tolak ansur yang tnggi dan mempunyai rasa hormat terhadap antara satu sama lain. Menerusi interaksi, tamaduntamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain di samping bertukar-tukar pandangan. Interaksi antara tamadun-tamadun ini dapat dilihat dari pebagai perspektif iaitu agama, budaya, dan bangsa sesebuah tamadun. Menerusi perspektif agama, kaitannya dengan sesebuah tamadun adalah amat rapat. Hal ini kerana, masyarakat yang bertamadun sudah pasti memiliki nilai pegangan agama yang tinggi, beradab sopan, dan bermoral tinggi. Dan melalui agamalah terbentuknya pandangan sesebuah masyarakat terhadap alam semester serta menjadi panduan bagi mereka untuk memimpin dan menikmati kehidupan bermasyarakat dalam melahirkan individu yang lebih terpuji. Terdapat pendapat mengatakan bahawa kemunculan tamadun manusia adalah suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama. Apa yang dapat dilihat ialah semua tamadun tradisional manusia berasaskan kepada pandangan hidup,prinsip, dan nilai ajaran agama yang mereka anuti. Namun begitu, tamadun moden pada masa kini seakan-akan telah mengenepikan ajaran dan nilai agama dengan menukar gantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan penilaian manusia dan falsafah humanisme. Dari aspek budaya pula, ia merujuk kepada tatacara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang mana meliputi keadaan ekonomi, sosial mahupun politik masyarakat berkenaan. Menurut Drs. Sidi Gazalba, “sesuatu kebudayaan adalah aspek rohaniah, yang jadi hakikat manusia. Kebudayaan juga ialah cara berfikir dan merasa, menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu

9

waktu.”. ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa kebudayaan menjadi antara aspek asas yang penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, tamadun mempunyai kaitan rapat dengan budaya kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamadun. Dan dikatakan juga bahawa proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mana melibatkan proses mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara budaya inilah maka terbentuk interaksi pada peringkat tamadun.Dari segi bangsa pula, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan geografi. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa interaksi antara tamadun-tamadun ini sudah pasti akan meningggalkan beberapa kesan dalam tamadun tersebut, sama ada impak yang positif ataupun impak yang negatif. Dan kesan-kesan ini terjadi kerana interaksi boleh berlaku dalam secara aman mahupun secara peperangan. 2.1 FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN Umumnya, interaksi yang berlaku di antara tamadun-tamadun yang ada di dunia ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pertama faktor kepimpinan yang mana faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun yang wujud di Asia. Daya kepimpinan dianggap penting kerana seandainya pemimpin atau raja tidak mempunyai sikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam keadaan kekerasan dan peperangan. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila pemimpin itu mempunyai sikap bertoleransi dan saksama, interaksi akan berjalan dengan aman dan damai. Sejarah sendiri telah membuktikan terdapat dua sikap berbeza dalam kalangan para pemimpin. Contohnya kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak orang Yahudi dan Kristian dilindungi undang-undang. Sebaliknya, contoh sikap pemimpin yang tidak bertoleransi dapat dilihat kapada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Faktor kedua ialah sikap golongan agama. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat tamadun Asia yang mempunyai agama. Misalnya, dalam tamadun Islam, golongan agama dimiliki oleh para ulama dan ahli-ahli sufi. Dalam Tamadun India pula golongan agama dipegang oleh minoriti kasta Brahmin yang berteras kepada agama Hindu. Golongan agama dalam kepercayaan

10

Buddha pula didokong oleh sami. Manakala golongan agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi. Walaupun terdapat sebahagian golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat di Asia. Kedudukan geografi turut mempengaruhi hubungan interaksi antara tamadun-tamadun di Asia. Geografi merangkumi struktur muka bumi dan kemudahan infrastruktur perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat dua laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Sebagai buktinya, laluan perhubungan ini telah menyebabkan tamadun Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi. Faktor yang seterusnya ialah perdagangan. Faktor ini dikatakan sebagai penjalin kepada interaksi antara tamadun. Contohnya, ialah interaksi antara tamadun Melayu di Asia Tenggara dengan negara Arab iaitu tamadun Islam yang secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Tanah Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia. Contoh yang paling jelas ialah perkahwinan di antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang yang datang berurus niaga di Tanah Melayu. Faktor yang terakhir ialah misi politik. Interaksi boleh berlaku dalam suasana harmoni sekiranya tamadun-tamadun yang ada dapat menjalinkan hubungan yang baik terutamanya dalam politik. Sebagai contohnya, interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina dapat berjalan dalam suasana yang aman kerana hubungan diplomatik antara kedua-dua tamadun ini telah terjalin sejak tahun 1404 M.

