You are on page 1of 22

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud

Tajuk Kajian

Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong


Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu

Nama Murid

Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza

Tingkatan
2 Ibnu Khaldun

Nama Guru
Puan Haliza Binti Ishak

Tarikh
Senarai Kandungan

BIL TAJUK HALAMAN


1 TAJUK KAJIAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 PENDAHULUAN
5 OBJEKTIF
6 KAWASAN
7 KAEDAH
8 HASIL
9 RUMUSAN
10 LAMPIRAN
11 RUJUKAN
Penghargaan

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini
saya telah mendapat ramai bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang
diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat
menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang
telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu Puan Haliza binti Ishak. Puan Haliza
telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini.
Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak
membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya
dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang hal-hal yang berkaitan
dengan kampong saya ini.

Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam


menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu
bual dengan penduduk yang berada di kampung saya ini. Saya amat menghargai
pertolongan yang diberikan mereka.

Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk


Kampong Baru Batu Tumboh kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus Geografi ini.

Akhir sekali saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihak-pihak
luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas
pertolongan yang telah diberikan.
Pendahuluan
Saya, Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza yang bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud telah menjalankan kajian saya di di kawasan
kediaman saya iaitu Kampong Baru Batu Tumboh. Saya menjalankan kajian tentang
jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk-penduduk di Kampong Baru Batu
Tumboh ini.

Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana
kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu
tempat yang jauh.

Tempoh yang diberikan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi ialah
selama seminggu cuti sekolah. Masa yang diberikan oleh guru saya sudah memadai
kerana saya mempunyai banyak waktu terluang kerana pada waktu cuti sekolah, saya
tidak mempunyai kelas untuk dihadiri.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod fakta.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang pekerjaan-pekerjaan yang
dijalankan oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Saya berbangga dapat
menjadi penduduk di sini kerana kampung ini mempunyai suasana yang aman dan damai.

Objektif Kajian
Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai objektifnya yang
tersendiri.Dengan adanya sesebuah objektif, sesebuah kajian dapat dijalankan dengan
lancar tanpa menyimpang daripada objektif kajian. Oleh itu, saya juga mempunyai
objektifnya yang tersendiri.

Objektif saya yang pertama ialah dapat mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang
dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh. Kebanyakkan pekerjaan yang dijalankan di
Kampong Baru Batu Tumboh ialah guru, tukang rumah, peniaga dan penternak haiwan
seperti lembu dan kambing.

Objektif saya yang kedua ialah merekodkan data-data pekerjaan yang terdapat di
Kampong Baru Batu Tumboh. Saya merekodkan data-data tentang jenis-jenis pekerjaan
yang terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh di dalam kerja kursus ini. Dengan ini,
data-data tersebut dapat di simpan dan boleh dirujuk kembali.

Objektif saya yang terakhir ialah menganalisa peratus pekerjaan yang dilakukan
oleh penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. 60% daripada penduduk di sini bekerja
sebagai guru sama ada guru sekolah rendah atau guru sekolah menengah. 40% daripada
penduduk Kampong Baru Batu Tumboh pula bekerja sebagai tukang rumah, peniaga,
penternak haiwan dan lain-lain.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampong Baru
Batu Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh terletak kira-kira 00km daripada pusat
Bandar Jertih. Kampong Baru Batu Tumboh juga terletak tenggara dari Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud II (Lihat Peta di Bawah).

Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan


Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II telah menyebabkan ramai antara penduduk di
sini yang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II.

Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana
kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu
tempat yang jauh.

Kaedah Kajian
Kaedah bagi menjalankan sesebuah kajian penting kerana setiap kaedah
memberikan hasil yang berlainan.Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang saya gunakan
dalam menjalankan kajian ini.

Kaedah pertama yang saya telah saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah
pemerhatian. Saya memerhatikan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk-
penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh. Saya memerhatikan pekerjaan yang
dilakukan oleh penduduk Kampong Baru Batu Tumboh dan Berjaya mengumpulkan
beberapa maklumat berkenaan pekerjaan mereka.

Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Saya telah menemu
bual beberapa orang penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang sudi di temu bual oleh
saya. Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui tentang lebih mendalam tentang
pekerjaan yang dijalankan oleh mereka.

Kaedah yang ketiga ialah melalui internet. Melalui internet saya dapat melihat
beberapa peta yang menunjukkan kawasan kampung saya itu.Saya juga dapat
memperolehi maklumat tentang kedudukan kampung saya.

Kaedah yang keempat ialah melalui rujukan. Saya telah merujuk beberapa
rujukan seperti fail-fail dan dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat penghulu
Kampong Baru Batu Tumboh.

