You are on page 1of 13

7 Sunnah Rasulullah S.A.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi
SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum


mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah


kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana
dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita
kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan
makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat
ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada
materialisme dan hedonisme.

Wallahualam. ..
*************

Memahami Sunnah Rasulullah S.A.W

Pendahuluan.
 
Rasulullah s.a.w adalah seorang manusia yang dipilih oleh ALLAH untuk
menyampaikan risalah-Nya kepada manusia sezaman dengan-Nya dan menjadi
warisan kepada generasi-generasi kemudian-Nya hingga ke akhir zaman.Untuk
menjadikan risalah yang disampaikan olehnya itu lebih bermakna dan berkesan,maka
Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan manusia contoh dalam mengamalkan kehendak
risalah yang dibawa olehnya.Kehidupan Rasulullah s.a.w sendiri menepati kehendak
berkenaan.Sejak dari mudanya lagi sikap dan cara hidup Rasulullah telah
memperlihatkan keserasiannya dengan keperluan untuk berperanan sebagai manusia
pilihan,menjadi contoh dalam menjalani kehidupan di bumi ALAH ini.

Sunnah atau cara hidup Rasullah s.a.w sepanjang hayatnya menjadi piawai hidup
yang mesti dicontohi oleh manusia muslim.Tidak ada siapa lagi yang dapat dijadikan
contoh terbaik oleh orang Islam selain Rasulullah s.a.w.Namun kerana Baginda
seorang manusia istemewa,cara hidupnya bukan bukan sahaja dapat dicontoh dan
dimanfaati oleh orang-orang Islam tetapi sebahagiannya,khususnya dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan boleh diambil manfaat oleh orang-
orang bukan Islam juga.Kertas ini akan membicarakan tenteng pengertian sunnah iatu
tata kelakuan atau cara hidup Rasulullah s.a.w mesti diikuti;dalil-dalil dari Al-
Quran,hadith dan ijma’ yang menghendaki umat islam mengambil sunnah sebagai
hujja atau sumber ajaran islam;kepentingan sunnah dari sudut perundangan islam
serta pembahagian sunnah kepada wajib dan tidak wajib diikuti oleh orang islam.
 
Pengertian Sunnah
 
Sunnah dari segi bahasanya ialah cara,peraturan,tata-tata kelakuan,cara hidup
atau kebiasaan.Di sisi fuqaha’ pula ialah sesuatu yang bukan wajib dalam
ibadah.Manakala dari segi istilah ahli usul al-Fiqh sunnah ialah setiap perkara yang
terbit daripada Rasulullah s.a.w berupa dali-dalil syar’iyah yang bukan Al-Quran dan
bukan mukjizat.Dalam ungkapan yang lain sunnah diistilahkan sebagai perkataan dan
perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w.
 