2.2 TEORI-TEORI KEDATANGN ISLAM Menurut sejarah terdapat tiga teori yang sering dihubungkaitkan dengan kedatangan dan penyebaran Islam ke Alam Melayu. Teori-teori tersebut adalah dari China, India, dan Arab. Teori dari China mengatakan Islam telah sampai ke Alam Melayu berdasarkan laporan orang-orang Cina Islam. Disebut bahawa Wahad Abi Kabsyah telah diutuskan oleh Rasulullah untuk menjalankan dakwah namun, beliau akhirnya meninggal dunia di Canton dan akhirnya dikuburkan di situ. Teori

11

ini disokong oleh Emanuel Godinho De Evedia yang mengatakan Islam datang ke Nusantara melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Ini diibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai timur Tanah Melayu. Teori ini juga disokong oleh S.Q. Fatimi yang mana beliau mengatakan bahawa Islam telah dibawa dari Canton pada penghujung abad ke-9 Masihi akibat daripada perpindahan beramai-ramai orang Cina Islam dariapda Canton ke Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, teori Islam dari China masih dapat dipertikaikan kerana wujudnya penempatan orang-orang Islam yang lebih awal dariapda tarikh tersebut. Teori kedatangan Islam ke Nusantara dibawa oleh pedagang-pedagang dari India telah didokong oleh orientalis barat seperti Snouck Hugronje, Brian Harrison, Arnold, dan Weirtheim. Mereka berpendapat hubungan antara pedagang India Muslim sekitar abad ke 13 terjadi melalui hubungan perniagaan dan kebudayaan antara masyarakat Nusantara. Pedagang- pedagang India Muslim dijadiakn tempat mendapatkan nasihat dan bimbingan termasulah persoalan agama. Teori ini diperkukuhkan dengan penemuan batu nisan seperti batu nisan Sultan Malik al-Salleh, Raja Samudera pertama bertarikh 1297 Masihi. Thomas Arnold pula berpendapat Islam dibawa oleh pedagang India Muslim dari Banggala atau dari Malabar. Namun begitu, teori-teori kedatangan Islam dari India ke Nusantara didapati bertentangan dengan bukti-bukti daripada sumber-sumber yang lain. Teori kedatangan Islam dari Arab pula merupakan teori yang paling sahih dengan buktibukti, penemuan-penemuan sejarah dan catatan-catatan ahli pelayaran. Dikatakan Isam dibawa menerusi mubaligh-mubaligh dan saudagar-saudagar Arab. Secara umumnya, hubungan antara penduduk Alam Melayu dengan bangsa Arab telah terjalin sebelum kelahiran Islam dan berterusan sehingga Islam disebarkan. Menurut Syed Muhamaad Naguib al-Attas, kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta sistem tulisan jawi yang digunakan menunjukkan berasal dari Arab atau Timur Tengah. Melalui penemuan ini, dikatakan bahawa Islam telah datang ke Nusantara pada abad ke-7 M dan dibawa oleh saudagar-saudagar dan mubaligh-mubaligh Arab yang datanag berdagang dan berdakwah melalui jalan perdagangan Asia Tenggara untuk ke China.

12

BAB 3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN ISLAM

13

Terdapat beberapa sebab utama yang mempengaruhi perkembangan pesat Islam ke Asia Tenggara. Syed Muhamaad Naguib al-Attas membuat kesimpulan bahawa teori-teori kedatangan Islam yang dikemukakan sangat menekankan kepada beberapa aspek tertentu, misalnya, aspek perdagangan yang dilihat merupakan salah satu faktor penting yang membawa Islam ke Alam Melayu. Bukan itu sahaja, faktor perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam turut mempengaruhi penyebaran agama Islam dengan cara melakukan pengislaman dalam kalangan masyarakat itu. Faktor kemudahan serta kepentingan politik dianggap satu motif atau sebab untuk memeluk Islam terutamanya dalam kalangan pembesar-pembesar dan golongan bangsawan. Faktor pertandingan menyebarkan agama antara orang Islam dengan Kristian dikatakan telah mempercepatkan proses penyebaran agama Islam khususnya, pada abad ke-15 dan abad ke-17 yang mana merupakan penerusan siri peperangan salib. Peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli sufi turut menjadi penyumbang kepada kepesatan perkembangan penyebaran Islam. 3.1 Faktor perdagangan Aktiviti perdagangan merupakan salah satu cara terpenting dalam memperkembangkan Islam. Hal ini kerana Islam yang berasal di sebuah wilayah yang terletak beribu-ribu batu dari dari Alam Melayu hanya dapat berkembang disebabkan oleh aktiviti perdagangan yang dijalankan antara pedagang-pedagang luar dengan masyarakat Alam Melayu. Aktiviti perdagangan antara masyarakat Arab dengan masyarakat tempatan dikatakan telah berjalan sejak sebelum kemunculan Islam lagi dan turut berkembang semasa zaman Islam. Hubungan perdagangan ini berlaku berikutan Alam Melayu mempunyai sejumlah hasil yang penting dalam perdagangan. Antara barang-barang tersebut ialah lada, kemenyan dan kapur barus. Kapur barus pernah dianggap sebagai punca tarikan utama yang membawa orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi. Semasa menjalankan aktivit berdagang, pedagang-pedagang arab turut memainkan peranan menyebarkan agama Islam. Ini didorong oleh sifat Islam itu sendiri yang mana Islam merupakan agama yang bersifat dakwah dan tugas menyebarkan Islam merupakan salah satu tugas penganutnya. Jadi, tidak mustahillah bahawa kebanyakan tapak awal Islam di Alam Melayu merupakan pelabuhanpelabuhan utama seperti Melaka, Aru, Perak, dan sebagainya.

