You are on page 1of 9

Dasar Dalam Negara :Dasar Sosial dan Pentadbiran

Dasar Sosial Negara

-dasar pembangunan yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan
kestabilan sosial , ketahanan nasional, dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
-merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara, berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara, Wawasan
2020,
dan komiten negara di peringkat antarabangsa.
-bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk
memperkembang potensi diri secara optimum dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya
tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil, dan saksamsa selaras dengan Wawasan 2020.
-dilancarkan pada bulan Ogos 2003.

Objektif Umum

Menjamin setiap individu, keluarga, dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, jantina, dan fahaman politik
serta wilayah dapat menyertai dan memberikan sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan
hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

1 Memastikan keperluan asas individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi


(a) Keperluan asas secukupnya
(b) Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra alam
(c) Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
(d) Peluang untuk meningkatan kualiti hidup
(e) Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
(f) Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa

2 Membangunankan dan memperkasa insan sepanjang hayat


-tanpa membezakan jantina, keturunan, dan keupayaan fizikal menggunakan dan mempertingkat sumber serta kebolehan kendiri
secara optimum di setiap peringkat kitaran hidup.
3 Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
(a) Memperkukuh dan menambah sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial, dan lain-lain
di peringkat komuniti.
(b) Memperkukuh dan menambah sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan
perkhidmatan sosial.

4 Menjana sinergi multisektor Kerjasama dalam pelbagai bidang antara sektor awam, sektor swasta, dan kumpulan sukarela perlu
dipertingkat supaya wujud suatu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang
terbaik untuk semua anggota masyarakat berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial ialah tanggungjawab bersama.

Dasar Pendidikan Negara

1 Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pendidikan untuk memperbaik
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
2 Laporan Jawatankuasa Kabinet ini telah diterbitkan pada tahun 1979 dan menjadi Dasar Pendidikan Negara.

Rasional
Menggubal suatu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan memenuhi keperluan
pembangunan negara, pembentukan identiti kebangsaan, dan perpaduan negara.

Objektif
1 Menubuhkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya
2 Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi
3 Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka panjang dan jangka pendek
4 Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, dan terlatih
Strategi
1 Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantaryang utama
2 Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
3 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
4 Melicinkan tataraca pengurusan pendidikan
5 Meningkatan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang, dan bersepadu
6 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
7 Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil, dan memberikan
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman
8 Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBRS) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)
9 Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional
10 Mempelbagaikan dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutama dalam bidang sastera gunaan dan
sains gunaan
11 Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral, dan disiplin
12 Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah dan memberikan
peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil
13 Menggalakan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Rasional
1 Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan, dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa
2 Mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara lain sebagai pusat pertemuan serta pusat
tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau

Objektif

1 Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan


2 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh kebudayaan kebangsaan
3 Memperkaya dan mampertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbangan dengan pembangunan
sosioekonomi

Strategi

1 Pemulihan, pemeliharaan, dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui
usaha sama, penyedikan, pembangunan, pendidikan pengembangan, dan hubungan budaya
2 Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong, dan
menggerakan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
3 Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan, dan nasionalisme Malaysia
4 Memenuhi keperluan sosiobudaya
5 Meninggikan taraf dan mutu kesenian

Dasar Kependudukan Negara

1 Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, pada tahun 1982.
2 Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
3 Matlamat kependudukan ini diharapkan dapat dicapai dalam tempoh 115 tahun hingga 120 tahun.

Rasional

1 Jumlah penduduk Malaysia adalah kecil berbanding dengan jumlah penduduk negara-negara anggota ASEAN yang lain
2 Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi pembangunan negara
3 Mewujudkan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran tempatan
4 Menguatkan kedudukan politik dan keselamatan negara

Objektif
Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia kepada 70 juta orang
Strategi

1 Mengadakan dasar cukai dan faedah-faedah bersalin


2 Meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Penilaian

1 Mungkin menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi yang serius seperti masalah


makanan,perumahan ,pekerjaadannkesihatan
2 Perlu disertai Dasar Tenaga Manusia, Dasar Sosial, dan Dasar alam sekitar
3 Pendapaian dasar ini tidak dapat dipastikan dalam jangka pendek

Dasar Wanita Negara

1 Telah digubal pada tahun 1989.


2 Penggubalan dasar ini memperjelas kesungguhan kerajaan untuk membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan
negara dengan lebih bermakna.
3 Menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan Negara.

