You are on page 1of 25

Soalan 4: Discuss The Legacy of Soeharto Regime in Political Economy of Indonesia.

1.0 Pengenalan

Indonesia di masa Orde Lama (Sorkarno, 1945 – 1966) lebih banyak konflik

politiknya daripada agenda ekonominya yaitu konflik kepentingan antara kaum

borjuis, militer, PKI, parpol keagamaan dan kelompok–kelompok nasionalis lainnya.

Suharto adalah presiden Indonesia yang kedua dan beliau telah mengambil alih

tampuk pemerintah selepas kejatuhan Sukarno. Pada masa itu, keadaan politik dan

ekonomi di Indonesia berada dalam keadaan yang amat mengecewakan. Keadaan

kacau bilau berlaku di berata-rata tempat akibat daripada penyalahgunaan kuasa di

kalangan sesetengah peminpin yang telah terpengaruh dengan pihak komunnis. Jadi,

kemunculan Suharto pada masa itu sebagai presiden Indonesia memang tepat pada

masanya untuk menyelesaikan keadaan kacau-bilau yang sedang dihadapi oleh

Indonesia pada masa itu.

1.1 Latar Belakang Ekonomi Polittik Semasa Era Demokrasi Liberal dan

Demokrasi Terpimpin

Semasa era demokrasi liberal, terdapat usaha-usaha untuk mengurangkan

penguasaan tentera dalam politik dan kembali memainkan peranan sebagai fungsi

tentera sebenarnya. Pada waktu tersebut, politik Indonesia dikuasai olah beberapa

parti dan tidak ada satu parti boleh berjaya memperolehi majoriti mutlak dalam

pemerintahan dan akhirnya kerajaan campuran terpaksa ditubuhkan.

Atas desakan panglima-panglima tentera, presiden Sukarno telah

mengumumkan penguasaan Undang-undang Tentera pada tahun 1957, untuk

mengelakkan daripada berlakunya pemberontakan dan cubaan rampasan kuasa oleh


ketua-ketua tentera tempatan di Sumatera dan Sulawesi selatan. Semua

pemberontakan dan rampasan kuasa itu telah menamatkan sistem pemerintahan

demokrasi liberal dan sebagai permulaan kepada Era Demokrasi Terpimpin.1

Dalam Era Demokrasi Terpimpin, konsep Nasionalisme, Agama dan Komunis

(Nasakom) diperkenalkan untuk menyatukan ketiga-tiga kuasa iaitu, ABRI (Angkatan

bersenjatan Republik Indonesia), Presiden dan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang

semakin bergolak dengan perkembangan merebut kuasa.2 Sebenarnya ABRI bertapak

dan berkembang pada 1965-1966, iaitu sewaktu Indonesia dalam keadaan kacau-

bilau. Sukarno pada akhir pemerintahnya cenderung menjadi autoritarian tetapi

selama beliau berkuasa, beliau tidak setampat membentuk satu kuasa ketenteraan

yang kuat. Bagaimanapun, apabila Suharto mengambil alih pucuk kepimpinan pada

1966, ABRI semakin mendapat tempatnya. Demonstrasi pada 1965 banyak

dipengaruhi oleh ABRI.

Pada masa itu, tentera menjadi penting dalam pergerakan untuk menjatuhkan

Sukarno. Dan Suharto pada waktu itu adalah panglima tertinggi yang mengambil

kesempatan pada masa peralihan itu untuk mengukuhkan kedudukannya. Dengan

kuasanya sebagai penglima angkatan tentera, Suharto dilantik sebagai presiden dan

semenjak itulah kedudukan ABRI telah diperkukuhkan dalam politik Indonesia.

Indonesia sejak tahun 1967, di bawah pemerintahan militer, menjadi pelaksana

teori pertumbuhan Rostow dalam melakukan pembangunan ekonominya. Dalam teori

ini, ada lima tahap pertumbuhan ekonomi iaitu, tahap pertama ‘Masyarakat
1
Zuikikar Gazali. 1989. Sejarah Politik Indonesia. Jakarta: Jabatan Pendidikan Dan Kebudayaan.

2
Zuikikar Gazali. 1989. Sejarah Politik Indonesia. Jakarta: Jabatan Pendidikan Dan Kebudayaan.
Tradisional’ (The Traditional Society), tahap kedua ‘Pra Kondisi untuk Tinggal

Landas’ (The Preconditions for Take-off), tahap ketiga ‘Tinggal Landas’ (The Take-

off), tahap keempat ‘Menuju Kedewasaan’ (The Drive to Maturity) dan tahap kelima

‘Konsumsi Massa Tinggi’ (The Age of High Mass-Consumption).


2.0 Perlaksanaan Orde Baru dan Perkembangan Ekonomi di Indonesia

Suharto mempunyai pengalaman selama 18 bulan sebagai pemangku presiden

dan mengambil masa dua tahun enam bulan untuk dilantik menjadi Presiden

Indonesia yang rasmi. Walaubagaimanapun, sebagai seorang presiden yang baru

memegang tampuk pemerintah, cabaran memulihkan ekonomi dan menstabilkan

politik Indonesia sudah tentu perlu dihadapi segara oleh beliau. Sebalik sahaja

mengambil alih kuasa, Suharto telah melaksanakan Orde baru untuk mengantikan

Orde Lama pada 31 Ogos 1966 dan akhirnya Orde Baru ini telah tersebar ke seluruh

Indonesia sebagaimana yang telah menjadi tema perjuangan babak baru.