i.Sunnah perkataan atau sunnah qawliyah ialah sabda Rasulullah s.a.w yang
disampaikan dalam berbagai tujuan dan kejadian.Misalnya sabda Rasulullahn s.a.w
yang bermaksud :tidak ada kemudaratan dan tidak pula memudaratkan (riwayat
MALIK).Ini adalah suatu pesanan Rasulullah kepda manusia supaya tidak melakukab
perbuatan yang boleh membahayakan dirinya sendiri dan orang lain..Demikian juga
dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: Ia suci airnya lagi hala bankainya.
(rawahu al-khamsah) .Sunnah qawaliyah ini menjelaskan tentang kesucian air laut
serta halalnya ikan-ikan yang mati didalamnya walaupun tanpa disembelih.
ii.Sunnah fi’liyah ialah segala perbuatan yang berupa tindakan Rasulullah s.a.w
sebagai rasul.Misalnya perbuatan Rasulullah mengerjakan sembahyang lima waktu
dengan menyempurnakan cara-cara,syarat-syarat dan rukun-rukunnya,melakukan
ibadah haji,memutuskan sesuatu kes berdasarkan saksi dan pengakuan.
iii.Sunnah taqririyah pula ialah perkataan atau perbuatan sahabat yang dipersetujui
oleh Rasulullah melalui perkataanNya atau dengan cara Rasulullah mendiamkan diri
terhadap suatu tindakan atau perbuatan sahabatnya.Persetujuan baginda terhadap
perbuatan sahabat itu dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan olehNya
sendiri.Contoh tindakan Rasulullah mempersetujui pendapat atau kenyataan lisan
seorang sahabat iatu mu’az bin jabal semasa baginda Rasulullah mengutusnya ke
negeri yaman untuk mengetuai umat islam di sana.Sebelum mu’az berangkat ke
Yaman Rasulullah terlebih dahulu bertanya kepada mu’az,”dengan apakah kamu akan
memutuskan masala umat Islam di Yaman”mu’az menjawab”dengan Al-
Quran”.Rasulullah mengiakan pandangan mu’az kemudian Rsulullah bertanya
lagi”bagaimana jika kamu tidak menemuinya dalam Al-Quran”Mu’az menjawab”saya
akan melakukannya dengan berpandukan apa yang pernah dilakukan oleh
Rasulullah”.Rasulullah membenarkan kata-kata Mu’az itu.Rasulullah bertanya
lagi”bagaimana jika kamu tidak menemui jalan penyelesaiannya dalam Al-Quran dan
hadith.”Mu’az menjawab “saya akan bandingkan perkara berkenaan dengan apa yang
telah ada hukumnya jika didapati kedunya ada persamaan.”Rasulullah mengiakan
pandangan Mu’az itu.Contoh lain ialah sikap Rasulullah yang memperkenankan
hukum seorang “qa’if”(pakar) bahawa tapak kaki usamah daripada tapak kaki Zaid
dengan sabdanya: Inna hadhihi al-aqdam ba’duha min ba’d.Rasulullah memperakui
bahawa kepakaran boleh dijadikan hujjah dalam mensabitkan nasab.Ini adalah dua
contoh sunnah taqririyah yang mana Rasulullah mendiamkan diri tanpa sebarang
teguran kepada tindakan sahabantnya dalam kes khalid bin al-Walid yang
menghidangkan biawak pasit untuk makana tetamunya termasuk Rasulullah.Sahaba-
sahabat Rasulullah memakannya tetapi Rasulullah sendiri tidak.Namunj beliau hanya
mendiamkan diri tanpa melarang mereka memakannya.
 
3.Sebab-sebab sunnah perlu diikuti.
 
Oleh kerana Rasulullah adalah manusia contoh dalam melaksanakan segala
kehendak syariat yang dituntutkan oleh Allah.Dalam syariat itu Allah menghendaki
manusia supaya menerima apa yang dibawanya dan mengikut apa yang ditunjukkan
olehnya.Kerana itu selain Al-Quran,sunnah rasul juga perlu diambil untuk
kesempurnaan penghayatan syriat Allah itu.Ulama’ sepakat bahawa sunnah adalah
sumber pengambilan hukum syara’ berasakan dalil daripada Al-Quran,sunnah,ijma’
sahabat dan logik akal.
 
i.Dalam Al-Quran Allah telah memfardukan ke atas orang-orang yang beriman
supaya ta’at kepada Nabi dan mengikut jejak langkahNya.Ta’at kepada Rasulullah
adalah dikira sebagai ta’at kepada Allah.(al-Nisa’(4):59) tidak ditetapkan oleh Allah
dan Rasul-Nya;(al-Ahzab(33):35)
ii.Dalam hadith Rasulullah juga terdapat banyak pesanan supaya orang islam
berpegang dengan sunnah.Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud : aku
tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada
keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iatulah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya;
(Malik,t.th :502) juga sabda Rasulullah yang bermaksud : hendaklah kamu berpegang
teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rashidin.Gigitlah sunnah dengan
dengan taring,jauhilah daripada mengada-adakan sesuatu,sebab nperkara yang
diadakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat
dalam neraka(masuk neraka).Rw.Ahmad dll)
iii.Ijma’ sahabah.Sahabat-sahabat Rasulullah sepakat baik semasa hidup atau selepas
wafatnya Rasulullah tentang kewajipan mengikut sunnah.Sepanjang hayat Rasulullah
mereka berpegang kepada hukum yang yang ditetapkan Rasulullah dan mereka
sentiasa mematuhi segala perintah dan larangannya.Mereka memisahkan hukum
daripada Al-Quran dan hukum yang diperolehi daripada hadith dari segi kewajipan
mengikutnya dengan mendahulukan al-Quran dalam mencari penyelesaian hukum
sebagaimana yang dicontohkan oleh Mu’az bin jabal.
iv.Logik akal.Allah menyuruh Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah-Nya kepada
umat manusia.Risalah dari Allah itu terkandung dalam Al-Quran.Ia mengandingi
beberapa bebanan dan tanggungjawab kepada manusia.Bebanan dan tanggungjawab
itu terbentuk umum dan tidak diperinci dengan jelas baik cara melaksakannya ataupun
mengenai syarat-syarat dalam melaksanakannya..Rasullah menjelaskan keumumam
itu dengan sunnah qawliyah dan fi’liyahnya.Rasulullah telah dianugerahkan oleh
Allah kewibawaan untuk menjelaskan kehendak Al-Quran .Firman Allah
bermaksud :kami telah menurunkan kepada mu Al-Quran agar kamu menjelaskan
kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.(Al-Nahl(16): 44)
Sekiranya sunnah bukan merupakan hujjah bagi kaum muslimin dan undang-undang
yang perlu dipatuhi,sudah tentu mereka tidak akan dapat melaksanakan kewajipan
yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran.Kerana itulah nyata bahawa sunnah
adalah sumber hukum yang diguna pakai selepas Al-Quran.
 