Rasional

1 Melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan
2 Membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan kegiatan ekonomi yang utama
3 Memberi wanita panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak
terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara

Objektif

1 Menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dengan wanita dalam pemilikan sumber maklumat
2 Menjamin wanita mendapatkan peluang dan faedah daripada pembangunan
3 Mengintergrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan
mereka

Strategi

1 Meningkatkan kuasa dan taraf urus setia Hal-ehwal Wanita (HAWA) untuk mewujudkan hubungannya dengan setiap kementerian
serta mengadakan penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan tentang hal-ehwal wanita
2 Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan, pelaksaan, dan pengawasan
program-program pengintegrasian wanita
3 Pendidikan dan latihan untuk membangkitkan kesedaran dan komitmem institusi dan agensi kerajaan tentang isu wanita
4 Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dan badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita
5 Membasmi diskriminasi terhadap wanita dan membaiki kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita
6 Memajukan dan menyelaraskan penyedikan serta kajian tentang isu wanita.
7 Menentukan bahawa kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan dengan
mengubahsuaikan tindakan bagi memenuhi program dan projek pembangunan wanita

Dasar Pandang ke Timur

1 Dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1982.
2 Kerajaan akan membuat kajian, penyedikan, dan pemilihan contoh dan teladan yang terbaik dari Jepun serta Korea Selatan,
kemudian mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia.
3 Oleh itu, adalah tidak tepat lika Dasar Pandang ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa-apa sahaja dari Jepun dan Korea
Selatan untuk dipratikkan di Malaysia dan mengetepikan teladan yang dapat dipelajari dari negara-negara Barat.

Rasional

1 Jepun dan Korea Selatan merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun dan dalam beberapa bidang,
negara-negara itu lebih maju daripada beberapa buah negara Barat
2 Kejayaan Jepun dan Korea Selatan boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipratikkan bagi
mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan sektor
swasta

Objektif

1 Meninggikan pretasi pengurusan dan pembangunan di Malaysia


2 Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dijadikan contoh
3 Mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan
negara

Strategi

1 Perubahan struktur melalui cara-cara yang berikut:


(a) kad perakam waktu kerja
(b) penggunaan tanda mana
(c) penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu Kerja
(d) konsep pejabat terbuka
(e) perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setampat
(f) Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

2 Perubahan sikap melalui:


(a) perkhidamatan cemerlang
(b) kosep Bersih, Cekap, dan Amanah
(c) kepimpinan melalui teladan

3 Latihan dan Khursus


(a) Latihan Perindustrian dan Teknikal – untuk melatih pekerja bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan
menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea Selatan
(b) Progran Pengajian Akademik- untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia menuntut ilmu sains dan teknikal di
Jepun dan Korea Selatan
(c) Program Pengajian Tenikal – untuk menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan kepada pelajar-pelajar lepasan SPMW dan
politeknik
(d) Program Kemajuan Eksekutif – untuk menyediakan latihan kepada para eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan
pentadbiran kerajaan dan swasta dengan menempatkan mereka di beberapa firma dan agensi kerajaan di Jepun dan Korea
Selatan
(e) Hubungan antara Institusi – untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian
tinggi di Jepun dan Korea Selatan
(f) Skim Latihan Pembangunan Usahawan – dikendalikan oleh Unit penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,
untuk memberikan peluang dan pendedahan kepada usahawan bumiputera memperoleh idea baru dan teknologi luar untuk
memajukan urus niaga mereka

Dasar Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Rasional

Keupayaan jentera kerajaan bergerak secara licin dan cekap dan memainkan peranan dalam pembangunan negara tidak hanya
bergantungpada bilangan petugas perkhidmatan awam semata-mata tetapi juga bergantung pada mutu dan produkiviti mereka.

Objektif

1 Meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam supaya dapa memainkan peranannya untuk meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang menyumbang ke arah pembangunan
2 Memastikan sumber-sumber negara digunakan secara optimum
3 Meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran

1 Ditubuhkan pada tahun 1985.


2 Dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan ha ehwal Islam diberikan kepada
raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri.
3 Kerajaan Persekutuan telah terdorong untuk meluaskan dan mengukuhkan program tentang hal ehwal Islam.

4 Antara usaha Kerajaan Persekutuan untuk meluaskan dan mengukuhkan program tentang hal ehwal Islam ialah penubuhan
sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, syarikat insurans Islam, dan
pengukuhan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Rasional

1 Memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia


2 Nilai-nilai Islam bersifat universal dan boleh diterima oleh semua bangsa di negara ini
3 Masyarakat majmuk Malaysia patut mempunyai satu identiti yang boleh dibanggakan dan nilai-nilai Islam dalam hal ini sesuai
digunakan untuk memperkukuh identity tersebut
4 Nilai-nilai Islam tidak asing kepada masyarakat Malaysia dari segi sejarah dan kebudayaan

Objektif

1 Membentuk masyarakat Malaysia yang bermoral, beridentiti kukuh, dan


disegani oleh masyarakat lain
2 Menubuhkan negara yang bahagia
3 Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkansupaya melahirkan pekerja yang
mempunyai etika kerja yang positif
4 Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu dan memupuk cirri-ciri kepimpinan yang boleh dijadikan contoh