14

3.2 Faktor perlumbaan penyebaran agama. Faktor ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya pada penghujung abad-abad, misalnya antara abad ke-16 hingga abad ke 19. Ini terjadi berikutan kesan dari kedatangan kuasa-kuasa Barat ke kawasan Timur dan juga diikuti dengan rasa permusuhan yang berlanjutan antara penganut Kristian dengan Islam seperti mana yang digambarkan dalam Perang Salib. Pada abad ke-15 dan abad ke-16, berlakunya pertembungan kuasa-kuasa Barat dengan kuasa Islam sehingga melahirkan pertentangan antaranya. Misalnya, Portugis yang telah memulakan pelayaran mereka ke timur dan menyebabkan pertembungan berlaku dengan kuasa Islam yang telah lama bertapak di bahagian tersebut. Penyerangan terbuka oleh Portugis ke atas petempatan serta wilayah-wilayah Islam menunjukkan pertentangan terbuka oleh kuasa tersebut. Persaingan dalam meluaskansebaran agama antara Kristian dan Islam berterusan sepertimana yang digambarkan dalam kes-kes penyebaran Islam di Pulau Maluku, Sumatera dan sebagainya. 3.3 Faktor perkahwinan. Faktor perkahwinan lebih merujuk kepada perkahwinan yang berlangsung antara padagang dan ulam-ulama Islam yang singgah di Alam Melayu dengan perempuan-perempuan tempatan. Perkahwinan ini terjadi kerana tiada kaum wanita yang mengiringi pedagang dan ulama Islam ke Alam Melayu sehingga menyebabkan para pedagang dan ulama mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan wanita tempatan di kawasan-kawasan yang mereka pilih untuk menetap. Kebiasaannya urusan perkahwinan sering kali tidak ditolak oleh keluarga wanita tempatan kerana kebanyakan pedagang merupakan mereka yang dihormati serta mempunyai kekayaan yang besar dan perkara ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan kedudukan sosial sesebuah keluarga waanita tersebut dalam kalangan masyarakat. Perkahwinan juga secara tidak langsung telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku dalam kalangan golongan bangsawan dan pemerintah Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

15

3.4 Faktor politik dan penaklukan. Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana yang harmoni. Ini dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Islam dalam tamadun Cina. Hubungan diplomatik Melaka dengan Cina telah terjalin sejak sejak tahun 1404 M. Ini dapat dibuktikan persetujuan Cina untuk mengahantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka untuk memberi perlindungan terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu dari ancaman Siam. Hubungan yang bertujuan politik ini secara tidak langsung telah menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Manakala bagi faktor penaklukan pula ia dapat dilihat dengan jelas melalui penguasaan Melaka terhadap beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu sehingga dikatakan bahawa kedatangan Islam di Perak dibawa dari Melaka. 3.5 Peranan ahli-ahli sufi. Peranan ahli-ahli sufi mahupun golongan ulama menjadi tunggak utama dalam mengembangkan dan menyebarkan agama Islam dalam tamadun Melayu. Golongan ulama ini bukan sahaja menguasai berbagai ilmu mengenai Islam bahkan mereka amat bertakwa dan memiliki keperibadian serta karisma yang mulia sehingga mampu menarik pengaruh masyarakat setempat. Malahan kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan terhadap sifat keinsanan. Mereka telah berjaya memberi pandangan Islam yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu sehingga berhasil meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka, Acheh, Demak dan sebagainya. Selain itu, golongan ulama ini juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah di Acheh dan seterusnya melahirkan ramai lagi ulama di rantau Alam Melayu. Peranan ahli sufi juga dapat dilihat dalam kerajaan Demak yang mana telah munculnya Wali Songo yang ditugaskan menjadi penentu kuasa dalam perlantikan seseorang raja .

