You are on page 1of 3

perempuan

Terima kasih tuan pengacara majlis. Yang dihormati barisan hakim. Dif-dif kehormat, barisan guru-guru,
hadirin dan hadirat serta rakan seperjuangan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah kisah nabi
Yaakub dan putera-puteranya.

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh…….

* Rakan-rakan yang dikasihi sekalian


Kisah terperinci mengenai nabi Yaakub tidak didapati sepenuhnya ia hanya dipetik daripada Al-Quran.
kisah nabi Yaakub sering disebut-sebut apabila ada kaitannya dengan nabi Ibrahim, nabi Ishak, nabi
Yusuf dan lain-lainnya.

Nabi Yaakub a.s merupakan anak nabi Ishak dan cucu kepada nabi Ibrahim a.s. ibunya merupakan
sepupu kepada nabi Ishak, serta anak saudara kepada nabi Ibrahim a.s.Ia tinggal di Kan an. Nabi Yaakub
mempunyai dua orang isteri, tepi dalam riwayat yang lain mempunyai empat orang isteri iaitu Laiya,
Rahil, Zulfah dan Balhah. Daripada empat orang isteri, nabi Yaakub dikurniakan seramai 12 orang anak
dan semuanya adalah laki-laki. Itulah antara kelebihan yang Allah berikan kepada nabi Yaakub dapat
memimpin anak-serta keluarganya dengan baik.Allah berfirman dalam al Quransurah al-An ‘am ayat 84
yang berbunyi:…….

Maksudnya…….Dan kami berikan kepadanya ( Ibrahim ) Ishak dan Yaakub masing-masing. Kami
berikan petunjuk atau pimpinan,

Rakan-rakan sekalian
Sekiranya kita dikurniakan ramai anak, maka prliharalah anak itu dengan sebaiknya. Berikan didikan dan
curahkan kasih sayang kerana anak merupakan amanah dari Allah s.w.t. pimpinlah mereka dengan betul
Supaya mereka menjadi orang yang patuh serta taat kepada Allah s.w.t dan berguna kepada bangsa dan
agama.

* Rakan-rakan sekalian.
Nabi Yaakub a.s mendidik serta menjaga anak-anaknya dengan tabah. Ia mencurahkan kasih dan
sayangnya kepada anak-anaknya, nabi Yaakub tidak pernah mengabaikan anaknya. Akan tetapi dua orang
diantara anak-anaknya iaitu Yusuf dan Bunyamin agak diberi perhatiannya kerana anaknya yang dua
orang itu masih kecil berbanding anak-anaknya yang lain yang sudah menjangkau dewasa. Tambahan
pula Yusuf dan Bunyamin semenjak kecil sudah kehilangan ibu tempat bermanja. Maka sebab itulah nabi
Yaakub agak memberi perhatian kepada mereka berdua.

Rakan-rakan sekalian,
Pada suatu malam anakYusuf a.s telah bermimpi lalu menceritakannya kepada ayahnya nabi Yaakub a.s,
Tahukah rakan rakan apakah mimpi Yusuf itu…..? Yusuf bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan
bulan sujud kepadanya. Bapanya Nabi Yaakub amat gembira sekali mendengar mimpi anaknya itu. Maka
dari situ bertambah lagi kasih sayang kepada anaknya Yusuf kerana tapsiran mimpi itu, kelak Yusuf akan
diutus Allah menjadi Rasul.hal ini telah digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 4
yang berbunyi…….
Maksudnya…….Ketika Yusuf berkata kepada bapanya… hai bapaku, sesungguhnya aku melihat
(dalam mimpiku) sebelas bulan , matahari dan bulan , ku lihat semuanya sujud kepada ku.

Berdasarkan kepada ayat di atas, jelas sekali bahawa kesucian para nabi serta ajarannya perlu dijaga dan
dipelihara, dan kita juga ditegah merendah-rendahkan para nabi seperti mana yang dilakukan oleh orang
barat yang menghina nabi Muhammad s.a.w .

* Rakan-rakan sekalian
Nabi Yaakub dan Yusuf tidak menceritakan mimpi itu kepada saudara-saudaranya, sepertimana kerana
khuati rmereka akan bersa tidak puas atas layanan bapa mereka yang agak memihak kepada Yusuf dan
Bunyamin. firman Allah dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 4 yang berbunyi……….

Maksudnya……… bapanya berkata, wahai anakku Yusuf….. janganlah sekali-kali engkau menceritakan
mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat
terhadapmu. Sesungguhnya syiton itu musuh yang nyata bagi manusia.

Rakan rakan sekalian


Dengan kebijaksanaan iblis dan syiton, akhirnya kisah mimpi Yusuf telah diketahui juga oleh saudara-
saudaranya. Mereka amat cemburu dan irihati, kerana akan bertambah sayang lagi bapa mereka kepada
Yusuf. Pada suatu hari saudara-saudara Yusuf memitna izin bapa mereka supaya membenarkan mereka
membawa Yusuf bersama-sama pergi bersiar-siar dan bermain di tempat yang agak
jauh sedikit dari rumah mereka,. hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 11 yang
berbunyi……..

maksudnya…..mereka berkata ... hai bapa kami!....mengapa engkau tidak mempercayai Yusuf kepada
kami ? sesunngguhnya kami adalah orang-orang yang jujur.

Pada mulanya nabi Yaakub tidak membenarkannya bimbang akan keselamatan Yusuf. Tatapi setelah
saudara-saudara Yusuf berjanji untuk menjaga keselamatan Yusuf, baharulah nabi Yaakub mengizinkan,
sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 12 yang berbunyi….

Maksudnya…..biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, supaya dapat kami bersuka ria dan
bermain-main. Dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan baik.

Rakan-rakan sekalian
Berdasarkan kepada ayat al-quran di atas, jelas sekali bahawa adik beradik perlu elakkan daripada
berlaku pergaduhan yang melampaui batas, kerana yang demikian itu adalah dorongan syiton
Rakan-rakan sekalian
Tahukah rakan-rakan apa yang dilakukan oleh saudara-saudaranya terhadap Yusuf……? Mereka
membuka baju Yusuf lalu mencampakkan Yusuf ke dalam telaga. Yusuf yang masih kecil itu tak tahu apa
yang hendak dilakukan, melainkan menangis sahaja, namun tangisan itu dibiarkan sahaja oleh saudara-
saudaranya tanpa belas kasihan.Mereka meninggalkan Yusuf bersenderian dalam telaga. Selepas niat
jahat mereka laksanakan, imbul pula masalah bagaimana cara untuk memberitahu bapa mereka mengenai
hal itu.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka terjumpa seekor kambing. Mereka menangkap lalu
membunuh kambing tersebut, dan melumurkan darah kambing pada baju Yusuf.

Setibanya mereka di rumah,kesemua mereka berpura-pura sedih dan menangis. Mereka berkata….wahai
Bapa kami …..kami amat terkejut dan sedih kerana Yusuf sudah tiada, ia telah mati dibaham serigala .lalu
menyerahkan baju yang penuh berlumuran darah. Nabi Yusuf amat sedih.sekali, air matanya
berlinangan, di sudut rumah nya , Bunyamin menangis sekuat – kuatnya. Nabi Yaakub juga amat sedih
dan terus –menerus menangis mengenangkan Nasib malang yang menimpah anak kesayangannya.
Akhirnya disebabkan menangis terlalu lama, penglihatan matanya semakin pudar, Cuma sedikit bayangan
yang dapat dilihatnya.

Sekian sahaja cerita pada kali ini dan wassalamu alaikum warahmaullah

You might also like