2.1 Ciri-ciri Orde Baru

Sebernanya perkataan “Orde” berasal daripada Bahasa Belanda yang

bermaksud susunan dan aturan. Ia juga bermaksud suatu negara atau masyarakat

teratur yang berlandaskan ciri-ciri seperti menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh

kerana itulah, Parti Komunis Indonesia (PKI) mutlak musuh utama Orde Baru kerana

Orde Baru telah melahirkan AMPERA (Amanat Penderitaan Rakyat) dan Tritura

(Pembubaran PKI, penyusunana semula kabinet Dwikora dan penurunan harga) yang

dipelopori oleh Ankatan 1966 Orde Baru yang bertujuan untuk memulihkan

kehidupan sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berjiwakan Pancasila.3

Selain daripada ciri-ciri tersebat, Orde Baru yang diparktikan olah Suharto

sepanjang zaman pemerintahnya juga merupakan suatu perubahan sikap mental yang

bertujuan untuk menciptakan kehidupan soaial, politk, ekonomi dan kebudayaan yang

3
Anne Booth. 1981. Ekonomi Orde Baru. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press.
menjiwai moral Pancasila. Tambah pula, Orde Baru juga menekankan suatu

kehidupan yang lebih realis dan pragmatik walaupun tidak meninggalkan idealisme

perjuangan anti-kolonialisme dan anti-imperialisme. Ia juga mengutamakan

kepentigan nasional dan mengkehendaki suatu tata politik yang stabil dan lebih

berdasarkan lembaga dan ekonomi demokrasi yang berlandaskan UUD 1945

Dalam hal ini, Suharto telah mengambil keputusan menerapkam taktik dan

strategi perjuangan Orde Baru dalam program Ampera yang terkenal dengan istilah

Dwi Dharma iaitu menekankan stabilisaasi politik dan ekonomi negara di mana

kedua-dua unsur ini adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Sebernanya

kabinet Ampera adalah satu kabinet yang telah ditubuhkan pada Julai 1966, ia adalah

satu kabinet dimana Suharto terpaksa berkompromi dengan Orde lama Surkano

dengan menerapkan angkatan tenteranya ke dalam kerajaan yang baru ditubuhkan.

Untuk ini bagi Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan darat khususnya

dan ABRI umumnya tidak ada pilihan selain daripada menjadi sebahagian daripada

Orde Baru dan bertanggungjawab atas pembinaan dan penbangunan bangsa. Oleh itu,

kebanyakan daripada anggota adalah terdiri daripada para pengawai tentera.

Contohnya di dalam kabinet tersebut menpunyai 25 orang menteri dimana 12

daripada mereka adalah anggota tentera.

Selain itu, 11 orang daripada 20 orang Setiausaha Jeneral dan 23 orang

daripada 64 orang pengawai Jeneral juga merupakan para ahli tentera. 4 Ini berlaku

disebabkan oleh pengaruh kepimpinan dualisme masih terdapat di Indonesia yang

pada masa itu sedang mengalami transisi peralihan.


4
Anne Booth. 1981. Ekonomi Orde Baru. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press.
2.2 Strategi Orde Baru

Semasa Orde Lama, persenketaan antara parti sentiasa berlaku. Hal ini

ditamgah pula dengan sikap Surkano dan mengakibatkan keadaan lebih parah lagi.

Jadi dengan perlaksanaan Orde Baru semasa pemerintahan Suharto, beberapa strategi

dalam politik Orde baru telah dilaksanakan. Di antaranya adalan seperti:

a) Penghancuran PKI

b) Pengukuhan pemerintahan dan permurnian Pancasila serta UUD 1945. Ini

jelas ternampak dalam penggantian Kabinet Dwikora.

c) Menghapuskan dualisme dalam kepimpinan nasional.

d) Mengembalikan kestabilan politik dan merencanakan pembangunan.

Sidang Umun MPRS V pada 27 Mac 1968 kemudiannya telah mengangkat

Suharto sebagai presidan dan menetapkan tugas utama Kabinet Pembangunan. Oleh

itu, Orde Baru telah mulai dilaksanakan dimana terdapatnya penstrukturan dan

transfomasi politik kekuasaan serta peralihan kekuasaan kepada pihak tentera.

2.3 Perkembangan Orde Baru Dalam Aspek Ekonomi Politik

Orde baru boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan, iaitu 1965-

1974 sebagai peringkat pertama, 1974-1983 sebagai peringkat kedua dan 1983-

1990an pula sebagai peringkat ketiga.

Dalam peringkat pertama 1965-1974, kuasa Abri (Angkatan Bersenjatan

Republik Indonesia) adalah lebih daripada kuasa Presiden Suharto. Stuktur


pentadbiran birokrasi pada masa itu adalah lemah kerana kerajaan Indonesia masih

melalui zaman peralihan. Langkah utama yang dilakukan dalam bidang ekonomi

adalah pengendalian inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Sokongan dari Barat dan Jepun juga mengalir melalui bantuan atau pinjaman.