Strategi

1 Menerapkan nilai-nilai Islam dalam jentera pentadbiran kerajaan


2 Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini dalam kalangan kakitangan kerajaan dilakukan melalui penerapan serta penjelasan dasar
ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan pujukan

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

-Dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, pada tahun 1983

Objektif

1 Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan untuk dijadikan contoh


2 Meningkatkan daya pengeluaran
3 Mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap, dan amanah

Strategi

1 Memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu


2 Memperkenalkan pemakaian tanda nama
3 Menubuhkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja
4 Mengadakan Kempen Pencegahan Rasuah
5 Mengadakan pengisytiharan harta peribadi semua kakitangan kerajaan
6 Mewujudkan bilik khas untuk berurusan dengan orang ramai
7 Memperkenalkan konsep pejabat terbuka dalam organisasi

Bersih, Cekap, dan Amanah

1 Secara khususnya, sifat-sifat yang ingin diterapkan dalam setiap golongan


Pekerja dan rakyat ialah bersih, cekap, dan amanah
2 Sikap Bersih
(a) Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib, tidak menyeleweng dan tidak menerima rasuah
(b)Berkecuali, iaitu tidak memihak mana-mana pihak atau tidak berat sebelah
(c)Tidak mementingkan diri sendiri
(d)Tidak khianat dan tidak hasad dengki
3 Sikap Cekap
(a) Berani dan cekap membuat keputusan
(b) Menghadapi krisis dengan tenang
(c) Bersikap tegas terhadap prinsip
(d) Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja
(e) Mempunyai keyakinan diri
(f) Berpandangan jauh, iaitu proaktif dan bukan reaktif

(g) Berpengatahuan, berpengelaman, dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.


4 Sikap Amanah
(a) Rela dan mencuba untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan
dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan

Objektif

1 Mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada
peningkatan hasil dan mutu kerja
2 Meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran dan Dasar
Kepimpin Melalui Teladan

Strategi

1 Mengadakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Kerja


2 Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan Pasukan Meningkatkan Mutu Kerja
3 Peluasan perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat
4 Konsep pejabat terbuka
5 Kad perakam waktu kerja
6 Pemakaian tanda nama
7 Pengisytiharan harta oleh para anggota Kabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan
8 Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat tuduhan rasuah
9 Perkhidmatan cemerlang bagi menghargai jasa pegawai-pegawai yang dedikasi dan telah memberikan sumbangan yang
istimewa
10 Penghantaran pegawai-pegawai untuk melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan pengelaman mereka agar
dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dan produktif

Rukun Negara

1 Persefahaman dan kerjasama antara kaum di Malaysia terjejas akibat peristiwa 14 Mei 1969.
2 Selepas peristiwa hitam itu, kerajaan telah menjalankan dasar yang lebih tegas bagi mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat
berbilang kaum.
3 Kerajaan telah menggubal Rukun Negara supaya rakyat berbilang kaum dapat bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman.
4 Rukun Negara diisytiharkan pada tahun 1970.
5 Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah seperti yang berikut:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(c) Keluhuran Perlembagaan
(d) Kedaulatan Undang-undang
(e) Kesopanan dan kesusilaan

Objektif

1 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat


2 Memelihara cara hidup demokratik
3 Mencipta masyarakat yang adil yang dapat menikmati kemakmuran negara bersama secara adil dan saksama
4 Menjamin cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak
5 Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Strategi
1 Melaksanakan dasar dan garis supaya proses perpaduan dapat dipercepat
2 Menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat
3 Menyedarkan rakyat tentang kesan buruk menimpa negara akibat rusuhan kaum
4 Menggalakan amalan toleransi dan tatasusila yang mulia
Wawasan 2020

1 Dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, pada tahun 1991.

2 Mengandungi suatu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.
3 Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja tetapi juga merangkumi aspaek politik, sosial,
kerohanian, kejiwaan, dan kebudayaan.
4 Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif, dan makmur.
5 Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu
bersaing, dimanik, dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
6 Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri tanpa terikut-ikut akan cara dan corak negara maju yang ada
sekarang.

Objektif

1 Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama
2 Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa
yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
3 Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan mengamalkan bentuk persefahaman yang matang
4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, yang warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong
oleh tahap etika paling tinggi
5 Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur; rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan
kepercayaan agama
masing-masing
6 Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan
7 Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang
kukuh
8 Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara
secara adil dan saksama
9 Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,dinamik, giat, dan kental

Strategi Pengisian

1 Meningkatkan kualiti tenaga kerja yang dihasikan oleh sistem pendidikan


2 Perubahan sikap dan nilai
3 Penekanan terhadap kaedah sains dan teknologi
4 Perancangan yang sistematik dan terancang
5 Peranan sektor swasta yang lebih dinamik

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional

1 Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan
dan sumbangan belia kepada pembangunan Negara.
2 Belia merupakan aset terpenting negara yang perlu dibangunkan kerana mereka pewaris masa depan kita.
3 Bagi mempersiap belia menjadi pewaris yang berwibawa, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan Pelan
TindakanPembangunan Belia Nasional(PTPBN) untuk pertimbangan pihak kerajaan.
4 Penyediaan PTPBN menjadi sangat penting dan kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini berdepan dengan pelbagai
masalah yang membimbangkan masyarakat dan kerajaan.