16

3.6 Geografi. Kedudukan geografi merangkumi bentuk muka bumi dan kemudahan infrastruktur perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah telah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Tamadun Melayu merupakan sebahagian daripada benua Asia dan geografinya terletak betul-betul di tengah jalan perdagangan antarabangsa iaitu di antara India dan China. Misalannya, Pelabuhan Melaka yang mana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari angin monsun telah menjadikan pelabuhan ini sebagai tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka di samping menyebarkan dakwah kepada penduduk setempat.

.

17

BAB 4 KESAN POSITIF TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

18

Kedatangan Islam dalam tamadun Melayu telah membawa kesan yang amat ketara. Tinggalan kesan ini dapat dilihat dari aspek akidah, politik dan kerajaan, undang-undang, sosial, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan sastera, kesenian, dan dalam bidang pendidikan ddan ilmu syariah. 4.1 Pengaruh Islam dalam akidah. Umumnya, akidah bermaksud iman, yakni kepercayaan atau keyakinan hidup. Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu, masyarakat tempatan telah pun mempunyai kepercayaan mereka tersendiri yang biasanya diistilahkan sebagai animisme, dinamisme, dan pemujaan Hyang atau nenek moyang. Mereka percaya bahawa setiap benda dan jiwa mempunyai perwatakan sendiri samada ia membawa kesan buruk mahupun baik. Contohnya, pemujaan Hyang dilakukan kerana mereka yakin bahawa roh nenek moyang mereka masih mempunyai tenaga yang kuat sehingga boleh mempengaruhi mereka. Selepas kedatangan Hindu-Buddha, terdapat segelintir masyarakat tempatan yang menganut agama Hindu atau Buddha atau kedua-duanya sekali. Bukan itu sahaja, kedatangan Hindu-Buddha telah mewujudkan sinkretisme atau persenyawaan yang mana kedua-dua agama India itu dianut bersama-sama dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Ini membuktikan sifat tolaransi masyarakat Melayu dalam menerimapengaruh luar dan serentak dengan itu pula mereka masih mempertahankan tradisi nenek moyang mereka. Bahkan dengan kedatangan Hindu-Buddha, upacara keagamaan menjadi lebih formal dan tersusun tetapi pengaruh itu tidak melibatkan kesemua ajaran Hindu-Buddha yang asli. Menurut pendapat Syed Muhammad Naguib al-Attas, kedatangan Hindu-Buddha tidak mengubah pandangan masyarakat Melayu secara mutlak atau keseluruhan. Awal adab ke-15, masyarakat Melayu dikatakan telah menerima kedatangan Islam dan disambut baik oleh masyarakat setempat. Islam telah berjaya mengubah bentuk kepercayaan, gaya hidup, dan pandangan semesta masyarakat Melayu. Jika sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu percaya kepada konsep dewa dan anisme, tetapi setelah Islam diserap masuk, kepercayaan tersebut telah bertukar iaitu kepercayaan kpada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Antara elemenelemen asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam ialah kepercayaan kepada yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta. Kedua konsep perhitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat dan diikuti keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang

19

baik dan sebaliknya. Seterusnya, menghormati maruah dan martabat manusia di samping berpegang kapada keadilan, kebebasan, dan kesaksamaan. Dan yang terakhir ialah manjalani kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal. Walaupun Islam talah bertapak kuat namun ini tidak menghalang kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha daripada terus hidup seperti sebelumnya. Contohnya, kesan kepercayaan tradisional pada kegiatan ‘memanggil semangat’ pada upacara perkahwinan, orang baru sembuh dari penyakit atau baru pulang dari perjalanan. Namun apa yang pasti sikap toleransi dan kompromi penduduk tempatan telah menyebabkan pengaruh kepercayaan baru atau asing tidak pernah ditolak malah disambut baik dan seterusnya disesuaikan dengan warisan nenek moyang mereka. 4.2 Pengaruh Islam dalam politikdan kerajaan Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya telah melahirkan banyak pusat prdagangan dan kerajaan Islam dan bukan itu sahaja Islam juga telah merubah sistem politik pentadbiran dan perundangan Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, kerajaan Islam pernah wujud di Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka, dan Johor. Tamadun Islam turut mempengaruhi sistem politik tamadun Melayu. Konsep Dewaraja dari warisan Hindu-Buddha, yang menjadi pegangan politik dan lambang daulat raja-raja tempatan telah ditukargantikan dengan konsep ‘khalifatullah fil-ardhi’. Ini bermaksud raja tidak lagi dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu akan tetapi raja merupakan khalifah Allah yang diamanahkan memakmurkan bumi. Kedatangan Islam juga telah menukarkan gelaran Raja kepada Sultan. Walau bagaimanapun, unsur kesucian diri sultan serta nasab keturunan baginda masih lagi mempunyai pengaruh penting dalam susun lapis masyarakat. Ini berkait rapat dengan sistem feudalisme warisan Hindu-Buddha yang mana mementingkan keturunan raja sahaja dalam sistem pemilihan bakal raja. Sistem ini lebih dikenali sebagai sistem monarki. 4.3 Pengaruh Islam dalam sosial. Selepas kedatangan Islam, sistem sosial dalam masyarakat Melayu tidak mengalami banyak perubahan. Ini disebabkan sistem sosial masih berasaskan semangat kesedaran kelas (class consciousness) yang mana susun lapis masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan

20

pemerintah dan golongan yang diperintah masih dikekalkan. Contoh yang paling jelas dapat dilihat dalam sistem hierarki sosial kerajaan Melaka yang mana terdapat dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama istana. Manakala golongan bawahan pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Selepas kedatangan Islam, sistem khalifah mula diperkenalkan. Sistem ini berasaskan kepada konsep keadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat dalam lapisan masyarakat dan seterusnya menjadikan sistem pentadbiran lebih sistematik dan adil. Antara kesan sistem ini ialah wujudnya sistem mesyuarat dalam kalangan ahli-ahli pakar yang lebih dikenali sebagai sistem syura, dan juga sistem hisbah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta juga gelaran sultan bagi raja dan termasuklah kriteria pemilihan menteri. . 4.4 Pengaruh Islam dalam Undang-undang. Undang-undang Melayu telah diubah mengikut kesesuaian undang-undang Islam sementelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Undang-undang Islam mula diperkenalkan apabila Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke-15. Pada peringkat awal, unsur Islam hanya ditokok tambah mengikut kesesuaiannya dalam undang-undang adat. Misalnya, Hukum Kanun Melaka yang terdahulu mengandungi kedua-dua undang-undang adat dan Islam. namun pengaruh undangundang Islam semakin kuat sehingga menenggelamkan undang-undang adat. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam undang-undang Pahang, undang-undang Johor dan dalam perlembagaan Terengganu 1911. Walaupun kerajaan Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam, namun sistem pemerintahannya tidak berlandaskan undang-undang sepenuhnya. Jelasnya, terdapat dua jenis undang-undang yang di dalam kerajaan Melaka, iaitu undang-undang Laut Melaka dan undangundang Kanun Melaka. Dalam undang-undang Laut Melaka ayng terdapat 25 fasal, tetapi hanya satu fasal sahaja yang mengenai hukum Islam sebenar iaitu berkenaan dengan zina. Manakala undang-undang yang berkaitan dengan hal-hal laut banyak berpandukan kepada hukum dan peraturan adat. Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya terdapat lebih kurang 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang Islam seperti kesalahan membunuh. Namun hukuman yang berbentuk Islam yang diperkenalkan selepas kedatangan Islam merupakan alternatif kepada bentuk hukum adat yang sedia ada.