Modal asing mulai masuk sehingga industrialisasi mulai dikerjakan dan Rencana

Pembangunan Lima Tahun (REPELITA) yang pertama dibuat pada tahun 1968. Pada

tahun 1970-an dan awal 1980-an harga minyak bumi melonjak tinggi di pasar dunia

sehingga Orde Baru mampu membangun dan mengendalikan inflasi serta membuat

pertumbuhan ekonomi yang cukup tinggi.

Manakala dalam perinkat kedua iaitu dari 1974-1983, badan perusahaan dan

struktur pentadbiran birokrasi kerajaan menjadi lebih efektif. Ekonomi negara pada

masa itu mencapai tahap yang memuaskan dengan penubuhan beberapa badan yang

tertentu seperti Koperasi Minyak Negara, Badan Urusan Logistik Makanan dan

sebagainya. Akan tetapi, pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak membuat rakyatnya

bebas dari kemiskinan. Hal ini kerana pertumbuhan ekonomi indonesia masa itu

hanya dinikmati segelintir orang saja.

Dalam peringkat ketiga iaitu dari 1983 hingga 1900an, Presiden Suharto

semakin mencapai status pengaruhnya. Kuasa Suharto pada masa itu adalah amat

besar dan hampir dapat menguasai sebahagian besar daripada arena politik Indonesia.

Beliau tidak lagi tertakluk kepada Abri yang merupakan penyokong padu kepadanya.

Pada masa tersebut, keadaan ekonomi makro nampak menyakinkan, seperti pelaburan

asing terus meningkat, sumber pendapatan bertambah dari perbaikan sistem pajak,
produktiviti industri yang menyokong ekspot juga meningkat. Namun hutang

Indonesia pula semakin meningkat. Pembangunan tidak disalurkan dan diagih merata

ke seluruh wilayah Indonesia dan ke seluruh rakyat Indonesia sehingga hanya sedikit

elit politik dan birokrat serta pengusaha–pengusaha Cina yang dekat dengan

kekuasaan saja yang menikmati hasil pembangunan.

2.4 Kesan Negatif Terhadap Ekonomi Semasa Orde Baru

Ekonomi dalam perlaksanaan Orde baru terlaju bergantung terhadap minyak

dan gas asli. Kedua-dua sumber asli ini merupakan salah satu sumber pendapatan

utama bagi anggaran perbelanjaan negara. Jadi harga minyak dan gas asli sangat

berpengaruh bagi pendapatan negara sehingga turunnya harga minyak mengakibatkan

menurunnya pendapatan negara.

Akibat berkurangnya pendapatan dari minyak dan gas asli, pemerintah

melakukan penjadualan kembali projek–projek pembangunan yang ada, terutama

yang menggunakan penilai asing. Mengusahakan peningkatan ekspot produk bukan

minyak dan gas asli dan terakhir meminta peningkatan pinjaman luar negeri kepada

negara–negara maju. Tahun 1983, Indonesia negara ketujuh terbesar dalam jumlah

hutang dan tahun 1987 naik ke peringkat keempat. Pada tahun 1986/87, sebanyak

81% hutang yang diperoleh untuk membayar hutang lama ditambah bunganya.

3.0 Pengaruh Proses Pengukuhan Pemerintahan Suharto Terhadap Ekonomi

Politik Indonesia
Menurut Suharto, program stabilisasi politik dan ekonomi yang dijalankan

adalah berdasarkan Orde Baru. Hal ini bererti bahawa setapak demi setapak

kemurnian pelaksanaan Pancasila dan Undang-undang Dasar akan terus menerus

dilaksanakan dalam semua bidang walaupun keadaan Indonesia masih dalam keadaan

transisi dan peralihan dari masa Orde lama ke arah memasuki alam orde Baru.

Presiden Suharto nampaknya telah memperlihatkan keprihatinan terhadap

masalah-masalah Politik semasa pemerintahan Sukarno. Jadi sistem politik bara telah

diperkenalkan iaitu “Demokrasi Pancasila” yang diharapkan dapat memberi

keseimbangan dan menyalesaikan masalah-masalah kacau bilau Indonesia. Demokrasi

Pancasila telah diharapkan dapat memberikan tempat kapada kekuatan masing-masing

menurut tingkat kepentigan serta menjaga kepentigan yang wajar.

Prinsip dalam pancasila menpunyai arah yang jelas, pandangan hidup yang

luhur, dan nampaknya dapat berfungsi sebagai wadah dalam menyelesaikan konflik

beraneka ragam dengan mengutamakan kerjasama daripada konfrontasi, menjunjungi

tinggi masyarakat serta menghargai kebebasan individu.

3.1 Kawalan Parti-Parti Politik

Selain itu, pergerakan parti-parti di Indonesia juga dikawal dengan ketat.

Dalam hal ini, hanya jabatan daripada beberapa parti-parti politik yang mengikuti

arahan kerajaan sahaja akan diterima. Mungkin ia adalah keterlaluan mengatakan

bahawa kerajaan Indonesia dibaratkan sebagai pemerintahan diktator. Ini kerana 100

daripada 500 kerusi dalam parlimen akan dikhaskan untuk pihak tentera yang bakal

dilantik tanpa bertanding dalam pilihanraya.5


5
Michael R.J. 1993. Indonesia Politics Under Suharto. London: Zed Press.
Selain daripada itu, Golkar pula akan mendapat sebahagian besar daripada 400

kerusi dalam parlimen dan keadaan ini telah jelas menunjukkan kebanyakan daripada

ahli dala parlimen adalah terdiri daripada Pro-Suharto. Dengan itu, sudah pasti suatu

dasar yang dilaksanakan oleh Suharto akan dapat sokongan penuh daripada para

pengawainya dalam parlimen.

