You are on page 1of 12

Rujukan http://kanak-kanakmelayu.blogspot.com/2010/05/pengenalan-gurindam.

html

http://www.scribd.com/doc/15871230/SYAIR-DAN-GURINDAM

Tarikh: 14 januari 2011

menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal
daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telah
menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang di
sebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu menurutnya lagi, gurindam itu adalah padat
dan bernas. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran.

CIRI-CIRI GURINDAM
MENURUT ZA’BA (1962).

• Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangn


membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan
ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa
dan menyuka-nyukakn hati.

• Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam


dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu
seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna
yang cantik.

• Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka


dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka

• Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti


syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan
pembayang maksud.

• Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun


semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah
bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai


Gurindam mengandungi dua baris
ayat atau lebih bagi serangkap.

JENIS GURINDAM
Isinya mengandungi kias, ibarat,
pengajaran dan nasihat.

Gurindam dibahagikan kepada tiga
jenis:

i. Gurindam serangkap dua baris


ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas

i. Gurindam serangkap dua


baris

- berbentuk asli
- Baris pertama menjadi buah fikiran
kepada buah fikiran seterusnya
dalam baris kedua.
- Nasihat yang baik dan indah
terbentuk daripada irama akhir
sama.

ii. Gurindam serangkap empat baris

- Empat baris kalimat atau ayat


- Rima akhir seperti puisi pantun abab
- Isinya tentang nasihat

Contoh gurindam

Tiada siapa yang besar,


Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,


Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.

iii. Gurindam bebas

- Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad

- Persamaan akhir tidak dipentingkan

- Isinya tetap mempunyai nasihat


Contoh gurindam bebas

Pangkalnya sama dipupuk,


Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
Kaedah Pembelajaran Khas B. Melayu

1. Chomsky (1957) menyatakan bahawa setiap penutur dan pendengar memiliki dua perkara
penting iaitu kemampuan (competence) dan pengucapan (performance). Analisis secara
terperinci, bagaimanakah dua aspek ini berlaku dalam proses komunikasi yang berkesan?

1.0 Pengenalan

Komunikasi ialah suatu proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang
kepada seseorang yang lain. Ia juga adalah proses untuk mewujudkan kefahaman orang lain
mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi
bersama. Menurut Maimunah Osman (2000), komunikasi merupakan asas kepada
perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Setiap orang dalam satu masa
berkomunikasi antara satu sama lain, secara disedari atau tidak sama ada sekadar tersenyum,
melambai, menyentuh, bertanya khabar atau mengarah.

Komunikasi berkesan seharusnya melibatkan penggunaan deria antaranya ialah mata, telinga,
mulut, hati dan sentuhan. Hal demikian kerana manusia mempunyai akal dan perasaan.
Interaksi atau komunikasi yang hanya menggunakan akal atau yang hanya menggunakan
perasaan adalah komunikasi yang tidak berkesan kerana tidak bersifat menyeluruh. Menurut
Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2001), seseorang yang mempunyai tahap kemahiran
perhubungan interpersonal yang tinggi dan berkomunikasi berkesan menggunakan deria
manusia dengan bijaksana dalam proses komunikasinya, yakni mereka bercakap dengan
berkesan, melihat dengan nyata, mendengar dengan aktif dan merasa dengan hati akan apa
yang didengar atau disampaikan.

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009), keberkesanan komunikasi merujuk kepada


sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea
atau pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya sama tanpa menimbulkan
kekeliruan atau salah faham. Komunikasi dalam bidang pendidikan misalnya, dapat dinilai
daripada keupayaan seseorang guru menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea,
maklumat, tunjuk ajar, nasihat kepada murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan
kekeliruan, kekaburan atau salah faham dengan menggunakan bahasa yang betul, sesuai serta
sempurna tatabahasanya.

1.1 Kemampuan (competence) dan Pengucapan (performance)

Chormsky (1957), menyatakan bahawa setiap penutur dan pendengar memiliki dua perkara
penting iaitu kemampuan (competence) dan pengucapan (performance) untuk membantu
seseorang mencapai komuniksai berkesan. Seseorang komunikator yang berwibawa perlu
mempunyai beberapa aspek kemampuan untuk diamalkan.