21

Pengaruh undang-undang Islam dalam undang-undang Melayu dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 di Kuala Berang, Terengganu. Bahasa yang tertera pada Batu Bersurat itu ialah bahasa Melayu yang ditulis dengan bahasa Arab dan terdapat sedikit catatan berkenaan hukum hakam pada batu tersebut. Ini menunjukkan bahawa penduduk tempatan pada masa itu sudah lama memeluk Islam. Walaupun unsur Islam telah dimasukkan ke dalam hukum Kanun Melaka, namun terdapat beberapa keadaan yang mana hukum Kanun Melaka bertentangan dengan hukum Islam. Contohnya, hukuman kesalahan dijalankan berdasarkan status sosial atau hierarki dalam masyarakat. Hukum kanun Melaka menyatakan hukuman akan dijatuhkan lebih berat sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan ke atas seseorang yang lebih berdarjat tinggi daripadanya. Hukuman ini terang-terangan bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Secara keseluruhannya, hanya setelah Islam bertapak di Tanah Melayu, undang-undang bertulis dan tidak bertulis dipengaruhi oleh hukum hakam Islam biarpun belum mantap sepenuhnya. 4.5 Pengaruh Islam dalam ekonomi. Dari segi aktiviti ekonomi, masyarakat di Tanah Melayu menjalankan kegiatan pertanian, perikanan, pnternakan dan seumpamanya, kegiatan-kegiatan ini lebih dikenali sebagai agraria. Aktiviti ekonomi yang dijalankan ini masih bergantung kepada sumber alam dan masih berlangsung selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, kegiatan perdagangan semakin meningkat dalam kalangan Melayu. Sehubungan dengan itu, wujud pasar atau kota yang bersifat internasional yang mana terdapat pedagang-pedagang asing dari Arab, Parsi, dan sebagainya. Ekoran daripada aktiviti perdagangan, sistem matawang mula diperkenalkan dalam tamadun Melayu. Hal ini didorong dengan pertambahan pedagang-pedagang asing yang berdagang di Tanah Melayu di samping perkembangan kegiatan perdagangan yang bersifat antarabangsa. 4.6 Pengaruh Islam dalam kebudayaan. Penerapan unsur Islam dalam kebudayaan Melayu merupakan salah satu usaha menyelusuri proses Islamisasi yang berlaku dalam tamadun Melayu sehingga berjaya mengenengahkan identiti dan jati diri serta pembinaan tamadun Melayu Islam di rantau ini.

22

Islam dan adat menjadi asas penting dalam proses pembudayaan terutamanya dalam budaya Melayu. Beberapa upacara yang menggabungkan unsur agama dan adat diadakan pada hampir setiapkitaran hidup manusia. Contohnya, ketika peringkat mengandung, ibu bapa dikehendaki melakukan perkara yang baik-baik termasuk meninggalkan larangan agama. Semasa proses kelahiran pula, bapa akan mengazankan jika bayi itu lelaki dan mengiqamatkan jika bayi itu perempuan. Tujuan melakukan adat ini adalah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan atau kalimah syahadah dan meniupkan “roh dan semangat Islam” kepada bayi tersebut. Selain itu, terdapat banyak lagi adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang diselitkan juga unsur-unsur Islam. 4.7 Pengaruh Islam dalam bahasa dan sastera Sesungguhnya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar kepada bahasa Melayu dengan menjadikanya sebagai bahasa “lingua franca”di Nusantara. Ini kerana sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu Kuno dan bahasa Jawa Kuno merupakan dua bahasa tempatan yang dominan. Manakala bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa ilmu. Namun bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan sebagai bahasa ilmu setelah kedatangan Islam. Bahasa Sanskrit kemudiannya ditukarkan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah dinaik tarafkan sebagai bahasa pengantar di kawasan Nusantara. Secara tidak langsung, pengaruh Islam seolah-olah telah manyatupadukan penduduk Melayu yang terpisah disebabkan oleh perbezaan bahasa untuk berkomunikasi. Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sistem tulisan Arab Jawi diperkenalkan sehingga kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa sastera sangat popular pada masa itu. Buktinya, sastera yang dihasilkan dari warisan Hindu kemudiannya telah ditulis dalam tulisan Arab dan Jawi. Kedatangan Islam juga telah membawa anjakan perubahan dalam penghasilan sastera. Sastera Melayu yang berunsurkan Islam dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu prosa dan puisi. Dalam prosa, diceritakan tentang hikayat-hikayat Nabi Muhammad, pahlawan Islam, para sahabat nabi dan para ahli sufi serta orang yang salih. Contoh hikayat Nabi Muhammad ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh dalam Hikayat para pahlawan pula ialah Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan sebagainya. Manakala dalam puisi pula, ia merangkumi karya-karya Hamzah Fansuri seperti