Tujuan PTPBN

1 Mendapatkan komitmen kerajaan dalam pelaksanaan strategi pembangunan belia.


2 Mengukuhkan dan memantapkan strategi sedia ada dan seterusnya mencadangkan strategi yang lebih relevan dan sesuai
dengan keperluan belia masa ini dan masa hadapan selaras dengan perubahan ekonomi yang pesat arus globalisasi.

Sebelas Teras Pembangunan PTPBN

1 Pembangunan ekonomi
2 Pembangunan Sumber Manusia
3 Program Rakan Muda
4 Pembangunan Sosioal
5 Sistem Penyampaian
6 Peranan Media dan Komunikasi
7 Peranan Pertubuhan Belia
8 Pembangunan Belia tidak Berpersatuan
9 Pembangunan Kepimpinan
10 Penyelidikan dan Pembangunan
11 Politik dan Integrasi Nasional

Islam Hadhari

1 Islam Hadhari bermaksud ajaran agama Islam yang progresif untuk meningkatkan kualiti hidup manusia.
2 Islam Hadhari menekankan system sosial yang berasaskan prinsip moral bagi menjamin keseimbangan
antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.
3 Sistem pemerintahan demokrasi yang telus, usaha pembasmian kemiskinan, dan pengagihan kekayaan merupakan antara
Ciri Islam Hadhari.
4 Pelaksanaan Islam Hadhari memerlukan penghayatan yang yang menyeluruh terhadap ajaran Islam serta pemupukan
budaya mencintai ilmu pengetahuan secara berterusan bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
5 Islam Hadhari merupakan konsep Islam yang menekankan aspek pembangunan yang membawa kesejahteraan seperti
pendidikan yang sempurna, pengurusan yang baik, unsur ketamadunan yang tinggi, perpaduan yang teguh berdasarkan kontrak
sosial yang tersusun, dan kedudukan ekonomi yang mapan.
6 Islam Hadhari juga menjunjung perintah Allah tanpa sebarang dalih yang akhirnya mengeluarkan manusia daripada kegelapan.
7 Gagasan Islam Hadhari perlu dibangunkan berdasarkan lima tonggak, iaitu ilmu, pembangunan, harta,kesihatan, dan perhiasan
hidup.

Pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Politik

1 Mahu rakyat bersama-sama membangunkan Negara berlandaskan kata-katanya,”Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya,
tetapi saya mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya.”
2 Sogan “Cemerlang. Gemilang, dan Terbilang”, diperkenalkan.
3 Memperkukuhkan kerjasama antara kaum berdasarkan semangat Barisan Nasional.
4 Mahu pemimpin Barisan Nasional kekal prihatin dan memberikan perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Pembangunan Menyeluruh

1 Memberikan tumpuan kepada pembangunan mental, fizikal, dan kerohanian rakyat menerusi pendidikan.
2 Mengembalikan kegemilangan sector pertanian yang menjurus kepada pertanian moden dan berteknologi tinggi.
3 Melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yamg menekankan arah tujuan dan langkah-langkah yang ditawarkan kerajaan
ke arah membangunkan bioteknologi bagi mewujudkan kekayaan dan kemakmuran Negara.
4 Memerangi rasuah dalam semua sektor dan membasmi kemiskinan.
5 Menuntut supaya rakyat berfikiran dan berbudaya kelas pertama.

Perkhimatan Awam

1 Menubuhkan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk meningkatkan imej
PDRM.
2 Melancarkan Pelan Integriti Nasional sekali gus menubuhkan Institut Etika Awam Nasional yang berperanan untuk menggalakkan
pentadbiran yang bersih, cekap, dan amanah dalam kalangan kakitangan awam.

Sosial dan Pendidikan

1 Menjalankan kempen memerangi rasuah habis-habisan.


2 Melaksanakan konsep Islam Hadhari yang diterjemahkan sebagai Islam progresif untuk manfaat setiap penganutnya.
3 Mendesak agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap penjenayah seksual.
4 Mahu sistem pendidikan Islam digabungkan dalam kurikulum kebangsaan.
5 Melancarkan Majlis Kecergasan Kebangsaan supaya setiap rakyat membudayakan gaya hidup sihat.

You might also like