Pertama, kemampuan dari segi mengawal tingkah laku semasa berinteraksi dengan orang lain.
Manusia dianugerahkan dengan deria dan fizikal antara lain untuk interaksi dan bergaul antara
satu sama lain. Menurut Maimunah Osman (2000), ada orang yang mempunyai tahap
kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi disebabkan kemahiran menggunakan dengan
berkesan deria dan fizikal yang dianugerahkan. Antara kemahiran tingkah laku yang kita
sering lihat ialah komunikasi mata, pergerakan tubuh, mimik muka dan air muka, ketrampilan
dan suara. Sekiranya seseorang itu mampu melakukan bentuk-bentuk tingkah laku tersebut
dengan baik, maka komunikasi yang berkesan akan dapat dihasilkan.
Seterusnya, komunikasi yang berkesan mampu menimbulkan minat orang lain untuk memberi
perhatian dan menarik pendengar untuk bersamanya. Menurut Maimunah Osman (2000),
anda seharusnya mahir memupuk minat orang terhadap apa yang anda ucapkan. Oleh itu
untuk membuatkan orang lain berminat kepada percakapan anda, anda hendaklah terlebih
dahulu mestilah menunjukkan dan mengekalkan minat anda. Antara cara yang boleh
digunakan untuk menarik dan menimbulkan minat orang lain ialah libatkan pendengar,
perbualan yang menghiburkan, membawa topik perbualan yang anda mahir dan
mengenalpasti keistimewaan orang lain. Sekiranya komunikasi berlaku tanpa melibatkan
pendengar, maka komunikasi yang berkesan belum dapat dihasilkan.

Ketiga, untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan, pihak yang mendengar seharusnya
mampu untuk memberi perhatian kepada mereka yang sedang bercakap, ini dapat mendorong
mereka untuk terus bercakap. Melalui pendengaran aktif, pendengar akan mengutip semua
maklumat yang dihasilkan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1999), melalui
tumpuan perhatian dan pemerhatian, ia dapat menghasilkan suasana yang sesuai kepada
penghantar mesej untuk terus memberi maklumat dalam menghasilkan mesej yang lengkap.
Antara cara menumpukan perhatian ialah mendengar dengan aktif, menumpukan sepenuh
perhatian, pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit, memberi maklumbalas lisan dan
bukan lisan dan bertanya untuk penjelasan selanjutnya.

Selain itu, mendengar adalah satu asas penting dalam komunikasi lisan. Ia membantu
pengumpulan maklumat dan memperbaiki kefahaman tentang maklumat tersebut. Ia juga
membantu memperbaiki kefahaman anda tentang tatakelakuan orang lain dan boleh
memperbaiki perhubungan interpersonal. Mendengar yang dimaksudkan di sini ialah
mendengar secara aktif dan komprehensif. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
(1999), ketika mendengar, kita melakukan empat aktiviti iaitu memberi tumpuan, mendengar,
memahami dan mengingat. Proses ini melibatkan beberapa deria terutama telinga, mata,
mulut, hati dan memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Sekiranya seseorang itu mampu
melakukannya, maka komunikasi berkesan akan dapat dirasai.

Tidak kurang penting juga, kemampuan mereka yang sedang berkomunikasi memberikan
pemerhatian boleh membantu mereka mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan. Bagi
penghantar yang berkesan, mesej lisan akan diperkukuhkan dengan mesej bukan lisan seperti
mimik muka. Bagi penghantar yang tidak mahir dalam komunikasi berkesan, mesej yang
disampaikan melalui saluran bukan lisan berkemungkinan tidak menggambarkan makna
sebenar. Ada masanya penghantar menghantar mesej yang mengelirukan, apa yang
dicakapkan tidak sama dengan apa yang terpancar di wajah. Justeru selain memberikan
tumpuan pendengaran, kita juga perlu memerhatikan tingkahlaku nonverbal yang ditunjukkan.
Ini akan membantu melahirkan komunikasi yang berkesan.