Kaedah yang terakhir ialah melalui soal selidik. Saya telah membuat soal
selidik di kawasan perumahan saya serta penduduk-penduduk kampung berdekatan.

Hasil Kajian
Melalui kajian yang telah saya jalankan selama seminggu di kampung saya iaitu
Kampong Baru Batu Tumboh, saya memperolehi beberapa maklumat tentang pekerjaan-
pekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Pekerjaan-Pekerjaan Yang Terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh

16
14
12
10 Guru
8 Penternak
6 Peniaga
4 Tukang rumah
2 Kerani
0 Lain-Lain
Carta Pekerjaan Penduduk
Kampong Baru Batu
Tumboh

Carta di atas menunjukkan sebilangan besar daripada penduduk di Kampong Baru


Batu Tumboh bekerja sebagai guru. Bilangan yang kedua terbesar ialah peniaga.
Kebanyakkan peniaga di Kampong Baru Batu Tumboh berniaga di kedai runcit. Mereka
menjual barang-barang keperluan seharian seperti makanan, minuman dan sebagainya.
Terdapat juga peniaga yang berniaga di pasar-pasar malam. Pendapatan mereka kurang
tetap kerana pasar malam hanya dijalankan sekali seminggu.

Para penternak pula sebilangan besar daripada mereka menternak haiwan seperti
kambing, lembu dan biri-biri. Peternak lembu menternak lembu dalam bilangan yang
sederhana iaitu sebanyak 10-15 ekor. Peternak kambing dan biri-biri pula menternak
sebanyak 6-7 ekor sahaja.

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina


Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh terdiri daripada
perempuan.Oleh itu, bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki.

9
8
7
6
5
Perempuan
4
Lelaki
3
2
1
0
Guru Peniaga Kerani Penternak

Dalam pekerjaan seperti guru dan kerani, bilangan wanita lebih ramai daripada
lelaki. Ini kerana pekerjaan seperti guru memerlukan seseorang yang sabar dalam
mengajar. Sifat ini lebih banyak terdapat pada wanita. Pekerjaan yang berat seperti
peternak yang memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi yang lebih banyak terdapat
pada lelaki.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan Di


Kampong Baru Batu Tumboh
Peluang
Pekerjaan

Faktor-Faktor Yang
Bentuk Bumi Mempengaruhi Taraf
Pekerjaan Pendidikan

Kemudahan

Terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi pekerjaan di Kampong Baru


Batu Tumboh. Faktor inilah yang membahagikan antara pekerjaan-pekerjaan yang
terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh.

Faktor yang pertama ialah taraf pendidikan. Taraf pendidikan seseorang dapat
mempengaruhi pekerjaan. Seseorang yang berpendidikan tinggi lebih luas peluangnya
untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Oleh itu, pekerjaan di Kampong Baru Batu
Tumboh dipengaruhi oleh taraf pendidikan. Penduduk yang mempunyai pendidikan yang
tinggi lebih cenderung untuk menjadi guru. Penduduk yang kurang bernasib baik akan
mendapat pekerjaan yang kurang baik.

Faktor yang kedua ialah peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan mempengaruhi


pekerjaan. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan
Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II meningkatkan peluang pekerjaan di Kampong
Baru Batu Tumboh. Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh menjadi
guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II. Para kerani juga bekerja di situ.
Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud II juga memberi peluang kepada tukang rumah untuk
bekerja.

Faktor yang ketiga ialah faktor kemudahan. Kampong Baru Batu Tumboh
mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai, pasaraya dan sebagainya.
Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang berdekatan dengan Kampong Raja iaitu
kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru
Batu Tumboh.

Faktor yang terakhir ialah faktor bentuk muka bumi. Kampong Baru Batu
Tumboh mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Kawasan yang luas berpotensi
untuk dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk, jaringan pengangkutan,
pertumbuhan bandar, pertanian dan perindustrian.Ini dapat meningkatkan lagi pekerjaan
di Kampong Baru Batu Tumboh.

Jenis-Jenis Pekerjaan Di Kampong Baru Batu


Tumboh
Perkhidmatan

Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh

Pertanian Perniagaan

1. Perkhidmatan - Kegiatan perkhidmatan yang wujud di Kampong Baru Batu


Tumboh ialah berdasarkan perniagaan. Terdapat beberapa kedai runcit di taman
ini dan bertujuan memudahkan penduduk bagi mendapat keperluan harian dalam
masa yang singkat. Selain itu, disediakan juga sebuah klinik bagi penduduk-
penduduk di kawasan ini. Hal ini dapat memudahkan penduduk jika ditimpa
kesakitan atau berlaku apa-apa kecemasan. Di samping itu perkhidmatan
pendidikan seperti sekolah, pusat tusyen, dan tadika. Sekolah yang terdapat di
kawasan kajian saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud.
Kemudahan-kemudahan ini menjadi kebanggaan dan penduduk di kawasan ini
amat bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan.

