You are on page 1of 26

FALSAFAH & PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN
EID2143

PENDIDIKAN J-QAF

MOHAMAD BAKIR B. ISMAIL


BASRI BIN ABDULLAH
Sejarah Perkembangan Sistem
Pendidikan Di Malaysia

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami


evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini
telah melalui lima fasa berikut:
• Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
• Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
• Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
• Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
• Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Sejarah j-QAF
• Program j-QAF berasaskan idea Mantan Perdana
Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang
telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30
Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di
peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-
QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.
• Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam
projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai
2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini
dilaksanakan mulai tahun 2005.
KONSEP PROGRAM j-QAF

• Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan


Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam
pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain
yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah.
Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta
model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang
khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan,
kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan
murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual
waktu sedia ada.
OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
• Setelah program ini dilaksanakan
dengan baik dan berkesan semua murid
Islam sekolah rendah akan dapat:
1. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
2. khatam al-Quran;
3. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi;
dan
4. memantapkan dan menghayati amalan
fardu ain.
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
• Program j-QAF menjadi lebih penting
sebagai suatu usaha ke arah
memperkasakan PI yang sedia ada
supaya semua bidang dalam PI iaitu
bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah,
Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih
berkesan dan dapat dihayati dan
diamalkan dalam kehidupan.
Kepentingan Pemulihan Jawi

• Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan


Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan
pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan
pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan
mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan
tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam
pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi
dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF
menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir
supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan.
AGIHAN WAKTU
PEMULIHAN JAWI
Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua

Tahun 1 2 waktu seminggu 1 waktu seminggu

Tahun 2 1 waktu seminggu

Tahun 3 1 waktu seminggu

Tahun 4 1 waktu seminggu

Tahun 5 1 waktu seminggu

Tahun 6 1 waktu seminggu


Kepentingan Khatam al-Quran
• Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian
Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-
Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan
pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia
memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan
guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati
pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah
pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula
dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada
masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca
sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di
sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
AGIHAN WAKTU KHATAM
AL-QURAN DAN ASUHAN
TILAWAH AL-QU RAN
6 bulan kedua
6 bulan pertama
Tahun (Asuhan Tilawah
(Khatam al-Quran)
al-Quran)

Tahun 1 4 waktu seminggu 3 waktu seminggu

Tahun 2 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 3 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 4 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 5 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 6 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu


Kepentingan Bahasa Arab

• Status Bahasa Arab Sekolah Rendah


pada masa ini sebagai mata pelajaran
bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-
sekolah rendah secara berpilih dan terhad.
Tidak semua murid berpeluang
mempelajarinya.
Kepentingan Fardhu Ain

• Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati


dengan tahap pencapaian dan
penguasaan anak-anak mereka terhadap
amalan fardu ain terutama dalam hal
ibadah mendirikan solat.
MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
• Untuk pelaksanaan 2005 lima model
telah dikenalpasti iaitu 4 model
pengajaran dan 1 model kokurikulum.
Model-model berkenaan adalah seperti
berikut:
a. model Kelas Pemulihan Jawi;
b. model Tasmik;
c. model 6 bulan Khatam al-Quran;
d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab
Komunikasi;
e. model Bestari Solat (kokurikulum).
• Pengukuhan program j-QAF dilaksanakan
melalui kelab, persatuan dan aktiviti
seperti berikut;
a. Kelab Seni Tulisan Jawi;
b. Kem Bina Juara;
c. Ihtifal Khatam al-Quran;
d. Kem Literasi al-Quran; dan
e. Persatuan Bahasa Arab.
PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
• Program j-QAF telah dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bermula tahun
2005 sehingga 2010 dengan unjuran
pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam
jadual 1.
• Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah
sekolah telah terlibat pada tahun 2005.
Dan pada tahun 2010 bilangan sekolah
terlibat adalah sebanyak 7835 buah.
GURU j-QAF
• Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF.
• Unjuran Perlaksanaan Program j-QAF di Sekolah seperti dalam
jadual berikut:

Tahun 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010*

Peringkat
           
penyertaan

Tahun 1 1221 1235 1247 827 766 762

Tahun 2   1221 1235 1247 827 766

Tahun 3     1221 1235 1247 827

Tahun 4       1221 1235 1247

Tahun 5         1221 1235

Tahun 6           1221

Bilangan
1221 2456 3703 4530 5296 6058
penyertaan
• UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bilangan guru            

Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4797

Tahun 3
(Tambahan     1221 1235 1247 1260
guru)

Tahun 3
(Tambah 1 guru       1221 1235 1247
bahasa Arab)

Jumlah Kumulatif
3663 7368 12330 18566 24867 32171
Guru j-QAF
SASARAN
• Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah
Rendah. Mulai tahun 2005 semua murid Tahun 1 di
sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya
terlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan
pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Ihtifal
Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun 1.
Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas
dan seramai 141,725 orang murid akan terlibat pada
tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlah sekolah yang
melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah
yang melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.
LATIHAN GURU
• Urusan latihan perguruan dan
pengambilan guru-guru pelatih j-QAF
dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan
Guru Kementerian Pelajaran Malay­sia.
Bagi meningkatkan tahap profesionalisme
guru-guru j-QAF, Kementerian Pelajaran
akan mengadakan latihan kepada mereka
dari semasa ke semasa di dalam dan luar
negara.
PENGIKTIRAFAN
• Pihak KPM akan mengadakan satu
program pengukuhan kepada program j -
QAF sebagai satu cara memberi galakan
dan pengiktirafan kepada guru, murid dan
masyarakat. Program tersebut dinamakan
dengan Ihtifal Khatam al-Quran Sekolah-
Sekolah. Program ini diadakan di semua
peringkat; sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.
PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN
• Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat
dan negeri akan menjalankan pemantauan
secara berterusan untuk memberi
bimbingan bagi menjamin keberkesanan
pelaksanaan program ini. Laporan
pemantauan dibuat dari semasa ke
semasa mengikut keperluan bagi
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
program tersebut untuk diambil tindakan
sewajarnya.
Kesan pengajaran j-QAF
• Pelaksanaan program j-QAF sudah
menampakkan kejayaan ketara apabila
semakin ramai murid mahir menulis dalam
jawi menerusi konsep pengajaran
pemulihan jawi lebih menarik
menggunakan kaedah inovasi
pembelajaran seperti permainan, lagu dan
multimedia.
Kesan pengajaran j-QAF
• perkembangan bacaan al-Quran menerusi Model Enam
Bulan Khatam al-Quran yang menekankan kaedah
pengajaran Iqra dan instrumen latih tubi tasmik.

Sesi tasmik memberi peluang kepada guru melakukan


pemantauan terhadap perkembangan murid dalam
bacaan al-Quran menerusi sesi penilaian yang
direkodkan sekali gus berjaya membantu murid
mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik.
Kesan pengajaran j-QAF
• penguasaan asas bahasa Arab dalam
kalangan murid pula semakin menyerlah
apabila mereka berupaya menyebut
pelbagai perkataan dalam bahasa Arab,
berbanding rakan sebaya mereka yang
tidak mengikuti program j-QAF sebelum
ini.
Kesan pengajaran j-QAF
• Pengajaran amali solat misalnya yang diselang-
selikan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat
yang dilaksanakan empat kali setahun banyak
membantu murid mendalami amali solat.
Hasilnya, pencapaian cemerlang berjaya
ditonjolkan murid dalam amali solat dengan lebih
sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu
pengetahuan dan penghayatan dalam solat.
Rujukan
• Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan
Kokurikulum Program J-Qaf, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam
• Berita Harian Online: 5 Oktober 2009

You might also like