P. 1
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

|Views: 601|Likes:
Published by CharlesChai

More info:

Published by: CharlesChai on Feb 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

Boleh dibahagi kepada 4 peringkat: ‡Peringkat bayi ‡Peringkat awal kanak-kanak(2-6 tahun) ‡Peringkat kanak-kanak(6-11 tahun) ‡Peringkat remaja.

‡ Bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa.PERINGKAT BAYI ‡ Bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian.ba.ma ± Isyarat: bayi mula menunjukkan isyarat seperti menunding jari.ma. anggurkan kepala(daripada 8-12 bulan). . Bayi selalunya menggunakan bunyi tertentu untuk berinteraksi dengan penjaganya. Mereka mungkin melambai tangan untuk bye. penjaga dan orangorang yang berada di sekitarnya.ma.bye atau anggukan kepala untuk ya dan tunjukkan botol susu untuk meminta susu.ba. sakit dan sebagainya. ‡ Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi pada tahun yang pertama: ± Menangis: Menangis boleh membawa maksud tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar. ± Babbling : mengeluarkan bunyi berulang ba. ± Cooing : mengeluarkan bunyi oo seperti coo dan goo . Berlaku antara 1-2 bulan.ba ma.

bayi memahami lebig kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan. tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. ‡ Secara purata. pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). mainan (bola). . kenderaan (kereta. mama). anggota badan (mata). ‡ Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa. makanan (susu).‡ Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan. car).

‡ Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. . ‡ Pada usia 18-24 bulan. ‡ Bilangan ini meningkat sehingga 200 perkataan pada usia 24 bulan. ‡ Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil vocabulary spurt . bayi sudah mula menggunakan 2 patah perkataan yang akan disertai dengan pelbagai isyarat badan dan intonasi suara.

Mama jalan  Perkataan yang digunakan masih tidak disertai dengan tatabahasa yang tertentu .‡ Penggunaan bahasa mereka sudah merangkumi yang berikut: ± Pengenalan: Itu kucing ± Tempat: Pergi sana ± Penambahan: Nak lagi ± Tiada: Habis dah ± Kepunyaan: Adik punya ± Pertanyaan: Mana bola? ± Arahan: Bagi papa .

Gunakan intonasi. 3. 2. memek muka dan emosi yang sesuai dengan bayi. Berbual dengan bayi.Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu Perkembangan Bahasa Pada Peringkat Bayi 1. . Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dan betul gaya bahasanya.

‡ Semasa perkembangan bahasa.Peringkat Kanak-kanak (Umur 2-6 Tahun) ‡ Penguasaan bahasa kanak-kanak berkembang dari 2 patah perkataan kepada 3-5 patah perkataan. kanak-kanak kerap menggunakan gaya bahasa yang salah tetapi pada persepsi mereka ianya adalah betul sesuai dengan sifat egosentrik yang masig menguasai kanak-kanak pada peringkat ini. .

‡ Dianggarkan perbendaharaan kata untuk percakapan lisan bagi kanak-kanak 6 tahun mencecah antara 8. ‡ Mereka juga mula memahami lagu. bahasa dan ayat yang kompleks serta boleh bertepuk tangan mengiringi lagu. awak.000 patah perkataan. dia). dalam.‡ Pada peringkat pra sekolah (4 hingga 6 tahun).000 hingga 14. kata arah (luar. ‡ Mereka mula menggunakan peraturan-peraturan tatabahasa yang mudah seperti kata ganti nama diri (saya. atas. . kanak-kanak mula lebih sensitif kepada penggunaan bahasa. bawah). pantun.

. ‡ Kesilapan membezakan huruf yang terbalik seperti b dan p . ‡ Pada masa ini kemahiran motor halus mereka mula berkembang tetapi mereka masih tidak dapat menulis dengan kemas dan cantik. p dan q selalu terjadi pada kanak-kanak pra sekolah. ‡ Mereka mula bermain secara main peranan (pretend play). ‡ Kanak-kanak berusia 2-3 tahun mula menconteng. kanak-kanak 5 tahun boleh menulis semula perkataan yang diberikan. ‡ Kebanyaka kanak-kanak 4 tahun boleh menulis nama kendiri.‡ Kanak-kanak berusia 3 tahun mampu bercakap atau bercerita tentang perkara-perkara yang telah mereka lakukan atau merancang untuk melakukan sesuatu.