3.2 Peranan ABRI Semasa Orde Baru

Pengaruh dan penglibatan Angkatan bersenjatan Republik Indonesia (ABRI)

dalam arena politik republik rakyat Indonesia sebenarnya banyak dipengaruhi oleh

faktor sejarah. Ia bermula dari zaman penjajahan Belanda hingga ke Zaman Orde

Baru (1966). Dalam hal ini, boleh dikatakan ABRI hampir tidak pernah membatasi

dirinya sebagai kekuatan dalam ketenteraan sahaja.

ABRI sebernanya merupakan penyokong utama kepada sistem politik Orde

Baru. ABRI selalu dilihat sebagai pengawal keselamatan negara dan memainkan

peranan dalam perkhidmatan awam seperti yang dikenali sebagai fungsi dualisme.

Dalam era 1960-an, tentera diberi kuasa menentukan pembangunan Indonesia

berdasarkan fungsi dualisme yang telah diumumkan oleh Ketua Kententeraan ABRI

iaitu Jeneral Nasution pada 11 November 1958. tujuan beliau adalah untuk

mengurangkan pengaruh kebanyakan pengikut Sukarno.


Jadi dalam era Orde baru ini, ABRI bukan sahaja bergerak sebagai sebuah

pasukan pertahanan malah berkuasa untuk campur tangan dalam soal-soal sosial,

politik, ekonomi dan kebudayaan serta bahagian diplomatik negara Indonesia.

Misalnya pada 1970-an, lebih daripada 60% anggota dalam badan

pemerintahan adalah dilantik oleh ABRI, majoriti daripada ahli dalam kabinet adalah

terdiri daripada golongan ABRI dan mereka menpunyai hubungan baik dengan

Suharto. Begitulah unik dan luar biasanya politik di Indonesia yang secara tidak

langsung telah memperkukuhkan kuasa presiden Suharto.

Dalam Dewan pewakilan Rakyat (DPR) daripada 500 kerusi yang ada 100

daripadanya yang dianggotai oleh ABRI. Institusi ketenteraan sejak akhir tahun 1960-

an telah menjadi sebahagian daripada politik dan masyarakat Indonesia. Ia bukan

merupakan insitusi sampingan yang berperanan sewaktu peperangan sahaja. Inilah

yang mennjadi asa pentadbiran Suharto sehingga yang membolehkan beliau kekal

berkuasa selama 32 tahun.

Walaubagaimanapun, Suharto memainkan peranan penting dalam

menperkuatkan kedudukan ABRI dan kepimpinan Orde Baru yang didominasi oleh

ABRI dikatakan berjaya memperbaiki kehidupan rakyat. Penguasaan ABRI dalam

politik membolehkan wujudnya kepinpimnan yang tersusun tetapi telah menimbulkan

keseimbangan wujudnya sistem bercorak komando.

Tambah pula, penekaan terhadap kestabilan dan keamanan dalam

pembangunan telah memperkukuhkan kedudukkan ABRI dan melemahkan parti

politik yang lain. Walaubagaimanapun, apapun kesan setiap tindakan ABRI akan
menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat dan seterusnya membantu Suharto

memperkukuhkan kuasanya.

3.3 Rancangan Pemulihan Ekonomi

Jadi sejurus selepas mengambil alih kuasa kepimpinan, beliau telah

mengatakan bahawa terdapat empat tanggungjawab utama yang seharusnya

dijalankan oleh kabinet dalam menyalesaikan masalah ekonomi yang sedang

menghala ke arah kehancuran. Jadi dalam laporannya pada akhir 1966, Suharto telah

mengumunkan bahawa kerajaan akan bertanggungjawab dalam:

a) Meningkatkan taraf hidup rakyat supaya mencapai prestasi yang

memuaskan dari segi keperluan pakaian, makanan, dan perlindungan.

b) Melaksanakan pemilihan umum dalam masa yang selewat-lewatnya pada

bulan Julai 1968.

c) Menjalankan polisi luar yang bebas dan aktif untuk kepentigan nasional.

d) Meneruskan usaha untuk menentangkan imperialisme dalam segala aspek

dan manifestasi.

Dalam hal ini, Suharto telah mula berusaha mengumpul para cendakiawan

yang mahir dalam bidang ekonomi untuk berbincang dan mengusulkan cadangan

untuk menyalesaikan kegawatan ekonomi yang dihadapi den seterusnys

mempertingkatkan taraf pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, beberapa orang

profesor ekonomi di Universiti Indonesia telah diajak berbincang bersama dengan

beberapa orang pegawai kerajaan dan menteri yang lain seperti Timbalan Menteri

Ekonomi Kewangan dan Pembangunan negara Iaitu Sultan Hamengku Bowodo IX.
Pada jun 1968 pula, satu badan penasihat ekonomi tang terdiri daripada Dr.