4. Perbuatan-perbuatan Rasulullah Yang Wajib dan Tidak Wajib Diikut.Mengenai
apakah sesuatu perbuatan Rasulullah itu wajib diikuti oleh orang islam atau tidak
ianya tertakluk kepada jenis perbuatan Rasullah itu sendiri.Perbuatan Rasulullah dapat
dipecahkan kepada tiga jenis:
 
i.                    Perbuatan-perbuatan yang berupa kebiasaan yang dilakukan Rasulullah
sebagai seorang manusia seperti
berdiri,duduk,makan,minum,berbaring,memilih warna pakaian dan
sebagainya.Sumber perbuatan ini sebagainya.Sumber perbuatan ini bukan
bukan dari beliau sebaga rasul.Perlakuan jenis ini tidak ada pertikaian
dikalangan ahli ilmu tentang keharusannya kepada Rasulullah dan kepada
umatnya.Kita tidak wajib mencontohi perbuatan ini.Ini adalah pendapat
majoriti ulama’.Namun ada juga yang berpendapat perbuatan seperti itu
sunat diikuti.Antara sahabat Rasulullah yang suka mengikut setiap
perbuatan Rasulullah sekalipun perbuatan itu adalah berupa adat
kebiasaan.
ii.                  Perbuatan yang keluar daripada Rasulullah semata-mata sebagai suatu
kebijaksanaan dalam masalah keduniaan.Misalnya tindakan Rasulullah
ketika menghadapi perang Badarmenempatkan tentera islam di perairan
Badar.Al-Haban bin Muzir selaku pakar ketenteraan bertanya kepada
Rasulullah,apakah tempat penempatan tentera itu suatu yang ditunjukkan
Allah sehingga tidak boleh ke hadapan atau ke belakang selangkah
pun?.Atau apakah ianya pemilihan strategik dan taktik.Jawab Rasulullah:
ianya adalah strategi dan taktik semata-mata.Mendengar jawapan
Rasulullah sedemikian Al-Haba mencadangkan kepada Rasulullah supaya
memindahkan penempatan tentera ke kawasan yang lebih sesuai.Oleh
kerana penempatan itu suatu ijtihad Rasulullah sendiri sahaja,dimana
Baginda kurang arif tentang kawasan itu jika dubandingkan dengan Al-
Haba yang telah benar-benar memahami liku-liku kawasan berkenaan
.Cadangan Al-Haba itu diterima oleh Rasulullah dan dipindahkanlah
pasukan tentera islam ke tempat yang dicadangkan oleh Al-Haba itu.( Al-
Mubarakfuri,2,000:354).Contoh lain perbuatan Rasulullah yang mesti
diikuti kerana tidak mempunyai kesan keagamaan selain selain dari kesan
keduniaan semata-mata ialah peristiwa larangan yang dikenakan oleh
Rasululla kepada penduduk Madinah daripada melakukan pendebungaan
terhadap tanaman kurma mereka.Setelah menghentikannya didapati hasil
pengeluaran mereka semakin merosot.Mengetahui hal itu Rasulullah
bersabda kepada mereka dengan katanya :Teruskan melakukan
pendebungaan lagi.kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu.(Mukhtar
Yahya dan Fatchur Rahman,1986:57-58)
iii.                Perbuatan Rasulullah itu thabit dan khusus untuk dirinya sendiri seperti
keharusan berpuasa wisal,kewajipan sembahyang
dhuha,qurban,witir,tahajjud,keharusan nikah lebaih dari empat orang tanpa
mahar.Perkara-perkara ini khusus untuk rasul Allah dan tidak boleh diikuti
oleh umatnya (zuhayli:478)
iv.                Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah kerana di syariatkan
sedemikian.Perbutan-perbuatan itu wajib dicontohi atau diikuti.Cuma sifat
syar’iyah yang ada pada perbuatan itu berbeza-beza dari segi sunat atau
harus.Penentuan sifat-sifat ini dapat dikenal pasti melalui kriteria berikut
(Ibid.hah, 479-480)
a. Jika perbuatan Rasulullah itu bertujuan menjelaskan yang mujmal,mentaqyidkan
yang mutlaq atau mentakhsiskan yang umum,maka hukumnya adalah sama seperti
perkara yang dijelaskan itu dari segi wajib atau sunat.Penjelasan Rasulullah itu ada
kalanya dilakukan dengan disertakan dengan sekali seperti sabda Rasulullah yang
bermaksud: Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang
dan ambillah daripada aku haji kamu.Adakalanya perbuatan Rasulullah tidak
disertakan dengan perkataan sekali dengan hadith qawliyah seperti memotong tangan
pencuri dipergelangan sebagai penjelasan kepada ayat al-Quran yang menghendaki
tangan pencuri dipotong.Demikian juga dengan tayammum yang dilakukan oleh
Rasulullah hingga kesiku sebagai penjelasan kepada firman Allah yang
bermaksud:maka sapulah muka dan tangan kamu (al-Maidah(5):6).Dalam perkara ini
perbuatan Rasullah yang berfungsi sebagai penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran itu
hukumnya sama seperti hukum yang dibawa oleh ayat al-Q!uran itu sendiri.Jika ayat
al-Quran itu membawa perintah yang wajib,maka penjelasan Rasulullah wajib diikuti.
 
