You are on page 1of 5

Lontar Peluru (micro Teaching)

Pengajaran Mikro

 GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

PERSEDIAAN:

1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan
berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri
dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat
membaling.

2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri


di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak
diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan
bulatan.

3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok


tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah
dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki
kanan.

4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax”
.Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi
dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat
dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.

5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45


darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih
kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN:

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran


dilakukan seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai


persediaan melunsur.

2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang


sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk
membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan
badan.

4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai


persediaan membaling.

5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan

MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan


tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru
hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan
sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.

2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan


tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan
peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup
berkesan.

3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah
kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan
dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah
peluru berlepas tangan

SELEPASMEMBALING/PEMULIHAN

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat


sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.

2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta


menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar
bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.

3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang


membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala
yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan
penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

Cara Latihan.

1. Beratur beramai – ramai dan bayangkan melontar tanpa menggunakan bola.


2. Menggengam bola getah dan cuba bayangkan melontar dengan gaya 90 darjah.

3. Melontar menggunakan bola getah ke hadapan dan cari balingan sesuai.

4. Biasakan diri dengan keberatan bola besi.

5. Cuba leretkan bola besi kehadapan.

6. Melontar peluru ke hadapan mengikut kesesuaian dan dengan sedaya upaya

http://notakuliahpismp.blogspot.com/search/label/olahraga%20(PJ)

Lontar Peluru
LONTAR PELURU
Sejarah

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru
diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori,
untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat
pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke
belakang dan gaya Parry O’Brien.

Peraturan Asas Lontar Peluru

 Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.


 Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
 Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.
 Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian
atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.
 Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru

1) Pegangan

 Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

 Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.


2) Persedian

 Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Lontar Peluru Gaya Berdiri

 Berdiri sisi.
 Buka kaki seluas bahu.
 Bahu kiri menghadap arah lontaran.
 Bengkokkan badan serendah mungkin.
 Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
 Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
 Gerakkan siku serta tangan ke atas.
 Lepaskan peluru.
 Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

 Bengkokkan badan.
 Bengkokkan kaki kanan.
 Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

 Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke
kanan ketengah bulatan.
 Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
 Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
 Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
 Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

 Siku kanan diangkat tinggi.


 Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
 Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan
 Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
 Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

 Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan
lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
 Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
 Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
 Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran

Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat
dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan
jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

 Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut
kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
 Angkat kaki kiri sedikit.
 Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
 Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.
 Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Latihan

Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini
selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat
utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta
pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada
seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan
latihan khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta
lontar peluru.

You might also like