AliWardhana, Pro Dr. Widjojo Nisasatro, Prof. Dr. Muhammad Saldi, Drs.Radius

Prawiro telah diwujudkan untuk meningkat kemajuan ekonomi dan pembangunan

negara dengan menekankan polisi demokrasi dari segi ekonomi.6

Polisi ini adalah bertentangan dengan “Free Fight Librelisme” yang

diperkenalkan oleh Sukarno yang telah mengakibatkan kemunculan ekspoilitasi di

kalangan merekan yang menpunyai kuasa dalam ekonomi. 7 Dalam hal ini, Suharto

telah menggariskan beberapa strategi bagi memajukan ekonomi negara seperti

impiannya dalam mencapai belanjawan negara yang seimbang dan menetapkan

langkah yang berkesan dalam polisi sistem bank. Pada akhir bulan Mac 1968, Suharto

telah mengumunkan satu langkah untuk mengatasi inflasi negara iaitu mengurangkan

inflasi daripada 650% kepada 120% dari tahun 1966 hingga tahun 1967.8

4.0 Keadaan di Indonesia Semasa Suharto Mengambil Alih

4.1 Sikap Nepotisme

6
Edy Suandi Hamid. 2001. Sistem Ekonomi, Utang Luar Negeri, dan Isu-isu Ekonomi Politik Indonesia. Yogyakarta: Penerbit
Ekonisia.

7
Michael R.J. 1993. Indonesia Politics Under Suharto. London: Zed Press.

8
Michael R.J. 1993. Indonesia Politics Under Suharto. London: Zed Press.
Semasa Suharto mengambil alih sebagai presiden Indonesia telah menimbul

banyak masalah politik dan ekonomi. Masalah-masalah tersebut berpunca daripada

pemerintahan yang bersikap kuku besi, tidak sensitif kepada kegusaran rakyat dan

sebagainya tetapi yang paling ketara adalah nepotisme dan rasuah. Hal ini terbukti

dengan pandapat para penganalisis barat yang yang menyifatkan rasuah di Indonesia

di bawah kepimpinan Suharto amat serius dan terancang yang akhirnya bukan sahaja

menbawa kejatuhan Suharto, malah merosakkan masyarakat.

Menurut kajian daripada majalah antarabangsa seperti Asiaweek Far Eastern

Ekonomi Review (FEER) pernah beberapa kali menyairkan recana mengenai

kekayaan Suharto dan ahlli keluarganya.9 Didapati Suharto adalah antara pemimpin

yang terkaya di dunia. Namun bagi kebanyakan rakyat, rasa tidak puasa hati kerana

tindakan pengumpulan harta oleh Suharto telah mengakibatkan kemiskinan

masyarakat Indonesia.

Bolah dikatakan selama 32 tahun memerintah Indonesia, Suharto dan ahli

keluarganya serta rakan baiknya menikmati kekayaan yang melimpah luah hasil

daripada pembabaitan mereka dalam pelbagai kegiatan ekonomi baik di udara, laut

dan darat. Suharto juga dengan kebijaksanaannya melaksanakan pelbagai projek

raksana dan mewah untuk menbangunkan Indonesia dan akhirnya memberi kekayaan

dan kemewahan kepada keluarganya.

4.2 Pembabitan Ahli keluarganya dalam Kerajaan

9
Jakob Oetama. 2000. Indonesia Abad XXI. Jakarta: Penerbit Harian Kompas.
Pembabitan anaknya Siti Hardiyanti Rukmana, Bambang Trihatmodjo, Siti

Hediati dan Hutomo Mandala Putra dalam kerajaan memudahkan lagi penyertaan

mereka dalam projek pembangunan dan perniagaan yang menbabitkan badan usaha

milik kerajaan. Selain itu, Siti Hardiyanti Rukmana dilantik sebagai Menteri sosial

dan rakan Suharto, Bob Hasan pula menjadi Menteri perdagagan dan perindustrian

dalam kabinet pembangunan VII selepas Suharto dipilih menjadi presiden bagi

penggal ketujuh pada 11 Mac yang lalu. Kalangan pembahuruan beranggapan Suharto

dan ahli keluarganya memperolehi kekayaan negara melalui amalam rasuah,

bersekongkol dan nepotisme.

Pelbagai peristiwa pembabitan ahli keluarga Suharto daripada anak, menantu,

cucu dan rakannya dipaparkan sehingga membuat rakyat terutamanya golongan

miskin terperanjat dengan kekayaan ahli keluarga Suharto. Menurut kajian,

dianggarkan dengan nilai pertukaran Rp 10 000bagi satu dolar Amerika bermakna

jumlah kekayaan Suharto adalah Rp 100 trilion. Begitu juga dengan anak sulung

Suharto Siti Hardiyanti Rukmana dikatakan mempunyai kekayaan hampir sama iaitu

Rp 20 trilion dan Sigit Hardjojudanto juga mempunyai kekayaan hampir Rp 20

trilion. Syarikat Kumpulan Arseto milik sigit sahaja mempunyai aset sebanyak Rp 30

trilion, Kumpulan Bimantara yang dimiliki Bambang mempunyai aset bernilai Rp 2

trilion.10

Sebuah bank besar di Indonesia iaitu Bank Central Asia (BCA) yang dimiliki

oleh sahabat Suharto, Lim Sioe Liong dan Sudomo Salim serta dua orang anaknya Siti

Hardiyanti Rukmana dan Siti Hardjojudanto.