b. Jika tidak nyata kedudukan perbuatan Rasulullah itu sebagai penjelasan kepada
mana-mana ayat al-Quran,sebaliknya dia berlaku dalam bentuk ibtida’
(permulaan).Perkara ini tertakluk kepada sama ada diketahiu atau tidak sifat
shar’iyahnya .Jika diketahui sama ada ia wajib,sunat atau harus,maka umat Islam
yang ikut melakukan perbuatan itu sama hukumnya seperti perbuatan rasulullah itu
sendiri.Menurut al-Shawkani pendapat ini benar kerana ia adalah dalil daripada al-
Quran dan perbuatan sahabat mengenainya.Firman Alla bermksud : Apa yang dibawa
oleh Rasulullah hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang oleh Rasulullah
hendaklah kamu hindari. (al-Hasr(59):7). Sahabat sahabat juga merujuk kepada
Rasulullah sebagai hujjah dan ikutan dalam banyak kes antaranya perbuatan Umar bin
Khattab mengucup Hajar al-Aswad dan berkata “jika tidak kerana aku melihat Rasul
Allah mengucup kamu aku tidak akan mengucup kamu”(al-Syawkani,5:40)
 
Jika tidak diketahui sifat perbuatan Rasulullah itu dari segi kesyari’atanya, maka perlu
diperhatikan kedudukan perbuatan berkenaan: (al-Zulhayli: 480)
 
a.       Jika ternyata perbuatan itu bermaksud taqarrub kepada Allah seperti
sembayang dua raka’at tanpa dilakukan secara muwazabah
(berterusan), maka menunjukkan ianya adalah sunat kerana dengan
tenyatanya maksud taqarrub adalah menjadi dalil kepada bahawa
perbuatan itu adalah dituntut.
b.      Jika tidak ternyata adanya maksud taqarrub dalam perbuatan itu
sepertu berjual beli dan muzaraa’ah.Dalam perkara ini al-Imam Malik
berpendapat ianya adalah harus. Manakala alShaf’i berpendapat
bahawa perbuatan itu menunjukkan kepada sunat, kerana sesuatu
perbuatan Rasulullah itu sekalipun tidak ternyata adanya maksud
taqarrub kepada Allah ia tetap dianggap sebagai taqarrub. Paling
rendah darjah taqarrub ialah sunat.
1. Kedudukan Sunnah Di Samping al-Quran.
 
