You are on page 1of 22

SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

TAJUK :
KEPELBAGAIAN
SAMBUTAN PERAYAAN
KEAGAMAAN DI
MALAYSIA
Pengenalan
Di negara kita terdapat pelbagai perayaan mengikut kaum dan
agama masing-masing. Agama-agama utama di Malaysia
termasuklah agama Islam , Kristian , Buddha , dan Hindu .
Perayaan utama seperti Hari Raya Aidiladha , Hari Thaipusam ,
Hari Wesak dan Hari Krismas merupakan perayaan keagamaan
yang disambut di negara kita. Terdapat amalan-amalan tertentu
semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
Kita dapat meraikan semua perayaan bersama-sama jika kita
mengetahui amalan-amalan perayaan pelbagai kaum . Dengan
ini, semangat perpaduan antara rakyat dapat dikuatkan dan
juga mengeratkan hubungan mesra pelbagai kaum .
Hari Thaipusam
• Dirayakan oleh seluruh
penganut agama Hindu
pada bulan Thai,iaitu
bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil.

• Disambut bagi
menghormati Dewa
Murugan atau Dewa
Subramaniam.
• Merupakan hari
menunaikan nazar dan
menebus dosa atau
memohon ampun di atas
dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini.

• Tidak semua penganut


Hindu akan menunaikan
nazar.

• Nazar ialah memohon


sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan.
• Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

• Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda


membayar nazar. Kavadi ini diperbuat daripada
beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya
terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai
saiz dan bentuk.
• Susu , madu , dan kelapa akan
dipersembahkan kepada Dewa Murugan.

• Di Malaysia , Gua Batu Caves di Selangor


menjadi tumpuan penganut agama Hindu
meraikan perayaan Thaipusam.
Hari Ponggal
• Masyarakat India Chetti
ini menganut agama
Hindu.
• Hari Ponggal iaitu hari
kesyukuran mereka
kepada nenek moyang
dan tuhan mereka.
• Adalah dipercayai
perayaan ini turut
disambut oleh masyarakat
India tetapi bagi
masyarakat Chetti ia
bermula lebih awal.
• Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan
Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan
pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya
perayaan Ponggal).
• Masyarakat Chetti akan bersembahyang setiap hari
sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala
wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan
menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai
tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah.
• Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi
masyarakat Chetti kerana pada minggu terakhir mereka
beramai-ramai akan pergi ke kubur nenek moyang masing-
masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasan
persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu
daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta
perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga.
Hari Ahad Easter 
• Kepercayaan "Doktrine" Nasrani
mempercayai bahawa Jesus
Christ telah dihidupkan kembali
"dibangkitkan" pada hari Ahad.
• Sebelum perayaan Easter,
Minggu Suci "Holy Week"
disambut oleh pengikut agama
Nasarani. Minggu Suci bermula
dengan Ahad Palm (Palm
Sunday) di mana setiap
pengikut nasarani diberikan
daun palma yang dijampi
(blessed) pada perhimpunan
hari Ahad.
• Ini diikuti dengan Khamis Maundy sempena
peristiwa apabila Jesus Christ dipercayai
makan malam terakhir bersama-sama
pengikutnya sebelum dikhianati.
• Jesus dikatakan dikhianat dan ditangkap
di Gethsemane ketika dia pergi berdoa
selepas Makan Terakhir (Last Supper).
Pada pagi Jumaat yang dikenali sebagai
Jumaat Bagus (Good Friday), Jesus telah
disalib dan mati pada petang itu. Jumaat
Bagus disambut sempena memperingati
penyeksaan dan kematian Christ.

• Jesus telah memberitahu pengikutnya


bahawa dia akan hidup kembali pada hari
ketiga. Pada hari Ahad, kuburnya kosong
menandakan dia hidup kembali.
Hari Krismas
• Disambut pada 25
Disember oleh seluruh
penganut agama Kristian
sebagai memperingati
kelahiran Jesus Christ.
• Penganut agama Kristian
akan bersembahyang
dan berdoa di gereja.
• Rumah dihiasi dengan
pokok Krismas yang
digantung dengan
pelbagai lampu dan
hiasan .
• Hadiah diletakkan di
bawah pokok Krismas dan
setiap ahli keluarga akan
bertukar-tukar hadiah.

• Nyayian keagamaan oleh


kumpulan koir diadakan di
gereja dan dari rumah ke
rumah.

• Ahli keluarga akan makan


malam bersama-sama
sebagai tanda bersyukur
atas rahmat Tuhan.
Hari Wesak
• Dirayakan pada bulan Mei pada waktu bulan
terang oleh seluruh penganut agama Buddha.

• Merupakan hari terpenting kerana


melambangkan kelahiran , pencerahan , dan
kematian Gautama Buddha.

• Untuk memperingati tiga peristiwa penting , iaitu


kelahiran , kesedaran , dan kematian Buddha.
• Penganut agama
Buddha mengunjungi
kuil Buddha untuk
bersembahyang dan
melepaskan burung
merpati.

• Turut memberi
makanan kepada
orang miskin dan
bersedekah kepada
sami.
Hari Sembilan Maharaja Dewa
• Perayaan Sembilan
Maharaja Dewa juga
dikenali sebagai Kow
Wong Yeh disambut
pada hari kesembilan
pada bulan sembilan
dalam kalender lunar
Cina. Penganut
kepercayaan Taoist
akan berkumpul di kuil
untuk menyambut
perayaan ini. 
• Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult
bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang
dikenali sebagai 'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan
Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di
syurga di langit di bawah pemerintahan
'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku
kehidupan dan kematian. Sembilan Maharaja
Dewa ini juga merupakan anak kepada
'Thien Hou' Ratu Syurga ini.

• Pada petang bulan kesembilan, tokong Dewa


mengadakan upucara untuk memuja dan
menyambut 'Jien Hwang Yeh'.
Hari Raya Aidiladha
• Dirayakan oleh seluruh umat
Islam di dunia pada 10 , 11 ,
12 ,dan 13 Zulhijah setiap
tahun.

• Hari umat Islam


memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim
a.s dan kesabaran anaknya ,
Nabi Ismail a.s. dalam
menunaikan perintah Allah
SWT.
• Pada pagi 10 Zulhijah umat
Islam akan menunaikan solat
sunat Aidiladha.
• Penyembelihan binatang korban
seperti lembu , kambing , unta
dan seumpamanya dilakukan
ketika sambutan perayaan ini.
• Daging binatang korban akan
disedekah kepada fakir miskin
dan jiran-jirannya yang
beragama Islam manakala
orang yang melakukan korban
boleh memakan daging tersebut
dalam jumlah yang sedikit
sahaja.
Maulidur Rasul
• Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul
Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571
merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
(Sallallahu Alaihi Wasallam).
• Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah
Subhanahu Wataala.
• Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan
mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara.
• Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan
oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
• Keberkatan
mengadakan Majlis
Maulud itu bukan
sahaja didapati oleh
orang yang
mengadakan majlis
itu, tetapi seluruh ahli
rumah atau orang
yang tinggal di
tempat itu turut
mendapat
keberkatannya.
Kesimpulan

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia


yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai kaum, kita seharusnya cuba
memahami perayaan-perayaan kaum lain
agar dapat memupuk semangat muhibah
dalam kalangan rakyat .
Sekian,

Terima Kasih

You might also like