You are on page 1of 54

Wednesday, November 18, 2009

PGSR Sm3 - Modul EDU 3106

Sila salin dan cetak modul ini untuk pembelajaran subjek EDU 3106 Budaya dan
Pembelajaran. Pembelajaran berdasarkan modul dikira 1 kredit (15 jam).

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN


( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang
berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang
terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di
samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai
antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk
tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar
pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan
kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil
atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar
kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan
budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai
budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran

Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran


fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya
Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi
dalam bilik darjah pelbagai budaya
Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang
sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik
Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya
Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya
10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum
11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan
tujuan kelas bercantum
Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya
Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA


BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu
menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira
apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah
bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang
perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi
melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus
melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja
namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim
pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar
belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)
sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction,
symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan
oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek
persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam
interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra
Budaya

1) Aspek Fizikal :-

· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti.
· Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.
· Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.
· Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
· Melukis mural diswekitar kelas.
· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Berhenti dan Reflek


Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk
menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang
anda fikir “ mesra budaya”?
2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu
perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti
dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah
pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.
1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya
1) Aspek Fizikal:-
· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya
satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan
kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum
etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara
tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak
langsung.

· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas
sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema
lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum
etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang
boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat
memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk
lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung
untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong
antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat
di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat
berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan
konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan
sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space,
classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-


· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi
sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-
murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum
etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni
seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti
multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-
murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama
Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar
tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga
dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut
pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian
“keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore,
investigate and discover knowledge”.

· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini
akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai
latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak
langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di
mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak
atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang
etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti
interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa
membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti
bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda
bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang
telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang
mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain
daripada yang tersenarai di atas?

1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.


Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil
perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu
ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ agar dapat
mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil
perhatian termasuk:
· Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
· Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
· Mengkikis pra sangka
· Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan
mendalam.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra
budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah
yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah
bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda
akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang
berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?

Latihan

1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu
diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?
2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.

1.4 Rumusan

· Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu
suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif
dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

· Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar
harus samarata dari segi kumpulan etnik

· Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan
bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

· Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian
perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya
sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya
Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw


Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice.
NSW: Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).:
Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning


Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of


Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359 begin_of_the_skype_highlighting              5355-
5359      end_of_the_skype_highlighting.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-


Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon
UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN


( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang
berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang
terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di
samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai
antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk
tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar
pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan
kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil
atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar
kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan
budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai
budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran

Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran


fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya
Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi
dalam bilik darjah pelbagai budaya
Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang
sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik
Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya
Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya
10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum
11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan
tujuan kelas bercantum
Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya
Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA


BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu
menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira
apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah
bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang
perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi
melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus
melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja
namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim
pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar
belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)
sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction,
symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan
oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek
persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam
interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra
Budaya

1) Aspek Fizikal :-

· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti.
· Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.
· Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.
· Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
· Melukis mural diswekitar kelas.
· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.
Berhenti dan Reflek
Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk
menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang
anda fikir “ mesra budaya”?

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu
perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti
dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah
pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.
1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya
1) Aspek Fizikal:-
· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya
satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan
kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum
etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara
tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak
langsung.

· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas
sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema
lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum
etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang
boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat
memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk
lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung
untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong
antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat
di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat
berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan
konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan
sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space,
classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-


· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi
sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-
murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum
etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni
seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti
multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-
murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama
Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar
tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga
dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut
pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian
“keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore,
investigate and discover knowledge”.

· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini
akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai
latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak
langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di
mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak
atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang
etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti
interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa
membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti
bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda
bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang
telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang
mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain
daripada yang tersenarai di atas?

1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.


Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil
perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu
ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ agar dapat
mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil
perhatian termasuk:
· Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
· Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
· Mengkikis pra sangka
· Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan
mendalam.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra
budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah
yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah
bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda
akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang
berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?

Latihan

1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu
diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?
2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.