Sumber paling utama bagi agama Islam ialah al-Quran dan Hadith. Al-Quran dan
hadith.Al-Quran adalah firman Allah untuk semua orang Islam.Ayat-ayat Al-
Quran diturunkan kepada Rasulullah sebagaimana ayat itu dibaca
sekarang.Walaupun al-Quran memberi panduan utama kehidupan kepada orang
islam,namun banyak perkara yang memerlukan panduan ke arah kehidupan yang
praktis,tetapi tidak disebut dalam al-Quran .Dalam kes ini apa yang jelas patut
diikut ialah sunnah Rasulullah.Ini bererti sunnah amat penting dan kedudukan
pada tempat kedua selepas al-Quran sebagai panduan hidup muslim.Ulama’ usul
fiqh membahagikan sunnah al-Quran kepada empat jenis.
 
i.                    Menguatkan hukum suatu peristiwa yang ditetapkan hukumnya oleh al-
Quran.Dengan demikian hukum peristiwa tersebut ditentukan oleh dua
sumber iatu al-Quran sebagai menetapkan hukumnya dan as-sunnah
sebagai penguatnya.Misalnya sembahyang dan zakat yang telah
ditetapkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ketika berdialog dengan
malaikat.Bermaksud:Malaikat jibrikl bertanya “hai Muhammad terang
padaku tentang Islam!” Jawab Muhammad “ Islam itu ialah persaksianmu
bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,
kamu mendirikan sembahyang, membayar zakat, mengerjakan haji ke
Baitullah bila kamu mampu melaksanakan perjalanan ketempat itu”.
(Hadith riwayat Muslim). Contoh lain ialah pengharaman menyekutukan
Allah, menyakiti hati kedua ibu bapa dan bersaksi palsu, dimana semua
hukum perkara ini telah ditentukan oleh Al-Quran. Kemudian larangan-
larangan itu telah dikuatkan lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya yang
bermaksud. “Perhatikanlah!! Saya akan menerangkan kepada kamu
sebesar-besar doa “diucapkan tiga kalia’ baiklah hai Rasulullah, a’sahut
kami semua.”Menyekutukan Allah, menderhakai kedua ibu-bapa,
Rasulullah pada ketika itu sedang bersandar, lalu duduk dan bersabda:
“ingat perkataan dan persaksian palsu. Rasulullah mengulanginya sampai
kami meminta semoga beliau diam.”(Riwayat Bukhari-Muslim)
ii.                  Memberi penjelasan kepada ayat-ayat al-Quran. Dalam memberikan
penjelasan keatas ayat-ayat al-Quran oleh hadith ini didapati ada tiga
bahagian yang berkaitan dengannya.
a. Memberi perincian keatas ayat-ayat yang mujmal. Misalnya ayat
mengenai perintah sembahyang dalam al-Quran yang bermaksud:maka
dirikan s.a.w sesungguhnya sembahyang itu bagi orang mukmin adalah
kewajipan yang sudah ditentukan waktunya.(al-Nisa’(4);103). Ayat ini
tidak terperici, masih mujmal. Kemudian Rasulullah s.a.w menerangkan
waktu-waktu sembahyang, ,jumlah rakaatnya, syarat-syaratnya dan
rukun-rukun dan melakukan sembahyang dan seterusnya meminta umat
Islam melakukan sembahyang seperti mana yang dilakukan olehnya.
Demikian juga dengan zakat dan haji, ayat-ayat al-Quran mengenainya
juga mujmal. Ia diperincikan oleh Hadith dengan menjelaskan jenis harta
yang dikenakan zakat dan kadarnya dan menjelaskan cara-cara
melakukan ibadah haji.
b. Membatasi kemutlakan al-Quran. Misalnya al-Quran membolehkan
kepada orang yang meninggal dunia membuat wasiat ke atas harta miliknya tanpa ada
batasan maksimunnya, dalam firman Allah bermaksud; sesudah dipenuhi
wasiat
yang dibuatnya atau sesudah membayarkan hutangnya.(al-Nisa’(4)12).
Di dalam
hadithnya Rasulullah membataskan kadar maksima wasiat kepada 1/3
sahaja.
c.       Mengkhususkan yang umum. Misalnya firman Allah berkenaan
dengan pengharaman memakan bangkai binatang dan darah
dalam ayat al-Quran yang bermaksud; diharamkan bagi kamu
memakan bangkai, darah dan daging babi.(al-Maidah(5)3).
Kemudian Rasulullah mengkhususkan dengan memberikan
pengecualian kepada bangkai ikan, belalang, hati dan limpa dalam
sabdanya yang bermaksud; Dihalalkan bagi kita dua macam bangkai
dan dua macam darah. Dua bangkai itu adalah bangkai ikan dan
belalang. Manakala dua darah itu ialah hati dan limpa.(Riwayat Ibn
Majah dan Hakim)
 