Seterusnya, komunikasi berkesan turut ditentukan melalui aspek kemampuan mengemukakan


soalan bagi mendapatkan maklumbalas dan memberi maklumbalas. Ia berkisar kepada usaha
kedua-dua belah pihak yang berinteraksi untuk menjelaskan atau menerangkan dengan lebih
lanjut mengenai mesej atau perasaan di sebalik mesej. Walaubagaimanapun anda seharusnya
boleh mengemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklumbalas yang tepat. Terdapat
tiga jenis soalan yang boleh dikemukakan iaitu soalan tertutup, soalan terpimpin, dan soalan
terbuka. Oleh itu, kemampuan mengemukakan sangat penting untuk merasai komunikasi yang
berkesan.
Seterusnya kemampuan memberi refleksi perasaan merupakan aspek yang membantu
mewujudkan komunikasi berkesan. Hakikatnya semua orang mempunyai perasaan, dan
perasaan adalah sesuatu yang boleh dirasai tetapi agak sukar untuk digambarkan. Kita sendiri
tidak mahir dengan perasaan sendiri. Di sinilah letaknya keistimewaan pendengar dan
penerima dalam memberi tafsiran mengenai perasaan orang yang bercakap. Menurut
Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar (2002), dalam komunikasi
dan berinteraksi, kemampuan membaca perasaan orang lain adalah penting bagi mendapatkan
mesej yang tepat, kerana kadang-kadang gambaran dan kefahaman kita hanya bersifat
tanggapan semata-mata. Jadi di sini kita perlu menggunakan kaedah merumus dan
mengulangi apa yang dikatakan dalam ayat anda sendiri. Ini bertujuan untuk mendapat
kesahihan, dan natijahnya lahirlah komunikasi berkesan seperti yang diharapkan.

Kesimpulannya, komunikasi berkesan memerlukan kepada kemampuan penutur


menyampaikan mesej, pendengar menerima dan mentafsir mesej tersebut. Disamping itu
kemampuan pancaraindera lihat, mimik muka dan sebagainya memainkan peranan yang
penting untuk mewujudkan komunikasi berkesan. Selain aspek kemampuan yang telah
dibincangkan, pengucapan juga merupakan aspek penting dalam mencapai komunikasi
berkesan.

Dari segi pengucapan, faktor kepakaran penutur atau komunikator adalah sangat penting.
Menurut Ab Rahman Ab Rashid dan Wan Som Mamat (1995), seseorang yang sedang
berucap atau berkomunikasi mestilah tahu perkara yang sedang dibicarakan. Oleh itu
komunikator perlu berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidangnya. Tahap kepakaran
yang diperlukan juga bergantung kepada khalayak. Misalnya, seorang guru lepasan diploma
yang baru dua tahun mengajar diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaraan kepada guru-guru terlatih yang pernah
mengikuti kursus setahun dalam bidang berkenaan. Sepatutnya ceramah tersebut hendaklah
disampaikan oleh pensyarah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi daripada peserta
kursus.

Selain itu, pengucapan yang jelas juga akan membantu mewujudkan komunikasi yang
berkesan. Seseorang yang bertinteraksi atau berucap perlu mempunyai mutu suara atau
sebutan yang baik dan jelas, menggunakan intonasi yang sesuai, bertutur tanpa tersekat-sekat
yakni mempunyai kelancaran dan fasih, menggunakan istilah-istilah yang dapat difahami, dan
mesti menzahirkan gerak-geri yang selaras dengan pengucapannya. Menurut Abdullah Hassan
dan Ainon Mohd (1999), kejelasan maklumat adalah amat penting, ini disebabkan dalam
komunikasi antara individu, kita mesti mendapatkan perhatian daripada pihak yang satu lagi
untuk membolehkannya mengolah maklumat yang diterima. Justeru di sinilah terletaknya
kepentingan memilih kata-kata atau simbol-simbol yang digunakan dalam komunikasi.