10
Jakob Oetama. 2000. Indonesia Abad XXI. Jakarta: Penerbit Harian Kompas.
4.3 Layanan Istimewaan kepada Rakan dan Saudara

Tambah pula, Suharto yang memberi layanan istimewaan kepada rakan-rakan

serta saudara juga memperihatkan masalah semasa beliau memerintah Indonesia.

Misalnya pembabitan Sigit Hardjojundanto dalam Perusahaan Daerah Air Minuman

(PDAM). Begitu juga dengan projek jalan raya dan pelaburan Tanjung Perak di

Surabaya dikendalikan oleh Syarikat milik Siti Hardiyanti Rukmana manakala

Hutomo Mandala Putra atau Tommy memiliki Syarikat Penerbangan Sempati Air.

Dengan pengumpulan harta kekayaan secara besar-besaran oleh ahli keluarga Suharto

sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat yang tersepit dalam celah-celah

kemiskinan yang akhirnya telah mengakibatkan syarikat-syarikat tersebut mengalami

kerugian yang besar dan terpaksa diberhentikan operasi meraka semasa rusuhan.

Hal yang sama juga berlaku pada Bambang Trihatmodjo yang juga merupakan

bendahari parti kerajaan Golongan Karya (Golkar) dan abang iparnya Indra Rukmana

iaitu suami Siti Hardiyanti telah menubuhkan satu Syarikat Kenderaan bermotor

terbesar di Indonesia dan hampir semua anak Suharto mendapat Kontrak pengedaran

dan projek Petamina selama Suharto menjadi Presiden.

Dalam hal ini, menurut kajian daripada beberapa orang pengkaji barat, mereka

telah meletakkan Suharto sebagai ketua kerajaan yang keempat terkaya di dunia.

Walaubagaimanapun, Suharto sentiasa menafikan laporan mengenai kekayaannya dan

beliau menegaskan sekiranya beliau memiliki kekayaan yang sebanyak itu, beliau

akan menyerahkannya kepada negara Indonesia. Walaubagaimanapun, Suharto juga

menyifatkan laporan itu sebagai Fitnah semata-mata ketika beliau melawat Mesir

pada Mei 1988 yang lalu.


Namum begitu, Pusat Data Bisnes Indonesia (PDBI) yang mengumumkan

hasil kajian mereka mengenai jumlah kekayaan keluarga Suharto berdasarkan jumlah

aset yang mereka mengenai jumlah kekayaan keluarga Suharto berdasarkan jumlah

asat yang mereka memiliki telah menimbulkan ketidakseimbangan dalam

pertumbuhan ekonomi negara. Menurut pangarah PDBI, Christiano Wibisono jumlah

kekayaan yang ditaksirkan adalah sekurang-kurangnya 200 trilion.11 Dalam hal ini,

dianggarkan jika 55% daripada jumlah kekayaan ini diserahkan kepada negara, ia

dapat digunakan untuk membiayai program memperbaiki perekonomian negara yang

semakin tenat.

Suharto yang sering meminta sogokan daripada setiap biaya atau keuntungan

projek, namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam

projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain yang bermanfaat kepada rakyat

jelata Indonesia. Jadi semua tindakan Suharto yang bersifat nepotisme ini secara tidak

langsung membawa kepada rusuhan yang mengakibatkan keruntuhannya. Dalam hal

ini, apa yang jelas kelihatan ialah rasuah mempersulit kemajuan ekonomi Indonesia

dan menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk

projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya,

sehingga melepasi peruntukan awal.

4.4 Masalah Kenaikan Harga Minyak

Keputusan kerajan Indonesia yang menaikan harga minyak, gas dan elektrik

semasa pemerintahan Suharto yang diibaratkan sebagai menelan pil pahit dalam usaha

membaiki keadaan ekonomi negara yang sedang sakit. Menurut Menteri

Pelombongan dan Tenaga, Kunyoro Mangkusubroto, kerajaan Indonesia terpaksa


11
Jakob Oetama. 2000. Indonesia Abad XXI. Jakarta: Penerbit Harian Kompas.
mengumumkan kenaikan harga minyak tanpa menghiraukan ketidakpuasan rakyat

sebagai langkah untuk mengatasi krisis ekonomi sekarang.

Dalam perjanjian 50 perkara antara Tabungan Mata Wang Antarabangsa

(IMF) dan Suharto yang ditandatangani pada April 1998 lalu menyetujui untuk

menghapuskan subsidi kerajaan secara bertahap. Maka utuk menyetujui perjanjian

IMF, Suharto telah membuat keputusan menaikan harga minyak sebanyak 80%pada

minggu pertama Mei 1988.12

Ini adalah kerana kerajaan sudak tidak mampu lagi untuk menangung subsidi

terhadap bahan bakar itu dan terpaksa mengambil keputusan menaikan harga bahan

tersebut supaya beban subsidi dapat dikurangkan. Sebenarnya kerajaan berada dalam

keadaan yang sebar-salah semasa mengambil keputusan tersebut memandanglan

tindakan ini akan membebankan rakyat Indonesia yang sedang menghadapi masalah

kegawatan ekonomi.