1.4 Rumusan

· Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu
suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif
dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

· Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar
harus samarata dari segi kumpulan etnik

· Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan
bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

· Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian
perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya
sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya

Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw


Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice.
NSW: Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).:
Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning


Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of
Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359 begin_of_the_skype_highlighting              5355-
5359      end_of_the_skype_highlighting.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-


Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

TOPIK 2TOPIK 2

PENGURUSAN SOSIO-EMOSI

Pernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapa seorang
guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Dengan pengalaman anda,
pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapat mewujudkan suasana sosio emosi yang
baik untuk murid-murid anda. Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu
keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesannya. Justeru ini, topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi
yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah.

2.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut Kamus
Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,
pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan
kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri
dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud
“untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang
individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh
ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan
kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati,
tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi
positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah, kecewa dan lain-
lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses
berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Berhenti sejenak dan berfikir


“ Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yang
menyeronokkan” . Bincangkan dengan rakan-rakan anda..

2.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek
ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal
emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan


emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang
lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk
yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan
kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas
terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar
belakang .
Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:
Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara
peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya
dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak
menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan
oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya
untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu
di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk
hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat
atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu.

2.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:

Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi
perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain
adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui
bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain
adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”
[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru
untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Bermain
adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang
sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat
belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah
salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan
kemahiran.Manakala Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip
belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi

Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat
demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek akan berlaku dalam
pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut:

a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.


b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan
c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru
d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa
e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

Berhenti dan Reflek


Jika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya, buat refleksi tentang apakah
cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas. Berjaya atau tidak
anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan anda.

Latihan/ Aktiviti

Dalam kumpulan bertiga , cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk
digunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan strategi-
stategi pengajaran tersebut.

2.5 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan kepentingannya seseorang
guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada masyarakat
majmuk. Antara aspek –aspek penting adalah berikut:

· Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan
mengadaptasi diri dalam masyarakat.
· Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada
kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya
· Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk
menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Ia amat bermakna
dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang
· Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika
keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru.

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.
Teks Bacaan Asas

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

Rujukan

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments


for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

TOPIK 3
PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia. Aspek-aspek dan
ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan implikasinya terhadap perhubungan
dalam bilik darjah.

3.1 Hubungan etnik

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Jangan kita
lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang menyebabkan berlakunya pelbagai
masalah. Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa
13 Mei 1969.

Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa:

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik
2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul
kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. Dalam konteks
negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan
perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah:

· Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan?


· Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang
berterusan?

Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang
harmonis.

Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnik

Cuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada hubungan antara
kaum di negara kita.

3.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Ini adalah untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu
panjang ialah untuk mewujudkan “1 Malaysia”.

Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya setiap
individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara kepentingan termasuk:

· Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

· Hubungan etnik berkait rapat dengan:


- seluruh struktur sosial masyarakat dan
- memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan ,
- punca konflik serta
- sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

· Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi


negara kita.

· Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

· Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta
gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat.

· Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

· Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

Berhenti dan Reflek


Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda
sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini?

Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak bergantung
sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara kumpulan kelas sosial
yang berbeza.

Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di Malaysia.
Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur. Namun demikian negara
luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. Ini telah memberi
impak kepada sektor-sektor pelancongan, perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Masyarakat luar
dapat melihat kestabilan politik dan ekonomi di sini. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada
hubungan etnik yang seimbang dan stabil.

Latihan/ Aktiviti

Secara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. Anda digalakkan menggunakan


pendekatan kolaboratif semasa perbincangan. Anda diberi masa 10 minit untuk berbincang
mengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut.

a. Kontrak sosial
b. Dasar “ Pecah dan Perintah” zaman pemerintahan British
c. Pembentukan Negara Bangsa
d. Dasar Kebudayaan Nasional
e. Konsep “ 1 Malaysia”

3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya setiap
daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara aspek –
aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman
tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur
masyarakat bersifat kolonial

Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi


negara kita

Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

· Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a


multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

TOPIK 4

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai guru berpengalaman, imbas balik “ Apakah yang anda faham dengan pengajaran dan
pembelajaran?” Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum, semasa dan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah anda berfikir cara terbaik untuk menguruskan
pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan
membincangkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan
peranan guru dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran


“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau
ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk
mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan
susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang
sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing
pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A
Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor
utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang
pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning).
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang
berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera.
Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan
matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah
laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses
pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap
sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan
bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain
alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan

Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa ”guru sebagai
fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip
pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian
yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ” ( p.43).