Elakkan daripada membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka. 2. 3. Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanakkanak.Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu Perkembangan Bahasa Pada Peringkat Kanak-kanak 1. Gunakan bahasa yang mudah dan senang digunakan. Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak. 4. .

.Peringkat Kanak-kanak (6-11 Tahun) ‡ Kanak-kanak pada peringkat ini kurang bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap tetapi sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka. ‡ Mereka sudah boleh mengaplikasi. mengkategori dan menganalisa perkataan. ‡ Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak akan bersifat lebih analitikal dan kompleks.

‡ Metalinguistik membolehkan kanak-kanak berfikir tentang bahasa yang mereka gunakan.‡ Kesedaran metalinguistik juga meningkat pada peringkat ini. prediket dan kata perbuatan. ‡ Mereka mula menguasai gaya bahasa yang betul dan sesuai digunakan dalam keadaan tertentu mengikut budaya setempat. ‡ Mereka mampu membina komponen dalam ayat menggunakan subjek. . ‡ Mereka boleh membaca perkataan yang mudah dan meningkat kepada yang lebih kompleks. kanak-kanak juga mula menguasai kemahiran membaca. ‡ Selain mahir bercakap.

merangka dan menyemak tulisan dan membuat karangan dan laporan.‡ Dengan meningkatnya kemahiran berbahasa dan kognitif. karangan pendek). . ‡ Kefahaman kanak-kanaktentang pembentukan dan gaya bahasa akan menolong mereka menulis dengan lebih baik. kemahiran menulis kanak-kanak juga bertambah. ‡ Pada akhir peringkat kanak-kanak mereka boleh merancang. ‡ Pada peringkat ini mereka sudah mempunyai kemahiran mengolah idea dan menterjemahkannya ke dalam bentuk tulisan (membuat aya.

boleh menulis dan membaca nama sendiri. kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas Kebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca pada peringkat ini. Mereka mula mengenali huruf. Aras 0 Umur 0-4 tahun penerangan Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas untuk membaca mereka memahami peraturan dalam membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Walaubagaimanapun. 1979. Mereka boleh mengenali perkataan dan membaca ayat. Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca. Kanak-kanak pada peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca. bunyi perkataan dan cara menyebut. membaca pada peringkat ini masih hanya di peringkat pembacaan sahaja. 1 5-7 tahun 2 7-9 tahun . Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah. Mereka mula mengenali suku kata. Mereka mula membaca perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata.‡ Model tahap kemahiran membaca mengikut umur yang dicadangkan oleh Chall.

Tetapi mereka masih belum memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif yang berbeza. Mereka mula membaca dengan kefahaman. Ini membolehkan mereka berbincang secara analitikal tentang kesusteraan. sejarah ekonomi dan politik.3 10-13 tahun Pada peringkat usia ini. Mereka berupaya memahami pembacaan yang kompleks yang melibatkan pelbagai perspektif. 4 14 tahun ke atas . akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran akademik subjek-subjek yang lain. Kefahaman mereka tentang bahan yang dibaca meningkat. kanak-kanak lebih mahir mendapatkan maklumat dan informasi daripada pembacaan. Kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini. Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca yang mahir pada peringkat ini.

cerpen.Peringkat Remaja ‡ Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat-ayat yang lebih kompleks. berbentuk kritikal dan abstrak (sajak. ‡ Mereka pada peringkat ini mampu menganalisa pelbagai bentuk dan makna perkataan dalam sesuatu ayat. ‡ Mereka sudah boleh memahami bahasa yang ironik. laporan dan sebagainya) . puisi.

‡ Pada peringkat akhir sekolah rendah mereka sudah berkeupayaan dalam menulis laporan.‡ Kemahiran menulis remaja juga berkembang. . ‡ Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis. ‡ Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyao identiti sendiri. ‡ Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. mengenalpasti antara pendahuluan. membuat refleksi dan menganalisa. idea-idea utama dan penutup.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->