Akibat daripada hal ini, perbelanjaan rakyat Indonesia bertambah berlipat

ganda kerana harga keperluan harian dan tambang pengangkutan semakin bertambah

mahal. Keputusan Suharto yang menambahkan harga minyak dan bahan elektrik telah

mengakibatkan inflasi bertambah tinggi dan nilai rupiah bertambah rendah. Keadaan

ini terus berlaku dengan kenaikan harga barangan dan penurunan harga rupiah tanpa

sebarang usaha untuk menstabilkan harga barang dan nilai pertukaran rupiah dengan

12
Edy Suandi Hamid. 2001. Sistem Ekonomi, Utang Luar Negeri, dan Isu-isu Ekonomi Politik Indonesia. Yogyakarta: Penerbit
Ekonisia.
dollar Amerika Syarikat telah menghancurkan ekonomi Indonesia dan menimbulkan

kegusaran rakyat.

4.5 Masalah Liberalisme Ekonomi

Tindakan Suharto dalam meliberalisasikan ekonomi negara adalah bertujuan

untuk mendapatkan pertukaran wang asing, menyelasaikan masalah inflasi,

menstabilkan penyusutan nilai rupiah dengan mendadak dan mendapatkan bantuan

asing dalam menggalakan pelaburan di samping mengembalikan kapasiti produktiviti

negara. Namum begitu, strategi pasaran bebas ini akhirnya telah kehilangan

momentumnya.

Dasar membuka pintu ekonomi negara itu dengan seluas-luasnya kepada

pelabur asing telah berjaya mencapai hasrat ekonomi Indonesia. Kadar pertumbuhan

ekonomi telah menyaksikan pola yang meningkat. Walaubagaimanapun, disebalik

kejayaan itu, liberalisme perdagagan telah memperhebatkan masalah kemiskinan

penduduk luar Bandar. Ini kerana leberalisme pelbagai kegiatan ekonomi

menyebabkan sebahagian besar tanah di luar Bandar diambilalih bagi tujuan

pembangunan projek perindustrian, pertanian dagang, pelancongan dan perumahan.

Selain itu, strategi pasaran babas ini yang dimonopili oleh pelabur asing dan kepada

golongan-golongan yang tertentu telah menimbulkan ketidakadilan dan ketidak

seimbangan dalam pengagihan kekayaan dan kestabilan harga barangan.

Perkembangan tersebut mendesak penduduk luar Bandar untuk berganjak

daripada kehidupan biasa mereka. Selain daripada itu, pergantungan kuat pada

pelaburan asing telah mendedahkan Indonesia kepada risiko dilanda krisis ekonomi
dan sehingga melakukannya ketidakstabilan ekonomi. Ini adalah kerana Suharto tidak

melaksanakan sebarang perubahan dalam polisi ekonomi yang berkesan dalam

menyelesaikan masalah ini.

Mata wang menjunam, ekonomi terus menurun, penggangguran pada tahap

yang tinggi dan kehidupan rakyat melarat. Menurut menteri Penyelarasan Hal Ehwal

Ekonomi, Ginandjar Kartassasmita mengatakan bahawa pembaharuan politik adakah

satu kemestian dalam memulihkan ekonomi. Usaha dalam memulihkan ekonomi tidak

boleh dipisahkan daripada pembahuruan politik kerana proses politik akan memberi

kesan pelaksanaan sesuatu dasar dalam menangani sesuatu masalah ekonomi.

5.0 Kesan-Kesan

Boleh dikatakan Orde Baru telah berjaya mencipta satu struktur kekuatan

politik yang lebih kuat berbanding dengan Orde Lama. Pada mulanya, pelaksanaan
Orde Baru menunjukkan usaha mengembalikan birokrasi yang kacau-bilau dan tidak

bertanggungjawab kepada birokrasi yang berkesan serta menghargai hukam.

Numun begitu, akhirnya ia telah menuju kepada birokrasi yang tidak

beetanggungjawab kembali. Rakyat Indonesia semakin mengkhuatiri keberlanjutan

politik seperti pada masa-masa terakhirnya kekuasaan pemerintahan Sukarno di mana

politik terbatas pada meraka yang berada di istana sahaja.

Dalam hal ini, kritikan yang sering dikemukakan mengenai masalah-masalah

yang dihadapi adalah seperti hak-hak asasi, keadilan, rasuah, penyalahguna kuasa,

strategi dan praktik pembangunan, tingkah laku elit birokrasi yang mencerminkan

tidak memiliki moral politik, monopoli kekuasaan dan sebagainya.

Berkaitan pula dengan kekuasaan, boleh dikatakan kestabilan politik jarang

terdapat di negara ini. Walaupun sektor-sektor banyak menyumbang kepada

perkembangan ekonomi Indonesia, namum Indonesia masih menghadapi dua masalah

utama ekonominya iaitu defisit dalam imbangan pembayaran dan masalah

pengangguran yang boleh dikatakan berpunca daripada ketidakstabilan politik di

Indonesia semasa pemerintahan Suharto.

Secara umumnya, Indonesia boleh dikatakan tidak pernah terlepas daripada

masalah ekonomi seperti penurunan pendapatan benar negara, peningkatan kadar

inflasi dan kadar pengangguran serta kemunculan pelbagai masalah ekonomi yang

lain. Jadi, dengan berlakunya masalah politik dan ekonomi tersebut telah merumitkan
lagi masalah kemiskinan penduduk kerana kenaikan harga secara mendadak

menyebabkan kuasa beli jatuh.