“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills.
They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting, instructional
planning, and classroom management. They know how to motivate, communicate, and work
effectively with students who have different levels of skills and come fromculturally diverse
backgrounds. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the
classroom. “ (Santrock, 2006)

Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

• Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan


• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
• Membantu pelajar supaya boleh berdikari

4.3 Konsep Pembelajaran

4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat


tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran
adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

· Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang
murid yang berbeza
· Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian
semasa jika perlu
· Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
· Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat
penambahbaikan

Berhenti dan Berfikir

Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas pelbagai budaya. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan dengan rakan
anda

4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’. Ciri-ciri
seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk :

· Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling


· Sistematik dalam merancang dan menilai
· Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang
· Bijak mengurus masa
· Berpandangan jauh
· Bersedia untuk berubah dan fleksibel
· Berkomuknikasi dengan berkesan

4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran


Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :
i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU
PERANCANGAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENILAIAN & PENGUKURAN

PENAMBAHBAIKAN
PEMULIHAN
PENGAYAAN

- BAHAN

- SUMBER

- STRATEGI
Tidak
Berkesan

HASIL PEMBELAJARAN
TERCAPAI
Berkesan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran


Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat
persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum
pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan
Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

§ Hasil pembelajaran yang tepat


§ Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
§ Sumber pengajaran yang mencukupi
§ Bahan bantu mengajar yang berkesan
§ Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan
bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat
penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. ”
Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert,
Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud,
gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan,
gambarajah, akhbar, majalah,

audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula
berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut
untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.
Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar
murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); “
Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran “. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu
menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).

(b) Pemilihan Sumber Pengajaran

Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi
penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea,
mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet,
maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and
brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk sumber
hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu mencabar

minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih
berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak input daripada
pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya


Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan
pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif
murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Berfikir dan berbincang

Bincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari dan
laksanakan yang relevan pelabagai budaya ?

Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan

§ melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang


§ mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai
§ menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
§ menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid
yang mempunyai latar belakang berbeza
§ mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
§ mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui
keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat
analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru
juga dapat
merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan .

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”, beliau telah
mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat
bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru
semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:

• Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki
pengajaran selanjutnya
• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran
meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan
penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian
pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan
membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data
pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .

Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif
untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat
pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan
kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual
murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak, rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data
pemerhatian dan kajian tindakan. Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu
memberi maklumat berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai
keberkesanan pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya
bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi
pengajarannya sendiri.

Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran.
Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan
murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan.
Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen
yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu
diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah
penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran,
penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid
dan keberkesanan komunikasi guru-murid..

·
· Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya, Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada
seorang guru yang berkesan selain daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan
kelas yang mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ?

Latihan/Aktiviti
1. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan
pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . Setiap peringkat pengurusan pengajaran dan
pembelajaran, anda perlu menunjukkan dengan jelas aspek-aspek yang anda fikirkan penting untuk
diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas pelbagai budaya murid. Cantumkan
semua peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan.
2. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan
pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah
tersebut ?

1.3 Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah
dipelajari.

· Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan
pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi
menyempurnakan proses pengajaran itu.

· Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang
berbeza

· Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang,


melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran
dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari
segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.

· Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka
terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah
murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.

· Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan
pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan Asas

Santrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed).New
York: Mc Graw – Hill
Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in classrooms. New York: Addison Wesley Educational
Inc.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice.(4th Ed.) New
Jersey: Merrill Prentice Hall.

TOPIK 5

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)

Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yang sesuai diguna
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan
guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok
etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.

5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya


Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk
memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep
kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi
boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial.
Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan
Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior experiences, and
performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them; it
teaches to and through the strengths of these students”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu
bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai
budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi
semua murid.

5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah
murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial
budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya
pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.

Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus
berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi
memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made
relevant to the student by finding an intersection between (a) the student’s knowledge and skills and
(b) school’s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover
the connections between what she knows and what teachers want her to know” (Lee 1992).
Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid
supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Definisi :
Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria
Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers students intellectually,
socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and
attitudes.”1

Berhenti dan Berfikir

Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan
kawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:

Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza, guru
seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru yang
mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar
belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda bincang
dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?” Selepas
berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.

Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan
Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur,


kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan
ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.
2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses
aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan
ilmu pengetahuan..
3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya beri motivasi
murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.

5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian
terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus mengelola
pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran
sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh
menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua
murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan
ibu bapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa
bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang
mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Sebagai contoh guru
digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:
1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz
melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli
kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan
bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan
kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan,
memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya.
Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran
pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. Penemuan
Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk.
Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya
Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya
mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham
budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat
dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi
budaya masing-masing

3. Projek
Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan
budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya
murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya
mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh
mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa
yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa
sendiri tanpa ada rentasan budaya.

Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru
yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan bacaan yang merujuk
sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid. Sesuatu
program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir
secara positif perbezaan budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah
anda.
Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.
Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.
Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.
Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.
Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan
mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi teknologi


maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu
terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru
peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran
berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan
berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.
(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru
perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.

Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan
perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk
perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak
menjejaskan budaya seseorang murid.
Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah
komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau
ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.
Bil
Kumpulan Etnik
Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran
Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri
ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan menyebut
kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang
melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa
ibunda murid yang berlainan etnik.

Cuba buat renungan


Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas)
memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati
sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

Latihan/Aktiviti

Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlu


menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana
anda akan melaksanakannya?

1.4 Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah
dipelajari.

· Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually,
socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and
attitudes”

· Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur,
kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan
ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi

· Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah
koperatif, penemuan dan projek.

· Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira
perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.
Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan Asas


Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New
Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational
Inc.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching


Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.
TOPIK 6

PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk
merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya, merancang untuk mengajar satu
pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas bercantum?

Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas bercantum

6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum


Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan
pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas
bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit
dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali
sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika
itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah
dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep Kelas Bercantum


Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-
murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun
lima dan enam.

Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid
terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.”
(UNESCO, 1988).

Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku?

a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu
dicantum.
b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.
c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu
dicantum.
d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.
e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama,
misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

Fikirkan

Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda
ketahui. Kemudian, anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang diberikan
dalam modul ini ?

6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum


· Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
· Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan
· Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa
dibuka.
· Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan
kelas.
· Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan
dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran “multi task” atau keterampilan guru
diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.3 Pedagogi Kelas Bercantum

Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap
murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun
mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah
seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan


(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan
(c) Kumpulan Tahun Persekolahan
(d) Kumpulan Sosial
(e) Kumpulan Individu
Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti
matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat
pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-
hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid
kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa
kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid
dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan
yang lemah ini.

Renung dan fikirkan

Bincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan mengikut
kebolehan?

Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan
mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang
berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada
penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu
murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu
kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.
Kumpulan Tahun Persekolahan
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain
melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
§ lambat
§ sederhana
§ cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

Kumpulan Sosial

Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana
kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-kanak
diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya
termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

·
· Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas bercantum.
Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.


Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh
PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras
dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran
bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat
diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum.
Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan
serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran
kumpulan perlu dititikberatkan.

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN

MASA

TAHUN 2
TAHUN 3
15 minit

Guru Mengajar
Kerja sendiri
15 minit

Kerja sendiri
Guru Mengajar

Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan

4.2 Rumusan

Diambil daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan
surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.


b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.
c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.
d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk
setahun.
e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.

Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi
lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang
dicantumkan.

Latihan
Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas)
memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakah anda dapati
sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita membuat
ringkasan isi penting dalam topik ini.:

Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid
yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima
dan enam.

Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja, murid-murid
berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid kurang daripada 10 orang dan
dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan
pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama Kebolehan;
kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana
merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan
bagi kedua kelas yang dicantumkan
Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Rujukan
Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill.

Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.

Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.

Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru
Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.

Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya.


TOPIK 7
SOSIOLINGUISTIK

Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula, topik ini juga ketengahkan
kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta peranan guru dalam menyatukan pelajar yang
terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa.

7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga menggunakan bahasa
untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia merupakan sebuah Negara yang
mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu
memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan
muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat
berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan
menjalani kehidupannya.
Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia kerana dengan
bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan. Bahasa
merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan.
Maka, keupayaan manusia berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada
manusia sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna. Bahasa
menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi,
bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. Manusia mengungkap kata-kata
berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada
pengetahuan mereka tentang dunia yang dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan
menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya
suatu realiti budaya. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman
yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa
mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.

Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat.
Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di
luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia
dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai
pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau
pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum
di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa
sebarang sekatan.

Hentian seketika dan Berfikir :

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh
penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat di
Malaysia.

7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar

Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta pelbagai
budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu
padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi
telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan
berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan
bahasa kepada rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia
bukanlah perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik
merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan
Negara.

Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara
seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah
Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa.
Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar,
maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak
akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka.

Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan
budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik? Sehubungan dengan
itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah
vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan
sekolah Cina sedia ada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan
seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak di mana
perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas
perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960
adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat
kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961
termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua murid.

Berhenti dan Reflek


Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah peranan
anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep ini?

7.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati
bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa
dan budaya menurut etnik.

Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dengan
membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama
mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan
budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh
dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui
kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi
mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan
unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa
Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik,
menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Malahan pelbagai permainan tradisional milik
etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan “Games based learning” dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan
sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang
tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan
mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik
tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

Latihan/ Aktiviti

Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Cuba berkongsi


pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan
pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah.

3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antara aspek –aspek
penting adalah berikut:
Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan
oleh rakyat Malaysia

Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang
termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama
untuk semua murid.
Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya
dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan
di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a


multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

TOPIK 8
PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah anda pernah
merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-
aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan
membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang
berasaskan budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan
budaya, prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas
pelbagai budaya.

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya


Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses
sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan
diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh
individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah
pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan
suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh
guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek
kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh
maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan.
Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik
penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama
kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran
pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan
berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat
terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor
pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar.
Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih
alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian,
pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan,
kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk
memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan
sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal
pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum
balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran – pembelajaran, dan seterusnya pembangunan
program pendidikan.
Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya


(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif
(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid
(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya
(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal
(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional
Sila buat refleksi

Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra
budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya


Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam
pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai
cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan
pemahaman amalan budaya tradisional.
Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai
potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk
pelajar meningkatkan diri.
Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan
kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga,
bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya
setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan bahawa
budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat
resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari.
Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran
serta penilaian.

Berhenti seketika dan buat renungan


Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas)
memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang ujian bilik darjah yang baik? Adakah
anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi?
Latihan

1. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu
ujian bilik darjah yang baik.

2. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi
peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti/tugasan
penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana
mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira
oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus memainkan
peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus
berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil
pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan
dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama,
keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi
semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis
koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi prinsip-
prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama
ada secara individu atau kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk
penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender,
perkauman, budaya atau bahasa.

7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran
mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara
kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau pun membina
prosedur penilaian yang mesra budaya. Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara
kolaboratif, namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan
alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.
Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam
kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif
adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan.
Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan
membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan,
diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan
aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara
pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk penilaian
terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan
prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif yang direka atau bina
akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran.

Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman
pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih “ process-sensitive”. Bentuk penilaian
perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada
kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan
memadankan kehendak ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan
kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara
pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan
ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula, beberapa
objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai
format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid.

Berhenti seketika dan buat renungan


Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Bincangkan sama ada anda
mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian.

Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang
digunakan, jenis item ujian,
Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam
penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap
tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut
pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak
membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya.

Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang mengadaptasi ujian
dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal
menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan.

Latihan/Aktiviti

Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah, terangkan secara ringkas prinsip-prinsip dan
proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. Gunakan
pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut.

7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik
untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan
menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang
perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap
penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman
baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi
bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan guru
merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. Sebagai contoh, guru
boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian.
Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin
diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan
kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap
apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu
ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara
seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan
tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana
murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka
boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis
tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik
untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan
mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati
berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan
satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung
dalam topik mereka. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung
kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian
projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.
Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai
pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra
budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus ” culturally loaded” dengan mengambil kira budaya
semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada
kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik
sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti
dalam penilaian.
Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala
dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid
ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan
sendiri.

Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu menyoal
diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan
dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap
kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan
berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.5 Rumusan
Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut:
· Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategi-strategi
pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

· Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan
untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat
keputusan.

· Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik
tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan
penilaian sama ada formal atau tidak formal.

· Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk
murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid.

· Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik
untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira
kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values
and salvage our people better than we can" (p. 53).

You might also like