Di samping itu, pengucapan yang aktif, bertenaga dan penuh minat akan mendapat
kepercayaan yang lebih daripada khalayaknya berbanding dengan pengucapan yang pasif,
lemah dan mereka yang tidak mengambil berat tentang perutusannya. Menurut Ab Rahman
Ab Rashid dan Wan Som Mamat (1995), kelemahan seseorang komunikator itu untuk
menguasai subjek dan khalayaknya dengan lebih bertenaga dan tegas, selalunya akan
menyebabkan khalayak merasakan bahawa komunitor tidak mempedulikan subjek dan
pengucapannya. Justeru, untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan, pengucapannya
mestilah bersifat dinamik.
Seterusnya sesuatu komunikasi yang berkesan akan tercapai jika pengucapannya mempunyai
kesinambungan, kerana komunikasi sering dikaitkan dengan satu proses yang berterusan.
Keadaan ini memerlukan perulangan untuk menarik perhatian. Di samping itu, maklumat-
maklumat yang disampaikan dalam bentuk susunan ayat juga mesti ada hubung kaitnya untuk
melicinkan penerimaan pendengar. Zawiyah Mohammad Yusof (2009), berpendapat
kesinambungan maklumat-maklumat yang dikemukakan itu akan saling mengukuhkan fakta-
fakta yang telah disebut. Justeru aspek kesinambungan dalam pengucapan amat perlu dijaga
untuk mencapai komunikasi berkesan.

Aspek pengucapan bukan terhenti setakat yang telah dibincangkan sahaja, malah banyak lagi
perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, seperti pengucapan yang mengambil berat
terhadap pendengar, kaedah penyampaian, keikhlasan dan kejujuran dalam pengucapan, dan
seumpamnya.

2. Kemahiran lisan merupakan kemahiran bahasa peringkat asas. Jika murid-murid tidak
menguasai dengan baik, ia akan menggangu kemahiran bahasa yang lain. Huraikan faktor-
faktor yang mempengaruhi kemahiran lisan tersebut.

2.0 Pengenalan
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bercakap dengan orang lain, ia
bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur semata-mata tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan mempunyai dua kemahiran bahasa yang lain iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, seseorang
perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kedua-dua kemahiran
ini saling lengkap melengkapi antara satu dengan lain. Menurut Koh Boh Boon (1989),
seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar dengan baik sudah pasti boleh memahami
pertuturan orang lain, dan pada masa yang sama dia juga mampu bertutur atau memberikan
respons terhadap apa yang didengarinya. Seseorang yang mahir dalam kemahiran lisan akan
dapat melahirkan pendapat, idea dan perasaan dengan baik, dan akan lebih yakin untuk
berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. Oleh itu kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga, malah sekiranya seseorang
itu mengalami kes masalah pendengaran yang teruk atau pekak, kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur atau dikatakan bisu.

Menurut Ab Rahman Ab Rashid dan Wan Som Mamat (1995), kemahiran mendengar
merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini berlaku pada peringkat
penerimaan. Ini bermaksud kemahiran mendengar adalah kemahiran awal yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak dalam proses perkembangan penguasaan bahasanya. Oleh itu seseorang
yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik, biasanya akan dapat mendengar dengan
baik semua perkara yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan dapat pula memahami
maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengarinya. Lundsteen dalam Open
University Malaysia (2009), mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang
memberikan makna kepada bahasa pertuturan. Proses mendengar merupakan satu proses
fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa, manakala proses
memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan,
kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami
segala yang didengarnya dan memberi tindak balas yang sesuai. Menurut Kamarudin Hussin
(1999), mendengar adalah satu proses yang aktif yang merangkumi proses mendengar untuk
memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Oleh itu mendengar secara aktif bukan
sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga tetapi kepada semua pancaindera terutamanya
penglihatan, iaitu menerusi komunikasi nonverbal. Pendengaran yang aktif perlu dilatih
dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul. Melaluinya pendengar
dapat mebuat generalisasi, organisasi, mengagakkan hasil serta membuat rumusan.

Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, satu lagi kemahiran bahasa yang terkandung dalam
kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur. Menurut Izani Daud (2001), bertutur merupakan
satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan
alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan
bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosidi dan cara paralingusitik
semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Secara fizikalnya pertuturan melibatkan
alat-alat pertuturan seperti bibir, lidah, gusi dan pita suara. Bertutur juga merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Dalam
kemahiran bertutur, tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem
bunyi yang lain adalah amat penting untuk menghasilkan pertuturan yang baik. Perkara
tersebut adalah untuk membolehkan seseorang penutur bertutur dengan baik dari segi dapat
menyebut dengan tepat, mengikut bunyi, ejaan dan makna. Selain itu tekanan, panjang-
pendek, kefasihan juga perlu diberikan perhatian.

Kesimpulannya, kemahiran lisan ialah gabungan antara kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Untuk menguasai kemahiran lisan yang baik, seseorang perlu terlebih dahulu
menguasai kemahiran mendengar dan diikuti dengan menguasai kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak.
Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan lagi,
mereka sudah mula mendengar. Lebih daripada itu mendengar adalah asas kepada kemahiran-
kemahairan bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca dan menulis. Namun kemampuan
menguasai kemahiran lisan antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Perkara
tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya.

2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran lisan


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran lisan yang perlu diberikan
perhatian. Faktor-faktor tersebut juga boleh dipisahkan mengikut kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

2.1.1 Kemahiran Mendengar

Faktor utama yang mempengaruhi kemahiran mendengar ialah faktor kesihatan iaitu keadaan
fizikal seseorang pendengar. Seseorang yang mempunyai organ pendengaran yang baik tentu
sekali akan dapat mendengar dengan baik juga. Seseorang kanak-kanak yang mengalami
masalah atau kecacatan pada organ pendengaran akan mengalami masalah pendengaran
seperti receptive aphasia. Menurut Kamrudin Hussin (1999), receptive aphasia berpunca
daripada masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan, dan sukar untuk mengaitkan
makna perkataan. Akibatnya seseorang yang mengalami masalah ini akan sukar untuk
mengikut arahan, bertindak balas, memahami perkataan, membentuk konsep, memahami
jenaka dan sukar mengikuti pengajaran lisan.

Begitu juga bagi seseorang yang mengalami masalah yang serius pada organ pendengaran
akan menyebabkannya menjadi pekak, dan seseorang yang pekak biasanya akan bisu.
Menurut Zamri Mahamod (2007), tanpa deria pendengaran manusia tidak dapat
berkomunikasi dengan sempurna, dan masalah pendengaran sering dikaitkan dengan dua
rangkaian ketidakupayaan, iaitu apabila tiada pendengaran bermakna tiada pertuturan yang
dihasilkan. Seseorang kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan tidak akan dapat mendengar
dan meniru bunyi-bunyi dipersekitarannya.

Bentuk kemahiran mendengar juga turut mempengaruhi kemahiran mendengar seseorang.


Menurut Ab Rahman Ab Rashid dan Wan Som Mamat (1995), jika tidak bersungguh-sungguh
mendengar, maka timbullah banyak kekeliruan dan salah faham terhadap sesuatu mesej yang
diucapkan. Oleh itu seseorang pendengar itu haruslah mendengar dengan aktif kerana
pendengaran yang aktif dapat memahami isi kandungan dan perasaan yang telah
diperkatakan. Selain itu pendengaran yang aktif turut mewujudkan suasana komunikasi yang
terbuka untuk mengadakan perbincangan. Ini turut dijelaskan oleh Ab Rahman Ab Rashid dan
Wan Som Mamat (1995), bahawa pendengar yang aktif adalah suatu kemahiran yang boleh
mewujudkan penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai, malah boleh membantu
dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, tabiat mendengar juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar seseorang.