Ketidakpastian di bidang ekonomi disebabkan oleh ketidakpastian politik dan

keamanan yang sangat tinggi. Adanya “statement war” di antara elit politik dan

diikuti oleh berbagai penggunaan “hak-hak politik” anggota legislatif dengan targat

tertentu telah memonopolikan pasar model Indonesia yang merupakan salah satu

perubahan untuk menentukan dalam perekonomi nasional terus merosot.


13
Ketegangan politik yang terjadi semasa pemerintahan Suharto telah semakin

menjauhkan harapan untuk dapat segara keluar dari suasana krisis ekonomi dan

seterusnya menbawa kejatuhan Suharto.

6.0 Penutup

Dasar Orde Baru Suharto telah menggubal sistem ekonomi yang bersifat

campuran iaitu dasar ekonomi terkawal, dasar ekonomi “Pintu Terbuka” dan juga
13
Jakob Oetama. 2000. Indonesia Abad XXI. Jakarta: Penerbit Harian Kompas.
dasar ekonomi liberal. Berdasarkan statisik memang harus diakui bahawa keadaan

ekonomi Indonesia dari tahun 1969-1980-an secara purata berada dalam

perkembangan sebanyak 7% setahun.14 Namum demikian, tujuan asal untuk

membangunkan ekonomi Indonesia daripada yang parah kepada yang lebih baik telah

menghasilkan satu keadaan yang bersifat monopoli, rasuah, dan nepotisme apabila

terjadinya transformasi ekonomi yang positif. Akhirnya, kegagalan pengurusan politik

dan ekonomi telah mengakibatkan keruntuhan Suharto.

Kemuncak kepada segala bantahan dan rusuhan berakhir dengan peletakan

jawatan Suharto sebagai presiden Indonesia. Peletakan jawatan yang penuh dramatik

itu menamatkan pemerintahan Suharto selama 32 tahun dan membuka era

Bacharuddin Jusuf Habibie sebagai presiden Indonesia yang baru.

Jasa beliau selama tiga dekad yang lalu tidak dapat diengkari dan beliau telah

meletakkan negara Indonesia sebagai salah sebuah negara membangun atau negara

Industri Baru. Teori ekonomi yang digunakan oleh Suharto pada zaman pasca revolusi

1950-an sehingga 1990-an sudah tidak sesuai untuk masa kini. Rakyat Indonesia

terkini memerlukan pemimpin baru, sistem pemerintahan baru, sistem ekonomi baru

dan sistem politik yang baru dan segala sektor mesti diperbaharui untuk menuju ke

era yang baru. Dalam hal ini,revolusi adalah tangga pertama mencipta refomarsi.

Selepas revolusi ini, barulah kerajaan akan menyedari kepentingan kesamaan dan

pengagihan ekonomi secara adil di kalangan masyarakat yang miskin supaya

kehidupan mereka tidak tertekan.

14
Michael R.J. 1993. Indonesia Politics Under Suharto. London: Zed Press.
Apa yang perlu difikirkan ialah adakah pengunduran Suharto dapat mengatasi

pelbagai masalah yang sedang dihadapi oleh bangsa dan rakyat Indonesia. Sebenarnya

Suharto sebagai seorang pemimpin yang memerintah lebih daripada 30 tahun sudah

pasti tidak yakin dengan langkah bahawa pengundurannya akan mengatasi pelbagai

masalah yang dihadapi oleh Indonesia.

Walaubagaimanapun, di bawah pemerintahan Habibie, refomarsi yang

dikemukakan oleh rakyat akan terus diperjuangkan. Di antara reformasi yang

dikemukakan oleh rakyat adalah seperti perubahan politik yang mendesak Suharto

meletakkan jawatan dan merombak semula kabinet untuk memulihkan semula

ekonomi Indonesia. Rakyat juga berjuang untuk menghapuskan monopoli dalam

perniagaannya sama ada oleh individu mahupun dari kalangan keluarga, rakan dan

sanak saudara keluarga. Di samping itu, penyelewangan kuasa dan rasuah oleh

Suharto juga amat ditentang oleh mereka. Mereka juga mendesak pindaan lima

undang-undang politik Indonesia disusun semula dengan mengurangkan kerenah

birokrasi dalam pentadbiran.

7.0 Bibliografi

Arndt H.W. 1984. The Indonesia Economy. Singapura: Chopmen Publishers.


Anne Booth. 1981. Ekonomi Orde Baru. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press.

Arbi Sanit. 1981. Sistem Politik Indonesia: Kestabilan, Kekuatan Politik Dan

Pembangunan. Jakarta: Penerbit Rajawali.

Edy Suandi Hamid. 2001. Sistem Ekonomi, Utang Luar Negeri, dan Isu-isu Ekonomi

Politik Indonesia. Yogyakarta: Penerbit Ekonisia.

Jakob Oetama. 2000. Indonesia Abad XXI. Jakarta: Penerbit Harian Kompas.

Radius Prawiro. 1998. Indonesia Struggle For Economy Development. Kuala

Lumpur: Oxford Universiti Press.

Michael R.J. 1993. Indonesia Politics Under Suharto. London: Zed Press.

Zuikikar Gazali. 1989. Sejarah Politik Indonesia. Jakarta: Jabatan Pendidikan Dan

Kebudayaan.

You might also like