2. Pertanian- Kampong Baru Batu Tumboh yang mempunyai tanih aluvium yang
subur dapat menggalakkan penanaman sayur-sayuran atau kebun-kebun kecil.
Antara tanaman yang ditanam ialah kubis,cili dan sebagainya. Kebun-kebun ini
diwujudkan hanya berkonsepkan sara diri bukannya untuk dagangan atau import.

3. Perniagaan-Perniagaan merupakan antara pekerjaan yang banyak dilakukan oleh


penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Hal ini kerana hampir 35% penduduk
Kampong Baru Batu Tumboh menjalankan aktiviti perniagaan. Kampong Baru
Batu Tumboh mempunyai beberapa kedai runcit. Kedai-kedai runcit ini penting
bagi penduduk sekitar kerana dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan
keperluan harian di sana. Perniagaan yang kedua terbesar ialah restoran atau kedai
makan. Kedai makan atau restoran biasanya dibuka bertujuan untuk sarapan pagi
atau makan tengah hari.

Bil Jenis Perniagaan Peratus

1 Runcit 70%

2 Restoran/kedai makan 30%

Sumber Pendapatan Penduduk


Pertanian

Perniagaan

Makan Gaji

Bekerja
Sambilan

Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh lebih ramai yang
makan gaji kerana ramai penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang menjadi guru
yang makan gaji. Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh juga
diperoleh daripada perniagaan. Perniagaan barang runcit di Kampong Baru Batu Tumboh
menerima banyak permintaan.

Selain itu, sumber pertanian dan bekerja sambilan juga menjadi sumber
pendapatan di Kampong Baru Batu Tumboh. Terdapat juga peduduk yang mengusahakan
kebun dan ladang kecil. Mereka biasanya menanam sayur-sayuran seperti kubis, cili dan
sebagainya.

Gambar-Gambar Pekerjaan di Kampong Baru


Batu Tumboh
Rumusan
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan di Kampong Baru Batu Tumboh
menunjukkan bahawa Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak pekerjaan.
Pekerjaan yang banyak dilakukan di Kampong Baru Batu Tumboh ialah Guru. Sumber
pendapatan penduduk ialah makan gaji, pertanian, perniagaan dan bekerja sambilan.
Makan gaji ialah sumber pendapatan yang paling banyak di Kampong Baru Batu
Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah,
kedai, pasaraya dan sebagainya. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang
berdekatan dengan Kampong Raja iaitu kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat
meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Oleh itu, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini.
Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi penduduk di Kampong Baru Batu
Tumboh. Keadaan yang aman dan damai menyebabkan saya rasa selesa tinggal di sini.
Peta Kawasan Kajian
Carta Pekerjaan Penduduk Kampong Baru Batu
Tumboh

16
14
12
10 Guru
8 Penternak
6 Peniaga
4 Tukang rumah
2 Kerani
0 Lain-Lain
Carta Pekerjaan Penduduk
Kampong Baru Batu
Tumboh

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina

9
8
7
6
5
Perempuan
4
Lelaki
3
2
1
0
Guru Peniaga Kerani Penternak

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan


Peluang
Pekerjaan

Faktor-Faktor Yang
Bentuk Bumi Mempengaruhi Taraf
Pekerjaan Pendidikan

Kemudahan
Jenis-Jenis Pekerjaan di Kampong Baru Batu
Tumboh

Perkhidmatan

Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh

Pertanian Perniagaan
Rujukan
Dalam proses menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah
mengunakan beberapa rujukan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja
kursus saya ini.

Rujukan saya yang pertama ialah buku ilmiah.Saya telah merujuk buku
teks Geografi Tingkatan 1 dan buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Daripada buku teks ini saya dapat mengetahui dengan lebih
lanjut tentang kegiatan ekonomi atau pekerjaan.

Rujukan saya yang kedua ialah orang sumber.Saya telah menemu ramah
seorang responden yang sudi di temu ramah oleh saya Ahmad Zainuddin bin
Ibrahim yang juga merupakan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh.
Melaluinya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pekerjaannya
iaitu guru.

Rujukan saya yang ketiga ialah internet saya telah merujuk beberapa
laman web untuk mencari peta yang menunjukkan kawasan Kampong Baru Batu
Tumboh. Antara laman web yang saya guna ialah http://www.google.com.my,
http://www.yahoo.com dan http://ms.wikipedia.com.

Rujukan saya yang terakhir ialah fail-fail dokumen. Fail-fail dokumen ini
saya dapati daripada pejabat penghulu kampung. Dokumen-dokumen ini
menceritakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kampong Baru Batu
Tumboh.

You might also like