Terdapat tabiat mendengar yang baik dan yang buruk. Zawiyah Mohammad Yusof (2009),
telah menyenaraikan 25 contoh tabiat mendengar yang baik dan tabiat mendengar yang buruk.
Antara tabiat mendengar yang baik ialah, cuba mendalami erti perkataan yang didengari dan
mengawal reaksi, sabar mendengar sehingga penutur selesai bercakap, mendengar dengan
bersungguh-sungguh, dan menyimpan maklumat. Sementara contoh tabiat mendengar yang
buruk seperti, membiarkan emosi menguasai diri ketika mendengar perkataan tertentu,
ghairah untuk menyampuk, berpura-pura memberi perhatian atau mendengar, dan
mengabaikan maklumat yang didengari.

Sikap atau peribadi pendengar juga mempengaruhi kemahiran mendengar seseorang. Zawiyah
Mohammad Yusof (2009), telah menyatakan bahawa sikap faham sebelum selesai bercakap,
sikap gopoh dan sikap lebih dulu makan garam merupakan sikap negatif pendengar.
Menurutnya orang bersikap faham sebelum selesai bercakap, sentiasa mempunyai sifat berat
sebelah, prasangka dan pendapat peribadi yang sempit seperti mudah memperkecilkan orang
lain. Pendengar yang gopoh pula, orang yang tidak mahu melaburkan masa untuk mendengar,
mereka telah membuat kesimpulan sebelum mendengar fakta penuh. Begitu halnya dengan
pendengar yang bersikap lebih dulu makan garam, mempunyai satu perasaan bahawa apa
yang akan dia katakan lebih penting daripada mendengar apa yang orang lain akan katakan.

Seterusnya pendengar yang kaya dengan perbendaharaan kata akan mudah memahami segala
yang didengari dan akan memberikann respon kepada maklumat yang diterimanya itu. Tetapi
bagi pendengar yang tidak mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi akan mengalami
masalah, kerana terdapat perkara-perakara yang didengari tetapi tidak dapat difahami olehnya.

2.1.2 Kemahiran Bertutur

Faktor utama yang mempengaruhi kemahiran bertutur seseorang ialah kemampuan alat-alat
artikulasi seseorang. Alat-alat artikulasi ialah bibir, lidah, gigi, lelangit, gusi dan pita suara.
Seseorang yang memiliki alat artikulasi yang baik akan dapat bertutur dengan normal, iaitu
keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, fasih
dan tidak sengau. Sebaliknya jika seseorang yang mengalami masalah artikulasi, ia akan
mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, menyebabkan percakapan menjadi
tidak tepat atau percakapan tidak sesuai. Menurut Open University Malaysia (2009), masalah
artikulasi terdiri daripada penggantian, pengguguran, pengubahan dan penambahan.
Penggantian ialah bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain
seperti malan untuk makan. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau
menghilangkan bunyi konsonan seperti idung kepada hidung. Begitu juga pengubahan bunyi
terjadi apabila sebutan asal diubah seperti susah kepada syusyah. Manakala penambahan pula
bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah.

Mempelajari kemahiran bertutur juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
kemahiran bertutur seseorang. Seseorang manusia sebenarnya sejak dilahirkan sudah mula
mempelajari banyak perkara daripada ibu bapa atau orang yang paling hampir dengannya.
Proses mempelajari berterusan samada secara sedar atau sebaliknya. Yahya Othman (2005)
menyenaraikan beberapa langkah pembelajaran dalam kemahiran bertutur seperti, meniru
irama dan intonasi, membandingkan sebutan, menyebut perkataan yang mudah, bersedia
hendak berkomunikasi, berlatih secara senyap dan belajar untuk tidak takut untuk membuat
kesilapan. Oleh itu proses mempelajarinya sangat penting dan menjadi penentu kepada
seseorang untuk menguasai kemahairan lisan dengan baik atau sebaliknya.

Faktor yang seterusnya yang mempengaruhi kemahiran lisan seseorang ialah faktor
kecerdasan. Menurut Zamri Mahamod (2007), kecerdasan otak biasanya dihubungkan dengan
kemampuan otak untuk memproduksi bahasa. Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu
mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Justeru kanak-kanak yang cerdas mindanya akan
memiliki perbendaharaan kata yang mencukupi. Seseorang yang memiliki perbendaharaan
kata yang mencukupi atau banyak biasanya dapat bertutur dengan fasih dan lancar. Sedangkan
jika seseorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad akan mengalami gangguan
kelancaran pertuturan, tidak dapat menyampaikan mesej dengan tepat dan gagal memahami
mesej yang diterima daripada orang lain.