iii.                sunnah menjelaskan tentang nasikh dan mansukhnya ayat-ayat al-
Quran.Pemansukhansesuatu ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang
lain dapat diketahui melalui sunnah.Misalnya ayat al-Quran berkenaan
waksiat kepada dua ibu bapa dan qarobah iatu dalam firman Allah
bermaksud :Diwajibkan ke atas kamu apabila mati tiba kepada salah
seorang dari kamu,jika dia meninggalkan harta yang banyak supaya dia
berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang lebih hampir
dengan baik sebagai suatu hak ke atas orang yang bertaqwa.(al-
Baqarah(2):180) adalah dimansuhkan dengan ayat-ayat pewarisan.Al-
Imam Shafi’i hanya menerima pemansukhan ayat al-Quran oleh
hadith.Tetapi majoriti fuqaha’ termasuk al-Baydawi dan al-Asnawi
daripada mazhab Shafi’i memperakui bahawa ada juga berlaku
pemansukhan al-Quran oleh hadith seperti yang bermaksud :tiada wasiat
kepada ahli waris.(Malik bin Anas:418).Hadith ini memansuhkan ayat
mengenai wasiat kepada ahli waris.
iv.                Mewujudkan hukum baru yang tidak terdapat dalam al-Quran.Maka
jadilah hukum itu thabit dengan sunnah.Misalnya Rasulullah
menetapakan haramnya binatang buas yang bertaring kuat dan burung
yang berkuku kuat seperti yang diriwayatkan Ibn Abbas yang
bermaksud”Rasulullah s.a.w melarang memakan binatang yang bertaring
dari golongan binatang buas dan setiap yang berkuku kuat dari kalangan
burung (hadith riwayat Muslim).Rasulullah juga mengharamkan lelaki
mengahwini wanita sepersusuan,sebagaimana Allah mengharamkan
mengahwini wanita kerana nasab.(Riwayat Bukhari dan muslim).Misal
yang lain seperti hadith yang mengenakan hukuman rejam kepada
penzina muhsan dan pengharaman memakai sutera ke atas orang
lelaki.Demikian juga dengan zakat fitrah,pengharaman memakai daging
himar ahli dan pembebasan tawanan.
 
1. Kesimpulan
 
Rasulullah s.aw. adalah orang yang dilantik oleh Alla untuk menyampaikan
syariatnya kepada manusia.Syariat menghendaki manusia melakukan perkara tertentu
yang berupa ibadah kepada Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupan sesama manusia.Oleh kerana al-Quran yang merupakan kitab di mana
termaktubnya syariat berkenaan menyentuh berbagai aspek untuk menjadi panduan
manusia.Tetapi kebanyakan wujud dalam bentu yang umum tidak terperinci.Disinilah
peranan sunnah menjadi perlu untuk memperjelaskan apa yang dikehendaki oleh al-
Quran kepada manusia.Manusia wajib mengikut Rasulullah dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan tauhid,ibadah dan akhlak.
 