23

Syair Perahu, Syair Burung Pingai dan sebagainya, seterusnya karya-karya Abdul rauf Fansuri iaitu Syair Makrifat. Dan juga termasuk syair-syair lain seperti Syair Nur Muhammad, Syair Nabi Ayub dan banyak lagi. 4.8 Pengaruh Islam dalam kesenian. Pengaruh kesenian Islam dalam masyarakat Melayu dapat diperhatikan dengan jelas pada makam atau batu nisan, kaligrafi atau penulisan khat dan seni bina masjid. Batu nisan merupakan karya seni Islam terawal yang masuk ke Alam Melayu. Antara batu nisan terawal yang memperlihatkan penagruh Islam ialah batu nisan Sheikh Abdul Qadir Hussain Shah Alam yang dijumpai di Langgar, Kedah bertarikh 903 Masihi. Bentuk dan hiasan pada batu nisan menonjolkan kesenian yang ada pada batu tersebut. Ini kerana batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang bertarikh 1417 Masihi di Gresik, Jawa memperlihatkan reka bentuk seperti badan kapal terbalik yang mengesankan pengaruh Parsi. Dari segi perhiasan pula, terdapat tulisan yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran yang mana menunjukkan kemahiran seni pengukiran dalam seni khat Arab. Malahan pada batu nisan itu juga terdapat, tulisan-tulisan syair Farsi atau pola hiasan daun-daunan yang menyamai gaya bauatn Farsi. Pada peringkata awal, pengaruh Hindu mempengaruhi seni bina masjid dari segi bantuk dan hiasannya. Ini dapat dilihat terdapatnya ukiran-ukiran seperti bunga teratai, daun-daunan, garis-garis geometri dan bukit-bukit karang. Namun begitu, reka bentuk masjid yang dibina oleh orang Islam dipengaruhi oleh falsafah tauhid. Dan secara keseluruhannya, masjid merupakan simbol yang memiliki makna-makna tertentu bagi masyarakat Islam seperti mimbar, mihrab, yang dipenuhi dengan seni kaligrafi islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Tujuan ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Quaran dibuat adalah untuk menggambarkan unsur kesucian dan mendekatkan diri seseorang itu kepada Tuhan. Mimbar merupakan tempat yang mana imam ataupun khatib membacakan khutbah manakala mihrab ialah tempat imam bersembahyang untuk memimpin para jemaah. 4.9 Pengaruh Islam dalam hiburan Kedatangan Islam ke Tanah Melayu turut memberi kesan kepada seni hiburan yang mana merangkumi seni suara dan seni muzik. Bidang seni suara umpamanya marhaban dan qasidah

24

merupakan sejenis suara Arab yang telah diubahsuaikan dan dijadikan suatu bentuk lagu dalam masyarakat Melayu. Di dalam marhaban dan qasidah, terkandung perutusan ajaran-ajaran Islam atau piji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mana dilagukan dalam bahasa Arab. Seni lagu ini kebiasaanya dipersembahkan dalam upacara-upacara perkahwinan, maulidur rasul dan berkhatan. Tidak lama kemudian lahir seni nasyid sebagai salah satu hiburan kepada masyarakat tempatan. Nasyid merupakan sejenis lagu yang berasal daripada bahasa Arab yang dinyanyikan tanpa iringan muzik. Namun, nasyid kemudiannya disertai dengan alat-alat muzik yang berasal dari negeri Arab seperti gambus, rebana dan sebaginya. Seterusnya, seni nasyid ini terus berkembang dan manjadi popular dalam masyarakat Melayu kontemporari. 4.10 Pengaruh Islam dalam pendidikan dan ilmu syariah Dari segi pendidikan dan pelajaran, tamadun Islam telah membawa pengaruh yang besar terhadap tamadun Melayu. Pendidikan dalam Islam meliputi aspek institusi-institusi pendidikan dan strukturnya, aspek ilmu yang diajar serta guru-guru dan murid-muridnya. Bidang pendidikan semakin berkembang setelah kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Perkembangan ini dikuatkan lagi dengan mendapat dorongan daripada pihak memerintah terutamanya sultan-sultan tempatan. Pada peringkat awal perkembangan, aktiviti pendidikan dijalankan di istana-istana yang mana telah dijadikan sebagai pusat pembelajaran. Peranan istana dalam bidang pendidikan ialah dijadikan sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan penterjemahan sehingga dapat meneterjemahkan karya-karya seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah serta beberapa tulisan yang berkisar tentang Nabi Muhammad dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam. Selain istana, rumah-rumah maulana, masjid dan madrasah turut dijadikan sebagai tempat pengajian. Kebanyakan guru-guru agama adalah mereka yang terdiri daripada bangsa Arab dan kedudukan mereka adalah setaraf dengan golongan pembesar di istana. Manakala murid-muridnya pula terdiri daripada golongan bangsawan, kerabat diraja dan rakyat biasa. Pemerintah-pemerintah Melaka, Acheh dan Johor-Riau amat menekankan ilmu pendidikan sehingga ketiga-tiga kesultanan ini memainkan peranan yang amat penting sebagai tunggak utama penyebaran dan pendidikan Islam. Peranan yang dimainkan oleh Sultan Melaka dalam menaungi kegiatan pendidikan boleh