Keempatnya ialah faktor alam sekeliling dan sosioekonomi sesebuah keluarga dan
masyarakat. Kedududukan taraf sosioekonomi biasanya bergantung kepada pekerjaan dan
pendapatan ibu bapa. Menurut Zamri Mahamod (2007), kanak-kanak yang berasal daripada
keluarga kelas atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih baik
daripada kanak-kanak kelas bawahan. Kebiasaannya ibu bapa keluarga kelas atasan
mempunyai tahap pendidikan yang baik. Keadaan tersebut adalah menjadi faktor yang
mempengaruhi kemahiran bertutur di kalangan anak-anak mereka.

Faktor jantina juga memainkan peranan dalam mempengaruhi kemahiran bertutur seseorang.
Menurut ahli psikologi, kanak-kanak perempuan mempunyai tahap kematangan fizikal, emosi
dan kognitif yang lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Zamri Mahamod (2007),
menyatakan kanak-kanak perempuan didapati lebih dahulu bercakap berbanding kanak-kanak
lelaki, kanak-kanak perempuan menggunakan bahasa dan menguasai perbendaharaan kata
dengan lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur yang sama. Oleh itu
kanak-kanak perempuan juga mempunyai kemahiran bertutur lebih baik berbanding kanak-
kanak lelaki yang seusia dengannya.

Seterusnya ialah faktor gangguan bahasa kedua. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa
kedua sering mengalami kesulitan semasa bertutur atau berinteraksi. Ini kerana penguasaan
bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu mengganggu bahasa yang dipelajari itu. Keadaan
itu turut dijelaskan oleh Zamri Mahamod (2007), bahawa kanak-kanak ekabahasa biasanya
dapat bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempelajari dwibahasa. Ini
disebabkan sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda itu tidak sama dengan sistem bahasa
sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa
tersebut.

2.2 Kesimpulan

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan seseorang memahami perkara
yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan samada dalam perbualan harian atau
situasi formal. Namun terdapat persamaan dan perbezaan dalam mempengaruhi kedua-dua
kemahiran tersebut.

3.0 Penutup

Kemahiran lisan yang meliputi dua kemahiran bahasa lain iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah faktor utama untuk
melahirkan komunikasi yang berkesan bagi manusia. Tanpa menguasai mana-mana
kemahiran bahasa samada kemahiran mendengar atau kemahiran bertutur atau kedua-duanya,
sudah tentu komunikasi berkesan juga akan turut terjejas. Malah untuk mencapai tahap
komunikasi yang berkesan seseorang individu juga perlu memiliki dua lagi perkara utama
iaitu kemampuan (competence)dan pengucapan (performance). Secara ringkasnya,
kesemuanya ini saling berkait antara satu dengan yang lain, sama-sama penting. Justeru untuk
mengajar kanak-kanak supaya mencapai tahap komunikasi berkesan, kesemua aspek yang
telah dibincangkan dalam tugasan ini tidak boleh dipandang remeh oleh para guru.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur: Utusan
Publications Sdn. Bhd.

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ab Rahman Ab Rashid & Wan Som Mamat. (1995). Bahasa Melayu: bahasa dalam
komunikasi dan proses komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Juriah Long & Zainal Abidin Ahmad. 1985. Keberkesanan Penggunaan Bahasa Malaysia
Dalam Komunikasi Lisan: Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Rendah. [Monograf 1]. Bangi,
Selamgor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin Hussin. (1999). Pengajaran lisan, kemahairan mendengar dan bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur:


Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS
Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama
dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

http://home.hamidarshad.com/IKKkanak_lambat_bercakap.htm

http://irene-masalahpendengarandanpertuturan.blogspot.com/

Rujukan
http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/kaedah-pembelajaran-khas-b-melayu.html

You might also like