Oleh kerana kata-kata,perbuatan seta pengakuan Rasulullah menyeluruh
dalam berbagai perkara.Ada yang bersumberkan syari’ah dan ada yang bersumberkan
kepada kebiasaan atau adat.Rasulullah s.a.w adalah orang Arab,dalam beberapa hal
beliau terikat dengan adat Arab dalam kehidupan hariannya.Maka kerana itu sunnah
dapat dibahagikan kepada dua iatu sunnah syir’iyah dan sunnah’urfiyah.Sunnah
syri’iyah adalah suatu yang dikehendaki supaya diikut oleh umat islam.Dari sega
hukumnya samaada wajib,sunat,haram atau makruh bergantung kepada kehendak
tasyri’ itu sendiri.Manakala sunnah ‘urfiyah adalah sunnah yang boleh dipilih oleh
umat Islam ssama ada mahu mengikutnya atau tidak.Dalam pada itu ada juga
dikalangan sahabat yang berterusan mengamalkan sunnah Rasulullah sekalipun
sunnah itu bersumberkan ‘adat(sunnah ‘urfiyah).Namun mencemuh sunnah ‘urfiyah
sama ertinya dengan menghina Rasulullah.

Saturday, April 5, 2008

Sunnah Rasulullah ketika makan dan minum


Cara Makan

1) Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan
lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu), lalu Rasullah saw
akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

 Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim
yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

 Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg
diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu
liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

 Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2) Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk


membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan
itu.

3) Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan


untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan
Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

Cara Minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada
haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita minum, kerana
apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air. Dalam proses
minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air
H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi
acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

by Taufik Ramlan at 7:12 AM |

 
MARI MENGIKUT DAN MENGAMAL SUNNAH
Oleh: MUSALLY MOKSIN

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Hari Jumaat adalah hari mulia, penuh barakah dan merupakan penghulu segala
hari. Tepat pada saat dan waktunya, marilah kita bersama-sama dengan penuh
khusyuk, ikhlas, tawaduk dan penuh insaf dengan menjadikan hari mulia ini hari
menggilap semula serta meningkatkan lagi taqwa dan iman kita kepada Allah
S.W.T dengan melaksanakan apa yang diperintah-Nya, kemudian dalam masa
yang sama berusaha dengan tekad meninggalkan segala yang dilarang-Nya.
Mudah-mudahan hidup kita akan lebih diberkati dan berbahagia di dunia dan juga
di akhirat.

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Maulidur Rasul s.a.w. atau Hari Keputeraan Baginda Nabi s.a.w. dan peribadi
Baginda Nabi s.a.w. adalah tersangat akrab dengan jantung hati atau kehidupan
umat Islam. Malah setiap tahun hari bersejarah ini disambut oleh umat Islam di
seluruh dunia. Kenapa dan mengapa umat Islam menyambut serta mengingati
tarikh itu, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan hari Isnin. Apakah sekadar
mahu memperingati tarikh itu semata-mata. Sebagai umat Islam yang beriman,
jawapan paling tepat ialah kita peringati dan sambut Hari Keputeraan Baginda
Nabi s.a.w. adalah untuk mengembalikan kesedaran dan juga cinta kita kepada
Baginda Nabi s.a.w. dengan cara mengikut serta mengamalkan sunnah-
sunnahnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...Dan apa jua yang diperintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada
kamu maka terimalah dan amalkanlah, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu
melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang-orang yang
melanggar perintah-Nya)".

