You are on page 1of 14

PJM 3109

PERMAINAN BOLA SEPAK


FORMASI
4-2-4
SEJARAH SISTEM 4-2-4

Formasi 4-2-4 ini mula diperkenalkan semasa


kejohanan Piala Dunia 1958 oleh Pasukan
Kebangsaan Brazil.
Sistem formasi ini telah diasaskan oleh dua orang
yang berbeza iaitu Flavio Costa yang merupakan
jurulatih skuad Brazil di era 50- an dan Bela
Guttman yang merupakan seorang jurulatih
warganegara Hungary.
Sistem 4-2-4 ini telah mendapat populariti yang
meluas apabila Brazil memenangi Piala Dunia 1958
setelah menundukkan tuan rumah iaitu Sweden
dengan keputusan 5-2 di final.
Hasil daripada sistem formasi ini jugalah yang
meyebabkan pasukan Brazil memenangi tiga Piala
Dunia iaitu pada tahun 1958,1962 dan 1970.
SISTEM 4-2-4
Sistem ini merupakan sistem pertama yang
menekankan pergerakan pemain dan tukaran
posisi.
Semua pemain memainkan peranan dalam
serangan dan pertahanan.
Sistem 4-2-4 memperkenalkan falsafah “bola
sepak total” kerana pemain tidak terhad
peranannya kepada satu posisi spesifik sahaja.
KEDUDUKAN PEMAIN
BARISAN PERTAHANAN
Keempat- empat orang pemain pertahanan disusun
dengan seorang swiper,seorang bek tengah (stopper),
dan dua orang pertahanan sayap kanan dan kiri.
Pemain pertahanan sayap kanan dan kiri serta bek
stopper pada umumnya ditugaskan untuk mengawal
satu lawan satu.
Ketika menyerang,formasi permainan akan berubah
menjadi 2-4-4 di mana dua pertahanan sayap akan
membantu jentera di bahagian tengah.
Swiper pula ditugaskan sebagai bek “bebas” dan tidak
ditugaskan untuk mengawal lawan yang spesifik.
PEMAIN TENGAH
Dua pemain tengah berfungsi sebagai penghubung
antara pertahanan dan penyerang semasa serangan.
Pemain tengah mesti juga membentuk barisan depan
pertahanan semasa pasukan lawan pula menyerang.
BARISAN SERANGAN
Formasi 4-2-4 ini menggunakan empat penyerang
di bahagian hadapan untuk menggempur kubu
pertahanan lawan.
Kumpulan penyerang ini mempunyai dua pemain
sayap dan dua penyerang tengah.
Seorang penyerang tengah akan ditempatkan jauh
ke dalam benteng pertahanan lawan iaitu
berhampiran pemain swiper pasukan lawan.
Penyerang yang seorang lagi diundurkan untuk
membantu pemain tengah apabila diperlukan.
PASUKAN YANG MENGGUNAKAN
FORMASI 4-2-4
BRAZIL

PIALA DUNIA 1958 (SWEDEN)


BRAZIL vs SWEDEN(FINAL) 5–2

PIALA DUNIA 1962 (CHILE)


BRAZIL vs CZECHOSLOVAKIA(FINAL) 3–1

PIALA DUNIA 1970 (MEXICO)


BRAZIL vs ITALI (FINAL) 4–1
KELEBIHAN FORMASI 4-2-4
Penyerang mempunyai kelebihan untuk mengawal
bola di dalam kawasan pertahanan lawan.
Bilangan penyerang yang ramai akan
memudahkan pasukan menjaringkan gol.
KELEMAHAN FORMASI 4-2-4
Pemain tengah akan menghadapi kesukaran untuk
mengekang asakan daripada pihak lawan.
Pemain tengah perlu mempunyai stamina yang
tinggi untuk bergerak membantu pertahanan ketika
diserang dan membantu barisan penyerang ketika
melancarkan serangan.
RUJUKAN
 http://this11.com/topics/show/3025/do-you-remember-brazi
l70
 http://en.wikipedia.org/wiki/Formation_%28association_fo
otball%29
 http://nscaa.com/subpages/200906251554271041.php

You might also like