25

disamakan dengan peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah. Dari segi ilmu pengetahuan, kandungan pengajaran lebih diberikan kepada ilmu syariah atau naqliyyah yang merangkumi tiga aspek ajaran Islam iaitu usuluddin, fekah dan tasawuf. Antara kitab-kitab yang dipercayai menjadi asas pegangan di Melaka adalah seperti al-Durr alManzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Minhaj al-Talibi oleh al-Nawawi, dan Ihya Ulumiddin oleh alGhazali. Pengajaran Islam dilakukan melalui tulisan jawi. Dan pengenalan tulisan Jawi telah manjadi pemangkin kepada perkembangan intelaktual dan pemikiran masyarakat setempat. Sesungguhnya, pendedahan kepada ilmu pendidikan dan ilmu syariah kepada masyarakat di Tanah Melayu telah membawa perkembangan positif kepada tamadun Melayu. KESIMPULAN Kemunculan banyak tamadun di muka bumi ini, telah membuka peluang kepada tamaduntamadun tersebut untuk menjalinkan hubungan antara mereka bagi memenuhi kerperluan fitrah manusia, sama ada dari segi pegangan dan kepercayaan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya. Interaksi yang wujud ini telah memberi kesan terhadap perkembangan tamadun tersebut tidak kira sama ada impak yang positif mahupun impak yang negatif. Dalam tugasan kali ini saya dikehendaki menulis satu esei mengenai interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu serta kesan positif kemasukan tamadun Islam dalam tamadun Melayu. Secara umumnya, kedatangan Islam dalam tamadun melayu merupakan satu rahmat yang tidak ternilai kepada masyarakat tempatan. Tidak dinafikan kedatangan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor paling utama yang menyumbang kepada kedatangan Islam ialah faktor perdagangan. Hal ini kerana, kegiatan perdagangan merupakan kegiatan yang paling pesat berjalan pada ketiak itu. Selain itu, kemasukan Islam juga didorong oleh faktor perlumbaan penyebaran agama antara Islam dengan Kristian di samping faktor perkahwinan, politik dan penaklukan serta kedudukan strategik tamadun Melayu di laluan perdagangan. Ahliahli sufi dan ulama juga berperanan dalam menyebarkan agama Islam dalam tamadun Melayu. Seperti yang diketahui, setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, terdapat banyak kesan tinggalan yang boleh dilihat. Contohnya dalam akidah masyarakat tempatan. Kedatangan Islam telah berjaya mengubah pegangan kepercayaan, corak hidup serta pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk yang masih mengamalkan amalan tradisi

26

nenek moyang mereka. Kedatangan Islam bukan sahaja mempengaruhi kepercayaan penduduk tetapi turut memberi kesan dalam sistem pentadbiran, politik serta kerajaan. Islam juga telah menberi pengaruh dalam sistem sosialis masyarakat, undang-undang, kebudayaan, ekomoni, kesenian, hiburan, bahasa dan sastera serta dalam bidang ilmu pendidikan dan syariah . Sesungguhnya, tamadun Melayu amat bertuah kerana telah menerima kedatangan Islam, agama yang syumul dan unggul berbanding agam-agama lain. Tamadun Melayu telah manyambut Islam dengan baik serta mengamalkan hukum hakam dan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

27

REFLEKSI.
Pada hemat saya, tugasan bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan salah satu pengalaman kerja yang tidak akan saya lupakan. Hal ini kerana, tugasan ini memberi makna yang begitu mendalam terhadap diri saya. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang ilmu ketamadunan, interaksi dan perhubungan antara pelbagai tamadun seperti Tamadun Melayu, Cina, India dan Jepun. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat memahami dengan lebih jelas dan mendalam tentang interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu, faktor yang mempengaruhi interaksi antara kedua-dua tamadun ini serta kesan yang ditinggalkan tamadun Islam dalam tamadun Melayu. Bagi membolehkan saya mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap, saya telah mengambil keputusan untuk mencari bahan-bahan atau sumber yang berkenaan dengan tajuk tugasan ini, bersama-sama rakan di Pusat Sumber IPDA. Dan Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran kami , akhirnya kami telah menemui beberapa buah buku yang boleh dijadikan sumber rujukan yang sahih. Sepanjang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan Ustaz Mohammad Akhir bin Wahab, terlalu banyak pengetahuan yang saya bersama-sama rakan perolehi. Jikalau sebelum ini kami hanya didedahkan dengan sedikit sahaja maklumat mengenai ilmu ketamadunan, namun dengan melaksanakan tugasan yang diberikan ini, saya dapat meluaskan pandangan dan pengetahuan saya yang sudah sedia cetek ini. Diharap dengan memperoleh sedikit pengetahuan ini, saya dapat mengembangkannya dan menyebarkannya kepada orang lain suatu hari nanti.

28

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->