(S. Al-Hasyr: 7)
JEMAAH JUMAAT YANG

DIMULIAKAN,

Sunnah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar kahwin atau beristeri 2, 3 dan 4 atau
berpoligami yang diperdebatkan oleh masyarakat mutakhir ini. Bukan juga
semata-mata sunnah pada pakaian, sementara kita mengabaikan atau
melupakan sunnah yang lebih utama, iaitu; sunnah-sunnah dalam melaksanakan
perintah agama yang wajib. Seperti memelihara amanah dan adil dalam poligami,
menutup 'aurat, melakukan amar makruf wa nahyi mungkar dan lain-lain.
Padahal, sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang mesti diikut dan diamalkan oleh
umat Islam masih banyak dilupakan, malah seperti sengaja disembunyikan atau
tidak dibesar-besarkan sebagaimana masyarakat membesarkan sunnah
berkahwin lebih dari seorang isteri. Kerana itu, umat Islam adalah tidak wajar
menyempitkan makna dan skop sunnah yang sebenar. Sunnah Rasulullah s.a.w.
itu mencakup perbuatan, kata-kata, Hadith hatta diamnya. Ini bermakna, sunnah
Rasulullah s.a.w. itu terlalu luas dan merangkumi segala macam urusan atau hal-
hal kehidupan manusia telahpun ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, umat Islam hendaklah mengikut dan mengamalkan sunnah Rasulullah
s.a.w. dalam segala perkara kehidupan, dari hal-hal tentang mengurus atau
mentadbir negara dengan amanah, tuntutan sunnah dalam berniaga, sunnah
berpolitik, sunnah dalam mendidik anak isteri dan masyarakat. Sunnah Rasulullah
s.a.w. dalam bergaul dengan masyarakat sesama umat Islam dan dengan
masyarakat bukan Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kepimpinan. Sunnah
dalam akhlak, sikap adil, amanah, cara beramal ibadat, berumahtangga,
membantu isteri, menghormati orang, mengasihani orang muda, anak-anak dan
sebagainya. Semua itu adalah sunnah yang ditunjuk, dibuat, dicatatkan dalam
Hadith-hadith Baginda Rasulullah s.a.w.

Dan sebagai umat Islam yang beriman, inilah sebenarnya yang perlu kita contohi
dalam semua perkara yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dari awal hingga ke
akhir hayat Baginda. Manakala panduan atau rujukan untuk umat Islam mengikut
dan mengamalkan sunnah ialah kitab al-Quran dan Sunnah atau Hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Selain itu, panduan umat Islam mengikut dan
mengamal sunnah Rasulullah s.a.w. ialah dengan mengikut kehidupan para
ulama warasatul-anbiya Ridhwanullahi 'alaihim, yakni mereka yang benar-benar
beramal dengan penuh ikhlas segala sunnah Rasulullah s.a.w. secara istiqamah
sama ada dalam waktu aman atau ketika umat Islam dilanda dharurat. Pendek
kata, ulama warasatul-anbiya adalah mereka yang taat, patuh dan istiqamah
beramal, bercakap, berfikir dan bertindak dengan berdasarkan ajaran Islam yang
terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., tanpa tokok tambah
amalan-amalan bid’ah yang menyesatkan dirinya dan umat Islam seluruhnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Orang yang berpegang kepada
sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang
yang gugur syahid".

(HR At-Thabrani).

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. itu memang suatu yang diperintahkan


dalam Islam. Sunnah itu boleh dikategorikan seperti berikut:
Pertama: ialah sunnah yang wajib diikut dan diamal seperti beriman kepada Allah
serta rukun-rukun iman lainnya, mengerjakan ibadat sembahyang, menunaikan
zakat, puasa di bulan Ramadhan, menuntut ilmu, mengajak orang berbuat yang
makruf dan ke-baikan, melarang atau mencegah orang dari berbuat mungkar,
mentaati ibubapa, seterusnya melaksanakan amanah sama ada amanah atau
tugas sebagai ketua rumahtangga, ketua pejabat, guru, doktor, hakim,
peniaga/korporat, hatta ketua kampung, apa lagi sebagai pemimpin negeri atau
negara dan sebagainya.

Kedua: ialah amalan sunnah hukumnya sunat sahaja seperti memberi salam,
berpuasa sunat, bersedekah sunat, berzikir, memakai pakaian berwarna putih,
berserban, masuk masjid dengan doa dan kaki kanan dan lain-lain lagi.

Untuk melaksanakan semua itu. Tidak ada contoh, panduan atau model terbaik
umat Islam melainkan diri Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan apa yang ditegaskan
dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

Yang bermaksud:"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula berzikir
(menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)."

(S. Al-Ahzab: 21).

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Demikianlah, sewajarnya umat Islam menjadikan diri Rasulullah s.a.w sebagai


contoh dan model terbaik dalam menjalani kehidupan kita sama ada dari sudut
kehidupannya, akhlak, cara bercakap, kepimpinan, berpolitik, mentadbir,
berkeluarga, pendidikan, berniaga, sosial dan sebagainya. Percaya dan yakinlah
bahawa mengikut serta mengamalkan cara hidup atau sunnah Rasulullah s.a.w.
itu akan memberi kita manfaat yang besar, keselamatan dan kebahagiaan hidup
di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku telah
tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang
dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (al-Qur'an) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.".

(HR Imam Malik dan Muslim).

You might also like